The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GOH QIN ROSE IPG-Pelajar, 2024-04-01 02:02:42

E-portfolio Pentaksiran Alternatif

E-portfolio Pentaksiran Alternatif

GOH QIN ROSE BC2 E-PORTFOLIO PENTAKSIRAN ALTERNATIF


ISI KANDUNGAN 1. Pentaksiran Alternatif 2. Pentaksiran Berasaskan Teknologi 3. Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran 4. Penggunaan pentaksiran berasaskan teknologi dalam pembelajaran 5. Kesesuaian pentaksiran berasaskan teknologi dalam pembelajaran 6. Kelebihan pentaksiran berasaskan teknologi dalam pembelajaran 7. Kekurangan pentaksiran berasaskan teknologi dalam pembelajaran 3 - 4 5 6 - 8 9 10 - 14 15 16 2


PENTAKSIRAN ALTERNATIF Suatu pendekatan pentaksiran yang direka bentuk oleh guru-guru di peringkat sekolah untuk menilai pelajar secara menyeluruh selain daripada peperiksaan berpusat Menekankan konsep pentaksiran berterusan dalam perkembangan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan Menilai pelajar dari pelbagai aspek termasuk pertumbuhan dan perkembangan, kebolehan dan perkembangan akademik, serta pencapaian prestasi mereka (Mahaya et al., 2024) Tidak terbatas kepada pentaksiran sumatif, Boleh merangkumi pentaksiran formatif, autentik, holistik dan lain-lain kaedah pentaksiran yang telah berjaya mengubah cara penilaian keberhasilan pembelajaran secara berkesan (Kategori Pentaksiran Alternatif, n.d.). Memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kehidupan sebenar. 3


Strategi Pentaksiran Alternatif Penghasilan Produk Buku Skrap Amali Pemerhatian Tugasan Bertulis Portfolio Pentaksiran Berasaskan Teknologi Pembentangan Lisan Pentaksiran Berkumpulan Pentaksiran Rakan Sebaya Penilaian Kendiri Projek Temubual Strategi-strategi ini membantu guru dalam mengenal pasti potensi pelajar secara menyeluruh dan integrasi. Ia membolehkan murid untuk menunjukkan kemahiran pemikiran kritikal dan pengetahuan yang tidak dapat dinilai melalui pentaksiran tradisional. 4


PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI Suatu kaedah penilaian yang menggunakan aplikasi teknologi sebagai alat untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan dengan pencapaian pelajar. Melibatkan penggunaan peranti seperti komputer atau telefon pintar yang membolehkan akses kepada internet, memungkinkan interaksi pelajar dengan aktiviti penilaian secara digital. Pendekatan yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) untuk menyesuaikan sistem pendidikan dengan perkembangan semasa yang melibatkan pemodenan (Hanifah Mahat et al., 2021) Membolehkan pelajar menunjukkan kemahiran teknologi mereka sambil diuji dalam konteks pembelajaran yang relevan Guru dapat mengikuti perkembangan pelajar dengan lebih terperinci, memberikan maklum balas yang lebih cepat, dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan berinteraksi. 5


Tahun Tahun 1 (SK) Tema Aku dan Seni Unit Unit 3 La La La Bonekaku Bernyanyi Kemahiran/ Fokus Modul Bahasa Muzik Standard Kandungan 1.1 Elemen Muzik 2.1 Nyanyian Standard Pembelajaran 1.1.2 Mengenal, memahami, dan membezakan dinamik kuat dan dinamik lembut. 2.1.2 Bernyanyi dengan pic yang betul. Objektif Pembelajaran Pada akhir Pembelajaran, murid dapat menyanyi dengan pic yang betul dan mempunyai perubahan dinamik. LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJRAN 6


SET INDUKSI Guru memainkan video yang mempunyai pelbagai jenis bunyi binatang. 1. Murid mengenal pasti bunyi itu dinamik kuat atau lembut. 2. Guru memperkenalkan simbol-simbol yang mewakili dinamik senyap, lembut, dan kuat. 3. 1.Murid menjalankan permainan “Kuat atau Lembut”. 2.Murid dibahagi kepada 4 kumpulan. Setiap murid mendapat botol plastik, sudu besi atau kertas dari guru. 3. Tiga kumpulan dikehendaki menghasilkan dinamik kuat, lembut atau senyap yang ditentukan oleh guru secara bergilir-gilir dengan menggunakan alat-alat muzik mereka. 4. Satu kumpulan dikehendaki memejamkan mata dan mengenal pasti bunyi itu dinamik kuat, lembut atau senyap dengan menunjukkan kad simbol. 5. LANGKAH SATU 7


