TUGASAN BERKUMPULAN : IKATAN BESI TETULANG
KOD KURSUS BBB30503
NAMA KURSUS
FAKULTI TEKNOLOGI PEMBINAAN 3
NAMA PELAJAR
FPTV
SEKSYEN
NAMA PENSYARAH 1. MUHAMAD HUSAINI BIN MOHAMAD KAMILAN
TARIKH HANTAR DB180163
2. NURUL AMSHAHIERA BT MAZLAN
DB180189
3. NUR AMIRA SHAFIQA BT AZHAR
DB180195
4. NUR BALQIS BT HISHAM
DB180201
1
DR. LUTFIAH NATRAH BINTI ABBAS @ AHMAD
15 DISEMBER 2020
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan ...............................................................................................................3
2.0 Jenis Besi Tetulang ..................................................................................................3
2.1 Keluli Bar Lembut (Mild Steel Bar/Plain Round Bar) .....................................3
2.2 Keluli bar keras / bunga (high yield bar / high tensile bar / deformed bar) ....4
2.3 Bar tetulang tegasan tinggi buatan sejuk (british reinforcement concrete /
british rool coil) (BRC) .............................................................................................4
3.0 Jenis Ikatan Besi.......................................................................................................5
3.1 Ikatan Slash.......................................................................................................5
3.2 Ikatan Ring Slash ..............................................................................................6
3.3 Ikatan Hair Pin .................................................................................................6
3.4 Ikatan Ring Hair Pin.........................................................................................7
3.5 Ikatan Splice......................................................................................................7
3.6 Ikatan Crown.....................................................................................................8
4.0 Mesin, Peralatan Dan Bahan ....................................................................................9
5.0 Langkah Kerja Bagi Mengikat Besi Tetulang........................................................14
6.0 Kesimpulan ............................................................................................................17
1.0 Pengenalan
Kekuatan struktur sesebuah bangunan memainkan peranan yang penting bagi menjamin
kualiti bangunan yang kekal selamat untuk digunakan. Antara struktur yang penting dalam
sesebuah bangunan ialah besi tetulang yang terdapat kerana besi ini memberi kekukuhan
bagi struktur bangunan. Hal ini demikian menjadikan besi tetulang menjadi bahan yang
penting terutamanya menjadi rangka utama bagi sesebuah struktur. Tujuan utama besi
tetulang dipasang dalam struktur adalah untuk meningkatkan kekuatan bangunan dari segi
daya mampatan, tegangan dan juga daya ricih yang dikenakan terhadap konkrit tersebut.
Demikian itu, bahan-bahan yang digunakan mestilah kuat dan tahan lasak. Terdapat
beberapa jenis keluli bar yang boleh digunakan untuk membuat besi tetulang tersebut iaitu
jenis Y, R dan X di mana setiap jenis besi ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri. Struktur bangunan yang dibina mempunyai bentuk-bentuk yang berbeza dan
juga mempunyai pelbagai saiz seperti tiang, kubah dan sebagainya.
2.0 Jenis Besi Tetulang
Pemilihan besi yang tepat dalam pembinaan tetulang adalah amat penting bagi memastikan
beban yang akan dikenakan adalah bersesuaian dan stabil. Semua jenis keluli bar yang
akan digunakan untuk tetulang hendaklah bebas dari karat, minyak, cat, lumpur, tanah atau
bahan-bahan yang boleh menghalang kekuatan konkrit pada keluli bar. Terdapat beberapa
jenis keluli bar yang biasa digunakan dalam sektor pembinaan bangunan bagi
menyesuaikan dengan kekuatan pada rangka bangunan.
2.1 Keluli Bar Lembut (Mild Steel Bar/Plain Round Bar)
Jenis keluli ini adalah berbentuk bulat dan licin serta bersimbolkan huruf R. Jenis
ini mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap dan bersimbolkan huruf M, MS,
dan MR. Keluli jenis ini juga diperbuat daripada keluli lembut yang mempunyai
kekuatan tegasan 432 hingga 510 N/mm² memenuhi standard BS 4449.
