The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aminirfan0075, 2022-09-13 13:13:25

MPU2401 KALIGRAFI

MPU2401 KALIGRAFI

KALIGRAFI

MPU2401

SEJARAH
KEMUNCULAN TULISAN

KHAT

MUHAMMAD AMIN IRFAN BIN AZMI

18DHR21F2009

MOHD AZLI BIN ADNAN

ISI KANDUNGAN

2

PENGENALAN

Seni khat ("khat" pinjaman Bahasa Arab: ,‫خط‬translit. khaṭ, lit. 'garisan'[1]) atau
kaligrafi (dari bahasa Yunani κάλλος kallos "cantik" + γραφή graphẽ "tulisan")
ialah sejenis seni visual berkaitan dengan penulisan melibatkan gaya lenggok
pergerakan menanda kertas (sama ada menggunakan berus, pena atau benda
tirus seperti kalam) dengan dakwat.[2]:17. Takrifan semasa bagi amalan khat
adalah "seni bagi memberi bentuk bagi tanda dalam bentuk gambaran, harmoni

dan kemahiran".[2]:18 Kisah penulisan merupakan satu evolusi kecantikan
estetika dibingkai dengan kemahiran teknikal, kepantasan penyampaian dan

kekangan material dipnunyai seseorang, masa dan tempat.[3]:441 Gaya
penulisan digelar skrip, atau huruf (Fraser and Kwiatkowski 2006; Johnston

1909: Plate 6).

Khat moden berbeza antara gambaran huruf tangan dan reka bentuk berfungsi
kepada hasil seni halus di mana gambaran abstrak tanda tulisan tangan

mungkin atau tidak dikaburkan tulisannya.[2] Khat klasik berbeza dari tipograf
dan tulisan tangan klasik-baru, melalui khat mungkin mencipta semua ini; huruf

berdisplin segi sejarah akan tetapi mengalir dan spontan, diperkemas ketika
menulis.

Seni khat terus berkembang dalam bentuk jemputan perkahwinan dan majlis,
reka bentuk fon/tipografi, reka bentuk tulisan tangan asal logo, seni

keagamaan, pengumuman/reka bentuk grafik/khat ditempah, ukiran tulisan
batu dan dokumen peringatan. Ia juga digunakan sebagai prop dan imej
bergerak bagi filem dan televisyen, persaksian, sijil kelahiran dan
kematian/peta, dan hasil kerja lain yang membabitkan penulisan (sebagai
contoh lihat Letter Arts Review; Propfe 2005; Geddes and Dion 2004).

Ijazah yang ditulis dalam bahasa
Arab mengesahkan kemampuan
menulis seni khat Islam

3

SEJARAH DAN PENGASAS TULISAN KHAT

Perkembangan tamadun sesuatu bangsa itu bermula dengan seni tulisan. Tulisan
Arab telah bermula sebelum kedatangan Islam kira-kira kurun yang ke-17 sebelum
masihi. Tulisan Arab terpengaruh daripada tulisan Mesir Kuno Heroglif. Flinders
Petrie menyatakan bahawa penemuan manuskrip yang dijumpai di Syria dan Palestin
adalah lebih mirip serta hampir kepada tulisan Arab dan disokong oleh Albright iaitu
penulisan abjad serta aksara yang lebih baik ditemui sekitar 1450 sehingga 1550
sebelum Masihi (Zamri Ba’labka 1981). Tulisan Arab berkembang maju dan diserikan
lagi dengan seni Khat yang mengindahkan serta melembutkan tulisannya. Pada
asalnya huruf-hurufnya berbentuk simbol sebagaimana di dalam tulisan Nabati, yang
mirip kepada tulisan Arab Kuno dan daripada situlah timbulnya gaya tulisan Kufi,
Naskhi, dan Maghribiy (Zamri Ba’labka 1981). Seni Khat secara tidak formal telah
timbul sebagai gaya tulisan Arab sebelum kedatangan Islam dan disebut sebagai
Khat Musnad atau khat gaya bebas. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi
lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut yang
dikenali sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat
Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi dan Khat Diwani (Afif
Bahnasiy 1979). Seni khat telah memberi kesan yang sangat besar dalam evolusi
tulisan Arab di mana faktor kedatangan Islam telah menjadi pencetus perubahan
besar dalam tulisan Arab. Buktinya adalah penulisan Mushaf al-Quran yang pada
asalnya ditulis dengan gaya Arab Kuno tanpa titik dan baris. Tulisan Melayu atau
Jawi juga telah meminjam aksara-aksara Arab dan cara penulisan juga berdasarkan
Khat Arab. Selain itu, masyarakat Jawa juga menggunakan tulisan Khat Arab melalui
dialek bahasa serta penulisan mereka (Abd. al-Fattah Ubadah, t.t). Seni Khat menjadi
penghias kepada dinding binaan seperti masjid, pejabat pentadbiran kerajaan,
penulisan kitab-kitab dan penghias kepada rumah kediaman (Mustafa Hj Daud 1987).
Salah satu pelengkap kepada ketamadunan Islam melalui seni khat adalah kerana
khat menjadi sumber penulisan utama dalam mushaf al-Quran semenjak zaman
perkembangan Islam sehingga kini. Tambahan pula, bahasa Arab, tulisan Arab dan
khat seiring dengan perkembangan ilmu-ilmu Islam serta tersebar ke hampir seluruh
pelusuk dunia (Mujahid Taufiq al-Jundi, 1993).

