The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Anis Nabila binti Arman Syahril
Bahasa Melayu Pemulihan 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipgp24082296, 2025-02-24 08:31:17

Konsep, Fungsi dan Manifestasi Akal Budi

Nur Anis Nabila binti Arman Syahril
Bahasa Melayu Pemulihan 2

Manifestasi Akal Budi Konsep, Fungsi Kesusasteraan Melayu &


TUGASAN 1 : Penghasilan Produk (30%) (Individu) Anda dikehendaki untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan konsep dan fungsi kesusasateraan Melayu serta manifestasi akal budi yang terdapat dalam pantun-pantun Melayu tradisional daripada pelbagai sumber. Berdasarkan maklumat tersebut, hasilkan flipbook atau e-book atau menggunakan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang kreatif dengan menyusun atur maklumat agar dapat meningkatkan kemahiran belajar. Penghasilan produk tersebut hendaklah menunjukkan keaslian ciptaan sendiri dengan mengaplikasikan penggunaan digital yang kreatif, sistematik dan inovatif. Soalan Tugasan


Penghargaan Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr. Azaha bin Ibrahim, selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Dr. Azaha bin Ibrahim atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.


Isi Kandungan 1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 1.1 Takrif Kesusasteraan Melayu 1.2 Jenis dan Bentuk 1.2.1 Prosa Tradisional 1.2.2 Prosa Moden 1.2.3 Puisi Tradisional 1.2.4 Puisi Moden 2.0 Fungsi Sastera Melayu 2.1 Hiburan 2.2 Pendidikan 2.3 Dakwah 2.4 Kritikan Sosial 3.0 Manifestasi Akal Budi Masyarakat dalam Pantun Muka Surat 4.0 Rumusan Rujukan 1 2 3 4 4 1.3 Ciri-ciri Kesusasteraan Melayu 5,6 7 8-16 17 18


Pengenalan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sastera ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Perkataan kesusateraan berasal daripada perkataan Sanskrit, susastera yang membawa makna huruf atau buku indah. Kesusasteraan Melayu ini merupakan aspek seni yang indah dan sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Sastera ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga berfungsi sebagai medium penyampaian ilmu, nilai moral, dan jati diri bangsa. Antara bentuk-bentuk sastera termasuklah pantun, syair, gurindam, hikayat dan prosa moden yang mencerminkan pemikiran serta kehidupan masyarakat pada zamannya. Seiring dengan perkembangan zaman, sastera terus berkembang dan memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya serta memperkukuh identiti masyarakat.


Takrif Kesusasteraan Melayu Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Dalam bahasa Inggeris, perkataan literature membawa makna yang seerti dengan kesusasteraan dalam bahasa Melayu. Perkataan ini berasal daripada literate, yang bermaksud huruf atau abjad. Pada awalnya, literature digunakan dalam konteks tatabahasa serta puisi sebelum berkembang kepada pelbagai bentuk penulisan kreatif. Dalam bahasa Melayu, istilah kesusasteraan berakar daripada perkataan Sanskrit sastra. Kata dasar sasbermaksud membimbing, mengajar, atau memberi petunjuk, manakala akhiran -tra merujuk kepada alat. Oleh itu, sastra boleh ditafsirkan sebagai alat untuk mendidik. Tambahan pula, awalan su- membawa maksud sesuatu yang baik atau indah, menjadikan kesusasteraan sebagai satu bentuk seni yang mempunyai nilai estetika dan intelektual. Menurut Ismail Hussein (1998), sastera merupakan bidang seni kreatif yang menggunakan bahasa sebagai medium utama penyampaian. Sastera bermula daripada tradisi lisan dan terus berkembang mengikut peredaran zaman. Sementara itu, Abu Bakar Hamid (1997) mentakrifkan sastera sebagai satu bentuk seni yang bercorak intelektual serta menggabungkan kepuasan intelek dan estetika. 1


