yat yat ? NOOR DINI MOHD SOID @ BM D -
Di sebuah pulau yang terpencil, terdapat sekumpulan masyarakat yang hidup aman dan bahagia . “Assalammualaikum… Ana oh Ana! Jom kita pergi bermain, ” kata Alia sambil menunggu dihadapan rumah Ana. Ana pun menyahut panggilan Alia. “Jom Alia kita bermain di tepi pantai memandangkan cuaca petang hari ini cerah.” Mereka berdua mengayuh basikal untuk pergi ke persisiran pantai yang agak jauh daripada rumah mereka. 2
Ana dan Alia sangat gembira bermain di pantai. Mereka mengutip kulit cangkerang dan mencari siput di tepi pantai itu sambil menyanyi. Hari yang terang Jiwa pun senang Kawan-kawan girang Mari kita bersenang Indah hari kita Nikmati bersama Jangan berduka Mari bergembira 3 irama : tepuk amai-amai
“Eh Ana,Alia… kamu berdua tak mandi laut ke ?, ” tiba-tiba mereka terdengar suara kecil yang menyapa mereka dari jauh. ”Eh itu Kirara dan adik-adik dia lah, ” kata Alia kepada Ana sambil melihat Kirara dan dua orang adiknya bersiap sedia untuk berlari terjun ke dalam laut. 4
Ana dan Alia berjalan ke arah Kirara dan adik-adiknya . “Seronoknya tengok mereka mandi laut, mak aku mesti tak benarkan aku mandi laut tanpa orang dewasa, ” kata Alia kepada Ana dengan wajah yang sedih. Ana hanya mengiyakan dan mereka duduk di tepi gigi air sambil melihat Kirara dan adik-adiknya bermandi-manda dengan gembira. 5
“Jomlah mandi laut bersama kami ! , ” kata Kirara kepada mereka sambil berenang menggunakan pelampung. “Aku takut mak aku marah lah kalau balik nanti basah, ” kata Alia kepada Kirara dengan suara yang lantang kerana bunyi ombak yang menghempas pantai agak kuat . “Alah, kau keringkan la baju kau sebelum balik . sempat je ni .” Kata Kirara. Ana hanya terdiam. 6
Ana dan Alia terus duduk di tepi gigi pantai itu dan matahari sudah mula turun menandakan waktu senja semakin hampir. Ana dan Alia yang teringin untuk mandi laut bersama Kirara cuba menahan keinginan itu . Tiba Tiba ... “Hah,apa kata kita mandi je Alia,nanti kau pinjamlah baju aku dulu sebelum balik rumah kau, ”Kata Ana kepada Alia dengan penuh yakin. “Boleh juga kan, ” Alia menjawab dengan teragakagak. 7
Mereka berdua pun berjalan masuk ke dalam air laut perlahan-lahan, maka basahlah baju mereka. Mereka semua bermandi-manda dengan seronok sambil berlumba renang. Awan bertukar menjadi warna jingga dan matahari sudah tidak kelihatan. Mereka masih bergembira bermain air dan memercikkan air antara satu sama lain. “Eh dah senja ni, jom lah kita naik, ” Kata Kirara sambil melangkah keluar daripada air laut itu. 8
Azan maghrib berkumandang dan mereka bergegas naik menuju ke arah basikal mereka di hujung pantai itu. “krekkk...krekkkk, ” tiba-tiba mereka terdengar bunyi aneh dikawasan pantai itu seperti bunyi pasir digali menggunakan cangkul . “kau dengar tak?, ” kata Alia kepada Ana memandangkan Kirara dan adik-adiknya sudah berjalan ke arah lain menjauhi mereka. Ana yang mula berasa takut berjalan dengan lebih laju sambil berkata “jangan tegur lah, dahla waktu maghrib ni.” 9
Penduduk di kampung itu tidak asing lagi dengan cerita-cerita aneh pada waktu senja yang berlaku di kawasan pantai itu. Kirara dan adik-adiknya sudah hilang daripada pandangan mereka. Ana dan Alia mula menoleh ke kiri dan kanan. 10
“Aaaaaaaaaaa!!!!, ” Ana dan Alia menjerit apabila mereka melihat terdapat seekor makhluk yang besar berada di belakang mereka. Badannya besar seperti saiz sebuah kereta dan matanya berwarna merah . Kakinya pula sangat banyak seperti kaki ketam . Bentuk badannya seperti lipas yang besar namun kulitnya berwarna hitam dan kemerahan . 11
Setiap langkah dia bergerak, pasir yang melekat di atas badannya akan terjatuh dan kakinya akan tenggelam ke dalam pasir. Jeritan mereka itu menyebabkan penduduk kampung yang tinggal berdekatan pantai itu turut terkejut dan mereka mula mencari dari mana suara jeritan itu. 12
“Yat….Yat ke ni?? besarnya !!, ” tergagap-gagap Ana bersuara sambil memegang tangan Alia. “Kenapa ada budak kat pantai ni pada waktu maghrib, ” makhluk itu bersuara dengan suara yang besar dan menakutkan. Hari semakin gelap dan yang memancar hanya warna merah mata makhluk itu. Ana dan Alia cuba untuk lari, namun satu langkah makhluk itu kehadapan sangat besar sehingga jarak mereka semakin dekat dengan makhluk gergasi itu. Ana dan Alia mendengar hiruk-pikuk suara penduduk kampung menghampiri ke arah mereka . 13
Ana dan Alia yang kepenatan cuba untuk menghampiri basikal mereka dan terus memecut laju kayuhan basikal mereka dalam kegelapan itu. “krekkk...krekkkk” makhluk itu masih bergerak ke arah mereka yang mengayuh basikal di jalan kecil menuju keluar daripada kawasan pantai itu. 14
Mereka akhirnya keluar daripada kawasan pantai itu dan sampai ke kawasan penduduk kampung yang sedang berkumpul mencari suara jeritan dan bunyi aneh itu. Ana dan Alia menoleh ke belakang dan tiada apa yang kelihatan. Penduduk kampung melihat Ana dan Alia yang sangat cemas dan berapa orang wakil penduduk dikawasan itu menghantar Ana dan Alia ke rumah Ana. Mak Alia sudah menunggu Alia di rumah Ana dengan muka yang cemas. 15
Ana dan Alia menangis teresak-esak menyesali perbuatan mereka yang tidak mematuhi pesanan mak mereka itu. Mak Ana dan Mak Alia cuba untuk menenangkan mereka berdua selepas kejadian itu. Ana dan Alia menceritakan apa yang berlaku dan meminta maaf kepada mak ayah mereka masing-masing . Mereka berjanji untuk tidak mengingkari pesanan orang tuatua lagi . Penduduk kampung berasa lega kerana dapat menyelamatkan Ana dan Alia . 16
Makhluk gergasi itu sudah tidak kelihatan dan bunyinya juga hilang serta-merta. Sejak kejadian itu, penduduk kampung itu tidak membenarkan sesiapa pergi ke pantai semasa waktu senja dan tiada siapa lagi yang berani pergi ke pantai pada waktu senja ataupun pulang lewat sehingga waktu senja. 17