PRAKATA
Kolej Matrikusi Perak sangat komited untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang
menggunakan fasiliti dan prasarana yang disediakan. Aspek keselamatan turut dijadikan agenda utama
dalam memastikan Makmal Sains dapat digunakan secara kondusif bagi pelajar kolej. Peraturan
berkaitan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di makmal adalah amat penting dan
perlu diberi tumpuan khusus bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja yang sekaligus
akan memberi kesan kepada majikan, pekerja dan juga pelajar. Aktiviti pengajaran, pembelajaran dan
amali yang dijalankan di makmal berpotensi mendedahkan semua pihak kepada risiko dan hazard,
maka ia perlu diuruskan dengan sebaik mungkin.
Buku ini menyediakan garis panduan untuk memudahkan aspek pengurusan, keselamatan, kesihatan
dan kebajikan di dalam pengurusan makmal melalui pelaksanaan sistem kerja selamat, penaksiran
risiko kerja, prosedur kecemasan, mengadakan pelabelan, keselamatan peralatan, keselamatan kimia
dan lain-lain yang berkaitan. Kami turut mendokong polisi seperti yang telah digariskan oleh Jabatan
Kesihatan dan Pekerjaan (JKKP) dalam pengurusan dan operasi makmal dan berhasrat agar buku ini
dijadikan sebagai rujukan warga Kolej Matrikulasi Perak dan mencapai hasrat ke arah kemalangan
sifar di makmal. Jalinan kerjasama berserta komunikasi yang baik antara majikan, pekerja dan
pengguna makmal berupaya membudayakan amalan kerja selamat, seterusnya menjadikan KMPk
sebagai model terbaik kepada pelajar dan komuniti setempat.
Secara keseluruhannya, buku panduan ini disediakan dengan berpandukan kepada perundangan
berkaitan keselamatan seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan 1994, Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa.
Adalah dengan ini, saya merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih kepada Jawatankuasa
Pengurusan Makmal di atas usaha dalam menyediakan buku panduan ini.
Kesedaran warga kolej terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan menjadi kunci utama dalam
pencegahan kemalangan di Kolej Matrikulasi Perak.
Sekian
SHASHIM SHAH BIN HARUN
Pengarah
Kolej Matrikulasi Perak
BAB ISI KANDUNGAN MUKA
Bab 1 2
Bab 2 TAJUK
Bab 3 3-4
Bab 4 Prakata 5
6
Bab 5 Isi Kandungan 7
Bab 6 Peraturan Umum Keselamatan Makmal 8 - 10
Bab 7 Misi, Visi dan Objektif Jabatan Sains 11 - 13
Bab 8
Carga Organisasi Unit Makmal Sains 14 - 15
Bab 9
Peralatan Perlindungan Diri (Personal Protection Equipment) 16
4.1 Pellindung Badan 17 - 25
4.2 Pelindunga Pernafasan (Respirator)
4.3 Pelindung Mata 26 - 27
4.4 Pelindung Muka
4.5 Pelindung Tangan
Peralatan Kecemasan dan Keselamatan Makmal
5.1 Penyiram Kecemasan (Emergency Shower)
5.2 Cucian Mata (Eye Wash)
5.3 Peti Pertolongan Cemas (First Aid Box)
5.4 Alat Pemadam Kebakaran (Fire Extinguisher)
5.5 Selimut Kalis Api (Fire Blanket)
Peraturan Penggunaan Radas Kaca
6.1 Penggunaan Radas Kaca Dalam Makmal
6.2 Teknik Pemanasan & Penyejukan
6.3 Teknik Pemotongan
6.4 Teknik Penyambungan & Penanggalan
6.5 Pembersihan Radas Kaca
6.6 Pelupusan Radas Kaca
Peraturan Keselamatan Peralatan Elektrik dan Elektronik
7.1 Peraturan Umum
7.2 Kemalangan (Litar Pintas)
Peraturan Keselamatan Penggunaan Bahan Kimia
8.1 Peraturan Umum
8.2 Pembelian Bahan Kimia
8.3 Penerimaan Bahan Kimia
8.4 Penyimpanan Bahan Kimia
8.5 Tumpahan Bahan Kimia
8.6 Penggunaan Bahan Kimia
8.7 Pelupusan Bahan Kimia
Peraturan Keselamatan Makmal Biologi
9.1 Peraturan Umum
9.2 Mikroorganisma dan Kultur
9.3 Agen Biologi (Haiwan/Serangga)
Bab 10 Senarai Penyelenggaraan Peralatan Makmal 28
Bab 11 Garis Panduan Pengunaan /Penyelenggaraan Peralatan
11.1 Kebuk Wasap 29 -30
11.2 Autoklaf (Autoclave) 31- 34
11.3 Mikroskop
11.4 Neraca Elektronik/ Analytic Balance 35
11.5 Alat Penyiram Air 36 -37
11.6 Alat Cucian Mata 38- 40
11.7 Oven Elektrik
11.8 Alat Penyulingan Air/ Water Still 41- 42
11.9 Kukusan Air/ Water Bath 43
11.10 Penunu Bunsen 44
11.11 Peti Pertolongan Cemas 45
Bab 12. Prosedur Pertolongan Cemas 46- 47
12.1 Peraturan Makmal
Bab 13. 12.2 Kes dan Tindakan Ketika Kecemasan 48 - 51
Bab 14
Peraturan Pengunaan Makmal Sains 52 - 54
55
Bahan Rujukan
1 PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL
1. Patuhi semua peraturan keselamatan makmal.
(Follow all laboratory safety rules)
2. Kakitangan yang berkenaan sahaja dibenarkan berada di dalam makmal.
(Only authorized personnel are allowed in the laboratory)
3. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kehadiran Pensyarah.
(Students are not allowed into the laboratory without the lecturer’s presence.)
4. Dilarang membawa masuk barang tidak berkaitan ke dalam makmal. Simpan di
tempat khas yang telah disediakan.
(Place bag outside the laboratory.)
5. Sentiasa memakai kot makmal (lab coat) dan kasut bertutup penuh semasa
menjalankan eksperimen. Gunakan cermin mata keselamatan apabila mengendalikan
eksperimen berkaitan.
(Always wear your laboratory lab coat, shoes and safety gogle)
6. Tidak dibenarkan menjalankan ujikaji tanpa kebenaran.
(Do not carry out any aunthorized experiment)
7. Dilarang makan, minum dan merokok di dalam makmal.
(Do not eat, drink or smoke in the laboratory )
8. Baca label pada botol reagent sebelum menggunakannya
(Reads labels on reagent bottle before using them)
9. Pelajar adalah bertanggungjawab ke atas peralatan yang disediakan untuknya.
(Student are responsible for all equipments assigned to them)
10. Jangan gunakan kertas untuk nyalakan Penunu Bunsen. Guna kayu uji atau pemetik
api.
(Do not use paper to light Bunsen Burner. Use wooden splinter or lighter.)
11. Padam kayu uji berbara selepas menggunakannya.
(Extinguish wooden splinter after use)
12. Pulangkan radas ke tempat asal selepas di gunakan.
(Return all apparatus to their original place after use.)
13. Tidak dibenarkan membawa peralatan keluar dari makmal.
(Do not take any apparatus out of the laboratory)
14. Laporkan sebarang kemalangan dengan segera kepada pensyarah/staf
(Report all accidents immediately to ypur lecturer/laboratory asistence).
15. Pastikan tempat kerja anda sentiasa dalam keadaan bersih.
(Keep work place clean at all times).
16. Susun bangku dengan kemas sebelum meninggalkan makmal.
(Arrange stools neatly after each experiment)
17. Basuh tangan selepas setiap ujikaji.
(Wash your hands after each experiment.)
18. Jika berlaku kebakaran, patuhi panduan latihan kebakaran.
(In Case of fire, follow the drills guideline)
19. Jika kulit anda terkena asid atau alkali, basuh serta merta dengan air yang banyak.
(Should your skin come into contact with any acid or alkali, wash immediately with
plenty of water.
2 VISI /MISI /OBJEKTIF
VISI JABATAN SAINS
Jabatan Sains Sebagai Penjana Terunggul Pelajar Aliran Sains
MISI JABATAN SAINS
Untuk Menjana Pelajar Sains Yang Seimbang dan Kompetatif ke Program
Ijazah Pertama
Serta Dapat Bersaing di Peringkat Global.
OBJEKTIF JABATAN SAINS
1. Menghasilkan pelajar sains yang lulus cemerlang dan berjaya
memasuki IPT.
2. Memastikan proses pengajaran pembelajaran dilaksanakan secara
efektif.
3. Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif untuk pensyarah sains.
4. Memastikan pensyarah sains kompeten dalam bidang kimia, biologi
dan fizik.
5. Memastikan pensyarah sains kompeten dalam pengendalian
peperiksaan.
6. Memastikan staf makmal berkemahiran dalam bidang kimia, biologi
dan fizik.
7. Membudayakan R & D
8. Memberi peluang dalam peningkatan profesionalisme pensyarah dan
kakitangan makmal.
3 CARTA ORGANISASI UNIT MAKMAL SAINS
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGARAH
SHASHIM SHAH BIN HARUN
TIMBALAN PENGARAH
HAMIZAR BINTI TAHIR
KETUA JABATAN SAINS
HAMISAH BINTI ABU RASHID
KETUA PEMBANTU MAKMAL C26
ANIDA BINTI ABDUL RAHMAN
UNIT KIMIA UNIT BIOLOGI UNIT FIZIK
TG. NOR MAZILA BINTI TG. MOHAMED (C22) RAHAIYU BINTI HASSAN (C22) SALEZA BINTI MOHD SALEH (C22 (KUP)
FARIZAH BINTI MOHAMED FODIN (C22KUP)
NOOR SYAHIRA BINTI ZAKARIA (C19) NORLAILA BINTI MD NOOR (C22 KUP) NORIZAN BINTI ABU BAKAR (C19)
NOR SYUHADA BINTI SURATMAN (C19) AZRUL HAFIZ BIN DAUD (N11)
ISMAIL BIN ZAINUDDIN (N11)
SYED SHAHRIL BIN SAYED SAFIE (N11)
PUTERI NORJAZABARIAH BINTI ZAMRI (N11)
4 PERALATAN PERLINDUNGAN DIRI
4.1 PELINDUNG BADAN
a) KOT MAKMAL (LAB COAT)
Kot makmal mesti dipakai dengan
sempurna semasa menjalankan
eksperimen.
Semua pakaian yang lain seperti kolar
baju, tali leher atau tudung hendaklah
diselit rapi bagi melindunginya daripada
kerosakan.
