Page | 1
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
IBADAH HAJI DAN UMRAH Kedah
Negeri Sembilan
1 Nyatakan maksud haji dari segi istilah Pulau Pinang
• Mengunjungi Baitullahilharam pada bulan-bulan haji (1m) untuk Sabah
mengerjakan ibadat tertentu (dengan syarat-syarat tertentu (1m) Negeri Sembilan
2 Nyatakan dua syarat wajib haji selain berakal Negeri Sembilan
• Islam
• Baligh
• Merdeka
• Berkemampuan
•
3 Jelaskan ciri berkemampuan khusus bagi perempuan
• Mendapat keizinan suami atau walinya
• Ditemani suami / mahram/ kumpulan Wanita yang boleh dipercayai
4 Jelaskan dua ciri berkemampuan dari aspek kewangan Kedah
• Cukup perbelanjaan untuk perjalanan pergi dan balik
• CUkup keperluan nafkah asas bagi orang yang di bawah tanggungannya
5 Senaraikan dua rukun haji Selangor
• Niat ihram haji
Pulau Pinang
• Wukuf di Arafah Selangor
• Tawaf di Baitullah
• Sai
• Bercukur
• Tertib
6 Jelaskan perbezaan haji dan umrah dari aspek:
a) Rukun
b) Perkara wajib
Jelaskan perbezaan haji dan umrah
Aspek Haji Umrah
Masa Masa tertentu Bila-boila masa
Rukun Mempunyai wukuf di Padang Tiada wukuf di Padang
Arafah Arafah
Perkara Perlu melakukan perkara Tidak perlu melakukan
Wajib wajib berikut iaitu : perkara wajib berikut iaitu:
1. Bermalam di 1. Bermalam di
Muzdalifah. Muzdalifah.
2. Melontar di Jamrah 2. Melontar di Jamrah
Kubra. Kubra.
3.Melontar di ketiga- 3.Melontar di ketiga-tiga
tiga jamrah. jamrah.
4. Bermalam di Mina. 4. Bermalam di Mina.
Page | 2
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
7 Terangkan hikmah ibadah haji dan umrah dari segi rohani. Sabah
• Menghapuskan dosa dan meraih ganjaran syurga (i) kerana
mengorbankan harta dan tenaga dalam melakukan perintah Allah SWT.
(H)
• Menzahirkan ketaatan dalam melaksanakan perintah Allah SWT (I) untuk
mencapai kasih sayang dan rahmat Allah SWT. (H)
KBAT
8 Rosli membuat pinjaman peribadi untuk menampung perbelanjaannya ketika Kedah
menunaikan haji Negeri Sembilan
Kemukakan hujjah anda tentang situasi di atas Pulau Pinang
Sabah
KBAT : Pendapat/sokongan sama ada tindakan Rosli boleh atau tidak. Berikan
hujjah atas pendapat/sokongan yang dibuat
Cadangan isi
• Dibolehkan kerana memudahkan Jemaah haji (hujjah menyokong)
• Tidak wajib menunaikan ibadat haji kerana belum berkemampuan (hujjah
tidak menyokong)
• Harus jika pinjaman Memenuhi syarak
9 Ibadat haji dan umrah mampu menzahirkan kekuatan umat Islam SBP
Huraikan pandangan anda bagi menyokong pernyataan di atas
KBAT : HUJJAH MENYOKONG
Cadangan isi
• Umat Islam sentiasa tolong menolong dalam melengkapkan pengurusan
haji
• Menguji kesabaran sepanjang ibadah haji
• Penerapan nilai perpaduan ummah
• Memupuk nilai kenusiaan yang tinggi
SEMBELIHAN
1 Apakah maksud sembelihan Johor
• Menyembelih haiwan yang halal dimakan dagingnya (1M) dengan cara Perak
memutuskan urat halkum dan urat marik.(1M)
2 Hukum Sembelihan Johor
• Wajib
3 Nyatakan dua alat sembelihan yang dilarang Perak
Contoh alat sembelihan yang dilarang ialah ;
• Tulang
• Gigi
• Kuku
• Rambut
Page | 3
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
4 Jelaskan dua contoh perbuatan menyiksa binatang sembelihan Perak
Contoh perbuatan menyiksa binatang sembelihan ialah;
• Memenggal leher binatang
• Mematahkan kaki binatang sembelihan
• Mengheret kaki binatang sembelihan ke tempat sembelihan
• Menajamkan pisau sembelihan di hadapan binatang
5 Terangkan hikmah sembelihan dari sudut sains Johor
Terangkan dua hikmah sembelihan. Perak
• Membezakan antara daging yang halal dan daging yang haram supaya
ibadah diterima.
• Menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang
seperti toksin dan bakteria yang terdapat dalam darah binatang.
• Mempercepatkan proses kematian binatang kerana disembelih secara
sempurna.
KORBAN DAN AKIKAH Kelantan
1 Nyatakan maksud akikah
Menyembelih binatang ternakan al an’am (1m) /sempena kelahiran bayi (1m).
2 Apakah maksud korban? Perlis
Menyembelih binatang ternakan (al-An’am) pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari
Tasyrik (1m) bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT (2m).
3 Nyatakan masa pelaksanaan korban Perlis
• Selepas solat sunat Aidil Adha / korban / pada 10 Zulhijjah.
• Pada hari-hari Tasyrik / 11,12,13 Zulhijjah.
4 Jelaskan tiga cara pembahagian daging korban Perlis
• 1/3 disedekahkan kepada fakir dan miskin.
• 1/3 dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-
jiran.
• 1/3 dimakan oleh pihak yang berkorban dan anggota keluarganya
5 Nyatakan dua contoh binatang al-an’am yang disyariatkan untuk ibadah korban Pahang
dan akikah Terengganu
• Unta
• Kerbau
• Lembu
• Kambing
• Biri-biri
Page | 4
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
6 Jelaskan dua perkara sunat korban Kelantan
• Orang yang berkorban disunatkan tidak bercukur dan memotong
kukunya pada permulaan bulan Zulhijjah sehingga selesai korban.
• Melakukan penyembelihan korban dengan sendiri dan tidak mewakilkan
kepada orang lain jika mampu.
• Melaksanakan segala sunat sembelihan seperti menghadap arah kiblat
dan alat sembelihan yang tajam.
• Membaca “ Bismillah Allahuakbar” dan berselawat ke atas Rasulullah
SAW ketika menyembelih.
• Berdoa semasa hendak menyembelih:
فَتَ َق َّب ْل ِمني،اَل َّل ُه َّم َهذَا ِم ْن َك َو ِإ َل ْي َك
Maksudnya: Ya Allah, binatang ini daripadaMu dan kembali kepadaMu,
terimalah korbanku.
7 Terangkan dua hikmah pelaksanaan ibadah korban Perlis
• Mengagungkan syiar Islam (1m) bagi mendekatkan diri kepada Allah
SWT (1m).
• Menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim a.s (1m) supaya
menaikkan semangat jihad (1m).
• Mengeratkan hubungan antara umat Islam (1m) kerana solat sunat Aidil
Adha menghimpunkan seluruh umat Islam (1m).
8 Jelaskan dua perkara sunat akikah Terengganu
• Berdoa ketika menyembelih
• Menyembeli ketika matahari sedang naik
• Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran
• Tidak dipatah-patahkan tulang binatang semasa memotomg daging
• Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
• Memberikan nama yang baik kepada bayi
• Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambut bayi yang dicukur
9 Jelaskan dua perbezaan antara ibadah korban dan akikah Pahang
PERKARA KORBAN AKIKAH
Tujuan Mendekatkan diri kepada Allah Mensyukuri Allah SWT atas
SWT kelahiran bayi
Masa 10,11,12 & 13 Zulhijjah Setelah bayi lahir
Cara agihan Diberi mentah Dimasak manis
KBAT Kelantan
10 Bapa anda ingin memilih seekor lembu bertujuan untuk melaksanakan ibadah
korban. Bagaimanakah anda dapat membantu beliau mengenalpasti pilihan
yang terbaik agar ibadah tersebut diterima oleh Allah SWT
KBAT : Syarat korban dari aspek haiwan
Cadangan isi:
• Binatang yang cukup umur
• Binatang yang sihat / tidak cacat
• Memilih binatang yang gemuk
Page | 5
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
11 Pahang
Gambar gotong-royong memotong daging korban untuk
dibahagikan kepada golongan memerlukan
Berikan pandangan anda berkaitan situasi di atas.
