The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahani5150mh, 2023-08-01 06:33:24

NotaGrafikKOMSAS ting 4

NotaGrafikKOMSAS ting 4

1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Antologi dan Novel Puisi Tradisional Syair Bidasari Persoalan 1. Keistimewaan dan kehebatan seseorang raja. 2. Kasih sayang suami isteri. 3. Malang tidak berbau. Nilai Keadilan Kasih sayang Kerjasama Pengajaran 1. Seseorang raja mestilah bersikap adil dan saksama dalam mentadbir negerinya. 2. Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. 3. Kita mestilah bertindak dengan pantas dan bijak untuk mengatasi sesuatu masalah. Puisi Tradisional Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) Persoalan 1. Kebaikan menjaga penglihatan, pendengaran, dan percakapan. 2. Keburukan jika makan terlalu kenyang. Nilai Hemah tinggi Kesyukuran Rasional Pengajaran 1. Kita hendaklah menjaga anggota tubuh atau pancaindera supaya terhindar daripada melakukan perbuatan buruk. 2. Kita hendaklah berfikiran rasional dalam melakukan sebarang tindakan. 3. Kita hendaklah memupuk sifat baik dalam diri seperti tidak makan sehingga terlalu kenyang. Nota Grafik KOMSAS Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 1 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2 Puisi Moden Sang Gembala Kuda Persoalan 1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja. 2. Berani menghadapi cabaran. 3. Kekuasaan dan kehebatan sebagai penguasa. Nilai Keberanian Kerajinan Berdikari Pengajaran 1. Kita mestilah rajin bekerja asalkan pekerjaan itu halal. 2. Kita mestilah menyayangi makhluk Tuhan yang lain, contohnya haiwan. 3. Kita hendaklah berjuang dan berusaha untuk menegakkan kebenaran. 4. Kita hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan amanah, jujur, dan cekap. Puisi Moden Aku Membaca Lagi Persoalan 1. Kebesaran Tuhan. 2. Kepentingan dan peranan bahasa Melayu. Nilai Kesyukuran Kasih sayang Patriotisme Pengajaran 1. Kita mestilah menghargai ciptaan Tuhan dan mengakui kebesaran-Nya. 2. Kita mestilah menyayangi bahasa ibunda sendiri. 3. Kita hendaklah berusaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara kita. Puisi Moden www.sibermerdeka.com.my Persoalan 1. Setiap orang melalui pelbagai dugaan hidup. 2. Kekuatan iman dan semangat dalam mengharungi dugaan hidup. 3. Setiap manusia melalui perubahan hidup. Nilai Berdikari Keberanian Rasional Ketabahan Ketaatan Pengajaran 1. Kita haruslah tabah menghadapi setiap rintangan dan dugaan hidup. 2. Kita hendaklah berusaha untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. 3. Kita mestilah berusaha untuk mengukuhkan iman dan menambahkan amalan kita. 4. Kita janganlah mudah berputus asa apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 2 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Puisi Moden Gelanggang Persoalan 1. Jasa pejuang kemerdekaan dahulu. 2. Mempertahankan kedaulatan negara. 3. Berani berjuang. 4. Kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. 5. Bekerjasama dalam memajukan negara. Nilai Kesyukuran Keberanian Patriotisme Kerjasama Semangat bermasyarakat Pengajaran 1. Kita hendaklah sanggup berkorban tenaga dan nyawa demi keutuhan tanah air tercinta. 2. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara ini. 3. Kita mestilah bekerjasama dan menghindarkan persengketaan supaya kestabilan dan keharmonian negara dapat dipertahankan. 4. Kita hendaklah berani menentang sebarang anasir yang dapat menggugat kestabilan dan keharmonian negara kita. Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan Persoalan 1. Sifat membalas dendam. 2. Kemahiran ilmu persilatan yang tinggi dalam kalangan perajurit. 3. Kegiatan merompak dan mencuri sebagai pekerjaan atau sumber pendapatan. 4. Peranan Melaka sebagai pusat perdagangan terunggul. 5. Kebijaksanaan akal dalam usaha menewaskan musuh. 6. Sikap hemah tinggi seorang laksamana. Nilai Kasih sayang Kerjasama Kebijaksanaan Keadilan Hemah tinggi/Pemurah Pengajaran 1. Kita hendaklah bekerjasama untuk memudahkan dan menyelesaikan sesuatu pekerjaan. 2. Kita mestilah mempertahankan tanah air kita daripada anasir-anasir jahat. 3. Kita mestilah ikhlas apabila memberikan sesuatu kepada orang lain. 4. Kita hendaklah bertindak dengan bijak untuk mengatasi sesuatu masalah. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 3 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 4 Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja Persoalan 1. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan. 2. Ketidakadilan sentiasa wujud dari zaman ke zaman. 3. Penghargaan terhadap pengorbanan datuk nenek. 4. Rajin dan usaha tangga kejayaan. 5. Kebergantungan pengusaha kepada pihak lain untuk membiayai modal. Nilai Bantu-membantu Kasih sayang Rasional Kegigihan Setia kawan Ketabahan Pengajaran 1. Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan. 2. Kita hendaklah bantu-membantu bagi memudahkan sesuatu urusan. 