Kot makmal mestilah selesa dipakai dan
mudah dibuka apabila berlakunya
kemalangan atau pencemaran bahan.
4.2 PELINDUNG PERNAFASAN
a) PELITUP GAS (RESPIRATOR)
Alat pernafasan atau respirator hanya
digunakan apabila alat kawalan
kejuruteraan seperti kebuk wasap tidak
dapat digunakan ketika mengendalikan
bahan kimia tertentu.
Alat ini melindungi sistem pernafasan dari
dedahan terhadap bahan kimia yang hadir
dalam bentuk gas atau zarah- zarah kecil
dalam kadar kepekatan yang terhad.
Jenis respirator yang dipilih untuk
digunakan adalah berdasarkan fungsi iaitu
menapis udara dengan menyahkan gas dan
wasap berbahaya atau membekalkan
pengudaraan.
4.3 PELINDUNG MATA
a) CERMIN MATA KESELAMATAN (SAFETY GOGGLES)
Gogal memberi perlindungan seluruh
kawasan mata.
Gogal melindungi mata dari impak, habuk
dan percikan bahan kimia dan asap yang
datang dari semua arah.
Gogal lebih tahan hentakan dan boleh
digunakan oleh pengguna berkaca mata
dan kanta lekap
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 8
4.4 PELINDUNG MUKA
a) ALAT PELINDUNG MUKA (FACE SHIELD)
Pelindung muka atau ‘face shield’
memberikan pelindungan menyeluruh di
bahagian muka dan digunakan ketika
mengendalikan bahan kimia jenis cecair.
Pelindung muka ini tidak dapat melindungi
mata dari sinaran UV. Oleh itu, alat ini
hendaklah dipakai bersama-sama ‘safety
glasses’ atau ‘goggle’.
Sebelum menggunakan pelindung muka,
pastikan bahagian hadapan pelindung muka
dalam keadaan bersih dari sebarang kotoran
b) TOPENG MUKA
Mesti dipakai bagi melindungi sistem
pernafasan dari wasap dan habuk di dalam
makmal. tetapi tidak dapat memberi
pelindungan terhadap wasap bahan kimia
dan kebanyakan aerosol biologi seperti virus
dan bakteria.
Jenis pelindung pernafasan yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan proses kerja
Sekiranya keadaan pelindung pernafasan
sangat kotor atau bau dapat dikesan
semasa menggunakannya, ia perlu ditukar
dengan yang baru.
4.5 PELINDUNG KAKI
a) KASUT KESELAMATAN (SAFETY BOOTS)
Kasut bertutup yang menutup seluruh
bahagian kaki mestilah dipakai di dalam
makmal bagi melindungi bahagian kaki dari
sebarang kecederaan, tumpahan bahan
kimia, alat kaca pecah dan debu.
Kasut yang diperbuat daripada getah (latex)
sesuai dipakai bagi melindungi kaki daripada
bahan kimia dan permukaan licin.
Pemakaian selipar dan sandal adalah
dilarang bagi mengelakkan sebarang
kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 9
4.6 PELINDUNG TANGAN
a) SARUNG TANGAN RINTANG HABA (HEAT RESISTANT GLOVE)
Melindungi tangan dari haba panas
semasa mengendalikan Autoklaf, Oven
dan sebagainya
b) SARUNG TANGAN NITRIL (NITRILE GLOVE)
Melindungi tangan dari kecederaan semasa
menjalankan kerja-kerja berisiko seperti
mengendalikan bahan kimia yang
berbahaya.
c) SARUNG TANGAN GETAH (LATEX GLOVE)
Melindungi tangan dari bahan cemar,
kotoran berjangkit dan sebagainya.
d) SARUNG TANGAN KAIN (COTTON GLOVE)
Melindungi tangan daripada kecederaan
semasa menjalankan aktiviti-aktiviti kerja
berat dan melibatkan suhu sederhana panas.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 10
5 PERATURAN PERALATAN KESELAMATAN MAKMAL
5.1 PENYIRAM KECEMASAN (EMERGENCY SHOWER)
Dikhaskan untuk membersih dan membilas
bahagian anggota badan atau pakaian yang
terkena tumpahan bahan kimia dalam
kuantiti yang banyak atau berkepekatan
tinggi.
Tarik tombol pembuka ke bawah. Pastikan
air yang keluar membasahi bahagian
anggota badan atau pakaian yang terkena
tumpahan bahan kimia.
Sekiranya tumpahan bahan kimia terkena
pada bahagian kulit, pastikan air mengalir
dengan banyak ke bahagian tersebut selama
10 -20 minit.
Bawa mangsa berjumpa doktor dengan
segera untuk rawatan lanjut.
Pastikan penyiram kecemasan sentiasa
berada dalam keadaan sedia guna dan
bersih.
Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya
sebulan sekali.
5.2 CUCIAN MATA (EYEWASH STATION)
Diguna pakai khas untuk membilas dan
mencuci mata dari percikan bahan kimia.
Jangan cuba meneutralkan mata dengan
asid atau alkali.
Sekiranya berlaku percikan bahan kimia ke
dalam mata, pastikan mangsa dibawa ke
tempat cucian mata yang berdekatan dan
bantu mangsa membuka matanya untuk
dibilas dan dicuci selama 10-20 minit.
Mangsa dinasihatkan supaya tidak
menggosok matanya
Shower/Eye Wash Station
5.3 PETI PERTOLONGAN CEMAS (1ST AID KIT)
Peti pertolongan cemas adalah sebuah
bekas yang dilengkapkan dengan bahan
asas bantu mula kecederaan.
Di dalam peti pertolongan ini terdapat ubat-
ubatan untuk kegunaan luaran sahaja.
Peti ini perlu berada pada keadaan yang
mudah dilihat dan dicapai.
Ubat-ubatan atau perkakasan di dalam peti
pertolongan cemas ini perlu berkeadaan baik
dan tidak luput tarikh.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 11
5.4 ALAT PEMADAM API (FIRE EXTINGUISHER)
Alat pemadam kebakaran dilabelkan Jenis Alat Pemadam Api
berdasarkan simbol atau penggunaan huruf
piawai bagi setiap kelas api yang dapat
dipadamkan.
Poster berkaitan cara pengunaan alat
pemadam api perlu dilekatkan pada alat
pemadam api.
Pastikan sistem alat pemadam kebakaran
dan pili bomba sentiasa boleh digunapakai
dan berkeadaan baik.
Sediakan pelan keselamatan kebakaran/
laluan kecemasan.
Pemeriksaan rapi bagi pendawaian secara
rutin perlu dilakukan
5.5 SELIMUT KALIS API (FIRE BLANKET) Selimut Kalis Api
Digunakan untuk menyelubungi mangsa dan
memadam kebakaran kecil pada anggota
badan, pakaian dan kebakaran pelarut di
sinki.
Ia perlu disimpan di tempat yang mudah
dicapai.
Tarik selimut dari sarungnya dan selubungi
mangsa di bahagian yang terbakar secepat
mungkin.
Pastikan kebakaran pada mangsa dipadam
sepenuhnya.
Bawa mangsa berjumpa doktor dengan
segera untuk rawatan lanjut
KELAS JENIS KEBAKARAN ALAT PEMADAM API
API
A PEPEJAL Kayu, kertas, kain, sampah, getah Serbuk ABC, air, dan karbon
B CECAIR dan sebagainya dioksida (CO2)
C GAS Minyak, cat, varnish, dan lain-lain. Serbuk ABC, karbon
dioksida dan Busa/Buih
D LOGAM
Gas butane, propane, ammonia Serbuk ABC dan karbon
dan sebagainya dioksida.(CO2)
Potassium, kalsium, magnesium Serbuk ABC dan karbon
dan lain-lain dioksida.(CO2
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 12
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 13
6 PERATURAN PENGENDALIAN PERALATAN KACA
6.1 TEKNIK ASAS PENGGUNAAN RADAS KACA
Pengguna makmal mestilah mahir dalam
teknik asas pengendalian radas kaca.
Sekiranya teknik-teknik asas semasa
berada di dalam makmal tidak di praktiskan
dengan betul boleh menyebabkan
berlakunya kecuaian dan mengundang
kemalangan.
Dua jenis kaca yang biasa digunakan di makmal adalah:
NO JENIS CIRI-CIRI CONTOH
Bikar,
1 Kaca Borosilikat Lebih tebal, keras dan tidak mudah
pecah oleh haba kondenser,
2 Kaca Kapur tabung uji
Soda Ketahanan rendah terhadap haba Botol, bekas
dan bahan kimia
kaca
Pastikan rod kaca dibawa secara menegak dan setiap radas kaca hendaklah sentiasa diletakkan
di bahagian tengah meja makmal bagi mengelakkan ia terjatuh dan pecah.
Sebarang radas kaca yang retak, pecah atau sumbing, adalah dilarang untuk digunakannya dan
perlu diasingkan ke dalam bekas khas. Sarung tangan yang sesuai hendaklah dipakai semasa
pengendalian radas yang pecah.
Pastikan radas kaca yang digunakan untuk kerja pemanasan bersesuaian pada suhu tersebut.
Pelapik kasa dawai perlu diletakkan jika menggunakan penunu bunsen untuk melindungi radas
kaca tersebut.
Semua radas kaca hendaklah dicuci dan dikeringkan di atas rak pengering sebelum disimpan.
Sekiranya masih terdapat kotoran pada radas kaca, pembersihan haruslah dilakukan
menggunakan asid atau alkohol yang sesuai.
6.2 TEKNIK PEMANASAN DAN PENYEJUKAN
Pastikan radas kaca yang digunakan
tahan haba ketika pemanasan. Dilarang
memanaskan radas kaca yang
retak/calar.
Jangan panaskan radas kaca pada suhu
yang maksima kerana boleh
menyebabkannya pecah.
Ketika melakukan penyejatan cecair,
suhu hendaklah dibiarkan turun secara
perlahan mengikut penurunan paras
cecair untuk mengelakkan retak pada
radas kaca
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 14
6.3 TEKNIK PEMOTONGAN Teknik Pemotongan
Tandakan bahagian yang hendak dipotong
dengan kikir atau pemotong kaca.
Pemakaian sarung tangan, kot makmal dan
goggle adalah perlu bagi langkah
keselamatan.
Kedua-dua ibu jari diletakkan pada garisan
yang telah dibuat dan sentap dengan
perlahan untuk mematahkan tiub atau batang
kaca.
Bakar bahagian keratan untuk melicinkannya
6.4 TEKNIK PENYAMBUNGAN & PENANGGALAN
Hendaklah berhati-hati semasa
melakukan penyambungan yang
melibatkan radas kaca.
