The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGHAYATAN ETIKA DAN KESANNYA TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umairhuzaifah28, 2022-12-11 04:13:06

Tugasan PEP

PENGHAYATAN ETIKA DAN KESANNYA TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Keywords: PEP

UniKL- MALAYSIA SPANISH INSTITUE

TUGASAN :
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN (MPU3182)

SEMESTER SEPTEMBER 2022

TAJUK :
PENGHAYATAN ETIKA DAN KESANNYA TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR

DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMED AKMAL BIN SHAHUL HAMEED (54221122148)

HAFIZ SYAMIN BIN SAFIEAI (54221122142)
MUHAMMAD HAZIQ HAMIZAN BIN MOHD FAIZAL (54221122143)

UMAIR HUZAIFAH BIN AMILUDDIN (54221122149)
MUHAMMAD AZAM HUZAIMI BIN MOHD ABDULLAH (54221122137)

MUHAMMAD AIMAN BIN ROSNIZAM SAIRIZAL (54221122198)

DISEDIAKAN UNTUK :
EN. ABD RASHID BIN ABDUL HALIM@JAAFAR


AHLI-AHLI KUMPULAN

NAMA : MOHAMED AKMAL BIN SHAHUL HAMEED
NO. ID : 54221122148
KURSUS : BBT AM

NAMA : HAFIZ SYAMIN BIN SAFIEAI
NO. ID : 54221122142
KURSUS : BBT AM

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ HAMIZAN BIN MOHD FAIZAL
NO. ID : 54221122143
KURSUS : BBT AM

NAMA : UMAIR HUZAIFAH BIN AMILUDDIN
NO. ID : 54221122149
KURSUS : BBT AM

NAMA : MUHAMMAD AZAM HUZAIMI BIN MOHD ABDULLAH
NO. ID : 54221122137
KURSUS : BBT AM

NAMA : MUHAMMAD AIMAN BIN ROSNIZAM SAIRIZAL
NO. ID : 54221122198
KURSUS : BBT AM


ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara
1.0 Pendahuluan

2.0 Objektif Kajian

3.0 Kepentingan penghayatan etika dalam konteks alam sekitar.

4.0 Kesan penghayatan etika terhadap kelestarian alam sekitar.

5.0 Langkah mengekalkan kelestarian alam sekitar melalui penghayatan
etika.

6.0 Kesimpulan

7.0 Bibliografi


1.0 PENDAHULUAN

Penghayatan etika dan peradaban penting dalam sesebuah masyarakat, namun
tahap penghayatannya berbeza dan dipengaruhi oleh perkembangan sejarah, struktur sosial
dan biografi masyarakat berkenaan. Mengikut kepada Kamus Bahasa Melayu, Dewan
Bahasa dan Pustaka Malaysia, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat
sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu
kumpulan manusia. Etika sangat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk seperti kita di
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil
sebagai flora dan fauna yang meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang
berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-
tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya. Selain itu, sumber sejagat semula jadi serya
fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim serta
tenaga, sinaran, cas elektrik dan kemagnetan yang tidak wujud hasil daripada aktiviti
manusia.Perkataan alam merupakan pinjaman perkataan bahasa Arab iaitu ]1,[‫ َعالَم‬yang
terdiri daripada huruf akar ‫ع ل م‬.


2.0 OBJEKTIF KAJIAN :
1. Menjelaskan kepentingan penghayatan etika dalam konteks alam sekitar.
2. Mengenal pasti kesan penghayatan etika terhadap kelestarian alam sekitar.

3. Menghuraikan langkah mengekalkan kelestarian alam sekitar melalui penghayatan
etika.


3.0 KEPENTINGAN PENGHAYATAN ETIKA DALAM KONTEKS ALAM SEKITAR

3.1 Habitat Flora Dan Fauna Terpelihara
Faedah utama perlindungan alam sekitar ialah pemeliharaan flora dan fauna. Flora dan

fauna membawa maksud tumbuh-tumbuhan dan haiwan, flora dan fauna ini tersebar luas di
muka bumi, di pergunungan di udara dan dilautan. Pertumbuhan petempatan semakin pesat
disebabkan oleh peningkatan populasi manusia setiap tahun. Walaupun tidak dapat dinafikan
bahawa pembangunan diperlukan untuk maju, pemuliharaan alam sekitar harus diutamakan.
Hal ini disebabkan oleh fakta bahawa kita masih bergantung kepada flora dan haiwan untuk
pelbagai tujuan dalam kehidupan, terutamanya dalam penyediaan makanan. Sebagai contoh,
tumpahan minyak yang berlaku di dalam laut telah menyebabkan ikan-ikan mati dan ini akan
menyebabkan nelayan tidak dapat memenuhi permintaan pengguna dan sumber makanan
kita dari laut dapat terputus. Dengan ini jelaslah bahawa kepentingan etika dalam alam sekitar
adalah habitat flora dan fauna terpelihara.