Mitos Cerita mitos dianggap benar, bersifat keramat, dan berpengaruh dalam masyarakat. Cerita Mitos ini diwarisi turuntemurun tetapi boleh berubah apabila dipengaruhi agama atau kepercayaan. Lagenda Cerita Lagenda dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci. Cerita ini merupakan kisah-kisah tokoh atau pahlawan pada zaman dahulu. Cerita Rakyat Cerita rakyat ialah prosa fiksyen berunsur imaginasi dan seringkali diselitkan puisi atau lagu dengan plot kronologi. Jenis dan Bentuk Setiap karya sastera Melayu yang dihasilkan memiliki jenis, bentuk, dan ciri tersendiri, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Prosa Tradisional Prosa tradisional ialah karya sastera lisan yang diwarisi turun-temurun sebelum ditulis. Jenis prosa ini sering merangkumi cerita rakyat, lagenda, dongeng, mitos, atau hikayat yang diwarisi daripada nenek moyang. 2


Prosa Moden Prosa moden merupakan karya sastera yang berkembang pada era moden atau kontemporari. Prosa moden ini biasanya ditulis dalam bahasa yang lebih formal dengan struktur yang kompleks .Jenis prosa ini muncul pada awal abad ke-20 dan berkembang pesat selepasnya. Antara bentuk prosa moden yang terkenal ialah cerpen, novel, dan drama. Cerpen, gabungan perkataan " cerita " dan " pendek" , menggambarkan sikap, perasaan, serta pandangan pengarang terhadap isu sosial, politik, atau ekonomi melalui perkembangan watak dan plot yang ringkas. Novel pula ialah prosa rekaan yang lebih panjang, diterbitkan dalam bentuk buku, dan mengisahkan pelbagai aspek kehidupan. Istilah " novel" berasal daripada perkataan Itali novella, yang bermaksud "benda kecil yang baru ". Sementara itu, drama ialah karya sastera dalam bentuk dialog yang boleh dipentaskan. Drama sering disebut sebagai teater dan dipersembahkan di hadapan penonton. Secara keseluruhannya, prosa moden memainkan peranan penting dalam dunia kesusasteraan dengan memberikan gambaran tentang kehidupan dan isu semasa melalui pelbagai bentuk penceritaan. Jenis dan Bentuk 3


Puisi Tradisional Puisi tradisional merupakan salah satu bentuk sastera lama yang diwarisi turun-temurun dalam masyarakat. Antara bentuk puisi tradisional yang terkenal ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka. Ciri utama puisi tradisional ialah mempunyai bentuk dan struktur yang tetap. Misalnya, pantun terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap dengan rima akhir berpola a-b-a-b, manakala syair pula mempunyai rima a-a-a-a dalam setiap rangkap. Selain itu, puisi tradisional menggunakan bahasa yang indah dan berirama, sering kali mengandungi unsur kiasan dan perumpamaan. Temanya pula berkisar tentang kehidupan, nasihat, adat, dan keagamaan. Sajak ialah puisi moden yang bebas dalam struktur dan gaya penyampaian, tidak terikat dengan rangkap atau rima. Sajak memberi kebebasan kepada penyair untuk mengekspresikan perasaan dan pemikiran melalui bahasa kiasan, metafora, atau simbolisme. Temanya luas, merangkumi cinta, kemanusiaan, patriotisme, alam, sosial, dan politik, dengan gaya penyampaian yang lebih peribadi serta ekspresif. Puisi Moden 4 Jenis dan Bentuk