Cadangan isi (PANDANGAN):
• Mengeratkan hubungan silaturrahim
• Mewujudkan semangat bekerjasama dalam masyarakat
• Melahirkan masyarakat yang prihatin
MUAMALAT ISLAM Melaka
Johor
1 Apakah maksud Muamalat Islam Kelantan
• Hukum syarak – 1m / yang berkaitan urusan kewangan – 1m Johor
Melaka
2 Nyatakan hukum muamalat Islam
Kelantan
• Harus
Page | 6
3 Huraikan perbezaan di antara muamalat Islam dan konvensional
Muamalat Islam Konvesional
Bersumberkan dalil al-Quran dan Bersumberkan teori pemikiran
as-Sunnah. manusia semata-mata.
Mengharamkan riba. Mengamalkan riba
Bebas daripada unsur judi dan Mengandungi unsur judi dan
gharar. gharar
Berteraskan keimanan kepada Berteraskan keuntungan dan
Allah SWT. kekayaan.
4 Senaraikan tiga contoh akad dalam muamalat Islam
• Jual beli
• Sewa
• Hibah
• Qardu
• Wakaf
• Wadiah
• Musyarakah
• Mudharabah
• Wakalah
• Kafalah
• Rahnu
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
5 Nyatakan dua jenis akad dalam muamalat Islam dari aspek kebajikan
• Hibah
• Qardu
• Wakaf
• Wadi’ah
6 Jelaskan unsur yang diharamkan dalam muamalat Islam Kelantan
• Riba (1m) / pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang Selangor
dan hutang (1m)
• Judi (1m) / perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang
berharga. (1m)
• Gharar (1m) / kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak
dibenarkan oleh syarak.(1m)
• Dharar (1m) / setiap perkara yang membawa kerosakan.(1m)
7 Jelaskan dua perkara yang diakadkan dalam muamalat Islam Selangor
• Mesti wujud ketika akad berlaku
• Barang atau perkhidmatan yang diakadkan adalah halal
• Dapat diserahkan ketika akad
8 Nyatakan hukum serta alasan bagi permasalahan muamalat yang berikut: Melaka
a. Amirul telah menyertai beberapa pelaburan saham sebagai sumber
pendapatan keluarganya
b. Siti sering mengumpul wang dengan bermain kutu bersama rakan-rakannya
a) Hukum : Harus
Alasan : Saham merupakan akad kontrak yang dibenarkan dalam Islam /
tiada unsur-unsur yang diharamkan / judi / riba / gharar / dharar
b) Hukum : Harus
Alasan : kerana tiada unsur penipuan dan perjudian
KBAT
9 Selangor
Berdasarkan akhlabr di atas, kemukakan pendapat anda mengapa masih ramai
yang terjebak dengan skim tersebut
Cadangan isi
• Ingin cepat kaya dengan jalan mudah
• Terpengaruh dengan cara hidup mewah
• Kurang didikan agama
• Iman yang lemah
Page | 7
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
SOLAT SUNAT DHUHA
1 Apakah maksud solat sunat Dhuha Putrajaya
• Solat sunat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas SBP
syuruk (1m) hingga sebelum gelincir matahari (1m).
2 Nyatakan hukum menunaikan solat sunat Dhuha Putrajaya
• Sunat Muakkad
3 Jelaskan dua kaifiat menunaikan solat Dhuha SBP
• Niat : Sahaja aku Solat Sunat Dhuha kerana Allah Taala
• Bilangan rakaat : 2,4,6, atau 8 rakaat
• Cara pelaksanaan : Digalakkan secara bersendirian
• Bacaan dalam solat :
Rakaat pertama selepas al fatihah Surah Al Syams / surah lain
Rakaat kedua selepas al Fatihah Surah ad Dhuha / surah lain
• Menyempurnakan rukun solat yang lain hingga selesai
4 Terangkan dua hikmah menunaikan solat sunat Dhuha Putrajaya
• Mendekatkan diri kepada Allah SWT (1m) bagi meraih kasih sayangNya SBP
(1m)
• Membuktikan ketaatan kepada Allah SWT (1m) dalam beribadah (1m)
• Mendapat rahmat dan rezeki daripada Allah SWT (1m) kerana sentiasa
melakukan suruhanNya (1m)
SOLAT SUNAT TASBIH
1 Solat sunat Tasbih merupakan solat sunat khusus yang mengandungi bacaan Negeri Sembilan
tasbih
Berapakah jumlah tasbih yang perlu dibaca pada keseluruhan solat tersebut
