The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarihin87, 2022-06-21 02:22:21

TUGASAN S.E.J.A.H.T.E.R.A.

MBE10103 - TUGASAN SEJAHTERA

Keywords: Sekolahku Sejahtera,FPTV,UTHM

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
DAN VOKASIONAL

TUGASAN S.E.J.A.H.T.E.R.A.

NAMA KURSUS : FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM
KOD KURSUS PENDIDIKAN TVET

: MBE 10103

NAMA PELAJAR : NUR FARIHIN BINTI WAHAB

SEKSYEN :2

NAMA PENSYARAH : DR. HASHIMA BINTI HAMID

ISI KANDUNGAN Muka Surat
3
Tajuk 4
1.0 Pendahuluan 5
2.0 Sekolahku Sejahtera 6

2.1 Lirik Lagu “Sekolahku SEJAHTERA” 7
2.2 14 Elemen Nilai-nilai Murni 8
9
“SEJAHTERA” 10
2.2.1 Selamat 11
2.2.2 Seronok 12
2.2.3 Sihat 13
2.2.4 Etika 14
2.2.5 Empati 15
2.2.6 Jati Diri 16
2.2.7 Adab Sopan 17
2.2.8 Harmoni 18
2.2.9 Tekun 19
2.2.10 Teliti 20
2.2.11 Terampil 21
2.2.12 Eksplorasi 22
2.2.13 Rasional
2.2.14 Artikulasi
3.0 Penutup
4.0 Rujukan

2

1.0 PENDAHULUAN

Guru merupakan tunjang terpenting dalam pembangunan sistem pendidikan negara. Seseorang
guru itu bukan sahaja berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid, bahkan
guru juga berperanan dalam memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara
yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mempunyai sahsiah dan daya saing yang
tinggi melalui penjiwaan nilai-nilai murni yang diterapkan di sekolah secara semula jadi. Tanggal
16 Mei bagi setiap tahun merupakan satu tarikh keramat ataupun hari istimewa yang disambut
oleh warga pendidik di negara ini. Di samping itu, hari tersebut sentiasa dinantikan oleh para
pelajar tidak mengira peringkat pengajian sama ada pelajar pra-sekolah, pelajar sekolah rendah
mahupun pelajar sekolah menengah. Sambutan Hari Guru ini diraikan bagi mengenang segala
pengorbanan, kegigihan, ketekunan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan dalam perjuangan
mendidik anak bangsa. Pada Sambutan Hari Guru 2022 (yang ke-51), “Guru Tunjang Sekolah
SEJAHTERA” telah dipilih sebagai tema Hari Guru 2022. Tema ini menyentuh peranan guru
dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang
dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan [1]. Berdasarkan tema “Guru
Tunjang Sekolah SEJAHTERA”, kata kunci yang dapat ditakrifkan seperti berikut [2]:

Guru: Merupakan individu penting yang berperanan sebagai pendidik yang membimbing,
mendorong dan membentuk kemenjadian murid.

Tunjang: Seorang guru menjadi asas untuk mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya
menjadi insan berkeperibadian unggul.

Sekolah: Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang
penuh dengan nilai-nilai murni, merangsang pemikiran dan meningkatkan kecekapan murid
menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan.

SEJAHTERA: Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni di mana setiap huruf

itu membawa maksud khusus yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf S

membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf E pula bermaksud etika dan empati, huruf J

bermaksud jati diri, huruf A bermaksud adab sopan, huruf H bermaksud harmoni, huruf T

bermaksud tekun, teliti dan terampil, huruf E bermaksud eksplorasi, huruf R bermaksud rasional

dan huruf A bermaksud artikulasi.

3

2.0 SEKOLAHKU SEJAHTERA

Pada tanggal 21 Februari 2022, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan konsep baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah iaitu
“Sekolahku SEJAHTERA” dan konsep ini telah dilancarkan oleh Menteri Kanan Pendidikan,
Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin bertempat di Putrajaya. Konsep “Sekolahku
SEJAHTERA” merupakan konsep yang dilaksanakan menerusi penerapan 14 elemen nilai-nilai
murni secara semula jadi kepada murid menerusi pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di sekolah. Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik di
sekolah oleh guru dan murid.

