The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ridwansiprianus, 2023-10-05 08:29:58

Buku Aturcara Maulud 2023

Buku Aturcara Maulud 2023

08.10.2023M / 22.Rabiulawal.1445H Masjid Daerah Kunak - Padang Pekan Kunak 06.30am - 11.30am


PENGENALAN Majlis Perarakan & Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1445H/2023M dengan bertemakan “PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI” adalah merupakan majlis tahunan yang diadakan bertujuan untuk menyerlahkan salah satu daripada perhimpunan ummah sebagai lambang perpaduan dan kesatuan umat Islam. OBJEKTIF 1. Meningkatkan rasa cinta terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan utama dalam kehidupan. 2. Mengeratkan ukhuwah islamiah, mengukuhkan persefahaman dan memantapkan semangat perpaduan (Wahdatul Ummah). 3. Membudayakan Ilmu di kalangan umat Islam. 4. Menjana Kesatuan dan Perpaduan Ummah. 5. Memantapkan budaya syura dan amal jama’ie di kalangan masyarakat PENGISIAN (Peringkat Daerah Kunak) 1) Majlis Bacaan Surah Yaasin Dan Doa Selamat 2) Bengkel Khat Islami 3) Majlis Perarakan & Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 4) Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 5) Ceramah Khas Maulidur Rasul SAW 101


102 Perutusan Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.63 Kunak Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh. Alhamdulillah, segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, sekali lagi kita dapat menyambut dan menyemarakkan Maulidur Rasul s.a.w 1445H/2023M. Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengerusi dan semua AJK Induk dan Pelaksana di atas komitmen tinggi dalam melaksanakan program sambutan hari kebesaran Islam ini. Sambutan Maulidur Rasul s.a.w adalah merupakan acara tahunan yang diadakan bukan sahaja untuk mengadakan perhimpunan, perarakan dan pertandingan sepanduk, tetapi juga adalah untuk meningkatkan lagi kecintaan kita terhadap junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w selaku Idola kita sepanjang zaman. Sesungguhnya, majlis perhimpunan ini, mengajak umat Islam supaya memperingati, menghayati dan mencontohi sunnah Rasullullah s.a.w seterusnya mengaplikasikan sifat-sifat baginda demi mencorak masa hadapan umat Islam yang lebih berjaya dan gemilang. Semoga perpaduan kita semua walaupun berbilang bangsa dan kaum serta budaya akan dapat dikekalkan. Semoga kita tidak akan merasai apa yang dialami oleh umat Islam di Negara lain seperti Rohingya, Palestin, Iraq dan lain-lain lagi. Akhir kata, semoga Sambutan Maulidur Rasul s.a.w pada kali ini dapat dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan kita untuk mengekalkan perpaduan diantara kita seterusnya menjayakan program-program transformasi demi kecemerlangan Negeri Sabah dan Negara untuk membentuk sebuah negara yang maju dan dirahmati. SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W. 1445H/2023M… Sekian Terima Kasih… YANG BERHORMAT PUAN NORAZLINAH BINTI HJ.ARIF AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN N.63 KUNAK


103 Perutusan Y.Bhg.Tuan Awang Bin Hj.Mohd Yusoff Pegawai Daerah Kunak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak Tahun 1445H / 2023M Assalamualaikum Warohmatullohi Wabarokatuh. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya, hari ulang tahun keputeraan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w kembali kita raikan dengan penuh kesyukuran .Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. Peringkat Daerah Kunak ini membawa seluruh masyarakat memperingati semua pengorbanan, tenaga, jasa dan perjuangan Baginda dalam melonjak dan memperjuangkan Islam yang menjadi agama anutan kita pada hari ini. Majlis ini adalah sebagai upaya kita untuk mengingati dan menyeru masyarakat supaya sentiasa mentelaah sirah Nabi s.a.w. agar dapat diambil pengajaran dan iktibar segala akhlak Baginda yang menjadi sumber inspirasi umat Islam untuk mencapai kecemerlangan. Ia penting kerana umat Islam seharusnya menjadi umat terbaik dengan mempromosi formula kesejagatan Islam dalam menjana perpaduan dan integerasi nasional serta menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai kaum tanpa diskriminasi dan prejudis. Justeru, umat Islam di Daerah ini hendaklah proaktif, kreatif dan inovatif menggembleng tenaga dengan hikmah dan bijaksana dalam bidang dakwah dan tarbiah supaya memberi impak yang tinggi kerana ia adalah tunjang penting dalam menjayakan usaha murni ini. SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W TAHUN 1445H/2023M …. Sekian, Syukran Jazilan Wa Marhaban Bikum... Sekian Terima Kasih… YANG BERBAHAGIA TUAN AWANG BIN HJ.MOHD YUSOFF PEGAWAI DAERAH KUNAK MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINKGAT DAERAH KUNAK TAHUN 1445H / 2023M


