Kod Keahlian KRS & TKRS
PAKAIAN SERAGAM
TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
KEMAHIRAN
PERKHEMAHAN
KRAF PERKHEMAHAN
Konsep Khemah
Khemah didefinisikan sebagai tempat
tinggal sementara yang selamat, selesa
dan mempunyai kemudahan asas yang
minima. Tidak kira juga apa bentuk dan
jenis tempat perlindungan.
Konsep Kraf Perkhemahan
• Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar
atau perkhemahan.
• Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
Rasional
I. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran alam semula jadi dan habitatnya.
II. Memupuk semangat cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan
ciptaan-Nya.
III. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan
fauna yang terdapat di muka bumi ini.
Objektif
I. Menggalakkan ahli KRS untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan.
II. Mendedahkan ahli KRS untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi
serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau
tapak perkhemahan.
III. Memberikan kesedaran kepada ahli KRS tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
Penjagaan Khemah
1. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang
khemah berada dalam keadaan baik.
2. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan masuk dan keluar tiang atau
pancang.
3. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk
dibuka.
4. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan kehadiran
binatang buas yang akan merosakkan khemah anda semasa pencarian
makanan tersebut.
5. Saranan yang penting adalah sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali
selesai menggunakannya.
6. Pastikan anda memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
7. Pastikan khemah anda betul-betul kering sebelum proses penyimpanan
barangan.
8. Sekiranya khemah anda basah, elakkan daripada menekan, menarik atau
dengan apa cara sekalipun bagi mengelakkan khemah anda terkoyak.
9. Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka yang berdekatan
dengan khemah.
10. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam
khemah bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Jenis Khemah Dome Tent
Ridge Tent
Frame Tent Bell Tent
A-Frame Tent Hoop Tent
Cloud Tent Wedge Tent
Pyramid Tent
PELAN LAKARAN TAPAK PERKHEMAHAN
Pembinaan Gajet
Apabila melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perhatian
yang serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat. Antaranya adalah
seperti rajah di bawah:
Kaedah menyimpan dan
menyusun kelengkapan makan
dan minum seperti, cawan,
pinggan, sudu dan garfu, kuali
dan sebagainya.
Kekemasan susunan kasut dan
peralatan perkhemahan seperti,
cangkul, pencakar dan
seumpamanya.
Tempat makan, tempat
menyidai pakaian dan papan
kenyataan.
Tujuan Gajet
I. Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian
dan maklumat di tapak perkhemahan.
II. Melindungi makanan dari tercemar.
III. Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam.
IV. Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat.
V. Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan.
VI. Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidangkan makanan.
VII. Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.
Jenis Gajet
1. Gajet Kawasan Pintu
Gajet pintu terletak di bahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan
perkhemahan. Terdapat beberapa bahagian gajet pintu, iaitu bahagian pintu
hadapan, bahagian pagar dan bahagian pintu belakang.
Gajet pagar Gajet tiang bendera
2. Gajet Kawasan Dapur
Terdapat beberapa gajet sampingan di dapur, iaitu:
Gajet meja makan Gajet pinggan mangkuk
Gajet dapur gas Gajet penyangkut cawan
3. Gajet Kawasan Tempat Basuhan
Terdapat beberapa gajet yang terdapat di kawasan tempat basuhan, iaitu:
Gejet meletak besen air Gajet rak berus gigi
4. Gajet Kawasan Tempat Tinggal
Semua gajet yang dibuat hendaklah disusun dengan baik di samping menjaga
kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan. Terdapat beberapa
gajet yang biasa dilihat di kawasan tempat perkhemahan, iaitu:
Gajet rak kasut Gajet rak beg
Bahan Yang Diperlukan Semasa Membina Gajet
• Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat gajet ini terdiri daripada bahan-
bahan semula jadi yang boleh didapati di dalam hutan.
• Antaranya ialah buluh, remban, rotan, bertam, enau, nibong, resan dan
sebagainya.
• Kita juga memerlukan alatan yang sesuai untuk memotong, membelah dan
meraut bahan-bahan di atas.
• Antaranya ialah parang, gergaji dan pengali,
• Perlu ada asas kemahiran menggunakan alatan tersebut.
• Selain itu, tali pengikat juga diperlukan untuk mencantumkan bahan-bahan
semula jadi tersebut menjadi gajet.
Faedah Mendirikan Gajet Menjimatkan kos
Mewujudkan
suasana yang
tenteram, selesa,
lapang dan selamat
Alam sekitar menjadi Barangan dan
bersih dan nyaman peralatan mudah
sdisimpan dan
diambil
Menambahkan Memanfaatkan
pengetahuan dan sumber alam
persekitaran dengan
pengalaman sebaik mungkin
IKHTIAR HIDUP
Konsep Ikhtiar Hidup
Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan
kehidupan, terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit
dan gunung.
Situasi Ikhtiar Hidup
Antara gejala yang berlaku adalah seperti berikut:
Kehabisan Ancaman
bekalan binatang
makanan dan
minuman buas
Sesat di Masalah
salam hutan perlindungan
Prinsip Ikhtiar Hidup
a. Keselamatan
Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat
dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
boleh membahayakan keselamatan. Misalnya, elakkan daripada memakan
tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan
atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar.
b. Usaha
Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha akan mengundang risiko. Jika sesuatu usaha itu gagal maka hendaklah
berusaha dengan cara yang lain pula asalkan usaha tersebut tidak
menjejaskan faktor keselamatan.
c. Kawalan diri
Dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu untuk bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir.
d. Kerjasama
Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan dalam
pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar segala
kerumitan dan kesulitandapat diatasi secara bersama.
