SPSK PK 07/2
Tarikh SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TENGAR
Masa
Tempat MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM
Pengerusi
BIL.3 Sesi 2022 / 2023
: 16 November 2022 (Rabu)
: 12.20 tengah hari
: Pusat Sumber Sekolah, SK Sungai Tengar
: Encik Khaire bin Md Zen
Bil. kehadiran : 15 / 15
1. Encik Khaire bin Md Zen - Guru Besar SK Sungai Tengar
2. Tuan Haji Mohamad Rizal bin Ishak - PK Kokurikulum
3. Encik Md Yunos bin Sahlan - PK Pentadbiran / Kurikulum
4. Encik Md Nasir bin Che Mangsor - PK Hal Ehwal Murid
5. Encik Mansor bin Esa - TKRS/ Kelab Bahasa Inggeris/ Bola Sepak
6. Encik Mohd Nizam bin Abd Mutalit - TKRS/ Persatuan PAI/ Bola Sepak
7. Puan Fathiyah binti Mohd Arshad - PPIM/ Persatuan PAI/ Bola Baling
8. Puan Haslinda binti Mohd Iderus - PPIM/ Kelab BM/ Bola Baling
9. Puan Nor Aziani binti Saion - TKRS/ Kelab Doktor Muda/ Ping Pong
10. Puan Nurul Atiqah binti Shoib - PPIM/ Kelab Bahasa/ Bola Baling
11. Puan Nurul Husna binti Jamaluddin - TKRS/ Kelab BM/ Bola Sepak
12. Puan Rohani binti Marjunit - PPIM/ Kelab Doktor Muda/ Ping Pong
13. Puan Siti Khalijah binti Rais - TKRS/ Kelab BM/ Bola Baling
14. Puan Siti Hamizah binti Tamin - PPIM/ Kelab Doktor Muda/ Ping Pong
15. Puan Syahidatul Natasha binti Mohammad Roslan - TKRS/ Kelab Bahasa/ Bola Sepak
Tidak Hadir:
-
Agenda Mesyuarat
1.0 Perutusan pengerusi
1.1 Ucapan Encik Khaire bin Md. Zen (Guru Besar SK Sungai Tengar)
1.1.1 Memulakan mesyuarat dengan membaca ummul kitab surah Al-Fatihah dan doa.
1.1.2 Mengalu-alukan kehadiran guru dan berterima kasih kerana dapat hadir ke mesyuarat
pada hari ini.
1.1.3 Pelbagai aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan pada tahun ini. Tidak ketinggalan
pencapaian Bola Sepak sekolah khususnya beberapa orang murid berjaya dipilih ke
peringkat negeri. Ini boleh menjadikan sukan Bola Sepak sebagai kebitaraan bagi SK
Sungai Tengar dalam menuju Tranformasi Pendidikan TS25.
1.1.4 Baki aktiviti yang belum dilaksanakan lagi pada tahun ini boleh diteruskan mengikut
perancangan masing-masing.
Makluman
2.0 Pengesahan minit mesyuarat.
1
SPSK PK 07/2
2.1 Puan Nurul Atiqah binti Shoib membentang minit mesyuarat kokurikulum bil 2/ sesi 2022-2023
tanpa sebarang pindaan.
2.2 Cadangan minit disahkan oleh Encik Mohd Nizam bin Abd Mutalit.
2.3 Sokongan oleh Puan Haslinda binti Mohd Iderus.
3.0 Perkara berbangkit
Tiada
4.0 Perbincangan / Perkara-perkara baharu.
4.1 Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah
4.1.1 Pembahagian kerja bagi ahli jawatan kuasa (AJK) perkhemahan tahunan sekolah.
4.1.2 Tarikh yang dicadangkan pada 02-03 Disember 2022 (Jumaat – Sabtu).
Tindakan : Setiausaha Sukan
4.1.3 Cadangan aktiviti :-
1- Memasang khemah
2- Malam kebudayaan – cungkil bakat murid
3- Membina gajet/ Ikatan
4- Pertolongan Cemas
4.1.4 Cadangan membuat BBQ, kutipan duit daripada kalangan guru dan staff RM20/ orang
untuk membeli bahan-bahan basah.
4.1.5 Sasaran murid adalah tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
4.1.6 Murid telah dibahagiakan kepada beberapa kumpulan terlebih dahulu bagi latihan
malam kebudayaan.
