The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR DITULIS KEMBALI OLEH S. NARINDER

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by R. Siva, 2021-04-19 22:21:02

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR

BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR DITULIS KEMBALI OLEH S. NARINDER

⸨####################⸩

Ditulis kembali oleh :

Nama : S.Narinder Nair

Kelas : 6 Muthu
Sekolah : SJK(T) DESA CERMELANG
Tahun
Email : 18 April 2021
: [email protected]

Pembukaan
Sultan Johor adalah jawatan warisan dan raja pemerintah negeri Johor di Malaysia.dalam
zaman lampau , Sultan memiliki kuasa mutlak dan dinasihati seorang bendahara. Pada masa ini
peranan Bendahara diambil alih oleh Menteri Besar.

“Sultan Johor Era Modern Pertama “

Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Temenggong Seri Maharaja
Tun Daeng Ibrahim ( 3 Februari 1833 – 4 Jun 1895) .

Baginda menggantikan Ayahandanya Temenggung Daeng Ibrahim bagi mentadbir Johor dari
tahun 1862 hingga 1868.

Hari Keputeraan Baginda pada 3 Februari 1833,di Istana Lama , Teluk Belanga, Singapura,
Baginda adalah anak sulung Temenggong Daeng Ibrahim, memiliki nama penuh Sultan Abu Bakar
Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Al-Marhum Dato’Temenggong Seri maharaja Tun Daeng Ibrahim.

Ayahanda Bernama Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dan Bonda paduka bernama
Cik’Ngah.

Pasangan baginda adalah Wan Chik Binti Muhammad Tahir , Zubaidah Binti Abdullah ,
Fatimah Binti Abdullah , Khadijah Khanum.

Keturunan Baginda ada 5 orang , Iaitu Tunku Ibrahim Iskandar (Tunku Mahkota Johor) ,
Tunku Mariam, Tunku Putri, Tunku Azizah, Tunku Fatimah.

Baginda Sultan Menghabiskan masa kecilnya di kampung ayahnya di Teluk belanga, Pada
usia muda, Dia ditugaskan oleh guru guru tempatan mengenai Islam dan Adat ( undang – undang
Melayu tradisional) sebelum dia dihantar kesekolah melayu Teluk Blanga, sebuah sekolah mubaligh
yang di kendalikan oleh Reverend Benjamin Peach Keasberry, dibawah bimbingan guru guru
mubaligh ini Abu Bakar diajar beradab serta berbahasa Inggeris dengan fasih selain berbahasa
Melayu jatinya .

Pada Tahun 1851, Temenggong Telah mewakilkan Abu Bakar yang kemudian menajdi
pemuda berusia lapan belas tahun untuk membantunya dalam usaha rundingan terhadap Sultan Ali,
yang membuat percubaan remeh untuk menuntut hak kedaulatan keatas Johor,

Paduka dipuji oleh beberapa pegawai British atas kemampuan diplomatic yang sangat baik.

Temengung Abu bakar ialah seorang tokoh dan pemerintah Johor yang amat bijaksana,

Baginda telah mengukuhkan dan memajukan kerajaan Johor dibawah Dinasti Temenggung dan
membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau Lingga . Pada 1 Januari 1866 baginda telah
menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadikan pusat
pentadbiran kerajaan Johor , Temenggung Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka
lading lada hitam dan gambir dipanggil “Sistem Kangcu”

. Temenggung Abu Bakar telah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu
dengan birokrasi Barat dan digelar Bapa Johor Modern . Pentadbirannya yang cekap dan tersusun
diakui sendiri British, Lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat.

Baginda telah mendapat pendidikan Barat sejak
kecil lagi. Oleh karena itu , baginda sangat
terpengaruh dengan cara pemerintahan dan
pentadbiran Barat. Baginda juga telah membuat
banyak lawatan ke negara negara Eropah
terutamanya ke England untuk mencari
pengalaman dan mempelajari cara orang Barat
memerintah dan mentadbir negara.
Kebijaksanaan menyebabkan Baginda juga
bersahabat baik dengan Ratu Victoria , Penguasa
Great Britain pada masa itu,
ratu tersebut telah mengurniakan gelaran
Maharaja Johor Kepada temenggung Abu Bakar
pada tahun 1868

Baginda Sebagai Maharaja ( 1868-1885)

