The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dihasilkan oleh : Pn. Haniza
GPM SKSM
Sumber : Wikipidea

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by honey2a, 2023-01-26 07:35:03

Pameran Bertema Sempena Tahun Baru Cina

Dihasilkan oleh : Pn. Haniza
GPM SKSM
Sumber : Wikipidea

PAMERAN BERTEMA SECARA MAYA S E M P E N A 2023


Tahun Baru Cina (Cina ringkas: 春节; Cina tradisional: 春節; pinyin: Chūn Jié) merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Sejarah


Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian).


Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.


Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Sebelum Perayaan


Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah makan besar. Hidangan yang terdiri daripada ikan dan sayur-sayuran yg disebut yes sang terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa jongkong emas Cina. Sebelum Perayaan


Limau mandrin Limau mandarin (Citrus reticulata) atau oren mandarin ialah sejenis tumbuhan sitrus kecil yang menyerupai buah oren. Kebiasaannya, limau mandarin boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai salad buah-buahan. Makanan traditional


Kuih Bulan Kuih bulan ialah salah sebuah kuih tradisional cina. Ia dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta itu bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan; kuih bulan dianggap sebagai satu makanan istimewa penting pada peristiwa ini. Kuih bulan ditawar antara rakan-rakan atau kepada perhimpunan keluarga sementara meraikan pesta, satu daripada tiga perayaan Cina yang paling penting. Makanan traditional


Yee Sang Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. Secara harfiah, "yusheng" (kekadang turut dieja "yu sheng") dapat diterjemahkan menjadi "ikan mentah" dan boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan Makanan traditional


Jiaozi Dumpling ataupun dikenali sebagai Jiaozi mempunyai kulit yang diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. Makanan traditional


Samfu Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina Pakaian tradisional


Cheongsam Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina. Tetapi kini, pakaian ini jarang dipakai oleh wanita Cina di Malaysia kerana mereka lebih gemar memakai pakaian fesyen negara barat. Cheongsam dikatakan berasal dari baju tradisional lelaki Cina yang labuh sampai ke kaki. Perkataan 'cheong sam' dalam dialek kantonis bermaksud 'baju labuh' . Cheongsam dipercayai mula diperkenalkan semenjak revolusi di Negera China pada tahun 1911. Pakaian tradisional


Selamat Menjawab soalan kuiz..... SSCCAANNMMEE D a p a t k a n e - s i j i l y a n g m e n a r i k s e k i r a n y a a n d a b e r j a y a m e n p e r o l e h i 8 0 % m a r k a h


Click to View FlipBook Version