The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP 3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 574-13-dylea, 2022-09-30 11:01:28

Perkaitan Perkembangan Pendidikan di Malaysia dengan FPK dan FPG

EDUP 3093 FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

TUGASAN 2: EDUP3093

Perkaitan Perkembangan
Pendidikan di Malaysia dengan

FPK dan FPG

DYLEA BATRISYIA BINTI MOHD KHOIR
NURFARAH NADIA BINTI BINTI MAT AZLAN

SITI NUR AQIDAH BINTI HASHIM

Isi Kandungan

1.0 Definisi Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3.2 Selepas Merdeka
1.1 Elemen Falsafah Pendidikan 3.2.1 Laporan Rahman Talib 1960
3.2.2 Akta Pendidikan 1961
Kebangsaan 3.2.3 Laporan Aminuddin Baki 1964
2.0 Definisi Falsafah Pendidikan Guru 3.2.4 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
3.2.5 Akta Pendidikan 1996
2.1 Elemen Falsafah Pendidikan Guru 3.3 Pendidikan Masa Kini
3.0 Perkembanga Pendidikan Di Malaysia 3.3.1 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

3.1 Sebelum Merdeka (2006 - 2010)
3.1.1 Sistem Pendidikan Pondok 3.3.2 Pelan Pembangunan Pendidikan
3.1.2 Sistem Pendidikan Vernakular
3.1.3 Laporan Cheeseman 1946 Malaysia (2013 - 2025)
3.1.4 Laporan Barnes 1950 4.0 Rujukan
3.1.5 Laporan Fenn-Wu 1951
3.1.6 Ordinan Pelajaran 1952
3.1.7 Penyata Razak 1956

Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Terdahulu dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
FPK merupakan dasar pendidikan yang dilaksanakan di negara
Malaysia.
FPK ini merupakan usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai sejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
FPK menggariskan segala pemikiran, istilah dan prinsip berkaitan
dengan pendidikan negara kita menjadi suatu entiti, jelas dan
logik.

Elemen F P K

Pendidikan adalah suatu usaha berterusan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Memperkembang potensi individu Rakyat Malaysia yang berketerampilan
Perkembangan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Insan yang seimbang dan harmonis Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat Malaysia yang berkeupayaan
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan mencapai kesejahteraan diri

Falsafah Pendidikan Guru

Diwujudkan daripada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
FPG ini merupakan suatu panduan bagi merealisasikan
FPK.
FPG menyatakan bahawa “Guru yang berpekerti mulia,
berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin”.
FPG adalah sangat releven kerana dapat membentuk
pemikiran guru dan amalan guru di Malaysia pada
tahap tertinggi.

Guru yang Elemen F P G Guru yang bersedia
berpekerti mulia menjunjung aspirasi
Guru yang
Guru yang memelihara berpandangan negara
suatu masyarakat yang progresif dan saintifik Guru yang
Guru yang menjamin menjunjung warisan
bersatu padu perkembangan kebudayaan negara
Guru yang memelihara Guru yang memelihara
suatu masyarakat yang individu suatu masyarakat yang
Guru yang memelihara berdisiplin
demokratik suatu masyarakat yang

progresif

SEBELUM
MERDEKA

Sistem Pendidikan Pondok

Sebuah institusi pendidikan tradisional Islam yang banyak diamalkan
di Indonesia, Selatan Thailand dan Malaysia.

CIRI-CIRI SUMBANGAN

Sistem pendidikan tidak formal Menyumbang dalam menyebarkan,
Diadakan di surau dan madrasah mengembangkan, memperkenalkan
Pengajaran al-quran dan tajwid, tafsir al dan meluaskan ilmu agama.
quran, hadis, pengajian fiqah dan tauhid Melahirkan ramai tokoh agama
Jumlah bagi yuran pengajian tidak selari dengan kepesatan
ditetapkan oleh pihak pentadbir perkembangan agama Islam.
Kaedah pembelajaran utama adalah
secara hafalan
Kaedah pentaksiran dengan prosedur yang
sangat mudah, iaitu seorang pelajar yang
khatam empat atau lima kali akan
dianggap telah menamatkan pengajiannya.

