The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurin Insyirah, 2023-11-08 02:39:57

ADAT RESAM : PERKAHWINAN MELAYU

- SELAMAT MEMBACA -

ADAT RESAM : PERKAHWINAN MELAYU 3 Cekal Adat Resam


ISI KANDUNGAN • Adat resam • Adat resam : Perkahwinan • Merisik / Menengok • Meminang / Bertunang • Mandi bunga • Menghantar belanja dan akad • Berandam dan berasah gigi • Berinai • Bersanding • Mandi limau • Sambut – menyambut • Sirih junjung • Hantaran 2


ADAT RESAM 3 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun - temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat . Adat Resam juga dikenali sebagai “ tradisi “ . Ia adalah sesuatu yang ramai orang lakukan, dan telah dilakukan untuk jangka masa yang lama Adat ialah peraturan yang sudah lama diamalkan yang merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti kelahiran , perkahwinan dan kematian.


4 ADAT RESAM : PERKAHWINAN Adat resam perkahwinan adalah antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu , baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Adat istiadat perkahwinan merupakan satu adat yang bagi mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup. Ia terdiri daripada sembilan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat: PERINGKAT PERTAMA • Merisik / Menengok • Meminang / Bertunang • Mandi bunga • Menghantar belanja & akad PERINGKAT KEDUA • Berandam & berasah gigi • Berinai PERINGKAT KETIGA • Bersanding • Mandi limau • Sambut - menyambut


5 MERISIK / MENENGOK • Ibu bapa bertanggungjawab memilih pengantin perempuan untuk anak lelakinya yang sudah cukup umur untuk berkahwin. • Calon biasanya dipilih berdasarkan keturunan, pendidikan agama , kecantikan dan hubungan kekeluargaan. • Antara sifat-sifat yang paling dikagumi oleh bakal mentua ialah kemahiran rumah tangga seperti memasak & menjahit. • Bagaimanapun, pencapaian paling disanjung ialah keupayaan anak dara untuk membaca Al-Quran dengan fasih dan merdu. • Setelah membuat pilihan,ibu bapa akan menghantar sebilangan kawan atau saudara wanita untuk berkenalan dengan calon yang dipilih di rumahnya


6 MEMINANG / BERTUNANG Adat meminang dan adat bertunang dilakukan sebelum majlis akad nikah dilangsungkan. Adat ini bertujuan melamar perempuan yang menjadi idaman lelaki untuk menjadi seorang isteri yang sah. Meminang dimulakan dengan menjamah tetamu iaitu keluarga pengantin lelaki dengan juadah seperti kuih-muih. Kemudian,barulah hasrat kedatangan mereka disampaikan kepada keluarga pengantin perempuan secara berkias. Bagi adat bertunang pula rombongan pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk majlis pertunangan secara rasmi. Majlis dimulakan perbualan yang biasa dan pada pengakhiran majlis ini, pertunangan antara lelaki dan perempuan akan dirasmikan. kebiasaannya pihak lelaki membawa sehelai kain batik, sirih sepiak, gula-gula dan kuih-muih.Barangan yang biasanya digubah secara artistik di atas lima paha ini dibalas dengan lima paha juga oleh pihak perempuan. Kemuncak majlis ini ialah acara menyarung cincin pertunangan oleh ibu di pihak lelaki ke jari manis bakal pengantin perempuan, manakala ayah di pihak perempuan ke jari manis bakal pengantin lelaki.


7 MANDI BUNGA • Mandi bunga ialah rawatan kecantikkan yang sering dilakukan oleh bakal ratu dan raja sehari supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin. • Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah disebabkan oleh khasiat di dalam bunga yang terserap ke dalam tubuh badan. Antara bunga-bunga yang digunakan untuk mandi bunga ialah : • Cempaka putih - • Melur kuning dan putih - • Bunga kenanga - • Mawar merah - untuk mewangikan dan melembutkan badan. untuk membersihkan bahagian dalaman. untuk menaikkan seri wajah sekaligus senang didekati. untuk memberi keyakinan dan keberanian pada diri. Setelah kesemua bunga disediakan,ia akan dicampurkan dengan sebotol air mawar dan dua biji limau purut serta dibiarkan semalaman.Sebaiknya, mandi bunga dilakukan pada waktu pagi.