Gunakan gris untuk memudahkan
penyambungan. makmal
Dapatkan bantuan staf
jika terdapat kesukaran membuka Teknik Sambung/Tanggal
penyambungan tersebut.
6.5 PEMBERSIHAN PERALATAN KACA Pembersihan Radas
Bekas Sisa Kaca
Pastikan peralatan kaca dibersihkan dengan
segera selepas digunakan kerana jika tidak
dibersihkan dalam jangka masa lama akan
menyebabkan sukar untuk dibersihkan.
Gunakan detergen gred makmal untuk
membersihkan kaca. Asid kromik (dikromat/
campuran asid sulfurik) tidak boleh
digunakan untuk membersihkan kaca.
Apabila menggunakan berus, pastikan
bahagian logam berus tidak mencalarkan
permukaan kaca.
6.6 PELUPUSAN KACA
Barangan kaca yang rosak harus dilupuskan
dengan betul.
Barangan kaca perlu dilupuskan di dalam
bekas yang berasingan daripada sampah
biasa.
Bekas tersebut hendaklah dilabelkan
dengan jelas “BARANGAN KACA SAHAJA”.
Apabila mengendalikan barangan kaca yang
pecah, pakai sarung tangan atau
menggunakan dustpan dan penyapu.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 15
7 PERATURAN KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK
7.1 PERATURAN UMUM
Terdapat peraturan yang harus dipatuhi
dalam pengendalian peralatan elektrik di
makmal peralatan mestilah
Pengguna
berpengetahuan, cekap dan cermat ketika
mengendalikan peralatan elektrik
terutamanya peralatan bervoltan tinggi.
Rujuk buku panduan sebelum
mengendalikan peralatan elektrik. Simbol Bahaya Elektrik
Jika terdapat sebarang masalah pada alat
elektrik, sila rujuk pegawai yang berkaitan.
Arus elektrik perlu dilindungi dan dijauhi dari sumber air/haba dan larutan garam yang boleh
menjadi pengalir elektrik.
Ruang peredaran udara hendaklah mencukupi. Alat-alat jenis pemanas perlu diletakkan
sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding.
Sesuatu motor yang digunakan harus dielakkan dari menjadi terlalu panas atau lebih muatan.
Jauhkan wap pelarut/asid dari alat elektrik bagi mengelakkan kakisan dan terbentuknya karat.
Jangan letakkan sebarang halangan pada suis utama (main switches). Ini bagi memudahkan
suis ditutup dengan segera apabila berlaku kecemasan.
Alat elektronik hendaklah dimatikan setelah digunakan.
Segala peralatan elektrik tidak dibenarkan dibawa keluar daripada makmal kecuali dengan
kebenaran pegawai yang bertanggungjawab
7.2 KEMALANGAN (LITAR PINTAS) Dilarang
Segera membuat laporan kepada
kakitangan makmal atau jerutera elektrik
sekiranya berlaku sebarang kemalangan
elektrik (litar pintas).
Pengguna dilarang mencuba untuk
memulihkan kerosakan litar pintas yang
berlaku di bangunan makmal.
Pastikan suis elektrik ditutup sebelum
menyentuh bahagian tersebut.
Bagi mengelakkan berlakunya litar pintas,
pastikan penggunaan soket mengikut
keperluan dan berjadual.
Penggunaan soket berbilang (extension)
pada soket elektrik di makmal adalah
dilarang bagi mengelakkan
ketidakseimbangan arus elektrik dan
pertambahan bebanan pada litar elektrik.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 16
8 PERATURAN KESELAMATAN PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
8.1 PERATURAN UMUM Contoh Bahan Kimia
Pastikan aras bahaya dan cara
pengendalian sesuatu bahan kimia sebelum
memulakan kerja.
Elakkan sentuhan secara langsung dengan
sebarang bahan kimia. Jangan merasa atau
menghidu bahan kimia melainkan bila
diperlukan. Cuci anggota badan yang
terkena bahan kimia dengan sabun.
Semua sampel bahan kimia mestilah dilabel
dengan betul. Jangan gunakan bahan kimia
tanpa label.
Jangan mengambil bahan kimia lebih Cara Menuang Bahan
daripada yang diperlukan dari botol dan
segala lebihan mestilah dibuang di tempat
yang dikhaskan dan jangan memasukkan
balik lebihannya ke dalam botol asal.
Semasa menyediakan larutan, larutan pekat
haruslah dituang ke dalam larutan kurang
pekat, bukan sebaliknya. Cermin mata
keselamatan mesti dipakai dan kerja
pencairan mestilah dilakukan dalam kebuk
wasap.
Kebanyakkan eter membentuk peroksida, iaitu suatu bahan yang berpotensi untuk meletup
apabila terdedah kepada udara dan cahaya. Jangan goncang atau panaskan eter jika anda tidak
pasti sama ada eter itu bebas daripada peroksida atau tidak.
Elakkan pelarut yang mudah terbakar daripada terdedah secara langsung kepada cahaya
matahari dan haba. Jangan panaskan pelarut dengan api terbuka atau plat pemanas elektrik
Semua botol winchester yang berisi bahan kimia mestilah dibawa dalam bekas khas dan bukan
dengan memegang lehernya/telinganya.
8.2 PEMBELIAN BAHAN KIMIA
Semua bahan kimia hendaklah dibeli dari pembekal yang berkelayakan (kod bidang pembekalan
bahan kimia, rekod perkhidmatan yang baik dan kaedah hantaran yang sesuai).
Kuantiti bahan kimia yang dipesan hendaklah sesuai digunakan dalam masa setahun atau
sehingga tamat tarikh luput.
Dilarang membeli bahan kimia tanpa sebarang tujuan yang khusus.
Pastikan pakej pembungkusan bahan kimia yang dipesan perlu sesuai dengan tempat
penyimpanan atau stor sedia ada. Elakkan memesan bahan kimia dalam pembungkusan 10L ke
atas.
Elakkan membeli larutan (pelarut) kimia yang disimpan di dalam tin kerana mudah berkarat dan
seterusnya boleh menyebabkan kebocoran.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 17
Bagi pembelian bahan kimia (kategori bahan kawalan/larangan), hendaklah mendapat kelulusan
dari pihak bertanggungjawab terlebih dahulu sebelum urusan jual-beli dibuat.
Pastikan bahan kimia yang akan dibeli boleh digunakan dengan selamat oleh persekitaran
makmal yang sedia ada.
Sebelum membeli bahan kimia pastikan langkah kawalan penggunaan selamat telah
diwujudkan.
8.3 PENERIMAAN BAHAN KIMIA
Pastikan spesifikasi bahan kimia diterima adalah sama dengan pesanan belian.
Dilarang menerima bahan kimia yang tidak dipesan.
Pembekal perlu melampirkan Risalah Data Keselamatan Bahan (MSDS) yang lengkap bagi
setiap bahan kimia yang dihantar.
MSDS mestilah disediakan dalam dwibahasa dan didokumenkan serta mudah diakses oleh
semua pengguna makmal.
Pastikan bahan kimia yang diterima itu sempurna dari segi pembungkusan, penutup, pelabelan
dan fizikal luarnya.
Jika bekas/botol telah rosak, jangan sahkan penerimaan. Bahan kimia yang diterima hendaklah
disimpan di dalam stor.
Dilarang menerima bahan kimia milik orang lain.
Daftarkan dengan segera bahan kimia yang diterima di dalam Rekod Stok Bahan Kimia.
8.4 PENYIMPANAN BAHAN KIMIA Contoh Stor Bahan Kimia
Contoh Kabinet Simpanan Bahan Kimia
Stor kimia yang lengkap dengan sistem
pencegahan kebakaran dan keselamatan
lain berfungsi untuk menyimpan bahan
kimia.
Lokasi penyimpanan kimia yang baik adalah
merujuk kepada penggunaan rak, kabinet,
peti sejuk, peti sejuk beku dan lain-ain.
Lokasi penyimpanan tidak baik ialah atas
meja (bench top), kebuk wasap, dalam
kabinet laminar, atas lantai, laci, bawah sink
serta tempat lebih tinggi dari aras mata.
Stor bahan kimia perlu mempunyai rekod
inventori bahan kimia keluar masuk.
Pengkelasan bahan kimia adalah
berdasarkan sifat fisiokimia iaitu mudah
meletup, pengoksidaan, amat mudah
terbakar, sangat mudah terbakar, mudah
terbakar atau berdasarkan kesan kesihatan
iaitu sangat toksik, toksik, memudaratkan,
menghakis, merengsa.
Suhu dalaman stor mesti dikawal supaya
tidak panas, begitu juga dengan sistem
pengudaraan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 18
a) PENYIMPANAN BAHAN KIMIA BERACUN Bahan Kimia Beracun
Bahan Kimia Beracun /Raksa
Bahan kimia dari jenis ini adalah sangat
berbahaya jika terminum.Ia juga boleh
menyebabkan iritasi pada kulit. Bahan kimia
seperti ini perlu disimpan di tempat khas,
jauh dari bahan kimia yang lazim digunakan.
Tempat penyimpanan juga perlu jauh
daripada punca haba atau api. Contoh bahan
kimia beracun adalah sebatian-sebatian
arsenik, sianida dan raksa.
Raksa ialah bahan mudarat yang memberi
kesan keracunan kronik. Oleh itu
penggunaannya mestilah mempunyai sistem
ventilasi yang baik. Semua bekas raksa
mestilah ditutup dan jika tidak boleh ditutup
maka permukaan raksa mesti diliputi dengan
lapisan air.
Pemindahan raksa dari satu bekas ke bekas
yang lain dan penggunaan lain perlulah
dilakukan di atas talam supaya sebarang
tumpahan dapat dibersihkan dengan
sempurna.
Bekas kaca simpanan raksa mestilah kukuh, cukup besar untuk memberi ruang apabila raksa
mengembang dan perlulah dilindungi dengan baik
Sarung tangan serta pelindung muka perlu dipakai semasa mengendalikan bahan kimia
beracun.
b) PENYIMPANAN BAHAN KIMIA MUDAH MELETUP
Bahan kimia seperti ini juga perlu disimpan
di tempat khas, yang jauh daripada punca
haba dan api. Ruang penyimpanan juga
perlu dingin dan berventilasi. Contoh bahan
kimia mudah meletup adalah hidrazin nitrat,
merkuri fulminat dan asid pikrik.