Infografik Mengenai Sekolahku SEJAHTERA [4]

4

2.1 Lirik Lagu Sekolahku SEJAHTERA [3]
Lagu tema “Sekolahku SEJAHTERA” ini telah dinyanyikan oleh Haqiem Rusli.
Penulis lirik lagu ini ialah Dr Radzi Jidin, manakala komposer lagu ini pula terdiri
daripada Iqie Hugh, Firdaus Rahmat, Omar K dan Anas Damian. Lagu ini telah
diterbitkan dan dirakamkan oleh Iqie Hugh dan Omar K. Selain itu, susunan muzik oleh
Iqie Hugh dan adunan lagu ini oleh Audi Mok. [5]:

Haqiem Rusli - Sekolahku SEJAHTERA

Verse:
Di sini bermula, mengenal dunia
Bersama guru tercinta

Seronok belajar, selamat sentiasa
Sekolahku SEJAHTERA

Pre-Chorus 1:
Kesihatan di utama, kebersihan di jaga
Sama perkasa etika, integriti di jiwa
Kita selami empati, bina kasih insani
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni

Chorus:
Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Bangkitlah,
Generasi pewaris negara

Sekolahku SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia

Post Chorus:
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan bersama

Pre-Chorus 2:
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti

5

2.2 14 Elemen Nilai-nilai Murni “SEJAHTERA” [2]
Terdapat 14 elemen nilai-nilai murni yang terkandung di dalam konsep “Sekolahku
SEJAHTERA” iaitu:
1) Selamat
2) Seronok
3) Sihat
4) Etika
5) Empati
6) Jati diri
7) Adab sopan
8) Harmoni
9) Tekun
10) Teliti
11) Terampil
12) Eksplorasi
13) Rasional
14) Artikulasi

6

2.2.1 Selamat [6]

Elemen Nilai Murni Yang Pertama, Huruf S - Selamat [6]
Elemen nilai murni yang pertama dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
selamat. Selamat membawa maksud persekitaran sekolah yang aman dan tenteram
serta terpelihara daripada ancaman dan bahaya [6]. Selain itu, infrastruktur dan
fasiliti sekolah juga hendaklah dalam keadaan baik dan selamat digunakan oleh
guru dan pelajar. Elemen ini juga diharap dapat mencegah kejadian buli dikalangan
pelajar di sekolah dan mereka juga berasa selamat sepanjang mengikuti sesi
pembelajaran di sekolah.

7

2.2.2 Seronok [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kedua, Huruf S - Seronok [6]
Elemen nilai murni yang kedua dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
seronok. Seronok membawa maksud suasana pengajaran dan pembelajaran di
sekolah yang menggembirakan [6]. Apabila suasana dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran ini menyeronokkan, maka guru dan murid sentiasa rasa bersemangat dan
berasa sungguh gembira untuk ke sekolah. Selain itu, isu keciciran pelajar untuk
hadir ke sekolah dapat dikurangkan.

8

2.2.3 Sihat [6]

Elemen Nilai Murni Yang Ketiga, Huruf S - Sihat [6]
Elemen nilai murni yang ketiga dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
sihat. Sihat membawa maksud penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya
dalam aspek pemakanan serta kebersihan diri dan persekitaran [6]. Sihat ini
merangkumi kesihatan fizikal, mental dan juga persekitaran. Antara contoh
komponen yang kurang diberikan penekanan dalam elemen ini ialah pemakanan
dikalangan murid. Seperti yang kita lihat pada hari ini, kadangkala makanan seperti
“jajan” ataupun kudapan dijadikan sebagai makanan utama berbanding dengan
makanan yang lain seperti nasi, roti dan sebagainya. Kandungan bahan dalam
“jajan” ini juga mengandungi kadar gula dan bahan pengawet yang tinggi. Hal ini
dapat menjejaskan kesihatan murid tersebut sekiranya cara pemakanan ini tidak
dikawal oleh ibu bapa, penjaga dan guru. Selain itu, aspek kebersihan perlu
diberikan penekanan dan penjiwaan dalam diri pelajar dari peringkat sekolah
rendah lagi bagi melahirkan generasi yang hebat selain menjadikan negara menjadi
lebih bersih di masa akan datang.

9

2.2.4 Etika [6]

Elemen Nilai Murni Yang Keempat, Huruf E - Etika [6]
Elemen nilai murni yang keempat dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
etika. Etika membawa maksud pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan
prinsip moral khususnya dalam aspek integriti [6]. Penerapan elemen ini dikalangan
guru dapat membentuk budaya kerja yang cemerlang. Budaya etika dan integriti
adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika serta para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh berteraskan budi pekerti
yang luhur [7].

10

2.2.5 Empati [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kelima, Huruf E - Empati [6]
Elemen nilai murni yang kelima dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
empati. Empati membawa maksud keupayaan untuk menyelami dan memahami
perasaan atau emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka [6].
Sebagai contoh, kes Zulfarhan yang merupakan seorang pelajar dari Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah didera tanpa rasa empati oleh rakan-
rakannya sehingga menyebabkan kematian. Hal ini terjadi apabila rakan-rakan
beliau telah mendengar cerita daripada seorang bomoh dengan menyatakan bahawa
Zulfarhan yang telah mencuri komputer riba salah seorang rakannya. Tanpa usul
periksa dan berfikir secara rasional, rakan-rakan Zulfarhan telah mendera beliau
sehingga kecederaan yang dialami oleh beliau menjadi parah dan seterusnya
mengakibatkan kematian.