3. Kita hendaklah menyokong dan menyahut dasar-dasar kerajaan demi kemajuan bangsa dan negara. 4. Kita hendaklah bersabar dan tabah menghadapi cabaran hidup. Cerpen Munsyi Persoalan 1. Penghijrahan ke kota dalam kalangan anak muda demi kelangsungan hidup. 2. Kepentingan mempertahankan bahasa ibunda. 3. Strategi kuasa asing untuk memecah-belahkan penduduk di sesebuah negara. 4. Kepentingan mempelajari sejarah. 5. Keruntuhan jati diri dalam kalangan generasi muda di kota. 6. Pembangunan meranapkan warisan bangsa. Nilai Ketaatan Kasih sayang Hormat-menghormati Patriotisme Pengajaran 1. Kita wajar berhijrah untuk mencari penghidupan yang lebih baik. 2. Kita hendaklah menyayangi bangsa dan bahasa ibunda kita. 3. Kita mestilah berusaha untuk memupuk perpaduan agar dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. 4. Kita mestilah sentiasa mengamalkan ajaran agama dan menjaga tingkah laku di mana-mana sahaja kita berada. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 4 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Persoalan 1. Perancangan belanjawan amat penting sebelum seseorang melancong. 2. Ingatan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. 3. Persediaan menghadapi masalah di tempat orang. 4. Sikap manusia tidak dapat diduga. 5. Usaha mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. 6. Sayang akan haiwan. Nilai Murah hati Baik hati Keprihatinan Hormat-menghormati Rasional Keikhlasan Kesederhanaan Kasih sayang Pengajaran 1. Kita mestilah ikhlas apabila memberikan sesuatu kepada orang lain. 2. Kita hendaklah berusaha dengan rajin dan tidak mudah berputus asa dalam mengharungi kehidupan. 3. Janganlah kita sombong dan bermegah-megah dengan kemewahan serta kemodenan dunia. 4. Kita hendaklah menyayangi alam sekitar, termasuklah haiwan. 5. Kita hendaklah berwaspada apabila berada di tempat orang demi kesihatan dan keselamatan diri kita. Drama Berkhidmat untuk Negara Persoalan 1. Kesukaran membentuk remaja ke arah positif kerana sudah biasa hidup mewah dan manja. 2. Kesibukan ibu bapa bekerja untuk mencari harta, pangkat, dan kemewahan hidup. 3. Ibu bapa yang sibuk bekerja tetapi masih mengambil berat terhadap keluarga. 4. Sikap remaja yang tidak menghormati orang lain. 5. Patriotisme dalam kalangan remaja. Nilai Jujur dan amanah Baik hati Kasih sayang Rasional Patriotisme Pengajaran 1. Kita mestilah menjalankan tugas dengan amanah. 2. Kita hendaklah ikhlas apabila memberikan nasihat dan pengetahuan kepada orang lain. 3. Kita hendaklah sentiasa berfikiran positif agar dapat menjalani kehidupan dengan gembira. 4. Kita hendaklah menghormati orang lain, lebih-lebih lagi orang yang lebih tua daripada kita. 5. Kita hendaklah mencintai tanah air kita. 6. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 5 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 6 Novel Jendela Menghadap Jalan Tema Pengalaman pahit manis seorang gadis dalam menempuh cabaran baharu dalam hidupnya. Lili menempuh beberapa pengalaman baharu semasa berada di kampung datuk dan neneknya seperti kepercayaan masyarakat generasi lama dan generasi baharu terhadap rawatan tradisional, masalah keganasan rumah tangga, dan pertelingkahan penduduk. Persoalan Kasih sayang seorang ibu akan anak kandungnya. Nenek kasih akan anaknya, iaitu ibu Lili. Demikian juga dengan ibu Lili yang kasih akannya. Che Jah juga kasih akan anak-anaknya, iaitu Rafiq dan Haziq. Persaingan perubatan tradisional dengan perubatan moden. Sebagai pengamal perubatan tradisional, datuk Lili begitu taksub akan perubatan tradisional. Dia gigih mendapatkan akar-akar kayu untuk membuat ubat. Dia juga berasa kecewa apabila pesakitnya semakin berkurangan disebabkan mereka mula beralih kepada kaedah rawatan moden. Masalah perpaduan dalam kalangan penduduk kampung. Penduduk Kampung Sentosa gagal mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah pemasangan kubah, iaitu sama ada dipasang pada bumbung surau yang sudah usang atau pada bumbung masjid baharu yang masih belum dibina. Keganasan rumah tangga. Seman yang panas baran, kaki judi, dan pemabuk sering bersikap ganas kepada isterinya, Che Jah dan anak-anaknya dengan memukul mereka. Kepentingan ilmu dalam kehidupan. Lili, Danel, dan Geetha merupakan generasi muda yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas. Binaan Plot Permulaan Lili pulang ke kampung datuk dan neneknya dengan menaiki bas. Dalam perjalanan, Lili berkenalan dengan Geetha. Di kampung itu, Lili hairan apabila melihat hampir semua rumah yang mempunyai jendela yang menghadap jalan. Datuk Lili sering menceritakan keberkesanan perubatan tradisional dalam menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. Neneknya pula membawa Lili ke kedai Lecthumi. Di sana, Lili bertemu dengan Geetha. Perkembangan Danel datang ke rumah datuk Lili bersama-sama ayahnya, William Ng. Danel memberitahu Lili bahawa ayahnya menghidap penyakit kencing manis. Danel juga memberitahu masalah yang dihadapi oleh masyarakat di situ ketika itu, iaitu pergaduhan tentang isu pembinaan masjid baharu dan meletakkan kubah di atas bumbung surau. Datuk Lili tersinggung dan terkilan apabila Danel bertegas ingin membawa ayahnya berubat secara moden dan menghentikan rawatan tradisional yang sudah lama dilakukan oleh datuk. Dalam perjalanan pulang dari bandar dengan Danel, Lili dijadikan tebusan dan disembunyikan di dalam sebuah pondok oleh Rafiq yang terdesak untuk melarikan diri kerana dikejar oleh penduduk kampung. Danel menyelamatkan Lili pada waktu malam tanpa sebarang kecederaan. Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah. Che Jah dan anak-anaknya hidup menderita kerana sering dipukul oleh suami Che Jah yang panas baran, kaki judi, dan pemabuk. Lili meminta Kak Hamimah yang bertugas di Jabatan Kebajikan Masyarakat membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialami oleh Che Jah dan anak-anaknya. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 6 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Klimaks Suasana di kampung itu riuh-rendah apabila kubah surau didapati hilang. Penduduk kampung menuduh Rafiq dan Haziq yang mencuri kubah tersebut. Datuk melindungi mereka dengan membawa mereka ke rumahnya. Kes keganasan keluarga Che Jah berjaya diselesaikan dengan bantuan Kak Hamimah. Suami Che Jah juga berjaya ditangkap. Pemuda kampung berkumpul di halaman rumah datuk untuk menunjuk perasaan. Mereka mengatakan datuk berpakat dengan Sugi yang mencadangkan pembangunan di kampung mereka. Datuk ke pejabat daerah untuk menyelesaikan hal tersebut. Peleraian Penduduk kampung bersetuju untuk membina sebuah masjid baharu. Rafiq dan Haziq mula bersekolah semula. Lili pulang ke bandar dengan dijemput oleh ibunya. Datuk menceritakan sejarah rumah yang mempunyai jendela menghadap jalan kepada Lili. Dia dan nenek juga menceritakan sejarah kehidupan mereka yang panjang sehingga mereka bertemu dan menetap di Kampung Sentosa itu. Watak dan Perwatakan Lili (Watak utama) 1. Penyayang – Lili menyayangi ibu bapanya dan datuk neneknya. 2. Bijak – Lili sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, contohnya, subjek Sejarah. 3. Amanah – Lili segera menghulurkan wang yang dikirim oleh ibunya kepada neneknya itu. 4. Amat mementingkan penjagaan kesihatan – Dia sering memilih makanan dan minuman yang betul. 5. Prihatin – Lili prihatin akan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah. 6. Pemaaf – Lili memaafkan kesalahan Rafiq yang menculik dan menyembunyikannya di sebuah pondok kerana dia tahu bahawa Rafiq terdesak pada masa itu. Haji Abdul Rahman 1. Berpegang kuat pada ajaran agama dan rajin beribadat – Dia mengetahui ilmu agama secara mendalam dan sentiasa berzikir selepas solat. 2. Baik hati – Dia membenarkan Seman bekerja di kebunnya dan memberikan wang kepada Seman walaupun tidak pernah dibayar oleh Seman. 3. Bijak dalam membuat tindakan – Dia menghadapi tuduhan orang kampung sebagai pengkhianat bangsa dengan bijak, iaitu dia pergi ke pejabat daerah untuk menceritakan perkara sebenar. Latar Latar Tempat Kampung Sentosa Lili menghabiskan cuti persekolahannya di kampung ini bersama datuk dan neneknya. Pekan Sentosa Bas ekspres dari Kuala Lumpur menurunkan Lili di pekan ini sebelum dia diambil oleh Rashid untuk ke rumah datuk dan neneknya. Rumah datuk Geetha datang dan tidur di rumah datuk Lili selama dua malam. Pondok buruk Haziq dan Rafiq menyembunyikan Lili di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 7 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 8 Latar Masa Maghrib Melalui sebuah jendela, Lili melihat sebuah lori membawa sebuah kubah di puncaknya sewaktu menjelang Isyak. Pagi Lili ke rumah Che Jah untuk bertanyakan khabar Haziq. Latar Masyarakat Masyarakat yang mengalami masalah rumah tangga Che Jah dan anak-anaknya sering dipukul oleh Seman. Masyarakat yang prihatin akan kesusahan orang lain Lili berusaha untuk membantu Che Jah yang berhadapan dengan masalah keganasan rumah tangga. Masyarakat remaja yang bersatu padu dan berwawasan Lili, Geetha, dan Danel bersedia untuk menghulurkan bantuan sama ada dari segi tenaga atau buah fikiran untuk kebaikan masyarakat. Masyarakat yang taat akan perintah agama Datuk dan nenek Lili menunaikan solat dan rajin beribadat sunat seperti melakukan wirid dan zikir. Masyarakat remaja yang berhadapan dengan gejala sosial Haziq dan Rafiq ketagihan dadah. Nilai Murni Kasih sayang Lili menyayangi ibu bapanya serta datuk dan neneknya. Bertanggungjawab Haji Abdul Rahman bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dan orang tua dalam kalangan penduduk Kampung Sentosa. Bijaksana Lili, Geetha dan Danel bijak menyelesaikan sesuatu masalah dalam masyarakat termasuk mengusulkan cadangan pembinaan masjid baharu di Kampung Sentosa. Keberanian Danel berani menyelamatkan Lili yang