Ciri-Ciri Kesusasteraan Melayu Menampilkan Keindahan Ciri pertama dalam kesusasteraan Melayu adalah untuk menampilkan keindahan dalam setiap karya yang dihasilkan. Keindahan di sini merujuk kepada gaya dan irama bahasa yang digunakan dalam penciptaan karya. Ini merangkumi kesatuan unsur yang membentuk susunan atau struktur sehingga menghasilkan suatu bentuk yang lengkap dan utuh. Selain itu, keindahan karya juga dapat dilihat melalui organisasi unsur-unsur seni yang terkandung di dalamnya, seperti keutuhan, keseimbangan, keselarasan, dan penekanan. Mencerminkan Pengalaman Ciri seterusnya ialah mencerminkan pengalaman. Pengalaman yang dimaksudkan merujuk kepada tindak balas yang mendalam dari jiwa manusia yang digambarkan secara realistik. Hal ini juga dapat membangkitkan reaksi terhadap pemikiran, perasaan, dan imaginasi, sehingga melahirkan apa yang dikenali sebagai pengalaman. Secara umum, penulis karya sastera sering memanfaatkan pengalaman peribadi mereka sebagai idea utama dalam penghasilan karya bagi memberikan kesan yang lebih realistik kepada pembaca. 5


Ciri Kesusasteraan Melayu Nilai Seni Nilai seni dalam karya sastera dapat dilihat melalui isi yang disampaikan serta cara dan bentuk penyampaiannya. Selain itu, karya sastera membolehkan pembaca memahami serta menghayati fikiran dan perasaan penulis. Hal ini berlaku apabila pembaca benar-benar meneliti dan menghayati karya yang dibaca. Oleh itu, pembaca dapat memperoleh pengalaman serta nilai seni daripada karya tersebut. Di samping itu, penulis juga akan berasa puas dan gembira apabila hasil karya mereka diterima dengan baik oleh pembaca. Karya Seni Karya seni merupakan salah satu ciri utama dalam kesusasteraan Melayu. Empat aspek penting yang membentuk sesebuah karya seni ialah keutuhan, keseimbangan, keselarasan, dan penekanan. Selain itu, perbezaan antara karya sastera dan bukan sastera dapat dilihat melalui sifat fiksyen, nilai estetik dan penggunaan gaya bahasa yang indah. Keunikan nilai seni dalam sesebuah karya bukan sahaja memperkayakan makna, malah mampu menarik lebih ramai pembaca. 6


Date : Fungsi Sastera Melayu Hiburan Fungsi kesusasteraan dalam hiburan terhasil melalui katakata yang diungkapkan, irama, atau rentak yang tersusun. Contoh karya hiburan yang diminati masyarakat pada suatu ketika dahulu ialah cerita penglipurlara. Selain itu, sastera dapat memberikan hiburan kepada pembaca dengan memberi kepuasan mental dan emosi serta mencipta keasyikan yang mengalihkan perhatian mereka dari kesibukan harian. Pendidikan Sastera berperanan dalam meningkatkan kesedaran penuh masyarakat dan mengubah aliran pemikiran serta refleksi masyarakat.Kesusasteraan Melayu menyampaikan pengalaman pengarang melalui kisah-kisah yang mencakupi bidang ekonomi, politik, dan agama. Prosa dan puisi mengandungi unsur pengajaran, moral, dan iktibar untuk teladan pembaca. Selain itu, sastera membina insaniah dan membentuk jati diri individu. 7 Dakwah Kritikan Sosial Dakwah bermaksud usaha mendorong kebajikan dan mencegah kemungkaran. Dalam sastera, karya sastera berfungsi sebagai alat dakwah yang menyampaikan mesej moral, nilai agama, dan petunjuk hidup yang mudah difahami. Contohnya, puisi endoi digunakan untuk menyampaikan amar makruf nahi mungkar, meraikan kelahiran ahli baru, serta menekankan kasih sayang, dan tanggungjawab sesama mukmin. Dalam kritikan sosial, sastera berfungsi untuk mempengaruhi tindakan manusia dengan menegur, mengkritik, atau menyampaikan mesej. Sastera menyentuh kesedaran masyarakat tentang masalah sosial melalui karya seperti novel, cerpen, dan puisi. Kritikan sosial dalam sastera juga menggerakkan pembaca untuk bertindak ke arah kebaikan serta memberi dorongan untuk perubahan positif


Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik dijadikan teladan, Segala yang buruk letak ketepi. Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik dijadikan teladan, Segala yang buruk letak ketepi. Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan. Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan. 8 Sumber: Kurik Kundi Merah Saga Edisi Kedua, DBP,2009 Sumber: Kurik Kundi Merah Saga Edisi Kedua, DBP,2009 Sumber: Kurik Kundi Merah Saga Edisi Kedua, DBP,2015


Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Bahagian pembayang ini memberikan gambaran tentang sesuatu yang mungkin kelihatan kecil atau tidak bernilai pada pandangan pertama, tetapi sebenarnya masih mempunyai kegunaan yang besar. Jarum yang patah dan disimpan dalam peti mungkin kelihatan tidak berguna lagi, namun apabila diperlukan, ia masih boleh digunakan untuk menjahit kain yang banyak. Dalam kehidupan, hal ini boleh diibaratkan seperti perkara kecil yang sering diabaikan, tetapi apabila tiba waktunya, perkara tersebut mempunyai kegunaan yang tidak disangkasangka. Ini juga menunjukkan kepentingan menyimpan dan menghargai sesuatu walaupun ia kelihatan tidak berguna pada satu ketika. Bahagian maksud ini membawa pengajaran yang mendalam tentang nilai nasihat dan kebijaksanaan. Nasihat yang diberikan sering kali dianggap remeh atau tidak difahami pada awalnya, terutama oleh orang yang belum berpengalaman atau masih muda. Namun, seiring dengan perjalanan hidup dan pengalaman yang bertambah, seseorang akan menyedari betapa berharganya nasihat tersebut. Oleh itu, pantun ini mengajarkan kita supaya tidak memandang rendah kepada nasihat, kerana ia mungkin menjadi penawar atau penyelamat dalam kehidupan kita kelak. Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. 9


Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Bahagian pembayang ini menggambarkan seorang gadis muda yang sedang menumbuk daun pandan sebagai persiapan untuk membuat kuih yang akan dihidangkan dalam majlis kenduri. Perbuatan ini menunjukkan simbol usaha dan kerja keras demi mencapai sesuatu yang diinginkan. Seperti mana kuih perlu dibuat dengan bahan yang baik dan usaha yang bersungguh-sungguh, begitu juga kehidupan memerlukan ilmu, disiplin, dan kerja keras untuk mencapai kejayaan. Bahagian maksud pantun ini membawa pengajaran yang sangat penting dalam kehidupan, iaitu kepentingan menimba ilmu yang baik dan menjadikannya sebagai panduan hidup. Ilmu yang baik bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada masyarakat. Seseorang yang berilmu akan lebih mudah membuat keputusan yang betul, memahami sesuatu dengan lebih mendalam, dan bertindak dengan bijaksana. Selain itu, pantun ini juga menekankan kepentingan meninggalkan perkara yang buruk. Oleh itu, seseorang harus bijak memilih mana yang baik untuk dijadikan amalan dan mana yang buruk untuk dijauhi. Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik dijadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. 9


Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Maksud pada bahagian pantun ini pula memberi amaran supaya jangan mencampuri atau mengusik perkara yang boleh membawa akibat buruk. "Sarang tebuan " adalah simbol bagi perkara yang berbahaya atau boleh menyebabkan kesulitan, dan jika ia diganggu, akibatnya boleh menimpa diri, seperti "lebam muka, celaka badan " yang menggambarkan penderitaan atau akibat buruk yang dialami apabila seseorang terlibat dalam sesuatu yang berisiko atau berbahaya. Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan. 10 Pembayang ini menggambarkan keadaan yang aman dan tenang, namun tersembunyi dalam situasi yang berpotensi membawa bahaya. Ikan haruan yang berada di dalam lubuk menunjukkan tempat yang sunyi dan terlindung, manakala helang pekaka yang hinggap di dahan menggambarkan perhatian atau kewaspadaan terhadap sesuatu tetapi sebenarnya membawa risiko atau ancaman.


