FORMULA TERMODINAMIK
NOVEL TINGKATAN 1:
KARYA OBASIAH HAJI USMAN
WATAK
- Intan (ibu) - Menyimpan
- Damit (bapa) perasaan
- Joy, Lily (adik) terhadap
Asma
- Penuntut tahun AMIR
akhir Diploma - WATAK UTAMA
Kejuruteraan Am
- Kreatif dan - Sepupu
inovatif Usamah
- Pemaaf
WATAK
- Sepupu dan - Penuntut
kawan baik Politeknik di Perak
Amir
- Dua pupu USAMAH
Asma - WATAK SAMPINGAN
- Bijak mencipta kod - Rajin - Berfikiran
keselamatan untuk Berjoging positif
Syarikat Bahagia
WATAK - Anak
Mak Cik Jinab
- Dua pupu kepada
Amir dan Usamah ASMA
- Menuntut di - Tunang
Maktab Perguruan Asman,
- Tidak suka abang Aswan
mengungkitkan soal
peribadi dengan
keluarga Aswan
- Anak jati WATAK FIKRI / MAJIBON
Kampung
ASWAN - Majibon dan
Warisan, Papar Fikri (kawan baik
- Sombong dan ego
- Anak ahli perniagaan Aswan)
yang berjaya
- Dua pupu
- Pantang dicabar dengan Amir
dan Usamah
- Lepasan Politeknik
- Asman (abang)
menuntut di United
Kingdom
WATAK ADNIN DAN - Tanggapan
ZAID buruk
- Remaja menunggu
keputusan SPM terhadap
Aswan, Fitri
dan Majibon
ADNIN - Bersama Amir dan ZAID
Usamah
menyiapkan projek
pengubahsuaian
mesin rumput 2
dalam 1
SINOPSIS BAB 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan
manis zaman kanak-kanak mereka yang
selalu bermain di sawah bersama-sama
Usamah, Adnin dan Zaid.
Asma (berdarah kacukan Dusun dan
Brunei) melanjutkan pelajaran di maktab
perguruan manakala Amir (berdarah
kacukan Cina dan Brunei) belajar di
Politeknik Putatan, Sabah dan Usamah ke
Politeknik Perak.
SINOPSIS BAB 1
Ketika ini, Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di
rumah nenek mereka yang
tinggal bersebelahan dengan
rumah Asma. Amir menyimpan
perasaan terhadap Asma.
SINOPSIS BAB 1
Amir dan Usamah merancang projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya
berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah.
Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan
mesin rumput yang terpakai dan dibantu
oleh Profesor Othman dengan Formula
Dua Hukum Popular bagi memastikan
kejayaan projek tersebut.
SINOPSIS BAB 2
Aswan berasa kurang senang dan ingin
menyaingi Amir dan Usamah sejak tersebar
berita Amir dan rakan-rakannya mencipta
mesin 2 dalam 1.
Aswan mahu membuktikan bahawa dia tidak lemah, dia bijak,
handal dan mampu menyaingi Amir dan Usamah.
Aswan bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak
akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di
Kampung Warisan.
SINOPSIS BAB 2
Aswan menyuarakan hasratnya kepada
kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon.
Aswan bercadang untuk mencipta model
yang sama, menggunakan mesin rumput
yang panjang dan stor minyak petrolnya
digantung di belakang dan di hujung
pemotong rumput itu diwujudkan tangan
robot.
SINOPSIS BAB 2
Fikri dan Majibon kurang senang dengan
hasrat dan tujuan Aswan yang ingin
menyaingi Amir dan Usamah.
Bagi Fikri dan Majibon, persaingan biarlah
sihat dan tidak bermusuhan. Namun begitu,
Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk
menghampakan Aswan.
SINOPSIS BAB 2
Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan
Majibon.
Masalahnya ialah:
i. mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon
tidak pernah belajar bidang kejuruteraan, hanya
Aswan yang pernah belajar teori kejuruteraan di
Politeknik. Namun, semua notanya telah hilang dan
banyak perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya.
ii. Aswan tidak mahu meminta bantuan daripada Amir,
Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan
oleh Fikri dan Majibon.
SINOPSIS BAB 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat
pengubahsuaian bagi memastikan projek
mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar.
Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 Kilowatt (kw), kincir angin
model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana
komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan
kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke
kedai besi untuk dibentuk. .
SINOPSIS BAB 3
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang
melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan
oleh Amir dan Usamah.
Fikri dan Majibon sangat berminat dengan
projek tersebut. Mereka telah diberi
penerangan terperinci tentang proses
pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2
dalam 1 oleh Amir.
Aswan dan Usamah berada di dalam bilik
operasi.