Hubungkait Sistem Pendidikan Pondok
dengan FPK dan FPG

Hubungkait antara sistem pendidikan sekolah pondok dengan FPK adalah
mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia berlandaskan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan selaras dengan elemen yang berada dalam
FPK. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung guru yang mempunyai
pekerti mulia juga dapat dikaitkan dengan sistem pendidikan pondok kerana
mereka dapat melahirkan dan membentuk peribadi serta sahsiah yang murni

dalam diri murid-murid.
Sistem pendidikan pondok ini juga membantu dalam memperkembangkan
lagi potensi individu. Hal ini demikian kerana, sistem pendidikan pondok
ini melaksanakan kaedah pembelajaran secara hafalan. Oleh itu, potensi
diri seseorang individu dapat diperkembangkan lagi dalam pendidikan

pondok serta melahirkan pakar dalam bidang ilmu agama.
Sistem pendidikan pondok termasuk dalam salah satu elemen yang

terdapat dalam FPK iaitu pembentukan rohani. Hal ini sekaligus
dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi

jasmani, rohani, emosi dan intelek.

Sistem Pendidikan Vernakular

Sekolah vernakular ialah sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
dalam pengajaran dan pembelajaran.

Campur tangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran pendidikan di negeri-
negeri Tanah Melayu adalah disebabkan oleh penjajahan Inggeris.

Pihak Inggeris telah mengamalkan dasar yang menyebabkan wujudnya lima
jenis persekolahan yang berbeza iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Cina,
Tamil, Inggeris dan Agama.

Setiap sekolah tersebut melaksanakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran, kurikulum serta pengurusan sistem sekolah yang berbeza.

Perkaitan Sistem Pendidikan
Vernakular dengan FPK dan FPG

-Matlamat sistem pendidikan vernakular tidak selari dengan matlamat
yang ingin dicapai oleh pihak kerajaan melalui FPK . Hal ini kerana ,
sistem pendidikan vernakular hanya berfokuskan kepada kepentingan
mengikut kaum dan mengamalkan dasar yang menentukan kaum
melayu, cina , india tidak bersatu. Sebaliknya, matlamat FPK adalah
untuk melahirkan insan yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara. Maka,
melalui FPG guru perlulah memainkan peranan dalam memelihara
suatu masyarakat yang bersatu padu dan demokratik bagi
merealisasikan hasrat FPK.

Laporan TUJUAN
Cheeseman
Bagi menyatupadukan rakyat melalui
DISEDIAKAN OLEH : sistem pendidikan di Tanah Melayu.
Membina semula atau penyusuan semula
Mr. H.R Cheeseman sistem pendidikan untuk menjamin setiap
Timbalan Pengarah jenis sistem sekolah di Tanah Melayu
Pendidikan tahun dapat diperkembangkan sepenuhnya.
1983
CADANGAN-CADANGAN

1.Pendidikan rendah diberi secara percuma kepada
kanak-kanak di sekolah vernakular

2.Kanak-kanak dibenarkan menggunakan bahasa-
bahasa ibunda masing-masing

3.Mata pelajaran Sains dimasukkan dalam sukatan
pelajaran

4.Menambah sekolah pertukangan dan memperbaiki
kurikulum bagi sekolah vernakular

5.Subjek amali mesti dimasukkan ke dalam Kurikulum
Bahasa Inggeris

PERKAITAN LAPORAN

CHEESEMAN DENGAN FPK & FPG

FPK menggalakkan perkembangan potensi diri pelajar . Oleh itu, Laporan

Cheeseman ini bukan sahaja berfokus kepada bidang pelajaran tetapi laporan

ini juga memberi fokus untuk memperkembangkan potensi pelajar dalam

bidang kemahiran. Hal ini kerana Laporan Cheeseman menawarkan sekolah

pertukangan yang mampu mencungkil bakat murid-murid dalam aspek

kemahiran dan kreativiti.

Hubungkait antara Laporan Cheeseman dengan FPG ialah guru memainkan

peranan dalam memelihara suatu masyarakat yang progresif. Hal ini kerana,

guru memberikan penekanan dalam aspek inovatif, kreatif , analitikal , kritikal ,

holistik dan bersepadu dalam melaksanakan tugas . Melalui laporan

Cheeseman ini, murid-murid dapat memupuk sifat gemar meneroka beda baru

dan mereka cipta yang seterusnya dapat melahirkan murid yang berfikiran

jauh.

