UNIVERSITI UTARA MALAYSIA FIRST SEMESTER SESSION 2023/2024 (A231) MPU1062 INTERGRITY AND ANTI-CORRUPTION GROUP I GROUP ASSIGNMENT CASE STUDY: SKANDAL RASUAH BEKAS PRESIDEN INDONESIA, SUHARTO PREPARED FOR: MADAM NOOR FAIZZAH BINTI DOLLAH PREPARED BY: REFORMASI NO NAMA NO MATRIKS 1 SITI NUR NADHIRAH BINTI HASHIM 298751 2 SITI NUR AMIRAH BINTI MOHD KAMAL 298995 3 LIM YEE HAN 299298 4 WAN ERNA DIANA BINTI WAN AFZANIZAM 299364 5 NUR ALEEYA BATRISYIA BINTI NOR FANDI 299512 6 AIN FATIHAH AISHAH BINTI MD FUDZI 299569 7 MUHAMMAD NURDANIAL BIN GHAZAL 299593 8 DANIA QISTIENA BINTI MOHAMAD ASRI 299936 9 JAYSHREE A/P NADARAJAN 300001 10 MOHAMAD FARHAN BIN MOHAMAD ZAINAL ABDIN 300233 11 LUQMAN HAKIM BIN ZAWAWAI 302194
INTEGRITI DAN ANTI RASUAH A231 MPU1062 (I) KES: SKANDAL RASUAH BEKAS PRESIDEN INDONESIA, SUHARTO NAMA KUMPULAN : REFORMASI NAMA PENSYARAH : PUAN NOOR FAIZZAH DOLLAH
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 2.0 BIODATA SUHARTO 3.0 KRONOLOGI 4.0 KESALAHAN SUHARTO 5.0 BAGAIMANA SUHARTO MULA TERJEBAK DENGAN RASUAH 6.0 KESAN RASUAH KEPADA NEGARA 6.1 KESAN RASUAH KEPADA RAKYAT 7.0 KESIMPULAN 8.0 RUJUKAN 9.0 AHLI KUMPULAN
Maksud Rasuah Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Definisi Rasuah Kolar Putih Pada zaman pascakemerdekaan ini, jenayah kolar putih terutamanya rasuah sudah menjadi satu penyakit yang merebak dalam kalangan individu yang memegang jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.Walaubagaimanapun, golongan bawahan adalah tidak terkecuali. Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Disebabkan jenayah ini dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan, jenayah kolar putih bertindan dengan jenayah korporat kerana kesempatan untuk melakukan penipuan, rasuah, perdagangan orang dalam, penggelapan wang, jenayah komputer, pencurian identiti, dan pemalsuan lebih mudah dibuat oleh pekerja kolar putih. 1.0
2.0 BIODATA SUHARTO Haji Muhammad Soeharto lahir pada 8 Jun 1921 di desa Kemusuk iaitu sebuah wilayah di yogyakarta, Indonesia. Beliau telah mendapat pendidikan pertama pada umur 8 tahun di SD Puluhan, Godean dan berpindah ke SD Pedes dan melanjutkan pendidikan ke SMP Muhammadiyah, Yogyakarta. Oleh kerana kurang berkemampuan untuk menyambung pengajian ke SMA, beliau telah memilih untuk menyertai tentera, dan telah mendaftar ke Militer Koning willem III pada 1940 yang sekarang dikenali sebagai Akademi Militer Magelang, beliau telah bermula dari pangkat sarjan tentera KNIL kemudian komander PETA, komander regimen dengan pangkat mayor dan komander batalion berpangkat leftenan kolonel, pada 1949 beliau telah berjaya memimpin pasukannya merebut semula kota Yogyakarta dari jajahan Belanda. Soeharto telah berkahwin dengan Siti Hartinah pada 26 Disember 1947 dan dikurniakan 6 cahaya mata iaitu, Siti Hardiyanti Hastuti, Sigit Harjojudanto, Bambang Trihatmodjo, Siti Hediati Herijadi, Hutomo Mandala Putra, dan Siti Hutami Endang Adiningsih. Semasa pendudukan Jepun di Indonesia, Suharto berkhidmat dalam pasukan keselamatan Indonesia yang diuruskan oleh Jepun. Perjuangan kemerdekaan Indonesia menyaksikan beliau menyertai tentera Indonesia yang baru dibentuk. Suharto dinaikkan pangkat jeneral utama berikutan kemerdekaan Indonesia. Rampasan percubaan pada 30 September 1965 yang didakwa disokong oleh Partai Komunis Indonesia ditentang oleh tentera yang dipimpin oleh Suharto. Pasukan tentera ini kemudiannya melaksanakan anti-komunis yang dikatakan oleh CIA sebagai "salah satu pembunuhan beramai-ramai yang paling teruk pada abad ke-20" dan Suharto merebut kuasa dari presiden Indonesia, Sukarno.