• 300 kali tasbih
2 Terangkan dua hikmah solat sunat Tasbih Negeri Sembilan
• Mendapat keampunan Allah SWT (1m) kerana mengamalkan sunnah
Rasulullah SAW
• Meraih ganjaran yang besar daripada Allah SWT (1m) kerana banyak
bertasbih(1m)
• Memberi ketenangan jiwa (1m) kerana banyak berzikir kepada Allah
SWT
3 Negeri Sembilan
Berdasarkan gambar di atas , huraikan hujjah anda , bagaimanakah program
tersebut mampu melahirkan masyarakat yang bertaqwa
Cadangan isi
• Mengikhlaskan hati kerana Allah SWT
• Senitasa istiqamah melakukan solat sunat Tasbih
• Taat dan patuh kepada perintah Allah dan rasulNya
Page | 8
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
SOLAT SUNAT ISTIKHARAH Terengganu
1 Nyatakan maksud solat sunat Istikharah
• Solat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT / dalam
menentukan pilihan bagi sesuatu perkara
2 Terangkan hikmah solat sunat Istikharah Terengganu
• Meningkatkan keimanan kepada Allah SWT (1m) kerana menjadikan
Allah SWT sebagai tempat pergantungan
• Mendidik umat Islam (1m) agar sentiasa memohon kepada Allah
terutama dalam membuat keputusan(1m)
• Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik (1m) dengan memohon
bantuan daripada Allah SWT
PERKAHWINAN SBP
1 Jelaskan maksud bagi hukum perkahwinan berikut
a) Harus
b) Haram
• Harus : Tiada desakan atau halangan untuk berkahwin
• Haram : bertujuan menzalimi atau memudaratkan pasangan
2 Nyatakan hukum berkahwin bagi situasi berikut Kedah
a) Orang yang berkemampuan serta takut terjerumus ke dalam maksiat
b) Orang yang berkeingan untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberikan
nafkah
• a) Wajib Johor
• b) makruh (Tangkak/KT)
3 Senaraikan dua rukun nikah Pahang
Senaraikan dua rukun nikah selain bakal suami dan bakal isteri Perlis
Senaraikan empat rukun nikah selain bakal isteri Pulau Pinang
Melaka
Senaraikan dua rukun nikah selain sighah
• Bakal suami
• Bakal isteri
• Dua orang saksi
• Wali
• Lafaz akad nikah (ijab dan qabul
4 Senaraikan dua golongan wanita yang haram dikahwini sementara Selangor
• Mengumpulkan perempuan (adik beradik) dalam satu masa.
• Berkahwin lebih dari 4 dalam satu masa.
• Mengahwini perempuan yang ada hubungan nasab dengan isteri dalam
satu masa.
• Perempuan yang masih isteri orang.
• Perempuan musyrik sehingga masuk Islam.
• Isteri yang telah ditalak 3 sebelum dia berkahwin kemudian bercerai dan
habis tempoh idah dengan suami baharu.
Page | 9
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
5 Nyatakan dua golongan wanita yang haram dikahwini selama-lamanya Melaka
• Nasab / keturunan
• Penyusuan
• Persemendaan / Musoharah
*Jawapan contoh golongan TIDAK DITERIMA
6 Nyatakan dua golongan wanita yang haram dikahwini disebabkan faktor SBP
penyusuan
• Ibu susuan
• Ibu bagi ibu susuan
• Ibu bagi suami ibu susuan
• Anak ibu susuan
• Adik beadik susuan
• Anak saudara daripada adik beradik susuan
• Adik beradik ibu susuan
• Adik beradik ibu susuan
7 Jelaskan dua ciri pemilihan calon suami isteri. Perlis
• Penghayatan agama yang baik. Selangor
• Akhlak yang mulia.
• Keturunan yang baik.
• Sekufu.
• Pasangan yang sihat.
• Rupa paras yang baik.
8 Nyatakan maksud wali Sabah
Wali ialah orang yang mempunyai kelayakan (1m) untuk menikahkan pengantin
perempuan (1m).
9 Senaraikan dua jenis wali. Sabah
• Wali mujbir.
• Wali bukan mujbir
10 Jelaskan dua sebab yang membolehkan berlakunya perpindahan wali nasab Johor
kepada wali hakim (Tangkak/KT)
• Tidak mempunyai wali nasab. Pulau Pinang
• Wali nasab berada jauh melebihi 2 marhalah.
