ISI KANDUNGAN
PELAJARAN TAJUK M/S
3
PEL 4 SURAH AL MUKMINUN AYAT 1-11( CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA) 4
5
PEL 5 SURAH AT TAUBAH AYAT 19-20 (MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN) 6
7
PEL 6 SURAH AL HUJURAT AYAT 13: KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM ISLAM
9
PEL 7 KEFAHAMAN HADIS : SETIAP ORANG ADALAH PEMIMPIN
9
PEL 8 KEFAHAMAN HADIS : TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH 12
PEL 9 14
PEL 10 PELAJARAN 9 : ALLAH MAHA MENGAWAS (AR ROQIB) DAN MAHA MENYAKSIKAN 18
(AS SHAHID) 19
AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH 23
PEL 11 SOLAT SUNAT ISTIKHARAH DAN SOLAT SUNAT TASBIH 24
26
PEL 12 UNIT 1: KAIFIAT PERKAHWINAN 29
UNIT 2 : KEMAHIRAN KEIBU BAPAAN 32
34
PEL 13 ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN 34
PEL 14 35
PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN 35
UNIT 1 : WASIAT DALAM ISLAM
37
UNIT 2 : FARAID DALAM ISLAM
38
PEL 15 JENAYAH DALAM ISLAM
PEL 16 KERAJAAN UTHMANIAH
PEL 17 KEUNGGULAN TOKOH ISLAM
PEL 18 TAWADHUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA
PEL 19 ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH
PEL 20 ALAM SEKITAR PENENANG MINDA
PEL 21 AKHLAK MAZMUMAH MERACUNI HATI
PANDUAN DAN CONTOH JAWAPAN SOALAN RESPON TERBUKA (JAWAPAN
UNIVERSAL)
PANDUAN RINGKAS MENJAWAB SOALAN KBAT
BAHAGIAN KEFAHAMAN AYAT
PELAJARAN 4
SURAH AL MUKMINUN AYAT 1-11( CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA)
CIRI MUKMIN BERJAYA
• Beriman kepada Allah
• Khusyuk dalam solat
• Menjauhi perkara sia-sia
• Menunaikan zakat
• Menjaga kehormatan diri
• Menjaga Amanah dan janji
• Sentiasa memelihara solat
BERIMAN KEPADA ALLAH
• meyakini bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dengan melakukan segala suruhanNya dan
meninggalkan larangan
KHUSYUK DALAM SOLAT
• Menumpukan sepenuh hati dan penghayatan ketika mendirikan solat
MENJAUHI PERBUATAN SIA-SIA
• Menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang tidak mendatangkan faedah
• Contoh perbuatan sia-sia
o Melepak
o Merokok
o Leka bermain gajet
• Contoh perkataan sia-sia
o Mencarut
o Berbual kosong
MENUNAIKAN ZAKAT
• Mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada golongan yang berhak menerimanya
dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak
• Zakat yang diwajibkan
o Zakat fitrah
o Zakat harta
MENJAGA KEHORMATAN DIRI
• mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh syarak seperti zina, sumbang maram
dan seks luar tabie
MENJAGA AMANAH DAN JANJI
• Menunaikan solat pada waktunya dengan menyempurnakan segala syarat dan rukunnya
SALAH LAKU SEKSUAL
• ZINA
o Maksud : Melakukan persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa akad nikah
o Contoh : Persetubuhan antara pasangan kekasih
• SUMBANG MAHRAM
o Maksud : Melakukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin
o Contoh, persetubuhan antara anak dan bapa kandung, adik beradik
• HUBUNGAN SEKAS LUAR TABI’E
o Maksud : Melakukan persetubuhan haram dengan cara yang bertentangan dengan tabiat
semulajadi manusia
o Contoh : Liwat, musahaqah , onani , persetubuhan dengan haiwan
AKIBAT SALAH LAKU SEKSUAL
• Menggugat keharmonian masyarakat
• Mencetus perbuatan jenayah
• Terdedah kepada penyakit
• Menyebabkan gangguan emosi dan mental
• Keruntuhan institusi kekeluargaan
• Hilang kelayakan mewarisi harta bagi anak tidak sah taraf
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah meningkatkan keimanan kepada Allah dengan melaksanakan perintahNYA
• Kita hendaklah menunaikan solat dengan khusyuk agar solat diterima
• Kita hendaklah menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia agar dirahmati Allah
• Kita hendaklah berusaha menunaikan zakat supaya dapat membantu ekonomi
• Kita hendaklah menjaga kehormatan diri agar dipandang mulia
• Kita hendaklah menjaga amanah dan janji agar interaksi muslim terpelihara
• Kita hendaklah memelihara solat supaya menjadi individu berdisiplin
PELAJARAN 5
SURAH AT TAUBAH AYAT 19-20 (MEMAHAMI KEUTAMAAN DALAM TINDAKAN)
FIQH AL AULAWIYAT
• Maksud
o Mengutamakan perkara yang sepatutnya didahulukan berdasarkan prinsip syarak
• Prinsip asas
o Bersumberkan dalil syarak
o Utamakan perkara yang diutamakan syarak
o Mengambil kira keperluan semasa
o Mengutamakan manfaat bersama berbanding manfaat peribadi
o Mengambil kira tahap keupayaan individu
BIDANG PELAKSANAAN FIQ AL AULAWIYAT
• Ilmu dan pemikiran
o Prinsip am
▪ Mengutamakan usaha menuntut ilmu berbanding melaksanakan sesuatu amalan
o Aplikasi
▪ Mengutamakan ilmu Fardhu Ain berbanding Fardhu Kifayah : Utamakan belajar solat
berbanding ilmu lain
▪ Mengutamakan ilmu Fardhu Kifayah yang menjadi keperluan semasa : Contoh utamakan
ilmu perubatan
• Amalan
o Prinsip Am
▪ Utamakan amalan yang banyak manfaat
o Aplikasi
▪ Utamakan amalan yang banyak manfaat kepada msayarakat berbanding kurang
manfaat : Contoh utamakan sedekah berbanding gotong royong
▪ Utamakan aktiviti kemasyarakatan berbanding amalan peribadi . Contoh : utamakan
gotong royong berbanding solat sunat
• Tuntutan Syarak
o Prinsip Am
▪ Utamakan perkara pokok (usul) berbanding perkara cabang (furuk)
o Aplikasi
▪ Utamakan fardhu ain berbanding fardhu kifayah : utamakan zakat sebelum bersedekah
▪ Utamakan Fardhu berbanding sunat : Utamakan bantu ibu bapa berbanding iktikaf
▪ Kuasai akidah berbanding perkara syariat: Belajar akidah terlebih dahulu sebelum
memperhalusi isu feqah
KEPENTINGAN FIQH AL AULAWIYAT TERHADAP INDIVIDU DAN MASYARAKAT
• Memastikan tindakan terkawal
• Hasil kerja lebih berkualiti
• Mengamalkan tuntutan mengukut susunan
• Mewujudkan kesejahteraan sosial
• Mengimbangkan pelaksanaan syariat
• Berjaya menguruskan sistem kehidupan yang cekap
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah meningkatkan keimanan kerana ia merupakan kunci penerimaan ibadat
• Kita hendaklah berazam untuk berjihad untuk mendapat ganjaran di sisi Allah
• Kita hendaklah sentiasa berhijrah kearah kebaikan untuk lebih produktif
• Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan kerana akan diberi ganjaran di akhirat
CATATAN
• PERKARA POKOK (USUL)
o Perkara asas dalam Islam seperti keimanan kepada Allah SWT
• PERKARA CABANG (FURUK)
o Perincian kepada pelaksanaan perkara pokok seperti hukum pelaksanaan Solat Berjemaah
PELAJARAN 6
SURAH AL HUJURAT AYAT 13: KEPELBAGAIAN BANGSA DALAM ISLAM
TUNTUTAN SALING MENGENALI
• Mengiktiraf kemuliaan manusia tanpa mengira bangsa
• Menjalinkan perpaduan dalam hubungan
• Menjalin hubungan dengan bukan Islam selagi mereka tidak memusuhi Islam
• Menggalakan interaksi yang melengkapi antara satu sama lain
KEUTAMAAN TAQWA
• Manusia adalah sama di sisi Allah
• Allah melihat hati dan amalan hambaNYA
• Menunaikan hak sesama manusia walaupn berbeza budaya
• Meyakini kekuasaan Allah melalui makhluk ciptaanNYA
PENGAJARAN AYAT
• Kita hendaklah saling bekerjasama untuk kehidupan yang harmoni
• Kita hendaklah menghormati kepelbagaian budaya supaya wujud persefahaman
• Kita hendaklah berusaha supaya menjadi insan bertaqwa
BAHAGIAN KEFAHAMAN HADIS
PELAJARAN 7
KEFAHAMAN HADIS : SETIAP ORANG ADALAH PEMIMPIN
TANGGUNGJAWAB SETIAP INDIVIDU
• PEMIMPIN
o Berlaku adil dan menghapuskan kezaliman
o Menegakkan syariat Islam
o Menyusun pentadbiran yang cekap dan Amanah
o Menyediakan infrastruktur
o Bersikap toleransi
• SUAMI
o Memberikan nafkah
o Memberi didikan agama
o Melayan anak isteri dengan baik
o Memberi perlindungan kepada keluarga
• ISTERI
o Mentaati suami dan menunaikan haknya
o Menjaga maruah diri dan suami
o Menguruskan rumahtangga
o Memelihara dan mendidik anak-anak
• PEKERJA
o Ikut arahan ketua
o bekerja dengan integriti
o bekerja mengikut prosedur
o melaksanakan tugas dengan sempurna
• ANAK
o Berbakti kepada ibu bapa
o Mendoakan ibu bapa
o Membantu ibu bapa
o Menyambung silaturrahim dengan sahabat ibu bapa
NASIHAT LUQMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA
• Mengesakan Allah
• Bersyukur kepada Allah
• Menghargai kedua ibu bapa
• Perbuatan baik atau jahat akan dibalas oleh Allah
• Dirikan solat
• Laksana amar makruf nahi mungkar
• Bersabar atas musibah
• Menjauhi sikap sombong
• Elokkan percakapan
PENGAJARAN HADIS
• Kita hendaklah menyedari setiap individu berperanan sebagai pemimpin yang perlu bertanggungjawab
• Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan adil dan amanah
• Kita hendaklah melindungi keluarga agar selamat dunia akhirat
• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala urusan keluarga agar kekal harmoni
• Kita hendaklah bersikap amanah bila bekerja agar rezeki diberkati
• Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa kerana jasa mereka tidak terbalas
• Kita hendaklah mencontohi sunnah Rasulullah kerana baginda adalah contoh ikutan yang baik
PELAJARAN 8
KEFAHAMAN HADIS : TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH
TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH
• PEMIMPIN YANG ADIL
o Maksud
▪ Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab berpandukan al Quran dan Hadis
o Contoh
▪ Memenuhi keperluan asas rakyat
▪ Mencegah kemungkaran daripada berleluasa
• PEMUDA YANG HIDUPNYA TAAT BERIBADAT
o Maksud
▪ Pemuda yang memenuhi masa dengan beribadat kepada Allah sama ada ibadat wajib
atau sunat
o Contoh
▪ Melaksanakan tuntutan solat 5 waktu dengan sempurna
▪ Melazimi qiamullail , membaca al Quran dan zikir
• SEORANG YANG HATINYA MENCINTAI MASJID
o Maksud
▪ Seorang yang hatinya seronok untuk memakmurkan masjid dengan aktiviti
o Contoh
▪ Solat fardhu berjemaah
▪ Menyertai majlis ilmu atau program riadah di masjid
• DUA ORANG YANG MENGASINIHI KERANA ALLAH
o Maksud
▪ Persahabatan yang berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
o Contoh
▪ Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah dalam semua keadaan
▪ Persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang sanggup berkorban harta dan tenaga
• SESEROANG YANG MEMBENCI MAKSIAT KERANA TAKUT KEPADA ALLAH
o Maksud
▪ Seseorang yang menjauhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah sama ada
dalam bentuk lisan, perbuatan atau hati
o Contoh
▪ Menjauhi perbuatan mencuri
▪ Menghindari pergaulan bebas
• SESEORANG YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH
o Maksud
▪ Suatu pemberian yang bertujuan mendakatkan diri kepada Allah semata-mata
o Contoh
▪ Memberi sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian
▪ Mewakafkan tanah untuk membina masjid
• SEORANG YANG MENGINGATI ALLAH SECARA BERSENDIRIAN SEHINGGA MENITISKAN AIRMATA
o Maksud
▪ Mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan takut kepada
Allah
o Contoh
▪ Istighfar mengharapkan keampunan Allah sehingga mengalir air mata keinsafan
PENGAJARAN HADIS
• Kita hendaklah berlaku adil dalam tindakan keana ianya suruhan Allah
• Kita hendaklah memanfaatkan usia muda dengan mendekatkan diri kepada Allah
• Kita hendaklah saling mengasihi supaya masyarakat aman
• Kita hendaklah menjauhi perbuatan maksiat agar tidak dimurkai Allah
• Kita hendaklah banyak bersedekah supaya harta bersih
• Kita hendaklah melazimi zikrullah agar jiwa kita tenang
“Intelligence is not about knowing everything without question
It is the ability to question everything you think you know”
Life is like riding a bicycle. To keep your
balance, you must keep moving."
Albert Einstein
BAHAGIAN AKIDAH
PELAJARAN 9 : ALLAH MAHA MENGAWAS (AR ROQIB) DAN MAHA MENYAKSIKAN (AS SHAHID)
MAKSUD AR ROQIB
• Nama Allah SWT yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Mengawasi semua perbuatan dan keadaan
makhluk
BUKTI ALLAH BERSIFAT AR ROQIB
• Allah SWT maha mengawasi manusia dalam aspek kepatuhan kepada perintah Allah SWT dan
laranganNYA
• Allah sentiasa mengawasi manusia dalam aspek hubungan sesama manusia
KESAN BERIMAN DENGAN SIFAT AR ROQIB
• Seseorang akan berwaspada dalam semua keadaan
• Berusaha melakukan perintah dan meninggalkan larangan kerana merasakan Allah sentiasa mengawasi
• Meyakini bahawa Allah tidak lalai daripada mengawasi hanbaNYA
MAKSUD AS SYAHID
• Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT maha menyaksikan segala perbuatan dan mendengar
segala ucapan makhluk serta tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripadanya
BUKTI ALLAH BERSIFAT AS SYAHID
• Allah menjadi saksi perutusan Rasulullah SAW SWT ke atas umatnya
• Allah maha menyaksi dan menghitung segala amal perbuatan
• Allah SWT sahaja yang menjadi saksi atas segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi
• Allah SWT menjadi saksi pembohongan orang-orang munafik
PELAJARAN 10 : AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
MAKSUD AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang pada Al Quran dan Sunnah menerusi
para sahabat dan tabi’in serta tabi’ tabi’in dalam prinsip akidah , syariat dan akhlak
NAMA LAIN BAGI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• As Salafus Soleh
• As Sawadul A’zam
• Al Asyairah
• Al Maturidiah
• Ahlul Hadis
PRINSIP AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• Iman ialah kepercayaan serta keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan beramal dengan
perbuatan sebagai bukti keimanan
• Segala perbuatan manusia dicipta oleh Allah, namun manusia diberi pilihan atau kehendak untuk
melakukannya atau tidak serta dikira baginya dosa dan pahala
• Meyakini kewujudan perkara-perkara ghaib seperti yang diwahyukan seperti alam barzakh , hari kiamat,
malaikat, jin dan sebagainya
• Meyakini bahawa syurga dan neraka telah wujud , sebelum dijadikan makhluk. Kewujudan syurga dan
neraka kekal selamanya
• Syafaat Rasulullah SAW adalah dengan izin Tuhannya , termasuklah syafaat untuk pelaku dosa besar
kerana mereka masih dikira beriman
• Perutusan para nabi dan rasul adalah harus bagi Allah SWT dan merupakan rahmat kepada manusia
AKIDAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• SYIAH
o Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah selepas
Rasulullah SAW dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait sahaja yang lebih layak memegang
jawatan khalifah
• KHAWARIJ
o Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abu Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati
dengan keputusan Majlis Tahkim
• MUKTAZILAH
o Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Ata’ setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau
dengan guru beliau Hasan Al Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar
PRINSIP UTAMA SYIAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• Meyakini bahawa Al Imamah merupakan rukun agama dan telah ditentukan oleh Allah SWT melalui lisan
rasulnya secara nas
• Meyakini bahawa Imam adalah maksum, iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar
• Menyanjung Saidina Ali secara keterlaluan sehingga disamakan dengan Rasulullah SAW
• Mengamalkan At Taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta
bendanya dengan menampakkan sesuatu yang berbeza dengan hakikat sebenar
• Menambah nama Saidina Ali dalam shahadah selepas nama nabi Muhammad
PRINSIP UTAMA KHAWARIJ YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• Jawatan khalifah atau Imam hendaklah diserahkan pemilihannya kepada rakyat untuk memilih sesiapa
sahaja daripada kaum muslimin yang layak
• Mereka menyatakan bahawa Saidina Ali telah melakukan dosa besar serta kufur kerana bersetuju
mengadakan majlis tahkim
• Wajib keluar menentang pemimpin atau khalifah yang tidak adil
• Beriktikad bahawa orang yang melakukan maksiat dikira berdosa besar dan kafir
PRINSIP UTAMA MUKTAZILAH YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• At Tauhid : Menafikan sifat ma’ani pada zat Allah SWT
• Al ‘Adlu : Meyakini manusia bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan mereka sama ada baik atau
buruk tanpa ditentukan oleh Allah
• Al Wa’du wal wa’id : Meyakini bahawa Allah SWT wajib memberikan balasan baik kepada orang yang taat