11

2.2.6 Jati Diri [6]

Elemen Nilai Murni Yang Keenam, Huruf J – Jati Diri [6]
Elemen nilai murni yang keenam dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
jati diri. Jati diri membawa maksud prinsip serta pegangan yang membentuk
identiti dan karakter diri dalam mencorak keperibadian unggul [6]. Elemen ini juga
berkait rapat dengan nilai integriti. Seseorang yang mempunyai jati diri utuh di
dalam dirinya tidak akan mudah meletakkan integriti diri mereka sebagai sesuatu
yang boleh dijual beli. Sekiranya nilai integriti tersebut telah hilang, agak sukar bagi
individu tersebut untuk mendapatkan semula kepercayaan daripada orang lain.

12

2.2.7 Adab Sopan [6]

Elemen Nilai Murni Yang Ketujuh, Huruf A – Adab Sopan [6]
Elemen nilai murni yang ketujuh dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
adab sopan. Adab sopan membawa maksud amalan tigkah laku yang memberi
penekanan kepada akhlak, budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik [6]. Rakyat
Malaysia amat terkenal dengan adab sopan dan santunnya. Sebagai contoh, apabila
seseorang itu berjalan sambil melintas di depan orang lain, individu tersebut akan
berjalan sambil menundukkan diri sebagai tanda hormat. Sekiranya elemen ini
tidak diberikan penekanan dalam diri sejak dari kecil lagi, lama kelamaan nilai adab
sopan ini akan ditinggalkan sedikit demi sedikit sehinggalah terlahirnya generasi
baru yang kurang sopan dan santunnya di dalam masyarakat.

13

2.2.8 Harmoni [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kelapan, Huruf H – Harmoni [6]
Elemen nilai murni yang kelapan dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA” ialah
harmoni. Harmoni membawa maksud suasana persekitaran yang aman dan penuh
toleransi serta berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang [6]. Suasana harmoni itu dapat dilahirkan sekiranya
masyarakat itu hidup dengan penuh toleransi, memahami antara satu sama lain dan
mengambil kira kepelbagaian itu sebagai satu kesepaduan dan kekuatan.

14

2.2.9 Tekun [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kesembilan, Huruf T – Tekun [6]
Elemen nilai murni yang kesembilan dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA”
ialah tekun. Tekun membawa maksud rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh
tumpuan serta daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan
tanggungjawab [6]. Selain itu, tekun ini juga berkait rapat dengan kualiti kerja dan
daya usaha dalam penghasilan kerja. Manakala dalam sesi pembelajaran pula, tekun
belajar membawa maksud apabila seseorang murid itu memberikan tumpuan
sepenuhnya dan fokus dengan apa yang dipelajari.

15

2.2.10 Teliti [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kesepuluh, Huruf T – Teliti [6]
Elemen nilai murni yang kesepuluh dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA”
ialah teliti. Teliti membawa maksud cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam
melaksanakan tanggungjawab [6]. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi
analitis ialah bersifat analisis [9]. Oleh itu, guru hendaklah melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh teliti dalam menghuraikan sesuatu perkara secara
terperinci dan mendalam agar mudah difahami oleh murid.

16

2.2.11 Terampil [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kesebelas, Huruf T – Terampil [6]
Elemen nilai murni yang kesebelas dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA”
ialah terampil. Terampil membawa maksud kecekapan dan kemahiran yang tinggi
dalam melaksanakan tanggungjawab [6]. Seseorang yang mempunyai sifat terampil
ini berupaya menjalankan tugas mereka dan menyelesaikan masalah dengan cekap.
Namun begitu, terdapat juga persepsi menyatakan bahawa terampil ini adalah cara
penampilan seseorang akan tetapi maksud sebenarnya terampil mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah cekap (dalam melaksanakan sesuatu, menyelesaikan
masalah, dsb), mampu dan cekatan; keterampilan kecekapan, kemampuan (yang
tinggi); berketerampilan berupaya menjalankan tugas dan sebagainya dengan cekap
[8].