Istiadat menghantar mas kahwin dan belanja perkahwinan diadakan sebelum upacara akad.Antara barangbarang yang dihantar ialah: 1.Cincin yang bertatahkan batu permata 2.Kain sutera yang mencukupi untuk sehelai baju perempuan 3.Dua helai sarung sutera 4.Beraneka jenis kuih-muih dan buah-buahan 5.Mangkuk sirih atau kotak sirih yang dilengkapi dengan bahan-bahan 6.Satu atau dua buah cerek air mawar yang diperbuat daripada logam perak atau loyang Untuk upacara akad,pengantin lelaki pada akan memakai pakaian haji atau pakaian tradisi Melayu.Upacara akad sebenarnya adalah satu-satunya istiadat yang diperlukan oleh agama Islam dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan.Imam akan memilih dua orang dari tetamu yang hadir untuk menyemak hantaran tersebut. Selepas selesai hantaran disemak dan diterima,hantaran tersebut akan diserahkan kepada pihak pengantin perempuan. Kemudian, Imam akan mendaftarkan nama pengantin lelaki di dalam sebuah buku. Pengantin lelaki akan diminta untuk menandatangani surat pernikahan sebagai tanda dia sudah bersedia untuk bernikah. MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD 8


MENGHANTAR BELANJA DAN AKAD Perkara ini memerlukan dua orang saksi. Pada akhir upacara akad nikah, Imam akan memegang tangan kanan pengantin lelaki dan mengisytiharkan kenyataan akad kepadanya, "... bin ..., aku nikahkan dikau dengan ... binti ... yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..." Imam kemudian berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebagai tanda untuknya menjawab tanpa teragakagak atau kesilapan "Aku terima nikahnya ... binti ... dengan mas kahwinnya $... (tunai/berhutang) dan belanjanya $..." Selepas upacara akad, pengantin lelaki akan berjabat tangan dengan semua tetamu, bermula dengan imam dan bapa mertuanya, jika dia menghadiri majlis itu. Pengantin lelaki diiringi balik ke rumahnya dan tetamutetamu, baik lelaki mahupun perempuan, dihidangkan dengan jamuan yang terdiri daripada kari dan nasi minyak. 9


BERANDAM DAN BERASAH GIGI Adat ini akan dilakukan tiga hari atau lebih sebelum hari akad nikah .Rambut pengantin perempuan di dahi ( anak rambut ) serta bulu keningnya dipepat . Kemudian, gigi pengantin perempuan diasah dan dikilap supaya menjadikannya sama rata dan berkilat. Tugas ini dilakukan oleh seorang tukang andam . Selepas berandam, pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintuk - limau yang dianggap secara tradisi dapat menghapuskan nasib malang pada pengantin perempuan. Selepas dimandikan, dan sebelum bakal pengantin perempuan tidur pada malam yang sama, sepuluh hujung jarinya dan pusat kedua-dua tapak tangan serta pinggir tapak kaki diinai dan dibiarkan kering sehingga pagi berikut. Ini adalah amalan berinai yang sebenar dan mendahului apa yang dikenali sebagai istiadat berinai. 10


