TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
D. Perlaksanaan PdP Modul Keusahawanan dan Modul Teknikal
Pelaksanaan PdP pada Minggu Kuliah 1 hingga 3 dimulakan dengan Modul
Keusahawanan. Pada minggu pertama, KKKT telah menjemput usahawan yang
berpengalaman iaitu Puan Sharifah Nurul Iffah Binti Syed Mustafa(Butik Maya Orkid)
telah sedikit sebanyak membuka mata para pelajar tentang dunia keusahawanan yang
sebenar. Ramai pelajar menunujukkan minat yang mendalam dan berusaha untuk
memberi yang terbaik sepanjang program berlangsung. Kebanyakan pelajar memberi
fokus dalam penghasilan produk perniagaan dalam membina jaringan perniagaan. Oleh
itu, Puan Sharifah Nurul Iffah Binti Syed Mustafa telah tampil memberi penjelasan dan
juga membawa salah seorang ahli perniagaan yang terlibat bersama NGO sebagai
testimoni tetang kepentingan NGO dalam keusahawanan.
Kaedah pelaksanaan bengkel telah dilaksanakan secara atas talian dengan
menggunakan platform Google Meet bagi memudahkan kedua belah pihak iaitu
pembimbing dan peserta.
PdP Modul Keusahawanan Secara Dalam Talian
45 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
PdP Modul Keusahawanan Secara Bersemuka
46 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
PdP Modul Keusahawanan Secara Bersemuka
47 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
PdP Modul Keusahawanan Secara Bersemuka
48 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
PdP Modul Teknikal Secara Bersemuka
49 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
E. Program Motivasi Dan Pembangunan
Sepanjang program dilaksanakan, dua siri Kem Jati Diri ‘Kenapa Usahawan’ dan
‘Usahawan Digital’ diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran terhadap
bidang keusahawanan sebagai sebuah kerjaya pilihan. Bengkel ‘Kenapa Usahawan’ ini
secara tidak langsung membantu para pelajar usahawan memperbaiki sebarang
permasalahan dan kelemahan dalam mengurus perniagaan mereka sama ada
perniagaan secara atas talian (online) atau secara fizikal (offline). Selain itu, dapat
memupuk bakat keusahawan di kalangan pelajar kearah menjadikan usahawan yang
berjaya dan melahirkan pelajar yang mempunyai kenyakinan diri yang tinggi dan
berupaya memulakan dan mengurus perniagaan.
Bengkel ‘Usahawan Digital’ didedahkan dengan kepentingan pemasaran digital untuk
perniagaan. Pihak penganjur menyediakan bengkel secara atas talian kepada pelajar-
pelajar tentang pemasaran digital seperti Facebook, Instagram, Tiktok, Lazada &
Shopee.
Kaedah pelaksanaan bengkel telah dilaksanakan secara atas talian dengan
menggunakan platform Google Meet bagi memudahkan kedua belah pihak iaitu
pembimbing dan peserta.
Bengkel Pemasaran Konten Bagi Bbnu (Bisnes Baru Nk Up) diadakan secara
bersemuka dan merupakan salah satu aspek yang penting dalam perniagaan. Strategi
pemasaran yang baik dan berkesan akan memberi hasil yang baik kepada sesebuah
perniagaan. Perniagaan yang baru memerlukan strategi yang ampuh dan berkesan
untuk menarik pelanggan dan untuk bersaing dengan perniagaan yang telah lama
berada dalam dunia perniagaan. Pendedahan kepada strategi pemasaran yang berkesan
dan mengikut trend semasa adalah perlu kepada peniaga yang baru bermula.
50 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Program Motivasi Dan Pembangunan Diri
51 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
F. Latihan Industri/Industri Talk
Untuk bulan ketiga, pelajar akan dibimbing oleh mentor industri yang bertanggungjawab
untuk membimbing pelajar dalam aspek tatakerja dan amalan keusahawanan yang
terbaik. Majikan juga akan membimbing dan membentuk kumpulan perniagaan dalam
kalangan pelajar dan memastikan pelajar melibatkan diri secara aktif dan memberi
komitmen yang tinggi dalam menjayakan perniagaan yang dipilih oleh pelajar. Antara
mentor industri yang terlibat ialah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat
Pengembangan Tenun Pahang DiRaja, Natural Batik Village Kuantan dan Nor Arfa
Batik.
