N-1 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Antologi dan Novel Puisi Tradisional Pantun Alam Remaja Maksud Rangkap 1 Anak berasa sangat gembira apabila melihat ibunya sudah pulang ke rumah. Rangkap 2 Perasaan bimbang anak lenyap apabila melihat ibunya pulang. Rangkap 3 Kepulangan ibunya menyebabkan perasaan anak-anak itu sangat gembira. Rangkap 4 Anak-anak itu bernyanyi sebagai tanda gembira. Rangkap 5 Hati mereka semakin gembira apabila melihat bapa mereka juga pulang. Rangkap 6 Perasaan mereka semakin gembira apabila mereka mendapat baju dan seluar. Rangkap 7 Mereka berharap agar sifat mereka itu tidak dimarahi kerana mereka masih kecil dan suka bermanja. Tema Hubungan kasih sayang yang akrab antara anak dengan ibu bapa. Persoalan Kepentingan ibu bapa bagi anak-anak. Anak-anak memerlukan perhatian daripada ibu bapa. Kesibukan ibu bapa dalam pekerjaan jangan sampai mengabaikan anak-anak. Sifat anak-anak yang suka bermain dan bermanja. Bentuk Pantun Gaya Bahasa • Pantun ini terdiri daripada 7 rangkap. • Setiap rangkap ada 4 baris. • Terdapat 3 hingga 5 patah kata dalam satu baris. • Terdapat 9 hingga 10 suku kata dalam satu baris. • Bentuk pantun terikat. • Inversi – sebarang tari kita tarikan sepatutnya kita tarikan sebarang tari • Peribahasa – besar hati • Hiperbola – hatiku besar bukan kepalang • Personifikasi – kumbang jati dibawa itik pulang petang Unsur Bunyi • Rima akhir abab kecuali rangkap kedua aaaa. • Aliterasi pengulangan konsonan n − sebarang nyanyi kita nyanyikan • Asonansi pengulangan vokal − sebarang tari kita tarikan Nilai Kasih sayang – perasaan kasih sayang yang utuh antara anakanak dengan ibu bapa Kesyukuran – anakanak bersyukur dengan kepulangan ibu bapa mereka ke rumah Keprihatinan – ibu bapa prihatin terhadap keperluan anak-anak mereka Toleransi – anak-anak bertoleransi dengan kesibukan ibu bapa mereka Pengajaran Kita hendaklah menyayangi keluarga kita kerana keluargalah yang membentuk individu yang bahagia. Ibu bapa haruslah bertanggungjawab terhadap anak-anak dengan mencurahkan kasih sayang dan membeli keperluan anak-anak. Ibu bapa haruslah meluangkan masa mereka bersama dengan anakanak untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak haruslah memahami kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menyara kehidupan mereka. Nota Grafik KOMSAS
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-2 Puisi Tradisional Pantun Kiasan Maksud Rangkap 1 Perbuatan membazir satu amalan yang rugi. Rangkap 2 Perantau biasanya akan merendah diri apabila berada di tempat orang. Rangkap 3 Sebelum mengingini sesuatu, ukurlah tahap kemampuan dan kebolehan diri kita. Rangkap 4 Kita janganlah mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Rangkap 5 Sikap seseorang yang sombong dan memandang rendah terhadap orang lain. Rangkap 6 Kita janganlah suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa. Rangkap 7 Sikap manusia yang sering berubah-ubah. Rangkap 8 Perasaan marah akan hilang apabila kita pandai memujuk orang yang marah itu. Rangkap 9 Perantau akan kembali ke tempat asalnya semula. Rangkap 10 Sesuatu berita itu tidak akan tersebar jika tiada asas kebenarannya. Rangkap 11 Kemampuan diri yang terhad. Rangkap 12 Jika ilmu masih kurang, janganlah melakukan sesuatu perkara yang sukar. Rangkap 13 Janganlah mengharapkan sesuatu yang masih belum pasti. Rangkap 14 Janganlah membawa sesuatu berita yang tidak benar. Rangkap 15 Janganlah berangan-angankan sesuatu yang sukar hendak dicapai. Rangkap 16 Penyesalan selepas mati kerana kurang amalan semasa hidup. Rangkap 17 Kecantikan diri tidak bermakna jika tiada budi bahasa. Tema Teguran terhadap sikap negatif masyarakatsepertisuka membazir, merendah diri, dan sikap membangga yang dapat menjejaskan kehidupan diri dan orang lain. Persoalan Amalan membazir merugikan diri dan keluarga. Perlunya sikap berbudi bahasa dalam kehidupan kita. Perlunya bersikap merendah diri apabila kita berada di tempat orang. Sikap sombong dan suka membangga diri akan memudaratkan diri. Bentuk Pantun Gaya Bahasa • Pantun ini terdiri daripada 17 rangkap. • Setiap rangkap ada 4 baris. • Bentuk pantun terikat. • Setiap baris terdiri daripada 4 hingga 5 patah kata. • Terdapat 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris. • Inversi – Ikan busuk jangan dibuang • Hiperbola – Hujan ribut gunung terbakar • Personifikasi – Nyawa menangis di pintu kubur • Simile – Laksana gadis Menteri Bogor • Peribahasa – bunga dedap; Burung terbang dipipiskan lada Unsur Bunyi • Rima akhir abab. • Asonansi – pengulangan vokal a – Alas nikah raja Melayu • Aliterasi – pengulangan konsonan d – Hendak pulang ke dalam dunia Nilai Berjimat cermat – berusaha untuk menggunakan sesuatu walaupun sudah kurang elok Kegigihan – gigih untuk menuntut ilmu bagi melengkapkan diri Keinsafan – berasa insaf akan kesilapan diri dan berusaha untuk membaikinya jika diberikan peluang kedua Kebijaksanaan – bijaksana untuk menempatkan diri ketika berada di perantauan Pengajaran Kita hendaklah mengukur kemampuan diri sebelum melakukan sesuatu perbuatan. Kita hendaklah pandai menempatkan diri semasa berada di tempat orang. Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan agar tidak merugikan diri sendiri dan keluarga. Kita janganlah meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang belum pasti kerana hal ini akan mengecewakan kita.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-3 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Puisi Tradisional Pantun Budi Maksud Rangkap 1 Budi yang baik akan sentiasa dikenang dan disebut orang. Rangkap 2 Orang yang baik mempunyai budi bahasa yang tinggi. Rangkap 3 Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang rendah. Rangkap 4 Kini kekayaan lebih diutamakan daripada budi bahasa. Rangkap 5 Sewajarnya budi bahasa harus diutamakan berbanding dengan harta kekayaan. Rangkap 6 Orang yang berbudi akan dipandang tinggi dan martabat sesuatu bangsa itu dilihat daripada budi bahasanya. Rangkap 7 Orang yang bijak akan menjadi lebih hebat apabila dia bersama dengan orang yang sama taraf dengannya. Tema Orang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi kerana bahasa menunjukkan bangsa. Persoalan • Orang yang tidak berbudi bahasa akan dipandang hina. • Ketinggian darjat sesuatu bangsa dinilai daripada bahasa yang dituturkannya. • Sikap masyarakat yang mementingkan kekayaan dapat menyebabkan mereka lupa akan nilai budi bahasa. Bentuk Pantun Gaya Bahasa • Pantun ini terdiri daripada 7 rangkap. • Setiap rangkap ada empat baris • Jumlah suku kata 4 hingga 7 setiap baris. • Bentuk pantun terikat. • Anafora (ulangan perkataan di hadapan) Yang kurik kundi, Yang merah saga; Yang baik budi, Yang indah bahasa • Penggunaan unsur alam – air; laut; tanjung; bunga melati;batu • Peribahasa – Bagai cincin dengan permata • Personifikasi – Bijak bertemu dengan jauhari • Repetisi – bunga (rangkap 3, baris 1) Unsur Bunyi • Asonansi (pengulangan vokal i) – Hina manusia tidak berbudi • Aliterasi (pengulangan konsonan b) – Biar buruk kain dipakai Nilai dan Pengajaran Nilai berbudi bahasa Kita mestilah mempraktikkan amalan berbudi bahasa agar sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Nilai mengenang jasa Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita. Nilai kebijaksanaan Kita disarankan supaya menjadi golongan yang bijaksana agar dapat membantu untuk membangunkan bangsa dan negara. Puisi Tradisional Pantun Nasihat Maksud Rangkap 1 Jika berbuat baik, janganlah berlebih-lebihan hingga tidak kena pada tempatnya dan jauhilah perbuatan jahat. Rangkap 2 Sesuatu yang sudah diketahui akan membawa keburukan, namun tetap dilakukan juga. Rangkap 3 Berusaha untuk menyembunyikan kesedihan dengan menunjukkan kegembiraan. Rangkap 4 Jangan bercakap sesuka hati, kelak bala menimpa diri. Rangkap 5 Sikap tidak menghormati suami akan merosakkan rumah tangga. Rangkap 6 Jagalah adab dan budi bahasa kerana budi bahasa amat tinggi nilainya. Rangkap 7 Kita mestilah pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang. Tema Nasihat supaya seseorang itu berbuat baik dan menjaga tingkah laku. Persoalan • Mengambil tindakan berlandaskan pertimbangan yang wajar dalam sesuatu perkara. • Kepentingan menjaga percakapan dan pergaulan. • Bijak menyesuaikan diri walau berada di mana-mana sahaja.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-4 Bentuk Pantun Gaya Bahasa • Pantun ini terdiri daripada 7 rangkap. • Setiap rangkap mengandungi 4 baris. • Setiap baris mengandungi 3 hingga 5 patah kata. • Setiap baris mengandungi 7 hingga 10 suku kata. • Imej alam – buah peria, padi masak, batang kapas • Kata ganda – berpada-pada, Ketua-ketua, terdorong-dorong, Baikbaik • Anafora – Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali • Simile – Bagai panas mengandung hujan • Peribahasa – Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Unsur Bunyi • Rima akhir ialah abab. • Aliterasi – Buat baik berpada-pada (pengulangan konsonan b) • Asonansi – Tanam balik buah peria (pengulangan vokal a) Nilai Rasional – membuat pertimbangan yang wajar sebelum bertindak Hormat-menghormati – menghormati suami atau isteri Berwaspada – berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak ditimpa keburukan Berbudi bahasa – berbudi bahasa dalam kehidupan sehari-harian Pengajaran Janganlah kita berbuat kebaikan secara berlebihlebihan sehingga tidak kena pada tempatnya. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu tindakan. Kita hendaklah menjauhi perbuatan yang buruk. Janganlah kita melakukan perbuatan yang dapat merosakkan diri sendiri. Puisi Tradisional Pantun Kasih Sayang Maksud Rangkap 1 Terpikat akan senyuman manis seseorang. Rangkap 2 Ingin menyampaikan hajat dan keinginan kepada seseorang. Rangkap 3 Tertawan akan kecantikan seseorang sehingga timbul keinginan untuk memilikinya. Rangkap 4 Berbuat helah untuk menyembunyikan niat hati yang sebenar. Rangkap 5 Walaupun terpisah jauh, suatu hari nanti pasti akan berjumpa kembali. Tema Tema pantun ini adalah tentang perasaan cinta dan kasih sayang terhadap seseorang. Persoalan • Kasih sayang sesama manusia. • Perasaan cinta terhadap seseorang. Bentuk Unsur Bunyi • Pantun ini terdiri daripada 5 rangkap. • Setiap rangkap mengandungi 4 baris. • Setiap baris mengandungi 3 hingga 6 patah kata. • Setiap baris mengandungi 8 hingga 10 suku kata. • Rima akhir ialah abab. • Asonansi – Jalan-jalan sepanjang jalan (pengulangan vokal a) Asam di darat ikan di laut (pengulangan vokal i) • Aliterasi – Jalan-jalan sepanjang jalan (pengulangan konsonan j) Singgah-menyinggah di pagar orang (pengulangan konsonan g) Gaya Bahasa • Imej alam – buah mengkudu, kandis, langit • Kata ganda – Jalan-jalan, singgah-menyinggah Nilai Kasih sayang; berhemah tinggi; keyakinan diri. Pengajaran • Kita hendaklah saling berkasih sayang antara satu sama lain. • Kita hendaklah menunjukkan sikap yang baik dan berhemah tinggi apabila berbicara. • Kita hendaklah sentiasa bersikap positif dalam menempuh sebarang dugaan. • Responsi – Buah mengkudu kusangka kandis, Kandis terletak dalam puan; Gula madu kusangka manis, Manis lagi senyuman tuan • Peribahasa – bulan dipagar bintang
