The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 859-13-nurin, 2022-11-15 23:14:15

Tokoh : Maria Montessori

MODEL MONTESSORI

PAKK 1074
SEJARAH DAN

FALSAFAH
PENDIDIKAN
AWAL KANAK-

KANAK

DISEDIAKAN OLEH;
NURIN NAJWA BINTI RAHIM
AUFASYIFA' BINTI MOHD SAHIMI

MARIA
MONTESSORI

BIODATA

Dilahirkan di Chiaravalle (Ancona),
Itali pada 31 Ogos 1870.
Merupakan seorang pendidik yang
berbangsa Itali, saintis, pakar
perubatan, ahli falsafah, penyokong
gerakan kewanitaan (feminist) dan
seorang humanis.
Merupakan salah seorang pendidik
awal kanak-kanak yang telah
dicalonkan untuk menerima
"Hadiah Nobel Keamanan".
Menerima ijazah dari Sekolah
Perubatan di Universiti Rom.
Mempunyai banyak pengalaman
mengenai pendidikan kanak-kanak
yang terencat akal.
Meninggal pada 6 Mei 1952.

SUMBANGAN MARIA

Kaedah montessori "Rumah Kanak-Kanak"
Mula diperkenalkan di Casa dei Bambini atau
"Rumah Kanak-Kanak". kaedah ini berpegang
kepada dua prinsip :
- kanak kanak lebih mudah belajar jika diberi
peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran
di mana mereka berada serta dengan bahan -
bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-
kanak digalakkan untuk berbuat demikian tanpa
bantuan orang dewasa
-kanak-kanak berupaya untuk mengajar diri
mereka sendiri. Kedua-dua prinsip di atas telah
mengilhamkan usaha Montessori dari reformasi
pendidikan, metologi, psikologi, pengajaran dan
latihan penguruan.

Penubuhan Pusat
- Pameran bilik darjah di Pameran
Antarabangsa Panama-Pasifik di San Francisco
pada tahun 1915
- Pusat latihan Montessori di Laren, Netherlands
(1938)
- Siri Kursus Latihan Perguruan di India (1939)
- Pusat Montessori di London (1947)

MODEL MONTESSORI

VISI

"Mencerdaskan kanak-kanak
dengan kaedah pembelajaran
yang tersendiri untuk
mempersiapkan mereka menjadi
warganegara yang produktif dan
bertanggungjawab"
"Meningkatkan disiplin kanak-
kanak dengan bebas belajar dan
berkarya secara
bertanggungjawab bagi mencapai
potensi maksimum sebagai
pelajar dan anggota masyarakat

MISI

Menyediakan kemudahan dan
persekitaran pembelajaran
yang aman & kondusif
Menitikberatkan nilai-nilai
murni dalam lingkungan kanak-
kanak
Memberikan pendidikan yang
berkualiti kepada kanak-kanak
Membantu perkembangan
akademik dan emosional kanak-
kanak sehingga berjaya.

KAEDAH PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN

Bahan bantu mengajar yang
dihasilkan semestinya bersifat khas
untuk kanak-kanak menggunakan
deria mereka sepenuhnya.
Menekankan kaedah "Sensory
teaching and learning" kerana
menumpukan pada kemahiran
pendengaran,penglihatan dan
sentuhan bagi mereka mendapat
pengalaman dan kemahiran deria
yang kompeten

Kaedah yang paling penting iaitu
"The part to
intellectualdevelopment is through

the hand" yang bermaksud kanak-
kanak mempelajari keseluruhannya
dengan menggunakan tangan
mereka.

KURIKULUM

AKTIVITI YANG MELIBATKAN
KEHIDUPAN SEHARIAN

Aktiviti seharian adalah perkara
asas yang harus diterapkan bukan
sahaja di sekolah malah di mana-
mana sahaja

Contohnya : Membasuh
baju,melipat baju,mencuci
pinggan,menyiram pokok

AKTIVITI YANG MELIBATKAN
PENGGUNAAN DERIA

Aktiviti ini semestinya melibatkan
deria sentuh,lihat,dengar,rasa dan
sebagainya.
Dengan cara ini,kanak-kanak itu
dapat merasai menjalankan sesuatu
aktiviti dengan menggunakan deria
dan kemahiranya sendiri.

KONSEP ASAS
DALAM KURIKULUM

Montessori mengemukakan beberapa
konsep asas dalam pembentukan
kurikulum kanak-kanak:

Minda yang mudah menyerap
= Seorang kanak-kanak mula menyerap
kejadian yang berlaku di sekelilingnya
dan menyusun pengalaman ini
daripada saat kelahiran lagi.