3.2 Ekosistem Menjadi Stabil

Ekosistem dunia akan menjadi stabil sekiranya alam sekitar dijaga dengan baik.
Pemanasan global, kenaikan paras air laut dan pencemaran merupakan isu yang yang
besar sejak kebelanagn in. Kejadian ini berlaku disebabkan perindustrian yang dibina
secara tidak terkawal telah menggangu ekosistem bumi ini. Tamsilnya, pelepasan gas
karbon dari perindustrian telah mengakibatkan berlaku penipisan lapisan ozon dan
kesan rumah hijau, dimana kekurangan jumlah pokok untuk mengurangkan semula
kadar karbon yang berada di hemisfera bumi telah menyumbang kepada peningkatan
suhu global. Oleh sebab itu, pentingnya etika dalam menjaga kepentingan alam sekitar
agar ekosistem men jadi stabil.


3.3 Menjamin kesihatan manusia
Penghayatan etika dalam alam sekitar juga penting bagi memastikan kesihatan

manusia terjamin. Manusia amat mudah untuk terdedah dengan pelbagai penyakit
terutamanya jika alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Pencemaran alam yang
berlaku telah menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit baharu yang mengancam
nyawa, tambahan pula penyakit tersebut mudah dijangkiti dan ubat untuk penyakit
tersebut memerlukan masa yang lama sebelum ianya selamat untuk digunakan. Di
Malaysia misalnya, penyakit denggi sahaja telah mengancam kesihatan masyarakat
tempatan saban tahun. Asap perkilangan dari perindustrian juga merupakan salah
satu punca datangnya penyakit. Penghayatan etika kepada alam sekitar dapat
menjamin kesihatan kita dengan menjaga alam sekitar.

3.4 Menjamin bekalan sumber alam
Menghayati etika dalam alam sekitar juga dapat menjamin bekalan sumber alam

sekitar. Perkembangan kegiatan perindustrian telah banyak memusnahkan habitat
dan mengancam flora dan fauna disesebuah negara. Aktiviti perindustrian seperti
perkilangan telah banyak mengurangkan sumber makanan kepada kita. Pelepasan
bahan kimia daripada kilang kedalam laut dan sungai tela menyebabkan banyak ikan-
ikan mati dan ini akan membawa masalah kepada sumber protein kita. Akibat
pelepasan asap kilang suhu bumi menjadi panas dan ais dibahagian kutub utara dan
selatan telah mula mencair menyebabkan paras laut meningkat dan hasil pertanian
akan berkurangan. Tidak menghiraukan etika dala alam sekitar akan menyebabkan
kemudaratan kepada diri sendiri, bukan secara individu tetapi seluruh penghuni bumi
akan terkesan. Hal ini jelaslah bahawa penghayatan etika amat penting dalam alam
sekitar.


4.0 KESAN PENGHAYATAN ETIKA TERHADAP KELESTARIAN ALAM SEKITAR

4.1 Menjamin bekalan sumber alam
Penghayatan etika dan kesannya terhadap kelestarian alam sekitar ialah

menjamin bekalan sumber alam. Jelaslah bahawa konsep etika dapat membantu
dalam menerapkan amalan yang baik. Hal ini dapat mengekalkan bekalan sumber
alam itu dapat dijaga dengan lebih terjamin dalam jangka masa yang panjang, malah
dapat digunakan untuk generasi akan datang dan dapat digunakan secara berterusan.
Bekalan sumber ini akan dapat terus digunakan dari generasi ke generasi yang lain.
Bekalan sumber yang mencukupi dapat menjamin kelansungan hidup dan
meningkatkan ekonomi di sesebuah negara.

4.2 Mengurangkan pembaziran dan pencemaran sumber
Seterusnya kesan penghayatan etika terhadap kelestarian alam sekitar dapat

mengurangkan berlakunya pembaziran sumber dan pencemaran sumber.
Penghayatan etika yang menerapkan amalan yang baik dapat mengelakkan sumber
sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu
seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga sinaran, cas elektrik dan kemagnetan.
Sumber-sumber ini akan dapat dilestarikan untuk kegunaan yang lebih lama dan
kegunaan masa akan datang. Sumber-sumber ini akan lebih berkualiti kerana
pencemaran sumber kurang berlaku. Contohnya sumber air yang sentiasa terpelihara
daripada pencemaran akibat daripada aktiviti manusia yang tidak bermoral seperti
pembuangan sisa makanan dan sisa toksik ke dalam sungai serta laut tidak berlaku.