Terbuang baju dipakai singkat, Singkat pakaian aurat terbuka; Terbuang Melayu mengabaikan adat, Adat terabaikan umat binasa. Terbuang baju dipakai singkat, Singkat pakaian aurat terbuka; Terbuang Melayu mengabaikan adat, Adat terabaikan umat binasa. Sedapnya rasa cucur badak, Jarang-jarang dipelawa kawan; Rajin berpuasa solat tidak, Tandanya orang keliru beriman. Sedapnya rasa cucur badak, Jarang-jarang dipelawa kawan; Rajin berpuasa solat tidak, Tandanya orang keliru beriman. Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus. Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus. Adat Melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Taat keibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang. Adat Melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Taat keibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang. 11 Sumber: Khazanah Pantun Melayu Riau, DBP, 2007 Sumber: Pantun Pak Nazel 3, DBP, 2015 Sumber: Khazanah Pantun Melayu Riau, DBP, 2018 Sumber: Khazanah Pantun Melayu Riau, DBP, 2007


Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Terbuang baju dipakai singkat, Singkat pakaian aurat terbuka; Pantun Agama Rangkap 1 Pada baris pertama, pantun ini menggambarkan pakaian yang dipakai terlalu singkat atau tidak menutup aurat dengan sempurna. Ia adalah metafora untuk seseorang yang mengabaikan nilai-nilai sopan santun dalam penampilan luarannya. Kemudian pada baris kedua pula pantun ini menekankan ketidakpatuhan terhadap cara berpakaian yang sesuai dengan nilai moral dan agama, di mana aurat terbuka, menunjukkan ketidaksopanan. Terbuang Melayu mengabaikan adat, Adat terabaikan umat binasa. Maksud baris pertama ialah menggambarkan perasaan kehilangan atau pengabaian terhadap nilai-nilai tradisi yang telah lama dijaga oleh masyarakat. Manifestasi pada baris kedua pula ialah jika adat dan budaya dilupakan atau diabaikan, maka masyarakat akan menghadapi keruntuhan atau kehancuran. Ini merujuk kepada pentingnya menjaga dan menghormati adat sebagai identiti sesebuah bangsa. 12


Pada baris pertama, pantun ini menggambarkan sesuatu yang menyenangkan atau memikat iaitu cucur badak. Kesan positif ditunjukkan pada permulaan pantun ini. Seterusnya, baris kedua pula menyatakan keadaan yang jarang berlaku dan dijadikan sebagai sesuatu yang istimewa serta tidak selalu ada. Sedapnya rasa cucur badak, Jarang-jarang dipelawa kawan; Pantun Agama Rangkap 2 Rajin berpuasa solat tidak, Tandanya orang keliru beriman. Maksud pada baris pertama dapat diertikan sebagai terdapat orang yang mungkin rajin melakukan amalan tertentu, seperti berpuasa, tetapi tidak menunaikan solat. Hal ini memberikan perbezaan antara amalan yang dilakukan dengan niat yang sebenar dalam diri seseorang. Maksud pada baris kedua pula ialah seseorang yang mengabaikan aspek penting dalam agama, seperti solat, walaupun melakukan amalan lain seperti berpuasa menunjukkan bahawa mereka keliru atau tidak memahami sepenuhnya ajaran agama. Hal ini dikatakan kerana keimanan yang sebenar adalah amalan yang menyeluruh dan bukan hanya sebahagian sahaja. 13


Manifestasi Akal Budi dalam Pantun Pantun Adat Rangkap 1 Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Maksud pembayang bagi dua baris pertama pantun ini adalah hanya menunjukkam gambaran perbandingan atau kiasan. Ungkapan "Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus " menggambarkan suatu tindakan yang sia-sia. Perumpamaan ini adalah tentang sesuatu yang memiliki potensi atau nilai tetapi tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus. Bahagian maksud ini mengandungi pesan moral yang mendalam. "Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus " menegaskan bahwa manusia bukan hanya dinilai dari keberadaannya sebagai makhluk hidup yang memiliki akal, tetapi juga dari cara mereka menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Akal budi yang baik harus diwujudkan dalam bentuk akhlak dan moral yang lurus. Jika seseorang tidak memiliki akhlak yang baik, maka keberadaannya sebagai manusia tidak membawa manfaat, baik bagi dirinya sendiri mahupun bagi orang lain. 14


