LATIHAN TOPIKAL TINGKATAN 4 ROHANA BINTI SULONG
TARIKH : _____________________________
PELAJARAN 20 : KERAJAAN ABASIAH
1 Nyatakan sejarah kerajaan Abasiah secara ringkas
Nama diambil sempena nama bapa saudara nabi iaitu Al Abbas bin Abdul Mutalib
Memerintah selama 524 tahun bermula 132 hijrah – 656 hijrah
Mempunyai seramai 37 orang khalifah
2 Jelaskan dua sumbangan tokoh-tokoh berikut
Abu Al Abbas AS Safah : Mengasaskan kerajaan Abasiyah
: menstabilkan keamanan dalam negara dengan mematahkan pemberontakan
Abu Jaafar Al Mansur: Memindahkah pusat pentadbiran dari damsyik ke Bahgdad
: Menaiktaraf sistem cukai
Harun Al Rashid : memperkasa sistem percukaian Islam berpandukan kitab al Kharaj
: membina kemudahan awam seperti farmasi dan pusat pengajian
Al Makmum : mempergiat usaha penterjemahan karya dari Bahasa Asing ke Bahasa Arab
: Membina balai cerap sebagai pusat penyelidikan ilmu
3 Terangkan dua faktor kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Abasiyah
Galakan khalifah yang memberi peruntukan khas kepada ulamak untuk berdakwah
Pemberontakan yang berlaku zaman awal penubuhan dapat dihapuskan
Kedudukan Baghdad ditengah-tengah laluan perdagangan timur dan barat
Layanan yanag adil daripada khalifah dengan menghapuskan perhambaan
4 Huraikan iktibar yang boleh diambil daripada kejatuhan kerajaan Abasiyah
Kita hendaklah memilih pemimpin yang berwibawa supaya urusan berjalan lancar
Kita hendaklah mencontohi ciri kepimpinan Islam agar menjadi contoh ikutan
Kita hendaklah memiliki perasaan cinta kepada negara dengan menyemai perasaan
patriotik dalam diri
5 PERANAN GENERASI MASA KINI AMAT PENTING DALAM MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM
SEBAGAIMANA YANG TELAH DICAPAI OLEH KERAJAAN ABASIYAH
Berikan hujjah anda cara situasi di atas dapat sirealisasikan
Situasi di atas dapat direalisasikan dengan cara menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh
agar dapat bersaing dengan bangsa lain yang lebih maju . Kesannya kita juga akan menjadi
lebih maju dan setanding dengan zaman Abasiyah. Kesimpulannya ita hendaklah berusaha
untuk memajukan diri supaya boleh memajukan negara dan ummah
Ruangan Pembetulan
SMK SERI BANDI Page 30
LATIHAN TOPIKAL TINGKATAN 4 ROHANA BINTI SULONG
TARIKH : ____________________________________
PELAJARAN 24: ADAB TERHADAP ORANG SAKIT DAN ORANG KURANG UPAYA
1 Terangkan dua adab menyantuni orang sakit
Mendoakan kesihatan mereka supaya lekas sembuh
Mmberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar dan redha
Memastikan tempat dan tubuh pesakit sentiasa bersih supaya mereka lebih selesa
2 Terangkan dua hikmah beradab kepada orang sakit
Menggembirakan pesakit agar hatinya tenang dalam menempuh ujian Allah
Menguatkan ukhuwah sesama anggota masyarakat agar hidup diberkati Allah
Melahirkan keinsafan kerana diberikan nikmat kesihatan setelah melihat penderitaan
pesakit
3 Berdasarkan gambar di atas, terangkan pandangan anda terhadap tanggungjawab masyarakat terhadap orang
sakit
Masyarakat seharusnya bertanggungjawab mejaga orang sakit sama ada ahli keluarga atau
mereka yang hidup terbiar kerana menjaga orang sakit hukumnya ialaah Fasdhu Kifayah.
Disebabkan itu kita perlu menjalankan tanggungjawab itu sebagai bukti ketaatan kepada
Perintah Allah. Kesimpulannya kita hendaklah mengambil tanggungjawab sosial menjaga
Orang sakit supaya negara menjadi lebih aman dan harmoni
4 Terangkan dua adab menyantuni orang kurang upaya
Menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadat dengan selesa
Memberi layanan dengan penuh kasih sayang terhadap mereka
Menyediakan ruang dan memberikan peluang kepada mereka sesuai dengan
keperluan mereka
5 Terangkan dua hikmah beradab kepada orang kurang upaya
Menimbulkan rasa dihargai dalam diri orang kurang upaya
Memupuk sifat kebersamaan terhadap semua golongan masyarakat agar perpaduan
dapat diwujudkan
Melahirkan rasa syukur kerana diberikan fizikal dan mental yang sempurna
Ruangan Pembetulan
SMK SERI BANDI Page 30