FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
“Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran,
berhaluan, berupaya merancang dan menguruskan ke-
hidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai
seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan”
VISI PENDIDIKAN KHAS
“Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada
pelajar dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan
hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan”
MISI PENDIDIKAN KHAS
“Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pela-
jar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka
insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan
memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan
negara”
MATLAMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
Bertujuan melengkapkan kanak-kanak dengan
keperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu
bagi membantu mereka mencapai perkembangan
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, nilai-nilai
estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli
masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS
1.Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan
untuk murid-murid dengan keperluan khas.
2.Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan
kepada setiap murid dengan keperluan khas.
3.Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat
dan potensi murid dengan keperluan khas.
4.Menyediakan bahan-bahan pembelajaran dan
pengajaran yang mencukupi dan terkini.
5.Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan
terlatih dalam pendidikan khas.