Lembaran maklumat keselamatan bahan
atau Material Safety Data Sheet (MSDS)
adalah suatu komponen penting dalam Simbol Bahan Mudah Terbakar
Contoh Bahan Mudah Terbakar
pengendalian produk dan keselamatan serta
kesihatan pekerjaan. Ia bertujuan untuk
memberikan maklumat berkenaan
pengendalian sesuatu bahan dengan
kaedah yang selamat. Ia juga mengandungi
maklumat fizikal bahan seperti takat lebur,
takat didih dan lain-lain.
Terdapat juga maklumat seperti ketoksikan,
kesan terhadap kesihatan, langkah
kecemasan, kereaktifan, kaedah
penyimpanan, kaedah pelupusan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 19
8.5 SIMBOL ASAS BAHAN KIMIA
SIMBOL JENIS KESAN /BAHAN
Beracun Bahan kimia yang berbahaya jika tertelan atau
(Toxic) terkena kulit
Contoh bahan: merkuri, sianida
Mudah Terbakar Bahan ekstrim mudah terbakar.
(Flammable) Contoh bahan : butane, aceton, alkohol
Bahaya Iritasi Bahan yang merengsa yang dihasilkan dari wap
(Harmful Iritant) boleh memedihkan mata, hidung dan tekak serta
gatal-gatal pada kulit
Contoh: Klorofom, Ammonia
Mudah Bahan yang mudah meledak dengan adanya panas
Meledak/Meletup dan percikan bunga api dan geseran
Contoh : Dietel eter, Propane
(Explosive)
Mudah Menghakis Bahan yang boleh menghakis jika bersentuh pada
(Corrosive) kulit. Boleh menyebabkan kegatalan dan kulit
menggelupas
Contoh bahan : Asid Hidroklorik, Asid Sulfurik
Mudah Teroksidasi Mudah teroksidasi jika bercampur dengan bahan
( Oxidizing) mudah terbakar
Contoh : Hidrogen Perosida, Kalium Permaganat
Risiko Kesihatan Bahan beracun kepada kesihatan tubuh.
(Health Risiko/Toxic) Contoh bahan : Benzene, toxic gas
Bahan Radioaktif Bahan yang dapat memancarkan sinaran radioaktif
(Radioactive) atau radiasi yang mengakibatkan racun ke dalam
badan dalam masa singkat atau lama
Contoh Bahan : Uranium, Plutonium
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 20
8.6 PENGGUNAAN BAHAN KIMIA
a) PERATURAN AM PENGENDALIAN BAHAN KIMIA
Rujuk MSDS sebelum menggunakan bahan Cara Melabel Bahan Kimia
kimia.
Baca dan fahami label amaran yang tertera
pada botol tersebut sebelum menggunakan
bahan kimia.
Guna alat pelindung diri yang sesuai
sebelum bekerja. Rujuk MSDS berkaitan
untuk maklumat lanjut.
Pengguna wajib melabelkan semua bekas
yang mengandungi bahan kimia (nama
bahan, kepekatan, tarikh penyediaan,
disediakan oleh)
Jauhkan bahan kimia mudah terbakar
dengan sumber nyalaan api. Contoh :
asetaldehid, dimetil sulfida, dietil eter, etilena
oksida, propana, pentana.
Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu
bahan kimia secara langsung.
Rancang kuantiti keperluan bahan kimia bagi
mengelakkan pembaziran.
Semasa penyediaan larutan, pastikan
larutan berkepekatan tinggi dituang kepada
larutan berkepekatan rendah.
Larutan asid atau alkali hendaklah dituang ke
dalam air, dilarang menuang sebaliknya.
Bagi penggunaan pelarut organik atau bahan mudah meruap, berbau, berasid, beralkali pekat,
ia perlu dijalankan di dalam kebuk wasap.
Jika larutan kimia jenis mudah terbakar disediakan, pastikan ianya disimpan di dalam botol
gelap dan tempat bersuhu rendah.
Dilarang meletak semula lebihan bahan kimia ke dalam bekas asal bagi mengelakkan
pencemaran bahan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 21
8.7 TUMPAHAN BAHAN KIMIA Kit tumpahan bahan kimia
a) PENGUNAAN KIT TUMPAHAN
Kit Tumpahan Bahan Kimia merupakan satu
set lengkap pengawalan tumpahan bahan
kimia di ruang kerja/makmal.
Set ini perlu digunakan serta merta jika
berlaku tumpahan bahan kimia.
Set ini dilengkapi dengan bahan yang boleh
menyerap tumpahan bahan kimia dengan
cepat dan seterusnya meminimakan
pencemaran.
Perkakasan dalam set ini adalah seperti
sarung tangan getah, pad tumpahan, granul
(natural, asid dan alkali).
Sekiranya berlaku sebarang tumpahan,
hendaklah menyemak jenis keperluan granul
atau bahan peneutral yang sesuai dengan
merujuk MSDS (Material Safety Data Sheet).
Absorbent: sekat merebak Chemisorb: serap cecair
b) LANGKAH MENGAWAL TUMPAHAN BAHAN KIMIA
Kawal situasi secepat mungkin. Elakkan orang yang tidak berkenaan berada di kawasan
tumpahan.
Rujuk MSDS untuk tindakan selanjutnya. Pakai PPE yang dicadangkan dalam MSDS.
Sekat cecair tumpahan daripada merebak dengan bahan absorbent.
Jika cecair mudah terbakar tertumpah, tutup semua sumber nyalaan dan pemanasan.
Taburkan serbuk chemisorb di atas cecair kimia tertumpah. Pastikan kimia diserap seketika.
Ceduk serbuk bercampur kimia ke dalam bekas (plastik/botol), kemudian dilupuskan. Basuh
lantai dengan air dan keringkan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 22
BAHAN Jadual Cara Menangani Tumpahan Bahan Kimia
Pelbagai Asid
CARA MEMBERSIHKAN TUMPAHAN
Pelbagai Alkali
Merkuri Pakai PPE yang sesuai
Bromin Selimuti bahan tumpahan dengan campuran kimia natrium karbonat,
bentonite, pasir (nisbah berat 1:1:1).
Ceduk campuran dalam baldi dan perlahan-lahan tuang air sejuk, jika
ada tindakbalas tambah lagi karbonat
Bila pepejal dalam baldi mendap, buang lebihan air ke saliran. Bungkus
pasir dan buang ke dalam bekas sisa yang sesuai.
Atau
Selimuti bahan tumpahan dengan chemisorb (penyerap kimia).
Pastikan semua cecair tumpahan diserap.
Ceduk pepejal ke dalam beg plastik, kemudian ikat dan lupus sebagai
bahan sisa.
Pakai PPE yang sesuai.
Selimuti bahan tumpahan dengan 5% HCl. Ceduk campuran dalam
baldi dan perlahan-lahan tuang air sejuk, jika ada tindakbalas tambah
lagi 5% HCl.
Bila pepejal dalam baldi mendap, buang lebihan air ke saliran. Bungkus
pasir dan buang dalam bekas sisa yang sesuai
Selimuti bahan tumpahan dengan chemisorb (penyerap kimia).
Pastikan semua cecair tumpahan diserap.
Ceduk pepejal ke dalam beg plastik, diikat dan dilupus sebagai sisa
kimia
Pakai PPE yang sesuai.
Taburkan dengan serbuk besi atau kuprum untuk membentuk amalgam
(Sebatian merkuri yang stabil)
Kutip amalgam dengan magnet dan letakkan dalam beg plastik sisa
kimia
Pakai PPE yang sesuai.
Neutralkan bahan tumpahan dengan larutan 10% natrium thiosulfat.
Selimuti bahan tumpahan dengan chemisorb (penjerap kimia). Pastikan
cecair tumpahan dijerap.
Ceduk pepejal ke dalam beg plastik, diikat dan dilupus sebagai sisa
kimia.
8.8 PELUPUSAN SISA KIMIA
Setiap pelajar bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan meja kerja masing-masing
supaya tidak membahayakan pengguna lain. Sisa yang memudaratkan mestilah dibotolkan
dan dilabelkan dengan baik.
Sisa kimia merujuk kepada bahan kimia yang :
-) Terhasil dari eksperimen
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 23
-) Tidak diketahui komposisinya
-) Berlebihan (tersilap ambil dari kuantiti sepatutnya)
-) Telah luput tarikh
-) Telah berubah sifat fizikal atau sifat kimia
Bahan berikut tidak boleh dibuang ke dalam sinki makmal.
-) Petroleum spirit
-) Kalsium karbida
-) Sebatian organik dari kumpulan hidrokarbon terhalogen
Semua sisa makmal yang tidak sesuai untuk dibuang ke dalam sinki mestilah dikumpul dan
disimpan dalam bekas yang dikhaskan. Setiap pelajar yang menjalankan eksperimen dan
menghasilkan sisa makmal bertanggungjawab mengumpul bahan-bahan itu dan memberi
maklumat yang perlu kepada kakitangan yang dipertanggungjawabkan.
Jenis-jenis sisa bahan kimia yang BEKAS SISA BAHAN KIMIA
WS 430
dikumpulkan adalah berdasarkan kepada
Label Bekas Sisa Kimia
label berikut yang boleh diperolehi dari
kakitangan makmal.
Label:
-) Sisa Asid- Merah
-) Sisa Alkali –Biru
-) Sisa pelarut organik –Hijau
-) Sisa pelarut bukan organik –Putih
-) Sisa-sisa racun –Kuning
Sisa pelarut dan sisa kimia lain mestilah dikumpul secara berasingan mengikut sifat fizikal dan
kimia bahan. Sisa pelarut diasingkan kepada:
-) Pelarut yang mudah terbakar
-) Pelarut yang tidak mudah terbakar
-) Pelarut terhalogen
Elakkan pencampuran sisa pelarut. Rujuk jadual di bawah (Pengelasan sisa-sisa bahan kimia
mengikut klasifikasi kumpulan oleh Kualiti Alam).
Sisa kloroform tidak boleh dicampur dengan sisa pelarut lain seperti sisa aseton kerana
kloroform boleh bertindakbalas dengan cepat sehingga sukar dikawal.
Sisa natrium tidak boleh dibuang ke dalam sinki, tetapi mesti ditindakbalaskan sedikit demi
sedikit dengan alkohol kering.
Pastikan hanya ¾ isipadu botol dipenuhi dengan sisa kimia.
Botol Winchester atau bekas mengandungi sisa mestilah dibasuh sekurang-kurangnya dua kali
dengan air sebelum dibuang.
Botol-botol sisa kimia yang telah penuh hendaklah dipindahkan ke dalam stor penyimpanan sisa-
sisa bahan kimia.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 24
JADUALPENGELASAN SISA-SISA BAHAN KIMIA MENGIKUT KLASIFIKASI KUMPULAN OLEH
KUALITI ALAM
KUMPULAN KLASIFIKASI KUMPULAN
SISA MINYAK MINERAL
A Sisa mengandungi minyak pelincir, minyak hidrolik, tanah yang tercemar
dengan minyak dan seumpamanya
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ ATAU SULFUR
B > 1 % Freon, sisa-sisa PVC, kloroform, pelarut-pelarut, kapasitor dan
pengubah arus
(transformer) yang mengandungi printed circuit board dan seumpamanya.
