The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-11519970, 2023-03-06 21:30:23

MODUL PENGGALAKKAN SUKAN KRIKET ADIWIRA

MODUL PENGGALAKAN SUKAN KRIKET ADIWIRA

Keywords: KRIKET ADIWIRA

0


1 Isi kandungan Penghargaan 2 BAB 1 Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) 1.1 Pengenalan 3 1.2 Rasional 3 1.3 Matlamat 4 1.4 Konsep 4 1.5 Prinsip Pelaksanaan 4 BAB 2 Pengurusan Kelab Sukan 2.1 Pengenalan 6 2.2 Penubuhan Kelab Sukan Dan Permainan 6 2.3 Organisasi Kelab Sukan 7 2.4 Bidang Tugas Jawatankuasa Kelab Sukan 8 BAB 3 Latar Belakang Cricket Adiwira 3.1 Cricket Adiwira 10 3.2 Peraturan Permainan Cricket Adiwira 11 3.3 Lapangan Tengah 12 3.4 Peralatan 13 3.5 Pakaian 13 BAB 4 Persediaan dan Perancangan 4.1 Pertimbangan Untuk Latihan 14 4.2 Contoh Sesi Latihan Kemahiran 15 4.3 Aktiviti Memanaskan Badan 16 4.4 Contoh Aktiviti Memanaskan Badan 16 4.5 Aktiviti Gerak Kendur 19 4.6 Contoh Aktiviti Gerak Kendur 19 BAB 5 Perkembangan Kemahiran 5.1 Kemahiran Memukul (Batting) 21 5.2 Membaling (Bowling) 26 5.3 Kemahiran Memadang 29 5.4 Memadang (melempar & melontar) 33 BAB 6 Kepegawaian dan Kejurulatihan 6.1 Kepegawaian dalam Cricket Adiwira 36 6.2 Kejurulatihan Dalam Sukan Kriket 38 Bibliografi 40


2 Penghargaan 1 DR. ZABARIAH BT SAAD 2 MOHAMAD FUAD BIN ABDUL RAHMAN 3 KENNETH ARMOLD JULONG 4 RIZUANA BINTI AB. RASHED 5 ABD. RAOH BIN MUHAMMAD 6 AZLIN BINTI A RAZAK 7 MASHAYU MOHAMED 8 SHAHRUL FADLY BIN JAMARI 9 MUHD ARIS FARHAN BIN JAMALUDIN 10 MOHD FUZAIMEE BIN ABDUL SHUKOR 11 PARIZAL BIN ABU BAKAR 12 AHMAD SAFUAN BIN ABD WAHAB 13 MUHAMMAD RIJALUL FIKRI BIN MUDRIKAH 14 ANUAR BIN JOHARI 15 MOHD AMAR RAHYMEE B MOHD ANUAR 16 RASIDIN BIN SAIPUDDIN 17 MOHD HISHAMUDIN BIN CHE OMAR 18 MOHAMAD FAUZI BIN TAHA 19 MOKHTAR BIN SAAD 20 MOHD FAIZAL BIN RABANI 21 MOHAMAD ZAINI BIN JAMSARI 22 MOHD ANUAR BIN ALIAS 23 MOHD IKHMAL BIN MUKHTAR 24 MOHD KALAM AMIN BIN ABDUL WAHAB 25 TUN MOHAMED SHAHRIMAN BIN MOHAMMAD SUHAIMI 26 KHAIRUL NIZAM BIN SANUDDIN 27 MOHD ADRIE BIN ADENAN 28 SAFARIZZAL BIN ISHAK 29 NOR AZLAN SHAH BIN MOHD REDHUN 30 MOHD AZLAN BIN SUIAD 31 MOHD FARHAD BIN DAUD 32 MOHD KAMARUZAMAN BIN ISMAIL 33 SAIFOL BIN JAPPAR 34 HAMDAN BIN AWANG 35 SYED AZIZ 36 MOHD AZZHAR BIN AHMAD


3 BAB 1: DASAR 1MURID 1SUKAN (1M 1S) 1.1 PENGENALAN Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. 1.2 RASIONAL Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh KPM. Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain, seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum, supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan progresif.