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-5 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Puisi Tradisional Syair Nasihat Penghujung Thamarat al-Muhimmah Maksud Rangkap 1 Untuk mencapai sesuatu yang dihajatkan, janganlah bertindak sesuka hati tanpa mengikut cara yang betul. Rangkap 2 Jagalah tingkah laku kerana perlakuan yang baik akan meninggalkan kesan kepada orang lain. Rangkap 3 Ayah menasihati anaknya supaya mengikut nasihat yang diberikan dan janganlah bersikap malas. Rangkap 4 Ayah menasihati anaknya, sekiranya dilantik menjadi pemimpin, hendaklah komited dalam menjalankan amanah. Rangkap 5 Ayah menasihati anaknya supaya rajin dan ikhlas melakukan kebajikan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Rangkap 6 Ayah menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu, iaitu ilmu yang benar seperti yang diperintahkan oleh Allah dan bukan ilmu yang salah. Rangkap 7 Ayah menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu, terutama yang berkenaan dengan hukum syarak supaya dapat mengelakkan aib. Rangkap 8 Sesuatu tindakan itu biarlah berdasarkan ilmu supaya mendapat faedah dan tidak merugikan kita. Rangkap 9 Dengan memiliki ilmu, kita dapat membezakan perkara yang benar dengan yang salah, seterusnya bertindak adil dalam menjatuhkan hukuman. Rangkap 10 Jika ilmu pengetahuan dipandang remeh dan diambil mudah, anaknya akan menghadapi masalah apabila menjadi seorang pemimpin kelak. Rangkap 11 Disebabkan tiada ilmu, maka seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya mampu mengeluh sahaja. Rangkap 12 Tidak mampu berkata apa-apa dan lebih banyak berdiam diri. Rangkap 13 Pesalah yang menanti perbicaraan berasa sakit hati kerana tidak mengerti hujung pangkal keadaan. Rangkap 14 Disebabkan hendak cepat dan mudah, hukuman dijatuhkan tanpa sebarang pertimbangan yang wajar. Rangkap 15 Seandainya hukuman yang dijatuhkan itu tidak betul, maka akan menjadi bahan umpatan orang. Rangkap 16 Seandainya hukuman yang dijatuhkan itu benar, maka usahlah diambil kira sebarang umpatan atau pujian, sebaliknya berserah sahaja kepada Allah SWT. Rangkap 17 Ayah menasihati anaknya, jika menjadi pemimpin, hendaklah bergaul dengan orang yang berilmu supaya pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Rangkap 18 Janganlah melakukan pekerjaan yang melanggar peraturan, kelak akan terjerumus ke arah keburukan. Tema Tema syair ini ialah nasihat ayah kepada seorang anak yang dilantik sebagai pemimpin agar menjadi seorang pemimpin yang berilmu dan menjalankan tugas dengan jujur serta ikhlas. Persoalan • Kepentingan ilmu bagi seseorang pemimpin. • Perlu bijak membezakan ajaran yang benar dengan yang salah. • Tanggungjawab dan amanah seorang pemimpin. • Ilmu agama sebagai pegangan dalam kehidupan. Bentuk Unsur Bunyi • Syair ini terdiri daripada 18 rangkap. • Setiap rangkap mengandungi 4 baris. • Setiap baris mengandungi 4 hingga 6 patah kata. • Setiap baris mengandungi 8 hingga 13 suku kata. • Rima akhir ialah aaaa. • Asonansi – Tamatlah kitab dikarang orang (pengulangan vokal a) • Aliterasi – jernihkan hati hendaklah ikhlas (pengulangan konsonan h) Gaya Bahasa • Bahasa arkaik – atau bahasa sastera lama: puri, wazir, ugahari • Simile – seperti air di dalam gelas • Inversi – Menuntut ilmu janganlah segan • Simpulan bahasa – berpeluk tubuh • Bahasa Arab – kitab, syarak, batil, biladah, ‘adah, Allah, Allahu • Kata ganda – sebarang-barang, mudah-mudahan, • Responsi – Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja Nilai Kepatuhan Kerajinan Keikhlasan Keadilan
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-6 Pengajaran • Kita hendaklah mendengar nasihat ayah supaya hidup kita diberkati. • Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya dapat membezakan perkara yang baik dengan yang buruk. • Kita hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. • Kita hendaklah membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sesuatu tindakan. • Kita hendaklah adil dalam menjatuhkan hukuman. • Kita hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama supaya tidak terjerumus ke arah keburukan. Sajak Dalam Persekitaran Kata-kata Maksud Rangkap 1 Manusia dicipta oleh Tuhan dan diajar untuk berbicara. Rangkap 2 Tuhan mengurniakan akal fikiran kepada manusia dan kebolehan bercakap supaya dapat menyampaikan ilmu dari zaman ke zaman. Rangkap 3 Tuhan telah menciptakan bangsa penyajak yang berkulit agak gelap dan belayar ke merata-rata tempat. Rangkap 4 Penyajak menggambarkan kata-kata atau bahasa telah tersebar luas seperti alam sekitar yang terbentang. Penyajak membaca kitab-kitab lama untuk mendapatkan ilmu tentang alam ciptaan Tuhan dengan tafsiran yang lebih jelas. Rangkap 5 Melalui bahasa, penyajak dapat menambahkan pengalaman dan memahami makna kehidupan. Tema Kepentingan berbahasa dan hubungan manusia dengan Tuhan. Persoalan • Mensyukuri anugerah Tuhan • Kepentingan bahasa kepada manusia • Kepentingan Tuhan mencipta alam semesta Bentuk Unsur Bunyi • Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap. • Setiap rangkap mengandungi 2 hingga 9 baris. • Setiap baris mengandungi 2 hingga 4 patah kata. • Setiap baris mengandungi 8 hingga 13 suku kata. • Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: aa • Rangkap keempat: abcaaadda • Rangkap kedua: aaabc • Rangkap kelima: aba • Rangkap ketiga: abccd • Asonansi – Mengajarnya pandai berbicara (pengulangan vokal a) • Aliterasi – Engkau beri kami kata-kata (pengulangan konsonan k) Gaya Bahasa • Imej alam – pulau, pantai, langit, bumi, laut, gunung • Anafora – dari tempat ke tempat, dari zaman ke zaman • Kata ganda – kata-kata, pulau-pulau, pantai-pantai, buah-buahan • Simile – Seperti kami memetik buah-buahan Nilai Pengajaran • Kesyukuran – berterima kasih atas anugerah Tuhan yang membolehkan manusia berkata-kata • Berhemah – manusia mengungkapkan kata-kata yang baik dan bersopan • Kerajinan – bangsa penyajak rajin belayar ke meratarata tempat • Kita hendaklah menggunakan akal fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk tujuan kebaikan. • Kita hendaklah menjaga tutur kata ketika berkomunikasi. • Kita hendaklah rajin menuntut ilmu agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. • Kita hendaklah menghargai kurniaan Tuhan dan pengalaman yang diperoleh. Sajak Roti Maksud Rangkap 1 Penyajak terliur apabila terhidu bau roti yang baru dibakar. Rangkap 2 Penyajak berasa lapar sementara menunggu roti tersebut dihidangkan. Rangkap 3 Penyajak menikmati juadah yang dihidangkan dengan berselera sehingga dia berasa kenyang dan bersendawa. Rangkap 4 Penyajak menyatakan bahawa tidak lengkap rasa kenyang itu bagi orang yang beriman kerana masih ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, iaitu membantu orang miskin yang kelaparan. Rangkap 5 Sikap tersebut perlu diamalkan sebagai tanda kesyukuran dan seterusnya dapat menikmati kehidupan yang damai apabila hati dipenuhi iman.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-7 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Tema Tema sajak ini ialah orang yang beriman ketika menikmati hidangan tidak akan melupakan golongan yang miskin dan kelaparan. Persoalan • Ketika lapar, manusia tidak dapat menahan nafsu makan. • Tanggungjawab manusia terhadap golongan fakir miskin. • Pentingnya bersikap syukur kepada Tuhan atas kurniaan-Nya. Bentuk Unsur Bunyi • Sajak ini terdiri daripada 5 rangkap. • Setiap rangkap terdiri daripada 4 hingga 5 baris. • Setiap baris mengandungi 2 hingga 6 patah. • Setiap baris mengandungi 5 hingga 14 suku kata. • Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: abac • Rangkap keempat: aaaaa • Rangkap kedua: aaaaa • Rangkap kelima: aaaaa • Rangkap ketiga: aaaaa • Asonansi – Kala roti di depan mata (pengulangan vokal a) • Aliterasi – Dari cerobong dapur (pengulangan konsonan r) Gaya Bahasa • Hiperbola – berkeping-keping menggegar selera • Kata ganda – berkeping-keping • Personifikasi • Simile – terhidang seumpama permaidani terhampar – selera kian menggelepar • Inversi – perut pun kenyang terasa Pengajaran • Kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana dapat menikmati makanan. • Kita janganlah mementingkan diri sendiri. • Kita hendaklah membantu golongan yang miskin dan susah. Nilai • Kesyukuran – bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan. • Baik hati – berasa belas kasihan terhadap golongan miskin yang kelaparan. Sajak Kucari Damai di Sini Maksud Rangkap 1 Penyajak mencari kedamaian di negaranya yang makmur dan merdeka. Walaupun wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat, namun perasaan negatif itu perlu diubati dengan bersangka baik bagi membina ikatan persaudaraan yang kukuh. Rangkap 2 Penyajak mencari kedamaian di negaranya dengan perasaan cinta dan jati diri yang terpahat kukuh di hatinya. Rangkap 3 Penyajak berharap agar negaranya terus gemilang walaupun dilanda badai dan mencipta sejarah yang menjadi kebanggaan generasi akan datang. Tema Keharmonian hidup di tanah air yang merdeka. Persoalan Negara kita yang makmur dan merdeka. Semangat patriotik dan cinta kepada negara. Pentingnya perpaduan dan persaudaraan dalam sesebuah negara. Jati diri seorang warganegara. Bentuk Unsur Bunyi • Sajak ini terdiri daripada 3 rangkap. • Setiap rangkap terdiri daripada 4 hingga 6 baris. • Setiap baris mengandungi 3 hingga 8 patah kata. • Setiap baris mengandungi 6 hingga 17 suku kata. • Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: abacc • Rangkap kedua: aabca • Rangkap ketiga: abcc • Asonansi – Kucari damai di sini (pengulangan vokal i) • Aliterasi – bersemarak di laman sukma (pengulangan konsonan m), Di sini damainya badai (pengulangan konsonan d) Gaya Bahasa • Personifikasi – perasaan kehidupan • Metafora – laman sukma • Hiperbola – membebat perasaan kehidupan
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-8 Nilai Kesyukuran – bersyukur kerana tinggal di negara yang aman dan makmur Kerjasama – masyarakat sentiasa menjaga ikatan persaudaraan dan bersatu padu sehingga membolehkan negara aman dan makmur Kasih sayang – kasih sayang kepada negara Pengajaran Kita hendaklah mencintai negara kita. Kita hendaklah sama-sama menyumbang tenaga untuk memastikan negara terus maju. Kita hendaklah berasa bangga kerana menjadi warganegara Malaysia. Kita hendaklah berusaha untuk melindungi negara kita agar generasi akan datang dapat menikmati kemakmuran. Sajak Pada Sekuntum Mawar Maksud Rangkap 1 Kehidupan seorang gadis pasti akan tersisih apabila kesucian dirinya telah ternoda dan keluarganya pasti berasa sedih, terutama ibunya. Rangkap 2 Seseorang gadis pasti tidak akan dapat menjalani kehidupan yang sempurna jika diri telah ternoda, malah masa depannya akan menjadi gelap. Rangkap 3 Seseorang gadis tidak harus menggadaikan kehormatan dirinya, tetapi harus memelihara maruah diri dan meningkatkan kesucian melalui keimanan. Tema Peringatan kepada gadis remaja tentang kepentingan menjaga kesucian diri. Persoalan Ketinggian harga diri seseorang gadis. Kepentingan menjaga kesucian diri melalui keimanan yang teguh. Kehidupan seseorang gadis yang tidak menjaga maruah diri akan menjadi gelap. Bentuk Unsur Bunyi • Sajak ini terdiri daripada 3 rangkap. • Setiap rangkap terdiri daripada 3 hingga 6 baris. • Setiap baris mengandungi 3 hingga 6 patah kata. • Setiap baris mengandungi 5 hingga 14 suku kata. • Rima setiap rangkap: • Rangkap pertama: abc • Rangkap kedua: abcdee • Rangkap ketiga: abcbd • Asonansi: seperti telah menutup (pengulangan vokal e) • Aliterasi: adalah titis air mata bonda (pengulangan konsonan t) Gaya Bahasa • Metafora – lipatan usia, pintu kehidupan, puncak iman • Personifikasi – malam yang kematian angin • Perlambangan – mahkotamu (Mahkotamu merujuk harga diri seseorang gadis) • Simile – seperti telah menutup • Responsi –Merenung pada malam yang kematian angin pada laut yang kematian ombak • Sinkope – mu, tak, tapi Nilai Kasih sayang – menyayangi ibu bapa dengan menjaga harga diri Rasional – remaja seharusnya dapat membuat pertimbangan agar tidak mencemarkan maruah diri, sebaliknya berusaha untuk mengukuhkan keimanan Hemah tinggi – seseorang gadis mestilah menjaga maruah diri agar tidak tercemar Pengajaran Kita hendaklah menjaga kehormatan diri pada setiap masa kerana harganya tidak ternilai. Kita haruslah mempunyai keimanan yang teguh agar maruah diri tidak tergadai. Janganlah kita hanyut dengan godaan dunia sehingga menggadai maruah diri sendiri.