Laporan Barnes 1950

KETUA: LJ Barnes
TUJUAN: MEnyelidik dan memperbaiki pendidikan orang melayu,
meningkatkan tahap pencapaian, menangani masalah berkaitan pedagogi

guru dan meningkatkan kualiti guru.

CADANGAN:

Matlamat pendidikan ke arah membentuk suatu bangsa berasaskan pelbagai kaum.
Semua sekolah vernakular dibubarkan & digantikan dengan sekolah kebangsaan.
Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris atau Melayu sebagai bahasa
pengantar.
Sekolah kebangsaan: Kanak-kanak berumur 6-12 tahun menerima pendidikan percuma.
Sekolah menengah: Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains
Rumah Tangga.
Sekolah kebangsaan: Pentadbiran dana kewangan sekolah ditanggung oleh Penguasa
Pelajaran Setempat dan kerajaan.
Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.

Hubungkait Laporan Barnes dengan
FPK dan FPG

Hubungkait antara Laporan Barnes 1950 dengan elemen FPK ialah untuk
melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan. Hal ini kerana, Laporan Barnes
ini telah mengemukakan cadangan untuk memberikan pendidikan percuma
kepada kanak-kanak berusia 6-12 tahun . Hal ini telah menunjukkan bahawa
Laporan Barnes menekankan pendidikan sebagai suatu usaha berterusan yang
dilaksanakan sepanjang hayat.

Perkaitan antara Laporan Barnes dengan FPG ini adalah ia mampu
meningkatkan dan melahirkan guru yang berkualiti tinggi. Hal ini kerana,
Laporan Barnes telah mewujudkan latihan perguruan kepada guru-guru. Oleh
itu, guru yang berkualiti tinggi ini mampu melahirkan murid yang berilmu
pengetahuan, berkemahiran, bertanggungjawab membangunkan diri,
masyarakat dan negara seperti yang digariskan di dalam FPK.

Laporan Fenn- Wu 1951 CADANGAN

Laporan Fenn- Wu terhasil akibat daripada 1.Menggunakan dua sistem sekolah
iaitu sekolah yang menggunakan
masyarakat Cina yang menunjukkan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan satu lagi
ketidakpuashatian terhadap cadangan yang menggunakan bahasa Inggeris.

diusulkan dalam Laporan Barnes 1950. 2.Pelajaran bahasa Cina dan
Tamil perlu disediakan sekiranya
Masyarakat Cina menganggap Laporan Barnes terdapat sekurang-kurangnya 15
orang pelajar yang ingin belajar
1950 menghapuskan bahasa dan tradisi orang bahasa ibunda mereka.

Cina. 3.Sekolah aliran Inggeris harus
dikekalkan dan pelajaran
Berikutan bantahan tersebut, Sir Henry Gurney telah bahasa Melayu diwajibkan di
sekolah Inggeris, manakala
menubuhkan jawatankuasa Fenn- Wu yang diketuai bahasa Inggeris pula
diwajibkan di sekolah
oleh dua orang penasihat iaitu Dr. W. O Fenn dan Melayu.

Profesor Dr. Wu Teh Yao untuk mengkaji dan

membuat penilaian semula terhadap Laporan

Barnes 1950.

Laporan Fenn- Wu diluluskan pada bulan

September 1952. Laporan ini telah memenuhi

tuntutan daripada masyarakat Melayu, Cina dan

Tamil.

Perkaitan Laporan Fenn Wu 1951 dengan FPK dan FPG

Perkaitan antara Laporan Fenn-Wu 1951 dengan FPK ialah dapat
melahirkan masyarakat yang seimbang dan harmonis . Hal ini kerana,
laporan ini telah mengusulkan cadangan untuk mengadakan sistem
sekolah yang adil kepada masyarakat melayu , cina dan india.
Tambahan lagi, laporan ini turut mengemukakan cadangan bahawa
pelajaran bahasa cina dan tamil perlu disediakan jika terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa
ibunda mereka.
Laporan Fenn wu ini telah mengemukakan cadangan yang mampu
melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan. Hal ini jelas
dinyatakan dalam salah satu usul iaitu bahasa inggeris diwajibkan di
sekolah melayu begitu juga sebaliknya. Justeru , dapat dilihat
berlakunya perkaitan antara laporan Fenn-Wu dengan FPK.
Perkaitan antara Laporan Fenn-Wu dengan FPG adalah guru perlu
memelihara suatu masyarakat yang demokratik. Guru perlulah berlaku
adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan
pertimbangan wajar untuk mengelakkan murid daripada merasa
tersisih.