SISA PELARUT YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ATAU SULFUR < 1 %
C Aseton, alkohol (cth: etanol, metanol), benzena, turpentin, xilena dan
seumpamanya. Sisa hendaklah boleh dipam,
dan nilai kalorifik 18 MJ/kg.
SISA KIMIA ORGANIK YANG MENGANDUNGI HALOGEN DAN/ ATAU
SULFUR < 1 %
H Gam, lateks, cat, fenol, dakwat percetakan, minyak sintetik, sabun, epoksi
dan seumpamanya
SISA YANG MENGANDUNGI RAKSA
K Raksa, lampu wap, cecair COD, bateri yang mengandungi raksa dan
seumpamanya
SISA PESTISID
T Insecticide , fungus, weed killer, racun tikus dll
SISA TIDAK ORGANIK
Asid, alkali, natrium hipoklorit, garam-garam
X tak organik, enap cemar logam hidroksida, sisa kromat dan sianida dan
seumpamanya
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 25
9 PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI
9.1 PERATURAN UMUM
Semua permukaan dan tempat kerja
hendaklah dibersihkan dengan disinfektan
sebelum meninggalkan makmal.
Pastikan alkohol (bagi tujuan pensterilan)
dijauhkan dari sumber api.
Pastikan luka dibalut terlebih dahulu
sebelum melakukan eksperimen.
Buang jarum picagari, slaid kaca, pipet
pasteur yang patah dan lancet yang telah Amali Biologi
Bekas Sisa Radas Tajam
digunakan ke dalam bekas khas buangan
benda tajam (sharp bin container).
Guna sarung tangan sesuai ketika
mengendalikan spesimen biologi seperti
haiwan makmal, darah, dan
mikroorganisma.
Semua tumpahan dan kemalangan mestilah
direkodkan walaupun ia tidak melibatkan
sebarang kecederaan
9.2 MIKROORGANISMA DAN KULTUR
Sesetengah bakteria dan fungi adalah berbahaya. Teknik aseptik perlu diaplikasikan sewaktu
menjalankan eksperimen menggunakan mikroorganisma.
Kerja pengkulturan bakteria dan kultur sel haiwan hendaklah dilakukan di dalam autoklaf
Kultur mikroorganisma dan sel haiwan perlu dinyahkuman (sterilized) terlebih dahulu sebelum
dibuang.
Peti sejuk serta alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan
dinyahkuman selalu dan dilarang menyimpan bahan makan/minum di dalamnya.
Sebarang kemalangan yang berlaku hendaklah direkodkan.
Maklumkan pegawai berkaitan jika berlaku tumpahan kultur mikroorganisma.
Tutup tumpahan dengan tuala yang disinfektan selama 15 minit dan lapkan. Pastikan tuala
tersebut dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Bahagian yang tercemar mesti dinyahkuman
dengan antiseptik atau alkohol.
Sekiranya tumpahan mikroorganisma terkena pada kulit, basuh dengan cecair sabun dan air
dengan segera. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.
Pelupusan sisa kultur dilakukan menggunakan kaedah pensterilan atau diautoklafkan sebelum
dikumpul dan dibuang ke rumah sisa.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 26
9.3 AGEN BIOLOGI (HAIWAN/SERANGGA) Pembedahan Haiwan
Contoh Bekas Sisa Biologi
Sekiranya melibatkan spesimen biologi
(haiwan) bukan jenis perosak yang masih
hidup hendaklah dikembalikan semula ke
habitatnya.
Spesimen yang tidak berbahaya dan telah
dibedah hendaklah dikumpulkan di kawasan
berasingan dan kemudiannya ditanam. .
Manakala, sekiranya melibatkan spesimen
haiwan yang bahaya, sisa biologi mestilah
disteril ataupun dinyahkuman menggunakan
autoklaf seperti bangkai tikus dan bahagian
organ haiwan.
Pastikan sisa biologi dimasukkan ke dalam
beg plastik hitam dan dibuang sebagai
bahan buangan domestik ke dalam tong
khas (terkawal).
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 27
10 SENARAI PENYELENGGARAAN/DI TENTUUKUR PERALATAN
10.1 SENARAI PENYELENGGARAN/TENTUUKUR PERALATAN MAKMAL
BIL PERALATAN LOKASI UNIT/ KEKERAPAN/ CATATAN
MAKMAL BULAN
DISELENGGARA
1 KEBUK UNIT 1 TAHUN OLEH
WASAP KIMIA / BIOLOGI
SYARIKAT BERDAFTAR
2 AUTOCLAVE UNIT BIOLOGI 1 ½ TAHUN DISELENGGARA
OLEH
SYARIKAT BERDAFTAR
MIKROSKOP 1 TAHUN DISELENGGARA
3 CAHAYA UNIT BIOLOGI OLEH
PEMBEDAHAN SYARIKAT BERDAFTAR
ALAT SEMUA UNIT 1 TAHUN DISELENGGARA SECARA
4 PENIMBANG BERKALA OLEH PEMBANTU
ELEKTRONIK MAKMAL
5 OVEN UNIT KIMIA 1 TAHUN DISELENGGARA SECARA
ELEKTRIK /BIOLOGI BERKALA OLEH PEMBANTU
6 WATER UNIT KIMIA/ 1 TAHUN MAKMAL
DISTILLER BIOLOGI
DISELENGGARA SECARA
7 WATER BATH UNIT BIOLOGI 1 BERKALA OLEH PEMBANTU
/KIMIA TAHUN
MAKMAL
8 SHOWER/ EYE UNIT KIMIA BULANAN
WASH STATION /BIOLOGI DISELENGGARA SECARA
BERKALA OLEH PEMBANTU
9 1st AID KIT SEMUA UNIT BULANAN
MAKMAL MAKMAL
PENUNU MENGIKUT
10 BUNSEN SEMUA UNIT KEPERLUAN DISELENGGARA SECARA
MAKMAL BERKALA OLEH PEMBANTU
MAKMAL
DISELENGGARA SECARA
BERKALA OLEH PEMBANTU
MAKMAL
DISELENGGARA
OLEH PEMBANTU MAKMAL
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 28
11 GARISPANDUAN PENYELENGGARAAN PERALATAN
11.1 KEBUK WASAP (FUME HOOD)
a) PERATURAN AM
Penggunaan kebuk wasap merupakan salah
satu langkah kawalan kejuruteraan untuk
melindungi pengguna dari terhidu bahan kimia
berbahaya.
Penting dalam makmal untuk menjalankan
ekperimen yang membebaskan wap yang
mudah terbakar, beracun, menghakis dan
berbau.
Kebuk wasap ini perlu diselenggara sebaiknya
bagi memastikan sedutan dan pengaliran gas
ke luar makmal adalah baik.
Kebuk Wasap
Fungsi kebuk wasap adalah untuk mengeluarkan udara yang dicemari dengan wap-wap kimia
tersebut keluar dari makmal dan mengalirkan udara bersih di dalam makmal.
b) KAEDAH PENGGUNAAN
Kipas dihidupkan terlebih dahulu (~15 minit) sebelum digunakan.
Cermin (sash) kebuk wasap sentiasa bersih dan diangkat tidak melebihi 45cm (garisan kuning)
semasa digunakan dan sentiasa ditutup jika tidak digunakan.
Bahan kimia dan peralatan diletak 15 cm ke dalamnya (garisan kuning).
Dilarang menyimpan bahan kimia atau sampel eksperimen.
Pastikan ia bersih dari sisa pepejal yang boleh memasuki sinki kebuk wasap. Sebarang
tumpahan dan percikan bahan kimia perlu dibersihkan segera.
Pastikan peralatan/radas yang dipasang di dalamnya tidak mengganggu pembukaan/penutupan
cermin (sash) atau menghalang slot-slot ekzos.
Kuantiti bahan kimia berbahaya, peralatan dan radas yang digunakan dalam kebuk wasap
adalah minimum.
Dilarang memasukkan kepala ke dalam kebuk wasap.
Pintu dan tingkap yang berhampirannya sentiasa ditutup semasa menggunakan kebuk wasap.
Tutup cermin (sash) terlebih dahulu sebelum kipas kebuk wasap dimatikan bagi mengelakkan
wap bahan kimia yang tersimpan di dalamnya tidak terlepas keluar dan memasuki ruang udara
dalam makmal
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 29
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
FUMEHOOD/LAMINAR FLOW/BIOSAFETY CABINET
PRIVENTIVE MAINTENANCE CHECKLIST
NO ITEM CHECK CONDITION CLEAN REPLACE
(√ /X)
1. HYGIENE TEST INSPECTION
-MEASUREMENT OF FACE VELOCITY FOR ALL
HOOD
-IDENTIFICATION OF MEASUREMENT POINT OF
DUCTING SYSTEM
-DRILLING TEHE MEASUAREMENT POINT BY
USING HAND DRILL
-MEASUREAMENT OF VELOCITY PRESSURE &
STATIC PRESSURE TAKEN AT ALL SELECTED/
IDENTIFIED POINT
-FOR FAN MEASUREMENT OF RPM WILL BE
TAKEN AT THE BLADE AND COMPARING WITH
THE DESIGN SPECIFICATION
2 EXTERIOR SYSTEM
3 INTERIOR WORKING AREA
4 WORKTOP AREA
5 INSPECTION SASH
6 UV LAMP
7 FLORENSENT LAMP
8 DOOR GASKETS
9 SASH AND HANDLE
10 MOTOR AND BLOWER SYSTEM OPERATION
11 AIRFLOW CIRCULATION
12 HEPA/CARBON FILTER
13 SASH CABLE AND RAIL/ROLLER
14 CABINET DOOR HINGES AND DOOR CLOSERS
15 WATER TAP AND OUTLET
16 AIR/GAS FAUCET AND KNOB
17 PLUG POINT
18 MAIN ON/OFF SWITCH
19 ISOLATOR POWER SUPPLY
20 WATER SAURCE AND SUPPLY
21 AIR FLOW VELOCITY
22 LAMP BRIGHTNESS
23 SOUND LEVEL
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 30
11.2 AUTOKLAF (AUTOCLAVE)
a) PERATURAN AM Autoclave
Pengenalpastian Hazard, Penafsiran Risiko
dan Kawalan risiko (HIRARC) terhadap
pengendalian autoklaf hendaklah dilakukan
sebelum mengendalikan autoklaf.