4 1.3 MATLAMAT Dalam jangka masa panjang, Dasar 1M 1S berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. 1.4 KONSEP Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid Tahap 2 di sekolah rendah dan murid Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurangkurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar: 1.4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 1.4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah peningkatan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. 1.4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 1.5 PRINSIP PERLAKSANAAN Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip berikut: 1.5.1 Setiap murid termasuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh 1/12/2010 Rujuk LAMPIRAN 1). 1.5.2 Murid boleh menyertai lebih daripada satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.


5 1.5.3 Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S. 1.5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan. 1.5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. 1.5.6 Ibu bapa dan agensi luar/rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. 1.5.7 Setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. 1.5.8 Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan.


6 BAB 2: PENGURUSAN KELAB SUKAN 2.1 Pengenalan Pengurusan Kelab Sukan melibatkan empat proses utama iaitu: Merancang (objektif kelab sukan dan cara untuk mencapai objektifnya) Mengelola (proses mengagihkan, mengkoordinasikan tugas serta sumber untuk mencapai sesuatu objektif kelab) Memimpin (mempengaruhi/memimpin murid untuk mencapai matlamat) Mengawal (membentuk dan mengimplimentasikan mekanisme penilaian kerja) 2.2 Penubuhan Kelab Sukan Dan Permainan Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, pihak sekolah perlulah mengenal pasti beberapa kriteria yang perlu diambil perhatian terlebih dahulu. Antara kriteria tersebut adalah seperti yang berikut : 2.2.1 Mengenal pasti kepakaran yang ada (guru yang bakal dilantik) Dalam memilih dan melantik guru penasihat kelab sukan sekolah, pihak pengurusan perlulah mengambil kira aspek-aspek kepakaran sedia ada daripada guru-guru itu sendiri. Kepakaran ini merujuk kepada penglibatan guru tersebut dari bangku sekolah lagi, di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti. Sememangnya bukan semua guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang sukan, namun sekurang-kurangnya pengalaman sejak dari bangku sekolah juga boleh dijadikan asas kepada pertimbangan bagi pelantikan seorang guru itu sebagai guru penasihat sesebuah kelab sukan sekolah. 2.2.2 Kemudahan prasarana sukan yang ada di sekolah Prasarana merupakan satu elemen yang mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Sekolah yang mempunyai padang dan dewan memiliki kelebihan dalam menyusun atur program sukan.


7 2.2.3 Peralatan sukan yang sedia ada di sekolah Peralatan sukan juga mempengaruhi pelaksanaan program sukan di sekolah. Pelbagai aspekperlu dilihat secara menyeluruh dalammenyediakan peralatan sukan di sekolah. Pihak sekolah mungkin boleh mempertimbangkan aspek sesi latihan yang akan diwujudkan di sekolah, penglibatan murid dan guru penasihat yang boleh menyelenggara peralatan sukan tersebut. 2.2.4 Budaya sukan kegemaran yang menjadi pilihan murid di sekolah Pemilihan sukan untuk kelab sukan di sekolah dipengaruhi oleh budaya sukan di sekolah berkenaan atau mungkin dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan perlulah bersesuaian dengan budaya sedia ada bagi memudahkan penglibatan murid secara menyeluruh. 2.2.5 Bilangan guru dan murid Bilangan dan pengalaman guru mempengaruhi penubuhan sesuatu kelab sukan dan permainan. Penyertaan murid dalam satu-satu kelab sukan perlu dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai. Oleh itu, guru penasihat perlu bijak mengagihkan murid secara menyeluruh. 2.3 Organisasi Kelab Sukan Organisasi kelab sukan sekolah perlu distruktur agar pengoperasiannya lebih berkesan. Langkah ini merupakan pendedahan awal murid dalam menguruskan sesebuah kelab sukan.


8 2.4 BidangTugas Jawatankuasa Kelab Sukan i. Pengerusi • mempengerusi dan bertanggungjawab terhadap semua mesyuarat; • meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil tindakan sewajarnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa kesemasa. ii. Naib Pengerusi • membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi; • mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa kesemasa. iii. Setiausaha • menguruskan surat menyurat; • menyediakan minit mesyuarat/laporan kegiatan - kegiatan; • mencatat kehadiran ahli; • menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. iv. Penolong Setiausaha • membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa kesemasa. v. Bendahari • Menyediakan laporan kewangan kelab; • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. vi. Penolong Bendahari • membantu bendahari dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa kesemasa.


