The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyraafaizan, 2021-08-30 00:31:12

KK EDUP3013

KK EDUP3013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1)

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

(EDUP3013)

NAMA PELAJAR DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD ARIF ASYRAAF BIN NOR AIZAN

ANGKA GILIRAN 2021192340127

NOMBOR KAD PENGENALAN 020901080545

KUMPULAN PISMP JUN 2021 (G7)
NAMA KURSUS FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KOD KURSUS EDUP3013

NAMA PENSYARAH PUAN FATIMAH BIVI V.A. ABDUL HAMID

TARIKH HANTAR 30 OGOS 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan nikmat dan kurnianya,dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus EDUP3013 ini dengan jayanya atas bantuan dan sokongan
daripada pensyarah saya iaitu Puan Fatimah Bivi V.A. Abdul Hamid di atas tunjuk ajar yang
telah diberikan serta tidak lupa juga kepada rakan-rakan serta ibu bapa saya yang selalu sedia
memberi sokongan idea dan mental supaya sentiasa bersemangat dalam
meneruskan,menyiapkan tugasan kerja kursus ini.Akhir kata,saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada mereka yang sudi membantu saya dalam proses penyiapan kerja kursus
ini.

Senarai Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1
2.0 Konsep Kreativiti 2
3.0 Isu Pendidikan 2
2-3
3.1 Ketidakseimbangan Penyediaan Infrakstruktur 3-4
3.2 Kurikulum Releven 4
4.0 Rumusan 5
5.0 Rujukan 6
6.0 Lampiran

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran adalah salah satu aspek yang penting dalam membina modal
insan kamil yang menentukan masa depan negara seperti dalam cogan kata “pemuda
harapan bangsa,pemudi tiang negara”. Saidina Ali R.A pernah berkata “Jika kamu mahu
melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”
Daripada kata-kata Saidina Ali r.a. telah menunjukkan bahawa, jatuh bangunnya sesebuah
negara terletak di tangan remaja masa kini kerana mereka merupakan waris kepimpinan
negara pada masa akan datang. Pada abad ke 21 ini, pendidikan di Malaysia sentiasa
berubah-ubah dan berkembang maju demi memenuhi kriteria dan sasaran mereka bagi
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi intelek,sahsiah,emosi,mental, dan jasmani. Oleh
hal yang demikian, guru perlulah memainkan peranan yang penting sebagai pendorong
kreativiti yang dapat meningkatkan mutu kualiti pendidikan pelajar-pelajar dari segala aspek
di Malaysia.

Selain itu, ilmu pengetahuan juga amat diperlukan oleh umat manusia di dunia walau
di mana sahaja berada. Ilmu pengetahuan ini bukan sahaja bermatlamatkan pelajaran
akademik tetapi ilmu pengetahuan haruslah dipelajari dengan lebih luas dan kompleks
sehingga mencakupi beberapa jenis bidang atau cabangnya. Ilmu pengetahuan ini boleh
diperoleh di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi di institusi pendidikan, khasnya di sekolah-
sekolah. Ilmu pengetahuan lebih senang dan banyak diperolehi sama ada di institusi
pendidikan sama ada rendah atau tinggi. Oleh itu orang yang memainkan peranan penting
dalam proses penyebaran ilmu ini ialah para guru. Mereka yang memilih profesionnya sebagai
guru telah diberi tanggungjawab yang penting lagi berat dalam proses pendidikan ini pendek
kata guru diberi peranan sebagai pendidik dan pendakwah di sekolah. Perkatan pendidik ini
berasal daripada perkataan”didik”iaitu beerti pelihara, ajar atau jaga dengan berhati-hati,
setelah ia dijadikan satu kata ganti maka pendidik itu beerti orang dipertanggungjawabkan
untuk menjalankan satu proses yang berterusan begi menjaga dan memelihara pembesaran
tubuh badan dan petumbuhan bakat denan rapi supaya mereka dapat lahir sebagai orang
yang berilmu, kreatif, baik sahsiahnya sera dapat mengekalkan nilai-nilai budaya di kalangan
masyarakat mereka.