dan ancaman azab kepada orang yang melakukan maksiat
• Al Manzilah Baina Manzilatain : meyakini bahawa pelaku dosa besar berada pada satu kedudukan antara
mukmin dengan kafir dan mereka kekal dalam neraka
• Al Amru bil Ma’ruf wa An Nahyu anil Munkar: Meyakini bahawa menyeru kebaikan dan mencegah
keburukan adalah wajib ditegakkan dalam keadaan apa sekalipun
PANDANGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN ALIRAN YANG BERTENTANGAN DALAM BEBERAPA PERKARA
• ISU : ADAKAH AL QURAN MAKHLUK
o Ahli Sunnah Wal Jamaah :
▪ Meyakini bahawa Al Quran merupakan kalam Allah SWT yang bersifat Qadim (sedia ada)
o Muktazilah :
▪ Mengatakan bahawa al Quran adalah makhluk yang bersifat hadith (baru)
• ISU : MELIHAT ALLAH
o Ahli Sunnah Wal Jamaah :
▪ Meyakini bahawa semua orang beriman dapat melihat Allah SWT pada hari akhirat kelak
o Muktazilah
▪ Mengatakan bahawa adalah mustahil makhluk boleh melihat Allah SWT kerana Allah
tidak menyerupai makhluk
• ISU PELAKU DOSA BESAR
o Ahli Sunnah Wal jamaah
▪ Pelaku dosa besar dikira sebagai mukmin , bukan kafir dan dihukum fasik jika tidak
bertaubat
o Khawarij
▪ Pelaku dosa besar dianggap kafir
o Muktazilah
▪ Pelaku dosa besar berada pada kedudukan antara mukmin dan kafir dan kekal dalam
neraka
• ISU QADAK DAN QADAR
o Ahli Sunnah Wal Jamaah
▪ Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datang daripada Allah SWT dan Allah
mengurniakan manusia akal untuk berfikir dan berikhtiar memilih antara buruk dan baik
o Muktazilah
▪ Meyakini bahawa setiap perkara baik dan buruk datangnya daripada manusia semata-
mata
• ISU KEDUDUKAN IMAN
o Ahli Sunnah Wal Jamaah
▪ Mempercayai bahawa iman boleh bertambah dan berkurang bergantung kepada amal
soleh dan maksiat yang dilakukan
o Khawarij dan Muktazilah
▪ Iman tidak boleh bertambah dan berkurang, Iman ada bila melakukan kebaikan dan iman
hilang apabila melakukan kemungkaran
KEPENTINGAN BERPEGANG KEPADA AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
• Asas penerimaan sesuatu amalan
• Mendapat keredhaan Allah
• Menghindari kefahaman melampau
• Menjamin keamanan negara
• Membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan
• Mengelak terjebak dengan ajaran sesat
• Memelihara kesucian Islam
“The man who does more than he is paid for will soon be paid more
than he does”
Napoleon Hill
BAHAGIAN FEQAH
PELAJARAN 12 ; SOLAT SUNAT ISTIKHARAH DAN SOLAT SUNAT TASBIH
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
• Maksud
o Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam menentukan pilihan bagi
sesuatu perkara
• Hukum
o Sunat
• Kaifiat
o Niat
o Bilangan rakaat
▪ 2 rakaat
o Cara pelaksanaan
▪ Bersendirian
o Bacaan dalam solat
▪ Rakaat pertama
• Surah Al Fatihah
• Surah al Kafirun atau surah lain
▪ Rakaat kedua
• Surahj al Fatihah
• Surah al Ikhlas atau surah lain
▪ Menyempurnakan rukun solat yang lain
▪ Berdoa dengan doa yang sesuai
• Hikmah Solat sunat Istikharah
o Meningkatkan keimanan kepada Allah
o Mendidik umat Islam agar memohon sesuatau hanya kepada Allah
o Menjauhkan perbuatan syirik dengan memohon bantuan bomoh
SOLAT SUNAT TASBIH
• Maksud
o SOLAT SUNAT khusus yang mengandungi bacaan tasbih sebanyak 300 kali pada keseluruhan solat
• Hukum
o Sunat
• Hikmah
o Mendapat keampunan
o Meraih ganjaran yang besar
o Memberi ketenangan jiwa
• Kaifiat Solat Sunat tasbih 4 rakaat satu salam
o Niat
o Bilangan rakaat
▪ 4 rakaat satu salam jika siang
o Cara pelaksanaan
▪ Bersendirian atau berjemaah
o Bacaan dalam solat
RAKAAT PERTAMA RAKAAT KEDUA RAKAAT KETIGA RAKAAT KEEMPAT
Surah al Fatihah Surah Al Fatihah
Surah al Kafirun/surah Surah Al Fatihah Surah Al Fatihah Tasbih 15 kali
lain Surah al Ikhlas /Surah lain Tasbih 15 kali
Tasbih 15 kali Tasbih 15 kali Rukuk dan tasbih 10 kali
Rukuk dan tasbih 10 kali Rukuk dan tasbih 10 kali Rukuk dan tasbih 10 kali
iktidal dan tasbih 10 kali iktidal dan tasbih 10 kali iktidal dan tasbih 10 kali iktidal dan tasbih 10 kali
Sujud dan tasbih 10 kali Sujud dan tasbih 10 kali Sujud dan tasbih 10 kali Sujud dan tasbih 10 kali
Duduk antara dua sujud Duduk antara dua sujud Duduk antara dua sujud Duduk antara dua sujud
dan tasbih 10 kali dan tasbih 10 kali dan tasbih 10 kali dan tasbih 10 kali
Sujud kedua dan tasbih Sujud kedua dan tasbih
Sujud kedua dan tasbih Sujud kedua dan tasbih 10 kali 10 kali
10 kali 10 kali Duduk tasyahhud
Duduk istirehat sebelum akhir ,membaca tahiyat
Duduk istirehat sebelum Duduk tasyahhud awal , bangun rakaat keempat dan Tasbih 10 kali
dan tasbih 10 kali Memberi salam
bangun rakaat kedua dan membaca tahiyat dan
tasbih 10 kali Tasbih 10 kali
• Kaifiat solat sunat tasbih 4 rakaat dua salam
o Niat solat dua rakaat
o Bilangan rakaat
▪ 4 rakaat dengan dua salam jika dilakukan pada waktu malam
o Cara pelaksanaan
▪ Bersendirian atau berjemaah
o Bacaan dalam solat
RAKAAT PERTAMA RAKAAT KEDUA
Surah al Fatihah Surah Al Fatihah
Surah al Kafirun/surah lain Surah al Ikhlas /Surah lain
Tasbih 15 kali Tasbih 15 kali
Rukuk dan tasbih 10 kali Rukuk dan tasbih 10 kali
iktidal dan tasbih 10 kali iktidal dan tasbih 10 kali
Sujud dan tasbih 10 kali Sujud dan tasbih 10 kali
Duduk antara dua sujud dan tasbih 10 kali Duduk antara dua sujud dan tasbih 10 kali
Sujud kedua dan tasbih 10 kali Sujud kedua dan tasbih 10 kali
Duduk istirehat sebelum bangun rakaat kedua Duduk tasyahhud , membaca tahiyat dan
dan tasbih 10 kali Tasbih 10 kali
Memberi salam
ULANG SEMULA SOLAT DUA RAKAAT SEHINGGA SELESAI
PELAJARAN 12 : PERKAHIWINAN
UNIT 1 : KEIFIAT PERKAHWINAN
MAKSUD PERKAHWINAN
• Akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan menurut hukum syarak
HUKUM PERKAHWINAN
• HARUS
o Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin
• SUNAT
o Mempunyai keinginan untuk berkahwin dan mampu menyedikan nafkah zahir dan batin
• WAJIB
o Bimbang akan terjerumus ke dalam kemaksiatan sekiranya tidak berkahwin dan mampu untuk
memerikan nafkah zahir dan batin
• MAKRUH
o Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan nafkah untuk pasangan
seperti meghidap mati pucuk atau berpenyakit
• HARAM
o Bertujuan untuk menzalimi atau memudharatkan pasangan
HIKMAH PERKAHWINAN
• Memenuhi tuntutan batin yang merupakan fitrah manusia
• Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak
• Memelihara keturunan yang baik
• Mewujudkan ketenangan jiwa
• Menghindari perbuatan seks secara bebas
• Menjalinkan hubungan persaudaraan antara keluarga
PEREMPUAN YANG HARAM DI KAHWINI
• Sementara
o Menghimpunkan perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam satu masa
o Perempuan bersuami /masih dalam idah dengan bekas suami
o Perempuan Musyrik sehingga dia memeluk Islam
o Perempuan yang ditalak tiga haram dikahwini oleh bekas suaminya sehingga memenuhi syarat
untuk berkahwin semula
• Selama-lamanya
o Dengan sebab nasab (keturunan)
▪ Ibu
▪ Nenek ke atas
▪ Anak perempuan
▪ Cucu perempuan
▪ Adik beradik perempuan
▪ Anak perempuan daripada adik beradik
▪ Ibu saudara
▪ Nenek saudara
o Dengan sebab penyusuan
▪ Ibu susuan
▪ Ibu bagi ibu susuan
▪ Ibu bagi suami ibu susuan
▪ Anak-anak ibu susuan
▪ Adik beradik susuan
▪ Anak saudara susuan (anak kepada adik beradik susuan)
▪ Adik beradik ibu susuan
▪ Adik beradik suami ibu susuan
o Dengan sebab perkahwinan (persemendaan)
▪ Ibu tiri ke atas
▪ Ibu mertua (nasab dan susuan)
▪ Anak tiri apabila disetubuhi ibunya
▪ Menantu perempuan ke bawah
RUKUN NIKAH
• Bakal suami
• Bakal isteri
• Wali
• Dua orang saksi
• Lafaz akad (sighah) ijab dan qabul
SYARAT RUKUN NIKAH
• BAKAL SUAMI
o Maksud suami
▪ Lelaki yang dikahwini oleh seorang perempuan
o Syarat bakal suami
▪ Islam
▪ Lelaki yang telah dikenal pasti
▪ Bukan mahram kepada bakal suami
▪ Tidak dalam ihram haji atau umrah
▪ Tidak mempunyai 4 isteri pada satu-satu masa
• BAKAL ISTERI
o Maksud isteri
▪ Perempuan yang dikahwini oleh seorang lelaki
o Syarat bakal isteri
▪ Islam
▪ Perempuan yang telah dikenalpasti