104 ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1445H/2023M PERINGKAT DAERAH KUNAK Masa Aktiviti 6.15 am Ketibaan ahlijawatankuasa induk/pelaksana/orang ramai 6.30 am Ketibaan ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan / Badan-badan berkanun / Pihak Swasta Penghakiman pertandingan sepanduk dimulakan 7.00 am Ketibaan Dif-Dif Jemputan / Jemputan Khas 7.15 am Ketibaan Yang Berbahagia Tn.Awang Bin Hj.Mohd Yusoff - Pegawai Daerah Kunak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak Tahun 1445H / 2023M 7.20 am Ketibaan Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.63 Kunak 7.30 am Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.63 Kunak diiringi oleh Yang Berbahagia Tn.Awang Bin Hj.Mohd Yusoff - Pegawai Daerah Kunak bersamasamasemua ahli jawatankuasa induk dan pelaksana melawat kontinjen-kontinjen perbarisan yang hadir 7.50am Penghakiman Pertandingan Sepanduk Tamat. 8.00 am Acara perarakan bermula daripada Masjid Daerah Kunakmenuju ke Padang Pekan Kunak


105 ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. 1445H/2023M PERINGKAT DAERAH KUNAK Masa Aktiviti 8.30 am ACARA DI PADANG PEKAN KUNAKDIMULAKAN Nyanyian lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku Bacaan Doa oleh JHEAINS Kunak Ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Tn.Awang Bin Hj.Mohd Yusoff - Pegawai Daerah Kunak Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak Tahun 1445H / 2023M Ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.63 Kunak Persembahan lagu-lagu Selawat daripada Kumpulan Selawat Kampung Pangi Ceramah Khas Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan - Yang Berbahagia Datuk Ustaz Haji Abdul Manap Bin Lakariba Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah Persembahan Marhaban daripada Kumpulan PEWASA Kunak Persembahan lagu-lagu Nasyid daripada PelajarPelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Daerah Kunak Penyampaian Cenderahati kepada Jemaah hakim sepanduk/ Penceramah Khas / Penceramah Bengkel Khat / Perasmi Pengumuman dan penyampaian hadiah Pertandingan Sepandukdan Kontinjen Terbaik & Teramai Bacaan Selawat beramai-ramai / Pembahagian Bunga Telor 11.30 am Majlis Dijangka Selesai


106 AHLI JAWATANKUASA INDUK MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT DAERAH KUNAK TAHUN 1445H/2023M Penaung Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.63 Kunak Pengerusi Tn.Awang Bin Hj.Mohd Yusoff Pegawai Daerah Kunak Timbalan Pengerusi 1 Encik Hussin Bin Mohd Rais Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N.63 Kunak Timbalan Pengerusi 2 Tuan Hj.Mohamad Latip Bin Katik Pemimpin Pembangunan Masyarakat (ADUN) Kawasan N.63 Kunak Setiausaha Ustaz Asmuni Bin Ali Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Kunak Bendahari Akauntan Pejabat Daerah Kunak AHLI JAWATANKUASA KERJA Jabatan Penerangan Kunak UPPM Kawasan N.63 Kunak Majlis Daerah Kunak MAHEANS Daerah Kunak PDRM IPD Kunak APMM Daerah Kunak RELA Daerah Kunak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak Hospital Daerah Kunak Pejabat Kesihatan Daerah Kunak PUSPANITA Daerah Kunak Telekom Daerah Kunak BOMBA Daerah Kunak Jabatan Tanah & Ukur Kunak Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak SESB Daerah Kunak Jabatan Air Daerah Kunak Masjid Daerah Kunak Pejabat Pertanian Daerah Kunak Jabatan Hutan Daerah Kunak Veterinar Daerah Kunak Jabatan Perikanan Daerah Kunak Kementerian Belia & Sukan Sabah Daerah Kunak Jabatan Kebajikan Daerah Kunak Pertubuhan Peladang Daerah Kunak Perpustakaan Daerah Kunak Ko-Nelayan Daerah Kunak Raudhah Al Haddad Pondok Tok Su Kunak LOFEST Daerah Kunak Kelab Belia Pemangkin Kunak