disembunyikan oleh Rafiq dan Haziq di dalam sebuah pondok di sebuah hutan. Pengajaran Kita hendaklah membantu orang lain yang menghadapi masalah. Lili berusaha untuk membantu Che Jah yang mengalami masalah rumah tangga akibat daripada sikap ganas suaminya. Kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama. Datuk dan nenek berpegang teguh pada ajaran agama. Kita hendaklah bersatu padu dalam menangani sebarang masalah. Sikap penduduk Kampung Sentosa yang tidak bersatu padu dalam menangani isu pemasangan kubah hendaklah kita jauhi. Kita hendaklah membina perpaduan tanpa dipengaruhi oleh prasangka perkauman. Lili, Geetha, dan Danel mengamalkan perpaduan tanpa dipengaruhi oleh prasangka kaum. Kita hendaklah berusaha untuk membina keluarga yang bahagia. Kegagalan Seman membina keluarga bahagia yang berpunca daripada sikap panas baran, kaki judi, dan pemabuk janganlah kita ikuti. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 8 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Tema Pengorbanan perajurit mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Persoalan Patriotisme dalam kalangan pejuang negara. Leftenan Adnan dan para pejuang terdahulu bermati-matian menentang penjajah/musuh negara. Kasih sayang suami isteri. Leftenan Adnan dan Sophia saling menyayangi. Sikap penjajah yang mementingkan diri. Penjajah Inggeris dan penjajah Jepun mengutamakan kepentingan mereka apabila menjajah Tanah Melayu. Kepentingan ilmu pengetahuan yang diseimbangkan dengan ilmu agama. Pak Saidi dan Mak Milah memberi pendidikan agama dan ilmu persilatan kepada anak-anak mereka, selain itu mereka turut memberikan pendidikan formal kepada ketiga-tiga orang anak mereka dengan menyekolahkan mereka di sekolah Inggeris. Binaan Plot Permulaan Novel dimulakan dengan kisah hidup Adnan dan keluarganya di Kampung Sungai Ramal. Ayahnya, Pak Saidi menoreh getah, mengusahakan tanaman padi, dan mengurus dusun buah-buahan sebagai punca rezeki mereka. Sejak kecil, Adnan bercita-cita ingin menjadi askar. Pak Saidi menyekolahkan Adnan di sekolah Inggeris. Perkembangan Setelah menamatkan pengajiannya, Adnan menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Pada masa yang sama, dia tetap berhasrat ingin mencapai cita-citanya. Dia berjaya dalam temu duga untuk menyertai latihan ketenteraan di Port Dickson. Setelah tamat latihan, Adnan diarahkan bertugas di Singapura. Dia kemudiannya berkahwin dengan Sophia dan mempunyai anak-anak. Adnan juga dinaikkan pangkat sehingga berjaya menjawat jawatan Leftenan atas kecemerlangannya dalam kerjayanya. Klimaks Peristiwa Perang Dunia Kedua menyebabkan Leftenan Adnan terus berjuang demi mempertahankan tanah air sehingga titisan darah terakhir. Leftenan Adnan diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun. Ramai tentera Rejimen Askar Melayu turut terkorban. Pak Saidi juga dibunuh oleh tentera Jepun. Peleraian Jepun akhirnya menyerah kalah setelah Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Sophia telah berkahwin dengan Ustaz Ridzwan dan menjalani kehidupan yang bahagia bersama anak-anaknya. Sophia akhirnya meninggal dunia setelah menderita sakit leukemia. Watak dan Perwatakan Leftenan Adnan (Watak utama) 1. Anak sulung Pak Saidi dan Mak Milah. 2. Mempunyai dua orang adik, iaitu Ahmad dan Amarullah. 3. Bertanggungjawab – Semasa kecil, membantu ayahnya di kebun getah. 4. Patuh – Patuh akan kehendak ayahnya yang memasukkannya belajar di sekolah Inggeris. Dia juga patuh akan setiap arahan ketuanya sepanjang berkhidmat sebagai askar Melayu. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 9 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 10 5. Berani menyahut cabaran – Murid yang pertama mendaftar untuk menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris meskipun dia tidak begitu fasih. Demikian juga semasa Jepun menyerang kubunya bertali arus, Adnan sekali-kali tidak menyerah kalah kerana menganggap peristiwa itu sebagai cabaran yang mesti ditempuhinya. 6. Bijaksana – Bijak mengesan muslihat musuh, seperti mengintip Samad kerana mengesyaki Samad bekerjasama dengan Jepun dan akhirnya terbukti bahawa telahannya tepat. 7. Taat akan ajaran agama – Menunaikan solat setiap kali tiba waktunya. 8. Patriotik – Berjuang bermati-matian untuk mempertahankan negara sehingga sanggup mengorbankan nyawa sendiri. Pak Saidi 1. Suami Mak Milah dan bapa Adnan, Ahmad, dan Amarullah. 2. Bertanggungjawab – Melakukan pelbagai pekerjaan kampung untuk mendapatkan wang bagi memastikan anak-anaknya mendapat keperluan yang secukupnya. Dia juga bertanggungjawab memberikan pendidikan agama, seni mempertahankan diri, dan pendidikan formal kepada anak-anaknya supaya anak-anaknya memperoleh pendidikan yang secukupnya. 3. Tegas/Tetap pendirian – Tidak mempedulikan kata-kata/pandangan serong penduduk kampung terhadapnya atas tindakannya menghantar anak-anaknya belajar di sekolah Inggeris. 