Rajah 1: Keluli Bar Lembut
2.2 Keluli bar keras / bunga (high yield bar / high tensile bar / deformed bar)
Keluli ini biasanya berbentuk bulat atau bulat empat segi bersimbolkan Y. Ia
diperbuat daripada pancalogam BS 4449 :1978. Keluli bar keras adalah berbeza
daripada keluli lembut kerana permukaannya yang berpintal dan kekuatan tegasan
460N/mm². Keluli jenis ini juga mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap dan
bersimbolkan huruf-huruf dan tanda seperti H, HY dan HT. Bar berbentuk empat
segi dikenali sebagai Square Twisted. Fizikal kedua-dua bar ini adalah bergerutu
atau bunga bagi menyediakan lekatan yang lebih baik dan pegangan yang kemas.
Rajah 2: Keluli Bar Keras
2.3 Bar tetulang tegasan tinggi buatan sejuk (british reinforcement concrete /
british rool coil) (BRC)
Diperbuat dalam bentuk hamparan dengan anyaman bersegi yang dikimpal pada
setiap simpang. Saiz hamparannya ialah 4800 x 2400mm. Ia terbahagi kepada 2
jenis anyaman iaitu anyaman persegi tepat dengan saiz seginya 200 x 200mm dan
anyaman persegi lonjong dengan saiz seginya 200 x 100mm dan 400 x 100mm.
Mempunyai kekuatan tegasan 400 hingga 494 N/mm² memenuhi standard BS 4483.
Terdapat BRC yang jenis berbunga/keras (bersaiz dan simbol A8, A10 dan
lain-lain). Ukuran garis pusat keluli bar pula adalah ukuran yang tetap iaitu 6, 8,
10, 12, 16, 20, 25, 32, 40 dan 50mm.
Rajah 3: Bar Tetulang Tegasan Tinggi Buatan Sejuk
3.0 Jenis Ikatan Besi
Terdapat beberapa jenis ikatan untuk mengikat keluli bar yang sering digunakan di tapak
pembinaan dengan bertujuan untuk menstabilkan dan memudahkan peletakan rangkaian
tetulang. Setiap ikatan tersebut mempunyai cara yang berbeza dan kekuatan yang tersendiri.
3.1 Ikatan Slash
Ikatan ini merupakan antara ikatan yang paling mudah untuk dipraktikkan bagi
mengikat besi tetulang. Ikatan ini digunakan untuk membuat ikatan penuh pada
keluli bar tembok dan juga lantai. Rajah di bawah menunjukkan cara untuk
membuat ikatan ini.
Rajah 4 : Ikatan Slash
3.2 Ikatan Ring Slash
Ikatan jenis ini pula digunakan pada keluli bar untuk mengelakkan daripada
tergelincir pada bahagian menegak dan juga melintang. Rajah di bawah
menunjukkan cara untuk membuat ikatan ini.
Rajah 5 : Ikatan Ring Slash
3.3 Ikatan Hair Pin
Ikatan ini merupakan antara ikatan yang kuat di mana digunakan sebagai ikatan
pengikat keluli keluli bar sebelum ikatan pemenuh dilakukan. Ikatan ini
digunakan sekiranya ikatan jenis slash tidak sesuai untuk diikat. Kebiasaannya
digunakan untuk keluli bar tiang (column) dan alang (beam). Rajah di bawah
menunjukkan cara untuk membuat ikatan ini.
Rajah 6 : Ikatan Hair Pin
3.4 Ikatan Ring Hair Pin
Ikatan ini boleh digunakan pada tiang dan alang untuk mengelakkan daripada
tergelincir di mana fungsinya sama seperti ikatan Ring Slash. Rajah di bawah
menunjukkan cara untuk membuat ikatan ini.
Rajah 7 : Ikatan Ring Hair Pin
3.5 Ikatan Splice
Ikatan ini digunakan untuk mengikat dua keluli bar yang disambung.
Kebiasaannya digunakan pada bahagian selisih keluli bar. Ikatan mestilah dibuat
dua peringkat dikedua hujung selisih. Sekiranya garis pusat keluli bar lebih besar,
hendaklah ditambah ikatan dibahagian tengah selisih. Rajah di bawah
menunjukkan cara untuk membuat ikatan ini.
Rajah 8 : Ikatan Splice
3.6 Ikatan Crown
Ikatan ini merupakan ikatan yang paling kuat di mana boleh digunakan pada tiang,
alang, tembok dan lantai serta pada keluli bar yang mudah berubah kedudukannya.