107 AHLI JAWATANKUASA INDUK MAJLIS PERHIMPUNAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT DAERAH KUNAK TAHUN 1445H/2023M Penaung Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.63 Kunak Pengerusi Tn.Awang Bin Hj.Mohd Yusoff Pegawai Daerah Kunak Timbalan Pengerusi 1 Encik Hussin Bin Mohd Rais Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawasan N.63 Kunak Timbalan Pengerusi 2 Tuan Hj.Mohamad Latip Bin Katik Pemimpin Pembangunan Masyarakat (ADUN) Kawasan N.63 Kunak Setiausaha Ustaz Asmuni Bin Ali Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Daerah Kunak Bendahari Akauntan Pejabat Daerah Kunak AHLI JAWATANKUASA KERJA Jabatan Penerangan Kunak UPPM Kawasan N.63 Kunak Majlis Daerah Kunak MAHEANS Daerah Kunak PDRM IPD Kunak APMM Daerah Kunak RELA Daerah Kunak Pejabat Pendidikan Daerah Kunak Hospital Daerah Kunak Pejabat Kesihatan Daerah Kunak PUSPANITA Daerah Kunak Telekom Daerah Kunak BOMBA Daerah Kunak Jabatan Tanah & Ukur Kunak Jabatan Kerja Raya Daerah Kunak SESB Daerah Kunak Jabatan Air Daerah Kunak Masjid Daerah Kunak Pejabat Pertanian Daerah Kunak Jabatan Hutan Daerah Kunak Veterinar Daerah Kunak Jabatan Perikanan Daerah Kunak Kementerian Belia & Sukan Sabah Daerah Kunak Jabatan Kebajikan Daerah Kunak Pertubuhan Peladang Daerah Kunak Perpustakaan Daerah Kunak Ko-Nelayan Daerah Kunak Raudhah Al Haddad Pondok Tok Su Kunak LOFEST Daerah Kunak Kelab Belia Pemangkin Kunak


108 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Persediaan Dewan/Kanopi/Kerusi VIP/Kerusi Orang Ramai/Meja Jamuan Majlis Daerah Kunak / JHEAINS Kunak / Penganjur Karnival Kunak Berselawat Cenderahati Perasmi/Cenderahati Penceramah Khas/Buku Aturcara/ Hadiah Iringan & Cenderahati Pertandingan Sepanduk / Hadiah Iringan & Cenderahati Kontinjen Terbaik & Teramai / Cenderahati Penceramah Bengkel Khat Islami JHEAINS Kunak Kawalan Keselamatan PDRM IPD Kunak / RELA Bekalan Elektrik SESB Kawasan Kunak Bekalan Air Jabatan Air Daerah Kunak Stage Manager/Protokol Urusetia / PUSPANITA Jamuan VIP / Orang Ramai JHEAINS Kunak P.A Sistem/Hebahan/Publisiti/Juruacara Jabatan Penerangan / Penganjur Karnival Kunak Berselawat Pengurusan Dan Perhiasan Pentas JHEAINS Kunak / Majlis Daerah Kunak / Penganjur Karnival Kunak Berselawat Back Drop / Banner JHEAINS Kunak Jemputan Ketua-ketua Jabatan Negeri & Persekutuan/Orang Awam Urusetia/UPPM Kawasan N.63 Kunak/MHEANS Kunak Penyambut Tetamu PUSPANITA / PEWASA / PERKIP / USIA Bantuan Kecemasan Hospital Kunak/Pejabat Kesihatan Kunak/APMM Persembahan JHEAINS Kunak Pertandingan Sepanduk & Jemaah Hakim JHEAINS Kunak / Pejabat Pendidikan Kunak / IPD Kunak Penceramah Khas JHEAINS Kunak Hadiah & Cenderahati (Pertandingan Sepanduk/Hakim) Urusetia / JHEAINS Kunak Bengkel Khat Islami JHEAINS Kunak / Penganjur Karnival Kunak Berselawat Persediaan Bunga Telur Tuan Hj.Muktar Bin Hj.Palemmai Majlis Bacaan Surah Yaasin Dan Doa Selamat Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman (Masjid Daerah) Daerah Kunak


109 Sekalung Budi Seikhlas Hati Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan penglibatan dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1445H/2023M Peringkat Daerah Kunak kepada : Yang Berhormat Puan Norazlinah Binti Hj.Arif Ahli Dewan Undangan Negeri KAwaasn N.63 Kunak Y.Bhg.Tuan Awang Bin Hj.Mohd Yusoff - Pegawai Daerah Kunak Encik Hussin Bin Mohd Rais Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) UPPM N.63 Kunak Tuan Hj.Mohamad Latip Bin Katik Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) ADUN N.63 Kunak Yang Berbahagia Datuk Ustaz Hj.Abdul Manap Bin Lakariba Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah JHEAINS Daerah Kunak/Pejabat Daerah Kunak UPPM N.63 Kunak/ADUN N.63 Kunak/MHEANS Daerah Kunak PDRM IPD Kunak/Pejabat Pendidikan Daerah Kunak RELA Daerah Kunak/APMM Daerah Kunak/Majlis Daerah Kunak Pengerusi Masjid Daerah Kunak / PUSPANITA Daerah Kunak Raudah Al Haddad Pondok Tok Su Kunak / LOFEST Kunak Kelab Belia Pemangkin Kunak Serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Sepuluh jari di susun bagi memohon seribu kemaafan di atas segala kekurangan dalam melaksanakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version