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-9 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Prosa Tradisional Pelanduk Mengajar Memerang Sinopsis Pada zaman Nabi Sulaiman, semua binatang dapat bercakap seperti manusia. Nabi Sulaiman pula mempunyai lima Perdana Menteri yang terdiri daripada seorang manusia, seekor jin bernama Afrit, seekor unggas, seekor landak, dan seekor pelanduk. Manusia merupakan Perdana Menteri yang paling bijak diikuti oleh landak dan pelanduk, tetapi pelanduk yang digelar Syah Alam di Rimba paling terkenal. Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba meninjau kawasan pemerintahannya dan menemukan lubang tempat tinggal memerang. Anak-anak memerang yang sebanyak tujuh ekor sedang bermain-main di sekitar lubang tersebut. Syah Alam di Rimba menghampiri mereka lalu bertanyakan ibu bapa mereka. Anak memerang itu memberitahu Syah Alam di Rimba bahawa ibu bapanya mencari ikan untuk dijadikan makanan. Syah Alam di Rimba berasa runsing kerana ikan-ikan pernah mengadu kepada Nabi Sulaiman bahawa memerang menganiaya mereka. Pada waktu itu, ditakdirkan Allah, burung berbunyi bersahut-sahutan. Syah Alam di Rimba terkejut lalu berpencak silat sehingga terpijak anak-anak memerang. Anak-anak memerang itu mengalami kecederaan parah lalu mati. Keesokan harinya, pasangan memerang itu pun mengadu masalah mereka. Setelah itu, Nabi Sulaiman memerintahkan Unggas Belatuk memanggil Syah Alam di Rimba dengan segera. Syah Alam di Rimba menceritakan hal yang sebenar. Ketika dia berjumpa dengan anak-anak memerang itu, dia terdengar Sang Bubut berkokok bersahut-sahutan dan memalu gendang perang dengan kuat. Dia menyangka paluan itu isyarat kedatangan musuh lalu dia membuka silat dan tanpa sedar, telah mencederakan anak-anak memerang. Selepas itu, Sang Bubut diperintah untuk menghadap baginda. Sang Bubut memberikan alasan bahawa dia ternampak Sang Biawak berlari-lari dengan membawa pedang yang telah tercabut. Dia menyangka Sang Biawak hendak menyerang Nabi Sulaiman lalu memalu gendang dengan sekuat-kuat hati supaya didengar oleh para hulubalang. Kemudian, Sang Biawak pula disuruh untuk menghadap. Sang Biawak menyatakan bahawa dia terlihat Sang Labi-labi membawa perisai. Pada sangkaannya, ada musuh yang hendak menyerang baginda. Sang Labi-labi pula mendakwa bahawa dia berbuat demikian setelah melihat Sang Udang membawa tombak bercanggah. Dia juga menyangka ada musuh yang besar sedang menyerang. Sang Udang pula menyatakan bahawa dia ternampak Sang Sebarau berikat pinggang seolah-olah berhadapan dengan masalah yang besar. Dia menyangka masalah itu berkaitan dengan musuh yang hendak menyerang Nabi Sulaiman. Menurut Sang Sebarau, Sang Memerang telah menganiaya kaumnya dan memakan anggota keluarga serta kaum kerabatnya sehingga yang tinggal hanyalah dirinya seekor. Sang Sebarau berasa sangat sedih akan keadaannya itu dan bermohon agar Nabi Sulaiman berlaku adil dengan menjatuhkan hukuman kepada Sang Memerang. Setelah mendengar penjelasan Sang Sebarau itu, baginda berasa sangat murka terhadap Sang Memerang suami isteri. Sang Memerang memohon ampun dan mengakui kesalahan mereka itu. Nabi Sulaiman menyatakan bahawa tindakan Syah Alam di Rimba itu memang wajar bagi menebus nyawa anak-anak dan kaum keluarga Sang Sebarau yang telah dimakan oleh Sang Memerang. Tema Perbicaraan yang adil dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Watak dan Perwatakan Nabi Sulaiman (watak utama) Syah Alam di Rimba Sang Memerang suami isteri • Pemimpin kepada golongan manusia dan haiwan • Mempunyai lima Perdana Menteri • Tegas • Bijaksana • Adil dan saksama • Seekor pelanduk • Perdana Menteri Nabi Sulaiman • Terkenal oleh kebijaksanaannya • Mempunyai kemahiran bersilat • Mempunyai tujuh orang anak tetapi semuanya telah dibunuh oleh Syah Alam di Rimba • Tidak mempunyai belas kasihan kerana menganiayai haiwan lain • Bersikap kejam kerana makan ahli keluarga Sang Sebarau Latar Nilai
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-10 Pengajaran • Kita hendaklah menyiasat setiap aduan yang diterima dengan teliti terlebih dahulu dan jangan bertindak melulu. • Kita hendaklah menghormati pemimpin. • Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dengan adil dan saksama. • Kita hendaklah mempunyai belas kasihan terhadap kesusahan orang lain. • Kita hendaklah hidup bersatu padu dan tolong-menolong. • Janganlah kita menganiaya orang lain. Cerpen Banjir di Mata Emak Sinopsis Dalam suatu perbualan telefon, seorang wanita yang membahasakan dirinya “emak” memberitahu keadaannya yang sukar kerana makanan sudah habis dan banjir semakin naik. “Emak” agak kalut bercakap sehingga penulis tidak sempat untuk berkata apa-apa, kecuali satu pertanyaan pendek sahaja. Wanita itu memanggil penulis dengan nama lain yang bukan namanya. Rupa-rupanya, penulis tersalah ketika mendail nombor telefon rakannya. Wanita itu pula menyangka penulis ialah anaknya, Nana. Dia mengucapkan terima kasih kerana penulis menelefonnya untuk bertanyakan khabar. Dia juga mengadu bahawa abang Nana langsung tidak melawatnya walaupun tinggal berdekatan. Dia menamatkan perbualan selepas berkirim salam kepada suami dan anak-anak penulis. Penulis tidak sempat untuk membetulkan tanggapan wanita itu kerana panggilan terputus. Penulis mengikuti laporan banjir melalui radio dan televisyen. Penulis risau memikirkan keadaan wanita tua yang tinggal bersendirian itu lalu menelefonnya sekali lagi. Beberapa kali mendail, barulah panggilan telefon itu dijawab. “Emak” memberitahu penulis bahawa dia bersolat zuhur dan meminta penulis supaya tidak bimbang. Masih ada sedikit bekalan makanan, iaitu ikan kering dan cili kering. Katanya, jika makanan habis, dia akan makan nasi dengan garam. “Emak” berpesan supaya penulis menjaga anak dan suaminya dengan baik. Penulis tertanya-tanya sebab wanita tua itu menamatkan perbualan dengan cepat. Penulis membuat andaian bahawa wanita tua itu bimbang bil telefon melambung jika bercakap lama. Penulis berasa gelisah dan serba salah untuk menikmati makanan kerana memikirkan wanita tua itu hanya makan nasi berlaukkan ikan kering. Penulis bercadang untuk membantu wanita itu bukan kerana mahukan penghargaan atau sanjungan tetapi kerana hendak menurut gerak hatinya. Penulis mencari alamat wanita tua itu berpandukan nombor telefon yang tersalah dail itu. Dia berdoa agar usahanya dipermudah oleh Allah. Dia dapat merasakan kesusahan wanita tua itu yang terkepung oleh banjir. Bahkan dia juga berasa rindu untuk berbakti kepada seorang ibu kerana ibunya sudah meninggal dunia. Akhirnya, dia menemui alamat dalam buku panduan telefon. Penulis menziarahi wanita tua yang dikenal sebagai Mak Piah. Dia membawa barangan keperluan dan makanan untuk wanita itu. Mak Piah sangat gembira ketika menyambut kedatangan penulis. Dia menyangka anaknya, Nana yang menyuruh penulis datang. Mak Piah bertanyakan khabar tentang anak dan cucu-cucunya. Penulis pula diselubungi rasa bersalah kerana terpaksa berbohong demi menjaga hati Mak Piah. Mak Piah memberitahu penulis bahawa dia tidak berpindah ke pusat pemindahan kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Tambahan pula, dia mengalami masalah kesihatan. Penulis berjanji akan datang lagi untuk menemani Mak Piah. Mak Piah memeluk penulis sambil mengucapkan terima kasih berulang kali. Hati penulis sangat tersentuh ketika itu kerana membayangkan pelukan ibunya. Setelah pulang dari rumah Mak Piah, penulis diserang demam. Setelah pulih beberapa hari kemudian, dia melihat laporan berita melalui televisyen bahawa banjir telah surut. Penulis terkejut apabila tiba di rumah Mak Piah kerana ramai orang berkumpul. Rupa-rupanya Mak Piah sudah meninggal dunia. Penulis menyapa anak Mak Piah, iaitu Nana. Nana bercerita dengan panjang lebar. Mulanya tentang kekesalan abangnya yang tidak menjenguk emak kerana lebih mengutamakan isteri. Kemudian, cerita kesedihannya kerana tidak diizinkan suami untuk membantu emaknya membersihkan rumah selepas banjir. Mak Piah tergelincir dan kepalanya terhantuk lalu meninggal dunia. Nana juga memberitahu penulis, emaknya bercerita kepada jiran-jiran bahawa dia mengirimkan makanan. Nana terharu oleh kemuliaan hati emaknya dan menyangka Mak Piah berbohong demi mengangkat martabat dirinya. Dia berasa bersalah kerana selama ini tidak pernah menghantar apa-apa atau mengambil tahu akan keperluan emaknya. Penulis memimpin Nana keluar dari kawasan perkuburan. Tema Tema cerpen ini ialah kerenggangan hubungan seorang ibu dengan anak-anaknya sehingga kebajikan ibu tua itu terabai. Mak Piah dibiarkan menghadapi situasi banjir sendirian dan akhirnya meninggal dunia akibat terjatuh ketika membersihkan rumahnya selepas banjir surut. Persoalan Keprihatinanterhadaporangyangdalamkesusahan– Penulis ingin membantu Mak Piah bukan kerana menginginkan sanjungan, tetapi atas dasar prihatin terhadap nasib malang dan kesusahan wanita itu semasa banjir. Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa – Nana berasa kesal kerana tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak kepada Mak Piah.