9 vii. Ahli Jawatankuasa • membantu melaksanakanprogramdanaktiviti yang dirancang; • mempengerusikan biro sekiranya dilantik; dan • menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa. viii. Pemeriksa Kira-Kira • memeriksa,menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan Tahunan • bertanggungjawab ke atasnya; dan • memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul. Dalam mengendalikan kelab sukan, Guru Penasihat perlulah menyelaras dan memantauperkembangan jawatankuasa semasamerancangdanmenjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Guru Penasihat perlulah memberi maklumat dan dorongan kepada jawatankuasa kelab agar aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan baik bagi memberikan keseronokan kepada ahli-ahli kelab. Bidang kerja yang diberikan merupakan cadangan pecahan bidang tugas jawatankuasakelab sukan yang bakal dibentuk nanti.


10 BAB 3: LATAR BELAKANG CRICKET ADIWIRA 3.1 Cricket Adiwira Merupakan permainan kriket yang telah dimodifikasi bagi memudah dan menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam sukan kriket. Slogan Cricket Adiwira adalah senang, seronok dan selamat (3S). Cricket Adiwira boleh dimainkan di mana-mana kawasan yang mempunyai permukaan rata dan tidak memerlukan penyediaan atau penyelenggaraan padang. Cricket Adiwira sesuai dimainkan seawal usia 6 hingga 12 tahun. Cricket Adiwira menghilangkan kebosanan dan gangguan yang sering dihadapi semasa latihan kriket sebenar di dalam jaring (nets session). Penggunaan bola tenis yang telah dibalut dengan pita pelekat (tape) akan menghilangkan rasa takut ketika menghadapi bola kriket sebenar (bola keras) dan tidak memerlukan peralatan perlindungan lengkap kriket seperti pelindung kaki dan sarung tangan (pad & gloves). Program Cricket Adiwira diinspirasikan dari watak “superhero” atau adiwira bagi menarik minat murid untuk mengenali sukan kriket. Program Cricket Adiwira diperkenalkan oleh Persatuan Kriket Malaysia (PKM) pada tahun 2018 dan telah dilancarkan oleh Encik Zainal Abas, Ketua Pengarah, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia dan Encik Mahinda Vallipuram, Presiden PKM pada 6 April 2019. Laluan pemain kriket lelaki dan wanita di Malaysia


11 3.2 Peraturan Permainan Cricket Adiwira Peraturan Cricket Adiwira akan memastikan setiap pemain yang mengambil bahagian berpeluang untuk memukul (batting), membaling (bowling), menjaga wiket (wicket keeping) dan memadang (fielding) sewaktu permainan berlangsung. Ini akan menghalang dominasi permainan dan memberikan peluang yang sama rata kepada semua pemain. 3.2.1 Bilangan Pemain Satu pasukan Cricket Adiwira mempunyai 8 orang pemain dan tiada pemain simpanan. 3.2.2 Inning Setiap perlawanan mempunyai dua (2) inning dan setiap inning mempunyai 8 overs 3.2.3 Over Setiap over mempunyai 6 balingan. Balingan lebar (wide) atau tidak sah (no ball) akan diberikan 2 larian kepada pasukan memukul tanpa tambahan balingan. 3.2.4 Pembaling Setiap pembaling hanya membaling 1 over (6 balingan). 3.2.5 Pemadang Semua pemain pasukan yang memadang wajib menukar posisi memadang pada setiap over termasuk membaling dan menjaga wiket. Semua pemain wajib memadang.


12 3.2.6 Pemukul Seorang pemukul hanya menghadap 6 balingan. Setiap pemukul hanya boleh melakukan maksima 6 larian bagi setiap balingan. Setiap jatuhan wiket pemukul tidak perlu keluar sehingga lengkap menghadap 6 balingan, 3.2.7 Jatuhan Wiket (fall of wicket) Terdapat tiga cara jatuhan wiket iaitu; keluar baling (bowled out); keluar tangkap (caught out) dan; keluar lari (run out). 3.2.8 Kiraan Mata Kiraan mata untuk setiap inning ditentukan melalui Jumlah larian Jumlah mata penalti: balingan tidak sah (no ball) (2 mata) balingan lebar (Wide) (2 mata) wiket (ditolak 3 mata) Pasukan paling banyak mengumpul mata dikira pemenang. 3.3 Lapangan Tengah (Pitch) LAPANGAN TENGAH (PITCH)


13 3.4 Peralatan 3.5 Pakaian Pemain memakai pakaian sukan yang bersesuaian dan tidak perlu memakai pelindung kaki, helmet dan kelengkapan kriket yang lain.