1

2.0 KONSEP KREATIVITI

Perkataan “kreativiti” berasal dari perkataan Barat creativity yang bererti keupayaan mencipta
atau daya cipta (Hassan, 1997). Perkataan creativity pula berasal dari perkataan Latin creare
yang bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk
memenuhi (Young 1999). Umumnya kreativiti ,ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang
mendorong dalam merealisasikan idea baru juga sebagai penemuan baru di mana ia menuju
ke arah yang lebih realiti. Dalam konteks ini kreativiti boleh juga ditaksirkan sebagai kombinasi
di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai
semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan dua
maklumat idea baru dan kemahiran. Antara contoh kombinasi idea baru dan idea lama boleh
dilihat kepada fungsi penggunaan telefon dahulu dan kini. Jika dahulu telefon hanya
digunakan sebagai alat sebuah komunikasi, namun kini telefon bukan sahaja alat untuk
berkomunikasi tetapi juga sebagai peranti hiburan, internet, kamera dan sebagainya. Menurut
Goh (1993) pula kefahaman mengenai konsep kreativiti penting kepada para pendidik kerana
ia menyediakan satu garis panduan untuk mereka merancang, mereka dan melaksanakan
program latihan khas untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Kesimpulannya, memahami
konsep kreativiti sebenarnya sangat penting terutamanya bagi para pendidik yang berperanan
memupuk kreativiti pelajar dalam bilik darjah.

3.0 ISU-ISU PENDIDIKAN

3.1 KETIDAKSEIMBANGAN PENYEDIAAN INFRAKSTRUKTUR

Isu pendidikan yang sering menjadi perbahasan masyarakat kini ialah berlakunya
ketidakseimbangan dari aspek penyediaan infrakstruktur di sesetengah institusi
pendidikan.Sebagai contoh, penyediaan infrakstruktur di sekolah-sekolah yang berada di
pedalaman adalah lebih terhad jika dibandingkan dengan penyediaan infrakstruktur di
sekolah-sekolah yang berada di pekan dan bandar. Punca hal ini berlaku kerana adalah
disebabkan sikap kebergantungan masyarakat pada satu sumber sahaja iaitu kerajaan.
Menurut Pakar Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu Tuan Sukiman dalam sesi temu bual,beliau

2

mengatakan bahawa masyarakat kini terlalu bergantung kepada kerajaan sedangkan tidak
mengeluarkan sedikit bentuk sumbangan kepada institusi pendidikan,apa yang mereka lihat
adalah kerajaan harus dipersalahkan dalam hal ini.

Antara usaha guru sebagai pendorong kreativiti bagi menibgkatkan kualiti pendidikan,
perlulah berfikiran terbuka dan mempunyai sikap integriti serta mengubah diri daripada sering
bersikap pentingkan diri supaya sikap ini dapat dilihat dan dicontohi oleh masyarakat. Sebagai
guru usaha yang boleh dilakukan ialah memberi sedikit sumbangan kewangan untuk
kemudahan infrakstruktur pada mana-mana institusi pendidikan biarpun nilainya yang
sedikit,tetapi nilai di sisi Allah amat besar ganjaran pahalanya sekaligus hidup diberkati dan
diredhai Allah. Cuba kita lihat institusi pendidikan lain seperti sekolah-sekolah persendirian
Cina,mereka mempunyai kelengkapan dan kemudahan infrakstruktur yang cukup bagus dan
lengkap. Ini kerana mereka gemar memberi sumbangan kepada institusi pendidikan tersebut
tanpa memikirkan kepentingan mereka sendiri seperti tidak berharap keuntungan daripada
apa yang mereka sumbangkan. Menurut Tuan Sukiman, sikap inilah yang perlu diubah dan
dicontohi oleh guru dan masyarakat kini.

