The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1274-15-ahmad, 2022-05-30 06:03:14

ANALISIS BERKAITAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA GLOBAL BERKENAAN ALAM SEKITAR

KERJA KURSUS ELEKTIF PALS 1012

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN KERJA KURSUS

PALS 1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

Gambar

NAMA : WAN AHMAD HAFEZ BIN WAN AHMAD SHABRI
:2021292310353
ANGKA GILIRAN :011 1101 8226
NO. TELEFON : BAHASA MELAYU 3
OPSYEN : SEPTEMBER 2021
AMBILAN :PALS 1012
KOD KURSUS : Asas Kelestarian Dan Teknologi Hijau
NAMA KURSUS :Pn. Norzeha Binti Othman
NAMA PENSYARAH :BAHASA MELAYU
JABATAN/UNIT :26/5/2022
TARIKH SERAHAN

Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Catatan (jika ada):

Tandatangan pelajar: ________________ Tarikh: 26/5/2022

LAMPIRAN 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama :WAN AHMAD HAFEZ BIN WAN AHMAD Angka Giliran:2021292310353
SHABRI
Nama Kursus: Asas Kelestarian Dan
Kod: PALS 1012 Teknologi Hijau

Pensyarah : Pn. Norzeha Binti Othman

Tarikh Hantar : 26/5/2022 Tarikh Terima Diisi :
oleh pensyarah

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar :_______________ Tarikh: 26/5/2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :26/5/2022

ISI KANDUNGAN
Kandungan

PENGHARGAAN

TUGASAN 3 :
ANALISIS BERKAITAN PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
BERDASARKAN ISU-ISU SEMASA GLOBAL BERKENAAN ALAM
SEKITAR

1.0 PENGENALAN
KANDUNGAN PERBINCANGAN
2.0 PRODUK HIJAU MELIBATKAN TENAGA
3.0 PRODUK HIJAU MELIBATKAN ALAM SEKITAR
4.0 PRODUK HIJAU MELIBATKAN PENGANGKUTAN
5.0 PRODUK HIJAU MELIBATKAN TANAH

6.0 PENUTUP

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan
izin-Nya,saya dapat menyiapkan tugasan untuk subjek PALS 1012 Asas Kelestarian
dan Teknologi Hijau. Alhamdulillah,sepanjang tempoh saya lakukan tugasan ini saya
dapat mempelajari ilmu-ilmu baharu berkaitan subjek ini.Saya juga turut ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya untuk kursus ini iaitu Puan
Norzeha Binti Othman .Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya ketika saya
menyiapkan kerja kursus ini.Bimbingan beliau amat saya hargai.

Selain itu,tidak lupa juga kepada ibu bapa saya,Puan Fariha Binti Daud dan Encik
Wan Ahmad Shabri Bin Wan Mazlan,yang sentiasa mendoakan kepada saya agak
dipermudahkan segala urusan saya ketika saya melakukan tugasan ini.Tanpa doa dan
sokongan mereka,saya tidak akan mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.Mereka adalah sumber inspirasi saya yang sangat bermakna.

Di samping itu,saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang
sentiasa memberi tunjuk ajar terutamanya dalam menggunakan perisian di komputer
ketika saya melakukan tugasan ini.Bukan itu sahaja,mereka turut membantu saya
dalam melakukan pencarian bahan-bahan rujukan yang perlu digunakan dalam tugasan
ini.

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya melakukan tugasan
ini.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian

PENGENALAN

Menurut CETREE (2022) dari Universiti Sains Malaysia, teknologi hijau merupakan satu proses
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semula jadi serta proses untuk meminimumkan atau mengurangkan kesan yang buruk
akibat daripada perbuatan manusia sendiri. Antara-antara kriteria yang menunjukkan sesebuah
teknologi itu merupakan teknologi hijau ialah bahan teknologi tersebut dapat meminimumkan
degrasi persekitaran iaitu persekitaran ini perlu dijaga supaya ianya dapat dikekalkan demi
menjaga hidupan alam semula jadi seperti haiwan dan tumbuhan.Selain itu, teknologi hijau juga
bersifat bahan yang dapat membebaskan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah ataupun pada
peringkat sifar supaya gas tersebut tidak akan menjadi penyebab kepada peningkatan suhu
bumi. Di samping itu juga, teknologi hijau perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi
supaya teknologi tersebut selamat digunakan serta dapat menyediakan persekitaran yang sihat
untuk semua kehidupan. Perkara ini penting kerana teknologi tersebut perlulah dijadikan
penyelesaian yang terbaik terhadap isu alam sekitar dan bukanlah menjadi penyebab yang
lebih teruk kepada kerosakkan alam sekitar. Bukan itu sahaja, teknologi hijau juga perlu
mempunyai ciri-ciri penjimatan tenaga dan sumber asli kerana teknologi hijau dibuat adalah
untuk mencari jalan yang alternatif kepada sumber tenaga yang sedia ada. Akhir sekali,
teknologi hijau juga perlu memberi penggalakkan dalam penggunaan sumber-sumber yang
boleh diperbaharui. Oleh yang demikian, penggunaan teknologi hijau perlulah disokong oleh
semua lapisan masyarakat supaya teknologi ini dapat menjadi penyelamat serta ubat kepada
isu alam sekitar yang kian menular di setiap penjuru dunia pada hari ini. Maka, penulisan ini
bertujuan adalah untuk menerangkan berkenaan produk-produk teknologi hijau yang dapat
digunakan untuk mengelakkan daripada isu isu alam sekitar di peringkat global dapat dielakkan.

KANDUNGAN PERBINCANGAN

PRODUK HIJAU MELIBATKAN TENAGA
Di dalam aspek tenaga, penggunaan teknologi hijau amatlah penting kerana

kebanyakkan tenaga yang wujud pada hari ini masih lagi menggunakan sumber yang tidak
boleh diperbaharui. Menurut Mariah Sanaji (2020), teknologi yang tidak dapat diperbaharui
seperti bahan api fosil akan kehabisan sumber pada masa yang akan datang jika tidak
mengawal penggunaannya. Oleh itu, antara cara yang dapat dilakukan untuk mengelakkan
perkara tersebut berlaku adalah dengan mengamalkan penggunaan teknologi hijau seperti

tenaga hidroelektrik, tenaga solar serta tenaga angin. Menurut Osman Affandi (2022), tenaga
hidroelektrik merupakan satu tenaga hijau yang popular di dunia dan hampir digunakan di
setiap negara di pelusuk dunia. Tenaga tersebut dijana dengan menggunakan aliran air di
sungai ataupun tasik dan aliran tersebut akan memusingkan turbin untuk menghidupkan
dinamo supaya tenaga elektrik dapat dijana. Selain itu, tenaga solar juga merupakan satu
tenaga yang dapat dikelaskan dalam penggunaan teknologi hijau kerana tenaga ini dapat dijana
dengan menggunakan kuasa radiasi yang terdapat pada matahari‌,(Luxainie,2018). Tenaga
solar ini dapat memberikan banyak kebaikkan kepada penggunanya kerana ianya dapat
menjimatkan kos bil elektrik di rumah kerana tenaga ini tidak lagi bergantung kepada tenaga
elektrik yang disalurkan oleh Tenaga Nasional Berhad. Tenaga ini hanya memerlukan
penggunanya membeli panel solar dan meletakkan panel tersebut di kawasan yang sesuai di
rumah seperti di bumbung. Walaupun kos pemasangan panel tersebut agak tinggi, tetapi
tenaga tersebut mampu memberi penjimatan yang tinggi kepada penggunanya. Akhir sekali,
teknologi hijau juga turut dapat diaplikasikan melalui penggunaan tenaga angin. Menurut Amirul
Naim (2020), tenaga angin yang dihasilkan oleh kincir angin ini akan berlaku apabila tenaga
kinetik yang dibawa oleh angin akan menggerakkan bilah-bilah kipas sekaligus menghidupkan
generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga angin juga sama seperti tenaga
hidroelektrik dan solar yang dapat bertahan lama kerana sumber ini sentiasa boleh
diperbaharui. Oleh itu, kesemua tenaga tersebut dapat menyelesaikan isu kekurangan sumber
tenaga yang berlaku pada hari ini namun amalan penjimatan haruslah tetap dijaga kerana
pembaziran juga boleh mengakibatkan kehilangan tenaga yang sangat dahsyat.