14 BAB 4: PERSEDIAAN & PERANCANGAN 4.1 Pertimbangan Untuk Latihan 4.1.1 Tahap Murid Aktiviti Sukan yang dijalankan perlu bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid. 4.1.2 Bilangan Murid Guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian. 4.1.3 Langkah-Langkah Keselamatan Antara langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah: Tahap kesihatan murid Melakukan aktiviti memanaskan badan dan gerak kendur sebelum dan selepas aktiviti. Pakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Peralatan dan kemudahan dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. 4.1.4 Tempat Latihan Ruang yang sesuai dan selamat untuk sesi latihan dijalankan. 4.1.5 Kemudahan Peralatan Merancang dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk pelaksanaan aktiviti. Contohnya kayu pemukul, bola dan stumps.


15 4.2 Contoh Sesi Latihan Kemahiran Permainan : Cricket Adiwira Tarikh : 02 Mac 2023 Masa : 30 minit Kemahiran : Menyambut bola Alatan : bola tenis, penanda (cone disc) KOMPONEN AKTIVITI / KETERANGAN PENGELOLAAN / GAMBARAJAH MASA Memanaskan badan Melakukan sesi memanaskan badan sebelum mulakan latihan kemahiran Sila rujuk contoh aktiviti memanaskan badan 10 minit Kemahiran menyambut bola Mangkuk Bawah Menyambut bola di bawah aras dada. Aktiviti Murid berpasangan dalam kedudukan menghadap pada jarak yang ditetapkan. Melontar dan menyambut bola dalam keadaan statik. Jarak antara pasangan boleh berubah-ubah mengikut penguasaan lakuan yang betul oleh murid-murid. Silangkan kedua-dua jari kelingking. Pastikan kedua-dua tapak tangan dirapatkan agar tiada lubang atau ruang di antara keduanya. Buka semua jari ke arah bola. Posisi tapak tangan harus dapat dilihat berada di bahagian pusat badan. Tapak tangan haruslah menerima bola dengan keadaan siku fleksi sebagai penyerap daya dengan tangan berada hampir dengan badan. 15 minit Gerak kendur Melakukan sesi gerak kendur selepas menamatkan latihan kemahiran Sila rujuk contoh aktiviti gerak kendur 5 minit Scan QR untuk menonton video https://www.youtube.com/watch?v=nXVAHSikSBw


16 4.3 Aktiviti Memanaskan Badan Tujuan Meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi) Merangsang sistem saraf (tingkatkan fungsi transmisi saraf-kontraksi otot menjadi lebih efisien) Mengurangkan masa reaksi Meningkatkan koordinasi Meningkatkan tahap motivasi dan persediaan psikologi 4.4 Contoh Aktiviti Memanaskan Badan 4.4.1 Senaman Regangan statik Senaman regangan melibatkan keseluruhan anggota badan seperti; standing neck stretching reaching lateral side stretch dynamic hip swing shoulder rotation front lunges stretch high knee pulls standing quadriceps stretch Video Penuh Senaman Regangan statik Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/1rR5uNq19gNLUQ1MoCpSHHeGCfXClHvXI?usp=sharin g


17 4.4.2 Senaman Regangan Dinamik i. (Sesi Efektif #1) Kemahiran ketangkasan Kemahiran imbangan Video penuh senaman efektif #1 ii. Sesi efektif #2 Kemahiran kepantasan dan ketangkasan Video penuh senaman efektif #2 Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/1VNjeOJ2GJStz55D3BisFNzHaG_PYAMNO?usp=sharing Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/1VNjeOJ2GJStz55D3BisFNzHaG_PYAMNO?usp=sharing


18 iii. Sesi efektif #3 Kemahiran kepantasan dan kekuatan Video penuh senaman efektif #3 iv. Sesi efektif #4 Kemahiran kepantasan Video penuh senaman efektif #4 v. Sesi efektif #5 Kemahiran kekuatan Video penuh senaman efektif #5 Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/1VNjeOJ2GJStz55D3BisFNzHaG_PYAMNO?usp=sharing Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/1VNjeOJ2GJStz55D3BisFNzHaG_PYAMNO?usp=sharing Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/1VNjeOJ2GJStz55D3BisFNzHaG_PYAMNO?usp=sharing


