The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS KONSEP Pertandingan Nynyian Duet ASRAMA Peringkat Negeri 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nazatul Masuri Bastari, 2023-08-22 22:26:21

KERTAS KONSEP Pertandingan Nynyian Duet ASRAMA Peringkat Negeri 2023

KERTAS KONSEP Pertandingan Nynyian Duet ASRAMA Peringkat Negeri 2023

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BINTANG IRAMA TRADISIONAL MALAYSIA SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI 2023 PERTANDINGAN NYANYIAN DUO/DUET SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023


2 [Type here] KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN DUET/DUO SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI 2023 SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN NYANYIAN DUO/DUET SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 1 .0 MATLAMAT Pertandingan Nyanyian Duo/Duet bertemakan Pop. Pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan dan memupuk penghargaan terhadap pendidikan seni muzik khususnya dalam bidang nyanyian lagu-lagu pop kepada murid asrama harian. Ianya juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya. 2.0 RASIONAL 2.1 Mengembangkan bakat seni nyanyian lagu-lagu pop yang ada dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah dan terarah. 2.2 Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang. 2.3 Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang dijalankan di peringkat sekolah secara terancang. 3.0 OBJEKTİF 3.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat serta bermoral. 3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam bidang nyanyian Irama Malaysia. 3.3 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari golongan murid sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat. 3.4 Memberi peluang murid untuk mengembangkan seni yang ada pada mereka 3.5 Sebagai satu penilaian PAJSK untuk setiap murid yang terlibat. 4.0 MOD PROGRAM 4.1 Pertandingan Peringkat Negeri 4.2 Pertandingan adalah secara berperingkat. Pemilihan ke peringkat kebangsaan adalah melalui pemilihan terbaik di peringkat negeri. 5.0 PENYERTAAN 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid asrama harian Kementerian Pendidikan Malaysia.


3 [Type here] KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN DUET/DUO SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI 2023 6.0 FORMAT PERSEMBAHAN DAN LAGU 6.1 Konsep pertandingan adalah secara nyanyian duo/duet. Setiap daerah boleh menghantar satu (1) pasukan sahaja. 6.2 Pasukan boleh terdiri dari lelaki / perempuan sahaja atau campuran atau campuran sekolah rendah dan sekolah menengah. 6.3 Setiap penyertaan diwajibkan mempersembahkan sebuah lagu pop 6.4 Dipersembahkan dalam satu lagu VOKAL PENUH atau MEDLEY dalam BAHASA MELAYU sahaja. 6.5 Penggunaan props dan penari latar TIDAK DIBENARKAN dalam persembahan. 6.6 Nyanyian secara ‘miming’ juga TIDAK DIBENARKAN . 6.7 Nyanyian vokal perlu diiringi muzik ‘MINUS ONE’. 6.8 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana sensitiviti kaum dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia. 6.9 Lagu yang dipertandingkan mestilah yang dicipta, diterbit dan dirakamkan di Malaysia sahaja. 6.10 Pertandingan secara dalam talian (penghantaran video rakaman dalam format AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4 yang sesuai diterbitkan dan dipaparkan) 6.11 Penghantaran penyertaan video ke Peringkat Negeri adalah melalui link yang disediakan pengelola. 7.0 MASA PERSEMBAHAN Masa persembahan yang diperuntukkan untuk setiap penyertaan adalah tidak melebihi 5 minit 8.0 ETIKA PAKAIAN Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian dengan persembahan 9.0 PEMARKAHAN 9.1 Nyanyian Duo/Duet Vokal (kualiti suara/pic 50 markah Harmoni/keseragaman 30 markah Ekspresi 10 markah Persembahan 10 markah Jumlah keseluruhan 100 markah 10.0 KEPUTUSAN 10.1 3 orang juri akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 10.2 Keputusan juri yang dilantik adalah muktamad. Sebarang bantahan dansurat menyurat tidak dibenarkan. 11.0 HADIAL /SIJIL 11.1 Tempat Pertama : Sijil pencapaian dan Trofi 11.2 Tempat ke-2 : Sijil pencapaian dan Trofi 11.3 Tempat ke-3 : Sijil pencapaian dan Trofi 11.4 Tempat ke-4 : Sijil Pencapaian 11.5 Tempat ke-5 : Sijil Pencapaian


4 [Type here] KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN DUET/DUO SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI 2023 12.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN 18hb September 2023 ( Isnin, 11.59 malam ) 13.0 MAKLUMAT TAMBAHAN 13.1 Setiap peserta yang mengambil bahagian perlulah mengemukakan Salinan APDM dan kad Pengenalan yang telah disahkan oleh guru besar/pengetua semasa pendaftaran. 13.2 Johan / Wakil Negeri ke Peringkat Kebangsaan akan dijemput untuk mempersembahkan nyanyian duet semasa majlis Penutupan Karnival Kebudayaan secara bersemuka di JPN Sarawak. Disediakan oleh: SUBUNIT PENGURUSAN ASRAMA UNIT HAL EHWAL MURID SEKTOR PEMBANGUNAN MURID JABATAN PENDIDIKAN SARAWAK


5 [Type here] KERTAS KONSEP PERTANDINGAN NYANYIAN DUET/DUO SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI 2023 LAMPIRAN 1 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN NYANYIAN DUO/DUET SEKOLAH ASRAMA HARIAN PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023 Nama Daerah & Pasukan : Nama Pengurus Pasukan : No Tel / No Fax : Tajuk Lagu : BIL NAMA MURID NO. MY KID/ KAD PENGENALAN 1 2 Pengesahan PGB: Cop rasmi :


Click to View FlipBook Version