SAMBUTAN PERAYAAN KRISMAS
GEREJA SIB TAGINAMBUR
TAHUN 2022
"YESUS UNTUK SEMUA"
23-25 DISEMBER 2022
UCAPAN PENGERUSI PELAKSANA
PERAYAAN KRISMAS
GEREJA SIB TAGINAMBUR TAHUN 2022
Yang Disanjungi dan Terutama di dalam hidup ini Allah
Bapa kita di Sorga, Yesus Kristus. Yang dikasihi Pst Mark
Bibos, Ketua Sidang SIB Taginambur, Barisan Ahli Jawatan
Kuasa Tertinggi Majlis Gereja, Majlis Penatua, Ahli-Ahli
Majlis Gereja, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Krismas 2022,
Badan Pelayanan dan Persekutuan, para jemaat serta
hadirin SIB Taginambur yang dihormati. Selamat Hari
Natal kepada semua.
Jemaat yang dikasihi,
Sememangnya kita sudah sedia maklum bahawa setiap tahun gereja kita akan
mengadakan perayaan Krismas di sidang ini seperti mana perayaan Krismas yang pernah
kita alami di tahun-tahun yang lalu. Saya pasti umum mengetahui tujuan kita merayakan
Krismas ini iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengingati dan meraihkan
kelahiran Sang Juruselamat Yesus Kristus ke dunia ini lebih kurang 2000 tahun yang lalu.
Sebagai umat yang percaya kita amatlah bertuah dan berbangga kerana punya Tuhan
seperti Yesus Kristus sebagai Allah yang sanggup meninggalkan takhtaNya yang Mulia,
turun kedunia ini sebagai manusia supaya hidup kita memperoleh karya keselamatanNya.
Kita sebagai jemaat di sidang ini harus bersyukur kerana kita telah dimenangkan dari
dunia ini, beralih dari sisi gelap kepada terang serta membuat keputusan yang sungguh-
sungguh mengikut Yesus, Juruselamat kepada semua manusia. Oleh kerana itu, AJK
Pelaksana Perayaan Krismas pada tahun ini telah sebulat suara mengangkat satu tema
yang besar ertinya iaitu Yesus Untuk Semua. Jemaat yang saya kasihi marilah kita
mengambil peluang untuk membawa diri, keluarga, saudara mara dan sahabat handai
untuk sama-sama berkongsi kegembiraan di musim Natal ini dan yang tidak kurang
pentingnya “tetap semangat mengikuti dan melayani Tuhan”. Saya juga memohon kepada
semua agar tidak melepaskan peluang untuk mengikuti setiap sesi ibadah Krismas Gereja
SIB Taginambur pada tahun ini. Untuk makluman pada tahun ini kita akan disajikan
dengan Firman Tuhan melalui perkongsian atau khotbah-khotbah daripada hamba-hamba
Tuhan yang hebat dan dipakai luar biasa. Maka dengan ini saya mewakili Jawatankuasa
dan kepimpinan sidang menyeru kepada semua jemaat supaya berbondong-bondong
hadir memenuhi setiap sesi kebaktian Krismas pada tahun ini. Saya yakin dan percaya
Roh Kudus pasti bekerja lewat Firman yang disampaikan sepanjang Natal ini.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua barisan AJK Pelaksana Perayaan Krismas Gereja SIB
Taginambur yang terlibat bagi tahun 2022 ini. Meskipun saya tidak dapat menyebut nama
satu persatu tetapi ingatlah bahawa anda adalah tonggak utama kelancaran dan
kelangsungan perayaan Natal ini berhasil dan seterusnya memberi impak yang positif
serta menjadi terang dan garam kepada seluruh jemaat. Mari kita terus mengembleng
usaha dan kesatuan dalam menjayakan program yang sudah dirancang. Akhir sekali, saya
selaku Pengerusi dan Penyelaras Perayaan Natal SIB Taginambur bagi tahun ini ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua jemaat SIB Taginambur.