19 4.5 Aktiviti Gerak Kendur 4.5.1 Anjuran aktiviti Pergerakkan perlahan selama 5 – 10 minit (berjalan dan aktiviti aerobik berintensiti rendah) untuk membantu melancarkan peredaran darah Senaman regangan statik 4.6 Contoh Aktiviti Gerak Kendur 4.6.1 Relaksasi Otot Betis 4.6.2 Regangan Hamstring


20 4.6.3 Regangan Silang Kaki 4.6.4 Regangan Quadrisep 4.6.5 Ekstensi Lumbar dan Regangan Abdomen 4.6.6 Regangan Ekstensi Toraks Video Penuh Aktiviti Gerak Kendur Scan QR untuk menonton video https://drive.google.com/drive/folders/18Qzq39QD6v1TuyPgQf_IEFo1u8pnEZtw?usp=sharing


21 BAB 5: PERKEMBANGAN KEMAHIRAN 5.1 Kemahiran Memukul (Batting) Merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan kriket dan perlu dikuasai oleh setiap pemain. 5.1.1 Tujuan Memukul Memukul bola bagi membolehkan larian antara wiket dilakukan bagi mendapatkan mata larian. Pasukan akan masuk memukul apabila pasukan lawan memilih untuk memadang selepas undian atau selepas pihak lawan menamatkan setiap inning. 5.1.2 Asas Kemahiran Memukul (Batting) i. Genggaman Bentuk V Teknik asas genggaman bentuk ‘V’ adalah posisi tangan sebelum memegang kayu pemukul (bat). 1. Genggaman bentuk ‘V’ dilakukan dengan membentuk huruf ‘V’ menggunakan kedua-dua belah tapak tangan. 2. Bentuk ‘V' ditentukan oleh ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan 3. Tapak tangan dominan berada di bahagian atas


22 ii. Kedudukan Genggaman Teknik asas kedudukan genggaman adalah cara memegang kayu pemukul (bat). Kedua tangan yang membentuk huruf ‘V’ diturunkan menghala ke arah pemegang kayu pemukul (handle) Pegang atau genggam pemegang kayu pemukul (handle)


23 iii. Cara Berdiri (Stance) Teknik asas berdiri sisi (stance) adalah cara berdiri untuk menghadap balingan. Tangan yang membentuk huruf ‘V’ diletakkan pada pemegang kayu pemukul (handle) 1. Kaki yang dominan berada di belakang garisan pemukul dan berada lebih dekat dengan wiket 2. Kaki kiri berada di luar garisan pemukul. Kedua-dua kaki berkedudukan selari dengan arah pembaling 3. Jarak kedua-dua kaki seluas bahu dengan lutut sedikit membengkok 1. Tangan yang memegang kayu diletakkan di aras pusat pemukul 2. Kedudukan kayu pemukul berada di sisi bahu kanan pemukul 3. Bahu kiri dan kanan selari ke arah pembaling 4. Mata perlu memandang ke arah pembaling


24 iv. Melangkah Ke Arah Bola Teknik asas melangkah ke arah bola adalah ansur maju untuk melakukan pukulan. Berdiri sisi. Kaki serta bahu kiri bergerak seiring ke arah kawasan lantunan bola. Pergelangan tangan yang memegang kayu pemukul bergerak ke sisi kanan pemukul dan bersedia untuk memukul.


25 v. Memukul Bola Teknik asas untuk melakukan pukulan Gerakkan kepala dan bahu ke arah bola. Hayun kayu pemukul dari sisi kanan secara lurus ke bawah berdekatan lantunan bola. Ikut lajak. Refleksi Kemahiran Memukul (Batting) Murid perlu membuat demonstrasi dari langkah pertama hingga langkah terakhir (5 langkah) mengikut turutan. Jurulatih perlu memastikan murid membuat demonstrasi untuk semua langkah dalam kemahiran memukul ini. Jurulatih harus memantau lakuan murid supaya kemahiran memukul ini dapat diaplikasi dengan betul. Murid boleh menggunakan peralatan alternatif sekiranya tidak mempunyai peralatan yang sebenar.


