The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zack Lew, 2024-05-04 05:10:16

ASK T3 BAB 2

ASK T3 BAB 2

Keywords: ASK T3

ASK Tingkatan 3 BAB 2 : Perwakilan Data Tajuk : i) Kriptografi dalam Pengkomputeran ii) Proses Sifer ( Penyulitan & Nyahsulit ) iii) Kaedah Sifer ( Rail Fence Cipher )


I s i K a n d u n g a n 1) Apakah Kriptografi? pg 4 2) Apakah Penyulitan dan Nyahsulit? pg 5-6 3) Apakah Rail Fence Cipher? pg 7 4) Langkah - langkah nyahsulit pg 8-10 menggunakan Rail Fence Cipher Book produced by Lew, Lean and Ong Class 3A2 4/5/24


# Apakah Kriptografi? berasal dari Bahasa Yunani terdiri daripada dua suku kata, iaitu “kriptos” dan “graphein” “kriptos” bermaksud sembunyi “graphein” bermaksud tulis Kriptografi boleh diuraikan sebagai kajian tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai keselamatan komunikasi. Tujuan utama kriptografi adalah melindungi informasi daripada terdedah dan dipantas oleh pihak lain. 2.1.1 Kriptografi dalam Pengkomputeran


# Apakah Penyulitan dan Nyahsulit? Penyulitan (Encryption) satu proses penukaran teks biasa (plaintext) kepada teks sifer (ciphertext), iaitu teks dalam bentuk yang tidak bermakna apabila dibaca. Langkah-langkah penyulitan: 1) Pengirim menghantar mesej (teks biasa) kepada penerima. 2) Mesej akan disulitkan menggunakan satu kunci dan algoritma penyulitan. 3) Teks sifer, iaitu teks yang tidak bermakna akan terhasil. 2.1.2 Proses Sifer Secret of Area 51 @sh$^%& wuqy87


# Apakah Penyulitan dan Nyahsulit? Nyahsulit (Decryption) satu proses penukaran mengembalikan teks sifer (ciphertext) kepada teks biasa (plaintext) yang asal. Langkah-langkah nyahsulit: 1) Teks sifer telah disulitkan akan dinyahsulit menggunakan satu kunci dan algoritma nyahsulit. 2) Teks sifer akan menjadi teks biasa dan penerima akan menerima teks biasa yang dapat dibaca. 2.1.2 Proses Sifer Secret of Area 51 @sh$^%& wuqy87


# Apakah Rail Fence Cipher? disebut sebagai zig-zag cipher cara penyulitan ini seperti namanya, iaitu abjad-abjad dalam teks biasa ditulis semula mengikut susunan baris demi baris dan mengikut corak zig-zag seperti pagar. Rail Fence Cipher perlu dinyatakan kunci untuk penyulitan dan nyahsulit berlaku. Contoh kaedah Rail Fence Cipher: 2.1.3 : Menghasil dan Menterjemah Mesej Menggunakan Kaedah Sifer


# Langkah-langkah nyahsulit menggunakanRail Fence Cipher Teks Sifer : KMDENAIUICMRAGMREL (kunci 3) 1) Kunci 3 mewakili baris bagi jadual. Teks sifer mempunyai 18 perkataan, ini bermaksud 18 lajur diperlukan. Selepas itu, membina satu jadual mempunyai 3 baris dan 18 lajur. 2) Tandakan petak menggunakan simbol “-” supaya menjadi corak zig-zag. Petak yang bertanda akan digunakan untuk mengisi abjad-abjad dalam teks sifer. Hal ini dapat mengelakkan kesilapan mengisi abjad teks sifer.


3) Pindahkan teks sifer KMDENAIUICMRAGMREL ke dalam jadual. Bermula dengan baris yang pertama, abjad diisi satu demi satu. 4) Selepas baris pertama, abjad-abjad yang seterusnya diisi di baris kedua dan baris ketiga sehingga semua abjad selesai diisi.


5) Akhirnya, baca mesej yang dinyahsulit mengikut corak zig-zag. Mesej yang diperoleh ialah KAMIMURIDCEMERLANG. Ruang kosong perlu diisi sendiri semasa membaca mesej, iaitu KAMI MURID CEMERLANG.


Click to View FlipBook Version