3.2 KURIKULUM YANG RELEVAN

Selain itu, isu terkini yang hangat dibincangkan oleh masyarakat ialah kurikulum yang relevan.
Memandangkan pembelajaran dan pengajaran kini telah dilaksanakan secara dalam talian
dengan tujuan mengekang penularan wabak pandemik Covid-19. Oleh hal yang demikan,
guru mahupun pelajar terpaksa menempuh norma baharu bagi meneruskan sesi
pembelajaran mereka. Masalah yang timbul dalam kalangan guru dan pelajar ini adalah
kurangya kemahiran dalam bidang teknologi maklumat untuk belajar secara dalam talian.
Impaknya, akan membantutkan proses pembelajaran para pelajar.

Usaha yang boleh dilakukan guru sebagai pendorong kreativiti terhadap isu ini ialah
dengan menyertai pelbagai program kursus untuk meningkatkan kemahiran insaniah dalam
penggunaan teknologi dan maklumat. Menurut Tuan Sukiman, hal ini juga secara tidak
langsung dapat memberikan proses pembelajaran lebih menarik melalui pelbagai

3

penggunaan medium teknologi seperti e-book, flipbook, canva, dan lain-lain lagi. Kesannya,
para pelajar akan lebih bersemangat, tertarik serta dapat menghilangkan kemusyikalan dan
ketidakfahaman pelajar untuk sentiasa menuruti dalam sesi pembelajaran sekaligus dapat
mengelakkan sikap buruk pelajar seperti tidur, bosan, mengantuk dan malas. Impaknya,
apabila seorang guru tersebut telah mahir dalam bidang tersebut, seterusnya mereka boleh
mengajar anak-anak murid tentang cara bagaimana ingin menggunakannya kerana ada
segelintir pelajar yang juga tidak mahir dalam penggunaan teknologi maklumat ini disebabkan
oleh latar belakang keluarga yang kurang pengetahuan tentang bidang ini. Oleh itu, guru
berperanan memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang penggunaannya supaya mereka tidak
ketinggalan dalam pembelajaran seperti penggunaan google classroom, google meet, zoom,
dan sebagainya.

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pembentukan guru yang kreatif amat penting bagi membantu meningkatkan
mutu kualiti pendidikan negara. Hal ini kerana dengan adanya guru yang kreatif ini mampu
memberi inspirasi dan inovasi yang baharu dalam bidang pendidikan seperti pembelajaran
yang lebih efisyen dan menarik dapat membantu kefahaman pelajar dalam pembelajaran
mereka. Impaknya, hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dapat dicapai di mana
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,rohani,akademik,sahsiah dan emosi.
Akhir sekali, semua pihak sama ada kerajaan atau masyarakat perlulah ada kesedaran
pendidikan di mana masing-masing rajin berusaha menimba ilmu pengetahuan bagi
meningkatkan kemahiran insaniah masing-masing supaya dapat melahirkan ramai tokoh
ilmuan yang dapat memberikan manfaat dan sumbangan kepada negara.

4

5.0 RUJUKAN

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1995). Falsafah dan Konsep Pendidikan (edisi ke-2).
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abd. Fatah Hasan (2001). Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Publications
&Distributors Sdn. Bhd.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum, Tanjong
Malim: Quantum Books.

Armstrong. D.G., Henson, K.T. & Salvage, TV. (2001). Teaching Today: An Introduction to
Education (6th ed.), New Jersey: Prentice Hall.

Barrow & Woods (2006). An Introduction to Philosophy of Education (4th ed.), London:
Routledge.

Dewey, J. (2005). Democracy and Education: An Introduction to the Philosophy of
Education. New York: Cosimo Classics.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Matlamat dan
Misi. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

5

6.0 LAMPIRAN
Berikut disertakan juga pautan google meet sesi temu bual bersama Tuan
Sukiman,Pensyarah Cemerlang Falsafah Pendidikan Malaysia IPGKSAH :
https://drive.google.com/file/d/1-
ObahMkYS6WeXjjRWE_yhQD4HaRutfgm/view?usp=sharing

6


Click to View FlipBook Version