4

PENGASAS TULISAN KHAT

SHEIKH SAMI AFANDI
Sheikh Muhammad Sami Afendi dilahirkan pada 1838M dan wafat pada 1912M. Beliau mempelajari seni
khat Thuluth daripada Boshnaq Usman Afandi, Rejai Afandi, Qabrasizada Ismail Haqqi Afandi manakala
Khat Diwani daripada Naseh Afandi. Kemahiran beliau dalam khat dianggap sangat bermutu tinggi
terutamanya dalam Khat Thuluth Jali sehingga beliau digelar sebagai Mustafa Raqim kedua. Kemahiran
beliau seterusnya diwarisi kepada Sheikh Abdul Aziz Rifa’i, Umer Wasfi, Muhammad Amin Afandi, Ahmad
Kamil Afend i, Khulusi Afandi, Nazeef Bey dan Najm-ud-Din Afandi. Sepanjang kariernya sebagai Khattat,
beliau meraih beberapa anugerah antarabangsa ketika itu antaranya ialah Darjah Mutamayaz dalam di seni
khat Turki, Tempat Pertama pertandingan Sinf-el-Awwal, Pertama dalam Rutba-e-Majeedi, anugerah
Taghma- e-Iftikhar dan anugerah seni Kaligrafi Jang Yunan. Beliau dimakamkan di kawasan Jami’ Al-Fateh,
Istanbul, TurkI.
Antara hasil karya beliau:

5

PENGASAS TULISAN KHAT

SHEIKH ABDUL AZIZ AFFANDI AL-RIFA’IE (1871-1934M)
Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifa’ie dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M (1288H).
Ketika berusia lima tahun beliau telah berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul.
Kecenderungannya terhadap seni khat jelas kelihatan ketika beliau masih lagi menuntut di sekolah kanak-
kanak di kampungnya. Disebabkan kecenderungan ini, Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie telah diserahkan sendiri
oleh ayahnya kepada penulis khat tersohor ketika itu bernama Baqqal Arif Afandi untuk mempelajari khat.
Beliau mendalami Khat Thuluth dan Nasakh daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Thuluth Jalli dan Ta’liq
dipelajari daripada Sheikh Sami Affandi. Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah, Mesir di atas
jemputan Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya. Kemudian beliau terus
menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni khat di Institut Diraja Tahsin Al-Khutut Khalil Agha,
Kaherah dan di sekolah Al-Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau membantu
mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamatkan mengindahkan khat-khat Arab. Beliau telah menjadi
pengetua dan guru khat bagi kedua-dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku-buku dan
tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan
dalam segenap bentuk. Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan umur 70an, beliau kembali ke
negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H), beliau meninggal dunia dan jenazahnya
dikebumikan di Perkuburan Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie amat besar
dalam pembangunan kesenian Islam. Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian-helaian kesenian
khat, mencipta kertas Al-Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat berpengaruh
di Mesir dan namanya sentiasa dijulang dikalangan penulis-penulis khat Mesir.

6

PENGASAS TULISAN KHAT

SHEIKH MUHAMMAD BADAWI DERANI (1894-1967)
Sheikh Muhammad Badawi Derani dilahirkan pada 1894M di Damsyik, Syria serta wafat pada 1967M.
Beliau mempelajari seni khat daripada Sheikh Hamid Al-Amidi and Yusouf Rasa di Turkey manakala di Syria
beliau berguru dengan Mamdouh al Shareef dan Moustafa al Sibaei. Tulisannya banyak dipengaruhi oleh
Mustafa Raqam, Azizuddin Rafaey, Hamid Al-Amidi dan Hashim Baghdadi. Beliau merupakan tokoh
tersohor seni khat di Syria pada zamannya dan antara muridnya ialah Sheikh Uthman Taha yang terkenal
sebagai penulis Mushaf Madinah yang dipakai sehingga ke hari ini. Kini, Syria merupakan antara negara
yang banyak melahirkan Khuttat yang memenangi pertandingan khat antarabangsa. Beliau mengasaskan
sekolah seni Khat Nastaliq di Damsyik, Syria yang kini terkenal sebagai Institut Nastaalque Badawi Derani
yang banyak melahirkan khattat Syria. Beliau amat mahir dalam semua jenis khat termasuk Farisi, Thuluth,
Kufi, Riqaah, Diwani, Diwani Jali dan Nasakh. Beliau banyak menulis di dinding masjid sekitar Damsyik,
tulisan sijil dan memo kerajaan, Masjid Nabawi di Madinah, istana dan bangunan kerajaan di Saudi Arabia.
Karya beliau dikumpul oleh anaknya melebihi 1500 karya yang telah dicetak semula dan diedarkan di Syria,
Switzerland dan Amerika.
Antara hasil karya beliau:

7

JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT

KHAT NASAKH
Khat Nasakh telah diperindah oleh Ibn Muglah. Beliau mencipta kaedah penulisan khat nasakh. Beliau
menentukan ukuran,panjang, pendek dan jarak huruf serja,gaya dan irama. Contoh: Khat di dalam buku
akademik.