Sesi forum ini telah dikendalikan oleh Moderator Forum iaitu En.Izamuddin Bin Jusoh @
Md Rohim sempena Karnival Mini Usahawan yang bertempat di KTCC Mall, Kuala
Terengganu. Sesi ini berlangsung selama 2 jam dengan perkongsian dari panel
jemputan iaitu YM Engku Mohd Hairulnizam Bin Tuan Ahmad iaitu Pengurus
Pembangunan Usahawan dari Bahagian Pembangunan Usahawan atau lebih dikenali
sebagai YPU. Panel jemputan berkongsi mengenai bagaimana menjana pendapatan
menggunakan media sosial . Sepanjang forum berlangsung,pelbagai teknik dan strategi
yang dikongsikan bersama pelajar.
Pelajar dikehendaki membentangkan rancangan pemasaran dan strategi untuk menarik
pelanggan membeli produk yang dijual. Pembangunan Usahawan(YPU) telah banyak
membantu pelajar dari segi perkongsian pengalaman dan ilmu pemasaran dalam
mempromosikan produk yang dijual oleh pelajar.
52 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aktiviti Peserta Semasa Menjalani Latihan Industri
53 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
G. Melaksanakan Business Start-up
Di fasa akhir program ini (bulan keempat hingga bulan kelima), pelajar dikehendaki
menjalankan perniagaan sebenar di bawah kelolaan Kolej Komuniti di peringkat ini:
1. Pelajar diwajibkan menubuhkan 5 buah syarikat perkongsian yang berdaftar dengan
SSM.
1 Naa Couture (KT0500816-H)
2 Khalish Couture (003297894-P)
3 Farhan Muhamad Legacy (TR0228670-M)
4 Fesya Collection (RA0074422-X)
5 Hunain Collection (SA0568942-U)
2. Syarikat pelajar masing-masing akan dibimbing oleh mentor akademik (pensyarah
bidang teknikal) dan mentor keusahawanan.
3. Syarikat yang ditubuhkan juga mempunyai peluang melaksanakan kerja (job) dan
perniagaan daripada syarikat mentor industri dan di bawah penyeliaan mentor
industri.
4. Hasil jualan pelajar melalui aktiviti keusahawanan seperti Karnival Mini Usahawan,
Jualan Pecah Guni serta Jualan Online akan direkodkan bagi mengukur pencapaian
sebenar sesebuah syarikat yang telah menjalankan urus niaga.
54 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Mesyuarat Dan Persiapan Sebelum Program
55 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Majlis Perasmian Karnival Mini Usahawan
56 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Program Karnival Mini Usahawan Berlangsung
57 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Banner Dan Poster Karnival Mini Usahawan
58 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Hebahan Berita Di Media Sosial
59 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aktiviti Pelajar Mengadakan ‘Sale Pecah Guni 3 Hari Berturut’
60 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
7.0 LAPORAN KEWANGAN
7.1 Laporan Perbelanjaan
Laporan perbelanjaan Program Tvetpreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
adalah seperti berikut:
61 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
7.2 Laporan Aliran Tunai (Syarikat Pelajar)
Berikut merupakan laporan transaksi kewangan semasa pelaksanaan Busines
Start-up bermula 15 November sehingga 30 Disember 2021.
62 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
63 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aliran Tunai Syarikat Fesya Collection
64 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aliran Tunai Syarikat Hunain Collection
65 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aliran Tunai Syarikat Khalish Couture
66 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aliran Tunai Syarikat Naa Couture
67 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Aliran Tunai Syarikat Farhan Muhamad Legacy
68 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
8.0 KEMAJUAN DAN CABARAN
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk melahirkan siswa
siswi yang kreatif dan kritis serta mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan. Ianya juga sebagai langkah awal pengaplikasian dan menjadikan
usahawan sebagai satu kerjaya.