LANGKAH KEDUA Murid melihat dan menyebut lirik lagu “Aku Mimpi” yang dipaparkan melalui slaid. 1. 2.Murid mendengar lagu “Aku Mimpi” melalui audio 23. 3.Guru memberi setiap murid topi beruang. Murid memakai topi beruang dan menyanyikan lagu “Aku Mimpi” mengikut audio 23. 4. Murid mendengar lagu “Aku Mimpi” dengan perubahan dinamik melalui audio 24. 1. 2.Murid dikehendaki mengenal pasti perubahan dinamik lagu. Murid dibahagi kepada dua kumpulan, kedua-dua kumpulan bergilir-gilir menyanyi bahagian lagu yang dinamik kuat dan dinamik lembut mengikut audio 24. 3. Semua murid menyanyikan instrumental lagu “Aku Mimpi” dengan perubahan dinamik mengikut audio 25. 4. LANGKAH KETIGA PENUTUP Guru membantu murid mengimbas kembali tentang simbol senyap, lembut dan kuat. 1. Guru membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dilakukan hari ini. 2. 8


PENGGUNAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN APLIKASI “Blooket” Satu aplikasi kuiz yang membolehkan murid menjalankan kuiz PLATFORM “Google Site” Murid diminta untuk menyanyikan satu lagu dengan perubahan dinamik dan merakamnya. Selepas itu, murid perlu memuat naik video tersebut ke “Google Site” pada tempat yang telah disediakan oleh guru Guru akan menilai pencapaian murid-murid dalam mengaplikasikan dinamik dalam lagu tersebut dan memberi komen kepada murid Murid diberi peluang untuk memberi komen kepada rakan sekelas Guru juga menyediakan bahan pembelajaran tambahan dalam "Google Site" untuk membantu murid membuat ulangkaji dan memperkuatkan pemahaman mereka terhadap konsep dinamik dalam muzik. 9


KESESUAIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN Mudah digunakan dan menyeronokkan Meningkatkan motivasi belajar murid-murid Dapat merancang kuiz dengan menggunakan audio. Dapat menetapkan had masa bagi setiap soalan supaya menyediakan pentaksiran yang lebih berkesan dan sesuai dengan tahap pemahaman murid Dapat menetapkan tarikh akhir bagi murid menyiapkan kuiz Aplikasi “Blooket” 10


Murid perlu menjawab soalan dengan betul supaya mendapatkan token dan memenangi permainan. Ini dapat menarik perhatian murid tahun 1 yang bersikap suka main. Aplikasi ini mudah digunakan dan memungkinkan penambahan audio dalam soalan. Dengan ini, guru dapat menilai pemahaman murid terhadap konsep dinamik dengan efektif. 11


Guru dapat menetapkan tarikh akhir bagi murid menyiapkan kuiz supaya semua pelajar menjalankan dalam masa yang ditetapkan. Bagi soalan yang mudah, guru boleh mengehadkan murid untuk jawab dalam masa yang pendek. 12


Membolehkan interaksi dan perkongsian bahan pembelajaran secara kolaboratif antara guru dan murid Membentuk persekitaran pembelajaran yang dinamik dan interaktif - Memperkukuhkan pemahaman dan aplikasi konsep-konsep yang dipelajari dalam kelas muzik Membolehkan pentaksiran dijalan secara mudah dan efisien Memberi fleksibiliti dalam penggunaannya di manamana dan pada bila-bila masa Platform “Google Site” 13


Guru menyediakan bahan pembelajaran tambahan dalam "Google Site" Murid diminta untuk menyanyikan satu lagu dengan perubahan dinamik dan merakamnya. Kemudian, murid perlu memuat naik video tersebut ke “Google Site” pada tempat yang telah disediakan oleh guru. 14


KELEBIHAN PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN Membolehkan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konsep dinamik melalui tugasan-tugasan yang disediakan Murid dapat menerima maklum balas secara langsung setelah menyelesaikan tugas Berpusatkan pelajar dan memfokuskan elemenelemen seperti pemikiran kritis dan kreativiti Membantu pensyarah dalam menilai kesan dan keberkesanan strategi pengajaran yang digunakan dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran 15


KEKURANGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN Mengambil banyak masa dan tenaga guru untuk menyedia platform “Google Site” dan memberi maklum balas yang berkualiti kepada setiap pelajar. Menjadi masalah bagi pelajar dari kawasan pedalaman atau yang tidak mampu memiliki peranti teknologi sendiri 16


Click to View FlipBook Version