Ordinan Pelajaran Cadangan
1952
Penubuhan 2 jenis buah sekolah
Diluluskan pada (sekolah yang menggunakan
September 1952 Bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa
Satu jawatankuasa khas Tujuan pengantar)
ditubuhkan untuk Mengkaji Laporan
mngkaji 2 laporan yang Barnes Pengajaran selama 6 tahun
dinyatakan dan Mengkaji Laporan dengan menjadikan Bahasa
membuat Fenn-Wu Inggeris dan Bahasa Melayu
penambahbaikkan sebagai bahasa pengantar di
dengan mencipta sekolah rendah
Ordinan Pelajaran 1952 Bahasa Melayu ada wajib di
sekolah inggeris dan sebaliknya
Kemudahan pelajaran bahasa
cina dan tamil akan
dilaksanakan jika terdapat
sekurang-kurangnya 15 orang
membuat permintaan.

Penyata Razak 1956

Cadangan yang dikemukakan oleh satu jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan dan
dipengerusikan oleh menteri pendidikan, tun abdul razak hussein.
tujuan penubuhan jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji semula sistem pendidikan dan
laporan ini memberi penekanan kepada usaha untuk membentuk perpaduan kaum dan
penghasilan tenaga kerja.

TUJUAN CADANGAN

Menyemak dasar pendidikan Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
Persekutuan Tanah Melayu kebangsaan
Menubuhkan sistem pendidikan Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan
kebangsaan mengembangkan sistem pendidikan
Mengkaji semula struktur Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu
pendidikan negara rumpun bangsa Tanah Melayu.
Merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang
lebih cekap dan berkesan.
Menyediakan kemudahan pelajaran yang
mencukupi.
Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih,
bertoleransi, liberal dan progresif.

Hubungkait Penyata Razak 1956
dengan FPK dan FPG

Hubungkait antara Penyata Razak dengan FPK
ialah melahirkan masyarakat yang berdisiplin. Hal

ini kerana, laporan ini sendiri telah
mencadangkan untuk mewujudkan masyarakat
yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan

progresif. Sehubungan dengan itu, guru perlu
mengorak langkah dalam membentuk masyarakat
yang berdisiplin dan bersatu padu sesuai dengan
kehendak FPG. Tambahan lagi dalam memelihara
masyarakat yang bersatu padu, jurang perbezaan

antara kaum perlulah dirapatkan.

SELEPAS
MERDEKA

Bahasa Melayu perlu digunakan dalam peperiksaan Laporan Rahman Talib 1960
awam dan semua calon diwajibkan lulus kertas
bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah
menengah.

Kelas peralihan diadakan untuk membantu pelajar Laporan ini diketuai oleh
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Abdul Rahman bin Haji Talib
Kebangsaan Tamil menguasai bahasa. iaitu Menteri Pelajaran Tanah
Melayu.
Kenaikan darjah bagi murid-murid adalah secara Laporan Fenn- Wu diwujudkan
automatik dan pendidikan percuma diberi kepada bagi menyemak semula
semua sekolah rendah. Penyata Razak dan kesan-
kesan pelaksanaannya serta
Murid beragama Islam diwajibkan mengikuti mata memperbaiki sistem
pelajaran Pendidikan Islam murid bukan beragama pendidikan.
Islam wajib mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral. Terdapat beberapa
cadangan dalam laporan ini :

Perkaitan Laporan Rahman Talib 1960
dengan FPK dan FPG

Selari dengan elemen FPK yang Perkaitan antara FPG dengan
laporan rahman talib ini dapat
menekankan perkembangan insan dilihat dengan jelas melalui
cadangan pelaksanaan kelas
yang seimbang dan harmonis peralihan bagi murid cina dan india
yang tidak dapat menguasai
dalam aspek rohani berlandaskan bahasa dengan baik. Oleh itu, guru
perlulah mempelbagaikan inisiatif
kepercayaan dan kepatuhan dalam memastikan perkembangan
individu terjamin.
kepada tuhan, Laporan Rahman

Talib telah mencadangkan

pendidikan moral dan agama islam

merupakan mata pelajaran yang

wajib dipelajari bagi memenuhi

keperluan rohanian sebagai teras.