26 5.1.3 Larian Antara Wiket Setelah membuat pukulan, kedua-dua pemukul berlari serentak ke arah wiket yang bertentangan dan menyentuh kayu pemukul mereka di dalam kawasan memukul/membaling. Apabila kedua-dua pemukul berjaya meletakkan kayu pemukul atau manamana anggota badan di belakang garisan memukul/membaling. Satu (1) larian lengkap pemukul mendapat satu (1) larian Dua (2) larian lengkap pemukul mendapat dua (2) larian Tiga (3) larian lengkap pemukul mendapat tiga (3) larian Maksima enam (6) larian lengkap pemukul mendapat enam (6) larian Video Penuh Kemahiran Memukul Dan Larian Antara Wiket 5.2 Membaling (Bowling) Membaling merupakan satu komponen penting dalam permainan Cricket Adiwira. Dalam satu permainan, setiap pasukan memadang perlu membuat balingan sebanyak 8 over (6 balingan setiap over). Tiada penambahan balingan bagi balingan lebar (wide) dan balingan tidak sah (no ball). 5.2.1 Telinga Arnab Ini merupakan kaedah utama dalam latihan membaling. Telinga arnab merupakan teknik memegang bola sebelum membaling. Murid perlu mengikuti langkah-langkah berikut bagi kemahiran membaling. Tiga jari dibentuk seperti telinga arnab. Scan QR untuk menonton video https://youtu.be/pr1YKzpcRJs


27 1. Jari telunjuk dan tengah diletakkan di sisi luar garisan bola. 2. Kedudukan ibu jari perlu berada di bawah garisan bola. 5.2.2 Makan Epal Ini merupakan teknik kedua dalam kemahiran membaling. Selepas murid mahir memegang bola menggunakan teknik telinga arnab, murid perlu dilatih teknik Makan Epal sebelum melengkapkan teknik membaling. Bola yang dipegang menggunakan teknik telinga arnab, di letakkan berhampiran dengan mulut seperti makan epal. 1. Mata melihat ke arah sasaran, dan siku tangan yang tidak memegang bola dinaikkan sebagai panduan mendapatkan garis lurus ke sasaran. 2. Lutut kaki hadapan dinaikkan. Teknik ini dapat dilihat pelaksanaannya melalui video di bawah. Scan QR untuk menonton video https://youtu.be/KEVujtmc2pM


28 5.2.3 Tarik Tali Magic Ini adalah teknik ansur maju dalam kemahiran membaling. Selepas murid menguasai teknik telinga arnab dan makan epal, murid perlu menguasai teknik ini bagi mendapat kemahiran membaling dalam permainan kriket. Tangan yang memegang bola ditarik ke bawah, manakala tangan yang tidak memegang bola diluruskan ke atas seolah-olah menarik seutas tali. 1. Tangan yang memegang bola diluruskan dan bersedia membuat satu pusingan lurus sebelum bola dilepaskan. 2. Kaki hadapan perlu bersedia untuk mendarat. Lengan tangan yang memegang bola diluruskan supaya menyentuh telinga agar bola dapat dilepaskan lurus ke sasaran.


29 5.2.4 Balingan Pusingan Lurus (bowling) Teknik Balingan Pusingan Lurus adalah ansur maju untuk melepaskan bola ketika melakukan balingan Bola dilepaskan ke sasaran dan kaki kanan melangkah ke hadapan. Teknik ini dapat dilihat pelaksanaannya melalui video di bawah. 5.3 Kemahiran Memadang 5.3.1 Tujuan Memadang Mengeluarkan pemukul Menghadkan jumlah larian pasukan pemukul Mengembalikan bola kepada penjaga wiket atau pembaling agar permainan dapat diteruskan Pasukan akan masuk memadang apabila pasukan lawan memilih untuk memukul selepas undian atau selepas pihak lawan menamatkan setiap inning. Scan QR untuk menonton video https://youtu.be/GuxjFN5CX7M


30 5.3.2 Menyambut (Mangkuk Bawah) 1. Silangkan kedua-dua jari kelingking. 2. Pastikan kedua-dua tapak tangan dirapatkan agar tiada lubang atau ruang di antara keduanya. 1. Buka semua jari ke arah bola. 2. Posisi tapak tangan harus dapat dilihat berada di bahagian pusat badan Tapak tangan haruslah menerima bola dengan keadaan siku fleksi sebagai penyerap daya dengan tangan berada hampir dengan badan.


