The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by roysieothman, 2021-09-16 10:50:29

KELAB DOKTOR MUDA

PENJAGAAN GIGI

KELAB DOKTOR MUDA

Kesihatan Pergigian

Gigi dan gusi perlu dikekalkan dalam
keadaan sihat sepanjang hayat untuk
pengunyahan makanan dan pertuturan
yang jelas. Ia dapat menambah keyakinan
dan kecantikan paras rupa.

Manusia mempunyai dua peringkat

perkembangan gigi iaitu gigi susu dan gigi

20kekal. Gigi susu berjumlah batang.

Gigi susu akan digantikan secara
berperingkat dengan gigi kekal yang

berjumlah 32 batang.

i. Karies gigi
• Gigi yang berlubang atau rosak.

ii. Penyakit gusi / periodontol
• Gusi yang mudah berdarah, merah dan bengkak. Plak adalah selaput bakteria
yang melekat pada permukaan gigi. Ia mengandungi berbagai jenis bakteria.
Bakteria dalam plak boleh menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi.

iii. Gigi tidak teratur (maloklusi)
• Keadaan gigi yang tidak tersusun.
• Disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
- Kehilangan gigi susu terlalu awal.
- Keturunan.
- Tabiat buruk seperti menghisap jari dan menggigit pensel
atau objek lain.
• Akibatnya :
- Gigi sukar digosok dengan berkesan.
- Masalah mengunyah dengan sempurna.
- Penampilan diri terjejas.
- Makanan mudah terperangkap di celahan gigi.

iv. Mulut berbau



Memberus gigi dengan sempurna setiap hari dengan ubat gigi
berfluorida dan berus gigi yang sesuai.

• Mengamalkan pemakanan yang sihat.
• Mengurangkan kekerapan pengambilan makanan atau
minuman manis /bergula.
• Mendapatkan pemeriksaan oral sekurang-kurangnya
sekali setahun.
• Berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur

malam.
• Berkumur selepas makan.
• Gunakan flos gigi untuk membersihkan
celahan gigi.
• Kurangkan pengambilan makanan atau
minuman yang mengandungi gula.



Berikut adalah cara memberus gigi dengan berkesan untuk
mengeluarkan plak dari semua permukaan gigi

i. Berus setiap permukaan gigi di rahang atas dan bawah.
ii. Berus permukaan luar dan dalam di bahagian belakang gigi atas.
iii. Berus bahagian luar dan dalam di bahagian hadapan gigi atas.
iv.Berus permukaan mengunyah gigi atas.

v. Ulangi langkah ii-iv bagi gigi bawah.
vi.Bersihkan permukaan atas lidah dengan

berus gigi.



Menggunakan flos dapat membantu menjaga kebersihan gigi. Ia dapat
mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara gigi
Yang tidak boleh dibersihkan ketika memberus gigi.

a. Kekerapan menggunakan flos gigi
• Sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.

b. Panduan menggunakan flos gigi
• Lilitkan sepanjang 18 inci flos di jari hantu dan pegang bahagian 1 inci dengan

tegang.
• Arahkan flos dengan lembut di celah gigi anda. Gerakkan ke

atas dan ke bawah beberapa kali dan lengkokkan keliling
gigi dan tepi garisan gusi.
• Gunakan flos untuk membersih gigi
belakang yang akhir.
• Buka flos yang bersih dari lilitan jari
dan teruskan membersih gigi.

• Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul.
• Teknik yang salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi.
• Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi

ketika mula menggunakan flos. Jika pendarahan
masih berlaku selepas seminggu menggunakan
flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.

KUIZ
KELAB DOKTOR MUDA

KUIZ K E L A B D O K T O R M U D A

KUIZ K E L A B D O K T O R M U D A



DI SEDIAKAN OLEH:
KELAB DOKTOR MUDA

SK PUNCAK ALAM 2


Click to View FlipBook Version