Akta Pendidikan 1961 KANDUNGAN

undang-undang pendidikan yang bersifat
Penegasan kepada pendidikan
kebangsaan dan dikuatkuasakan di
asas Membaca, menulis dan
Malaysia mengira (3M)
Diwujudkan dengan asas cadangan dari
Penegasan kepada pendidikan
laporan Razak dan laporan Rahman Talib kerohanian yang kukuh dan unsur-
Laporan ini menggariskan sistem
unsur disiplin yang diingini
persekolahan yang seragam ,penggunaan
Penegasan kurikulum mengikut
bahasa kebangsaan sebagai bahasa
acuan Malaysia
pengantar dan sistem peperiksaan yang
Pendidikan menengah atas melalui
sama. dua jurusan (akademik dan
Sistem bercorak kebangsaan dan
vokasional)
menjadikan bahasa kebangsaan sebagai
Peluang melanjutkan persekolahan
bahasa pengantar dari 9 tahun kepada 11 tahun
Sukatan pelajaran di semua sekolah
Melicinkan tatacara pengurusan
rendah diselaraskan. pelajaran dan meningkatkan kualiti
pelajara keseluruhan.

Hubung kait antara akta pendidikan 1961
PERKAITAN AKTA

dengan FPK ialah ia dapat
PENDIDIKAN 1961

memperkembangkan lagi potensi individu
DENGAN FPK & FPG
secara menyeluruh dan bersepadu. Hal ini

dinyatakan dalam kandungan akta pendidikan Perkaitan antara akta pendidikan 1961

iaitu pendidikan menengah atas melalui dua
dengan FPG adalah guru yang berpekerti

jurusan iaitu akademik dan vokasional. mulia mampu membentuk serta

Akta pendidikan pada tahun 1961 selaras
melahirkan murid yang berakhlak mulia

dengan elemen FPK yang ingin melahirkan
serta mampu memberi sumbangan

masyarakat yang berakhlak mulia. Hal ini
kepada keharmonian dan kemakmuran

kerana, akta pendidikan 1961 ini amat
kepada masyarakat, keluarga dan

menekankan pendidikan kerohanian yang
negara.
kukuh dan unsur disiplin yang diingini .

Perkara ini selaras dengan matlamat FPK

untuk melahirkan rakyat yang berakhlak

mulia , berdisiplin dan hidup hormat

menghormati antara satu sama lain.

Laporan Aminuddin TUJUAN
Baki 1964
Mengkaji sistem pendidikan yang terdiri
daripada pelbagai jurusan bagi sekolah
menengah rendah untuk menggantikan

sekolah pelajaran lanjutan yang
dihapuskan

MASALAH/PUNCA CADANGAN
KEMUNDURAN ANAK
Umur behenti sekolah dinaikkan
MELAYU kepada 15 tahun.
Pelajaran sekolah menengah rendah
Masalah dan sikap guru dinaikkan hingga 3 tahun.
Kesesuaian bentuk soalan dalam Pelbagai kursus diperkenalkan untuk
melahirkan tenaga mahir.
peperiksaan Menyediakan peluang pekerjaan
Kemantapan latihan perguruan selepas tamat pengajian.
Perlaksanaan kaedah pengajaran Memperkenalkan sekolah teknik
Kemudahan fizikal di sekolah-sekolah

Hubungkait Laporan Perkaitan antara Laporan Aminuddin Baki
Aminuddin Baki 1964 dengan FPK ialah ia mampu memperkembangkan
dengan FPK dan FPG potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu. Hal ini kerana, laporan ini telah
mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat
menghasilkan masyarakat dan tenaga kerja yang
berkemahiran.
Hubungkait antara Laporan Aminuddin Baki
dengan FPG ialah guru perlu menjunjung aspirasi
negara dengan meletakkan hasrat dan matlamat
negara sebagai perkara yang penting dalam
kehidupannya. Hal ini kerana, laporan aminuddin
baki telah menyatakan masalah kemunduran
murid adalah berpunca daripada sikap guru .
Justeru itu, jika seseorang guru komited dalam
melakukan tugas maka guru seharusnya dapat
melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan
mempunyai sahsiah diri yang tinggi.

Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979

Tujuan Cadangan

Mengkaji semula matlamat dan seberapa Menekankan penguasaan terhadap asas
berkesan sistem Pendidikan yang digunakan menulis, membaca dan mengira
waktu itu. Memberi tumpuan kepada usaha
Memastikan keperluan tenaga manusia mengukuhkan kerohanian dan juga
dapat dipenuhi dalam jangka pendek meningkatkan unsur-unsur disiplin.
mahupun jangka panjang.
Membuat kajian semula terhadap dasar
pendidikan yang kurang mementingkan
aspek perpaduan negara dan memajukan
aspek sosial, ekonomi, dan juga politik untuk
memajukan bangsa.

Perkaitan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
dengan FPK dan FPG

Hubungkait antara Laporan Jawatankuasa Kabinet dengan FPK ialah
memperkembang lagi potensi individu iaitu melalui cadangan penegasan
terhadap penguasaan kemahiran asas menulis, membaca dan mengira. Selain
itu, cadangan yang diusulkan iaitu memberi penegasan atau fokus kepada
usaha mengukuhkan kerohanian dan unsur-unsur disiplin yang tinggi adalah
sangat berkait rapat dengan elemen - elemen yang dinyatakan dalam FPK.
Perkaitan antara Laporan Jawatankuasa Kabinet dengan FPG adalah guru
menjamin perkembangan individu secara menyeluruh berikutan cadangan yang
diusulkan tentng penguasaan kemahiran 3M.

Akta Pendidikan 1996

Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sebagai usaha
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
Menegaskan peraturan pendidikan yang melibatkan
penyampaian kurikulum dan bahan serta peraturan pendidikan
yang berkaitan institusi dan masyarakat.
Menjadi panduan untuk menjadikan sistem pendidikan lebih
sistematik dan lebih mantap dengan meliputi semua peringkat
persekolahan daripada peringkat prasekolah hingga peringkat
pendidikan tinggi.
Akta pendidikan 1996 menjadi garis panduan dan rujukan utama
pelaksanaan pendidikan sejajar dengan perubahan masa.
Menjadi asas dalam memartabatkan bahasa melayu.

Perkaitan Akta Perkaitan antara Akta pendidikan 1996

Pendidikan 1996 dengan dengan FPG adalah guru yang bersedia


FPG menjunjung aspirasi negara ini

mampu merealisasikan kehendak akta


pendidikan 1996 yang ingin

menjadikan Malaysia sebagai pusat


kecemerlangan pendidikan yang

bermutu tinggi serta bertaraf dunia.

Pendidikan Masa
Kini

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

2006-2010
Dilancarkan oleh Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi

Tarikh : 16 Januari 2007 PIPP merupakan satu dokumen
Tempat: perancangan yang mengandungi 3
aspek utama iaitu pengisian,
Pusat Konvensyen Antarabangsa infrastruktur dan tenaga manusia.
Putrajaya. PIPP bermatlamat untuk menghasilkan
pendidikan berkualiti.
Tujuan: Menyediakan rakyat Malaysia ke
arah satu bangsa yang bersatu padu

dan saling bekerjasama serta 6 TERAS STRATEGIK BAGI MEMPERKUKUH
merapatkan jurang pendidikan.
Teras: SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
1.Meningkatkan keupayaan 1.Membina negara bangsa
pengetahuan dan inovasi negara 2.Membangun modal insan
serta memupuk minda kelas pertama 3.Memperkasa sekolah kebangsaan
2.Menangani masalah 4.Merapatkan jurang pendidikan
ketidakseimbangan sosioekonomi 5.Memartabatkan profesion perguruan
yang berterusan secara membina 6.Melonjakkan kecemerlangan institusi
dan produktif.
pendidikan

Hubungkait PIPP dengan
FPK dan FPG

Hubungkait antara PIPP dengan FPK ialah untuk membangunkan modal
insan yang berfokus kepada ilmu pengetahuan serta kepakaran dan
kemahiran yang tinggi selaras dengan teras PIPP iaitu meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama. Selain itu, aspek-aspek PIPP juga mempunyai kaitan dengan FPK
iaitu rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan melalui latihan
yang disediakan agar dapat meningkatkan produktiviti , kemahiran dan
inovatif ke arah pembangunan negara.