• Wali hilang dan tidak dapat dikesan.
• Saudara baharu (mualaf) yang tiada wali nasab yang layak.
• Anak tidak sah taraf.
• Wali dalam ihram haji atau umrah.
• Wali enggan mewalikan pernikahan.
• Wali sendiri yang hendak berkahwin dengan perempuan tersebut dan
tiada wali lain yang setaraf.
( sepupu lelaki yang akan mengahwini sepupu perempuan )
Page | 10
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
11 Huraikan dua cara bagi memastikan walimahtul urus mendapat keberkatan Allah SBP
SWT
• Tidak memngkhususkan jemputan kepada orang kaya sahaja (1m) untuk
mengelakkan sebarang bentuk prasangka dalam masyarakat (1m)
• Memenuhi jemputan pada hari pertama sahaja (1m) sekiranya majlis
lebih dari sehari(1m)
• Undangan bertujuan melahirkan rasa kasih sayang (1m) supaya
masyarakat hidup dengan aman sejahtera (1m)
• Tidak terdapat perkara mungkar (1m) agar beroleh keberkatan Allah
SWT(1m)
12 Terangkan dua hikmah perkahwinan dalam Islam Kedah
• Memenuhi tuntutan batin seseorang (1m)/ yang merupakan fitrah Pulau Pinang
manusia(1m) Melaka
• Memelihara keturunan yang baik (1m)/ untuk generasi akan dating (1m)
• Memelihara diri daripada keruntuhan akhlak (1m)/ yang akan
mencemarkan maruah diri (1m)
• Mewujudkan ketenangan jiwa (1m) / melalui hubungan cinta yang
halal(1m)
• Menghindari perbuatan seks secara bebas (1m)/ yang boleh membawa
jangkitan penyakit (1m)
• Menjalinkan hubungan ppersaudaraan (1m)/ antara kedua-dua belah
keluarga dan isteri (1m)
13 Jelaskan dua tanggungjawab suami. Perak
• Menyediakan segala keperluan asas untuk isteri dan anak-anak.
• Memberikan kasih sayang , belas kasihan serta nafkah batin bagi
memenuhi keperluan isteri.
• Memberikan layanan yang baik kepada isteri seperti tutur kata yang baik.
• Memberikan ilmu pengetahuan dan didikan agama secukupnya.
• Menyelesaikan mahar yang belum dijelaskan
14 Jelaskan dua tanggungjawab suami isteri dari aspek ibadah Pahang
• Mendidik keluarga dengan memberi pengetahuan berkaitan dengan Perak
ibadah yang betul Mempraktikkan cara hidup bersyariat dalam keluarga
seperti solat berjemaah dan membaca al-Quran
• Memelihara anggota keluarga daripada amalan yang menyeleweng
• Memastikan anggota keluarga menunaikan tanggungjawab ibadah
15 Jelaskan dua kesan jika suami isteri tidak menjalankan tanggungjawab mereka Perak
terhadap anak-anak
• Anak-anak akan terbiar
• Tidak akan mendapat didikan sewajarnya
• Terjerumus dengan dosa dan maksiat
Page | 11
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
16 Terangkan dua cara mengatasi kes pengabaian tanggungjawab dalam Perak
rumahtangga
• Berkomunikasi secara baik antara suami dan isteri /untuk mengelakkan
berlakunya salah faham.
• Menuntut ilmu hak dan tanggungjawab dalam rumahtangga/ agar
rumahtangga harmoni.
• Pasangan yang ingin berkahwin didedahkan ilmu hak dan
tanggungjawab /untuk memastikan institusi kekeluargaan kukuh.
• Memastikan kewangan stabil sebelum berkahwin / supaya kehidupan
rumahtangga lebih terjamin
KBAT
17 Azman mengahwini Sarah dengan tujuan untuk menganiaya dan menzaliminya Pahang
demi membalas dendam kerana pinangannya pernah ditolak oleh keluarga
Sarah.
Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah perkara ini berlaku? Bincangkan
KBAT : Faktor berlakunya penganiayaan dan kezaliman dalam rumahtangga
• Lemah iman menyebabkan wujudnya dendam
• Kurang didikan agama
• Mempunyai sifat mazmumah dalam diri
18 Sabah
Siapakah yang sepatutnya menjadi wali kepada anak perempuannya sedangkan
adik-beradik dan bapa saudaranya masih ada?