4. Penyayang – Sangat menyayangi keluarganya dan sering meluangkan masa dengan anakanaknya dengan bercerita tentang kehebatan tokoh-tokoh pejuang terdahulu. 5. Berani – Oleh sebab beliau mewarisi darah pahlawan, Pak Saidi berani berhadapan dengan tentera Jepun yang hendak menangkapnya sehingga berjaya membunuh lima orang tentera Jepun dan mencederakan yang lain. 6. Patriotik – Sanggup mati ditembak oleh tentera Jepun daripada menyerah kalah. Jeneral Tomoyuki Yamashita 1. Dia pegawai pemerintah tentera Jepun. 2. Dia bertanggungjawab dalam perancangan dan strategi Jepun menakluki Tanah Melayu. 3. Pendendam – Mengarahkan Jeneral Renya Mutuguchi menjejaki keluarga Leftenan Adnan untuk melunaskan dendamnya kepada Leftenan Adnan yang berjaya membunuh ramai tentera Jepun. 4. Kejam – Mengarahkan tenteranya menyeksa Leftenan Adnan dengan menggantungnya pada pokok ceri dan menikamnya bertubi-tubi. Selepas mati, mayat Leftenan Adnan ditikam sehingga hancur. Latar Latar Tempat Rumah Pak Saidi Tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Pak Saidi dan Mak Milah. Sekolah Inggeris Sungai Ramal Tempat Adnan dan adik-adiknya menuntut ilmu secara formal. Di sekolah inilah, Adnan menyertai pertandingan syarahan sehingga muncul sebagai juara. Pangkalan Bukit Candu Tempat Adnan menyambut ketibaan Kapten Rix yang akan mengetuai pasukan menentang kemaraan tentera Jepun bagi mempertahankan Pangkalan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Rumah usang di Bukit Candu Tempat Samad dan beberapa orang tentera Jepun diserang hendap dan ditembak oleh Leftenan Adnan dan pasukannya sehingga mengorbankan nyawa mereka. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 10 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Latar Masa Waktu pagi Pak Saidi ditemu duga oleh guru besar sekolah Inggeris, Steward sebelum beliau menerima kemasukan Adnan di situ. Waktu tengah hari Berlaku pertarungan tinju antara Adnan dengan Budin yang berpunca daripada kekalahan pasukan Budin dalam perlawanan bola sepak menentang pasukan Adnan. Waktu petang Pak Saidi dan Adnan membersihkan kebun mereka sambil Pak Saidi menceritakan kepahlawanan moyangnya, Datuk Siamang Gagap menentang Inggeris kepada Adnan. Waktu malam Pak Saidi bercerita kepada Mak Milah tentang sebab-sebab kerajaan Melayu Melaka mengalami kekalahan. Latar Masyarakat Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung Penduduk Kampung Sungai Ramal hidup secara kolektif tetapi mudah terpengaruh akan anggapan buruk yang disebarkan oleh pihak tertentu, seperti bimbang Adnan akan murtad apabila belajar di sekolah Inggeris lalu mereka meminta Tuk Ketua menasihati Pak Saidi. Masyarakat askar Melayu Askar Melayu memiliki semangat juang yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Leftenan Adnan dan rakan-rakannya. Masyarakat tentera Jepun Tentera Jepun mempunyai disiplin, ketaatan, dan semangat juang yang tinggi serta sanggup berkorban demi maharaja mereka. Nilai Murni Kasih sayang Keluarga Pak Saidi dan Mak Milah serta anak-anak mereka, iaitu Adnan, Ahmad, dan Amarullah saling menyayangi. Keberanian Leftenan Adnan berani menghadapi ancaman tentera Jepun sehingga beliau tidak mahu menyerah kalah walaupun nyawanya terancam. Demikian juga dengan Pak Saidi yang berani menghadapi beberapa orang askar Jepun yang ingin menangkapnya. Patriotisme Leftenan Adnan, Koperal Yaakub, Mamat, Nordin, dan beberapa orang askar Melayu termasuk adik-adik Leftenan Adnan sendiri mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Atas semangat itulah, mereka sanggup mempertahankan negara bermati-matian daripada serangan Jepun. Demikian juga dengan pahlawan-pahlawan yang terdahulu seperti Mat Kilau, Tuk Janggut, Datuk Sagor, dan Datuk Maharajalela yang berani menentang penjajah walaupun mereka serba kekurangan dari segi peralatan senjata yang moden. Rasional Apabila pasukan bola sepak Kampung Sungai Merab kalah kepada pasukan Kampung Sungai Ramal, Adnan dan Budin bertoleransi bagi mengelakkan mereka bertinju yang akhirnya dapat membawa kesan yang lebih buruk. Mereka secara rasional memilih untuk menunjukkan aksi mereka bagi mengelakkan mereka bertinju. Keinsafan Nordin yang begitu nakal semasa kecil dan remajanya berubah menjadi baik selepas dia bergaduh dengan Adnan. Dia insaf atas kesalahannya, malahan dia kemudiannya turut menjadi tentera seperti Adnan. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 11 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 12 Pengajaran Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan. Adnan mempelajari ilmu persilatan dan menghadiri temu duga askar Melayu kerana sejak kecil keinginannya mahu menjadi askar. Kita hendaklah bersatu hati untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Leftenan Adnan dan askar Melayu yang lain bersatu hati menghadapi serangan tentera Jepun sehingga mereka berupaya untuk melambat-lambatkan kemaraan tentera Jepun daripada menguasai Bukit Candu. Kita haruslah berani berkorban untuk mempertahankan negara. Leftenan Adnan dan pasukan askar Melayu berani berkorban masa, tenaga, bahkan nyawa mempertahankan negara daripada jatuh ke tangan Jepun. Kita hendaklah patuh akan ajaran dan nasihat ibu bapa. Sejak kecil, Adnan dan adik-adiknya mempelajari ilmu agama dan ilmu persilatan yang diberikan oleh ibu bapa mereka dan belajar di sekolah secara formal mengikut kemahuan Pak Saidi. Novel Di Sebalik Dinara Tema Persaingan antara saintis dalam dunia sains. Dua orang saintis, iaitu Karl dan Marilyn (Medina) bersaing sengit dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya, Karl dapat menerima Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Namun demikian, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu apabila menyedari Marilyn lebih hebat daripadanya. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi separuh gila. Marilyn berdendam kepada Karl lalu menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl, iaitu Dinara. Persoalan Kecanggihan sains dan teknologi. Soft Lab (M) Sdn. Bhd. yang dibina oleh Karl, mempunyai kelengkapan dan sistem keselamatan yang serba canggih. Kasih sayang sesama ahli keluarga. Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik. Ketaasuban sesetengah individu mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan. Karl terlalu taasub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga mengorbankan ramai manusia untuk menjadikan mereka sebagai bahan kajiannya. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Karl tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah dengan baik. Binaan Plot Permulaan Farisha berkenalan dengan Aqram di dalam kapal terbang dari Senai ke Kuala Lumpur dan berjumpa semula semasa menghadiri simposium keesokan harinya. Aqram menawarkan projek mini yang bernilai tinggi di Soft Lab kepada syarikat milik Farisha. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 12 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Perkembangan Farisha dibawa oleh Aqram untuk berkenalan dengan Dr. Maxi dan saintis hebat bernama Karl. Seterusnya, Farisha memulakan tugasnya untuk menggodam sistem Dinara di Soft Lab dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat yang berkaitan dengan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik yang bernama Medina. Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui dirinya hanya anak angkat. Keesokannya, Farisha pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskannya. Aqram, Khairul Anwar, dan Dr. Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Semasa sesi itu berlangsung, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia merontaronta dan membanting diri kerana mengalami kejutan akibat situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk menggodam sistem Dinara bagi menyelamatkan sistem itu daripada virus yang telah disusup masuk. Klimaks Medina menerjah masuk ke bilik Dr. Maxi bersama-sama Farisha dan dua orang pembantunya. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl (Shida). Farisha mengetahui dirinya anak Karl. Suasana di pejabat Dr. Maxi sangat tegang. Dr. Maxi menerima panggilan telefon daripada Dr. Haris. Karl sedang tenat di rumahnya. Peleraian Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung manakala yang lain reda akan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada pukul tujuh malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Watak dan Perwatakan Farisha Rizal (Watak utama) 1. Anak kandung Marilyn (Medina) dan Karl serta adik angkat Azraai. 2. Agak cantik dan bersopan santun. 3. Pemilik syarikat perkongsian, Secured Shell Sdn. Bhd. dan bekerja sebagai jurutera keselamatan sistem. Dia juga pakar penggodam sistem teknologi maklumat. 4. Genius – Hal ini demikian kerana pelbagai implan dan ubat dimasukkan oleh ayahnya, Karl ketika dia masih bayi. 5. Penyayang – Sangat sedih sehingga menangis apabila mengetahui abang angkatnya, Azraai menghidap penyakit jantung. 6. Berfikir dengan teliti dan berhati-hati dalam membuat keputusan – Tidak terus menerima tawaran projek daripada Soft Lab kerana curiga akan tawaran tersebut. Karl 1. Suami Rusmina (Alia) dan bapa kandung Farisha, hasil hubungannya dengan pekerjanya, Marilyn (Medina). 2. Saintis hebat yang telah berjaya mencipta pelbagai teknologi. 3. Pemilik syarikat Soft Lab (M) Sdn. Bhd. 4. Taasub akan penciptaan sains dan teknologi sehingga menyebabkan dirinya pemarah dan tidak suka akan kekalahan. Medina 1. Nama sebenarnya ialah Marilyn, berketurunan Portugal, cantik, putih, dan berambut keriting. 2. Nama asalnya ditukar menjadi Medina oleh Karl setelah dia bekerja di Soft Lab. 3. Ibu kandung Farisha, hasil hubungannya dengan Karl. 4. Bijak dan hebat dalam bidang sains – Banyak membantu dan bekerjasama dengan Karl dalam kerja-kerja penyelidikan. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 13 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 14 Latar Latar Tempat Lapangan Terbang Senai Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Bilik kerja Farisha di Soft Lab Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Rumah agam Karl di Puchong Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu dengan Dr. Maxi bagi membincangkan projek mini Soft Lab. Rumah Azraai Farisha mengunjungi Azraai sekeluarga untuk makan malam. Latar Masa Waktu malam Farisha sampai di hadapan pintu apartmennya pada pukul 10.00 malam. Dia cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Waktu pagi Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya kerana mereka telah berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Waktu itu pukul 8.15 pagi. Waktu petang Pada pukul 4.30 petang, Shida bertemu dengan Dr. Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba pengsan di tempat kerja. Latar Masyarakat Masyarakat saintis yang taasub akan teknologi Karl dan Medina saintis hebat yang gigih berusaha untuk mencipta pelbagai rekaan bagi kepuasan diri mereka. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga Azraai dan Farisha saling menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain. Masyarakat yang celik ilmu teknologi maklumat Farisha, Medina (Marilyn), dan Karl mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang teknologi maklumat. Nilai Murni Kesyukuran Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Kasih sayang Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya, Farisha sehingga sanggup memasang retinal scanner dan interkom di apartmen Farisha yang bersambung ke rumahnya. Kebijaksanaan Farisha sangat bijak dalam bidang teknologi. Kegigihan Medina (Marilyn) gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Kepatuhan Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh akan arahan ketua mereka, iaitu Dr. Maxi dan Karl walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Bekerjasama Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat perkongsian mereka, iaitu Secured Shell. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 14 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Novel Pengajaran Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita. Azraai dan Farisha sayang-menyayangi walaupun mereka hanyalah adik-beradik angkat. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia. Sikap Karl dan Marilyn yang saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat sendiri janganlah kita ikuti. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan. Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Soft Lab untuk projek mini bernilai tinggi. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik. Dr. Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl, iaitu mencari Farisha sehingga berjumpa dengan bantuan Aqram dan Khairul Anwar. Novel Pantai Kasih Tema Kemelut jiwa yang dialami akibat peristiwa yang berlaku pada masa lalu. Kesemua watak utama dalam novel ini, iaitu Doktor Raiha, Doktor Uwang, dan Felicia mengalami kemelut jiwa akibat peristiwa yang berlaku terhadap mereka. Doktor Raiha mengalami kemelut jiwa akibat pergaduhan dengan suaminya dan kematian anaknya. Manakala, Doktor Uwang pula mengalami kemelut jiwa kerana kematian anak Doktor Raiha dan Felicia pula mengalami kemelut jiwa kerana kesilapannya tidak tampil dalam kes kematian yang membabitkan anak Doktor Raiha. Persoalan Pentingnya etika kejujuran dan amanah dalam sesuatu kerjaya. Doktor Raiha jujur dan komited terhadap tugasnya sedangkan Doktor Uwang mengejar keuntungan semata-mata. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Doktor Raiha kasih kepada anaknya, Rohayu yang mengalami sindrom Down. Dia tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu dan tidak bersetuju dengan cadangan suaminya untuk memberikan rawatan khas kepada anaknya. Kematian anaknya dalam satu kebakaran kereta milik suaminya amat menyedihkannya. Kebijaksanaan dalam menghadapi masalah hidup. Doktor Raiha bijak menangani masalahnya dan tidak membiarkan masalah itu menguasai dirinya. Binaan Plot Permulaan Persoalan bermain di fikiran Doktor Raiha tentang sebab pesakit yang bernama Unong Siron perlu menjalani pembedahan tulang pinggul sebanyak enam kali sedangkan lima pembedahan sebelum itu dijalankan oleh pakar ortopedik yang terkenal, iaitu Doktor Uwang. Pada masa yang sama, Doktor Raiha gelisah kerana memikirkan peristiwa hitam yang dialaminya bersama bekas suaminya, Doktor Sadiz. Perkembangan Muncul watak-watak lain yang menghadapi konflik dalaman masing-masing. Doktor Uwang dengan prinsipnya yang hanya mementingkan keuntungan yang diperoleh daripada kos rawatan para pesakit di PRPK, Felicia ketagihan ubat batuk untuk melupakan latar belakang hidupnya sebagai anak tidak sah taraf, dan ibu Unong Siron yang sedih kerana anaknya tidak sembuh-sembuh. Doktor Sadiz marah akan Doktor Raiha kerana enggan menggugurkan kandungannya meskipun sedar bahawa anak yang akan dilahirkan itu tidak normal. Isteri Doktor Uwang pula bersikap setia dan akur akan kata-kata suaminya padahal dia kecewa dan sedih kerana suaminya tidak mahu memiliki anak lagi, malahan merindui anak tunggal mereka yang dihantar oleh suaminya ke sekolah berasrama di luar negara. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 15 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 16 Klimaks Doktor Uwang mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar tembok garaj PRPK. Pergelangan tangan dan lututnya hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Tanpa kerelaannya, pembedahan dijalankan dengan menggunakan peralatan palsu dan bermutu rendah yang sebenarnya dibelinya khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan. Peleraian Felicia memohon keampunan daripada Doktor Raiha. Felicia disuruh oleh Doktor Sadiz untuk membeli petrol, kemudian dia dan Doktor Uwang memerhatikan Doktor Sadiz membakar kereta mewahnya. Kebetulan anak Doktor Raiha ada di situ lalu disambar oleh api. Doktor Raiha pasrah dan menganggap mereka mangsa keadaan. Watak dan Perwatakan Doktor Raiha (Watak utama) 1. Doktor pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih. 2. Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz dan ibu Rohayu. Kedua-duanya telah meninggal dunia. 3. Berusia tiga puluhan, berambut ikal separas bahu, berkulit putih, dan tinggi lampai. 4. Bertanggungjawab/komited terhadap tugasnya merawat pesakit – Berusaha untuk menyembuhkan pesakitnya, Unong Siron. 5. Penyayang – Sangat menyayangi anaknya meskipun anak itu tidak normal seperti orang lain. 6. Tegas – Menegur Felicia yang bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. 7. Pemaaf – Bersedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Felicia terhadapnya. Doktor Uwang 1. Anak Datu Ontong dan anak tiri Emi. Dia juga anak saudara Doktor Sadiz. 2. Berkahwin dengan seorang wanita yang jelita (dikenali sebagai Puan Uwang) dan mempunyai seorang anak. 3. Pakar bedah di pusat perubatan swasta yang diwarisinya daripada ayahnya sendiri, iaitu Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). 4. Bijak dan berbakat dalam menguruskan perniagaan – Sebaik-baik sahaja pengurusan PRPK diserahkan sepenuhnya kepadanya, dia menambahkan bilangan doktor dan wad. Bangunan diperbesar dan diperindah serta dilengkapi peralatan canggih. 5. Mata duitan – Mengenakan bayaran rawatan yang mahal kepada para pesakitnya. 6. Materialistik dan egois – Sejak mengambil alih PRPK, dia telah berjaya mengumpulkan lebih daripada lima puluh peratus saham pusat rawatan itu. Dia juga telah banyak mengumpulkan harta mewah, seperti banglo dan kereta Volvo 960 dan sangat gembira serta berbangga dengan pencapaiannya itu. Latar Latar Tempat Pusat Rawatan Pantai Kasih Felicia ditawan oleh seorang pemuda yang mengalami masalah mental. Rumah tumpangan Tempat kereta Porsche milik Doktor Sadiz terbakar yang menyebabkan kematian Rohayu yang merupakan anak kepada Doktor Raiha dan Doktor Sadiz. Latar Masyarakat Masyarakat berpendidikan dalam jurusan perubatan Sebahagian besar watak dalam novel ini menerima pendidikan dalam bidang perubatan, iaitu Doktor Raiha, Doktor Uwang, dan Doktor Sadiz, serta Felicia. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 16 11/01/2023 2:36 PM


Bahasa Melayu Ting. 4 KSSM KOMSAS Antologi 17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Masyarakat yang mementingkan kemewahan hidup Doktor Uwang amat mementingkan kemewahan hidup dengan memiliki kereta mewah dan rumah banglo yang besar. Demikian juga dengan Doktor Sadiz. Masyarakat yang mengalami masalah rumah tangga Doktor Raiha menghadapi masalah rumah tangga dengan Doktor Sadiz yang berpunca daripada kelahiran anak mereka yang cacat. Nilai Murni Kasih sayang Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya seperti yang digambarkan melalui perwatakan Doktor Raiha kepada anaknya, Rohayu dan perwatakan ibu Unong Siron. Kebijaksanaan Doktor Raiha bijak menyelesaikan kemelut dalam hidupnya dengan bertindak matang dalam setiap tindakannya. Bermaaf-maafan Doktor Raiha memaafkan Felicia walaupun dia berasa sedih akan kematian anaknya. Pengajaran Kita haruslah sabar menempuh cabaran hidup. Doktor Raiha bersabar dengan ujian yang dihadapinya, seperti kematian anak dalam kebakaran dan sikap suaminya yang panas baran. Kita mestilah jujur dan komited terhadap tugas dan tanggungjawab kita. Doktor Raiha bersungguh-sungguh dalam melakukan pembedahan terhadap Unong Siron kerana mahu memastikan Unong sihat dan dapat menyambung pengajiannya di luar negara. Kita mestilah berani mengakui kesilapan diri dan meminta maaf. Felicia meminta maaf daripada Doktor Raiha atas perbuatannya yang merahsiakan punca kematian anak Doktor Raiha. Komsas Antologi & Novel Hybrid BM TG4.indd 17 11/01/2023 2:36 PM


Click to View FlipBook Version