Perkaitan antara PIPP dengan FPG ialah guru perlulah berpandangan
progresif dan saintifik bagi merealisasikan matlamat pipp untuk
menghasilkan pendidikan berkualiti. Misalnya, guru mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahirannya selaras dengan perkembangan
pendidikan secara global dari masa ke masa.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025)

Lima aspirasi Akses merujuk kepada 100% bilangan orang yang
sistem mendaftarkan diri sebagai pelajar merentas semua
peringkat pendidikan.
Kualiti merujuk kepada negara menyasarkan untuk menjadi
kelompok sepertiga atas dalam pentaksiran
antarabangsa.
Ekuiti merujuk kepada sasaran 50% pengurangan jurang
perbezaan dari segi kedudukan bandar dan luar bandar,
sosioekonomi dan jantina menjelang tahun 2020.
Perpaduan merujuk kepada sistem Pendidikan yang
menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
Kecekapan merujuk kepada sistem yang diharapkan
dapat memaksimumkan keberhasilan murid dengan
peruntukan yang sedia ada.

Enam ciri utama Pengetahuan
yang diperlukan Kemahiran berfikir
Kemahiran memimpin
oleh murid Kemahiran dwibahasa
Etika dan kerohanian
Identiti nasional

Menyediakan kesamarataan akses kepada Memanfaatkan TMK bagi
Pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa meningkatkan kualiti pembelajaran
Malaysia dan bahasa Inggeris
11 anjakan Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan Transformasi kebolehan dan
nilai
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan keupayaan penyampaian
Memastikan pemimpin berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah Pendidikan
Mengupayakan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyediakan Bekerjasama dengan ibu bapa,
penyelesaian khusus berasaskan keperluan
komuniti dan sector swasta secara

meluas

Memaksimumkan keberhasilan murid

bagi setiap ringgit

Meningkatkan ketelusan akautabiliti

awam

Perkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
dengan FPK dan FPG

Enam aspirasi murid yang dinyatakan dalam pppm adalah berkait
rapat dengan FPK kerana ia meliputi keseluruhan elemen yang
terkandung dalam FPK.
Salah satu anjakan dalam pppm iaitu meningkatkan ketelusan
akauntabiliti awam mempengaruhi guru untuk sentiasa bersedia untuk
menjunjung aspirasi negara. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan salah
satu lagi anjakan dalam pppm iaitu memaksimumkan keberhasilan
murid bagi setiap ringgit.

Perbincangan Kumpulan
(Kolaborasi)

Sumber Rujukan

Alice, P. (n.d.). Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia. Academia.edu - Share research.
https://www.academia.edu/15195094/Sejarah_Perkembangan_Sistem_Pendidikan_Di_Malaysia

Fathi, A., Rohana, H., & Amirmudin, U. (n.d.). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional di Malaysia. https://core.ac.uk/download/pdf/11790042.pdf

Mohd Sopah, F., Abdul Ghani, M. A., Buang, K., & Kayar, R. (2022). Falsafah dan pendidikan di Malaysia.
Local Publications.

Nurfahmi, M., Yusof, M., Rohana, H., & Aminudin, U. (2011). Kemantapan Penghayatan Guru Terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Asas Membangunkan Guru Cemerlang. Journal of Edupres, 1271-

278.https://www.academia.edu/1112683/Kemantapan_penghayatan_guru_terhadap_falsafah_pendi
dikan_kebangsaan_asas_membangunkan_guru_cemerlang?auto=citations&from=cover_page

Zahrul, A. (n.d.). Falsafah Pendidikan guru. Academia.edu - Share research.
https://www.academia.edu/12131045/Falsafah_Pendidikan_Guru

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version