Beliau menjadi diktator pada tahun 1967, menggantikan Sukarno, dan dilantik sebagai Presiden pada tahun berikutnya. Beliau kemudian memajukan kempen sosial yang dikenali sebagai Penyah-Soekarno-an (De-Soekarnozation) dalam usaha untuk mengurangkan pengaruh bekas Presiden. Pada tahun 1990-an, Orde Baru dan rasuah yang meluas menjadi punca ketidakpuasan terhadap pemerintahan beliau. Suharto meninggal dunia pada tahun 2008 dan telah diberi pengebumian peringkat negara. Legasi pemerintahan Suharto selama 31 tahun sering dihujahkan di Indonesia dan di luar negeri. Di bawah pentadbiran "Orde Baru", Suharto membentuk sebuah pemerintah yang kuat, berpusat dan dikuasai ketenteraan. Namun tingkat rasuah pun tinggi pada masa jawatannya.
Selepas mengundurkan diri daripada jawatan presiden, Suharto mengalami sakit kronik. Usaha untuk mendakwa Suharto kerana rasuah ditangguhkan kerana kesihatan Suharto yang semakin merosot. Pada 27 Januari 2008, Suharto meninggal dunia di Hospital Pusat Pertamina Jakarta pada usia 86 tahun. Jenazah Suharto dikebumikan di Astana Giri Bangun, Solo di kediaman keluarga Cendana. Upacara pengebumian dipengerusikan oleh Presiden Indonesia ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono selaku pemeriksa upacara. Kematian Suharto juga menjadi berita nasional dan antarabangsa yang diketengahkan.
3.0 KRONOLOGI Kejatuhan politik mantan presiden Indonesia ke-2 iaitu Haji Muhammad Soeharto berlaku pada tahun 1988, kejatuhan ini berlaku disebabkan beberapa faktor ; Krisis ekonomi dan Moneter (1997-1998) : Kejatuhan mata wang rupiah, peningkatan Inflasi dan masalah ekonomi melibatkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Indonesia. Protes Mahasiswa (Mei 1998) : Mahasiswa dan aktiviti pro-demokrasi mula bertindak memulakan protes secara besar-besaran di sekitar kota Indonesia bagi menuntut pembaharuan dalam politik dan membanteras kes rasuah dalam kalangan ahli politik. Tragedi Trisakti (12 Mei 1998) : Dalam tragedi ini, empat mahasiswa terkorban akibat serangan tembakan dan lebih 10 pelajar cedera. Tragedi ini berlaku di Universiti Trisakti, Jakarta, Indonesia. Perletakan Jawatan Kabinet (Mei 1998) : Dalam usaha dalam menstabilkan ketegangan politik, Soeharto mengumumkan perletakan Jawatan kabinet pada akhir Mei 1998. Namun, perletakan jawatan ini menimbulkan lagi ketidakpuashatian dalam kalangan penunjuk perasaan. Pernyataan IMF dan Reformasi Ekonomi (Jun 1998) : Kerajaan Indonesia menerima bantuan kewangan dari Dana Moneter Internasional (IMF). Bantuan ini mampu menampung perubahan ekonomi dan perdebatan dasar cukai yang mendorong amalan protes dalam kalangan mahasiswa. .
KRONOLOGI . Perletakan Jawatan Diri Presiden Soeharto (21 Mei 1998) : Soeharto menyampaikan ucapan terakhir sebagai presiden Indonesia setelah 32 tahun bekhidmat. Pelantikan BJ Habibie (21 Mei 1998) : Setelah perletakan jawatan Soeharto, wakil presiden B.J. Habibie mengambil alih tugasannya sebagai Presiden Indonesia baharu. Era Reformasi dan Pemilihan Umum (1999) : Pasca-Soeharto, Indonesia memasuki fasa reformasi. Pemilihan umum dilaksanakan pada tahun 1999, yang menjadi tonggak utama dalam demokrasi negara ini.