Rajah di bawah menunjukkan cara untuk membuat ikatan ini.
Rajah 9 : Ikatan Crown
4.0 Mesin, Peralatan Dan Bahan
Peralatan dan bahan yang digunakan adalah berdasarkan kerja mengikat yang akan
dijalankan. Terdapat beberapa peralatan utama yang digunakan untuk mengikat besi
tetulang tersebut iaitu spring loaded puller, spring clip, end cutting nip, wire twister, pita
ukur dan sarung tangan. Selain itu, mesin yang akan digunakan ialah mesin pembengkok
besi (bar bender) dam mesin gergaji bulat. Bagi kategori bahan pula ialah besi tetulang
jenis keluli bar Y dan dawai jenis S.W.G 16-18. Rajah di bawah menunjukkan mesin,
peralatan dan bahan yang digunakan untuk menjalankan proses mengikat besi tetulang.
4.1 Mesin
i. Mesin Pembengkok Besi (Bar Bender)
Mesin ini digunakan untuk membengkokkan besi tanpa perlu menggunakan
kekuatan dan tenaga yang banyak bagi membengkok besi. Mesin ini lebih praktikal
bagi kegunaan membengkokkan besi dengan mudah dan cepat di mana hanya
memerlukan pengukuhan kunci keluli dan tanda aras lenturan yang hendak
dibengkokkan. Sealin itu, kapasiti penggunaan bgai mesin ini adalah pelbagai
mengikut kesesuaian jarak dan diameter besi yang hendak dibengkokkan. Antara
bentuk yang boleh dibuat menggunakan mesin ini adalah seperti segi empat sama,
segi empat tepat, trapezium, pola corak U dan L dan sebagainya.
Rajah 9 : Mesin Pembengkok Besi
ii. Mesin Gergaji Bulat
Mesin ini merupakan sebuah mesin yang digunakan untuk memotong besi. Mesin
pemotong cakera yang juga dikenali sebagai disc cutter machine. Mesin yang
memerlukan penggunaan tangan ini adalah sebuah alat yang digunakan untuk
memotong bahan-bahan yang keras seperti besi. Ia merupakan sebuah mesin yang
menggunakan bahan berkualiti tinggi serta mempunyai proses kerja yang teliti agar
keselamatan pengguna terjamin. Aspek keselamatan menjadi keutamaan dalam
penggunaan mesin ini di mana bilah gergaji berputar pada kelajuan tinggi.
Rajah 10 : Mesin Gergaji Bulat
4.2 Peralatan
i. Spring Loaded Puller
Dawai yang digunakan untuk mengikat jenis ini kebiasaanya telah disediaskan
lubang dikedua-duan hujungnya. Penyangkuk pada ‘puller’ di masukkan di dalam
lubang tersebut. Apabila puller ditarik, penyangkuk tadi akan berpusing dan
memberikan ikatan yang lebih kukuh.
Rajah 11 : Spring Loaded Puller
ii. Spring Clip
Mengikat keluli bar cara ini biasanya dilakukan untuk kerja-kerja pre-cast dan
pressed konkrit kerana tidak menggunakan apa-apa perkakas pengikat. ‘ Spring
Clips’ disediakan mengikut ukuran garis pusat keluli yang akan diikat.
Keburukannya mengikat cara ini terutamanya pada keluli bar jenis bulat (Mild Steel
Bar) kerana mudah berubah kedudukannya bila konkrit dituang.
Rajah 11 : Spring Clip
iii. End Cutting Nip
Alat ini juga boleh digunakan kerana lebih baik dan ekonomi di mana kegunaan
dan juga untuk mendapatkan alat ini adalah lebih mudah kerana alat ini kebiasaan
digunakan untuk kerja-kerja lain. Bagi menguatkan ikatan yang dibuat, pusing
dan tekan dengan mata ragum (nips) pada keluli bar untuk mengukuhkan ikatan .
