MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM SESI I : 2023/2024 PENSYARAH KURSUS : MOHD SAAD BIN MOHD SAID NAMA NO PENDAFTARAN UMMI UMAIRAH BINTI MUHAMMAD AZHAR 03DEE21F1017 DAYANGKU SHAHIRAH NABILAH BINTI PG SOFIAN 03DEE21F1051 NUR AMIRAH NAJWA BINTI MOHD RAZALI 03DEE21F1011 NUR AIN HIDAYAH BINTI ZULHAFIZI 03DEE21F1073 SHARIFAH AMY ANISHA BINTI WAN TAR 03DEE21F1041 TUGASAN : E-FOLIO
RENDANG NASI UDUK BAKSO SATE AYAM TAJUK : MAKANAN HALAL
PENGENALAN " Halal berasal dari frasa dalam bahasa Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibenarkan oleh undang-undang Islam " . Makanan yang halal serta baik adalah merupakan makanan yang mengandungi banyak khasiat serta baik untuk kesihatan . Allah SWT telah memerintahkan kepada manusia supaya memakan makanan yang baik iaitu makanan yang halal sebelum Allah SWT memerintahkan untuk berbuat amal kebaikan .Halal membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian , amalam kebersihan dan kehidupan sihat . Dari segi perkataan pula halal bermaksud dibenarkan. Ia merujuk kepada makanan atau minuman yang diizinkan dan tidak berdosa memakannya berdasarkan prinsip undang-undang Islam . Manakala lawan bagi halal ialah haram . Haram berasal dari bahasa Arab yang bermakna suatu perkara yang dilarang oleh syarak ( agama ) . Mengerjakan perbuatan yang haram bererti berdosa dan mendapat pahala bila ditinggalkan . Contohnya , memakan bangkai binatang , darah , memakan makanan yang bukan milik sendiri atau makanan dari hasil mencuri .
TUJUAN Setiap hukum disyariatkan kepada manusia bertujuan mendatangkan mashalah (kebaikan) dan menolak mafsadah (keburukan) sama asa pada agama, nyawa, keturunan akal, mahupun harta pada kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Bertepatan kedudukannya sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, islam tidak membiarkan manusia teraba- raba dalam mencari sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepad mereka tanpa sebarang petunjuk dan panduan. Allah SWT menurunkan pelbagai perintah dan larangan unutk menjaga maslahah.Antaranya tuntutan memilih makanan yang menepati konsep halal dan baik atau 'halalan tayyiban'. Antara hikmah memakan makanan yang halalan tayyiban ialah : Pertama, ia boleh memberikan ketenteraman kepada jiwa kerana sesuai dengan fitrah manusia. Makanan yang haram dan syubhah pada kebiasaanya menjadikan jiwa tidak tenteram, resah dan gelisah kerana bertentangan dengan fitrah. Kedua, makanan halalan tayyiban turut berperanan menyelamatkan seseorang daripada seksaan api neraka. Ia bertepatan sabda nabi SAW yang bermaksud: "Tidak tumbuh daging daripada yang haram, melainkan api neraka lebih utama baginya".( Riwayat alTermidhi). Ketiga, makanan berstatus halal tayyiba dapat membantu menghindarkan daripada pelbagai penyakit.
DALIL
PERANAN 1) PERANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) KKM adalah salah satu agensi kerajaan yang banyak bekerjasama dengan JAKIM dalam urusan pensijilan halal tempatan dan luar negeri. Selain daripada terlibat dalam pentauliahan badan Islam luar negara , KKM turun memainkan peranan untuk mengesahkan keselamatan produk makanan, suplemen Dan jugak perubatan. Di bawah Akta Makanan 1983, Dan peraturan- peraturan- di bawah Akta ini, ada mengandungi peruntukan berhubung perlabelan , amalan kebersihan Dan keselamatan makanan. Hanya setelah mendapat pengesahan daripada KKM, makan sesuatu produk itu boleh dipertimbangkan untuk pensijilan halal. Syarat ini terpakai untuk sebarang produk makanan Dan suplemen kesihatan
PERANAN 2)PERANAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) JAKIM merupakan badan rasmi yg berautoriti dalam pentadbiran hal ehwal pensijilan halal di Malaysia . Bahagian Hab Halal JAKIM memainkan peranan yg sangat penting dalam kemajuan industri Dan kepenggunaan halal di Malaysia. Objektif utama penubuhan bahagian ini adalah untuk melaksanakan sistem pengurusan pensijilan halal berdasarkan standard Dan garis panduan berkaitan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa selain mengeluarkan sijil pengesahan halal Malaysia selepas bayaran diterima Dan pemohon memenuhi segala prosedur Dan syarat yang ditetapkan. Pihan JAKIM juga mengambil pendekatan terbuka dengan mengalu-alukan pertanyaan dan pandangan dari org ramai yang boleh menghubungi pihak JAKIM melalui telefon, email dan juga media sosial
KESAN/IMPAK 1) MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA Perkembangan industri halal meningkatkan pendapatan negara . Negara kita yang telah berkembang maju dalam industri halal akan mengeksport produknya ke luar negara . Selain negara kita , negara lain juga tidak ketinggalan untuk membangunkan industri halal di negara mereka . Misalnya , negara China , Korea dan Jepun . Industri halal di negara kita turut mengeluarkan pelbagai produk halal seperti makanan , barangan penjagaan kesihatan , kosmetik dan lain - lain untuk dieksport ke negara lain . Contohnya , jumlah eksport makanan halal negara Malaysia sebanyak RM 8.2 billion pada tahun lalu . Keadaan ini telah meningkatkan pendapatan negara kita melalui kadar pertukaran mata wang asing yang amat menguntungkan negara kita . Oleh itu , industri halal merupakan satu daripada industri lain yang terdapat di negara kita . Oleh itu , industri halal merupakan salah satu daripada industri lain yang terdapat di negara kita yang juga memberikan sumbangan kepada pendapatan negara .
