z Mari kita kenali Datuk Siti Rahmah Kassim Wanita Gelang Merdeka
z Siti Rahmah merupakan bekas guru di Sekolah Perempuan Melayu Sungai Star, Parit Buntar, Perak, namun berasal dari Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 30 November 1926 dan menlnggal dunia pada 24 Mac 2017 kerana saklt tua. Mempunyai empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki serta sentiasa mendapat sokongan padu suaminya, Allahyarham Ustaz Mohd Majzub Haji Yunus dalam perjuangannya.
z Kalau nak tau, Siti Rahmah merupakan orang Malaysia pertama yang menyerahkan gelang emas hadiah pernikahan daripada ayahnya, kepada Tunku Abdul Rahman. Tujuan beliau menyumbangkan gelang emas itu adalah untuk membantu membiayai perjalanan ke London dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari Inggeris. Disebabkan itu, beliau digelar Tokoh Gelang Kemerdekaan.
z Ketika Preslden UMNO Tunku Abdul Rahman berbicara di Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka, Tunku menitiskan air mata dan mengatakan bersama raja-raja Semenanjung Malaya hendak ke London bagi menuntut kemerdekaan dari mereka. Kata Tunku, Namun begitu, UMNO pada masa itu tiada duit untuk membiayai perjalanan ke sana. Titisan air mata Tunku membuatkan Siti Rahmah membuat keputusan untuk tidak mementingkan diri sendiri. Siti Rahmah dengan rela menyerahkan gelang perkahwinannya untuk menampung perbelanjaan Tunku.
Ayatz keramat Siti Rahmah kepada Tunku Abdul Rahman pada ketika itu, “Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik sumbangkan gelang emas kesayangan yang patik ada ini demi kemerdekaan negara. Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku.”
z Dengan izin Tunku, Siti Rahmah menyeru agar orang lain untuk turut menyumbangkan apa yang mereka ada bagi membiayai perjalanan Tunku Abdul Rahman dalam menuntut kemerdekaan. Oleh sebab ini, para pembesar UMNO dan hadirin yang lain turut sama menyumbangkan wang serta barangan lain seperti rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang termasuk tongkat berkepala emas.
z Siti Rahmah cuba merahsiakan hal gelang emas itu kepada ibunya namun, ada orang lain yang akhirnya memberitahu ibu beliau. Bila dapat tahu, ibunya marah kerana tidak setuju Siti Rahmah memberikan gelang emas hadiah pemberian bapanya kepada Tunku. Bukan setakat itu je, Siti Rahmah juga dipukul sehingga berdrah. Baju Siti Rahmah yang berdarah itu disimpannya sebagai kenangan “Titisan Darah Kemerdekaan”.
z “Ibu saya masih berfikiran konservatif. Saya fikir ibu bangga dengan saya tetapi sangkaan itu meleset. Ibu menunggu kepulangan saya dengan rotan belah empat. Dia tidak boleh menerima tlndakan saya menyerahkan gelang hadiah perkahwinan itu kepada Tunku. Ibu merotan belakang saya sebanyak lima kali di tempat yang sama. Saya menangls namun ibu tidak hiraukan dan dia hanya berhenti merotan selepas baju saya dibasahi darah.”
z Pengorbanan serta perjuangan beliau pastinya mendapat pengiktirafan dan beliau dianugerahkan Tokoh Wanita UMNO Malaysia, Tokoh Ibu Mithali Peringkat Negeri Sembilan, Tokoh Wanita PERKIM dan Srikandi Negara serta darjah kebesaran seperti Ahli Mangku Negara dan Johan Setia Mahkota. Tapi yang pasti, tiada siapa dapat lupakan jasa Tokong Gelang Kemerdekaan ni. Mungkin zaman sekarang, apalah sangat jumlah gelang emas tu. Tapi pada masa itu, gelang itulah yang dapat membantu negara mengecapi kemerdekaan