Rajah 12 : End Cutiing Nip
iv. Pita Ukur
Pita ukur merupakan sejenis pembaris lentur. Ia terdiri daripada pita kain,
plastik, atau logam dengan tanda ukuran memanjang dengan unit metrik dan
kadang kala dengan tambahan unit imperial. Ia merupakan perkakasan ukur
biasa. Kelenturannya membolehkan pengukur jarak yang besar dibawa dengan
mudah dalam poket atau kotak perkakasan dan membenarkan ukuran diambil
pada selekoh dan sudut. Bagi kerja mengikat besi, pita ukur digunakan untuk
mengukur jarak antara besi, jarak untuk pembengkokkan dan sebagainya.
Rajah 12 : Pita Ukur
4.3 Bahan
i. Besi Tetulang Jenis Keluli Bar Lembut
Jenis keluli ini adalah berbentuk bulat dan licin serta bersimbolkan huruf R. Jenis
ini mempunyai saiz dan simbol yang tidak tetap dan bersimbolkan huruf M, MS,
dan MR. Keluli jenis ini juga diperbuat daripada keluli lembut yang mempunyai
kekuatan tegasan 432 hingga 510 N/mm² memenuhi standard BS 4449.
Rajah 13 : Keluli Bar Lembut
ii. Dawai Jenis S.W.G 16-18
Rajah 14 : Dawai
5.0 Langkah Kerja Bagi Mengikat Besi Tetulang
LANGKAH BUTIRAN KERJA
KERJA
Langkah 1 Mengenal pasti jenis-jenis tetulang yang akan digunakan
i. Memilih saiz besi yang bakal digunakan
ii. Mengukur dan menanda kawasan potongan atau
yang akan dibengkokkan
Langkah 2 Kerja memotong besi yang telah ditanda dijalankan menggunakan
mesin gergaji bulat
Langkah 3 Membengkok besi tetulang yang telah dipilih dan ditanda
i. Membegkokkan besi menggunakan mesin atau
secara manual
ii. Besi dibengkok kan mengikut tanda yang telah
dibuat
iii. Besi dibengkok kan mengikut bentuk rangka
tetulang yang diingini
Langkah 4 Kerja mengikat besi rangka kepada besi tetulang menggunakan
dawai pengikat
i. Selepas pemotongan bar, kerja-kerja mengikat bar
dengan dawai halus dilakukan
ii. Bertujuan supaya tidak berlaku pergerakan
terutama apabila kerja-kerja penuangan konkrit
dijalankan
iii. Dawai pengikat yang digunakan adalah
bergarispusat 0.8 mm hingga 1.6 mm
Langkah 5 Susunan dan jarak tetulang rangka
i. Tetulang hendaklah ditempatkan di titik-titik di
mana adanya tegasan maksimum seperti di bawah
permukaan struktur
ii. Ini adalah kerana kemasukan tetulang boleh
menyebabkan bar atau tetulang berkarat dan ini
akan melemahkan ikatannya dengan konkrit
iii. Jarak dari permukaan konkrit ke tetulang
dipanggil penutup dan biasanya berjarak 15 mm
hingga 40 mm
Langkah 6 Titik kawasan tetulang rangka yang diikat dipastikan berada di
kawasan yang betul agar tiada kerosakan yang berlaku pada
rangka tetulang.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, ikatan besi tetulang memberi impak yang besar kepada struktur tetulang.
Struktur tetulang yang kuat akan memberi kekukuhan kepada struktur bangunan. Kejra-
kerja mengikat besi tetulang ini mestilah berdasarkan kemahiran mengikut jenis-jenis
ikatan yang hendak dibuat kerana setiap jenis ikatan mempunyai cara ataupun teknik serta
ciri-ciri yang berbeza. Selain itu, peralatan yang digunakan untuk mengikat besi tetulang
juga mestilah berfungsi dengan baik agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini sama
seperti bahan juga. Wayar besi yang hendak diikat mestilah berkualiti dan mengikut
kesesuain besi tetulang kerana wayar yang baik adalah wayar yang akan memberi kekuatan
yang sepenuhnya bagi mengelakkan pergerakan di antara besi tersebut. Jadi, menerusi
laporan ini dapat dilihat jenis-jenis keluli bar, jenis-jenis ikatan, peralatan, mesin dan juga
bahan yang digunakan serta prosedur lengkap untuk mengikat besi tetulang dengan baik
dan tepat.
Link Video
https://www.youtube.com/watch?v=C046pzcLKZ0&feature=youtu.be