KESAN / IMPAK 2) MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT TEMPATAN Pendapatan rakayat tempatan juga akan meningkat ekoran perkembangan industri halal di negara kita. Perkembangan industri halal mewujudkan peluang perkerjaan kepada rakyat tempatan. Misalnya, peniaga makanan dan minuman halal, pengurus bank,penjual barangan kosmetik dan sebagainya. Keadaan ini telah membolehkan rakat tempatan mempunyai sumber pendapatan untuk menyara kos mereka. Peluang pekerjaan yang pelbagai dan banyak mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dengan adanya pendapatan yang stabil, rakyat tempatan akan memiliki taraf kehidupan yang lebih baik. Mereka akan membeli barangan yang berkualiti tinggi dan sihat untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.Contohnya, pewangi, produk penjagaan kulit,makanan,minuman dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan industri halal perlu mengeluarkan lebih banyak produk yang halal. Pokoknya, perkembangan pesat industri halal membolehkan rakyat tempatan mempunyai sumber pendapatan untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi di kawasan bandar
KESAN / IMPAK 3) KEMASUKAN PELABURAN ASING Perkembangan dalam industri halal turut menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam negara kita. Negara Malaysia juga mempunyai lapan taman industri halal. Taman industri halal ini membekalkan banyak kemudahan. Keadaan ini menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke dalam negara kita. Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) mengatakan bahawa setakat ini taman industri halal telah menerima pelaburan berjumlag RM 4.8 billion. Katanya juga, industri halal menawarkan kelebihan dalam perniagaan khususnya dari aspek sistem dan penyampaian serta infrstruktur disediakan untuk industri itu di negara kita telah menarik banyak pelaburan asing termasuk Dari jepun, Pakistan Dan Australia. Pelaburan daripada pelabur asing membolehkan negara kita meningkatkan lagi kemudan infrastruktur yang sedia ada. Keadaan ini membolehkan pengeluaran produk industri halal dapat ditingkatkan. Oleh itu, perkembangan industri halal menggalakkan kemasukan pelaburan asing.
KESIMPULAN Tuntutan untuk mencari makanan yang halal serta toyyiban merupakan kefardhuan bagi setiap umat Islam . Umat Islam haruslah dalam apa cara sekali pun berusaha untuk memastikan makanan , minuman dan pakaian merupakan Dari sumber yg halal serta bukan syubhah. Makanan yang baik akan membentuk jati diri Muslim yang baik. Dewasa kini kita seeing melihat org Islam di negara ini tanpa segan silu memilih makanan Dan minuman yang belum tentu disahkan halal oleh pihak berkuasa Dan mereka tanpa segan silu mempromosikan budaya tersebut di media sosial. Melalui kajian ini, diharapkan dapat memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna Islam bahawa di Malaysia terdapat undang-undang khusus yang mengawal mengenai aspek pemakanan Dan kepenggunaan halal supaya tidak ada individu mahupun syarikat yang mengambil kesempatan Dan keuntungan
PENUTUP Dalam keghairahan menghasilkan produk makanan masa kini , telah menimbulkan pelbagai isu halal haram . Kebanyakkan isu yang timbul kini adalah berkaitan dengan bahan bersumber khinzir dan sebagainya yang bersamaan denganya . Ini kerana ia mudah didapati dengan harga yang murah berbanding bahan lain . Selain itu , penggunaan alatan moden dalam sembelihan juga turut menjadi perdebatan di dalam Islam . Walaupun kaedah yang digunakan bersifat efisien dan ekonomik , namun aspek ihsan terhadap haiwan yang disembelih turut perlu diambil kira . Ini kerana sekiranya sembelihan tidak patuh syariah , ia akan menukar status haiwan tersebut kepada haram untuk dimakan dan dimanfaatkan . Begitu juga dengan penggunaan darah dari rumah sembelihan dalam pemprosesan makanan bebola , ia turut haram walaupun dapat mengelak pembaziran sisa rumah sembelihan . Pengharaman ini jelas dalam al-Quran . Justeru , Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap , yang disediakan panduan dari al-Quran dan al-Sunah selamanya relevan dalam menangani perkembangan hidup masyarakat
RUJUKAN https://www.halal.gov.my/v4/index.php? data=bW9kdWxlcy9uZXdzOzs7Ow==&utama=pa nduan&ids=gp1&lang=bm https://www.islam.gov.my/ms/bahagianpengurusan-halal/profil https://neuroversiti.com/makanan-sunnah-nabi/
LAMPIRAN
TERIMA KASIH !!!