Setiap autoklaf hendaklah memiliki Sijil
Perakuan Kelayakan (CF) yang sah yang
dikeluarkan oleh JKKP.
Pemasangan autoklaf hendaklah dipastikan
tidak terdedah kepada persekitaran
berkelembapan tinggi dan pancaran
matahari secara langsung.
Tidak dipasang berhampiran bahan kimia atau gas menghakis dan bahan letupan.
Autoklaf hendaklah diselenggara mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan dengan
menggunakan Borang Laporan Penyelenggaraan Autoklaf
Rekod penyelenggaraan hendaklah dikemaskini dari masa ke masa dan disimpan dengan baik.
b) SEBELUM PROSES PENSTERILAN
Pengendalian Autoklaf hendaklah dilakukan berpandukan SOP yang telah ditetapkan.
Setiap pekerja hendaklah menggunakan PPE yang bersesuaian sepanjang pengendalian
autoklaf.
Gasket pintu (seal) hendaklah diperiksa bagi memastikan berada dalam keadaan baik (tiada
sebarang keretakan atau bonjolan
Saluran keluar air dari autoklaf hendaklah bebas daripada sebarang halangan yang boleh
menjejas aliran air.
Sisa air yang keluar dari autoklaf hendaklah disalirkan ke tempat yang dikhaskan.
Paras air autoklaf hendaklah dipastikan berada pada paras yang ditetapkan.
Autoklaf hendaklah dihidupkan dan hanya boleh dioperasikan setelah mencapai suhu dan
tekanan yang ditetapkan.
Penutup botol atau bekas yang diisi cecair hendaklah dilonggarkan sewaktu proses pensterilan
bagi membolehkan penembusan dan peredaran wap berlaku.
Bahan atau peralatan yang hendak disterilkan hendaklah dipastikan:
-) Tidak mudah terbakar, reaktif, mengakis, toksik atau radioaktif.
-) Menggunakan bekas yang dapat menahan suhu pensterilan autoklaf (±121°C).
-) Bebas dari sebarang retakan (barangan kaca).
-) Bahan yang hendak disterilkan hendaklah dimasukkan ke dalam tempat yang dikhaskan
untuk pensterilan di dalam autoklaf.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 31
c) SEMASA PROSES PENSTERILAN
Pintu autoklaf hendaklah dipastikan sentiasa ditutup dan dikunci serta berada dalam keadaan
selamat.
Tekanan hendaklah dipastikan dalam julat yang selamat sekiranya pintu autoklaf perlu dibuka
semasa proses pensterilan dilakukan.
Sebarang permasalahan semasa pengendalian autoklaf hendaklah dimaklumkan kepada
kakitangan bertugas dengan segera.
d) SELEPAS PROSES PENSTERILAN
Tekanan hendaklah dipastikan kosong sebelum pintu autoklaf dibuka.
Pintu autoklaf hendaklah dibuka secara perlahan-lahan bagi membolehkan wap untuk keluar
secara beransur-ansur.
Bahan atau peralatan yang telah disterilkan hendaklah dibiarkan sejuk di dalam autoklaf selama
10 minit selepas pintu autoklaf dibuka sebelum dikeluarkan.
Setiap penggunaan autoklaf beserta maklumat kitaran hendaklah direkod di dalam Buku Rekod
Penggunaan Autoklaf yang disediakan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 32
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
BORANG PENYELENGGARAAN AUTOCLAVE
1. MAKLUMAT JENTERA
1.1 Maklumat Umum
Nama Jentera : : MAKMAL BIOLOGI
No. PMD : : KOLEJ MATRIKULASI PERAK
Model :
No. Serial :
Pengilang :
Penempatan Makmal
Jentera
Alamat
1.2 Spesifikasi Jentera : meter persegi
: kilo pascal
Pemukaan memanas
Tekanan selamat
2.0 MAKLUMAT PENYELENGGARAAN
2.1 Pihak Yang Membuat Penyelenggaraan
Nama :
No. Staf :
No. Tel. (O) :
Tarikh Penyelenggaraan :
2.2 Senarai Semak Penyelenggaraan Jentera C SRN
BIL PERKARA
1 Fuse 2A – Transfomer
2 Fuse 2A PC Board
3 Fuse 10A – Main Supply
4 Transfomer
5 Printed Circuit Board
6 Door Gasket
7 Silicone Washer
8 Chamber Condition
9 Chamber Guard Seal
10 Infill Valve
11 Water Level Sensor
12 Heater Element
13 Solid State Relay
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 33
14 Thermostat
15 Air Valve
16 Safety Valve
17 Pressure Door Lock
18 Discharge Valve
19 Door Micro Switch
20 Water Reservoir
21 Filter Assembly
22 Pressure Gauge
23 Electrical wiring connection’s
Pertunjuk :
C Telah Telah Telah N Tidak
diperiksa S Diselenggara / R diperbaiki / Berkaitan
Dibersihkan diganti baru
2.3 Senarai Pemeriksaan / Pengujian Pada Jentera
BIL PERKARA LULUS GAGAL
1 Pemeriksaan voltan masuk (_________ Volts)
2 Semakan penggunaan arus elektrik (____________ A)
3 Pemeriksaan pada thermostat (cut off at ____________)
4 Pengujian Pada Injab Keselamatan (Safety valve) (Valve
blow at ___________ Bar)
5 Paparan suhu pada 121C (_____________C)
6 Paparan suhu pada 134C (_____________C)
1.0 Ulasan dan Pengesahan Pihak Yang Menyelenggara
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 34
11.3 MIKROSKOP CAHAYA/PEMBEDAHAN Mikroskop
a) PERATURAN AM
Mikroskop adalah alat yang mahal dan
mudah rosak jika tidak di kendalikan dengan
betul. Oleh itu, ia mestilah dikendalikan
dengan cermat.
Mikroskop perlu disimpan dalam kabinet
khas yang dilengkapi dengan pemanas dan
termostat bagi mengawal suhu di dalam
kabinet untuk mengelak pembiakan kulat/
mikroorganisma.
Setiap mikroskop mesti berlabel dan
mempunyai buku log penggunaan.
Mikroskop mesti diselenggara oleh
juruteknik yang bertauliah.
b) PENGENDALIAN DAN PENJAGAAN MIKROSKOP
Untuk tujuan memindahkan mikroskop, gunakan kedua-dua belah tangan apabila mengangkat
mikroskop dari satu tempat ke satu tempat. Sebelah tangan mesti memegang lengannya dan
sebelah tangan lagi memegang bahagian bawahnya.
Letakkan mikroskop dengan perlahan-lahan diatas meja supaya kanta didalamnya tidak
terkeluar daripada tempatnya.
Mikroskop hendaklah diletakkan dalam keadaan tegak dan berada dalam keadaan kering.
Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop. Bahan-
bahan lain seperti tisu ‘ Kleenex dan kain’, jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan
juga meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta
Jangan guna tapak jari untuk membersihkan kekotoran atau debu pada permukaan kanta.
Minyak dan gris pada jari akan melekat pada permukaan kanta dan mengurangkan kualiti imej.
Jangan biarkan sebarang minyak rendaman terlekat di permukaan kanta objektif. Ini akan
menghasilkan imej kabur. Jika minyak tersebut kering, ia hanya boleh dihilangkan dengan
menggunakan Xylene.
Penjagaan pentas mikroskop haruslah sentiasa bersih. Sebarang tumpahan di atas pentas
mikroskop perlu dibersihkan dengan segera. (contoh: Canada Balsam dan minyak tumpahan)
Fokuskan specimen menggunakan kanta objektif bermagnifikasi rendah (4x dan 10x) dahulu
sebelum menggunakan kanta objektif bermagnifikasi tinggi (40x dan 100x).
Jika kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk
tujuan pemfokusan. Perbuatan ini mungkin akan mengakibatkan kanta objektif ( 40x dan 100x )
menyentuk atau memecahkan sisip kaca slaid. Selain dari kerosakkan pada spesismen,
kerosakkan pada kanta objektif juga boleh berlaku.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 35
11.4 NERACA ELEKTRONIK/ ANALYTIC BALANCE
a) PERATURAN AM
Penimbang elektronik atau anylitic balance
merupakan alat pengukur yang penting di
gunakan di makmal sains
Neraca ini digunakan untuk mengukur berat
jisim atau cecair.
Kejituan maksimum bacaan neraca yang
biasa digunakan di makmal sains kolej
adalah 500 gm
Minimum bacaan neraca analitik boleh
mencapai hingga 0,0001 gram.
Analytic balance
b) KAEDAH PENGENDALIAN/PENYELENGGARAAN
Pastikan neraca analitik disimpan di tempat yang sesuai.
Jika terdapat kotak yang tersedia, adalah tempat yang sesuai, jika tidak simpan di dalam kabinet
tertutup supaya jauh dari habuk.
Jangan letak neraca berhampiran dengan magnet kerana akan mengganggu bacaan dan boleh
menyebabkan neraca rosak.
Ketika hendak digunakan pastikan neraca di letakkan jauh dari hembusan angin dan ruang yang
panas keterlaluan kerana akan mengganggu ketepatan bacaan.
Pastikan kaki neraca berada dalam keadaan seimbang bagi bacaan yang tepat.
Kalibrasi atau tentuukurkan neraca analitik sebelum menggunakannya.
Setelah butang on dibuka, tunggu beberapa minit untuk memanaskan neraca dan untuk untuk
mengatur dalam posisi no.
Bersihkan neraca selepas setiap kali digunakan. Gunakan kain yang bersih atau tisu lembab
bagi membersihkan bahan kimia yang melekat pada pan neraca.
Matikan neraca analitik jika tidak digunakan dalam waktu lama.
Pastikan neraca kering sebelum disimpan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 36
PANDUAN KALIBRASI ANALYTIC BALANCE
-------- Penimbang elektronik mengira berat dengan
menggunakan konsep graviti. Tempat geografi
yang berbeza akan menunjukkan bacaan yang
berbeza. Untuk kiraan yang tepat, skala
perlulah diubah mengikut keadaan
persekitaran. Ia boleh diubah dengan
menekan butang CAL.
0.00 Apabila nilai pada penimbang menyala,
letakkan penimbang kalibrasi pada pan.
200 Gr Bacaan akan berhenti menyala dan bacaan
akan menunjukkan nilai yang diperoleh pada
bahan. Tunggu bunyi buzzer.
200.00 Keluarkan pemberat kalibrasi daripada pan.
Penimbang elektronik sedia untuk digunakan
untuk menimbang bahan-bahan lain.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 37
11.5 ALAT PENYIRAM AIR (SHOWER STATION) Shower /Eye Wash Station
a) PERATURAN AM
Dikhaskan untuk membersih dan membilas
bahagian anggota badan/pakaian yang
terkena tumpahan bahan kimia dalam
kuantiti yang banyak/ berkepekatan tinggi.
Tarik tombol pembuka ke bawah. Pastikan
air yang keluar membasahi bahagian
anggota badan atau pakaian yang terkena
tumpahan bahan kimia.
Sekiranya tumpahan bahan kimia terkena
pada bahagian kulit, pastikan air mengalir
dengan banyak ke bahagian tersebut selama
10 -20 minit.
Bawa mangsa segera berjumpa doktor.
Pastikan alat penyiram dan kawasan
sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan
sedia guna dan bersih.
Lakukan pemeriksaan sekurang-kurangnya
sebulan sekali.
11.6 ALAT PENCUCI MATA (EYE WASH STATION)
Diguna pakai khas untuk membilas dan mencuci mata yang terkena percikan bahan kimia.
Jangan cuba meneutralkan mata dengan asid atau alkali.
Sekiranya berlaku percikan bahan kimia ke dalam mata, pastikan mangsa dibawa ke tempat
cucian mata yang berdekatan dan bantu mangsa membuka matanya untuk dibilas dan dicuci
selama 10-20 minit.
Pastikan mangsa dinasihatkan supaya tidak menggosok matanya.
Jangan menggunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata. Mangsa dilarang
untuk cuba membuang bendasing tersebut.
Dapatkan rawatan segera bagi kes kecederaan pada bahagian mata kerana ia merupakan kes
serius. Bawa mangsa berjumpa doktor.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 38
EMERGENCY SHOWER & EYE WASH
TEST RECORD
INSPECT THIS UNIT CAREFULLY BEFORE SIGNING INSPECTION CARD
Flush eye wash stations(s) weekly and check for the following:
• Is the water clear?
• Is the area around the station clear of obstructions?
• Is there a bucket located under the eye wash to collect runoff?
• Are the jets working properly?
• Are there any leaks?
DATE BY DATE BY DATE BY
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 39
MAKMAL KIMIA
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SHOWER DAN EYE WASH
TARIKH PEMERIKSAAN :
LOKASI CATATAN
MAKMAL 1
MAKMAL 2
MAKMAL 3
MAKMAL 4
MAKMAL 5
MAKMAL 6
MAKMAL 7
BILIK PERSEDIAAN
Ulasan pemeriksa :
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................
.............................................
Diperiksa oleh : ........................................ Tandatangan pemeriksa : .............................
Flush eye wash stations(s) weekly and check for the following:
• Is the water clear?
• Is the area around the station clear of obstructions?
• Is there a bucket located under the eye wash to collect runoff?
• Are the jets working properly?
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 40
11.7 OVEN ELEKTRIK Oven Elektrik
a) PERATURAN AM
Oven adalah salah satu alat elektrik yang
digunakan di makmal sains terutamanya di
Makmal Biologi
Oven merupakan alat yang mempunyai
sistem pemanas (heater) yang boleh
dilaraskan kepada suhu tetap supaya boleh
merubah keadaan sampel mengikut suhu
yang dikehendaki.
Semasa amali di makmal, ia digunakan
untuk mengeringkan sampel pepejal dan
cecair dengan cepat atau komponen lain
yang diperlukan untuk analisis.
Digunakan juga untuk mensteril instrument
yang digunakan dalam ujukaji makmal.
Menyediakan sampel untuk farmaseutikal,
dan penyelidikan kimia.
b) KAEDAH PENGENDALIAN/ PENYELENGGARAAN
Pastikan penyelengaraan oven dilakukankan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali atau setiap kali
sebelum ujian amali dijalankan supaya ia berfungsi dengan baik.
Pastikan peraturan penggunaan atau “Manual Book” diikuti sebelum memulakan proses
penggunaan oven di makmal.
Ketidakpatuhan kepada peraturan penggunaan boleh menyebabkan kemalangan kerana oven
merupakan hot sufface yang boleh menyebabkan kecederaan pada badan.
Buka suis utama dan biarkan oven mengkalibrasi sistem sehingga selesai.
Dilarang menekan atau melaras pelasan suhu ke tahap maksimum sebelum lampu indicator
telah bertukar hijau atau sedia untuk digunakan.
Laraskan mode button mengikut suhu yang dikehendaki apabila oven telah sedia untuk
beroperasi.
Dilarang membuka oven ketika sedang beroperasi tanpa sebab tertentu dan jika perlu dibuka
untuk mengambil sample pastikan sarung tangan tahan haba dipakai.
Selepas selesai amali, pastikan pelaras suhu ditukar semula ke button 0 atau tiada bacaan dan
tekan button off.
Pastikan tiada speceimen yang tertinggal di dalam oven.
Bersihkan oven setelah suhu turun keparas biasa (normal).
Pastikan plug elektik ditanggal dari peralatan setelah selesai digunakan.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 41
PENYELESAIAN MASALAH/ TROUBLE SHOOTING
MASALAH SENARAI SEMAK PUNCA/PENYELESAIAN
(TROUBLE) (POINT CHECKING) (TROUBLE SHOOTING)
Tiada kuasa elektrik Periksa sambungan punca Pastikan plug telah dimasukkan
(Power failure) kuasa elekrik dengan sempurna ke dalam soket
(Check Elektrik Supply) palam elektrik
Periksa fius pada plug (Plug firmly into the electric supply)
(Check Fuse Plug)
Tukar fuse yang sesuai
(Replace fuse)
Periksa set nilai suhu Tukar set nilai suhu
(Check Set Value) (Change set value)
Kawalan suhu tidak Periksa Alat Kawalan suhu Setkan Kawalan Suhu lebih tinggi
berfungsi (Check Over temperature dari suhu operasi yang asal.
(Temperature Control Protection Value) (Set protection temperature higher
Failure) than the usual operating
temperature)
# Jika masalah berkaitan masih berterusan, hubungi Syarikat berkaitan yang bertauliah untuk proses
baikpulih.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 42
11.8 ALAT PENYULINGAN AIR (WATER DISTILLER)
a) PERATURAN AM Water Distiller
Alat penyulingan air menggunakan arus
elektrik yang tinggi dan merupakan alat ‘hot
surface’. Langkah berjaga-jaga perlu
dititikberatkan ketika pengendaliannya.
Pastikan ia diletakkan di tempat yang sesuai
dengan punca kuasa elektrik, dan mudah
diekses tanpa halangan disekelilingnya.
Pastikan alat ini berdekatan dengan paip air
dan singki bagi membolehkan air masuk dan
keluar dengan mudah.
Pastikan alat ini diperiksa sebelum
digunakan .
Pastikan bekalan air sentiasa ada bagi
memastikan alat berfungsi dan mengelakkan
berlakunya kepanasan pada radas yang
boleh menjurus kepada letupan atau
kebakaran jika dibiarkan lama.
Periksa radas selalu dan jangan biarkan
tanpa pengawasan pegawai bertugas.
Jangan biarkan alat dipasang semalaman
dan ditinggalkan bagi mengelakkan
sebarang kemungkinan.
Kecuaian penggunaan alat ini boleh
menyebabkan letupan dan kebakaran.
b) KAEDAH PENGENDALIAN/ PENYELENGARAAN
Pastikan saluran air yang disambung masuk ke dalam kondenser dibuka terlebih dahulu
sebelum punca kuasa elektrik disambung.
Setelah air memenuhi ruang dan mengalir keluar dengan baik, buka suis elektrik.
Pastikan wap air dari hasil sulingan telah mengalir keluar sebelum alat ditinggalkan beroperasi.
Periksa radas selalu ketika ia sedang beroperasi.
Air yang mengalir dari hasil sulingan hendaklah diletakkan di dalam bekas yang bertutup dan
pastikan ruang bekas tadahan cukup besar bagi menampung dan mengelakkan air melimpah
keluar.
Setelah selesai digunakan, tutup suis elektrik dahulu sebelum air ditutup bagi memastikan suhu
radas turun.
Tanggalkan soket atau plug elektrik bagi memastikan radas selamat.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 43
11.9 ALAT KUKUSAN AIR (WATER BATH)
a) PERATURAN AM Kukusan Air/ Waterbath
Alat kukusan air mangandungi bekas keluli
tahan karat di dalamnya yang diisi dengan air
untuk dipanaskan
Kegunaan alat radas ini adalah untuk ujikaji
yang memerlukan takat suhu tertentu
mengikut specimen atau bahan yang
digunakan.
Pengguna boleh mengawal suhu dengan
tahap minima dan sehingga mencapai
100ºC.
Alat kukusan ini terdapat jenis digital dan
juga analog yang mana bacaan suhu boleh
dikawal pada alat kawalan suhu
(temperature controller)
Arahan penggunaan termasuk amaran bagi
larutan, takat lebur subtract/pengeram juga
terpapar dan boleh dipilih.
Water bath merupakan pilihan bagi ujikaji
yang memerlukan pemanasan bahan kimia
berbanding dengan menggunakan api
secara terus.
b) KAEDAH PENGENDALIAN/ PENYELENGARAAN
Gunakan alat ini dengan berhati-hati.
Jauhkan alat dari sumber bahan api.
Tidak digalakkan menggunakan water bath dengan bahan kimia pirofonik yang berbentuk
cairan, padatan atau gas yang mudah terbakar.
Takat air hendaklah selalu diperiksa , dan hendaklah diisi dengan menggunakan air suling
sahaja. Ini adalah bagi mengelakkan dari adanya tinggalan mendakan garam pada kukusan.
Sekiranya penggunaan melibatkan specimen kultur atau bakteria, pembasmian kuman
hendaklah dilakukan bagi mengelakan kuman dari membiak di dalam kukusan.
Naikkan suhu ke 90ºC atau lebih sekurang-kurangnya seminggu sekali atau selama setengah
jam bagi tujuan penyahtinjaan
Tukar air yang baru bagi tiap eksperimen bagi mengelakkan kesan tanda air ditinggalkan pada
kukusan.
Jika penggunaan bahan yang mengeluarkan asap, digalakkan menggunakan kukusan di dalam
kebuk wasap atau di tempat ruang udara terbuka.
Penutup kukusan hendaklah ditutup bagi mengelakkan wap keluar dan suhu dapat dicapai
dengan cepat.