4.0 KESALAHAN SUHARTO (Saputra, 2018) Suharto terlibat dalam beberapa kes rasuah semasa pemerintahannya. Dakwaan rasuah melibatkan 7 dana yang diketuai oleh beliau. Pada 31 Mac 2000, pejabat pendakwa raya menamakan Suharto sebagai suspek atas dakwaan rasuah dalam tujuh pertubuhan yang diketuainya, tetapi kes itu akhirnya digugurkan kerana masalah Kesihatan Suharto yang berterusan menghalang perbicaraan diteruskan.Dakwaan itu juga menuduh Suharto menyalahgunakan kuasanya untuk mengisi poketnya sendiri dengan menggunakan dana yayasan untuk faedah peribadi dan keluarga. Kes itu menarik perhatian meluas, dengan gesaan supaya Suharto dibicarakan atas tuduhan rasuah semasa beliau memegang jawatan.Bagaimanapun, perjalanan perundangan kes ini tidak berjalan dengan lancar. Suharto dinamakan sebagai suspek, tetapi kes itu akhirnya digugurkan. Sebab utama pemecatan ini adalah masalah kesihatan Suharto yang berterusan. Kesihatannya yang merosot menyebabkan dia tidak dapat menghadiri perbicaraan mahkamah, dan prosiding mahkamah akhirnya terhenti. Kes rasuah Suharto menjadi lambang kontroversi yang menyelubungi pemerintahannya, dan walaupun usaha untuk mendakwanya, tiada penyelesaian undang-undang ditemui kerana kesihatannya dan masalah kesihatan lain, faktor politik yang berbeza. Pada 27 Januari 2008, Suharto meninggal dunia, menamatkan kemungkinan perbicaraan baharu berkaitan dakwaan rasuah semasa penggalnya berlangsung. Pada 8 Julai 2015, Mahkamah Agong Indonesia mengarahkan enam anak Suharto dan Yayasan Beasiswa Supersemar membayar balik 4.389 trilion rupiah (RM1.8 bilion), iaitu wang yang pernah diseleweng semasa era pemerintahan diktator itu.
5.0 BAGAIMANA SUHARTO MULA TERJEBAK DENGAN RASUAH Suharto terlibat dalam beberapa siri keuntungan antara 1956 dan 1959. Suharto melakukan hubungan dengan ahli perniagaan iaitu Liem Sioe Liong dan Bob Hassan bertujuan untuk menjaga fungsi unit ketenteraan yang dibiayai dengan baik. Semasa pemerintahan Suharto beliau mengamalkam Nepotisme, Korupsi dan Kolusi. Nepotisme atau pilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukannya penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kekesuaian terhadap pelantikan sesuatu jawatan Korupsi ialah amalan atau perbuatan yg salah atau tidak amanah. Kolusi iaitu persekongkolan antara dua pihak atau lebih untuk melakukan suatu tindakan yang seolah-olah wajar, tetapi bertujuan memperoleh keuntungan Suharto membuat penyelewengan sebanyak 15-35 bilion semasa menyandang jawatan presiden selama 32 tahun. Suharto menggelapkan sumbangan kerajaan sebanyak 571 juta rupiah bertujuan untuk membiayai pelaburan keluarga. Ahli keluarga Suharto menerima saham bebas dalam 1,251 syarikat domestik yang paling lumayan di Indonesia.
6.0 KESAN RASUAH KEPADA MASYARAKAT KETAKSAMAAN SOSIAL: Rasuah boleh melebarkan jurang sosial dan ekonomi antara yang kaya dan yang miskin. Pihak yang mempunyai sumber dan hubungan yang kukuh lebih berkemungkinan mendapat manfaat, manakala bahagian masyarakat yang lemah dipinggirkan. KETIDAKADILAN : Kehakiman yang tercemar oleh rasuah membawa kepada ketidakadilan dalam penguatkuasaan undang-undang. Mereka yang bersalah boleh mengelak daripada hukuman atau menerima hukuman yang lebih ringan jika mereka mempunyai hubungan atau membayar rasuah PERKHIDMATAN AWAM YANG LEMAH: Rasuah dalam perkhidmatan awam boleh menyebabkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan berkurangan. Keputusan dan pelaksanaan program mungkin didorong oleh kepentingan peribadi dan bukannya kepentingan awam. HILANG AMANAH: Rasuah menjejaskan kepercayaan orang ramai terhadap institusi dan sistem kerajaan. Pecahnya kepercayaan boleh membawa kepada ketidakstabilan sosial dan politik.
6.1 KESAN RASUAH KEPADA NEGARA PEMBANGUNAN EKONOMI YANG BERKURANGAN: Rasuah boleh menghalang pembangunan ekonomi dengan mengambil sumber negara untuk kepentingan peribadi atau kumpulan tertentu. Projek pembangunan yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat mungkin terbengkalai atau menjadi tidak berkesan. PEMBAZIRAN SUMBER: Rasuah sering membawa kepada pembaziran sumber kerana kontrak dimeterai berdasarkan perhubungan dan bukannya kecekapan. Projek boleh diberikan kepada pihak yang memerlukan rasuah dan bukannya kepada pihak yang boleh memberikan nilai terbaik. KETIDAKSTABILAN POLITIK: Rasuah boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dengan merosakkan institusi politik dan menjejaskan kesihatan institusi kerajaan. Ini boleh mengakibatkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap pemimpin dan institusi negara. KRISIS AMANAH ANTARABANGSA: Negara yang dilanda rasuah mungkin menghadapi krisis kepercayaan dalam masyarakat antarabangsa. Ini boleh membawa kepada pengurangan pelaburan asing, peningkatan hutang negara dan kerosakan reputasi global.