Malam berinai secara amnya sebuah majlis yang diatur secara rapi yang dilakukan selama tiga hari berturut-turut sebelum berlangsungnya akad nikah dan majlis resepsi. Malam berinai terdiri daripada tiga iaitu : 1. ' Malam berinai curi ' diadakan pada waktu petang atau sebelah malamnya tiga hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.Bakal pengantin perempuan akan didudukkan di atas pelamin yang telah dihias indah dan dipakaikan inai pada kedua-dua belah tapak tangan dan kaki.Majlis ini hanyalah untuk keluarga terdekat sahaja. 2. ' Malam berinai kecil ' juga diadakan pada waktu petang atau sebelah malam selepas hari majlis berinai curi.Bakal pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada kedua-dua belah tangan dan kaki.Pada malam ini juga,bakal pengantin lelaki akan turut dipakaikan inai pada jari kelingking,jari manis dan jari tengah sama ada pada sebelah tangan sahaja atau kedua-dua belah tangan. 3. ' Malam berinai besar ' merupakan acara kemuncak sebelum berlangsungnya majlis akad nikah pada keesokkan harinya.Majlis ini melibatkan lebih ramai tetamu jemputan daripada kedua pihak lelaki dan perempuan.Pengantin lelaki akan diarakkan ke atas pelamin terlebih dahulu sebelum giliran pengantin perempuan.Selepas itu,istiadat dimulakan dengan membuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri dan kanan tangan pengantin lelaki.Acara diteruskan dengan menggunakan bertih,kemudian diikuti dengan tangkai daun wangi yang dicelupkan dengan air setawar yang digunakan untuk menyentuh belakang tapak tangan pengantin.Akhir sekali,sedikit pes inai yang diletakkan di atas daun sirih disapu secara perlahan pada tapak tangan pengantin lelaki menjadi simbolik perkahwinan yang akan dilangsungkan. BERINAI 11


BERSANDING • Bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa • Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam perkahwinan Melayu. • Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. • Tujuan diadakan adat persandingan adalah untuk menghebahkan pasangan pengantin kepada masyarakat setempat untuk menjadi bukti jalinan hubungan yang halal dan juga untuk dijadikan nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin tersebut selain bertujuan meneruskan tradisi nenek moyang secara turun temurun. Kebiasaannya,bersandingdiadakan di luar rumah agar ramai tetamu dapat menyaksikannya.Mempelai selalunya berpakaian baju Melayu songket ketika bersanding.Acara silat,tarian,menabur gula-gula,menambur duit syiling dan lain-lain persembahan turut diadakan.Selepas mempelai ditabur 'beras kunyit',kedua-dua mempelai didudukkan di atas kerusi berhadapan dengan khemah tetamu.Kerusi pengantin hanyalah kerusi tetamu sahaja tetapi di alas dengan 'kain batik lepas' lalu diletakkan di atas tikar yang lebar.Selepas bersanding di luar rumah,mempelai akan dibawa masuk ke dalam rumah dan duduk di pelamin.Ahli keluarga akan bersalaman dengan mempelai.Pada masa inilah kata-kata nasihat serta doa diberikan.Kemudian,diteruskandengan makan beradap,sesi memotong kek dan sesi bergambar bersama-sama keluarga. . 12


MANDI LIMAU Mandi limau adalah suatu adat perkahwinan pada zaman dahulu untuk menanyakan tentang keperawanan pengantin perempuan. Adat ini dilakukan pada awal pagi selepas malam bersatu pengantin tersebut.Ibu pengantin akan memastikan keperawanan pengantin perempuan melalui pengantin lelaki yang dibekalkan dengan sehelai sapu tangan putih.Sapu tangan tersebut akan ditunjukkan kepada kedua-kedua keluarga terutamanya keluarga pengantin lelaki.Istiadat mandi limau pun dijalankan. Kedua-dua pengantin akan memakai pakaian yang terbaik iaitu pakaian Melayu biasa dan akan duduk di atas pelamin di hadapan para tetamu yang terdiri daripada saudara-mara,jiran dan kenalan rapat kedua-dua keluarga.Selepas duduk selama sepuluh hingga lima belas minit,mereka akan dibawa turun dan didudukkan di atas sebuah bangku/dua buah kerusi di ibu rumah atau bilik lain di rumah.Setelah itu,mandi limau diteruskan dengan memercikkan air sintok dan limau purut kepada kedua-dua pengantin tersebut yang dilakukan oleh ibu pengantin.Selepas selesai upacara tersebut,kedua-dua pengantin akan dibawa masuk ke bilik dengan masingmasing memegang salah satu hujung sapu tangan.Kedua-dua pengantin tidak dibenarkan memerah air dari sapu tangan tersebut.Adat ini dipegang teguh pada zaman dahulu tetapi kini tidak lagi diamalkan oleh hampir ke semua orang Melayu atas sebab-sebab yang tertentu. 13