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-11 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Saya (watak utama) • Seorang gadis muda • Baik dan peramah • Suka membantu orang yang susah Mak Piah • Ibu tua yang tinggal bersendirian • Mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan • Tabah dan sabar • Peramah dan berhati mulia Nana • Anak bongsu Mak Piah • Sudah berkahwin dan mempunyai anak • Takut kepada suami Watak dan Perwatakan Latar Latar tempat • Di rumah penulis – Penulis menelefon Mak Piah dan ketika dia menonton siaran berita tentang banjir. • Di rumah Mak Piah – Ketika penulis melawat Mak Piah dengan membawa keperluan makanan dan lawatan penulis selepas banjir surut. • Di kawasan kubur – Ketika penulis menyapa Nana dan berbual dengannya. Latar masa • Zaman sekarang – Sudah wujud sistem perhubungan moden, iaitu telefon. • Tengah hari – Mak Piah memberitahu penulis bahawa dia bersolat zuhur tadi. Latar masyarakat – Masyarakat kampung – Mak Piah dan penulis tinggal di kampung. Nilai Keprihatinan – Penulis prihatin terhadap nasib malang yang menimpa Mak Piah. Kesabaran – Mak Piah ialah seorang wanita yang sabar. Dia sabar menjalani kehidupan dan hidup bersendirian. Baik hati – Penulis membantu Mak Piah dengan membawa keperluan makanan untuknya. Kasih sayang – Mak Piah menyayangi anak-anaknya dan cucunya. Dia sentiasa bertanyakan khabar anak dan cucunya kepada penulis. Pengajaran Kita hendaklah mengambil berat akan kesusahan orang lain. Kita janganlah mengabaikan kedua-dua ibu bapa yang sudah tua. Kita hendaklah ringan tulang untuk membantu orang lain. Kita hendaklah berbuat jasa dan berbakti kepada orang tua, seperti menjaga mereka. Cerpen Talia dan Raksasa Qadqad Sinopsis Talia dan keluarganya orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman. Talia ternampak akan seekor katak raksasa yang luka seperti dilibas dengan gergaji. Talia merawat katak raksasa itu dengan menggunakan pucuk daun dalut. Talia menceritakan hal itu kepada bapanya, Dodo tetapi bapanya beranggapan bahawa cerita tersebut hanya khayalan Talia. Namun demikian, Dodo mula mempercayai cerita itu apabila ada penduduk yang terserempak dengan katak raksasa tersebut. Penduduk kampung memanggil katak raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad. Suatu hari, adik Talia, Jini demam panas dan Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo membawa keluarganya ke stesen kereta api untuk menumpang kereta api. Sewaktu bergegas ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh seorang lelaki yang bernama Binjah. Dodo memberitahu Binjah bahawa mereka ingin menumpang kereta api ke bandar. Binjah enggan membenarkannya. Kemudian, muncul pemandu kereta api itu yang bernama Sidek. Sidek memberitahu Binjah mengenai serangan sekumpulan katak raksasa di kem balak di timur sehingga ada yang mati dan cedera. Tiba-tiba muncul sekumpulan katak raksasa di hadapan mereka. Para pekerja lari bertempiaran. Katak raksasa, iaitu Qadqad yang paling dekat dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Haiwan itu cuma memandang Talia. Selepas itu, Qadqad melompat turun dari bahu Dodo. Beratus-ratus katak raksasa yang lain berundur. Binjah hairan melihat keadaan itu. Binjah kemudiannya membenarkan keluarga Talia menaiki kereta api tersebut ke bandar. Sidek berjumpa dengan keluarga Talia. Sidek memberitahu Dodo tentang rancangan Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu dan mengupah samseng. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk membuat laporan. Selepas itu, Sidek membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka. Apabila tiba di kampung itu, mereka terdengar suara Binjah bertelagah dengan Tuk Sibat. Binjah menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok. Dodo dan Sidek cuba mengawal keadaan tetapi Binjah tetap dengan keputusannya. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka lalu terkena lengan kiri Dodo.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-12 Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad lalu serta-merta beratus-ratus ekor katak raksasa muncul dari dalam hutan. Raksasa Qadqad itu menyerang Binjah dan orang-orangnya. Talia bersama-sama penduduk menyelamatkan diri ke puncak Bukit Ungu. Selepas itu, keadaan di kampung Talia tenang semula. Mereka kembali ke kaki Bukit Ungu. Mereka mendapati beberapa buah pondok musnah terbakar dan banyak terdapat mayat manusia dan bangkai Qadqad. Tema Tema cerpen ini ialah pertembungan antara manusia yang berakhlak mulia dengan manusia yang tamak. Seorang anak kecil, iaitu Talia membantu Raksasa Qadqad yang cedera. Binjah pula sanggup bertindak kejam terhadap penduduk Bukit Ungu untuk memperoleh kekayaan. Persoalan Pencerobohan alam sekitar – Banyak kawasan hutan diteroka oleh para pembalak dan pelombong sehingga menjejaskan kehidupan penghuninya. Satu keluarga raksasa Qadqad dibunuh oleh pembalak, menyebabkan gerombolan raksasa itu mengamuk. Penduduk kampung Talia dihalau oleh Binjah dari Bukit Ungu kerana Binjah dan pengikut-pengikutnya hendak melombong di situ. Sikap mengenang budi – Talia pernah merawat anak raksasa Qadqad yang tercedera. Oleh sebab itu, keluarga Talia tidak dicederakan ketika serangan di kawasan lombong. Bahkan raksasa Qadqad telah datang untuk membantu masyarakat suku Talia. Watak dan Perwatakan Talia (watak utama) • Seorang budak perempuan daripada ahli suku yang tinggal di pedalaman • Anak sulung daripada dua beradik • Baik hati Raksasa Qadqad • Makhluk aneh yang tinggal di dalam hutan • Menyerupai katak, bertaring dan bertanduk, kakinya berjalur kuning hijau • Mempunyai sikap mengenang budi Dodo • Bapa Talia dan Jini • Mempunyai sikap berani dan penyayang Binjah • Ketua pelombong • Mempunyai sikap yang angkuh dan kejam Latar Latar tempat • Di kawasan huma – tempat mula-mula Talia berjumpa dengan Raksasa Qadqad • Di rumah – ketika Talia memberitahu ibu bapanya tentang pertemuan itu • Di kawasan lombong – ketika keluarga Talia hendak menumpang kereta api ke bandar • Di kaki Bukit Ungu – ketika Binjah hendak menghalau penduduk kampung Talia Latar masa – Latar masa tidak dinyatakan dengan jelas tetapi dipercayai tidaklah terlalu lampau kerana sudah ada kemudahan hospital dan jalan kereta api serta kegiatan pembangunan Latar masyarakat • Masyarakat suku – Talia dan keluarganya datang daripada masyarakat suku yang sering berpindah-randah • Masyarakat peneroka hutan – merujuk Binjah sebagai ketua pelombong dan para pembalak yang diceritakan oleh Sidek • Masyarakat raksasa Qadqad – haiwan pelik yang menghuni hutan tersebut Nilai Belas kasihan– Talia simpati melihat kecederaan yang dialami oleh anak raksasa Qadqad lalu merawatnya. Keberanian – Dodo dan Sidek berani menentang Binjah yang mahu melombong Bukit Ungu. Kasih sayang – Sikap yang ditunjukkan oleh Dodo dan Misa apabila risau akan kesihatan anak mereka, iaitu Jini. Mengenang budi – Raksasa Qadqad mempunyai sikap mengenang budi apabila gerombolan raksasa itu membantu penduduk kampung Talia. Pengajaran Kita hendaklah menghormati hak makhluk lain yang berkongsi kehidupan dengan kita. Kita janganlah bersikap zalim dan mementingkan diri sendiri. Kita janganlah merosakkan alam sekitar, terutamanya kawasan hutan. Kita hendaklah mengenang budi orang yang telah menolong kita.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-13 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Cerpen Menuai Emas Sinopsis Alif gembira dan bersyukur kerana tidak lama lagi dia dapat menuai hasil padi yang ditanam setelah menghadapi pelbagai cabaran. Dia berterima kasih kerana emak mendidiknya ertisyukur,sabar, dan reda. Tuk Ketua menegur Alifseraya mengucapkan tahniah atas usaha Alif. Alif terkenang akan peristiwa yang berlaku setahun yang lalu. Dia hampir berputus asa apabila didesak oleh penduduk terutama Abang Man supaya mengorbankan tanah sawah itu untuk tujuan pembangunan. Abang Man turut mempertikaikan kelulusan ijazah Alif. Abang Man mengatakan bahawa Alif beria-ia hendak mengerjakan sawah itu kerana dia gagal memperoleh pekerjaan. Kata-kata Abang Man itu mengejutkan emak dan Tuk Ketua. Emak akhirnya bersuara dan meminta mereka semua pulang. Dia akan berbincang dengan Alif tentang perkara itu. Apabila melihat emaknya menangis, Alif membuat keputusan untuk melepaskan petak sawah miliknya tetapi emak tidak bersetuju. Emak menyatakan bahawa dia teringat akan arwah abah Alif. Kata-kata itu menjadi penawar dan semangat kepada Alif. Dia tidak sanggup melihat tanah sawah itu berganti deretan rumah kos rendah. Tanah Alif itu bersempadan dengan tanah Abang Man. Disebabkan dia enggan melepaskan petak sawahnya, Abang Man berhadapan dengan masalah. Sebab itulah Abang Man marah kepadanya. Alif berurusan dengan pegawai pertanian untuk mengusahakan padi jenis baharu yang dikacukkan dan mampu memberikan hasil yang lebih baik dan menguntungkan. Dia bertekad untuk menyambung tugas ayahnya mengusahakan tanaman padi tetapi dengan kaedah yang lebih moden. Akhirnya, projek perumahan itu dibatalkan. Terdapat juga penduduk yang kesal kerana tanah itu akan terbiar apabila projek perumahan itu dibatalkan kerana mereka sudah tua dan tidak mampu mengerjakannya. Oleh itu, Alif mengambil peluang itu untuk meminta izin mereka dan membina estet padi mini di situ. Kini, petak-petak sawah itu sudah mula mengeluarkan hasil. Tema Keutamaan sikap bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Alif bersungguhsungguh mahu mempertahankan tanah sawah miliknya. Alif tidak mahu menjual tanah itu kepada pemaju perumahan kerana mahu menanam padi yang berkualititinggi. Tindakannya telah menimbulkan kemarahan segelintir penduduk kerana menghalang projek pembangunan. Namun begitu, akhirnya Alif membuktikan usahanya berbudi kepada tanah telah mendatangkan hasil yang lebih baik. Persoalan Pertanian moden – Alif menanam padi kacukan serta menggunakan kaedah pertanian moden untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Pengaruh pembangunan – Atas nama pembangunan, tanah-tanah dijual kepada pemaju perumahan sehingga menjejaskan keindahan desa. Watak dan Perwatakan Alif (watak utama) • Graduan ekonomi dari universiti tempatan • Anak yatim dan anak tunggal • Tinggal bersama dengan emaknya di kampung • Gigih berusaha Mak Wan • Ibu Alif • Penyabar • Sangat menyokong usaha anaknya yang mahu berbudi kepada tanah Abang Man • Penduduk kampung • Umurnya lebih tua daripada Alif • Mudah berang dan sukar untuk dibawa berbincang • Memusuhi Alif kerana menghalang projek perumahan di kampung itu Tuk Ketua • Ketua kampung Alif • Sangat mengambil berat akan anak-anak buahnya • Menyokong usaha Alif yang mahu mengerjakan tanah sawah penduduk kampung Latar Latar tempat • Di sawah – tempat Alif berbual dengan Tuk Ketua tentang kerja menuai padi yang akan bermula esok • Di rumah Alif – beberapa orang penduduk kampung termasuk Abang Man datang untuk berbincang tentang hal tanah Latar masa – pada waktu pagi, iaitu ketika Alif meninjau tanah sawahnya yang mula menguning Latar masyarakat • Masyarakat belia yang gigih – Alif gigih bekerja sebagai seorang petani moden • Masyarakat kampung – Diwakili oleh Alif, Mak Wan, Tuk Ketua, Abang Man, dan lain-lain • Masyarakat yang mahukan pembangunan – Abang Man dan beberapa orang penduduk kampung mahu menjual tanah mereka kepada pemaju perumahan • Masyarakat petani – Alif dan beberapa orang penduduk kampung mempunyai tanah sawah
