The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KISAH DI RIMBA SUMARIA SIRI 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AIZA NUR AMIRA BINTI ALONG IPG-Pelajar, 2024-04-23 08:20:38

KISAH MONE SI MONYET

KISAH DI RIMBA SUMARIA SIRI 3

Karya: Aiza Nur Amira Binti Along


Di dalam hutan Rimba Sumaria, tinggal seekor monyet yang dikenali sebagai mone. Mone tinggal di atas pokok. Setiap hari Mone akan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain untuk mencari makanan. Mone mempunyai seorang kawan iaitu Pupai si Tupai. Mone dan Pupai sudah berkawan sejak kecil lagi. Setiap petang Mone dan Pupai akan bermain bersama. Di dalam hutan Rimba Sumaria, tinggal seekor monyet yang dikenali sebagai Mone. Mone tinggal di atas pokok. Setiap hari Mone akan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain untuk mencari makanan. Mone mempunyai kawan iaitu Pupai si Tupai. Mone dan Pupai sudah berkawan sejak kecil lagi. Setiap petang Mone dan Pupai akan bermain bersama.


Di dalam hutan Rimba Sumaria, tinggal seekor monyet yang dikenali sebagai mone. Mone tinggal di atas pokok. Setiap hari Mone akan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain untuk mencari makanan. Mone mempunyai seorang kawan iaitu Pupai si Tupai. Mone dan Pupai sudah berkawan sejak kecil lagi. Setiap petang Mone dan Pupai akan bermain bersama. Pada suatu petang, ketika sedang bermain, tiba-tiba Mone berasa lapar. “Pupai, aku laparlah, ” kata Mone. “Eh, bukan kau sudah makan tadi?” tanya Pupai. “Ya dah tapi tu tadi, aku masih lapar ni .Jom cari makanan, ” ujar Mone lagi. Pupai hanya mengangguk dan terus mengikuti Mone.


“Tak boleh, sana bahaya. Nanti jadi apa-apa susah pula kita nanti, ” tolak Pupai. Mendengar Pupai yang menolak ajakannya, Mone berasa sedikit kecewa. Namun begitu, Mone enggan memperlihatkan riak wajah kecewanya. Mereka terus berjalan sehinggalah menjumpai pokok rambutan di tepi sungai. Mereka terus melompat dari satu pokok ke pokok yang lain untuk mencari makanan. Tiba-tiba Mone berhenti dan memandang ke suatu arah. “Pupai tengok tu, pisang, ” tunjuk Mone. Pupai terus melihat ke arah itu. “Eh kawasan tu tak boleh masuk Mone, ” kata Pupai. Mone terdiam dan terus memandang Pupai dengan rasa ingin tahu. “Kenapa pula?” tanya Mone. “Kawasan tu, kawasan kebun manusia. Kita dilarang masuk. Bahaya, ” terang Pupai kepada Mone. “Alah peduli apa aku, aku lapar ni. Jom la, ” ajak Mone.


“Ni kalau aku dapat makan pisang-pisang tu mesti kenyang seminggu” Pada waktu malam, Mone yang sedang duduk di atas pokok teringat akan pokok pisang yang dilihatnya tadi. “Ni kalau aku dapat makan pisang-pisang itu mesti kenyang seminggu, ” kata Mone di dalam hati dan terus tersenyum. Perasaan ingin memakan buah pisang semakin membuak-buak dalam diri Mone. Tiba-tiba Mone mendapat satu idea untuk pergi ke kebun itu tanpa pengetahuan Pupai. “kalau pergi sendiri mesti tak jadi apa-apa” kata Mone di dalam hati sambil duduk di atas pokok.


“Kau fikir apa Mone, ” tanya Pupai lalu duduk di sebelah Mone. “Tiada la, ” tipu Mone. Mone berusaha untuk mencari helah agar Pupai tidak mengetahui bahawa dia ingin ke kebun manusia itu. “Petang esok kita tidak dapat main bersama, aku kena pergi rumah mak saudara aku di selatan sana, ” kata Mone. Pupai hanya mengangguk faham. “Baiklah, kau jangan pergi kebun manusia itu pula, ” kata Pupai lagi. Mone hanya tersenyum dan mengangguk perlahan. Gerakgeri Mone menimbulkan keraguan dalam diri Pupai. Namun Pupai hanya mendiamkan diri sahaja.