Baginda mengambil alih jawatan temenggung Johor 3 hari selepas kemangkatan ayahandanya dan
mengalihkan persemayaman baginda ke estet Tyersall ( kini Taman Tyersall berdekatan Kebun
Bunga Singapura)
Baginda telah menguasai seluruh wilayah Johor , iaitu setelah Sultan Ali mangkat pada tahun 1877,
selepas Sultan Ali Mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintah Muar/Kesang

diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan Perang Jementah pada 1879 tetapi
gagal.
Baginda juga pernah merasmikan Penjara Johor
Bahru pada tahun 1883

Pada 1885, Johor telah menandatangi perjanjian persahabatan dengankerajaan Brithish, Melalui
perjanjian ini, kerajaan brithish mengiktiraf Johor sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat .
Maharaja bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai konsul British di Johor
dan bukan sebagai penasihat , British juga bersetuju melindungi Johor jika sembarang ancaman dari
luar.
Mulai 1 Julai 1886, Baginda memakai gelaran
Sultan dengan gelaran Maharaja Abu Bakar
Alkhalil

Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang Undang Tubuh
Kerajaan Johor dengan bantuan Abdul Rahman bin Andak, dokumen berupa perlembagaan negeri
ini digubal sebagai tindak balas kepada keadaan diperhatikan di kerajaan kerajaan tetangga Johor
yang semakin di campur urusan pentadbiran dengan pihak British, lagi lagi dengan kesihatan baginda
yang semakin melemah buruk , dokumen tersebut dilihat langkah mengekalkan kebebasan status
negeri Johor seperti mana yang ada sekian lama.

Sultan Abu Bakar mangkat setelah bebrapa
lama gering menghidap sakit paru paru berair
pada 4 June 1895 di Bailey’s Hotel, South
Kensington , United Kingdom
Jenazah baginda dibawa kembali ke Tanah
Melayu oleh kapal perang British dari Penang
. Baginda dimakamkan di Makam Diraja
Bukit Mahmoodiah Johor Bahru.

Anakandanya Tunku Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada 7 September 1895.

Terdapat beberapa binaan yang di beri anma memperingati baginda baik di Johor Bahru mahupun di
Muar yang menonjol karena ditampilkan binaan bercirikan seni bina Victoria dan Moor berbanding
binaan sekelilingnya .

 Mesjid
Negeri
Sultan Abu
Bakar-
Dibina dari
1892 hingga
1900

 Maktab
Sultan Abu
Bakar

 Muzium Diraja Abu Bakar yang merangkumi Istana Besar Johor itu Sendiri

 Kompleks Sultan Abu Bakar , Tempat pangkalan kastam Malaysia sepanjang laluan kedua
Malaysia-Singapura

 Nilai Nilai Kepemimpinan yang perlu dicontohi oleh generasi sekarang .

Baginda Sultan Abu Bakar adalah pemimpin bijaksana yang cerdas dalam pentadbiran negeri Johor.

Kita sebagai generasi muda dimasa sekarang patut mencontohi baginda dalam bertindak.
Kita tidak patut mendahulukan kepentingan peribadi tanpa perduli keperluan orang orang
disekeliling kita.
Hendaklah kita bijaksana dalam bertindak dan tidak mementingkan ego hidup dalam berbilang kaum
di negeri Johor dan Malaysia.

Sifat diplomasi baginda , yang membuat negeri Johor memiliki kedaulatan sendiri, selain kita
berbangga , kita perlu menjaga dan melestarikannya . karena pencapaian itu tidak mudah hingga
ketahap seperti sekarang ini.

Kita sebagai pelajar saat ini tidak boleh lalai dan mesti rajin belajar. Tidak berputus asa meraih dan
menjadi yang terbaik untuk meneruskan kejayaan untuk kebaikan semua bangsa Johor .

 Kesimpulan
Tiada usaha yang sia sia, saat ini kita adalah pelajar sekolah rendah, perjalan masih belum
lagi habis untuk meraih cita cita kita . setiap kita mesti ingin jadi yang terbaik.
Belajar dari kesuksesan setiap pemimpin yang menjadikan negeri Johor semakin
berkembang, kita sebagai generasi penerus yang akan dating wajib belajar bersungguh
sungguh, tanpa kata menyerah dan akan sukses dalam pencapaian dibidang kita masing
masing .
Semoga kita dapat meraih cita cita sesuai dengan apa yang kita dan orang tua kita harapkan,
tanpa terlepas dari usaha dan doa kepada Tuhan agar setiap yang kita usahakan akan
memberikan hasil yang membanggakan untuk semua .
Karena tugas kita saat ini yang paling utama adalah belajar dan mempersiapkan diri untuk
hari esok yang lebih baik lagi.

 Sumber Rujukan (ditulis kembali dari sumber)
 Wikipedia
 Google


Click to View FlipBook Version