PRODUK HIJAU MELIBATKAN ALAM SEKITAR
Selain daripada isu yang berkaitan tenaga, isu alam sekitar juga perlu diberi perhatian

kerana alam sekitar sedang berdepan dengan pelbagai cabaran seperti pelbagai jenis
pencemaran dan pembakaran hutan secara tiba-tiba. Isu pencemaran ini kerap berlaku pada
hari ini kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran air, udara dan tanah
merupakan pencemaran yang kerap berlaku di serata di dunia. Perkara ini boleh mengakibat
ekosistem alam sekitar terjejas sehingga boleh menyebabkan kepupusan hidupan. Menurut
Huda (2019), Malaysia pernah menduduki tangga pertama sebagai negara yang mempunyai
pencemaran udara dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di dunia. Perkara ini
mampu menjejaskan kesihatan rakyat di negara ini kerana ianya dapat memberi masalah
kepada sistem pernafasan manusia. Selain daripada pencemaran, isu pembakaran hutan
secara tiba-tiba juga dapat memberikan kesan yang dahsyat kerana kebakaran tersebut dapat

membuktikan bahawa suhu bumi telah pun meningkat. Perkara ini juga akan menyebabkan
pemanasan global berlaku sekaligus menyebabkan paras air laut meningkat dan mampu untuk
menenggelamkan beberapa buah negara terutamanya negara di lautan pasifik. Oleh yang
demikian, perkara ini perlu diselesaikan dengan segera dan penggunaan teknologi hijau
amatlah digalakkan dalam menyelesaikan isu ini. Antara produk yang dapat digunakan ialah
mesin penapisan udara. Menurut Fadhil (2017), penapis udara dapat berfungsi untuk
memberikan penghuni udara yang bersih dan terhindar daripada kuman. Penapis udara juga
dapat memberikan keselesaan penghuni rumah daripada bau yang tidak menyenangkan.
Terdapat pelbagai jenis penapis udara yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat yang boleh dibeli
oleh orang ramai. Penggunaan penapis udara ini juga sangat relevan digunakan bagi penduduk
yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian. Selain daripada penggunaan penapis udara,
penggunaan lampu diod pemancar cahaya (LED) juga dapat menghindari daripada berlakunya
pemanasan global. Lampu LED dapat memberikan penjimatan tenaga yang lebih efisien dan
efektif daripada menggunakan lampu kalimantang, (Technology Co, 2018). Lampu LED ini juga
dapat bertahan dalam tempoh masa yang agak panjang sekaligus menjimatkan kos dan tenaga
kepada orang ramai kerana tidak perlu menukar lampu dalam tempoh masa yang singkat. Oleh
yang demikian, penggunaan penapis udara dan lampu LED dapat menyelesaikan isu
pencemaran dan pemanasan global yang kian berlaku secara berleluasa di dunia pada hari ini.
Kedua-dua teknologi tersebut juga mampu memberi kesan perubahan yang besar kepada alam
sekitar supaya manusia dapat terhindar daripada penyakit yang datang akibat pencemaran dan
pemanasan global tersebut.