Program seperti ini juga diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengalaman
kepada siswa siswi dalam bidang perniagaan. Pengisian program seperti ini dapat
memberikan kesan yang baik kepada pelajar-pelajar ini yang ingin terjun ke dalam
dunia perniagaan.
Dari sudut potensi pasaran, tidak dapat dinafikan pasaran perkhidmatan industri
tempahan pakaian serta menjahit pakaian semakin berkembang dari masa ke semasa
mengikut trend terkini.
Semasa fasa Business Start-up menunjukkan, Pelaksanaan Karnival Mini Usahawan
ini diharapkan memberi peluang kepada siswa siswi untuk mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dengan pelanggan, memupuk keyakinan diri dalam diri pelajar untuk
menjadikan usahawan sebagai satu kerjaya, membentuk pelajar yang berfikiran kreatif
dan kritis dan memberi pengalaman perniagaan sebenar kepada pelajar.
Karnival Mini Usahawan (Kearah Merealisasikan Keusahawanan Dalam
Pendidikan) telah diadakan pada 04 Hingga 07 November 2021 dengan jayanya
dengan dihadiri oleh tiga (3) orang Pegawai Kanan dari Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti(JPPKK). Karnival ini dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohd Noor bin
Shahudin, Pengarah Kanan Akademik di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK) dengan diiringi TBrs Dr Norhayati binti Ibrahim, Pengarah bahagian
Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti(JPPKK).
Karnival yang berlangsung selama empat(4) hari telah berjaya memberi pengalaman
kepada pelajar-pelajar tentang dunia perniagaan secara langsung. Pelajar-pelajar
berpeluang memasarkan jahitan pakaian yang telah dihasilkan semasa didalam kelas
69 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
dan mempraktikkan kemahiran komunikasi berkesan untuk menarik pelanggan untuk
membeli hasil jahitan mereka. Pelajar juga dapat mempelajari gelagat pengguna dan
cara menangani masalah semasa berdepan dengan pelanggan dan juga dapat belajar
untuk menjadi seorang sabar dalam menghadapi kerenah yang bermacam ragam.
Karnival ini juga dapat membentuk diri pelajar untuk menjadi lebih berdedikasi dan
komited dalam bidang dipilih untuk dijadikan kerjaya. Selain dari menjual hasil jahitan
pelajar, ada acara-acara lain yang diselitkan untuk menarik para pengunjung dan juga
seterusnya memperkenalkan Kolej Komuniti kepada tetamu yang hadir.
Lawatan Ilmiah Bersama Pelajar Persediaan Keusahawanan Bagi Tahun 2021
(Pemantapan Identiti Diri Dalam Kalangan Pelajar Tvet) pada 09 Hingga 11 November
2021. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti Program TVETpreneurship (Sijil Persediaan
Keusahawanan) Pembuatan Pakaian Wanita dibawah Unit Fesyen dan Pakaian. Program
ini akan disertai oleh para pelajar yang merupakan alumni Kolej Komuniti Kuala
Terengganu. Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk
menerokai dunia luar daripada kolej dan tempat tinggal mereka bagi melatih pelajar
agar lebih berkeyakinan diri yang tinggi untuk meceburkan diri dalam bidang
keusahawanan dan menerapkan kepercayaan tinggi dalam diri untuk meningkatkan
kekuatan dalaman yang diperlukan bagi terus maju dalam dunia perniagaan. Di samping
itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran diri akan kemahiran diri dan
kemahiran rakan kongsi perniagaan supaya boleh mencipta satu pasukan yang hebat
untuk menguruskan perniagaan dan seterusnya menimba ilmu sebanyak yang mungkin
melalui penerokaan secara kendiri. Ini merupakan pembelajaran tidak langsung di luar
bilik darjah.
Sale Pecah Guni 3 Hari Berturut pada 06 Hingga 08 Disember 2021 diadakan di
Student Centre KKKT bagi memupuk semangat untuk menjadi seorang usahawan.