8

JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT

KHAT THULUT
Khat Thuluth digunakan untuk hiasan seperti dalam mashaf Uthmani iaitu al-Qur'an, nama buku dan kitab.
Contoh hiasandi dalam Masjid Negara.

9

JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT

KHAT DIWANI
Diwani bererti catatan atau antologi karangan. Khat diwani adalah inspirasi daripada model-model khat yang
lain. Contoh: hiasan.

10

JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT

KHAT KUFI
Khat Kufi dicipta di Kufah., la mempunyai tulisan yang hurufnya bersegi ataupun murabba’ Contoh: Masjid
Cordova.

11

JENIS DAN BENTUK TULISAN KHAT

KHAT RIQ’AH
Disebut sebagai khat riq’i. Tulisan Arab yang dapat ditulis dengan cepat. Contoh, surat-menyurat, menyalin
nota kuliah.

12

KEISTIMEWAAN TULISAN KHAT

Kaligrafi muhupun khat adalah karya seni ukiran tangan
yang artistik selain memiliki nilai seni estetika tinggi. Di
sebalik nilai seni kandungannya, ia turut sarat dengan

budaya Islam disebabkan strukturnya yang bukan
hanya bertindak sebagai karya seni, tetapi juga sebagai

satu cara penyebaran Islam.

13

TUJUAN KELAB KHAT
DITUBUHKAN

 MEMUPUK SEMANGAT AKAN SENI KHAT DI DALAM
MASYARAKAT TERUTAMA DI MALAYSIA

 MEMBERI PELUANG KEPADA MASYARAKAT YANG
MEMPUNYAI BAKAT DALAM SENI TULISAN KHAT UNTUK

MAJU DENGAN LEBIH JAUH
 MEMBERI PELUANG UNTUK SESIAPA YANG INGIN

MEMPELAJARI SENI KHAT
 MENGEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN SENI KHAT

ISLAM
 MELUASKAN PENGUNAAN SENI KHAT DAN TULISAN JAWI

14

5 CADANGAN AKTIVITI KELAB
KHAT

 MENGADAKAN SEMINAR ATAU TAKLIMAT MENGENAI SEJARAH
KHAT

 KELAS INTENSIF PENULISAN KHAT KEPADA AHLI
 MENGADAKAN PERTANDINGAN KHAT DI KALANGAN AHLI

MAHUPUN BUKAN AHLI
 MEMBUAT MURAL KHAT DI TEMPAT TERTENTU SECARA

BERKUMPULAN
 MENGADAKAN LAWATAN KE MUZIUM SENI ISLAM DI KUALA

LUMPUR DAN PUSAT KESENIAN ISLAM DI SHAH ALAM

15

KESIMPULAN

Sehubungan dengan itu, Yakut Al-Musta‟ Shimi, kaligrafer
kenamaan pada masa akhir Daulah Abbasiyah, melihat seni
kaligrafi dari sudut keindahan rasa yang di kandungnya. Oleh
karena itu, ia membuat batasan sebagai berikut: “Kaligrafi
adalah seni arsitektur rohani yang lahir melalui perangkat
kebendaan.”

Selanjutnya, yang mengagumkan adalah bahwa ternyata
membaca dan “menulis” adalah merupakan perintah pertama
dan wahyu permulaan Allah SWT. yang disampaikan kepada
Nabi Muhammad SAW. pada awal kenabian. Dan tidak dapat
disangkal lagi bahwa penerimaan seni kaligrafi yang merata di
kalangan umat Islam disebabkan oleh pengaruh motivasi Al-
Qur`an untuk mempelajarinya. Pena, tinta, dan kertas adalah
materi pokok untuk menyalurkan sapuan kaligrafi. Ayat-ayat Al-
qur`an dan sabda-sabda Nabi Muhammad SAW. berulang-ulang
menyebut fadillah atau keutamaan benda-benda tersebut.

16

SUMBER RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni
_khat

 https://dokumen.tips/documents/to
koh-khat.html?page=2

 https://noviannopek.blogspot.com/
2021/10/jenis-jenis-tulisan-khat-
jawi.html

 http://journalarticle.ukm.my/13685/
1/28326-90448-7-PB.pdf

17


Click to View FlipBook Version