31 5.3.3 Menyambut (Mangkuk Atas) Buka semua jari ke arah langit dan menghadap ke arah bola Pastikan kedua-dua ibu jari bersilang dan tiada ruang atau lubang di antara keduanya. 1. Kedudukan tapak tangan harus berada di aras dada dan ke atas untuk menyambut bola dengan kemas 2. Tapak tangan haruslah menerima bola dengan keadaan siku fleksi sebagai penyerap daya dengan tangan berada hampir dengan badan. 3. Mata sentiasa melihat bola


32 5.3.4 Tangkapan Leret Kedudukan sebelah kaki selari dengan arah datangnya bola dan sebelah lagi berada di sebelah bola. 1. Lakuan teknik mangkuk bawah dan bengkokkan lutut ke bawah. 2. Bersedia untuk menangkap bola. 3. Pastikan bola masuk ke dalam tangan dengan kemas Video Penuh Kemahiran Menyambut Scan QR untuk menonton video http://www.youtube.com/watch?v=AwgJ0I1TFOA


33 5.4 Memadang (melempar & melontar) 5.4.1 Tujuan melempar/melontar Mengeluarkan pemukul Menghadkan jumlah larian pasukan pemukul Mengembalikan bola kepada penjaga wiket atau pembaling agar permainan dapat diteruskan 5.4.2 Lempar Bawah Sesuai untuk melempar bola pada jarak dekat Kedudukan hendaklah menghadap ke arah sasaran. Hayunkan kedua-dua tangan dari arah yang berlawanan Melempar bola ke arah sasaran


34 5.4.3 Lontar Atas Sesuai untuk melontar bola pada jarak jauh 1. Berdiri secara mengiring dengan kedudukan bahu hadapan hendaklah menghadap ke arah sasaran. 2. Depakan kedua-dua lengan ke paras bahu seperti helang melebarkan sayapnya. Hayunkan kedua-dua tangan ke arah yang berlawanan sambil memusingkan pinggul. 1. Melontar bola ke arah sasaran. 2. Sentiasa lihat sasaran


35 5.4 4 Memadang (Menjaga Wiket) 1. Kedudukan badan mencangkung dan menghadap pembaling. 2. Jarak antara dua kaki seluas bahu. Kedudukan di sebelah posisi ‘offside’ pemukul untuk memudahkan melihat pergerakan bola. Berdiri serentak dengan lantunan bola dan bersedia untuk menangkap bola. Video Penuh Kemahiran Melempar Dan Menjaga Wiket Scan QR untuk menonton video https://www.youtube.com/watch?v=gWFFNJAnKRI


36 BAB 6: KEPEGAWAIAN DAN KEJURULATIHAN 6.1 Kepegawaian dalam Cricket Adiwira 6.1.1 Tugas Utama Pengadil i. Sebelum perlawanan Pengadil adalah pegawai rasmi yang membuat keputusan dalam sebarang permainan Cricket Adiwira. Keputusan yang dibuat adalah muktamad dan tiada bantahan. Pengadil juga memastikan segala peralatan mengikut spesifikasi dan peraturan dipatuhi sepanjang kejohanan. Tugas pengadil bermula sebaik sahaja tiba di lapangan. Pengadil akan memanggil kapten pasukan untuk membuat undian lambungan bat. Keputusan lambungan ini akan menentukan pasukan mana yang berhak memilih untuk memadang atau memukul terlebih dahulu. ii. Semasa perlawanan Sekurang-kurangnya seorang pengadil diperlukan. Pengadil di padang boleh dikenali dengan pakaian yang berbeza daripada pemain. Pengadil akan berdiri di belakang stump (kawasan pembaling). Perlawanan bermula apabila pembaling melakukan balingan yang pertama. Pengadil akan memastikan setiap pembaling hanya membaling 6 kali balingan dengan dibantu oleh pencatat. Pengadil harus memastikan setiap pasukan menghabiskan 8 overs bagi setiap inning. Dalam setiap perlawanan, pengadil hanya menunjukkan 3 isyarat iaitu balingan tidak sah (no ball), balingan lebar (wide) dan keluar (out). Ketua Teknikal Kejohanan Main Umpire / Pengadil Utama Scorer / Pencatat