4.3 Menstabilkan ekosistem
Akhir sekali, melalui penghayatan etika kelestarian alam sekitar dapat menstabilkan
ekosistem. Kestabilah ekosistem akan terpelihara melalui penghayatan etika yang
wujud dalam diri seseorang. Etika yang bermaksud kelakuan betul dan kehidupan
baik. Penghayatan etika , jelaslah dapat membentuk seseorang sentiasa berlakuan
positif. Oleh itu, perkara ini menyebabkan akvitiviti-aktiviti manusia yang dapat
merosakkan ekosistem tidak berlaku. Contohnya, aktiviti pembalakan haram yang
berleluasa. Aktiviti ini menyebabkan pelbagai hidupan hutan kehilangan tempat
tingggal. Ini menyebabkan ekosistem hutan terganggu dan tidak terpelihara.


5.0 LANGKAH MENGEKALKAN KELESTARIAN ALAM SEKITAR MELALUI
PENGHAYATAN ETIKA.

5.1 Menggalakkan tanaman hijau

Salah satu langkah yang efektif dalam penjagaan alam sekitar adalah dengan
menggalakkan tanaman hijau. Tanaman pokok seperti pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran
sangat berguna dalam kehidupan manusia. Kepentingan pokok terhadap alam sekitar
umpama aur dengan tebing iaitu saling memerlukan. Sebagai contohnya, pihak ibu bapa atau
pihak sekolah boleh menggalakkan akti'iti penanaman pokok seperti pokok-pokok bunga di
kawasan persekitaran untuk menyahut seruan atau menyokong kempen penanaman pokok
yang dijalankan pihak kerajaan bagi memulihara alam sekitar. Tegasnya,galakan dalam akti'iti
penanaman pokok dapat memelihara alam sekitar kita daripada tercemar.

5.2 Penjagaan kebersihan sungai

Selain itu, penjagaan kebersihan sungai juga dapat memelihara alam sekitar. Usaha
ini penting kerana sungai sungai merupakan nadi kehidupan kita kerana sungai merupakan
sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Untuk memastikan sungai
terpelihara daripada sebarang akti'iti pencemaran, semua anggota masyarakat perlulah
melibatkan diri secara aktif dan kolektif dalam menjayakan kempen cintai sungai kita yang
dianjurkan oleh pihak berautoriti. Akti'iti membersihkan sungai perlulah dijalankan secara
berkala dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Masyarakat juga perlulah mengelakkan
tabiat membuang sampah ke dalamsungai kerana perbuatan terkutuk itu akan mendatangkan
kemudaratan kepada semua makhluk Tuhan. Izharlah bahawa pemeliharaan alam sekitar
dapat dicapai melalui kerjasama menjaga kebersihan sungai.


5.3 Mengamalkan kitar semula barang terpakai

Akhir sekali, langkah yang juga praktikal ialah semua rakyat perlu mengamalkan kitar
semula barang terpakai. Program kitar semula memainkan peranan yang penting bagi
pengurusan alam sekitar dan sumber semula jadi yang mapan. Sebanyak 40 peratus sampah
sarap seperti tin, besi buruk, botol, kertas dan barangan plastik boleh dikitar semula.
Contohnya, jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum kita dapat mengurangkan
4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.


6.0 KESIMPULAN

Alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling merujuk kepada bumi dan segala isi
hidupannya. Ini termasuklah hidupan bernyawa dan tidak bernyawa yang meliputiapa saja
yang terkandung di permukaan bumi, segalayang ada di dalam laut dan dilangit. Segala yang
ada di alam ini adalah ciptaan Allah dan anugerah-Nya yang tiada ternilai.Kesedaran alam
sekitar merupakan satu nilai yang penting ditanam dalam diri setiap individu bagi melahirkan
warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan, berkemampuan bahkan
mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam sekitar. Dengan ini, ia
menjadi benteng dari pengaruh nilai kebendaan serta secara tidak langsung boleh bertindak
sebagai contoh untuk membimbing diri orang lain bagi mencintai alam sekitar. Pendidikan
melalui amalan lebih memberi impak yang positif berbanding Pendidikan berasaskan
pengetahuan semata-mata . Nilai amalan untuk sama-sama memberi sumbangan kepada
usaha memelihara dan memulihara alam sekitar harus ditanam dalam setiap individu dan
seharusnya dijadikan satu nilai yang perlu ditekankan untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti. Warganegara yang bertanggungjawab memelihara dan memuihara alam sekitar
menjamin kehidupan yang selesa dikemudian hari.


7.0 BIBLIOGRAFI
1.Maksud Etika (2017). Diambil daripada http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=etika
2.http://group2polisas.blogspot.com/2016/07/pengertian-alam-sekitar-menurut-
islam.html?m=1
3.Mardzelah Makhsin (2006). Sains Pemikiran Dan Etika, Kuala Lumpur ; PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version