~ Rejos Baking ~ "YESUS UNTUK SEMUA"
BIODATA PENGKOTBAH
SESI 1 (23 DIS 2022 - 7:30PM)
NAMA
PST. GULITAH MARANTIS
TEMPAT PELAYANAN
3 GEREJA (KG ORANG ASLI,TEMERLOH,PAHANG)
TAHUN PELAYANAN:
8 TAHUN
ASAL
KG BUKIT BENDERA,TAGINAMBUR KB
SESI 2 (24 DIS 2022 - 9:30AM)
NAMA
PST. TUMASKANA SINAU
TEMPAT PELAYANAN
SIB PEKAN KOTA BELUD
TAHUN PELAYANAN
24 TAHUN
ASAL
KPG LINTANG, TRUSAN, LAWAS
SESI 3 (25 DIS 2022 - 9:30AM)
NAMA
PST. MARK BIBOS
TEMPAT PELAYANAN
SIB TAGINAMBUR
TAHUN PELAYANAN
18 TAHUN
ASAL
KG TUNGKU LAHAD DATU
JADUAL PELAYANAN
Sesi 1 - 23/12/2022 (7:30 PM)
Pengkotbah: Pst. Gulitah Marantis
Pimpin pujian: Pn. Michelle Robin
Doa Pembukaan: Pta. Henry Damin
Doa Kutipan Wang Persembahan: Dkn. Joe Franklin
Kesaksian: PMMR SIB Taginambur
Persembahan Khas: Pendermaan Penginjilan Orang Asli
Sesi 2 - 24/12/2022 (9:30 AM)
Pengkotbah: Pst. Tumaskana Sinau
Pimpin pujian: Pn. Azline Baking
Doa Pembukaan: Pta. Walter Indan
Doa Kutipan Wang persembahan: Pta. Justin Linsayan
Kesaksian: PKK & PW SIB Taginambur
Persembahan Khas (Peti): Penginjilan Pusat
Sesi 3 - 25/12/2022 (9:30 AM)
Pengkotbah: Pst. Mark Bibos
Pimpin pujian: Cik. Lara Amanda & Cik. Alexann
Doa Pembukaan: Pta. Simbih Gilingan
Taklimat Pembangunan Gereja & Ucapan Penangguhan
Krismas: Pta. Justin Linsayan
Doa Kutipan Wang Persembahan: Pta. Nelson Ladsin S.
Kesaksian: AJK Pelaksana
Persembahan Khas (Peti): Pembangunan Gereja
PUJI-PUJIAN KRISMAS
MALAM KUDUS, DI LANGIT BERTABURAN
BINTANG BERSINAR TERANG CEMERLANG
MALAM KUDUS, DATANGNYA KEBENARAN
JANJI ILAHI SEKARANG GENAP..
DAN KINI DUNIA DALAM KEGELAPAN
MENYAMBUT DIA JURUSELAMAT
MARI SEMBAH, DENGAR KIDUNG MALAIKAT
MALAM...KUDUS... MALAM...YANG CEMERLANG
MALAM...KUDUS... MALAM... LAHIR YESUS
SUNYI MALAM DI BETLEHEM
BINTANG BERSINAR TERANG
LAHIR KE DUNIA ANAK YANG KUDUS
GLO....RIA..
MARI BERHIMPUN DI BETLEHEM
SEMBAH ANAK PENEBUS
JURUSELAMAT MANUSIA
GLO....RIA..
PUTRA YANG KUDUS
KAULAH PENEBUS
DOSA SI ANAK MANUSIA
SEKSA DERITA TIADA TERHINGGA
KAU RELA SEMUANYA
PUJI-PUJIAN KRISMAS
SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU
PADAMU S'LURUH TEMAN-TEMANKU
JANGANLAH KAU FIKIRKAN YANG LALU-LALU
INGATLAH AKAN MASA DEPANMU
SELAMAT HARI NATAL DAN TAHUN BARU
PADAMU S'LURUH TEMAN-TEMANKU
BAHAGIALAH ENGKAU DI HARI INI
KERANA DAPAT KUMPUL KEMBALI
LAMA KITA TAK JUMPA
T'RIMALAH SALAMKU
TANDA UCAPAN SELAMAT
NATAL TAHUN BARU
BERSUKALAH HATIMU DAN SAMBUTLAH RAJAMU
SANG PENEBUS DATANG PADAMU
DIA DATANG KE DUNIA S'BAGAI MANUSIA
'TUK MENYELAMATKAN UMATNYA
WAHAI PARA GEMBALA DATANGLAH KEPADANYA
MULIAKANLAH KELAHIRAN
DIANTARA GEMBALA DAN DOMBA-DOMBA
DIA DATANG UNTUK DUNIA
SANG PENEBUS KITA JURUS'LAMAT MANUSIA
DIA DATANG, DATANG PADAMU
GLORIA..GLORIA..DAN PUJILAH DIA
PINTU SORGA T'LAH TERBUKA UNTUKMU
SEGALA
• PERSEMBAHAN • SUMBANGAN
• PERPULUHAN • DERMA
BOLEH DISALURKAN TERUS KE DALAM AKAUN
GEREJA: