The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asharisyakirah, 2022-03-26 23:35:13

CONTENT BULETIN (1)

CONTENT BULETIN (1)

Latar Belakang Perniagaan dan Pengasas

Pada tahun 2018, telah ditubuhkan sebuah Syarikat yang dikenali sebagai syarikat Puncak Karisma
Trading. Syarikat ini telah ditubuhkan selama 4 tahun selepas menghadapi banyak jatuh dan bangun
untuk menubuhkan dan memperkembangkan lagi nama syarikat tersebut. Syarikat ini telah bertempat
di No. 13, Tingkat 1, Uptown Taman Sri Sulong, 83500 Parit Sulong Johor. Bagi mengetahui maklumat
yang lebih lanjut pada awalnya Puan Eishah (45 tahun) yang merupakan pengurus syarikat ini dahulunya
telah mengambil bidang elektronik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kemudian selepas beliau
menamatkan pengajian, beliau bekerja untuk menambahkan pengalaman kemudian beliau memohon
di MARA untuk memasuki sesi bimbingan usahawan. Beliau diterima masuk untuk program
pembentukan usahawan selama 4 bulan. Hal ini demikian kerana beliau berminat untuk mengetahui
bagaimanakah cara untuk melakukan pemasaran serta memulakan perniagaan seperti perniagaan
secara kecil-kecilan yang hanya dimulai dengan modal yang sebanyak seribu sahaja. Puan Eishah juga
menyatakan bahawa tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk mewujudkan satu perniagaan yang
menjual produk yang berasaskan produk natural dan organik. Beliau juga membuat pemilihan
perniagaan bertujuan untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan pelanggan yang menggunakannya
agar dapat membanteras penyakit serta menjaga kesuburan tanaman. Puan Eishah turut memberitahu
bahawa beliau ingin memenuhi keperluan orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada peniaga
kecil dan ibu bapa yang sangat berkeperluan untuk menjana pendapatan dengan bercucuk tanam
kerana pada masa sekarang terdapat pelbagai faktor masalah kewangan yang dapat menjejaskan
kehidupan harian mereka.

CABARAN DAN MASALAH USAHAWAN YANG MENGASASKAN BAHAN ORGANIK

Demi mencapai kejayaan, setiap usahawan akan menghadapi tekanan dan cabaran. Antara tekanan
yang boleh dihadapi oleh seseorang usahawan adalah tekanan dalaman dan tekanan persekitaran.
Cabaran yang di hadapi sepanjang melaksanakan perniagaan berkonsepkan keusahawanan hijau ini dari
segi tekanan persekitaran adalah jualan harga di atas talian lebih murah berbanding harga barangan
asli. Hal ini membuatkan, para pelanggan mudah tertipu. Sebagai contoh, kebiasaannya,para pelanggan
lebih tertarik pada harga barangan yang lebih murah dan menyebabkan mereka tidak memastikan
barangan tersebut adalah barangan tiruan atau asli. Selain itu, pelanggan yang membeli barangan
tiruan seperti baja yang dijual di aplikasi “Shopee” sering mempersoalkan dan menghebahkan kepada
orang ramai bahawa barangan yang dibeli itu lebih elok berbanding barangan asli. Manakala dari segi
tekanan dalaman adalah Puan Aisyah banyak mengkorbankan masanya demi memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Sebagai contoh, jika pelanggan mereka perlu
menggunakan barangan tersebut dengan kadar segera beliau akan memberikan perkhidmatan yang
terbaik dengan menghantar barangan tersebut ke rumah pelanggannya. Selain itu strategi yang
digunakan oleh beliau untuk kekal dalam perniagaan ialah sentiasa mempromosikan produk sehingga
mendapat permintaan yang tinggi walaupun disebabkan kes covid yang berlarutan. Puan Eishah enggan
berputus asa dan meneruskan perniagaan dengan itu produk mereka tetap laris dijual di pasaran
walaupun pada musim covid.

TIPS & CERITA DISEBALIK KERJAYAAN

Membina sebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah terutamanya saat pandemik COVID-
19 melanda dunia. Ramai terjejas teruk dan kebanyakan yang terkesan terpaksa mengambil jalan
memulakan perniagaan demi sesuap nasi. Begitulah juga situasi Puan Eishah yang tidak mengenal erti
penat dan lelah untuk sentiasa mencari cara bagi memajukan perniagaan mereka. Hal ini demikian
kerana, terdapat mentor yang amat dicontohi oleh beliau iaitu Tuan Haji Mat Bin Haji Jantan yang
merupakan pengasas kepada produk baja Milagro dan beliau sentiasa berikan sokongan dan panduan
kepada Puan Eaishah. Sebagai contoh ,daripada permulaan Puan Eishah menceburi bidang pernagaan
ini sehinggalah beliau berjaya bergelar jutawan dan mempunyai kilang tersendiri. Selain itu, Puan Eishah
juga mendapat sokongan perniagaan daripada Agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA) demi memajukan
lagi perniagaan mereka. Dengan berkat bantuan dan sokongan tersebut Puan Eishah telah meraih
anugerah kedudukan perniagaan top 20 dalam syarikat pada tahun 2021 daripada agensi syarikat
pembekal-Olive House. Puan Eaishah juga diiktiraf sebagai squad leader bagi produk Milagro.
Tambahan pula, Puan Eaishah dilantik pula menjadi perunding luar bagi produk Milagro. Disamping itu,

beliau juga pernah berkata “ janganlah berfikir untuk mendapatkan keuntungan semata – mata dahulu
, selesaikan dahulu masalah orang , jadi daripada situlah kita dapat menjalankan satu perniagaan”.
Selain itu , beliau juga berkata , “ apabila kita dapat selesaikan masalah kesihatan orang , semestinya
mereka akan gembira , begitu jugalah dengan kita kerana kita dapat menyelesaikan masalah orang lain
daripada penggunaan produk yang dijual oleh kita sendiri “. Kesimpulannya dalam menjalankan sesuatu
perniagaan mestilah ada jatuh dan bangun kerana itulah lumrah sebagai seorang manusia sebelum
mengecapi dan merasai kejayaan yang diingini.


Click to View FlipBook Version