Cabaran ini diharapkan dapat memberi input dan pengalaman yang sebenar sebagai
usahawan. Pelajar-pelajar berpeluang memasarkan jahitan pakaian yang telah
dihasilkan semasa didalam kelas dan mempraktikkan kemahiran komunikasi berkesan
untuk menarik pelanggan untuk membeli hasil jahitan mereka.
70 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk melahirkan
usahawan dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita iaitu:
i. Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Dalam Talian
Dalam usaha menjayakan program ini, cabaran yang dihadapi adalah dari segi
pemilihan masa dan platform yang sesuai memandangkan negara sedang berada dalam
keadaan pandemik dan memerlukan kawalan pergerakan sekiranya ingin melaksanakan
program secara fizikal. Justeru itu, program telah dilaksanakan secara atas talian
dengan menggunakan platform Google Meet bagi memudahkan kedua belah pihak iaitu
pembimbing dan peserta. Isu yang timbul apabila program dijalankan secara atas talian
adalah apabila peserta tidak mendapat capaian internet yang stabil dan sering terkeluar
daripada Google Meet ketika kelas sedang berlangsung. Ada ketika juga video yang
cuba dipaparkan tidak dapat ditayangkan dengan lancar kepada peserta. Dalam Slot 1:
Daftar SSM dan daftar Akaun Bank Syarikat serta Produk di Shopee pula memerlukan
peserta untuk mendaftar akaun shopee dan mula membuat tetapan kedai shopee
masing-masing. Isu yang timbul adalah apabila peserta tidak dapat melakukan aktiviti
tersebut dengan lancar apabila mendapat gangguan capaian internet.
Walaubagaimanapun, kebijaksanaan pembimbing dalam mengatasi perkara tersebut
telah mengurangkan isu yang timbul.
Untuk bulan ke dua sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) modul teknikal masih
secara dalam talian, pihak KKKT terpaksa menghantar dan mengepos mesin jahit lurus
kepada pelajar supaya dapat membuat pola pakaian, memotong fabrik, menyusun atur
pola dan menjahit pakaian dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul.
Sehubungan dengan itu, ini merupakan satu cabaran kepada tenaga pengajar
khususnya bagi modul Teknikal kerana bidang teknikal memerlukan pengajar untuk
mengajar secara berhadapan bagi memudahkan proses pemahaman serta bagi
memantau tahap kemahiran pelajar.
71 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
ii. Kemampuan Mental dan Kesediaan Fasiliti Peserta Untuk Memulakan
Perniagaan.
Cabaran yang seterusnya adalah dalam mengurus penglibatan para peserta iaitu dari
kalangan pelajar dan komuniti usahawan alumni dimana ada antara peserta ini tidak
memiliki pengalaman secara langsung dalam mengendalikan perniagaan tetapi
disebabkan minat kepada menjalankan perniagaan menjadi bukti kesungguhan mereka
untuk menyertai program ini. Keseluruhan peserta juga kurang pendedahan kepada
teknik pemasaran secara atas talian iaitu dengan menggunakan medium media sosial
sebagai platform pemasaran walaupun mereka sudah memiliki pendedahan dalam
menggunakan aplikasi-aplikasi media sosial tersebut.
iii. Penerapan Budaya Keusahawanan Dalam Diri
Ini merupakan satu isu dan cabaran yang penting sebelum seorang usahawan dapat
dilahirkan. Kebanyakan peserta yang menyertai program ini masih lagi terbawa-bawa
budaya kerja bermajikan di mana mereka diberi arahan dan tugasan bagi kerja harian
mereka. Ini menyebabkan mereka kurang berani dalam membuat keputusan dan
mengambil risiko yang mana ini merupakan ciri paling penting bagi seorang usahawan
yang berjaya.