PRODUK HIJAU MELIBATKAN PENGANGKUTAN
Seterusnya ialah isu berkaitan pengangkutan yang boleh memberi kesan yang buruk

juga terhadap alam sekitar. Menurut Kumar (2017), antara kesan buruk yang disebabkan oleh
kenderaan adalah seperti peningkatan suhu bandar, pencemaran bunyi dan kemusnahan
ekosistem hutan. Pengangkutan sememangnya terbukti telah menjadi satu teknologi yang
mampu membuatkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pengangkutan
juga telah mengalami satu inovasi yang sangat pantas dari tahun ke tahun. Menurut Katmin
(2016), sistem pengangkutan di negara ini telah berubah dari masa ke masa dengan wujudnya
pelbagai jaringan lebuh raya, sistem rel serta pengangkutan udara. Lebuh raya di negara ini
dibina dengan kaedah yang efisien dan teratur bagi mengelakkan sebarang kes tanah runtuh
berlaku. Apabila kes tersebut berlaku, ianya akan mengakibatkan ekosistem hutan terganggu
kerana kesan tanah runtuh tersebut berkemungkinan akan menyebabkan banyak pokok

tercabut dari tanah. Oleh itu, pembinaan lebuh raya tersebut perlulah dibina dengan selamat
dan berhemah. Menurut Unto (2019), lebuh raya Central Spine Road di Pahang mempunyai
sebuah jejambat bagi memberi laluan haiwan liar melintas ke seberang lebuh raya tersebut.
Perkara ini juga dapat diambil dan dijadikan satu produk teknologi hijau kerana ianya dapat
memberi kemudahan kepada haiwan sekaligus dapat menyelamat ekosistem di hutan. Di
samping itu juga, pengangkutan seperti kereta juga sudah berevolusi pada masa ini dengan
wujudnya pelbagai variasi kereta elektrik dan solar. Penggunaan kereta elektrik amatlah relevan
pada hari ini kerana kenderaan ini sangat cekap dan menjimatkan kos. Bukan itu sahaja, kereta
elektrik juga dapat menyelamatkan alam sekitar daripada pencemaran bunyi dan udara kerana
kenderaan ini juga tidak mengeluarkan sebarang asap dan bunyi yang bising. Selain daripada
kereta elektrik, bas elektrik juga turut diperkenalkan pada hari ini. Bas ini boleh didapati di
Melaka dan Putrajaya. Kelebihannya juga adalah sama seperti kereta elektrik dan kenderaan ini
juga dapat dijadikan pengankutan awam di sesebuah bandar. Pengangkutan awam juga
merupakan satu produk hijau yang perlu diwujudkan di sesebuah bandar. Perkara ini penting
disebabkan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur akan mengalami peningkatan suhu
yang mendadak sekaligus dapat memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia.
Untuk mengurangkan suhu tersebut, penggunaan pengangkutan awam merupakan satu modus
operandi yang perlu digalakkan dalam kalangan penduduk. Oleh itu, pihak berkuasa boleh
menjalankan pelbagai inisiatif untuk memastikan penduduk setempat dapat menggunakan
pengangkutan awam sekaligus dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dan
dapat menurunkan suhu di sesuatu kawasan tersebut. Jadi, evolusi pengangkutan awam
mampu menjadi produk teknologi hijau yang terbaik bagi menangani isu alam sekitar yang
melanda.

PRODUK HIJAU MELIBATKAN TANAH
Tidak dapat dinafikan juga bahawa isu tanah pada hari ini juga mampu menjadi

penyebab kepada kerosakan alam sekitar. Perkara ini disebabkan tanah di beberapa kawasan
telah tercemar akibat daripada pembuangan bahan-bahan toksik serta penggunaan racun untuk
pertanian, (Zuhairi, 2022). Perkara-perkara tersebut perlu dielakkan kerana ianya mampu
memberi kesan yang buruk kepada tanah seperti tanah bertukar warna, tanah tidak subur dan
juga boleh dibawa kepada hakisan tanah. Oleh yang demikian, terdapat beberapa produk
teknologi hijau untuk mengatasi kesan-kesan pencemaran tersebut, contohnya adalah
menggunakan plastik yang terbiodegrasi. Menurut Dexuan Bio & Plastic Group (2020), Plastik
terbiodegrasi merupakan plastik yang dapat merosakkan fungsi mikroorganisma di alam seperti