Persekitaran yang tersedia
= Persekitaran yang lengkap dengan
pelbagai bahan dapat menggalakkan
perkembangan kanak-kanak yang akan
menyokong pembentukan konsep dan
pengetahuan mereka.

didikan diri
-kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi
mereka dan menyusun pengalaman melalui
aktiviti yang sesuai, dengan pelbagai bahan
pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak
berkebolehan menyusun pengetahuan mereka
apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti
pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar
kanak-kanak secara formal. Tetapi guru perlu
mengajar kanak-kanak belajar secara formal
dan guru perlu membimbing kanak-kanak
untuk membuat pemilihan bahan dan aktiviti

bahan pembelajaran
- Guru perlu mengajar cara yang betul untuk
mengunakan bahan yang di pilih dalam aktiviti
pembelajaran secara bebas dan sukarela.
Mengikut Montessori, matlamat kurikulum
pada peringkat awal adalah bagi memajukan
diri kanak-kanak daripada segi, penumpuan
perhatian,kemahiran memerhati, meneliti,
kesedaran berkenaan susunan dan peraturan,
keseimbangan pergerakan,kesedaran persepsi,
kemahiran praktikal secara kritis melalui
pengalaman menyelesaikan masalah

tempoh sensitif

-Tempoh sensitif adalah tempoh
yang paling sesuai untuk kanak-kanak
menguasai sesuatu kemahiran.
Tempoh tersebut dapat dikesan
apabila kanak- kanak menunjukkan
kesediaan dan minat bagi
mempelajari sesuatu kemahiran
dengan sentiasa menanyakan soalan
dan sentiasa tertarik bagi memerhati
dan menyentuh sesuatu bahan
pembelajaran

Pendidikan Montessori merangkumi
pelbagai aspek penting iaitu :

persekitaran pusat prasekolah

-Suasana persekitaran pendidikan
Montessori haruslah mempunyai kawasan
yang luas untuk kanak-kanak bergerak
dengan bebas serta dilengkapi dengan
taman permainan dan juga kebun bunga
untuk mewujudkan suasana yang
menyeronokkan. Peralatan asas seperti
kerusi, meja, almari, sinki basuh tangan,
papan hitam dan pelbagai lagi haruslah
sesuai dengan umur mereka, bagi
memudahkan kanak-kanak
menggunakan kemudahan tersebut di
samping dapat mengelak daripada berlaku
kecederaan sewaktu proses pembelajaran.
Falsafah Montessori adalah berdasarkan
logik, teratur, sistematik dan indah

kanak-kanak

-Berdasarkan kepada aktiviti
individu, kanak- kanak pelbagai
umur melibatkan diri dalam aktiviti-
aktivtiti yang berbentuk individual.
Kanak-kanak bebas memilih mana-
mana aktiviti yang mereka sukai.
Aktiviti biasanya dilakukan di atas
tikar atau di atas meja. Kanak-kanak
mengikut arahan kendiri bekerja
bersendirian atau berdua-duaan.
Kanak-kanak yang lebih muda

mempelajari aktiviti tertentu
dengan cara memerhati dan meniru

rakan-rakan yang lebih tua.

guru

- Kawalan orang dewasa sangat
minimal. Guru memerhati kanak-

kanak dari jauh dan hanya
melibatkan diri sewaktu membuat
demonstrasi kepada kanak-kanak
tentang bagaimana menggunakan

alat-alat atau bahan yang baru.

Guru-guru tidak memuji kanak-
kanak kerana matlamat aktiviti ialah
untuk mendapat “self rewarding”,

motivasi intristik. Guru-guru
Montessori mempelajari kaedah dan
kurikulum dengan mengikuti kursus

intensif di peringkat ijazah

bahan

- Mempunyai ciri-ciri khusus iaitu
bahayanya didaktik iaitu dibentuk

untuk mengajar pelajaran
tertentu.berbentuk (self
correcting). Mereka akan
mendapat maklumat balik setelah
berjaya atau tidak dalam
menyempurnakan tugas
berdasarkan bahan tersebut.
Bahan dibina daripada mudah
kepada yang lebih susah dan
bahan-bahan dibina dengan
cermat seperti bahan-bahan
semulajadi contohnya kayu yang

divarnish

RUJUKAN

Kramer, R. (2017). Maria Montessori: a biography.
Diversion Books.

Montessori, M. (1975). Childhood education.
Canadian Family Physician, 17.

Montessori, M. (2013). The montessori method.
Transaction publishers.

O'Donnell, M. (2014). Maria Montessori.
Bloomsbury Publishing.

Thayer-Bacon, B. (2012). Maria Montessori, John
Dewey, and William H. Kilpatrick. Education and
Culture, 28(1), 3-20.


Click to View FlipBook Version