37 Pengadil akan memberikan isyarat keluar (out) apabila pasukan pemadang mendapat wiket Pengadil juga perlu memastikan pasukan pemadang akan bergerak ke posisi baharu setiap kali habis 1 over (mengikut pusingan arah jam). Pengadil perlu memastikan pembaling tidak melepasi garisan membaling. iii. Selepas Perlawanan Pengadil perlu mengesahkan keputusan rasmi untuk perlawanan tersebut. 6.1.2 Tugas Utama Pencatat Pencatat perlu sentiasa bekerjasama dengan pengadil sewaktu perlawanan dijalankan. Pencatat akan mengisi segala maklumat yang diperlukan dalam borang mencatat Pencatat perlu mengenal pasti isyarat untuk merekod larian di dalam borang mencatat. Antara isyarat yang perlu direkod ialah : W (wiket) – tolak 3 mata + (balingan lebar) – tambah 2 mata NB (balingan tidak sah) – tambah 2 mata Setelah selesai perlawanan, pencatat perlu mengira jumlah mata setiap pasukan untuk menentukan pemenang. Isyarat Balingan Lebar (wide) (wide) Isyarat Balingan Tidak Sah (no ball) Isyarat Keluar (out)


38 6.1.3 Borang Mencatat Cricket Adiwira 6.2 Kejurulatihan Dalam Sukan Kriket 6.2.1 Tanggungjawab Jurulatih i. Pemilihan Pemain Proses membina pasukan bermula daripada pemilihan pemain yang bakal membarisi pasukan tersebut. Pemilihan pemain juga bergantung kepada beberapa perkara seperti bakat semulajadi, disiplin pelajar dan juga komitmen pelajar itu sendiri. ii. Melatih Pemain Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah melatih pasukan tersebut. Bagi sesi latihan, biasakan pelajar dengan aktiviti memanaskan badan 'warming up' terlebih dahulu sebelum mula bermain. Fokus kepada anggota badan yang lebih banyak akan digunakan nanti. Selain daripada menyediakan otot dan badan dengan aktiviti yang bakal dilakukan, aktiviti ini juga mampu mengurangkan kecederaan kepada pemain. Aktiviti disusuli dengan 'drill' yang sesuai bagi sukan dan permainan tersebut, iaitu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar. Bermula dengan kemahiran asas, aktiviti diteruskan dengan meningkatkan lagi keupayaan pelajar jika sudah menguasai kemahiran asas dengan baik. Drill yang sesuai boleh diperolehi daripada bacaan di buku atau tontonan di Youtube.


39 Sesi latihan diakhiri dengan sesi gerak kendur 'cooling down'. Aktiviti ini penting bagi memastikan otot dapat direhatkan dengan baik selepas aktiviti yang lasak. iii. Peralatan Selain daripada menguruskan pasukan, perkara yang perlu diberi perhatian adalah peralatan sukan. Peralatan yang diperlukan untuk Cricket Adiwira ialah bola getah atau bola tape, pemukul dan stump. iv. Disiplin pemain Sebagai jurulatih, disiplin pemain adalah berada dalam bidang tugas kita. Maka didiklah pemain anda dengan disiplin yang tinggi dan terpuji. Terutamanya ketika menjalani latihan dan juga semasa pertandingan. Pemain anda bukan sekadar membawa harapan untuk pulang sebagai pemenang, tetapi juga membawa nama baik sekolah. Maka uruskan disiplin mereka dengan baik. Jika anda sudah berjaya menguruskan disiplin mereka, itu dah bermakna, anda sudah selangkah menghampiri kejayaan!


40 Bibliografi Parameswaran Y., Shafizan Shahriman, Yusri Salami (2010), Modul Latihan Sukan Untuk Kelab Sukan Sekolah: Sukan Kriket, Kementerian Pendidikan Malaysia Azzhar Ahmad, (2021), Pelancaran Program Cricket Adiwira, https://Cricclubs.com/Adiwira (23.2.2023) O’Donnell. A. M. (2019, Nov 9), Cooling Down After Intense Exercise, https://www.dramyodonnell.com/cooling-down-after-intense-exercise (23.2.2023) Malaysia Cricket Live, (2021), Mangkuk Bawah [Video], Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=nXVAHSikSBw (23.2.2023) Malaysia Cricket Live, (2021), Warm Up Menyambut [Video], Youtube, https://www.youtube.com/watch?v=to7wrwm-EMk (23.2.2023) Norhailmi Abdul Mutalib, (2015), 12 Panduan Menguruskan Pasukan Sukan Sekolah, https://www.cikguhailmi.com/2015/02/12-panduan-menguruskan-pasukansukan-sekolah.html (23.2.2023)


Click to View FlipBook Version