▪ Bukan mahram kepada bakal suami
▪ Bukan dalam ihram haji atau umrah
▪ Bukan isteri orang atau dalam idah
• WALI
o Maksud
▪ Orang yang mempunyai kelayakan untuk menikahkan pengantin perempuan
o Syarat wali
▪ Islam
▪ lelaki
▪ Baligh
▪ Berakal
▪ Adil
▪ Merdeka
▪ Tidak dalam ihram haji atau umrah
▪ Tidak dipaksa
▪ Tiada penyakit yang mencacatkan fikiran
▪ Mampu memelihara harta
o Susunan Wali
▪ Bapa (wali mujbir)
▪ Datuk sebelah bapa (wali mujbir)
▪ Adik beradik lelaki seibu sebapa
▪ Adik beradik lelaki sebapa
▪ Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
▪ Anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebaba
▪ Anak kepada anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
▪ Anak kepada anak saudara lelaki daripada adik beradik lelaki sebapa
▪ Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
▪ Bapa saudara sebelah bapa
▪ Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa yang seibu sebapa
▪ Sepupu lelaki daripada bapa saudara sebelah bapa yang sebapa
▪ Wali hakim
o Sebab perpindahan wali nasab kepada wali hakim
▪ Tidak mempunyai wali nasab
▪ Wali nasab berada jauh melebihi 2 marhalah
▪ Wali hilang dan tidak dapat dikesan
▪ Muallaf yang tiada wali nasab yang lain
▪ Anak tidak sah taraf
▪ Wali dalam ihram haji dan umrah
▪ Wali enggan mewalikan pernikahan
▪ Wali sendiri hendak berkahwin dengan pengantin (wali sepupu)
• Dua orang saksi
o Maksud saksi
▪ Orang yang menyaksikan dan boleh mengesahkan akad nikah
o Syarat saksi
▪ Islam
▪ Lelaki
▪ Baligh
▪ Berakal
▪ Adil
▪ Pendengaran yang baik
▪ Penglihatan yang baik
▪ Merdeka
• Lafaz Akad Nikah
o Maksud Ijab
▪ Lafaz yang diucapkan oleh wali atau wakilnya
o Maksud Qabul
▪ Lafaz penerimaan oleh bakal suami atau wakilnya
o Syarat lafaz nikah(Sighah)
▪ Menggunakan lafaz nikah atau kahwin atau terjemahan yang tepat
▪ Lafaz hendaklah jelas (bukan Bahasa kiasan)
▪ Lafaz ijab qabul hendaklah berturutan( tidak diselangi perkataan lain)
▪ Lafaz akad nikah berkuatkuasa serta merta
▪ Kelayakan wali dan bakal suami berkekalan hingga selesai akad nikah
▪ Lafaz tidak dibataskan dengan tempoh masa
o Contoh akad nikah yang tidak sah
▪ Lafaz akad nikah yang kesannya tertangguh pada masa hadapan
• Wali melafazkan “Apabila tiba bulan Ramadhan , aku kahwinkan engkau dengan
anak perempuanku”
▪ Lafaz Taklik
• Wali melafazkan “sekiranya anak perempuanku lulus peperiksaan, aku akan
kahwinkan engkau dengannya”
▪ Wali pengsan setelah melafazkan ijab dan sebelum bakal suami melafazkan kabul
CIRI-CIRI PEMILIHAN CALON SUAMI ISTERI
• Penghayatan Islam yang baik
• Akhlak yang mulia
• Keturunan yang baik
• Sekufu
• Pasangan yang sihat
• Rupa paras yang baik
MAKSUD KUFU
• Persamaan taraf antara lelaki dan perempuan daripada pelbagai aspek seperti
o Agama dan kesolehan
o Pekerjaan
o Keturunan
o Keilmuan
MERISIK DAN MEMINANG
• Maksud merisik
o Proses sebelum meminang untuk mengenalpasti status bakal isteri
• Maksud meminang
o lamaran seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk djadikan calon isteri menurut “uruf’
setempat
• Cara meminang
o Secara soreh / terus terang
o Secara kiasan
• Hukum melihat perempuan yang hendak dipinang
o Sunat
• Bahagian yang boleh dilihat
o Muka
o Tapak tangan
MAHAR
• Maksud mahar
o Pemberian bernilai atau berfaedah wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab
akad nikah
• Hukum mahar
o Wajib
• Hukum menyebut mahar
o Sunat
• Kadar mahar
o Mahar tidak mempunyai kadar tertentu dan tidak semestinya dalam bentuk tunai
• Bentuk mahar
o Sesuatu yang bernilai atau berfaedah ,
WALIMATUL URUS
• Maksud
o Kenduri yang diadakan sempena perkahwinan
• Hukum
o Sunat Muakkad
• Tujuan pensyariatan
o Mensyukuri nikmat Allah
o Merapatkan silaturrahim
o Menghebahkan perkahwinan
• Hukum Memenuhi undangan
o Fardhu Ain
• Adab Walimatul Urus
o Tidak mengkhususkan jemputan kepada orang kaya sahaja
o Memenuhi jemputan pada hari pertama sahaja sekiranya kenduri melebihi sehari
o Undangan bagi melahirkan kasih sayang dan hubungan
o Orang yang mengundang bukan orang zalim atau diketahui memiliki harta yang haram
o Tidak terdapat perkara mungkar semasa majlis dijalankan
UNIT 2 : KEMAHIRAN KEIBU BAPAAN
TANGGUNGJAWAB SUAMI
• Menyediakan keperluan asas mengikut kemampuan
• Memberi kasih sayang dan nafkah yang mencukupi
• Memberi layanan yang baik
• Memberikan ilmu pengetahuan kepada keluarga
• Menyelesaikan mahar
TANGGUNGJAWAB ISTERI
• Mentaati suami dalam perkara yang tidak menyalahi syariat
• Menjaga kehormatan diri dan batas pergaulan
• Menjaga kemuliaan, maruah dan harta suami
• Melakukan perkara yang menyenangkan hati suami
• Mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI DARI SEGI AKIDAH
• Menerapkan didikan akidah yang betul sejak kecil
• Membentuk akidah keluarga berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah
• Memelihara akidah keluarga daripada fahaman sesat
• Memupuk asas ketaqwaan kepada keluarga
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI DARI ASPEK IBADAT
• Mendidik keluarga dengan pengetahuan ibadat yang betul
• Memastikan anggota keluarga menunaikan ibadat
• Mempraktikkan cara hidup bersyariat
• Memelihara anggota keluarga daripada amalan yang menyeleweng
TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI DARI ASPEK AKHLAK
• Menunjukkan contoh akhlak mulia
• Menyemai sikap kasih sayang antara keluarga
• Bekerjasama melakukan urusan rumahtangga
• Menegur anggota keluarga yang melakukan kemungkaran
PELAJARAN 13: ISU-ISU DALAM PERKAHWINAN
PEMBUBARAN PERKAHWINAN
• Talak
• Fasakh
• Khuluk
• Lian
ISU-ISU BERKAITAN PERKAHWINAN
• Idah
• Rujuk
• Nusyuz
• Poligami
• Hadhanah
• Anak Angkat
TALAK
• Maksud
o Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kiasan
• Hukum
o Harus
• Contoh Lafaz Talak
o Jelas
▪ Aku ceraikan engkau
o Kiasan
▪ Aku lepaskan kau mulai hari ini
• Jenis talak
o Talak raj’i
▪ Talak yang boleh dirujuk dalam tempoh idah tanpa akad nikah dan mahar yang baharu
o Talak Bain
▪ Talak yang tidak boleh dirujuk kecuali dengan akad nikah dan mahar yang baru
• Hukum Talak
o Harus
▪ Hukum asal iaitu syarak memberikan kebenaran untuk membubarkan perkahwinan atas
sebab yang munasabah
o Wajib
▪ Apabila berlaku perbalahan antara suami isteri yang tidak dapat didamaikan setelah
proses mahkamah
o Sunat
▪ Apabila isteri berakhlak buruk
o Makruh
▪ Apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa
sebab
o Haram
▪ Apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid atau ketika suci tetapi telah
disetubuhi
FASAKH
• Maksud Fasakh
o Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu
• Hukum fasakh
o Harus isteri memohon fasakh
• Contoh sebab fasakh
o Suami sering memukul hingga cedera
KHULUK
• Maksud Khuluk
o Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar gantirugi kepada
suami
• Hukum khuluk
o Harus
• Contoh Khuluk
o Mahkamah meluluskan permohonan khuluk atas permintaan isteri dengan memulangkan
bayaran mahar kepada suami
• Contoh bayaran gantirugi
o Wang tunai
o Hartanah
o Emas
o Perak
o Saham
o Manfaat
o Apa-apa yang dpersetujui
LIAN
• Maksud Lian
o Lafaz sumpah suami apabila menuduh isteri berzina tanpa ada empat orang saksi atau menafikan
nasab
• Hukum
o Wajib untuk mengelakkan suami dari hukuman qazaf
• Kesan Lian
o Suami isteri tidak boleh dirujuk selamanya
o Anak tidak boleh dinasabkan kepada suami , tidak berhak mendapat nafkah dan harta pusaka
• Cara suami melakukan lian
o Suami melafazkan di hadapan hakim :
Aku bersaksi bahawa tuduhan ke atas isteriku adalah benar. Tuduhan zina yang aku lemparkan
kepada isteriku yang bernama ……….. dan anak ini (jika isteri mempunyai anak zina , ataupun
sedang mengandung ) ialah anak zina dan bukan daripada zuriatku
o Lafaz ini diulang sebanyak empat kali. Sekiranya isteri ada bersama-sama maka suami
hendaklah menunjuk dengan tangannya ke arah isterinya
o Pada kali kelima , hakim akan memberikan peringatan kepadanya tentang bahaya berdusta.
