Kata yang terbentuk daripada gabungan dua
perkataan atau lebih dan kata itu berfungsi
sebagai satu unit atau satu satuan .
Kata majmuk mempunyai makna lain baharu
yang berbeza daripada makna asal kata – kata
yang membentuknya .
Kata – kata yang membentuknya itu juga tidak
mempunyai kaitan atau hubungan makna antara
satu sama lain .
Di antara kata itu juga tidak boleh disisipkan
kata lain .
KATA MAJMUK Kata majmuk rangkai
kata bebas
Kata majmuk istilah
khusus
Kata majmuk berunsur
kiasan
Bentuk kata majmuk yang tidak mempunyai
hubungan makna antara perkataan pertama dengan
perkataan kedua , iaitu kedua – dua perkataan itu
mendukung makna tersendiri .
Contohnya , jam tangan . Jam dan tangan masing –
masing mempunyai makna yang tersendiri , iaitu
jam merupakan alat bagi menunjukkan waktu
manakala tangan ialah salah satu anggota pada
tubuh manusia .
Contoh : Bilik air , Umat manusia , Ruang legar ,
Ikan air tawar .
Terdiri daripada rangkai kata yang
digunakan bagi merujuk kepada istilah –
istilah tertentu dalam sesuatu bidang ilmu.
Lazimnya , terdapat bidang sains ,
matematik dan geografi .
Contohnya : Garis lurus , Jangka lukis ,
Telefon pintar , Jalur lebar , Jumlah
komulatif .
Terdiri daripada rangkai kata yang terhasil
dari simpulan bahasa .
Sebahagian besar simpulan bahasa bagi
Bahasa Melayu adalah dalam bentuk kata
majmuk .
Contoh : Ulat buku , Patah hati , Kaki
bangku , Pekak badak , Buah hati .
a) Kata tunggal dengan kata tunggal . Contoh : hati
batu , kenal pasti , putih mata , rumah pangsa .
b) Kata tunggal dengan kata terbitan . Contoh : batu
loncatan , buruh binaan , mata pelajaran , surat
pekeliling .
c) Kata terbitan dengan kata tunggal . Contoh :
berputus asa , mengambil alih , pilihan raya ,
pembuka kata .
d) Kata terbitan dengan kata terbitan . Contoh :
penyata tahunan , pengawal keselamatan ,
pengurus kewangan .