iv. Pencarian alumni atau komuniti yang mengikut bidang
Cabaran untuk mendapatkan bilangan peserta agak terhad kerana bidang ini
memerlukan asas menjahit dan pandai mengendalikan mesin jahit. Selain dari itu,
kebanyakkan alumni menjalankan perniagaan sendiri dengan mengambil tempahan
daripada rumah sahaja tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
v. Tempoh masa pelaksanaan program
Tempoh pengajian ditetapkan untuk tempoh selama lima (5) bulan yang merangkumi
kombinasi pembelajaran dan pengajaran (PdP) Teknikal dan PdP Keusahawanan di
Kolej Komuniti (selama 2 bulan), dan ini diikuti dengan latihan kemahiran di industri di
72 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
bawah penyeliaan mentor industri (selama 1 bulan) dan seterusnya menjalankan
perniagaan di lapangan (selama 2 bulan) KKKT tidak mencukupi untuk bidang
Pembuatan Pakaian Wanita.
9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Peserta yang mengikuti program ini tidak hanya mempunyai pengetahuan dan
kemahiran baharu dalam perniagaan, tetapi juga memiliki perniagaan sendiri. Program
seumpama ini harus diteruskan supaya dapat membantu masyarakat umumnya dan
alumni Kolej Komuniti khususnya untuk menceburi bidang keusahawanan seterusnya
membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat. Dalam menambahbaik program yang
telah dijalankan, peserta program seharusnya dipantau dengan lebih lama dan diberi
bantuan dari segi pementoran industri yang lebih efektif seperti penggunaan bahan luak
yang efektif, perancangan kewangan perniagaan serta pengurusan perniagaan yang
lebih lama sehingga peserta merasakan diri mereka lebih yakin sebelum melepaskan
mereka berdiri dengan sendirinya.
Selain itu, beberapa program dan aktiviti dengan elemen kemahiran insaniah menjadi
teras kepada kemenjadian insani pelajar sebagai benteng pengukuhan dalam diri
mereka untuk menghadapi pelbagai bentuk pancaroba alam kerjaya sebaik tamat
pengajian. Bagaimanapun, bukan semua graduan yang merangkul segulung ijazah
berpeluang mendapat tawaran kerjaya menepati bidang pengajian mereka. Ini kerana
persaingan sengit perlu mereka lalui disebabkan lambakan siswazah yang masing-
masing mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri menyebabkan ruang serta peluang
bagi mengisi kekosongan di pasaran kerjaya semakin kompetitif. Senario sekarang juga
turut memaparkan keusahawanan dimonopoli oleh bukan bumiputera. Melihat jumlah
pengangguran makin meningkat, bidang keusahawan perlu menjadi keutamaan selepas
tamat pengajian.
Oleh yang demikian, bagi membantu pelajar berdepan dengan isu pengangguran adalah
wajar untuk kursus keusahawanan seperti TVETpreneurship ini didedahkan kepada
pelajar sebagai persediaan sebaik tamat pengajian. Visi Kolej komuniti adalah untuk
menjadi penggerak utama pembangunan keusahawanan di kolej komuniti dan misi
73 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
adalah untuk melahirkan usahawan yang mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran
teknikal selaras dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT. Pendedahan
pengetahuan dalam keusahawanan menjadikan pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam
mencipta pekerjaan. Pada masa sama pensyarah yang mempunyai kepakaran serta
pengalaman luas dalam bidang perniagaan turut memberikan khidmat nasihat dan
bimbingan kepada pelajar. Selain itu, mereka turut diberi panduan bagi mengenal pasti
sama ada bidang perniagaan bakal diterokai dan produk yang akan dipasarkan
termasuk dalam kategori produk kehendak atau produk keperluan.
Pihak JPPKK telah mengambil inisiatif tersendiri dengan menambah waktu
pembelajaran bagi modul teknikal untuk membolehkan pelajar mempunyai kesempatan
untuk menyiapkan produk bagi menjayakan matlamat PENJANA dengan melaksanakan
Program TVETpreneurship yang berobjektif untuk melahirkan sekumpulan individu yang
mempunyai ciri-ciri, i). Daya keusahawanan, ii). Daya tahan, dan iii). Daya saing yang
tinggi malah pihak JPPKK juga membuka peluang luas kepada pelajar dengan
menyediakan khidmat nasihat, latihan dalam perniagaan, premis, kios dan makmal
perniagaan.