Masakan Solar
Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan
peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga
pembakar. Terdapat beberapa cara penyediaan makanan cara masakan solar, iaitu:
5. Memasak puding roti menggunakan dapur solar
o Sediakan dapur solar dengan
menggunakan kadbod yang telah dibalut
dengan aluminium foil.
o Empat keping roti dipotong dadu dan
disusun di dalam periuk.
o Gaulkan 2 sudu gula halus, 1 sudu tepung
kastard, 3 biji telur dan 450 ml susu segar.
o Tuangkan bancuhan tersebut ke dalam
periuk yang telah disusun roti.
o Tutup bahagian atas periuk dengan
menggunakan plastik.
o Kemudian, ikat plastik dengan
menggunakan tali rapiah.
o Pastikan periuk tersebut telah di sembur
cat aerosol hitam.
o Letakkan batu-batu kecil di bawah panci
semasa memasak.
Masakan Rimba
Masakan rimba iaitu cara memasak makanan semasa di dalam hutan tanpa
menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak. Terdapat beberapa cara
penyediaan makanan cara masakan rimba, iaitu:
1. Memasak nasi dalam buluh
o Potong bahagian atas sebatang ruas
buluh.
o Bersihkan dan basuh beras serta
masukkan ke dalam buluh.
o Masukkan air secukupnya dan letakkan
buluh berhampiran bara api seperti
memasak lemang.
o Pusingkan buluh dari semasa ke semasa
untuk memastikan semua bahagian
masak.
o Belah buluh dan keluarkan nasi.
o Tutup bahagian atas dengan daun.
2. Memanggang daging atas batu
o Basuh sebiji batu yang leper dengan
bersih.
o Hapuskan semua kotoran pada batu
tersebut.
o Nyalakan api dan letak batu di atas api.
o Biarkan batu itu benar-benar panas.
o Potong dan hiris daging setebal 1cm.
o Letakkan di atas batu.
o Tunggu hingga daging masak.
o Jika mempunyai garam dan kunyit,
lumurkan pada daging sebelum
dipanggang.
3. Merebus telur dalam tanah liat
o Balut sebiji telur dengan tanah liat yang
basah.
o Tutup semua bahagian.
o Nyalakan api dan masukkan telur yang
telah bersalut tanah liat ke dalam bara api.
o Apabila tanah liat merekah, menandakan
telur telah masak.
o Telur yang telah masak boleh dikenali
dengan rekahan pada tanah liat tersebut.
o Apabila tanah liat telah merekah, ketuk
perlahan-lahan dan keluarkan telur.
*Selain telur, seekor ayam juga boleh dimasak
menggunakan teknik ini. Seekor ayam yang telah
dibersihkan bahagian dalaman, balut dengan
tanah liat tanpa membuang bulunya. Balut
setebal 1 inci dan masukkan ke dalam bara api.
Apabila tanah liat telah merekah, menandakan
ayam telah masak dan boleh dimakan.
4. Merebus telur dalam tanah
o Gali lubang sedalam 4 inci.
o Masukkan sebiji telur dan tutup lubang
dengan tanah.
o Nyalakan api di atasnya. Telur akan
masak dalam jangka masa 15 hingga 20
minit.
Perangkap
Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau
binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di
dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan, iaitu:
1. Perangkap atau jerat pelanduk
o Ikat jerat pada hujung pokok kecil.
o Kemudian, buatkan gelung pengikat di
tengah-tengah tali tersebut.
o Tali yang memanjang pada pokok kecil
perlu diikat pada pencetus hingga pokok
tersebut melengkung.
o Seterusnya, pasangkan umpan dengan
mencacakkannya pada hujung kayu.
2. Perangkap atau jerat hempap dan jerut
o Alat-alat diperlukan ialah sebatang kayu
yang besar, tali dan dahan-dahan kecil.
o Dahan-dahan kecil itu digunakan untuk
memagari kawasan bagi mengelakkan
haiwan tersebut bergerak pantas
menyelamatkan diri.
o Setiap pancang pagar kayu diikat dengan
akar menggunakan ikatan manok.
o Di hujung batang kayu (besar) diikat
menggunakan ikatan manok dan tali itu
disangkutkan ke dahan pokok.
o Seterusnya, ke injap jerat.
o Injap jerat diikat menggunakan ikatan
manok.
o Apabila haiwan terlanggar injap, batang
pokok akan menghempap haiwan.
KEBUDAYAAN
Konsep Kebudayaan
• Merupakan suatu aktiviti yang membolehkan ahlu-ahli kadet untuk
mempersembahkan bakat ataupun kebolehan mereka dalam perkhemahan.
• Memahami kebudayaan ialah salah satu elemen dalam aktiviti KRS.
• Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kebudayaan kebangsaan.
• Matlamatnya ialah melahirkan generasi pelajar yang sihat dari segi fizikal,
mental, mempunyai daya tahan, berpotensi, berketerampilan dan mampu
menghindarkan diri daripada gejala sosial yang buruk.
Objektif
I. Memupuk, mencungkil bakat dan menggalakkan potensi yang sedia ada
dan mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
II. Mengurangkan ketegangan fikiran dan mampu menyelesaikan masalah
secara bijaksana.
Kebaikan / Faedah Kebudayaan
I. Mengenal asal-usul, adat resam dan kebudayaan kaum di Malaysia.
II. Mempertahankan kebudayaan kebangsaan.
III. Menghidupkan kembali permainan-permainan tradisional.
Nyanyian / Lagu Perkhemahan
Permainan
Jalan Lasak & Pandu Arah