SINOPSIS BAB 3
Aswan berasa tidak selesa lalu mengjak
rakan-rakannya pulang.
Zaid, Adnin dan Asma tidak senang hati
dengan kedatangan Azwan dan rakan-rakannya.
Bagi mereka, tujuan Aswan dan rakan-rakannya
adalah untuk mengintip projek Amir dan Usamah.
SINOPSIS BAB 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2
dalam 1 siap, Zaid dan Adnin mengajak
Amir dan Usamah pergi memancing di
sawah untuk menenangkan fikiran.
Semasa memancing, Zaid dan Adnin telah
bercerita tentang kecurian baja subsidi
orang Kampung Warisan dari stor
dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan
rakan-rakannya yang telah mencuri baja
tersebut.
SINOPSIS BAB 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya
memperoleh formula yang diperlukan untuk
melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin
menanam padi. Mesin ini dapat mengurangkan risiko
generasi menjadi bongkok.
Ketika asyik menyemak data, Aswan didatangi
tetamu. Dia berasa gelisah, lalu menyorokkan pemacu
penanya.
SINOPSIS BAB 5
Aswan berasa lega apabila melihat Majibon
dan Fikri.
Lakaran grafik yang telah disediakan oleh
Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan
Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan
cara projek itu akan dimulakan sehinggalah ke
peringkat operasi.
SINOPSIS BAB 6
Amir sangat risau kerana Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik dan storan data formulanya telah hilang.
Amir kesal kerana cuai dan tidak menyimpan storan dengan
baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan
formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman.
Adnin mengandaikan bahawa ada orang yang telah
menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Amir tahu bahawa
bukan mudah untuk dia mengingati formula tersebut. Amir juga
segan untuk mendapatkan formula itu semula daripada profesor
Othman, seperti yang dicadangkan oleh Usamah.
SINOPSIS BAB 6
Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya
kepada nenek untuk membajak tapak semaian
dengan mesin 2 dalam 1.
Amir yang tidak dapat menerima kenyataan
tersebut terus berlari ke puncak gunung untuk
melepaskan tekanan.
Usamah berasa bimbing apabila melihat
keadaan Amir. Dia mengajar Amir ke masjib
untuk menunaikan solat maghrib.
SINOPSIS BAB 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan.
Mereka tiba di rumah pada jam 12.00 tengah malam. Amir
terus ke pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula
Termodinamik dan melayari data Syarikat Bahagia.
Amir amat terkejut kerana ada penceroboh yang berusaha
untuk memindahkan storan data Syarikat ayahnya.
Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat pencerobohan
tersebut dengan menerbitkan kod baru Adang Keselamatan
Rahsia.
SINOPSIS BAB 7
Pada masa yang sama, Aswan dan dua orang
rakannya sedang sibuk menyemak formula yang
baru diperoleh.
Aswan kesal kerana kurang bijak menggunakan komputer
dan tiba-tiba storan syarikat tersebut hilang, sedangkan dia
nyaris-nyaris berjaya memindahkannya ke komputer peribadi.
SINOPSIS BAB 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila
diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan
data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak
berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu
kepada ayahnya kerana dia berada di Manila
atas urusan perniagaan.
SINOPSIS BAB 8
Selepas itu, Amir dan Usamah pulang
semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat
gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang
menolong neneknya di tapak semaian. Adnin
sedang menolak mesin 2 dalam 1 untuk
menyediakan tapak semaian. Neneknya
tersenyum bangga kerana Amir mewarisi
kepintaran anaknya, iaitu ayah Damit.
SINOPSIS BAB 9
Amir bangga melihat semangat
bergotong -royong masih menjadi amalan
penduduk Kampung Warisan. Ramai
penduduk kampung datang menolong
menanam padi di sawah neneknya.
Usamah bersungut tentang mesin ciptaan
Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak
bolehlah digunakan oleh orang kampung
pada musim menanam kali ini.
SINOPSIS BAB 9
Tiba-tiba suasana menjadi hingar -
bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat
nenek jatuh ke dalam paya. Pak Cik Suib,
ayah Asma mengangkat nenek ke batas
sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan
Usamah berusaha memberi pertolongan
kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa
pulang ke rumah. Atas desakan Asma, nenek
kemudiannya dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan lanjut.
SINOPSIS BAB 10
Nenek menjalani pembedahan kecil
pada buku lalinya untuk memastikan tidak
ada pendarahan dan bagi mengelakkan
jangkitan kuman ke anggota lain.
Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan
adik-adiknya serta Usamah turut berada di
hospital menemani nenek. Nenek sangat
terharu dengan layanan dan kasih sayang
daripada anak cucunya.
SINOPSIS BAB 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada
projek mesin menanam padinya tetapi banyak
masanya dihabiskan di hadapan komputer.
