The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEKOLAH ASRAMA HARIAN
PERINGKAT NEGERI JOHOR
TAHUN 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamarul ariffin, 2023-05-16 06:49:28

FESTIVAL INSANIAH

SEKOLAH ASRAMA HARIAN
PERINGKAT NEGERI JOHOR
TAHUN 2023

ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 ASRAMA SEKOLAH HARIAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023 RABU | 17 MEI 2023 SMK BANDAR MAHARANI, MUAR Festival Insaniah UNIT HAL EHWAL MURID (SUBUNIT ASRAMA HARIAN) SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR Anjuran & Pengelola En Musa Bin Atan Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Johor Perasmian Penutup Oleh SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR, JOHOR


PENGENALAN Sektor Pembangunan Murid (SPM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Muar, Johor pada tahun 2023 ini telah diamanahkan oleh JPN Johor supaya mengambil inisiatif dan langkah proaktif dengan merancang, menyelaras dan melaksanakan Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2023 dengan tema “Asrama Sekolah Harian Membentuk Generasi Madani” Terdapat empat kategori yang akan dipertandingkan yang melibat murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 yang menghuni di asrama sekolah harian. Festival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada semua daerah untuk membuat persediaan dengan menganjurkan pertandingan di peringkat daerah masing-masing. Adalah diharapkan dengan penganjuran Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 kali ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua peserta yang mewakili daerah masing-masing bagi meraih kemenangan dan yang paling penting sekali berpeluang untuk mendapat sijil di Peringkat Negeri sebagai markah tambahan kepada Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Sukan (PAJSK).


MATLAMAT Matlamat pelaksanaan Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 adalah: Merealisasikan hasrat “Falsafah Pendidikan Negara” iaitu mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dan keseimbangan aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penglibatan secara langsung dalam pertandingan ini. Merealisasikan perkembangan bakat melalui persembahan dan menanam minat kecintaan kepada aktiviti keagamaan. Mengukuhkan aktiviti dalam bilik darjah (kurikulum) Pendidikan Agama Islam dengan menyediakan platform untuk mengukur kebolehan dan menghargai bakat dan pencapaian murid. OBJEKTIF Mencungkil bakat dan kemenjadian murid Asrama Sekolah Harian dalam bidang akademik, kokurikulum dan kemasyarakatan. Memupuk semangat kecintaan kepada Al- Quran dan patriotisme dalam kalangan murid-murid Asrama Sekolah Harian. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid-murid Asrama Sekolah Harian di samping menampakkan kefungsian Pengurusan dan Pentadbiran Asrama Sekolah Harian dalam usaha merealisasikan Kemenjadian Murid Asrama Sekolah Harian. Menzahirkan generasi celik Al-Quran serta mengamalkan ajaran-Nya sebagai panduan kehidupan di dunia dan di akhirat. Objektif pelaksanaan Festival Insaniah Asrama Sekolah Harian Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 ialah:


BUTIRAN PROGRAM 08.30 pagi: Pendaftaran peserta/ sarapan. 09.00 pagi: Taklimat Peserta & Penjurian. 09.30 pagi: Pertandingan bermula. 01.00 petang: Makan tengah hari/ solat/ rehat. 02.30 petang: Penyampaian cenderahati dan penutup. TENTATIF PROGRAM Tarikh: 17 Mei 2023/ Rabu. Tempat dan alamat: SMK Bandar Maharani,Muar,Johor Mod Pertandingan: Bersemuka. Kategori Pertandingan a) Hafazan Lelaki b) Hafazan Perempuan. c) Khutbah Lelaki. d) Tazkirah Perempuan. e) Trio Berselawat (tiga orang) - Kategori Lelaki dan Perempuan


SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN Pejabat Pendidikan Daerah Muar mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini samada secara langsung mahupun tidak langsung. semoga majlis yang diadakan ini mendapat keredhaan dam keberkatan daripada ALLAH SWT InsyaAllah.


Click to View FlipBook Version