bakteria, kulat dan alga.Dalam erti kata lain, plastik yang boleh dibiodegradasi boleh dibuang
sepenuhnya oleh mikroorganisma untuk menghasilkan bahan yang tidak berbahaya seperti karbon
dioksida dan air. Walaubagaimanapun, plastik tersebut juga mempunyai kelemahan kerana ianya
masih mampu memberi kesan kepada pencemaran air dan sungai. Selain daripada plastik
terbiodegrasi, penggunaan bekas minuman tanpa penyedut minuman juga merupakan satu kaedah
yang sangat efisien. Perkara ini sama sahaja seperti plastik terbiodegrasi iaitu untuk mengelakkan
tanah kehilangan nutrien akibat proses pereputan plastik yang terlalu lambat. Di samping itu juga,
penggunaan racun serangga organik juga dapat dipraktikan. Perkara ini dapat menggantikan racubn
serangga yang biasa kerana racun tersebut mampu membuatkan tanaman dan tanah tidak subur
sekaligus menyebabkan hasil tanaman tidak dapat dituai. Baja organik mampu mengelakkan
perkara tersebut berlaku kerana di dalam baja tersebut terdapat unsur-unsur organik seperti
tumbuhan ataupun haiwan yang telah mati. Oleh itu, setiap petani perlulah mengamalkan
penggunaan baja ini supaya dapat mengekalkan tanaman mereka serta nutrien yang terdapat dalam
tanah tersebut. Tanah perlulah dijaga kerana ia sangat penting dalam bidang pertanian dan
pembinaan. Jika tanah tidak subur, hasil tanaman tidak dapat dituai sekaligus dapat memberi kesan
kepada pengeluaran makanan kepada manusia.

PENUTUP
Sebagai penutup kepada perbincangan ini, produk teknologi hijau seharusnya diaplikasi
dalam setiap aspek yang melibatkan kemudahan dan prasarana seperti penggunaan tenaga,
pengangkutan dan alam sekitar itu sendiri. Produk ini dapat menjamin bahawa alam sekitar
akan kekal terpelihara dan dapat dilestarikan dalam tempoh masa yang panjang. Penggunaan
tenaga yang boleh diperbaharui perlu dipraktikkan dengan lebih efektif kerana ianya merupakan
tenaga yang tidak akan habis dan sentiasa ada untuk kegunaan yang lama. Untuk lebih efisien,
penggunaan tenaga solar amatlah digalakkan kerana ianya lebih menjimatkan kos berbanding
tenaga yang lain. Bukan itu sahaja, menurut Zamri (2020), kerajaan telah memperkenalkan
program pemeteran tenaga bersih atau Net Energy Metering (NEM) sejak 2016 untuk
memperkasakan sektor tenaga solar berskala kecil supaya tenaga solar ini dapat dipromosikan
ke seluruh negara dalam beberapa tahun yang akan datang. Selain daripada itu, produk
teknologi hijau juga penting untuk mengelakkan daripada berlaku pelbagai jenis pencemaran
dan pembakaran di dunia. Penggunaan lampu LED merupakan satu langkah yang proaktif
kerana lampu tersebut dapat menjimatkan penggunaan tenaga serta dapat bertahan dengan
lebih lama. Selain itu, penggunaan penapis udara juga penting kerana penapis tersebut dapat
membantu hidup orang ramai untuk menghirup udara yang segar. Saban hari, Indeks Kualiti
Udara di negara ini semakin tidak ketara kerana pelepasan asap yang tidak bertapis dari kilang

dapat memberi kesan yang buruk kepada indeks tersebut. Oleh yang demikian, semua pihak
perlu memainkan peranan masing-masing supaya udara yang dihirup kekal bersih dan selamat.
Di samping itu, pengangkutan juga merupakan satu produk yang dapat diaplikasikan dengan
teknologi hijau. Pengangkutan yang telah menjadi medium utama kepada manusia untuk
bergerak perlu diinovasikan dengan teknologi hijau supaya tidak memberi kesan yang teruk
kepada alam sekitar. Pengangkutan seperti kereta elektrik dan pengangkutan awam perlu
dipromosikan dengan lebih banyak lagi supaya kenderaan elektrik dapat dibeli dengan lebih
banyak dan dalam pada itu pengangkutan awam juga dapat digunakan oleh orang ramai. Akhir
sekali, pencemaran tanah juga dapat diselesaikan dengan menggunakan teknologi hijau seperti
plastik terbiodegrasi dapat membantu dalam mengekalkan kesuburan tanah supaya ianya
dapat digunakan untuk tanaman dalam tempoh yang lebih lama. Oleh yang demikian, amalan
penggunaan teknologi hijau perlu diterapkan dalam setiap kehidupan masyarakat supaya alam
sekitar kekal terpelihara untuk jangka masa yang lebih lama.