Suami hendaklah berkata “ Sesungguhnya laknat Allah akan menimpaku sekiranya aku terdiri
daripada orang-orang yang berdusta
• Cara isteri melakukan lian
o Isteri melafazkan di hadapan hakim :
Aku bersaksi dengan nama Allah SWT bahawa (nama suami ) ………….. orang yang berdusta
tentang tuduhan zinanya terhadapku
IDAH o Lafaz ini diulang sebanyak empat kali
• o Pada kali kelima , isteri hendaklah berkata “Sesungguhnya laknat Allah akan menimpaku jika
• tuduhan suamiku benar”
•
Maksud Idah
• o Tempoh masa yang perlu dilalui oleh seorang isteri selepas pembubaran perkahwinan atau
selepas kematian suami
Hukum Idah
o Wajib
Larangan semasa idah
o Menerima pinangan lelaki lain secara terang atau kiasan
o Keluar daripada rumah yang disediakan oleh suami
o Berhias diri kecuali wanita yang di dalam Idah Raj’i
Tempoh Idah
SITUASI BERCERAI HIDUP BERCERAI MATI
Belum putus haid 3 kali suci
Telah putus haid 3 bulan hijrah 4 bulan 10 hari
Belum pernah disetubuhi Tiada Idah
Sedang hamil Sehingga melahirkan anak
RUJUK
• Maksud Rujuk
o Hak suami untuk meyambung kembali ikatan perkahwinan dengan isteri yang diceraikannya
dalam tempoh Idah
• Hukum
o Harus
• Contoh rujuk
o Suami berkata kepada isteri
“Aku rujuk engkau untuk kembali kepangkuanku”
• Syarat rujuk
o Kemahuan sendiri
o Bukan perceraian secara fasakh atau khuluk
o Bukan diceraikan talak 3
o Isteri masih dalam tempoh Idah
o Ada lafaz yang menunjukkan rujuk
NUSYUZ
• Maksud Nusyuz
o Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah
• Hukum
o Haram
• Contoh
o Isteri enggan mematuhi perintah suaminya supaya menunaikan solat dan puasa
POLIGAMI
• Maksud poligami
o Amalan beristeri lebih daripada seorang pada satu-satu masa
• Hukum
o Harus
• Kelayakan berpoligami
o Tidak melebihi empat isteri
o Bersikap adil daripada aspek lahiriah
o Mampu memberi nafkah zahir dan batin
HADHANAH
• Maksud
o Penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan diri sendiri
• Hukum
o Wajib
• Orang yang paling berhak mendapat hadhanah
o Ibu namun terdapat sebab-sebab tertentu yang membatalkan hadhanah
ANAK ANGKAT
• Maksud
o Anak orang lain yang dipelihara seperti anggota keluarga sendiri tetapi tidak mempunyai hak
seperti anak kandung yang ditetapkan oleh syarak
• Hukum
o Harus
• Hak anak kandung
o Nafkah dan kebajikan
o Harta hibah
o Harta wasiat
o Harta pusaka
o Wali pernikahan
o Nasab
• Hak anak angkat
o Nafkah dan kebajikan
o Harta hibah
o Harta wasiat
IMPLIKASI PERKAHWINAN TIDAK MENGIKUT SYARIAT DAN UNDANG-UNDANG
• boleh didenda jika disabitkan dengan kesalahan berkahwin tanpa mengikut undang-undang
• pasangan akan dipisahkan jika perkahwinan tidak sah
• tiada dokumen untuk membuat sebarang tuntutan
• sukar untuk mendaftar untuk mendpatkan sijil kelahiran anak
PELAJARAN 14 : PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN
UNIT 1 : WASIAT DALAM ISLAM
MAKSUD WASIAT
• Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mambahagikan harta selepas kematiannya
menurut hukum syarak
HUKUM WASIAT
• Sunat
CARA PENGURUSAN WASIAT
• Harta yang diwasiat hendaklah dikira sebaik sahaja kematian pewasiat
• Harta yang diwasiat tidak melebihi 1/3 daripada keseluruhan harta
• Dilaksanakan setelah dilangsaikan segala perbelanjaan penmgurusan jenazah dan hutang si mati
RUKUN WASIAT
• Pewasiat
• Penerima wasiat
• Harta yang diwasiatkan
• Sighah
o Ijab
o Qabul
SYARAT SAH WASIAT BAGI PEWASIAT
• Berakal
• Baligh
• Sukarela
• Merdeka
SYARAT SAH PEWASIAT BAGI PENERIMA WASIAT
• Diketahui dengan jelasnya sama ada individu tertentu atau organisasi
• Masih hidup
• Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan menguruskan harta
SYARAT SAH WASIAT BAGI HARTA YANG DIWASIATKAN
• Harta yang bernilai
• Harta yang boleh berpindah milik
• Harta yang harus
• Bukan sesuatu yang haram
SYARAT SAH WASIAT BAGI SIGHAH
• Lafaz wasiat boleh digunakan sama ada jelas atau kiasan
• Penerimaan wasiat berlaku selepas kematian pewasiat
CONTOH LAFAZ WASIAT
• Lafaz yang jelas
Kata Ali “ aku berwasiat rumahku kepada Zaim selepas aku mati
• Lafaz secara kiasan
Kata Ali “ Hartaku ini untuk Zahid” beserta dengan niat wasiat
HIKMAH PENSYARIATAN WASIAT
• Mendapat ganjaran pahala yang berpajangan walaupun selepas meninggaldunia
• Menjamin kelangsungan operasi sesebuah organisasi melalui suntikan dana daripada wasiat
• Memanfaatkan harta bagi tujuan kebajikan masyarakat melalui wasiat
• Menjaga kebajikan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat dan waris yang tidak layak
menerima harta pusaka
UNIT 2 : FARAID DALAM ISLAM
MAKSUD
• Pembahagian harta seseorang Islam yang telah meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut
hukum syarak
HUKUM
• Wajib
RUKUN DAN SYARAT FARAID
• Orang yang mewariskan harta
o Kematian yang disahkan
o Sekiranya tidak disahkan , pembahagian harta pusaka tidak dibenarkan
• Waris
o Waris masih hidup
o Mengetahui status hubungan dengan si mati
• Harta Pusaka
o Dimiliki oleh si mati’
JENIS WARIS
• Ashabul Furudh
o Waris yang memerima harta pusaka mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh syarak
• Asabah
o Waris yang menerima baki harta pusaka selepas dibahagikan kepada ashabul furudh
JENIS ASABAH
• Asabah bi Al Nafs
o Anggota waris yang terdiri daripda kaum lelaki iaitu
▪ Bapa
▪ Datuk
▪ Anak lelaki
▪ Cucu lelaki daripada anak lelaki
▪ Saudara lelaki kandung
▪ Saudara lelaki sebapa
▪ Bapa saudara kandung
▪ Bapa saudara sebapa
▪ Anaka lelaki bapa saudara kandung
▪ Anak lelaki saudara sebapa
• Asabah bi Ghair
o Waris perempuan dengan sebab adanya anggota waris lelaki
▪ Anak perempuan dengan anak lelaki
▪ Cucu perempuan dengan cucu lelaki
▪ Saudara kandung perempuan dengan saudara kandung lelaki
▪ Saudara perempuan sebapa dengan saudara lelaki sebapa
• Asabah Maal Ghair
o Waris perempuan dengan sebab adanya anggota perempuan yang lain
▪ Saudara perempuan kandung
▪ Saudara perempuan sebapa berkongsi dengan anak perempuan atau cucu perempuan
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK BAPA
• 1/6 sekiranya mempunyai anak lelaki
• Asabah: sekiranya tiada anak
• 1/6 dan Asabah sekiranya mempunyai anak perempuan sahaja
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK IBU
• 1/3 sekiranya tiada anak atau hanya terdapat hanya ada seorang saudara lelaki atau perempuan