Keesokan harinya, seperti yang dirancang oleh Mone pagi itu dia sudah bersiap sedia untuk pergi ke kebun tersebut. Mone berasa gembira membayangkan pisang-pisang di kebun itu. Dia bergayut dengan gembira dari satu pokok ke pokok yang lain sambil bernyanyi. Lompatlah Mone Lompat Lompatlah tinggi lagi Cepatlah Mone cepat Ambil pisang di pagi hari Kalau Mone lambatlambat Nanti pisang habis La la la la la la la la la la la la la Nanti Mone rugi


Dia terus melompat ke atas pagar dan mendarat di tanah. Baru selangkah Mone bergerak kakinya sudah terjerut pada tali jerat yang dipasang oleh pekebun di situ. Mone ketakutan dan cuba untuk melepaskan jerat tersebut. Namun sayang usahanya siasia kerana tali tersebut sangat besar. Setibanya Mone di kebun itu dia terus berdiri di atas pagar. Kebun itu dikelilingi pagar untuk menghalang binatang dari Hutan Sumaria masuk seperti yang dikatakan oleh Pupai. Namun Mone tidak mengendahkan teguran itu. Matanya semakin bersinar melihat pohon-pohon pisang yang lebat buahnya.


Burung Merpati yang lalu di kawasan itu mendengar jeritan Mone. Dia yang melihat keadaan Mone yang sedang terjerat itu terus menghampiri Mone “Apa yang berlaku Mone” tanya Merpati kepada Mone. “Aku terjerat ketika cuba mengambil buah pisang itu” jelas Mone. “Tolong aku Merpati” Mone terus memohon pertolongan. “Aku tidak tahu cara untuk melepaskan jerat ini, biar aku cari bantuan, ” kata merpati dan terus terbang untuk mencari bantuan. Mone Si Monyet yang terjerut oleh tali itu menjerit meminta pertolongan. “Tolong! Tolong! Tolong!” jerit Mone. Namun tiada siapa yang mendengar akan jeritannya. Mone semakin lemah akibat lilitan jerat tersebut. Dia berasa sangat takut. “Betul kata Pupai, ” kata Mone perlahan sambil menangis.


Pupai yang sedang duduk di atas pokok masih teringat akan gerak-geri Mone kelmarin. “Betulkah Mone pergi ke selatan, atau dia pergi ke tempat lain, ” fikirnya lagi. Tiba-tiba burung Merpati menghampirinya dengan riak wajah yang cemas. “Pupai, Mone” teriak burung Merpati lalu hinggap di dahan pokok. “Kenapa dengan Mone” Tanya Pupai dengan wajah cemas. ‘Dia terjerat ketika cuba mengambil buah di kebun manusia, ” jelas Merpati. “Betul sangkaan aku, ” kata Pupai di dalam hati. “Mari kita tolong dia” kata Pupai lalu melompat dengan pantas untuk menyelamatkan Mone.


Setibanya di kawasan itu, Pupai terus melompat di atas pokok tinggi agar memudahkannya untuk turun ke kawasan kebun tanpa melalui pagar. Pupai berhati-hati ketika berada di kawasan itu untuk mengelakkan dirinya terjerat. Melihat Mone yang kelemahan Pupai dengan pantas cuba membuka jerat itu. “Mone bangun, aku datang selamatkan kau, ” jerit Pupai. Dia terus menggigit tali yang menjerat Mone dibantu oleh Merpati. Akhirnya tali jerat itu pun terlepas. Pupai terus mengajak Mone keluar dari kawasan itu.


Tiba di tepi sungai, Pupai terus mengambil air dan buah rambutan yang ada di tepi sungai untuk diberikan kepada Mone. “Nah makan ni, ” kata Pupai sambil menyerahkan buah tersebut. Mone tidak mengambil buah itu sebaliknya terus memeluk Pupai. Mone berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Pupai. Mone juga meminta maaf kerana tidak mendengar nasihat Pupai. Dia juga berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu lagi. Mone juga berjanji akan mendengar arahan dan nasihat yang diberikan.


Melihat Mone yang bersungguh-sungguh untuk berubah, Pupai terus memaafkannya. “Aku maafkan kau, lepasni jangan buat perangai begitu lagi, ” kata Pupai sambil memberikan buah yang ada ditangannya. Mone mengangguk dan terus mengambil buah itu dan makan bersama sahabatnya Pupai.


Dari Rimba ke rimba, Mengulang rentak dan rima, Kisah ini pula berbeza, Si Monyet ingkar nasihat sahabatnya. Pertemanannya sudah cukup lama, berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok Sentiasa bersapa dan bersama Di tengah hutan Sumaria Ligat otaknya memikir cara Berkering air liur sahaja Si pupai berkata Didengarnya si Mone ada, dipakainya tidak Tetap mengikut gerak hati untuk pergi mencuba Akibat girang tidak terhingga Terperangkap juga dia akhirnya Gigil takut dirinya, mengharap ehsan mereka “Tolong! Tolong! “ jeritnya Bergema iya, bersahut tidak. Sudah sampai, ya khabar itu sampai Melompat tinggi Pupai berlari Menyelamat si Mone yang kesakitan Alpanya membawa padah Akhirnya menyedarkan Mone, ketamakan bisa memakan diri Maaf katanya, semoga ini yang terakhir. Sajak


Nilai Murni: 1.Saling Menasihati 2.Saling Membantu Pengajaran Sentiasa mendengar nasihat rakan 1. Jangan bertindak sesuka hati 2.


Click to View FlipBook Version