Kemukakan hujah anda.
Cadangan jawapan :
Dalam isu ini, sepatutnya bapa menjadi wali (I) kerana beliau termasuk dalam
wali mujbir (H). Tetapi jika bapa enggan, maka wali yang berhak untuk
mengahwinkannya berpindah kepada pemerintah atau sultan. (HL)
Kesimpulannya kita hendaklah berhati-hati dalam memilih wali supaya
perkahwinan menjadi sah di sisi syarak (K)
19 Suami menguruskan rumah tangga dan anak-anak, manakala isteri pula bekerja Perlis
bagi menanggung perbelanjaan keluarga.
Berdasarkan situasi di atas, wajarkah perkara ini berlaku?
Huraikan hujah anda
KBAT : Pendapat menyokong atau menolak
Cadangan Isi:
• Wajar (I) jika suami uzur/sakit (H).
• Tidak wajar (I) kerana menjadi tanggungjawab suami mencari nafkah (H).
Page | 12
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
20 Islam telah menggariskan beberapa ciri utama sebagai panduan memilih calon
untuk mendirikan rumah tangga
Berdasarkan penyataan di atas mengapakah Islam mementingkan elemen
sekufu dalam memilih pasangan? Berikan hujah anda
KBAT : Sebab Islam suruh
Cadangan isi :
• Mewujudkan keserasian / kebahagiaan antara pasangan
• Menjamin kelangsungan hidup suami isteri / kekal
• Dapat memahami kehendak / keinginan pasangan
• Mengelak malu / mudharat dalam rumah tangga
• Membantu interaksi dalam rumah tangga
• Menerima pasangan dengan redha
ISU DALAM PERKAHWINAN
TALAK
1 Nyatakan maksud Talak Kedah
• Pembubaran perkahwinan oleh suami (1m)/ dengan lafaz talak yang
jelas atau kiasan(1m)
2 Jelaskan jenis-jenis talak Kedah
• Talak raj’I iaitu talak yang boleh dirujuk / dalam tempoh idah / tanpa akad
nikah atau mahar yang baru
• Talak Bain iaitu talak yang tidak boleh dirujuk / kecuali dengan akad
nihak dan mahar yang baru
NUSYUZ
1 Apakah maksud nusyuz? Kelantan
• Keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah.
2 Jelaskan dua contoh perbuatan nusyuz Kelantan
• Isteri enggan mematuhi perintah suami supaya menunaikan solat dan
berpuasa.
• Isteri enggan melayan suami di tempat tidur.
• Isteri keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab yang munasabah.
• Isteri membenarkan lelaki yang tidak disukai oleh suami memasuki
rumah semasa ketiadaan suami.
PENGURUSAN HARTA SELEPAS KEMATIAN
1 Apakah maksud wasiat Johor
• Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup untuk mengagihkan (Tangkak/KT)
harta (1M) selepas kematiannya menurut hukum syarak .(1M) Selangor
2 Nyatakan dua syarat bagi seseorang yang hendak mewasiatkan hartanya. Johor
• Berakal (tangkak/KT)
• Baligh
• Sukarela Terengganu
• Merdeka
3 Senaraikan dua rukun wasiat selain harta yang diwasiatkan
• Pewasiat
• Penerima wasiat
• Sighah(ijab dan qabul)
Page | 13
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
Jelaskan dua syarat sah harta yang diwasiatkan Terengganu
4 • Harta yang bernilai
• Harta yang boleh berpindah milik
• Harta yang harus dan bukan sesuatu yang doharamkan
5 Terangkan hikmah wasiat Selangor
• Mengelakkan berlakunya pertelingkahan dalam pembahagian harta (1m)
agar tidak menjejaskankebahagiaan dalam keluarga.(1m)
• Menjamin kelangsungan hidup waris selepas kematian orang yang
mewarisi harta(1m) supaya hidupnya tidak terbeban.(1m)
• Menegakkan keadilan bagi pihak waris(1m) supaya tidak ditipu oleh
pihak yang tidak
• bertanggungjawab.(1m)
• Mengekalkan kasih sayang dalam kalangan anggota keluarga supaya
hidup aman harmoni.
KBAT
6 Johor (Tangkak)
Berdasarkan keratan akhbar di atas, jelaskan kesan yang akan berlaku
sekiranya tidak melaksanakan wasiat sebelum berlaku kematian .