• 1/6 sekiranya mempunyai anak atau terdapat lebih daripada seorang saudara lelaki atau perempuan
• 1/3 daripada baki sekiranya hanya mempunyai , ibu ayah, suami atau isteri
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK ANAK LELAKI
• Seluruh harta jika tiada anak perempuan
• Asabah bi al nafsi
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK ANAK PEREMPUAN
• 1/2 sekiranya anak tunggal perempuan
• 2/3 sekiranya terdapat dua atau lebih anak perempuan
• Asabah bi al Ghair sekiranya mempunyai anak lelaki
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK SUAMI
• 1/2 sekiranya tiada anak
• 1/4 sekiranya ada anak
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA UNTUK ISTERI
• 1/4 sekiranya tiada anak
• 1/8 sekiranya mempunyai anak
CONTOH PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
• Seorang isteri meninggal dunia dan mempunyai
o Suami
▪ 1/4
o Bapa
▪ 1/6 dan asabah
o Ibu
▪ 1/6
o Seorang anak perempuan
▪ 1/2
HIKMAH PENSYARIATAN FARAID
• Mengelakkan berlakunya pertelingkahan dalam pembahagian harta
• Menjamin kelangsungan hidup waris
• Menegakkan keadilan supaya tidak ditipu
• Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga
PELAJARAN 15 : JENAYAH DALAM ISLAM
MAKSUD JENAYAH DALAM ISLAM
• Kesalahan yang dinyatakan hukumannya dalam al Quran, al Sunnah dan sebahagiannya daripada
mahkamah
HUKUM MELAKSANAKAN HUKUMAN
• Wajib
HUKUMAN KESALAHAN JENAYAH
• HUDUD
o Maksud
▪ Hukuman kesiksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuknya dalam al Quran dan
Sunnah
o Hukum
▪ Wajib
o Jenis kesalahan di bawah hukum hudud
▪ Minum arak
➢ Takrif
❖ Minum sebarang bahan yang memabukkan sama ada dinamakan arak
atau tidak, banyak atau sedikit
➢ Hukuman
❖ Sebat 40 kali
▪ Mencuri
➢ Takrif
❖ Mengambil harta orang lain secara tersembunyi (tanpa kerelaan) dengan
tujuan memilikinya
➢ Hukuman
❖ Potong tangan
❖ Mengembalikan barang yang dicuri
▪ Qazaf
➢ Takrif
❖ Tuduhan zina atau penafian nasab terhadap orang yang baik akhlaknya
➢ Hukumah
❖ Sebat 80 kali
❖ Tidak diterima kesaksian
▪ Zina
➢ Takrif
❖ Melakukan persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan
perempuan
➢ Hukuman
❖ Penzina bukan muhsan (belum berkahwin
✓ Sebat 100 kali
✓ Buang daerah selama setahun
❖ Penzina muhsan (telah berkahwin)
✓ Rejam dengan batu sehingga mati
▪ Merompak
➢ Takrif
❖ Melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan untuk merampas
harta, membunuh atau menakutkan orang awam secara terbuka
➢ Hukuman bagi perompak mengikut kategori
❖ Berlaku rampasan harta dan pembunuhan
✓ Dibunuh kemudian dipalang
❖ Tidak berlaku rampasan tetapi berlaku pembunuhan
✓ Dibunuh
❖ Berlaku rampasan tetapi tiada pembunuhan
✓ Dipotong kaki dan tangan secara bersilang
❖ Tiadak berlaku rampasan dan tiada pembunuhan
✓ Buang daerah
o Pelaksanaan hukuman hudud adalah di bawah pihak berkuasa dan tidak boleh dilaksanakan oleh
orang awam
• QISAS
o Takrif
▪ Hukuman kesiksaan yang telah ditetapkan jenis dan bentuk hukumannya secara balasan
yang sama seperti dalam al Quran
o Hukum
▪ Wajib jika mangsa atau waris mengsa mahukan balasan yang sama
▪ mangsa atau waris mangsa boleh menggantikan balasan tersebut dengan DIAT atau
memaafkan
o Diat
▪ Pampasan jumlah bayaran berdasarkan persetujuan bersama atau ditetapkan oleh
mahkamah
o Jenis kesalahan di bawah hukum Qisas
▪ Pembunuhan
➢ Maksud
❖ Serangan yang mengakibatkan kehilangan nyawa
➢ Hukuman
❖ Mati
❖ Diat jika dapat pengampunan waris mangsa
▪ Perbuatan yang membawa kepada kecederaan
➢ Maksud
❖ Perbuatan yang mendatangkan kecederaan
➢ Hukuman
❖ Balasan yang sama
✓ Diat jika ada pengampunan daripada mangsa atau waris mangsa
o Jenis pembunuhan menurut syariat Islam
▪ Pembunuhan sengaja
▪ Pembunuhan tanpa niat
▪ Pembunuhan separa sengaja
• TAKZIR
o Takrif
▪ Hukuman kesiksaan yang tidak ditetapkan jenis dan bentuk dalam al Quran dan al
Sunnah, sebaliknya diputuskan oleh mahkamah
o Hukum
▪ Hakim harus menjatuhkan hukuman berdasarkan ijtihad dan maslahat rakyat dan negara
bagi kesalahan yang tiada peruntukkannya
o Contoh hukuman takziir
▪ Teguran
▪ Denda
▪ Penjara
▪ Sebatan
▪ Hukuman mati
HIKMAH HUKUMAN JENAYAH DALAM ISLAM
• Menegakkan keadilan dalam kalangan manusia
• Mendidik dan menghukum sebarang kesalahan maksiat
• Merancak pertumbuhan ekonomi tanpa sebarang kebimbangan berlaku jenayah
• Menjamin kestabilan dalam masyarakat
“Menuntut ilmu adalah takwa. Menyampaikan ilmu adalah
ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu
adalah jihad.” –
Abu Hamid Al Ghazali
BAHAGIAN SIRAH
PELAJARAN 16 : KERAJAAN UTHMANIAH
SEJARAH KERAJAAN UTHMANIAH
• Asal nama kerajaan bersempena nama Uthman bin Ertughul iaitu pengasas kerajaan Uthmaniah
• Tempoh pemerintahan 1299 – 1923 M
• Keluasan pemerintahan : meliputi sebahagian besar benua Asia, Eropah dan Afrika
• Bilangan pemerintah 37 orang
• Permerintah pertama : Sultan Uthman bin Ertughul
• Pemerintah terkenal :
o Sultan Uthman bin Ertughrul
o Sultan Murad I
o Sultan Muhammad Al Fateh
o Sultan Sulaiman Al Qanuni
• Pemerintah terakhir : Sultan Abdul Majid II
• Pusat pemerintahan
o Sogut : 1302 – 1326
o Bursah : 1326 – 1365
o Edirne : 1365 – 1453
o Istanbul : 1453 – 1922
KERAJAN ISLAM LAIN SELEPAS KERAJAAN UTHMANIAH
• KERAJAAN FATIMIAH (909-1171)
• KERAJAAN AYUBIYAH (1250 – 1174)
• KERAJAAN MAMLUKIAH (1250 – 1517)
KETOKOHAN SULTAN YANG TERKENAL PADA SAMAN KERAJAAN UTHMANIAH
• UTHMAN BIN ERTUGHUL
o Tarikh Lahir
▪ 656H/1258M
o Tarikh Mangkat
▪ 726H / 1326M
o Tempoh pemerintahan
▪ 27 tahun
o Jawatan
▪ Pemerintah pertama Uthmaniah
o Sumbangan
▪ Menyatukan wilayah Anatolia Selatan selepas ditinggalkan oleh Byzantine
▪ Mengisytiharkan kemerdekaan Anatolia daripada kerajaan Saljuk
▪ Mengasaskan Kerajaan Uthmaniah
• MURAD I BIN URKHAN
o Tarikh Lahir
▪ 726H/ 1325M
o Tarikh mangkat
▪ 791H/1388M
o Tempoh pemerintahan
▪ 30 tahun
o Jawatan
▪ Pemerintah ketiga kerajaan Uthmaniah
o Sumbangan
▪ Membentuk pasukan Janissary
▪ Memodenkan angkatan tentera laut
▪ Menjadikan Erdine sebagai ibu negara
• MUHAMMAD AL FATEH BIN MURAD II
o Tarikh lahir
▪ 833H / 1429M
o Tarikh wafat
▪ 886H/ 1481M
o Tempoh pemerintahan
▪ 31 tahun
o Jawatan
▪ Pemerintah ke-7 kerajaan Uthmaniah
o Sumbangan
▪ Membuka Kota Constantinople pada tahun 857H/ 1453M
▪ Menyatukan empayar di Utara Balkan bagi mengelakkan serangan Hungary