14 SAMBUT - MENYAMBUT Pada hari istiadat mandi, sebuah kenduri akan diadakan di rumah pengantin perempuan. Pada masa yang sama, suami dan ibu bapa mertua akan membawa pengantin perempuan membuat kunjungan ke rumah mereka. Jika ibu bapa mertuanya merupakan orang berada maka , mereka akan menjalankan istiadat besanding sekali lagi. Lagi sebuah kenduri akan diadakan yang terdiri daripada beratus - ratus tetamu. hiburan yang terdiri daripada muzik dan tarian tempatan akan diadakan sepanjang siang dan malam untuk menghiburkan isteri yang baru . Selepas tinggal di rumah suaminya selama beberapa hari, isteri yang diiringi oleh suami dan ibu bapa mertuanya akan kembali ke rumah perempuan untuk mendiami ( sekurang - kurangnya beberapa bulan ). Sebuah kenduri kecil akan diadakan bagi menyambut kepulangannya. • Istiadat yang diadakan di rumah pengantin lelaki lebih besar daripada istiadat bersanding di rumah pengantin perempuan , tetapi kenduri - kenduri perkahwinan yang diadakan di rumah pengantin perempuan biasanya adalah lebih banyak dan lebih mewah daripada kenduri - kenduri yang diadakan di rumah pengantin lelaki .


15 SIRIH JUNJUNG Mengikut tradisi atau adat resam melayu , sirih junjung adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan . Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis , ia juga dikatakan mempunyai maksud tersirat yang menjadi lambang kehidupan berumah tangga yang penuh suka dan duka . Masyarakat dulu meletakkan sirih junjung sebagai pembuka majlis atau hantaran utama . Gubahan sirih perlu menggunakan daun sirih segar yang melambangkan kehidupan baharu , manakala pemilihan bunga berwarna-warni pula melambangkan kehidupan yang harmoni . selain daun sirih dan bunga segar , sirih junjung turut meletakkan kapur, gambir dan buah pinang . MAKSUD TERSIRAT DISEBALIK BAHAN-BAHAN : • DAUN SIRIH - mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan merendah diri • KAPUR - melambangkan hati seseorang yang putih bersih dan tulus • GAMBIR - rasanya agak pahit dan sedikit kelat melambangkan kecelakaan hati • BUAH PINANG - lambang keturunan orang yang baik budi pekerti, tinggi darjatnya serta jujur


16 HANTARAN • Hantaran adalah pertukaran hadiah atau tawaran antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan antaranya seperti pakaian,produk penjagaan diri,kosmetik,kek,coklat,buah- buahan dan yang paling penting sirih junjung. • Wang hantaran pula merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak keluarga.Ia biasanya diberikan oleh pengantin lelaki kepada keluarga pengantin perempuan untuk perbelajaan majlis perkahwinan. • Hantaran lazimnya dilakukan semasa bertunang dan akad nikah serta turut diarak bèrsama mempelai sebelum bersanding yang dibawa selalunya oleh saudara-mara atau sahabat pengantin. • Hantaran daripada pihak perempuan biasanya lebih banyak berbanding pihak lelaki sebanyak dua dulang.Sekiranya pihak lelaki menghantar 7 dulang,pihak perempuan akan membalasnya dengan 9 dulang.Jumlah hantaran biasanya adalah ganjil.


SEKIAN TERIMA KASIH 3 Cekal Adat Resam Melayu Bak kata pepatah, Biar mati anak, Jangan mati adat .


Click to View FlipBook Version