Dia cuba meramal beberapa nombor
digital sehinggalah dapat mencerobohi data
syarikat Bahagia yang dijumpai.
SINOPSIS BAB 11
Tiba-tiba, maklumat yang ditemui beberapa
hari lalu muncul semula. Pengaliran data itu tidak
dapat disekat lagi.
Aswan terpukau melihat jumlah aset syarikat
tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan
data tersebut kepada Fikri dan Majibon.
SINOPSIS BAB 11
Aswan bercadang memindahkan wang
sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam
akaunnya. Majibon membantah keras hasrat
kerana agama melarang mengambil hak
orang lain.
Aswan kemudiannya bercadang untuk
mengambil RM10,000.00 sahaja sebagai
modal menjalankan projek mereka. Fikri pula
menentang hasrat Aswan dan mengingatkan
mereka perlu berpegang teguh pada etika
kerja serta bersaing secara sihat.
SINOPSIS BAB 11
Pada masa yang sama, Amir dapat
mengesan pencerobohan dan data syarikat
ayahnya diceroboh lagi.
Usamah berusaha keras mengesan
kebocoran data tersebut dan cuba
menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat
untuk menyiasat perkara tersebut.
SINOPSIS BAB 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang
berlaku kepada Syarikat Bahagia kepada
ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu
sibuk.
Intan, ibu Amir telah menceritakan
pencerobohan dan kebocoran maklumat
syarikat kepada ayahnya. Ayahnya terkejut.
SINOPSIS BAB 12
Amir dan Usamah kembali semula ke
Kampung Warisan. Mereka tiba pada hari
mulai senja.
Zaid dan Adnin sedang menunggu
kedatangan mereka dan nenek mereka telah
beransur sihat dan akan keluar dari hospital.
Mereka juga memberitahu bahawa Asma
telah pergi mengikut kakaknya ke Kampung
Pimping, Membakut.
SINOPSIS BAB 12
Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan
mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang
kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka
telah dapat berbakti kepada orang kampung.
Zaid dan Adnin pula telah melaporkan
peristiwa bahawa mereka telah dapat
menjejak penjenayah Kampung Warisan yang
menyimpan barang-barang curi di sebuah
pondok tidak jauh dari pangkalan.
Amir telah mengatur strategi untuk
memerangkap penjenayah itu.
SINOPSIS BAB 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur
strategi, Amir dan rakan-rakannya bergerak selepas Isyak
menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid.
Mereka membawa radio kompo mini, tali, bateri kereta
yang telah dicas dan kelengkapan menangkap
penjenayah.
Setengah jam perjalanan mereka sampai di
pangkalan. Tugas Usamah adalah menakut-nakutkan
penjenayah. Adnin dan Zaid ditugaskan untuk
memasang bunyi rakaman anjing yang sedang menyalak
dan rakaman suara supaya penjenayah menyerah diri.
SINOPSIS BAB 13
Ketika penjenayah berada dalam
keadaan kelam-kabut, Amir menyerbu
ke dalam pondok.
Akhirnya, Lahop dan Oyong
pemuda Kampung Warisan yang
diupah menjaga pondok tersebut
dapat diberkas dan dihantar ke balai
polis. Amir menemui CD yang
menyimpan seribu rahsia yang sukar
ditafsir.
SINOPSIS BAB 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan
CD yang ditemukan semasa operasi
penangkapan dua orang pemuda di pondok
berhampiran dengan pangkalan.
Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula
Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut.
SINOPSIS BAB 14
Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali
menghantar mesej meminta maaf.
Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang
yang telah mencuri formula mereka. Mereka cuba
bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada
jawapan.
Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa
Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam
keadaan basah kuyup dan mengajak mereka
membantu memindahkan orang kampung kerana
air telah naik melepasi satu meter.
SINOPSIS BAB 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus
deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang
kayu untuk menyelamatkan diri.
Aswan rasa menyesal tidak mendengar nasihat
ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan
Krismas di rumah Majibon kerana cuaca
buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah
balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah
dilakukannya.
SINOPSIS BAB 15
Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus
berpaut pada sebatang kayu sehinggalah
diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan
telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta
mengaku dialah yang mencuri Formula Termodinamik
dan penghantar e-mel.
SINOPSIS BAB 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan
Usamah telah membolehkan mereka
memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka
turut mendapat biasiswa kerajaan bagi
melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pada hari keberangkatan, semua ahli
keluarga berada di lapangan terbang. Aswan,
Fikri dan Majibon turut sama. Asma datang
mengucapkan tahniah kepada mereka berdua
dengan menghulurkan sejambak mawar putih
buat Usamah dan mawar merah buat Amir.