17

2.2.12 Eksplorasi [6]

Elemen Nilai Murni Yang Kedua Belas, Huruf E – Eksplorasi [6]
Elemen nilai murni yang kedua belas dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA”
ialah eksplorasi. Eksplorasi membawa maksud rasa kecintaan untuk meneroka
ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai
ilmu berkenaan [6]. Perasaan cinta terhadap ilmu atau dahagakan ilmu pengetahuan
ini perlu dipupuk sejak kecil agar dapat melahirkan generasi yang menguasai
pelbagai ilmu di masa depan. Generasi ini dididik dan disematkan nilai-nilai murni
serta sentiasa bersemangat ketika menjalankan eksplorasi yang lebih mendalam
dalam penerokaan ilmu yang berguna buat agama, bangsa dan negara.

18

2.2.13 Rasional [6]

Elemen Nilai Murni Yang Ketiga Belas, Huruf R –Rasional [6]
Elemen nilai murni yang ketiga belas dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA”
ialah rasional. Rasional membawa maksud kemampuan membuat pertimbangan
dan keputusan berdasarkan faktadan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi
dan prasangka [6]. Elemen ini hendaklah dihayati dan disematkan di hati. Selain itu,
nilai rasional ini perlulah diselami dan difahami oleh guru dan murid. Sekiranya
elemen nilai murni ini tidak diterapkan di dalam jiwa seseorang, maka akan
berlakulah perkara yang di luar kawalan fikiran seseorang itu seperti kes buli di
sekolah.

19

2.2.14 Artikulasi [6]

Elemen Nilai Murni Yang Keempat Belas, Huruf R –Rasional [6]
Elemen nilai murni yang keempat belas dalam konsep “Sekolahku SEJAHTERA”
ialah artikulasi. Artikulasi membawa maksud keupayaan untuk mengolah serta
menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan
jelas dan teraturberdasarkan fakta [6]. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
artikulasi bermaksud cara atau proses menyebut bunyi atau kata dengan jelas [10].
Selain itu, artikulasi ini juga dapat ditakrifkan sebagai penyataan idea atau perasaan
terutamanya dengan kata-kata [10]. Dengan memasukkan elemen artikulasi dalam
sesi pembelajaran, murid diajar keupayaan untuk mengolah dan menyampaikan
pandangan, hujahan atau huraian mengenai sesuatu perkara dengan jelas serta
teratur berdasarkan fakta. Oleh itu, murid tersebut boleh berhujah atau bercakap
dengan tertib dan disokong oleh fakta apabila mereka menjadi dewasa kelak.

20

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya, konsep “Sekolahku SEJAHTERA” yang dilancarkan oleh Menteri
Kanan Pendidikan dirangka berteraskan prinsip dan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menyeronokkan,
membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat. Penerapan konsep
“Sekolahku SEJAHTERA” juga bakal melahirkan generasi yang mampu berdaya saing
di peringkat negara dan dunia. Selain itu, penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan
nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang diterapkan dalam diri murid. Oleh yang
demikian, penerapan elemen nilai-nilai murni ini akan membolehkan murid meneroka
pelbagai ilmu, idea dan penemuan baharu yang sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif
dalam penyelesaian masalah.

21

4.0 RUJUKAN

[1] Laman sesawang : https://www.ipendidikan.my/tema-hari-guru-huraian-definisi.html,
diakses pada 22 Mei 2022 jam 11.16 malam.

[2] Laman sesawang : https://harianpost.my/tarikh-tema-hari-guru-malaysia/, diakses pada 22
Mei 2022 jam 11.13 malam

[3] Laman sesawang :
https://drive.google.com/drive/folders/1F2JzHG4HTK_8YM2uW3vfVNZmDdJeg-ns , diakses pada
22 Mei 2022 jam 11.46 malam.

[4] Laman sesawang : https://twitter.com/MsiaHariIni/status/1495650547428651010,
diakses pada 22 Mei 2022 jam 11.23 malam

[5] Laman sesawang :
https://drive.google.com/drive/folders/1F2JzHG4HTK_8YM2uW3vfVNZmDdJeg-ns , diakses pada
22 Mei 2022 jam 11.46 malam.

[6] Laman sesawang : https://www.youtube.com/watch?v=xLwgdZbpWXA, diakses pada 23
Mei 2022 jam 9.27 malam

[7] Megat Ayop Megat Arifin, Abd. Halim Ahmad (2016) Kepentingan budaya integriti dan
etika kerja dalam organisasi di Malaysia: Suatu tinjauan umum. Malaysian Journal of Society
and Space 12 issue 9 (138-149)

[8] Laman sesawang : https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=terampil, diakses pada 24
Mei 2022 jam 10.10 malam

[9] Laman sesawang : https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=analitis, diakses pada 24 Mei
2022 jam 10.12 malam

[10] Laman sesawang : https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=artikulasi, diakses pada
24 Mei 2022 jam 10.15 malam

22


Click to View FlipBook Version