▪ Mewakafkan Aya Sofea sebagai masjid
▪ membina kompleks Al Fateh
• SULAIMAN AL QANUNI BIN SALIM I
o Tarikh lahir
▪ 900H / 1494M
o Tarikh wafat
▪ 974H / 1566M
o Tempoh pemerintahan
▪ 48 tahun
o Jawatan
▪ Pemerintah ke-10 kerajaan Uthmaniah
o Sumbangan
▪ Memmbuka Belgrade
▪ Membuka Algeria dan Tunisia
▪ Menyusun undang-undang yang dikenali sebagai kanunname
▪ mengadakan hubungan diplomatik dengan Perancis yang merupakan sebuah kuasa besar
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN UTHMANIAH
• Aspek pentadbiran
o Pemerintah berperanan dengan berkesan sebagai ketua tentera, ketua agama dan hakim
tertinggi
o Pemerintah menyelaraskan pemerintahan dan keagamaan dibantu oleh pegawai pentadbiran
o Penguasaan laluan di antara benua Eropah dengan benua Asia apabila menguasai Dardanelles
dan selat Bosporus
• Aspek Keilmuan
o Menjadikan masjid sebagai pusat, perkembangan ilmu
o Menaik taraf dan membina institusi masjid seperti Masjid Kasbah di Algeria untuk merancakkan
aktiviti keagamaan
• Aspek sosial
o Penjagaan kebajikan rakyat menerusi bantuan kepada golongan yang memerlukan
o Mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat
o Sistem wakaf yang sistematik meliputi aspek keperluan asas, pendidikan dan kesihatan
• Aspek Ketenteraan
o Semangat jihad yang tinggi dalam kalangan tentera
o Menjaga kebajikan tentera dengan menyelaras sistem kenaikan pangkat, imbuhan dan
kelengkapan senjata
FAKTOR KEMEROSOTAN KERAJAAN UTHMANIAH
• Teknologi ketenteraan yang ketinggalan berbanding dengan kuasa barat
• Gerakan yang menuntut kemerdekaan daripada wilayah-wilayah
• Kemerosotan ekonomi dan beban hutang negara yang tinggi
• Kelemahan sistem pentadbiran meyebabkan kekurangan tenaga mahir
• Persaingan politik dalaman istana dan perebutan dalam kalangan putera-putera raja untuk mendapatkan
kuasa
IKTIBAR DARIPADA KEJATUHAN KERAJAAN UTHMANIAH
• Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan berjalan lancar
• Kita hendaklah sentiasa memperbanyak penerokaan ilmu agar mampu bersaing
• Kita hendaklah menghayati semangat cinta akan negara agar rela berkorban untuk negara
• Kita hendaklah sentiasa berpegang pada ajaran Islam supaya hidup diberkati Allah
• Kita hendaklah menolak campurtangan asing untuk menjaga kedaulatan negara Islam
“Orang berilmu pengetahuan ibarat gula yang mengundang banyak
semut. Dia menjadi cahaya bagi diri dan sekelilingnya.”
Abdullah Gymnastiar
PELAJARAN 17
KEUNGGULAN TOKOH ISLAM
SALAHUDIN AL AYUBI HASAN AL BANA
Nama Penuh Yusof bin Ayub bin Shazi Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir Muhammad Al Bana
Tarikh
Meninggal 532H 25 Sya’ban 1323 H / 14 Okt 1906
dunia
Jawatan 589H 1368H / 12 FEB 1949
Ketinggian Pemerintah bagi kerajaan Al Ayubiyah Mursyidul Am Ikhwan Muslimin
Akhlak • Memuliakan orang-orang yang warak dan
• Menghormati para ulamak
Guru yang • Berani mempertahankan agama soleh
tersohor • Perihatin terhdap kebajikan rakyat • Gigih menggerakkan usaha dakwah
• Berlapang dada apabila terdapat
• Ali bin Al Hasan bin Hibatullah bin Asakir
Al Damsyiqi perbezaan pandangan
• Ahmad bin Abd Rahman
• Sheikh Muhammad Zahran
AHMAD BIN IBRAHIM
• Nama penuh
o Ahmad bin Muhammad Ibrahim
• Tarikh Lahir
o 15 Mei 1916
• Tarikh meninggal dunia
o 17 April 1999
• Jawatan
o Profesor Emiritus Tan Sri Doktor
• Pekerjaan
o Pensyarah kuliah undang-undang di Universiti Islam antarabangsa, Malaysia
o Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Syariah
• Ketinggian Akhlak
o Suka menyebarkan ilmu
o Menjaga etika keadilan ketika mengendalikan kes perbicaraan
• Tahap Pendidikan
o Victoria Bridge School, Singapura
o Raffles Instution Singapura
o Unversiti Of Cambridge
SUMBANGAN SALAHUDIN AL AYUBI
• Ketenteraan
o Membebaskan Baitul Maqdis daripada penguasaan tentera Salib
• Keilmuan
o Mengembalikan semula pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam sistem Pendidikan
• Pentadbiran
o Mengubah sebuah dewan di Istana dengan menjadikan sebuah hospital yang dinamakan Al
Bimaristan Al Atiq
o Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat diagihkan mengikut gred yang
ditetapkan kepada para pesakit
SUMBANGAN HASAN AL BANA
• Hasil karya
o Muzakirat Al Dakwah wal Da’iyah
o Risalah at Ta’alim
o Al Ma’thurat
• Organisasi
o Mengasaskan pertubuhan Ikhwanul Muslimin
• Murid yang Masyhur
o Sayyid Qutb
o Hasan Al Hadhibi
o Yusuf Al Qardhawi
o Mustafa bin Hasan Al Saba’i
SUMBANGAN AHMAD BIN IBRAHIM
• Hasil karya
o Buku-buku undang-undang keluarga Islam di Malaysia
▪ undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
▪ Family Law In Malaysia
o Pelopor Jurnal Hukum
o Menghasilkan buku-buku berkaitan dengan undang-undang di Malaysia
▪ Sistem Undang-undang Malaysia
▪ Islamic Law Malaysia
• Kehakiman
o Hakim mahkamah Rayuan
o Hakim mahkamah Syariah
• Perundangan
o Anggota panel pengasas kuliah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
o Pengasas dan penggubal enakmen undang-undang Islam (Hudud dan Qisas) Kelantan pada tahun
1991
IKTIBAR DARIPADA KEUNGGULAN TOKOH
• Kita hendaklah mencontohi kegigihan tokoh dalam menuntut ilmu sebagai bukti kecintaan terhadap ilmu
• Kita hendaklah bersifat cekal menyebarkan dakwah agar masyarakat dapat memahami Islam yang
sebenar
• Kita hendaklah menyebarkan ilmu dan kepakaran agar dapat memberi manfaat kepada negara
• Kita hendaklah berusaha untuk menjadi insan berkualiti supaya dapat berbakti kepada masyarakat
• Kita hendaklah bekerjasama dalam pembangunan negara supaya negara dihormati
“Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan
hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan, maka kita akan menjadi
penghuni neraka.”
Abu Hamid Al Ghazali
BAHAGIAN AKHLAK
PELAJARAN 18: TAWADHUK MENZAHIRKAN KESUCIAN JIWA
MAKSUD TAWADHUK
• Sikap kerendahan hati kepada Allah SWT dan sesama manusia
CONTOH SIFAT TAWADHUK RASULULLAH SAW
• Tawadhuk dalam pergaulan
o Rasulullah SAW menunjukkan sifat tawadhuk terutama ketika dengan kanak-kanak
o Menyatuni kanak-kanak dengan baik
• Tawadhuk dalam kehidupan rumahtangga
o Rasulullah sentiasa membantu isteri dalam melayani keluarga dan menguruskan rumahtangga
o Rasulullah menjahit pakaian sendiri
• Tawadhuk ketika makan dan minum
o Baginda tidak pernah mencela makanan yang disediakan untuk baginda.