Pantun Adat Rangkap 2 Adat melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Pembayang pantun ini menggambarkan prinsip dalam adat Melayu yang selaras dengan ajaran agama. Halal dipakai batil dibuang " menunjukkan bahawa masyarakat Melayu berpegang teguh pada ajaran Islam dan nilai-nilai kebaikan. Mereka menerima hal-hal yang halal dan baik, sementara perkara yang batil atau salah harus dijauhi. Taat ke ibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang. Bahagian maksud dua baris terakhir pantun ini mengandungi ajaran tentang adab dan akhlak dalam kehidupan keluarga dan masyarakat. "Taat ke ibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang " menekankan pentingnya menghormati ibu dan ayah secara seimbang serta bertindak dengan bijaksana sesuai dengan keadaan. Pepatah "Besarnya pandai kecil terbilang " membawa maksud bahawa seseorang yang memiliki akal budi tinggi akan dihormati sepanjang hidupnya. Oleh itu, seseorang yang menghormati ibu dan ayah serta mengamalkan akhlak baik akan membawa penghormatan dan kepercayaan dalam masyarakat. 15


Pembayang pada baris pertama menggambarkan seorang wanita yang cantik dan berpakaian indah. Penggunaan "kain batik" melambangkan keanggunan dan kecantikan luarannya. Maksud pada baris kedua pula memperlihatkan wanita tersebut memakai tudung yang indah dan berkelas, simbol kecantikan yang lebih luar biasa, serta merujuk kepada pakaian yang mewah dan berbudaya. Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena. Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena. 16 Bahagian maksud pada baris pertama menyatakan bahawa kekaguman yang semakin mendalam terhadap kecantikan wanita itu kerana semakin dilihat,semakin menawan hati. Seterusnya, baris makan tak kenyang tidur tak lena membawa erti kedalaman perasaan seseorang terhadap kecantikan fizikal wanita yang dilihat sebagai sangat memukau. Ini mencerminkan betapa kuatnya pengaruh perasaan terhadap kehidupan seseorang. Sumber: Kurik Kundi Merah Saga, DBP, 2005 Cik Dayang berkain batik, Memakai tudung sutera Cina; Semakin kupandang bertambah cantik, Makan tak kenyang tidur tak lena.


Secara keseluruhannya, sastera merupakan karya warisan orang Melayu yang mencerminkan budaya, adat resam dan nilai-nilai kehidupan dalam masyarakat. Jelaslah bahawa sastera berperanan sebagai cerminan identiti bangsa yang menghubungkan generasi lama dan baharu melalui warisan cerita, bahasa, dan pemikiran. Oleh itu, usaha untuk memelihara dan mengembangkan sastera Melayu harus dipergiatkan agar nilai-nilai budaya dan jati diri bangsa dapat terus diwarisi oleh generasi akan datang. Rumusan 17


Rujukan Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I. Shah Alam Oxford Fajar. Abu Bakar Hamid. (1976). Diskusi Sastera Jilid I: Sastera Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein. (1974). Sastera dan Masyarakat. Kuala Lumpur: Pustaka Zakry Abadi. Noor Sarah Abu Kassim. (2018). PuisI endoi sebagai instrumen dakwah untuk pembangunan lisan. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu, 6, 241-276 https://rumpunjurnal.com.my 18 Azman Rahmat, Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Abdul Rani Hasan & Hasnah Awang. Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Tenas Effendy. (2007) Khazanah Pantun Melayu Riau. Dewan Bahasa dan Pustaka Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Sekian, Terima Kasih


Click to View FlipBook Version