7.0 PENUTUP Daripada peristiwa Suharto di atas, jelas tergambar betapa rasuah menjadi sebahagian daripada pemerintahan Suharto di Indonesia. Krisis ekonomi, protes mahasiswa, dan tragedi Trisakti menjadi puncak kejatuhan politiknya pada tahun 1998. Meskipun terdapat kesalahan rasuah yang melibatkan dana yayasan dan penyelewengan dana negara, Suharto tidak pernah diadili secara formal kerana masalah kesihatan yang berlarutan. Pemerintahan Suharto selama 32 tahun meninggalkan impak yang kontroversi di Indonesia. Meskipun berhasil membentuk pemerintahan yang kuat, akan tetapi rasuah yang tinggi dan penyelewengan kewangan membawa impak negatif pada rakyat dan perekonomian. Kejatuhan politiknya pada tahun 1998 membuka jalan menuju era reformasi dan demokrasi di Indonesia. Kisah Suharto adalah pengajaran bagaimana kuasa yang tidak dikawal dan kekurangan ketelusan boleh memudaratkan sesebuah negara dan rakyatnya. Pengalaman Indonesia di bawah rejim Suharto menunjukkan betapa pentingnya sebuah kerajaan yang bersih, bertanggungjawab, dan berpegang kepada prinsip demokrasi. Ini menyerlahkan keperluan untuk memupuk penyertaan aktif masyarakat dalam pengawasan kerajaan dan mengekalkan keluhuran undang-undang untuk mencegah penyalahgunaan kuasa. Semua ini menggariskan kepentingan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam mengekalkan keadilan sosial dan kestabilan politik di negara ini. Masyarakat harus terus memperjuangkan nilai-nilai ini demi membina sebuah kerajaan yang berpaksikan kebajikan dan keadilan rakyat.
8.0 RUJUKAN Admin. (2006, Mei 17). Soeharto Masa Bakti 1966-1998. https://kepustakaanpresiden.perpusnas.go.id/biography/?box=detail&presiden_id=2&presiden=suharto Andi Saputra. (2018, November 29). Ini Fakta Keputusan Hukuman ke Soeharto di Kasus Korupsi. https://news.detik.com/berita/d-4322272/ini-fakta-keputusan-hukum-ke-soehartodi-kasus-korupsi Admin. (2022, OGOS 22). Ramai Pemimpin Dunia Pernah Dihukum Penjara. https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/ramai-pemimpin-dunia-dihukum-penjarakerana-rasuah/ Admin. (2023, Disember 22). Apa Itu Rasuah. https://www.sprm.gov.my/index.php? id=21&page_id=75&articleid=478 Nik, N. A. N. M., & Nur, A. A. (2023). Rasuah Dalam Jenayah Kolar Putih : Satu Sorotan Literatur. https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/21092/1/Rasuah%20dalam%20Jenay ah%20Kolar%20Putih%20%20Satu%20Sorotan%20Literatur.pdf Rebeca, B. E., & Tri. I. (2023, Ogos 31). Biografi Soeharto, dari Anak Petani hingga Jadi Presiden Indonesia. https://www.kompas.com/stori/read/2023/08/31/130000079/biografisoeharto-dari-anak-petani-hingga-jadi-presiden-indonesia?page=all Shammorin. (2023, August 9). Kesan amalan rasuah kepada masyarakat dan negara. iRujukan.my. https://www.irujukan.my/amalanrasuah/#:~:text=Konklusinya%2C%20amalan%20rasuah%20mempunyai%20kesan,terjejas% 20oleh%20ketidaksamarataan%20dan%20ketidakadilan.
9.0 AHLI KUMPULAN SITI NUR NADHIRAH BINTI HASHIM (298751) SITI NUR AMIRAH BINTI MOHD KAMAL (298995) LIM YEE HAN (299298)
9.0 AHLI KUMPULAN WAN ERNA DIANA BINTI WAN AFZANIZAM (299364) NUR ALEEYA BATRISYIA BINTI NOR FANDI (299512) AIN FATIHAH AISHAH BINTI MD FUDZI (299569)
9.0 AHLI KUMPULAN MUHAMMAD NURDANIAL BIN GHAZALI (299593) JAYSHREE A/P NADARAJAN (300001) DANIA QISTIENA BINTI MOHAMAD ASRI (299936)
9.0 AHLI KUMPULAN MOHAMAD FARHAN BIN MOHAMAD ZAINAL ABDIN (300233) LUQMAN HAKIM BIN ZAWAWAI (302194)