4.1.7 Pembelian alatan/ khemah baharu perlu bagi menggantikan barang yang telah rosak
dan mengikut keperluan semasa.
4.1.8 Murid telah diberi pendedahan bagi menunjukkan demonstrasi pemasangan khemah
pada hari aktiviti kokurikulum yang lalu.
4.1.9 Perkhemahan tahunan kali ini diadakan pada hujung November/ awal Disember kerana
memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).
Makluman
4.2 Laporan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan
4.2.1 Semua guru dikehendaki menyemak semula tarikh aktiviti Unit Beruniform , Kelab/
Persatuan & Sukan/Permainan bagi selaras dan cukup sehingga tarikh akhir
perjumpaan.
4.2.2 Laporan hendaklah ditulis oleh Setiausaha setiap unit (kalangan murid) serta disahkan
oleh guru pembimbing.
4.2.3 Laporan aktiviti murid hendaklah ditulis dalam buku PAJSK dan ditanda tangan oleh
guru bertugas setiap unit masing-masing.
Makluman
4.3 Pengisian Pelaporan Akhir Tahun Unit Kokurikulum :-
4.3.1 Ketua unit kokurikulum, pengurus pasukan serta guru-guru yang berkaitan hendaklah
mengisi pelaporan tersebut sebelum berakhir Disember 2022.
4.3.2 Pautan link telah diletakkan dalam kumpulan Telegram Dokumentasi SKST &
WhatsApp Team SKST. Hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa.
https://bit.ly/3D9sVKJ
Tindakan : Guru Penyelaras
2
SPSK PK 07/2
4.4 Hari Sukan Negara
4.4.1 Telah dilaksankan bersama-sama semua warga SKST.
4.4.2 Aktiviti senamrobik dan larian sekitar laluan belakang dan tepi sekolah dengan
pemantauan guru serta pegawai keselamatan sekolah.
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Us Mohd NIzam bin Abd Mutalit
5.1.1 Pengisian markah PAJSK bagi semua murid tahap 2.
5.1.2 Pengisian markah SEGAK murid sudah bermula dan hendaklah disiapkan sebelum
atau pada 31/12/2022.
Makluman
5.2 Puan Nurul Atiqah binti Shoib
5.2.1 Pelaksanaan KBAT dalam kokurikulum (boleh rujuk Instrumen Pemantauan KBAT
Kokurikulum) :
Bahagian E – Pelaksanaan KBAT dalam kokurikulum :
Contoh : 1) Merancang penyediaan aktiviti mengikut bidang kokurikulum yang
merangsang kemahiran berfikir murid.
2) Menggalakkan situasi interaktif semasa aktiviti kokurikulum.
3) Memberi peluang kepada murid memberi pendapat.
Bahagian F – Teknik Penyoalan Berasaskan KBAT :
Contoh : 1) Soalan dikemukakan mudah difahami oleh murid.
2) Pertanyaan kepada murid mengandungi pelbagai aras kesukaran.
3) Soalan yang dilontarkan memerlukan murid berfikir bagi mengasah minda.
Bahagian G – Murid KBAT dalam Kokurikulum (Bahagian MURID) :
Contoh : 1) Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum secara aktif.
2) Berupaya memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru/
rakan.
3) Murid boleh menghubung kait pengetahuan sedia asa denagn aktiviti
kokurikulum semasa sesi perbincangan.
Bahagian H – Penyertaan / Pencapaian / Sumbangan Murid dalam Kokurikulum :
Contoh : 1) Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum.
2) Pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum.
3) Sumbangan khidmat masyarakat.
5.2.2 Skor markah bagi peratus pencapaian adalah seperti berikut :
= Jumlah Skor X 100
200
Pelaksanaan yang cemerlang oleh guru dan murid dalam aktiviti kokurikulum yang
dijalankan , menunjukkan komitmen yang tinggi dan mempunyai kefahaman kognitif
yang sangat baik untuk menggerakkan aktiviti KBAT dalam kokurikulum beserta
dorongan yang tinggi – Cemerlang (80 % - 100%). Makluman
3
SPSK PK 07/2
6.0 Penutup
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pada hari ini. Mesyuarat diakhiri dengan
tasbih kifarah dan surah al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 petang.
4