o Baginda tidak menzahirkan perasaannya terhadap rasa makanan bahkan hanya berdiam sahaja
HIKMAH TAWADHUK
• Membentuk insan yang bertaqwa
• Dikasihi masyarakat kerana tidak bersikap sombong
• Membentuk keluarga yang harmoni
• Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah
• Membudayakan sikap merendah diri demi kepentingan Islam
PELAJARAN 19: ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH
MAKSUD ISTIQAMAH
• Ketaatan yang berterusan daam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNYA
CARA MEMILIKI SIFAT ISTIQAMAH
• Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu
• Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan larangan
• Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul
• Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar
• Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah
• Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin
CONTOH ISTIQAMAH YANG DIAMALKAN OLEH RASULULLAH
• Rasulullah istiqamah beribadat kepada Allah dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah
• Rasulullah SAW istiqamah berdakwah menyebarkan agama Islam walaupun menghadapi pelbagai
kesusahan dan ancaman
HIKMAH ISTIQAMAH
• Menzahirkan individu yang berakhlak mulia
• Membentuk insan yang teguh pendirian
• Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar
• Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa
• Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara
• Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat
PELAJARAN 20 : ALAM SEKITAR PENENANG MINDA
MAKSUD ALAM SEKITAR
• Segala benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekeliling manusia
HARI ALAM SEKITAR MALAYSIA
• Disambut pada 21 – 27 oktober setiap tahun selama seminggu bagi meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga alam sekitar
ADAB MENJAGA ALAM SEKITAR
• Sentiasa mengekalkan ekosistem kehidupan Flora dan Fauna
• Sentiasa memelihara alam sekitar dengan tidak melakukan sebarang kerosakan
• Sentiasa berusaha mengekalkan keceriaan dan kebersihan alam sekitar
• Sentiasa menjaga kelestarian alam seperti kebersihan sungai
• Sentiasa mengamalkan cara hidup yang mesra alam seperti amalan kitar semula
• Sentiasa berhemah tidak membazir menggunakan sumber air
HIKMAH MENJAGA ALAM SEKITAR
• Melahirkan insan yang mencintai alam sekitar
• Melapangkan fikiran dan menenangkan jiwa
• Menikmati persekiratan yang bersih dan bebas daripada wabak penyakit
• Melestarikan alam sekitar yang indah untuk dimanfaatkan kepada generasi akan datang
• Meningkatkan pendapatan kerana melaksanakan aktiviti eko pelancongan
PELAJARAN 21 : AKHLAK MAZMUMAH MERACUNI HATI
MAKSUD MAZMUMAH
• Sifat dan tingkah laku keji yang berlawanan dengan syarak
SIFAT-SIFAT MASMUMAH
• RIYAK
o Maksud Riyak
▪ Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain
o Contoh Riyak
▪ Melaksanakan solat sunat hanya jika berada di hadapan orang
▪ Bersedekah kerana mengharapkan pujian manusia
• UJUB
o Maksud Ujub
▪ Berasa bangga dengan kelebihan dan amalan yang ada pada diri sendiri
o Contoh Ujub
▪ Berasa bangga dengan kehinaan ilmu yang dimiliki
▪ Merasakan diri lebih soleh berbanding orang lain
• HASAD
o Maksud Hasad
▪ Perasaan dengki melihat kelebihan yang ada pada seseorang dan berharap supaya
kelebihan tersebut hilang daripadanya
o Contoh sifat hasad
▪ Berasa dengki dengan rakan yang memiliki kekayaan harta atau pangkat dan berharap
agar dia jatuh miskin
▪ Berasa cemburu dengan seseorang yang memiliki rupa paras yang cantik dan berharap
agar menjadi cacat
CARA MENINGGALKAN SIFAT MAZMUMAH
• Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah
• Sentiasa muhasabah diri agar terhindar daripada sifat mazmumah
• Sentiasa mengawal keinginan nafsu yang suka akan kemegahan dunia
• Sentiasa berzikir kepada Allah SWT untuk menyucikan jiwa
• Mencontohi akhlak mulia para rasul dan sahabat dalam kehidupan
• Sentiasa bersahabat dengan rakan yang berakhlak mulia
HIKMAH MENINGGALKAN SIFAT MAZMUMAH
• Membentuk akhlak mulia
• Mendidik jiwa supaya sentiasa tunduk kepada kekuasaan Allah SWT
• Memperkukuh jati diri muslim dengan mengamalkan sifat mahmudah
• Mendapat ketenangan hidup kerana menjaga hubungan sesama manusia
• Memartabatkan imej Islam sebagai contoh terbaik dalam membangunkan modal insan
10 SIFAT MAZMUMAH YANG PERLU DIHINDARI MENURUT IMAM AL GHAZALI
• Banyak makan dan minum
• Banyak berkata yang sia-sia
• Pemarah
• Hasad dengki
• Kasih pada harta (bakhil)
• Mencintai harta dan pangkat
• Hati yang terpaut kepada dunia
• Bersikap sombong (takbur)
• Bangga diri (ujub)
• Menunjuk-nunjuk (riyak)
PANDUAN DAN CONTOH JAWAPAN SOALAN RESPON TERBUKA BERDASARKAN KEHENDAK SOALAN
(JAWAPAN UNIVERSAL)
Sebab, punca, faktor yang mendorong perkara negatif Sebab, punca, faktor positif
• iman yang lemah atau tidak kuat iman • iman mantap
• kurang pendidikan/penghayatan agama • pengetahuan agama yang mendalam
• pengaruh rakan sebaya /keduniaan/ media • pengaruh rakan sebaya yang baik/ alim ulama
• Jahil agama • Sentiasa melaksanakan perintah Allah
• Terpedaya dengan hawa nafsu • Tumpuan kasih sayang ibu bapa yang cukup
• masyarakat tidak prihatin • Masyarakat prihatin
• tidak melaksanakan perintah Allah • sentiasa membaca / menghayati al-Quran
• tidak membaca / menghayati al-Quran • makan makanan baik dan halal
• tidak mendengar nasihat alim ulama • Sentiasa menjauhi dari melakukan maksiat
• makan makanan haram / rasuah / judi • Sentiasa bertaubat dan beristigfar
Sebab Islam larang/menjauhi [NEGATIF] Sebab Islam suruh/perintah [POSITIF]
• Masyarakat benci • Masyarakat suka
• Dimurkai Allah / rasul • Dikasihi Allah / Rasul
• Mendapat dosa • Mendapat pahala
• Tidak dapat pertolongan Allah SWT • Mendapat keredhaan Allah
• Jadi sahabat iblis/syaitan • Terhindar dari hasutan syaitan
• punca pergaduhan • Membentuk perpaduan/ mengelakkan
• Akan gagal
pergaduhan
• Akan berjaya
SOALAN KESAN / AKIBAT (jawapan negatif) SOALAN HIKMAH(jawapan POSITIF)
individu individu
• Terpesong akidah • Akidah mantap
• Maruah tercemar • Maruah terpelihara
• Dilaknat Allah • Dikasihi Allah
• Dibenci manusia • Disukai manusia
• Mendapat azab neraka • Mendapat ganjaran syurga
Masyarakat Masyarakat
• Berlaku pergaduhan • Membentuk perpaduan
• Masyarakat huru hara • Masyarakat harmoni
• Berlaku gejala sosial / maksiat • Remaja terpelihara
• Ekonomi mundur • Ekonomi maju
Negara Negara
• Negara mundur • Negara maju
• Negara dilaknati • Negara diberkati
• Senang diceroboh • Kedaulatan terjaga
• Syiar Islam tergugat • Syiar Islam berkembang
SOALAN LANGKAH MENGATASI CARA MENGATASI
TERHADAP DIRI SENDIRI) TERHADAP ORANG LAIN OLEH PIHAK LAIN / PIHAK
• Menghadiri majlis ilmu BERGANTUNG KEPADA BERKUASA
• Memperbanyakkan amal ibadat “PERANAN” YANG DIBERI DALAM ATAU CADANGKAN KEPADA
• Mendalami ilmu agama SOALAN PIHAK BERKENAAN
• Mengubah akhlak • Memberi nasihat • Mengadakan majlis ilmu
• Belajar bersungguh-sungguh • Melaporkan kepada • Memberi hukuman
• Bersahabat dengan orang Soleh • Memberi didikan • Menyediakan kemudahan
• Menguatkuasakan undang-
undang
PANDUAN RINGKAS MENJAWAB SOALAN KBAT
JAWAPAN KBAT PERLU ADA
• Isi
• Huraian
• Huraian lengkap
• kesimpulan
Contoh kata hubung bagi isi dan Contoh Kata hubung bagi huraian Kesimpulan
huraian dan huraian lengkap
• Supaya (S) • Yang menyebabkan Dimulai dengan
• Untuk (U) • Yang mengakibatkan • Kesimpulannya ……..
• Kerana (K) • Contohnya • Oleh sebab itu ………
• Agar (A) • Kesannya
• Serta • Masalahnya Disambung dengan
• Sekiranya • Kita hendaklah
• Ketika • Kita seharusnya
• Kita sepatutnya
• Jika • Umat islam sewajarnya
• Seandainya • Jelaslah bahawa
• Dengan cara
• Walaupun Cara penulisan (sama seperti
• Seandainya jawapan pengajaran ayat )
Kesimpulannya , kita
hendaklah ……………………………..
agar ………………..
PANDUAN MENJAWAB SOALAN PENGAJARAN AYAT / PENGAJARAN HADIS/ IKTIBAR DALAM SIRAH
Soalan Pengajaran ayat , DI AWAL PENULISAN JAWAPAN wajib ada
• Kita hendaklah
• Kita seharusnya
• Umat islam perlu
Ada kata penghubung
• Supaya
• Untuk
• Kerana
• Agar
Kita hendaklah …………. agar/supaya/kerana