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-14 Nilai Kegigihan – Alif gigih mengusahakan tanah sawah miliknya. Keberanian – Alif berani berhadapan dengan Abang Man yang menuduhnya telah menghasut orang kampung. Kesabaran – Alif dan emaknya bersikap sabar walaupun dicemuh dan dimarahi oleh orang kampung. Kesyukuran – Alif sentiasa bersyukur kepada Allah. Pengajaran Kita hendaklah rajin berusaha untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Kita hendaklah berusaha untuk mendalami ilmu pengetahuan agar setiap yang kita kerjakan akan memperoleh hasilnya. Kita hendaklah bersabar dan banyak berdoa kepada Tuhan apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Kita janganlah bertindak dengan terburu-buru sehingga menanggung kerugian. Drama Mahkamah Sinopsis Suatu perbicaraan berlangsung di mahkamah. Tertuduh I, iaitu Bulat bin Leper didakwa telah menyebabkan kematian seorang nenek yang berusia 99 tahun. Pendakwa Raya memulakan tugasnya. Dia bertanya sama ada Tertuduh I berada di tempat kejadian dan memakan sebiji pisang serta membuang kulitnya. Tertuduh I mengakui perkara itu. Pendakwa Raya menyatakan bahawa pada waktu itu, seorang nenek sedang berjoging dan telah terpijak kulit pisang itu lalu terjatuh. Akibatnya, pinggang nenek itu patah dan dia mati ketika dalam perjalanan ke hospital. Namun begitu, Tertuduh I menyanggah dakwaan itu. Peguam Bela pula berhujah bahawa Tertuduh I telah makan pisang dan membuang kulitnya ke dalam tong sampah yang pintunya telah rosak. Perkara itu menunjukkan contoh kesedaran sivik yang baik kerana membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. Seterusnya, Peguam Bela menjelaskan seekor kambing telah menyelongkar tong sampah itu dan kulit pisang itu tercampak ke jalan raya. Pada ketika itu, seorang nenek terpijak kulit pisang lalu terjatuh. Oleh sebab sudah sampai ajalnya, maka dia pun mati. Dengan itu, Peguam Bela yakin bahawa Tertuduh I tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah ialah kambing. Peguam Bela memohon mahkamah membebaskan Bulat bin Leper. Pendakwa Raya mengatakan bahawa mahkamah itu untuk manusia bukan haiwan. Peguam Bela pula mengatakan bahawa tuan kambing itulah yang perlu dihukum. Jika tiada tuan, maka pihak berwajib harus bertanggujawab. Setelah meneliti hujah-hujah tersebut, Hakim pun membebaskan Tertuduh I dan memberikan perintah supaya tuan kambing dicari. Pihak berwajib juga diperintahkan supaya membaiki pintu tong sampah. Mahkamah berehat seketika. Selepas itu, Tertuduh II pula masuk. Bahasa yang digunakan oleh Tertuduh II tidak difahami sehingga mencetuskan rasa geli hati seisi mahkamah. Hakim meminta Penterjemah dipanggil. Seterusnya, Pendakwa Raya mula membaca pertuduhan, iaitu Tertuduh II telah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan dari sebuah stor. Namun begitu, Tertuduh II menyatakan bahawa dia tidak memahami istilah beruk subsidi. Kemudian, Pendakwa Raya membacakan maksud istilah beruk dan subsidi dalam bahasa Inggeris tetapi menurut Penterjemah, Tertuduh II menyatakan bahawa dia makin tidak faham dan meminta Pendakwa Raya menggunakan bahasa Melayu. Setelah itu, Pendakwa Raya pun memperincikan istilah beruk, iaitu seekor binatang berekor pendek, berbulu, dan suka makan pisang seperti Hakim. Istilah subsidi pula dijelaskan sebagai sabsidi dalam bahasa Melayu lama. Hakim bertanya jika Tertuduh II mengaku salah. Penterjemah memberitahu Tertuduh II mengaku salah tetapi dia meminta izin untuk diberikan peluang bersuara. Tertuduh II memberitahu ibu beruk itu bunting dan dia hendak memulangkan beruk itu kepada yang berhak dan memelihara anaknya. Hakim memerintahkan Tertuduh II supaya memelihara beruk itu sehingga melahirkan anak. Anaknya hendaklah diberikan nama Mat Yeh jika jantan dan Mentesah jika betina. Selepas tamat tempoh berpantang 40 hari, ibu beruk itu hendaklah dipulangkan kepada yang berhak. Tertuduh II didenda supaya memanjat kelapa dan anak beruk itu sebagai tuannya sehingga mencapai umur akil baligh. Perbicaraan pun tamat. Pemikiran Pemikiran drama Mahkamah ialah perbicaraan yang adil. Hakim tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman, sebaliknya beliau mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua belah pihak terlebih dahulu, iaitu Pendakwa Raya dan Peguam Bela. Dalam kedua-dua kes tersebut, Hakim mengambil kira aspek kepentingan awam dan menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Persoalan Kesedaran sivik – Tertuduh I mempunyai kesedaran sivik kerana membuang sampah ke dalam tong sampah dan tidak membuangnya ke merata-rata tempat. Sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan – Tertuduh II mempunyai sifat belas kasihan dan sayang kepada haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya. Tanggungjawab bersama – Pihak berwajib juga bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku kerana tidak membaiki pintu tong sampah. Begitu juga dengan pemilik kambing yang tidak menjaga kambingnya dengan baik sehingga kambing itu menyelongkar tong sampah.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-15 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Hakim (watak utama) • Seorang yang arif dan bijaksana • Tenang ketika mengendalikan perbicaraan • Seorang yang adil kerana mengambil kira hujah kedua-dua belah pihak sebelum menjatuhkan hukuman • Seorang yang amanah dan dedikasi terhadap tugasnya • Gemar menonton rancangan gusti • Gemar makan pisang Pendakwa Raya • Seorang yang amanah dan dedikasi terhadap tugasnya • Bijak berhujah • Menghormati Hakim Tertuduh I • Namanya ialah Bulat bin Leper • Miskin dan tidak mampu untuk mengupah peguam bela • Suka makan pisang • Dituduh telah mengakibatkan kematian seorang nenek yang terpijak kulit pisangnya • Mempunyai kesedaran sivik • Didapati tidak bersalah Tertuduh II • Namanya ialah Akinomoto • Dituduh mencuri beruk subsidi kerajaan • Menyayangi haiwan, iaitu beruk dan ingin memeliharanya • Tidak memahami bahasa Inggeris • Didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman Watak dan Perwatakan Latar Latar tempat: Di mahkamah – tempat Hakim melaksanakan perbicaraan terhadap Tertuduh I dan II Latar masa: Waktu pagi / siang Latar masyarakat • Masyarakat yang mengamalkan undang-undang – Hakim, Pendakwa Raya, dan Peguam Bela ialah pengamal undang-undang. • Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik – Tertuduh I membuang kulit pisang ke dalam tong sampah. • Masyarakat yang bersikap adil dan saksama – Hakim membebaskan Tertuduh I kerana dia didapati tidak bersalah. • Masyarakat yang mengutamakan bahasa kebangsaan – Tertuduh II meminta Pendakwa Raya membaca maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu. • Masyarakat yang sedia menerima hukuman dan mengaku salah – Tertuduh II mengaku salah atas perbuatannya yang mencuri dan menerima hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim. Nilai Pengajaran • Keadilan – Hakim mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak semasa menjalankan perbicaraan bagi mencapai keadilan. • Kepatuhan – Semua pegawai patuh akan arahan Hakim. • Kesedaran sivik – Tertuduh I membuang kulit pisang ke dalam tong sampah sekali gus mengekalkan kebersihan persekitaran. • Dedikasi – Hakim, Pendakwa Raya, Peguam Bela, dan Penterjemah menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. • Hormat-menghormati – Sikap yang ditunjukkan oleh seisi mahkamah terhadap Hakim. • Kita hendaklah mematuhi peraturan dan undangundang negara. • Kita hendaklah menjalankan siasatan dan perbicaraan dengan adil sebelum menjatuhkan hukuman. • Kita hendaklah menjatuhkan hukuman dengan adil agar tidak ada pihak yang teraniaya. • Kita hendaklah menerima teguran dengan hati terbuka. • Kita hendaklah insaf selepas melakukan kesalahan. • Kita hendaklah mempunyai kesedaran sivik dan menjaga kelestarian alam sekitar. Analisis Novel Jalan ke Puncak Sinopsis Laiman, seorang graduan universiti dalam bidang kejuruteraan. Dia tidak berminat untuk bekerja dengan kerajaan meskipun dia telah ditawarkan untuk bekerja dengan Jabatan Pertanian di Sabah. Dia bertekad mahu menjadi usahawan industri asas tani walaupun hasratnya itu tidak disenangi oleh ayahnya, Pak Kiassim. Sikap ayahnya itu walaupun mengecewakan Laiman tetapi dia mendapat sokongan daripada sepupunya, Milan. Laiman dan Milan memulakan projek tanaman tembikai. Mereka juga merancang untuk menternak ikan. Tapak projek sudah dikenal pasti, iaitu di kolam yang terletak di tanah rizab bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Namun demikian, Pak
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-16 Sahok tidak membenarkan mereka mengusahakan tanah tersebut kerana mendakwa tanah tersebut miliknya walaupun hanya tanah rizab. Mereka memujuk Pak Sahok berkali-kali, namun gagal. Mereka hampir berputus asa, namun ayah Laiman campur tangan dan berjaya memujuk Pak Sahok. Projek tanaman tembikai dan ternakan ikan oleh Laiman dan Milan semakin hampir mengeluarkan hasil. Mereka terus berusaha untuk mempelbagaikan kegiatan mereka. Mereka memborong barang pertanian penduduk kampung, menjual kuih, dan membekalkan kuih ke kedai. Kegigihan Laiman dan Milan membuka mata orang muda di kampung tersebut. Malahan, Jabatan Pertanian turut memberikan nasihat dan bantuan jentera. Kejayaan Laiman telah mengubah pandangan Pak Kiassim dan beliau berasa bangga akan kejayaan anaknya. Kejayaan itu juga menyedarkan Pak Sahok. Sementara itu, Laiman teringat akan Soniah, kawannya yang sama-sama bekerja di syarikat minyak semasa dia menjalani praktikal di sebuah loji minyak dahulu. Soniah sudah menamatkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan dan kini bekerja dengan bapa saudaranya. Laiman dapat merasakan sesuatu yang istimewa mengenai hubungannya dengan Soniah. Dia berharap agar dapat berjumpa dengan Soniah untuk berkongsi kejayaannya. Tema Novel ini bertemakan keinginan berdikari dalam hidup. Laiman seorang graduan universiti bertekad mahu bekerja sendiri, walaupun dia mendapat tawaran pekerjaan daripada Jabatan Pertanian. Ayahnya menentang tindakannya itu, namun dia tetap dengan pendiriannya. Dia berusaha untuk menjadi pengusaha tanaman tembikai, penternak ikan, dan pemborong hasil pertanian. Segala usaha Laiman telah membuka mata bapanya yang pernah menentangnya. Laiman menjadi ikon terhadap generasi muda. Persoalan Kepintaran menangani cabaran Sikap berdendam memusnahkan diri Berdikari lebih baik daripada makan gaji Kegigihan untuk berjaya Pentingnya sokongan keluarga untuk berjaya Tegas mempertahankan kebenaran Plot Binaan Plot Klimaks: Pak Sahok tidak membenarkan Laiman dan Milan mengusahakan tanah rizab yang bersebelahan dengan tanahnya. Laiman dan Milan hampir berputus asa kerana tempat itu amat sesuai. Permulaan: Laiman menjalani latihan praktikal di sebuah loji minyak di Sarawak. Di situ, dia berkenalan dengan Soniah dan rapat dengannya. Rupa-rupanya hal ini telah menyebabkan Muluk berasa cemburu. Perkembangan: Pengurus memanggil Laiman kerana mahu menyiasat punca kebakaran yang menjadi tanggungjawab Laiman. Laiman mempertahankan dirinya bahawa dia tidak bersalah. Selepas tamat belajar, Laiman balik ke kampung. Dia bertegas mahu mengusahakan tanaman tembikai dan menternak ikan. Bapanya, Pak Kiassim tidak bersetuju dengan cadangannya. Bapanya mengungkit-ungkit pengorbanan neneknya dan abangnya. Laiman berasa sedih tetapi dia tidak patah semangat selepas mendapat sokongan Milan. Peleraian: Pak Sahok membenarkan Laiman dan Milan mengusahakan tanah tersebut selepas dipujuk oleh Pak Kiassim. Hasil tanaman dan ternakan Laiman dan Milan mula mengeluarkan hasil. Para pemuda kampung menjadikan mereka sebagai suri teladan. 1. Laiman (Watak utama) • Pemuda berbangsa Sungai yang tinggi lampai • Berasal dari Kampung Kusilad, Sabah • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia • Cekal dan tabah dalam mengharungi kehidupan • Taat akan perintah agama • Tidak mahu bekerja makan gaji tetapi memilih untuk bekerja sendiri • Usahawan muda yang berjaya 2. Milan • Sepupu Laiman • Pernah memasuki kem kayu balak dan bekerja sebagai tukang pasang eshok • Pernah bekerja sebagai pengangkat buah di kebun kelapa sawit • Pernah terhumban ke bawah jurang menyebabkan kecederaan di pinggangnya • Menjadi tonggak utama kejayaan di sebalik semua projek yang dirancang oleh Laiman Watak dan Perwatakan