BIBLIOGRAFI
CETREE. (2022). Teknologi Hijau. Cetree.usm.my.

http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
Sanaji, M. (2020, May 2). BAB 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN

ALAM - Membalik Buku Halaman 1-20 | AnyFlip | Mariah Sanaji.
Anyflip.com; Mariah Sanaji. https://anyflip.com/dikq/deki/basic
Affandi, O. (2022, January 21). Bagaimana Sebenarnya Empangan Hidroelektrik
Menjana Tenaga Elektrik? Iluminasi.
https://iluminasi.com/bm/bagaimana-sebenarnya-empangan-hidroelektrik-me
njana-tenaga-elektrik.html

‌Luxainie. (2018, May 17). 10 Kelebihan dan Keburukan Tenaga Solar. Iluminasi.

https://iluminasi.com/bm/10-kelebihan-dan-keburukan-tenaga-solar.html

Zamzan, A. N. (2020, December 3). Bagaimanakah turbin angin berfungsi? -
Pakcik.Engineer. Pakcik.Engineer.
https://pakcikengineer.com/semasa/bagaimanakah-turbin-angin-berfungsi/

Huda, N. (2019). Astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-di-tempat-pertama-pe
ncemaran-udara-tertinggi-dunia-217879

Fadhil, W. A. (2017, November 28). 11 Sebab Kenapa Penapis Udara Cuckoo Ini
Perlu Ada Di Rumah Anda. Konsultan Cuckoo #1 Anda!
https://www.cuckoonano.com/10-sebab-kenapa-penapis-udara-cuckoo-ini-p
erlu-ada-di-rumah-anda/

Technology Co, O. (2018, October 23). 10 manfaat utama beralih kepada lampu

LED - Berita - Shenzhen Ottima Technology Co., Ltd. Shenzhen Ottima

Technology Co., Ltd; Shenzhen Ottima Technology Co., Ltd.

http://my.ottimaleddriver.com/info/top-10-benefits-of-shifting-to-led-lights-314

31472.html

Kumar, S. (2017). Kesan Negatif Akibat Perkembangan Sistem Pengangkutan

Terhadap Alam Sekitar. Scribd.

https://www.scribd.com/document/344583496/Kesan-Negatif-Akibat-Perkem

bangan-Sistem-Pengangkutan-Terhadap-Alam-Sekitar

Unto, R. (2019, November 24). Isu alam sekitar diteliti dalam projek infra untuk

rakyat | Daily Express Online - Sabah’s Leading News Portal.

Translate.goog.

https://www-dailyexpress-com-my.translate.goog/news/143859/isu-alam-seki

tar-diteliti-dalam-projek-infra-untuk-rakyat/?_x_tr_sch=http&_x_tr_sl=ms&_x

_tr_tl=en&_x_tr_hl=en&_x_tr_pto=op,sc

Zuhairi. (2022). Kesan Pencemaran Industri Ke Atas Alam Sekitar. Www.ukm.my.

http://www.ukm.my/zuhairi/Pengajaran/internet_projects/stae2213/kump1/Ta

nih.htm

Dexuan bio & plastic group. (2020, June 16). Apa itu plastik terbiodegradasi -

Pengetahuan - Dongugan Dexuan Plastic Hardware Products Co., Ltd.

Dongugan Dexuan Plastic Hardware Products Co., Ltd; Dongugan Dexuan

Plastic Hardware Products Co., Ltd.

http://my.dxcutlery-es.com/info/what-is-biodegradable-plastic-47877858.html


Click to View FlipBook Version