Selaras dengan objektif program, kadar pengangguran juga sedikit sebanyak
menunjukkan penurunan kerana meningkatnya tahap kebolehpasaran dan secara tidak
langsung berlakunya penjanaan ekonomi yang lebih mantap. Setelah melalui program
ini peserta akan dapat; i). meningkatkan kefahaman dan kemahiran terhadap bidang
keusahawanan sebagai sebuah kerjaya pilihan, ii). Memupuk bakat keusahawanan di
kalangan pelajar ke arah menjadikan usahawan yang berjaya, dan iii). melahirkan
pelajar yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berupaya memulakan dan
mengurus perniagaan.
74 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
10.0 PENUTUP
Pihak pengurusan Kolej Komuniti Kuala Terengganu merakamkan setinggi penghargaan
terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan oleh pihak Jabatan Pendidikan
Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui program jangka pendek yang berteraskan
keusahawanan bagi melatih golongan belia, alumni IPTA dan/atau lepasan menengah
yang masih menganggur di bawah program TVETpreneurship (Sijil Persediaan
Keusahawanan) untuk melahirkan sekumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri
keusahawanan, berdaya tahan serta mempunyai daya saing yang tinggi, khususnya
dalam aspek penjanaan pendapatan melalui aktiviti perniagaan dengan memfokuskan
kepada produk perniagaan mereka. Perkara ini adalah seiring dengan hasrat kerajaan
untuk membuktikan bahawa kepentingan Technical and Vocational Education and
Training (TVET) atau dalam bahasa melayunya dikenali sebagai Pendidikan Teknik dan
Vokasional adalah melahirkan individu yang mahir dalam pelbagai kemahiran teknikal.
Hal ini dikatakan demikian kerana TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu
pengetahuan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal
dalam pengendalian sesuatu peralatan serta merangkumi aspek lain seperti komunikasi,
pengurusan, kewangan dan sebagainya. Penerapan elemen-elemen ini diterapkan
sepanjang proses program TVETPreneurship di Kolej Komuniti Kuala Tetrengganu.
Komitmen seluruh warga Kolej Komuniti Kuala Terengganu bermula dari awal
pelaksanaan merupakan suatu sumbangan dan komitmen yang amat besar kerana
ianya bukan sahaja memberi impak kepada para peserta sebaliknya kepada institusi
dan masyarakat secara keseluruhan. Perkara ini signifikasi Pendidikan Teknik dan
Vokasional yang seterusnya adalah melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi
dan berinovasi. Pendidikan Teknik dan Vokasional dikatakan mampu menjana individu
yang berfikiran kreatif, inovatif dan inventif. Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh,
individu ini sendiri mampu mencipta atau menambah baik produk yang sedia ada di
pasaran.
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk menangani
situasi semasa ekonomi dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat
penularan pandemik Covid-19 merupakan usaha yang perlu disokong pelaksanaanya.
Terdapat 10 inisiatif bernilai RM30 billion telah diperuntukkan.Tindakan pantas JPPKK
75 | K K K T
TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita
mengambil peluang untuk meningkatkan kemahiran dan mengatasi pengangguran
dalam kalangan golongan belia telah membolehkan pelaksanaan Program
TVETPreneurship ini di Kolej Komuniti yang terpilih berdasarkan peruntukan yang telah
diluluskan.Program TVETPreneurship Pembuatan Pakaian Wanita ini merupakan satu
usaha kecil KKKT dalam memberi sumbangan kepada komuniti untuk melahirkan
usahawan muda dalam bidang Pembuatan Pakaian Wanita,yang boleh memberi
peluang pekerjaan kepada masyarakat. Adalah diharapkan agar progam ini dapat
memberi ilmu dan pengalaman kepada semua peserta yang boleh dimanfaatkan pada
masa hadapan.
76 | K K K T
PROGRAM
TVETPreneurship
(SIJIL PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN)
FASA 1 TAHUN 2021
Published by
Kolej Komuniti Kuala Terengganu