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-17 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 3. Pak Kiassim • Ayah Laiman • Baik dan mengambil berat tentang masa depan anak-anaknya • Berbangga dan kagum akan kejayaan Laiman • Berubah hati daripada menentang hasrat Laiman kepada menyokong projek yang diusahakan oleh Laiman sepenuhnya • Mudah memaafkan kesalahan Laiman yang tidak menurut kata-katanya pada awal pembabitan Laiman dalam projek di kampung 4. Pak Sahok • Petani • Menjadi ahli jawatankuasa bertindak untuk projek kampung contoh • Pada awalnya, dia tidak memberikan kerjasama kepada Laiman dan Milan untuk mengusahakan projek ternakan mereka • Degil dan sukar untuk dipujuk • Akhirnya, dia membenarkan Laiman menggunakan tanah paya yang bersebelahan dengan tanah sawah miliknya setelah dipujuk oleh Pak Kiassim • Berbangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Laiman dan Milan Latar Latar tempat • Kampung Kusilad, Sabah • Miri, Sarawak • Gerai Pitas • Rumah Pak Kiassim • Rumah Pak Sahok • Rumah sewa Laiman • Kebun tembikai • Tapak projek ternakan ikan dan udang Latar masa • Pagi • Tengah hari • Waktu petang • Waktu malam Latar masyarakat • Masyarakat kampung yang sukar menerima pembaharuan dalam kehidupan • Masyarakat pelajar yang berwawasan • Masyarakat siswazah yang ingin membuka mata masyarakat di sekitarnya • Masyarakat yang taat akan perintah agama • Masyarakat yang berpegang kuat pada adat dan tradisi • Masyarakat yang tidak menghormati adat dan kepercayaan mereka sendiri • Masyarakat penyayang Nilai Pengajaran • Kecekalan – Laiman cekal menghadapi kata cemuhan daripada orang kampungnya yang tidak yakin akan kebolehannya untuk hidup berdikari. • Baik hati – Nenek Laiman sanggup mengeluarkan semua duit simpanannya untuk membantu Laiman menyambung pengajian di universiti. • Bekerjasama – Laiman bekerjasama dengan sepupunya, Milan dalam mengusahakan projek tanaman tembikai dan projek ternakan ikan di kampung mereka. • Kasih sayang – Abang Mail sangat sayang akan adiknya. Dia selalu menasihati Laiman supaya tetap dengan pendiriannya dan tidak patah semangat dengan kata-kata negatif daripada orang lain. • Bertanggungjawab – Laiman bertanggungjawab dalam memastikan kerja-kerjanya di loji minyak dapat dilaksanakan dengan baik. • Kerajinan – Laiman rajin menjual kuih bulan sejak tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi menampung pendapatan keluarganya. • Kita mestilah tabah dan cekal berjuang demi mencapai matlamat hidup. • Kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai matlamat hidup. • Kita hendaklah berani mempertahankan hak. • Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan. • Kita hendaklah menghormati ibu dan bapa walaupun mereka sering berleter kepada kita di rumah. • Kita hendaklah menjauhi sikap hasad dengki dan iri hati kepada orang lain. Analisis Novel Jejak MONPUS Sinopsis Zahar, mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Kaji Hayat. Dia pencinta ulat bulu. Di makmal yang bersebelahan dengan rumahnya, terdapat ulat-ulat bulu yang menjadi bahan kajiannya. Terdapatspesies ulat bulu yang semakin pupus, iaitu Pus Pus dan dia mahu menyelamatkan spesies itu. Dia pergi ke beberapa buah tempat untuk mendapatkan spesies yang sesuai, tetapi dia tidak berjaya. Zahar mengajak rakannya, iaitu Fikri dan Malcom ke Pulau Pisang bagi mencari spesies yang sesuai. Di sana, Zahar berjaya mendapat spesies ulat bulu, yang dinamakannya Monarch. Zahar mensenyawakan spesies Monarch dengan Pus Pus lalu terhasil spesies ulat bulu yang dinamakannya Morgan. Penduduk Kampung Maju Jaya, tempat tinggal Zahar dikejutkan dengan serangan ribuan ulat bulu berintik hitam. Akibatnya, mereka menghidap pelbagai penyakit. Tanaman dan ternakan mereka musnah. Seorang pemuda yang bernama Ripin menuduh Zahar sebagai puncanya. Zahar telah dipanggil oleh ketua kampung untuk mengadakan perbincangan terbuka. Dalam perbincangan itu, Zahar meyakinkan penduduk bahawa serangan itu bukan berpunca daripada makmalnya. Walau bagaimanapun, Zahar berjanji akan menangani serangan ulat bulu itu. Zahar melakukan kajian. Dia juga berbincang dengan Fikri. Zahar berasa Morgan ada kaitan dengan serangan ulat bulu itu. Hal ini demikian kerana, Morgan bersayap di bahagian abdomennya dan kerap hilang pada waktu malam. Zahar mahu pergi ke Pulau Pisang semula. Dia ke sana dengan Fikri. Zahar dapat menjangkakan bahawa serangan ulat bulu itu berpunca daripada rangsangan Morgan terhadap ulat bulu berintik hitam. Malahan, kegiatan kilang sawit yang mencemarkan udara pada waktu malam menjadikan ulat bulu berintik hitam semakin membiak dan aktif menyerang kampung itu.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-18 Zahar bertekad untuk mencari penawar bagi serangan ulat bulu itu. Dia berasa bertanggungjawab untuk membantu penduduk kampung. Ibunya juga ada berpesan kepadanya supaya menyelesaikan perkara itu. Bagi menghasilkan penawar itu, dia perlu mengorbankan Morgan. Apabila penawar itu hampir terhasil, penawar itu hilang. Malahan, buku formulanya turut hilang. Fikri syak bahawa Ripinlah yang mencurinya. Mereka menyiasat bangsal semaian Ripin dan menemukan beberapa perkara yang meragukan di situ. Mereka membuat laporan kepada pihak polis. Polis mengintip kegiatan Ripin dan menahannya kerana menipu dalam penjualan benih cambah sawit dan memalsukan dokumen urus niaga dengan menggunakan logo Sime Darby Plantation Berhad dan Felda Agriculture Services Sdn.Bhd. Pihak polis mengembalikan penawar dan buku formula Zahar. Selepas itu, Zahar mencipta penawar serangan ulat bulu itu dan berjaya mengatasi masalah penduduk. UTM akan memajukan penawar tersebut secara komersial. Malahan, dia meraih anugerah dalam majlis Anugerah Produk Inovasi, UTM. Zahar juga terpilih menerima Anugerah Akademik Negara dan Biasiswa Kerusi Canselor, Universiti Oxford London yang akan disampaikan oleh seorang profesor daripada universiti itu. Profesor itu ialah ayahnya, iaitu Dr. Baharuddin yang sudah 10 tahun tidak ditemuinya. Tema Novel ini bertemakan sumbangan bakti remaja terhadap masyarakat dan negara. Zahar, seorang remaja yang meminati sains hayat telah banyak menghasilkan produk yang dapat membantu masyarakat, khususnya para petani. Dia menghasilkan racun serangga perosak ulat bungkus. Kejayaannya itu membolehkannya menerima Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk daripada UTM. Ketika kampungnya menghadapi masalah serangan ulat bulu berintik hitam, Zahar telah menghasilkan racun MONPUS yang dapat mengatasi masalah serangan serangga itu. Kejayaannya itu membolehkan Zahar menerima Anugerah Biasiswa daripada Universiti Oxford, London. Kasih sayang ibu kepada anak – Puan Qistina, ibu Zahar sayang akan anaknya. Selepas suaminya meninggalkannya, Puan Qistina fokus kepada anaknya selain kerjayanya. Penipuan mendatangkan kerugian – Ripin mahu mengaut keuntungan dengan kaedah menipu pihak lain. Dia menggunakan benih yang tidak berkualiti untuk semaian anak benihnya tetapi mendakwa benih itu berkualiti. Akibatnya, dia ditahan oleh polis selepas Zahar dan Fikri mengesan penipuan tersebut. Kebijaksanaan pemimpin menangani sesuatu masalah – Ketua kampung tidak mudah tunduk kepada desakan sesetengah penduduk kampung yang mahu beliau menjatuhkan hukuman kepada Zahar. Secara bijaksana, ketua kampung memanggil Zahar hadir dalam perbincangan terbuka mengenai serangan ulat bulu berintik hitam itu. Persoalan Perasaan cinta akan alam sekitar – Zahar cinta akan alam sekitar dan berasa bimbang akan pencemaran yang berlaku seperti di Hutan Paya Bakau Tanjung Piai. Dalam menangani masalah pencemaran ini, semua pihak patut bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar termasuk hutan paya bakau. Plot Binaan Plot Permulaan – Zahar berminat terhadap ulat bulu. Ulat bulu peliharaannya, Pus Pus semakin lemah. Ibu Zahar, Puan Qistina seorang guru yang komited terhadap tugasnya. Perkembangan – Zahar, Fikri, dan Malcom Tan ke Pulau Pisang bagi mendapatkan spesies ulat bulu yang mahu disenyawakan dengan Pus Pus. Zahar mendapat spesies ulat bulu Monarch. Dia mensenyawakannya dengan Pus Pus lalu terhasil Morgan. Ulat bulu berintik hitam menyerang kampung sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang kritikal. Ripin dan rakan-rakannya menyalahkan Zahar sebagai punca serangan ulat bulu tersebut. Klimaks – Zahar memberitahu penduduk kampung bahawa serangan itu bukan berpunca dari makmalnya dan dia berjanji akan mencari penawarnya. Zahar beranggapan bahawa Morgan ada kaitan dengan serangan ulat bulu itu kerana Morgan mempunyai sayap di abdomennya dan kerap hilang pada waktu malam. Zahar dan Fikri pergi ke Pulau Pisang. Zahar mengenal pasti bahawa serangan ulat bulu itu berpunca daripada rangsangan Morgan terhadap ulat bulu berintik hitam. Zahar melakukan uji kaji bagi menghasilkan penawar untuk memusnahkan serangan ulat bulu itu bagi memenuhi hasrat ibunya dan juga menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. Apabila penawar itu hampir terhasil, penawar dan buku formulanya itu hilang. Peleraian – Zahar dan Fikri menyiasat bangsal semaian Ripin. Mereka mendapati Ripin dan kawan-kawannya melakukan penipuan benih. Mereka melaporkan kegiatan itu kepada polis. Ripin ditahan oleh polis. Polis menyerahkan penawar dan buku formula kepada Zahar. Zahar berjaya mencipta penawar serangan ulat bulu dan menangani masalah serangan ulat bulu di kampung itu. Zahar menamakan penawar itu sebagai MONPUS. UTM mengkomersialkan penawar tersebut. Zahar menerima Anugerah Akademik Negara dan Biasiswa Kerusi Canselor, Universiti Oxford London yang disampaikan oleh profesor universiti tersebut yang merupakan ayahnya, Dr. Baharuddin.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-19 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Puan Qistina • Puan Qistina, ibu Zahar ialah guru Bahasa Melayu di SMK Sri Yassin, Pontian. • Beliau penyayang terhadap anaknya, Zahar. Beliau berusaha untuk memahami minat anaknya. • Beliau tabah menerima tohmahan daripada masyarakat kampung yang menuduhnya sebagai pendatang di kampung itu. • Beliau juga guru yang berdedikasi dan inovatif. Zahar • Zahar, remaja berusia 22 tahun yang merupakan anak tunggal Puan Qistina. • Dia bijak dan inovatif. Dia mampu menghasilkan banyak jenis racun serangga yang bermanfaat kepada para petani. • Dia berani mempertahankan kebenarannya apabila dituduh sebagai punca serangan ulat bulu. • Dia sanggup membantu rakannya, Munirah yang terjatuh ke dalam kolam. • Zahar memiliki kawan yang setia, iaitu Fikri dan Malcom. Fikri • Fikri belajar di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Sains Hayat. • Fikri setia kawan terhadap Zahar. • Fikri bijak dan banyak mempunyai ilmu pengetahuan. Watak dan Perwatakan Latar masa • Pada waktu pagi • Pada waktu tengah hari • Pada waktu malam Latar tempat • Warung Sudi Mampir • Kelas 4 Karisma • Warung kopi Pak Mail • Balai raya • Pulau Pisang • Dewan tertutup Latar masyarakat • Penduduk kampung • Masyarakat kampus • Golongan remaja • Warga sekolah Latar Nilai Kasih sayang – Puan Qistina sayang akan anaknya, Zahar. Dia berusaha untuk memahami minat anaknya dan memberi sokongan kepadanya walaupun anaknya berhadapan dengan pelbagai tuduhan daripada orang kampung. Tanggungjawab – Zahar berasa bertanggungjawab terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk kampungnya. Oleh itu, dia berusaha mencari penawar bagi serangan ulat bulu berintik hitam. Kegigihan – Zahar gigih untuk menghasilkan penawar serangan ulat bulu berintik hitam itu. Dia sanggup pergi ke Pulau Pisang semula untuk mengenal pasti spesies ulat bulu yang pernah dikajinya. Kebijaksanaan – Pak Naib, ketua kampung bijaksana menyelesaikan masalah di kampungnya. Dia mengadakan perbincangan terbuka dan membuka ruang kepada Zahar untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya. Pengajaran Kita haruslah sabar menempuh cabaran hidup. Kita janganlah berputus asa terhadap sesuatu kegagalan. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah. Kita janganlah bersikap tamak dalam mengejar kekayaan sehingga sanggup menipu pihak lain. Kita mestilah menggunakan ilmu pengetahuan dan kepakaran kita untuk kebaikan masyarakat dan negara. Kita haruslah bersikap pemaaf terhadap orang lain. Analisis Novel Meniti Impian Sinopsis Novel Meniti Impian karya Osman Ayob mengisahkan kegigihan seorang pemuda, iaitu Zahar dalam mencapai impiannya untuk memiliki sebuah bengkel perabot sendiri kerana tercabar oleh hinaan bekas kekasihnya, Suhaili. Zahar yang tidak cemerlang dalam SPM kerana demam, gagal melanjutkan pelajaran ke ITM seperti yang dijanjikan bersama-sama Suhaili, anak ketua kampung. Zahar berkeinginan untuk menyambung pengajiannya di sekolah swasta, namun hasratnya itu terpaksa dilupakan kerana ketidakmampuan keluarganya. Ibunya terpaksa menanggung dua orang adiknya juga setelah kematian bapanya. Zahar membantu Pak Yusuf, iaitu bapa saudaranya di bengkel perabot yang terletak bersebelahan dengan rumah bapa saudaranya itu. Zahar amat meminati kerja-kerja pertukangan.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-20 Seterusnya, Zahar telah diterima masuk ke Institut Kemahiran Mara (IKM) dalam bidang pertukangan perabot. Dia berasa sangat gembira. Berita gembira itu akan dikongsi dengan Suhaili. Mereka berjanji untuk bertemu di City Point. Namun begitu, hati Zahar sedih apabila Suhaili seakan-akan mempersoalkan taraf lulusan IKM kerana baginya, lulusan IKM tidak mempunyai masa depan. Zahar berasa amat kecewa dan berazam untuk membuktikan kepada Suhaili bahawa dia akan berjaya meskipun hanya lulusan IKM. Selepas itu, Suhaili bergegas untuk meminta diri kerana hendak bertemu dengan kenalannya. Zahar mengekori langkah Suhaili. Zahar melihat Suhaili dengan seorang lelaki kacak yang berkereta. Zahar akur bahawa hubungannya dengan Suhaili sudah sampai di penghujung. Semasa pendaftaran di IKM, Zahar bertemu dengan Norimi yang ditemani oleh bapanya. Norimi gadis yang cantik, lemah lembut, dan baik budi bahasanya. Di IKM, Zahar terkenal dengan bakat sebagai seorang pemain bola sepak kerana berjaya menjaringkan gol semasa perlawanan menentang IKM, Alor Setar. Zahar juga tekun dan cemerlang dalam pelajarannya. Oleh itu, dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Semasa latihan dalam loji, Zahar ditempatkan di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad yang terletak di Lot 313, Jalan Kencana Sari, Ipoh. Tanpa disangka-sangka, Suhaili juga bekerja di situ sebagai Penolong Unit Pemasangan. Suhaili berusaha untuk mendekati Zahar kerana perasaan bersalahnya setelah mengecewakan Zahar. Namun begitu, Zahar kerap mengelak daripada bertemu dengan Suhaili. Menurut Razali, iaitu rakan serumah Zahar, Suhaili berpindah dari Petaling Jaya ke Ipoh kerana putus cinta. Zahar telah menolak tawaran pihak kilang yang menawarkan kerja kepadanya selepas tamat latihan dalam lojinya. Dia tetap dengan keputusannya mahu membuka bengkel perabotnya sendiri. Semasa majlis perpisahan itu juga, Zahar bertemu dengan Suhaili dan memintanya agar melupakan kisah silam mereka dan akan kekal sebagai sahabat. Suhaili juga meminta maaf atas sikapnya terhadap Zahar sebelum ini. Zahar pulang ke kampung dan mendirikan bengkel perabotnya sendiri dengan pinjaman sebanyak RM10 000 daripada pihak MARA dan RM5000 daripada sumbangan Pak Yusuf. Bengkel perabot Zahar didirikan di atas tanah ibunya yang amat strategik kerana berhampiran dengan jalan utama. Semua barang di bengkel Pak Yusuf dibawa ke bengkel baharu. Tapak bengkel lama Pak Yusuf akan dijalankan perusahaan ternakan ayam daging oleh Mak Temah. Bengkel baharu Zahar diberikan nama “Meniti Impian” hasil hinaan Suhaili dahulu. Bengkel Zahar menjadi terkenal selepas rencananya termuat dalam akhbar Harian Kebangsaan. Zahar akan membawa Pak Yusuf dan ibunya semasa majlis penyampaian sijil nanti dan mereka akan bertemu dengan Norimi serta keluarganya. Tema Novel ini bertemakan kegigihan seorang remaja dalam usaha mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan perabot yang berjaya. Selepas gagal mencapai kecemerlangan akademik, Zahar beralih kepada bidang kemahiran selepas mendapat bimbingan daripada bapa saudaranya, Pak Yusuf. Zahar menyambung pelajaran ke Institut Kemahiran Mara walaupun perkara itu tidak disenangi oleh Suhaili yang menjadi mahasiswi di Universiti Teknologi Mara. Berkat kegigihannya, Zahar berjaya menjadi usahawan perabot. Persoalan Kasih sayang ibu kepada anak – Ibu Zahar sayang akan anak-anaknya. Beliau sentiasa memberikan sokongan kepada anaknya agar berjaya dalam hidup. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan – Zahar sangat gigih berusaha untuk menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan praktikal sehingga dia berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri. Kejayaan akademik bukan segala-galanya – Walaupun Zahar tidak berjaya dalam bidang akademik, dia membuktikan bahawa dia berkebolehan dalam bidang kemahiran. Hal ini membolehkan dia menjadi usahawan perabot yang berjaya. Kesusahan hidup harus dijadikan cabaran untuk berjaya – Zahar yang berasal daripada keluarga susah kerana ayahnya sudah meninggal dunia, tidak menjadikan kesusahan itu alasan untuk dia gagal. Plot Binaan Plot Permulaan – Zahar tekun bekerja di bengkel perabot pak ciknya, Pak Yusuf. Zahar bekerja di bengkel itu selepas gagal memasuki Tingkatan 6 di sekolah kerajaan. Pak Yusuf bertanyakan Zahar tentang temu duga Institut Kemahiran Mara yang telah dihadirinya. Dia berharap agar Zahar berjaya masuk ke IKM. Perkembangan cerita – Zahar mendapat tawaran kursus Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani. Zahar memberitahu perkara itu kepada rakannya, Bakar. Zahar sedar bahawa belajar di IKM tidak setaraf belajar di ITM seperti Suhaili. Zahar menghubungi Suhaili untuk memberitahu berita itu. Mereka berjanji untuk bertemu di City Point, Alor Setar. Suhaili tidak bersetuju dengan rancangan Zahar memasuki IKM dan menganggap Zahar mudah berputus asa. Semasa melapor diri di IKM, Zahar bertemu dengan kawan baharu seperti Norimi dan Ramli. Semasa di IKM, Zahar belajar dengan tekun. Klimaks – Zahar menjalani latihan di sebuah kilang. Di situ, dia berjumpa dengan Suhaili yang bekerja di situ. Suhaili meminta maaf kepada Zahar. Suhaili menawarkan bantuannya kepada Zahar agar mendapat jawatan tetap selepas tamat latihan di kilang itu.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-21 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Peleraian cerita – Zahar menjalani latihan di kilang itu dengan cemerlang. Dia juga telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan peringkat pertengahan dengan mendapat Pangkat Satu. Zahar mendirikan bengkel di tanah milik ibunya. Dia mendapat pinjaman sebanyak RM10.000 daripada MARA dan RM5000 sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun yang dikumpulkannya untuk membina bengkel yang lengkap. Dia menamakan bengkelnya Bengkel Perabot Meniti Impian. Watak dan Perwatakan 1.Zahar (Watak utama) • Zahar ialah anak sulung dua orang adik, iaitu Zakri dan Halim. Bapanya sudah meninggal dunia. Dia berusia awal 20-an. • Zahar gigih bekerja. Kegigihannya itu mendapat pujian daripada Pak Yusuf yang mengajarnya membuat perabot sebelum dia menyambung pelajaran di IKM. • Zahar seorang yang pandai. Semasa di IKM, dia menjadi pelajar terbaik dan memperoleh Pangkat Satu. • Zahar seorang yang berani. Selepas habis belajar, dia terus membuka bengkel perabotnya kerana mahu menjadi usahawan yang berjaya. • Zahar juga seorang yang berdikari. Walaupun ditawarkan bekerja di kilang perabot tempat dia menjalani latihan, Zahar tetap mahu bekerja sendiri. • Zaharserba berkebolehan. Disamping mahir bertukang perabot dan bijak, Zahar juga pandai bermain bola sepak. 2. Pak Yusuf • Pak Yusuf ialah bapa saudara Zahar yang berusia dalam lingkungan 60-an. Pak Yusuf mempunyai isteri bernama Mak Temah dan dua orang anaknya sedang belajar di universiti. • Pak Yusuf prihatin terhadap anak saudaranya, Zahar. Dia memberikan peluang Zahar bekerja dengannya, menghantar Zahar menndaftar di IKM, dan memberikan sokongan kepada Zahar agar membuka bengkel perabot. • Pak Yusuf gigih bekerja. Walaupun usianya sudah lanjut, dia menerima tempahan daripada masjid dan orang perseorangan atas dasar tanggungjawab. • Pak Yusuf juga seorang yang kreatif. Walaupun tidak memperoleh pendidikan formal dalam bidang perabot, namun Pak Yusuf mempunyai mutu kerja yang baik. • Pak Yusuf berfikiran terbuka dan luas pergaulannya. Dia mempunyai kenalan yang banyak termasuk yang bukan berbangsa Melayu. 3. Suhaili • Suhaili rakan sekolah Zahar. Dia saeorang yang tinggi, berbibir nipis, berkulit putih kuning, dan berlesung pipit di pipi kanannya. • Selepas tamat pelajaran SPM, Suhaili menyambung pelajarannya ke ITM. • Suhaili seorang yang bercita-cita tinggi. Dia memasang impian untuk melanjutkan pelajaran ke ITM selepas tamat SPM. • Suhaili mudah memandang rendah kepada orang lain. Apabila Zahar memilih untuk memasuki IKM, Suhaili tidak bersetuju dan mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungannya dengan Zahar. • Suhaili berani mengakui kesalahan dirinya. Suhaili meminta maaf daripada Zahar akan kekhilafannya sebelum ini dan berharap agar mereka dapat meneruskan perhubungan mereka. 4. Norimi • Norimi ialah kawan Zahar semasa belajar di IKM. Norimi berasal dari Johor Bahru dan mengikuti kursus dalam bidang Lukisan Seni Bina. • Norimiseorang pelajar yang cemerlang. Dia merupakan pelajar terbaik dalam bidang yang diikutinya. • Norimi juga seorang yang positif. Dia banyak memberi galakan dan dorongan kepada Zahar untuk menjadi usahawan yang berjaya. Latar masa • Waktu pagi • Waktu petang • Waktu malam • Enam bulan • Lima tahun − Pak Yusuf membina bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu Latar tempat • Bengkel perabot Pak Yusuf • Kompleks City Point, Alor Setar • Stesen bas • Institut Kemahiran MARA Sungai Petani Latar masyarakat • Masyarakat usahawan • Masyarakat kolej • Masyarakat remaja • Masyarakat yang memandang rendah terhadap kemampuan orang lain • Masyarakat kampung yang bergotong-royong Latar