KBAT : Kesan yang akan berlaku sekiranya tidak melaksanakan wasiat
cadangan isi :
• Menyebabkan berlakunya pertelingkahan di kalangan ahli waris.
• Urusan pembahagian harta pusaka akan tertangguh.
• Dana / Aset tersebut akan terbiar /tidak boleh diusahakan/ tidak boleh
diuruskan.
• Menyebabkan orang yang hampir dengan si mati seperti anak angkat
tidak dapat hak pemilikan
7 Dari Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah Johor (kota Tinggi)
bersabda, yang bermaksud : “Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan
wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati
sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadahserta mati dalam keadaan
dosa-dosanya diampunkan” (Hadis riwayat Ibn Majah).
Daripada maksud hadis di atas, berikan hujah tentang cara menggalakkan
wasiat
KBAT : Cara menggalakkan orang Islam melaksanakan wasiat
Cadangan Isi:
• Memperbanyak program wasiat di masjid, surau, dewan atau di tempat
tumpuan orang awam.
• Menyediakan banyak program agama di media massa dan media sosial.
• Mengedarkan risalah
Page | 14
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
8 Encik Osman mempunyai seorang anak angkat bernama Luqman. Oleh kerana Terengganu
beliau tidak mempunyai anak kandung, beliau sangat sayangkan Luqman dan
telah mewasiatkan seluruh hartanya kepada anak angkatnya itu
Huraikan pandangan ansa berdasarkan situasi di atas
Cadangan isi
• Pembahagian harta wasiat tidak boleh melebih 1/3 daripada keseluruhan
harta
• Anak angkat tidak mempunyai hak sebagaimana anak kandung
• Hak waris lain tidak boleh dinafikan
• Perlu mengikut hukum Faraid yang telah menetapkan pembahagian
harta tertentu kepada waris
JENAYAH DALAM ISLAM Putrajaya
1 Nyatakan dua hukuman kesalahan jenayah dalam Islam Putrajaya
• Hudud
• Qisas
• Takzir
2 Nyatakan hukuman bagi kesalahan jenayah berikut
a) Minum arak
b) Mencuri
c) Qazaf
• Minum arak : Sebat 40 kali
• Mencuri : Potong tangan / Memulangkan barang yang dicuri
• Qazaf : Sebat 80 kali / Tidak diterima sebagai saksi
3 Senaraikan dua jenis kesalahan di bawah hukuman jenayah qisas Sabah
• Membunuh.
• Mencederakan.
4 Jelaskan hukum hudud bagi kategori merompak di bawah Terengganu
a) Berlaku rampasan harta dan berlaku pembunuhan
b) Berlaku rampasan harta tetapi tidak berlaku pembunuhan
a) Dibunuh, kemudian dipalamg
b) Dipotonmg kaki dan tangan bersilang
5 Nyatakan takrif bagi salah satu kesalahan jenayah berikut : Sabah
(a) Mencuri
(b) Merompak
• Mencuri - mengambil harta orang lain (1m) secara tersembunyi (tanpa
kerelaan) dengan tujuan memilikinya. (1m)
• Merompak- melakukan serangan dengan menggunakan kekerasan (1m)
untuk merampas harta, membunuh atau menakutkan orang awam
secara terbuka. (1m)
Page | 15
NO SOALAN DAN SKEMA NEGERI
6 Terangkan dua hikmah hukuman jenayah dalam Islam Putrajaya
• Menegakkan keadilan dalam kehidupan manusia (1m) agar masyarakat
hidup sejahtera
• (1m)
• Menjamin keselamatan, kestabilan dan kedamaian (1m) agar masyarakat
dan negara maju dan aman damai (1m)
• Merancakkan pertumbuhan ekonomi tanpa bimbang (1m) kepada
sebarang rampasan dan jenayah (1m)
• Mendidik dan menghukum sebarang kesalahan dan maksiat yang
dilakukan (1m) supaya mendapat keredaan Allah SWT (1m)
KBAT Putrajaya
7
Berdasarkan gambar di atas , mengapakah remaja sekarang mudah terjebak
dengan aktiviti minum arak. Huraikan pendapat anda
Cadangan isi:
• Pengaruh rakan yang buruk akhlaknya.
• Perasaan ingin mencuba.
Page | 16