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-22 Nilai Kasih sayang – Zahar sayang akan ibunya dan adikadiknya. Apabila ada cuti, Zahar tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan ibu dan adik-adiknya. Ibu Zahar juga sayang akan Zahar dan sentiasa memberikan sokongan kepada Zahar. Kegigihan – Zahar gigih bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf. Zahar juga gigih semasa belajar di IKM sehingga muncul sebagai pelajar terbaik. Dia juga gigih menjalani latihan di kilang perabot. Kegigihan ini menjadi modal kepada Zahar untuk membuka bengkel perabot sendiri. Keberanian – Zahar berani membuka bengkel perabot walaupun dia baru menghabiskan pelajarannya. Dia yakin akan ilmu yang diperolehnya Dengan modal yang ada, dia mampu menjadi usahawan perabot yang berjaya. Kerjasama – Penduduk bekerjasama untuk mendirikan bengkel perabot Zahar. Sikap sebegini dapat menjimatkan perbelanjaan dan merapatkan hubungan penduduk. Pengajaran Kita hendaklah gigih mencapai cita-cita dalam hidup kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Kita haruslah berusaha untuk menyiapkan sesuatu tugasan dengan berkualiti dan menepati masa yang ditetapkan. Kita haruslah berani mengakui kesalahan kita dan berani meminta maaf daripada orang yang kita lakukan kesalahan itu. Kita haruslah berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup dalam setiap tindakan yang kita lakukan demi manfaat diri kita. Analisis Novel Darah Titik di Semantan Sinopsis Novel ini mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman bersama-sama para pengikutnya menentang Inggeris yang telah memasukkan butiran perjanjian yang tidak dirundingkan dengan sultan. Inggeris telah membina rumah pasung di Lubuk Terua tanpa berbincang dengan Datuk Bahaman yang merupakan ketua di situ. Penduduk kampung hilang sabar dan mahu menyerang Inggeris, namun Datuk Bahaman mahu mereka bersabar. Datuk Bahaman marah apabila para pengikutnya seperti Pak Uda Ismail, Samad, dan Pak Long Abas ditangkap oleh Inggeris. Beliau berusaha untuk membebaskan para pengikutnya itu. Datuk Bahaman menjadi semakin marah apabila diberitahu oleh Pak Long Abas bahawa rakit yang dinaikinya dengan Pak Uda Ismail telah ditahan oleh Desborough dan mereka ditembak semasa melarikan diri. Pak Long Abas berjaya menyelamatkan dirinya. Pak Uda Ismail meninggal dunia. Datuk Bahaman dan pengikut-pengikutnya bersiap sedia untuk menyerang Desborough di Sungai Semantan. Desborough kalah dan banyak mata-mata Inggeris terbunuh. Selain itu, rumah pasung di Lubuk Terua juga diserang oleh pengikutnya yang diketuai oleh Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh. Selepas itu, Datuk Bahaman dan pengikutnya membuat perancangan untuk menyerang Inggeris di Bentong. Datuk Bahaman mengarahkan Tuk Muda Bidin dan Imam Perang Weh mengepung pusat kawalan dekat lombong Inggeris di Bentong. Datuk Bahaman, Datuk Panglima Raja, dan Mat Lela pergi ke Temerloh untuk mengambil jenazah Pak Uda Ismail. Selepas itu, Datuk Bahaman meneruskan rancangan mereka menyerang rumah pasung Inggeris dan mengambil semua senjata yang terdapat di situ. Sementara itu, Datuk Panglima Raja berjaya memperdaya sekumpulan mata-mata Inggeris dengan menjamu mereka bubur ubi gadung yang beracun, menyebabkan mereka berasa mabuk dan panas perut. Mereka terjun dan tenggelam di dalam sungai. Pegawai-pegawai Inggeris telah bertindak menyediakan tentera untuk melawan Datuk Bahaman dan para pengikutnya. Sebuah pasukan yang diketuai oleh Desborough yang terdiri daripada 50 orang mata-mata Inggeris dan 300 orang askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali bergerak ke Semantan. Datuk Bahaman tidak mahu berperang dengan askar-askar sultan kerana tidak mahu berbunuhan sesama bangsa. Setelah mengetahui bahawa perahu yang dinaiki oleh Desborough tiada askar-askar sultan, Datuk Bahaman menarik rantai yang merentangi Sungai Semantan. Perahu itu terbalik dan pengikut-pengikut Datuk Bahaman menghujani mereka dengan bambu runcing. Hugh Clifford tidak berpuas hati dengan askar-askar sultan. Clifford telah mengugut sultan dengan mengatakan bahawa sultan boleh dibuang negeri sekiranya menyebelahi Datuk Bahaman. Mat Kilau menasihati Datuk Bahaman agar berunding dengan sultan. Datuk Bahaman menghadap sultan. Dalam pertemuan itu, sultan menyokong perjuangan mereka, cuma baginda dalam keadaan tersepit. Oleh itu, sultan meminta mereka menjadikan perjuangan pada hari esok sebagai sebagai perjuangan terakhir. Semasa di Batu Hampar, Datuk Bahaman melihat Rodger mudik dengan sultan dan Tengku Ali. Datuk Bahaman menghalang Tuk Selampit menyumpit orang Inggeris dan mata-mata Inggeris kerana bimbang sumpit akan terkena sultan. Tindakan Datuk Bahaman itu telah menyebabkan Tuk Selampit marah lalu meninggalkan mereka.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS N-23 © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Dari Pasir Tuk Anjang, Zahid nampak sekumpulan askar sultan naik ke tebing. Datuk Bahaman memberikan perintah supaya menembak ke udara sahaja. Hal ini mengecewakan Zahid tetapi dia akur. Zahid melihat Mat Lela dan Awang Muhammad yang berlari ke kubu mereka tiba-tiba rebah akibat terkena tembakan askar sultan. Datuk Panglima Raja hendak mengamuk. Datuk Panglima Raja membidik ke arah askar sultan tetapi dia pula yang terkena tembakan askar sultan. Tuk Muda Bidin mengatakan bahawa dalam keadaan genting mereka tidak boleh berpegang pada janji kerana musuh telah belot perjanjian. Imam Perang Weh dan Tuk Muda Bidin menyerah diri, tetapi ketua askar sultan telah menikam mereka. Pertempuran itu tamat dengan kemenangan kepada askar-askar sultan. Mat Kilau datang dengan membawa salinan surat pengampunan beramai-ramai yang ditandatangani oleh Sultan Ahmad. Semua orang Semantan diampunkan kecuali Datuk Bahaman. Keputusan itu dibuat oleh Inggeris dan sultan terpaksa menandatanganinya. Mat Kilau memberitahu Datuk Bahaman bahawa sultan mempunyai satu rancangan yang besar. Lajis memberitahu penduduk Lubuk Terua bahawa perang belum tamat. Penduduk Lubuk Terua bersatu kembali setelah mendapat berita bahawa Datuk Bahaman telah menawan Lubuk Terua semula. Namun begitu, rancangan raksasa yang dihebohkan oleh Mat Kilau hampir gagal. Tuk Gajah berundur dari negeri Pahang sekiranya rancangannya gagal. Tuk Raja kurang berminat untuk membantu perjuangan menentang Inggeris. Mata-mata Sikh di bawah pimpinan Wise mengesan lokasi Datuk Bahaman. Mereka bertindak membakar rumah-rumah orang kampung. Apabila Datuk Bahaman mengetahui perkara ini, beliau telah berpatah balik ke Lubuk Terua lalu membunuh mata-mata Inggeris. Datuk Bahaman kemudiannya bersatu dengan Tuk Gajah dan Mat Kilau. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak bertemu dengan mereka lagi. Tema Novel ini bertemakan keberanian rakyat tempatan berjuang bagi menentang penjajah Inggeris. Datuk Bahaman bersama-sama dengan Zahid, Samad, Rahman, Awang Muhammad, Mat Lela, dan rakyat tempatan yang lain berjuang menentang penjajah Inggeris. Walaupun perjuangan mereka gagal tetapi keberanian menentang Inggeris sesuatu yang harus dibanggakan. Persoalan Semangat bersatu padu ketika menghadapi penjajah Inggeris Bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan Kesungguhan rakyat tempatan menentang penjajah Inggeris Sikap bekerjasama untuk menjayakan sesuatu kerja Pentingnya mendengar arahan ketua Plot Binaan plot Permulaan – Lubuk Terua terletak di tebing Sungai Semantan. Di sini, tinggal penduduk kampung seperti Zahid, Rahman, Samad, dan Awang Muhammad. Mereka dipimpin oleh Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Semantan. Perkembangan – Datuk Bahaman menyeru penduduk Lubuk Terua agar bersedia menentang penjajah. Zahid dan rakanrakannya telah membina kubu di Pangkal Merbau Berdarah. Mereka juga menyediakan bambu runcing dan berlatih membaling buluh tersebut. Inggeris mula bertapak di Lubuk Terua dengan membina rumah pasung di tepi tebing. Datuk Bahaman ke Johor untuk berunding dengan Gabenor Singapura. Sementara itu, Kak Minah hampir dirogol oleh dua orang pemuda tempatan yang menjadi orang suruhan Inggeris. Datuk Bahaman meminta Lajis dan Rahmad menjadi pengintip di Kuala Semantan. Pihak Inggeris telah mengadakan mesyuarat dengan sultan dan orang-orang besar di Pulau Tawar. Mereka mahu menyerang Datuk Bahaman dan penduduk Semantan. Klimaks – Mat Kilau membawa berita bahawa sultan mengisytiharkan Datuk Bahaman sebagai penderhaka setelah dipaksa oleh Hugh Clifford. Inggeris telah membunuh Pak Uda Ismail. Mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali akan mudik ke Semantan. Datuk Bahaman melarang Tuk Selampit menyumpit mata-mata Inggeris dan askar-askar sultan. Askar-askar sultan mungkir janji. Mereka telah menembak Mat Lela, Awang Muhammad, dan pengikut Datuk Bahaman. Datuk Panglima Raja meminta Datuk Bahaman membalas serangan pihak Inggeris tetapi Datuk Bahaman tetap berpegang pada janjinya. Akibat terlalu marah terhadap tindakan Datuk Bahaman, Tuk Muda Bidin dan Imam Perah Weh telah menyerah diri tetapi mereka dibunuh oleh ketua askar sultan. Peleraian – Banyak perajurit Semantan terkorban. Pihak Inggeris dan askar-askar sultan mencapai kemenangan. Penduduk Semantan diberikan pengampunan sultan kecuali Datuk Bahaman. Tuk Gajah telah mudik ke Sungai Tembeling dan akan terus ke Kelantan atau Terengganu. Tuk Raja kurang berminat untuk menentang penjajah. Mata-mata Inggeris dan askar sultan yang diketuai oleh Wise mencari Datuk Bahaman di Lubuk Terua tetapi tidak dijumpai. Rumah penduduk tempatan dibakar dan terdapat penduduk yang mati ditembak. Khabarnya, Datuk Bahaman telah kembali di Lubuk Terua semula lalu membunuh mata-mata Inggeris. Selepas peristiwa itu, Zahid tidak berjumpa dengan Datuk Bahaman lagi.
Bahasa Melayu Tingkatan 2 Nota Grafik KOMSAS © Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. N-24 Watak dan Perwatakan 1. Datuk Bahaman (Watak utama) • Orang Kaya Semantan • Anak bongsunya ialah Awang Muhammad dan anak sulungnya ialah Mat Lela • Bersikap sabar • Bertanggungjawab menjaga kerajaan dan bangsa Melayu • Mempunyai semangat perjuangan yang tinggi • Tidak mementingkan pangkat dan gelaran • Mementingkan kebajikan rakyat • Berpegang pada janji • Baik hati • Berani 2.Zahid • Zahid digambarkan seorang yang pandai menentang musuh apabila dia membaling bambu runcing yang betul-betul mengenai belakang seorang mata-mata Inggeris • Berpegang pada ajaran agama • Bersemangat juang yang tinggi • Zahid seorang yang berani apabila berlawan dengan dua orang pemuda yang mengganggu Kak Minah • Zahid seorang yang bertanggungjawab kerana sering menasihati Rahmad dan kawan-kawannya agar menjalani latihan bermain senjata demi mempertahankan diri ketika peperangan • Zahid penyayang • Zahid mementingkan semangat setia kawan • Zahid mempunyai sikap belas kasihan 3. Samad • Rakan Zahid, Rahman, dan Awang Muhammad • Samad pernah ditangkap oleh Inggeris ketika membawa rotan ke Batu Hampar • Seorang yang berani kerana tidak takut untuk berjuang • Samad seorang yang pandai menyimpan rahsia apabila dia berpura-pura macam budak bodoh ketika Inggeris menyuruhnya menceritakan perkara yang sebenar • Mempunyai semangat bekerjasama • Seorang yang bertanggungjawab 4. Mat Lela • Umurnya baru hendak meningkat ke-30 tahun • Anak Datuk Bahaman dan abang Awang Muhammad • Terkena tembakan di paha akibat diserang oleh askar sultan tetapi berjaya diselamatkan • Mat Lela sangat benci akan Inggeris • Seorang yang berfikiran terbuka apabila bersetuju dengan cadangan Datuk Bahaman supaya berjuang menggunakan akal fikiran • Mat Lela suka berterus terang Latar masa • Hari Jumaat • Pada waktu pagi • Pada waktu tengah hari • Selepas waktu maghrib • Musim ikan tembelian bertelur • Zaman pemerintahan Inggeris Latar tempat • Masjid Lubuk Terua • Lubuk Sengarat • Rumah Pasung Temerloh • Rumah Abang Lajis Latar masyarakat • Masyarakat golongan penjajah Inggeris • Masyarakat mata-mata Inggeris • Masyarakat yang menentang penjajahan Inggeris • Masyarakat yang mementingkan agama Latar Nilai Kerjasama – Zahid dan rakan-rakannya seperti Samad, Rahman, dan Awang Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Mereka juga bekersama mengawal kampung daripada gangguan orang luar. Keberanian – Datuk Bahaman dan penduduk kampung Lubuk Terua berani menghadapi Inggeris walaupun mereka kekurangan senjata dan pengalaman. Patriotisme – Datuk Bahaman dan penduduk kampung sanggup berkorban demi menyelamatkan tanah air daripada terus dijajah oleh Inggeris. Kebijaksanaan–DatukBahamanbijakmenggunakanrantai yang direntang di antara dua tebing untuk memerangkap mata-mata Inggeris yang menaiki sampan di sungai itu. Pengajaran Kita hendaklah bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan. Kita perlulah berani menentang penjajah. Kita mestilah berjiwa patriotisme. Kita hendaklah patuh akan pemimpin.