Pastikan kukusan telah dibersihkan dan tiada radas atau specimen tertinggal sebelum disimpan
di tempat yang sesuai
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 44
11.10 PENUNU BUNSEN Penunu Bunsen
a) PERATURAN AM
Tempatkan penunu bunsen jauh dari rak
peralatan dan lampu
Jauhkan dan alihkan sebarang kertas, buku
nota, bahan yang mudah terbakar dan bahan
kimia yang berlebihan dari ruang kerja
Penunu Bunsen
Ikat rambut panjang, barang kemas
tergantung atau pakaian yang longgar untuk
mengelakkan disambar api.
Periksa hos untuk memastikan tiada
sebarang kebocoran atau keretakan dan
pastikan hos adalah sesuai dan selamat
pada injap gas dan pembakar.
Ganti hos yang retak, bocor atau mengalami
sebarang kecacatan sebelum digunakan.
Menggunakan pemetik api yang selamat
untuk menghidupkan api. JANGAN gunakan
nyalaan api dari sumber kertas dan
sebagainya untuk menghidupkan api.
Laras penunu bunsen untuk menghasilkan
api yang sesuai dalam eksperimen
(kebiasaan api biru sederhana)
JANGAN biarkan nyalaan api terbuka tanpa pengawasan dan JANGAN tinggalkan makmal
semasa api dihidupkan.
Tutup injap gas dengan sempurna setelah selesai penggunaan
Pastikan tiada kebocoran pada kartrij gas (gas bocor akan mengeluarkan bau seperti telur
busuk).
Pastikan makmal mempunyai pengudaraan yang baik.
Jauhkan bahan mudah terbakar darinya.
Nyalakan pemetik api terlebih dulu pada penunu bunsen sebelum membuka injap gas.
Laras sehingga nyalaan biru dihasilkan. Jika tidak, tutup injap dan hentikan penggunaan penunu
bunsen tersebut.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 45
11.11 PETI PERTOLONGAN CEMAS (FIRST AID KIT)
Peti Pertolongan cemas hendaklah
mempunyai kuantiti bahan-bahan
pertolongan cemas yang sesuai dan
mencukupi.
Setiap rawatan yang diberikan oleh ahli
bantu mula yang terlatih perlu direkodkan di
dalam borang rekod rawatan. hendaklah
Peti Pertolongan Cemas
sentiasa diperiksa secara berkala oleh
kakitangan makmal bagi memastikan
kandungan mencukupi.
Mana-mana bahan yang kurang hendaklah
ditambah dan bahan-bahan yang luput tarikh
atau rosak perlu diganti semula.
Pastikan Peti Pertolongan Cemas diletak di
tempat yang mudah dilihat beserta dengan Peti Pertolongan Cemas Dan Kandungan
papan tanda yang memaparkan nombor
telefon serta pegawai yang
betanggungjawab.
BIL ITEM FUNGSI
Merawat luka baru
1 Acriflavine solutin/losyen kuning Mencegah jangkitan bakteria, melecur, sebagai disinfeksi
pada kulit
2 Antiseptic/dettol Membasuh luka
Membunuh kuman
3 Antiseptic lotion Antiseptik untuk membunuh kuman
4 Eye drop Meredakan radang mata /mata kering
5 Eye pad (2 pcs) Melindungi mata yang tercedera/ terkena bendasing
6 Alcohol swabs Mencuci bendasing pada luka sebelum membalut
7 Minyak angin Untuk sapuan luar pening/sakit kepala/loya
8 Plaster/pita luka Membalut luka kecil
9 Cotton bud Mencuci luka pada kawasan sukar
10 Triangle bandage Membuat anduh dan pembalut
11 Universal surgical tape Melekat balutan
12 Scissor Menggunting pembalut gulung
13 Pin penyemat Menyemat anduh
14 Papan anduh Menyokong anggota yang tercedera
15 Kapas Membersih luka
Membuat alas
Melumur ubat
16 Sarung tangan pakai buang Untuk mengelak jangkitan bakteria ketika merawat
pesakit
17 Penyepit Mengeluarkan serpihan
Menyepit kapas
18 Pembalut gulung Membalut luka
Melakukan pencucian/penebat luka
19 Gauze Membuat balutan/memberi tekanan pada pendarahan
dan menstabilkan kepatahan
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 46
MAKMAL SAINS
KOLEJ MATRIKULASI PERAK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI SEMAK PETI PERTOLONGAN CEMAS……….
LOKASI : ………………………..
BIL ITEM JANUARI APRIL JULAI OKTOBER CATATAN
1 Acriflavin Lotion
2 Antiseptic Cream
3 Eye Drop
4 Eye Pad
5 Plaster
6 Minyak Angin
7 Cotton Bud
8 Cotton Wool
9 Alcohol swabs
10 Gauze Swabs
11 Glove
Triangular
12 Bandage
13Eniversal
13 Surgical Tape
14 Gunting
15 Pin
16 Papan Anduh
17 Penyepit
Buku Panduan
18 Kecemasan
Disemak oleh
* Pemeriksaan dilakukan pada minggu pertama bulan berkenaan
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 47
12 GARISPANDUAN PERTOLONGAN CEMAS
12.1 PERTOLONGAN CEMAS
a) PERATURAN UMUM
Maklumkan segera sekiranya terdapat sebarang kemalangan/kecemasan di makmal.
Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa
sebelum menghantarnya ke hospital.
Prosedur sekiranya berlaku kemalangan:
-) Asingkan mangsa dari tempat kejadian
-) Beri rawatan kecemasan
-) Hubungi pihak pengurusan jabatan, pihak keselamatan.
-) Kuarantinkan kawasan berlaku kemalangan.
Loceng kecemasan hendaklah ditekan segera jika berlaku kebakaran.
Pastikan semua pengguna dan kakitangan keluar dengan kadar segera ke tempat berkumpul.
Pastikan semua suis elektrik dan pintu makmal ditutup selepas memastikan semua orang keluar.
Berikan bantuan diri kepada mangsa kecederaan.
Langkah keselamatan perlu diambil sekiranya mangsa mengalami kecederaan.
Guna sarung tangan ketika menguruskan bahan yang tercemar dengan darah.
Guna bahan peluntur (1/5 bahagian air) bagi membersihkan kawasan tercemar.
Pastikan segala bahan yang tercemar seperti sarung tangan, pakaian dan kain lap dimasukkan
dalam beg plastik dan diikat untuk pelupusan.
12.2 KES DAN TINDAKAN KETIKA KECEMASAN
a) PITAM ATAU PENGSAN Mangsa pitam/pengsan
Longgarkan pakaian bagi memudahkan
mangsa bernafas dengan baik. Periksa nadi
mangsa.
Jika nadi berhenti, beri bantuan pemulihan
pernafasan segera serta dapatkan bantuan
ambulans.
Periksa tahap kesedaran mangsa
berdasarkan bukaan mata, lisan dan
pergerakan.
Beri rawatan sekiranya terdapat sebarang luka pada mangsa.
Siasat punca yang menyebabkan mangsa pengsan. Contoh, terhidu gas beracun. Laporkan
segera jika terdapat bau kebocoran gas.
Hidukan mangsa dengan garam ammonia. Pastikan tiada sebarang benda memasuki mulut
mangsa yang tidak sedar. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan dan selimutkannya.
Apabila mangsa sedar, tenangkan dan periksa mangsa. Jika perlu, bawa mangsa berjumpa
doktor.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 48
b) KEJUTAN ELEKTRIK Kejutan Elektrik
Rawatan CPR
Pastikan keadaan selamat. Kemudian,
matikan suis serta merta dan jauhkan Rawatan lecur
mangsa daripada sumber elektrik. Jangan
bersentuhan dengan mangsa tanpa
perlindungan sehingga mangsa bebas
daripada kejutan elektrik.
Hentikan arus elektrik daripada mangsa
dengan menggunakan sebarang bahan
penebat.
Pastikan mangsa berdiri di atas benda kering
seperti kayu, getah atau kertas tebal (bahan
penebat).
Periksa badan mangsa. Beri rawatan segera
jika terdapat lecuran pada badan mangsa
dengan meletakkan kain steril di atas tempat
melecur dan balut luka tersebut.
Jika pernafasan mangsa terhenti, beri
bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).
Bawa mangsa berjumpa doktor dengan serta
merta
c) MELECUR/MELEPUH
Tenangkan mangsa dan beri pertolongan
kecemasan dengan segera. Basuh luka
lecuran dengan air secukupnya. Dapatkan
rawatan doktor.
Jangan sapu sebarang losyen, minyak angin
atau sebarang bahan kimia pada bahagian
yang cedera.
Berikut adalah rawatan bagi kes lecuran dan
lepuhan ringan.
JADUAL KAEDAH RAWATAN BAGI KES LECURAN DAN LEPUHAN RINGAN
BAHAN KIMIA KAEDAH RAWATAN
Asid
Alkali Basuh dengan air Kemudian bilas dengan 1% larutan
Bromin natrium bikarbonat dan basuh dengan air
Natrium dan Kalium Langkah sama seperti asid tetapi dengan menggunakan 1%
Fosforus asid asetik
Basuh luka dengan air dan ammonia cair (1/15 bahagian air)
Rendam bahagian luka melecur ke dalam air selama 20
minit. Kemudian keringkan luka dan tutup dengan kain kasa
yang disteril
Basuh dengan air dan larutan 3% kuprum sulfat. Tutup
dengan kain basah.
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 49
d) LUKA, CEDERA DAN PATAH Luka/cedera
Patah
Pastikan segala kotoran/bendasing (seperti
kaca) dikeluarkan dari tempat cedera dan Kecederaan Mata
basuh di bawah aliran air. Keracunan
Lap dengan kain kasa yang telah disteril dan
dapatkan rawatan doktor jika perlu.
Jika berlaku pendarahan berlebihan, segera
berikan bantuan kecemasan untuk
menghentikannya.
Baringkan mangsa dengan bahagian yang
luka ditinggikan. Tekap luka dengan kuat
menggunakan kain bersih.
Jika berlaku patah, pastikan mangsa tidak
bergerak kecuali terdapat ancaman
kebakaran atau asap.
Jika mangsa perlu dipindahkan untuk
rawatan, dapatkan sokongan anduh atau
usungan untuk mengelakkan kecederaan
yang lebih serius.
e) KECEDERAAN MATA
Kecederaan mata merupakan kes serius.
Jika bahan kimia masuk ke dalam mata,
gunakan cucian mata atau basuh dengan
aliran air sehingga sakit reda. Jangan
meneutralkan dengan asid atau alkali pada
bahagian mata. Mangsa dinasihatkan tidak
menggosok matanya.
Sekiranya terdapat objek asing seperti kaca,
jangan basuh dengan air atau cuba
mengeluarkannya.
Pastikan mata mangsa ditutup dengan kain
kasa yang tebal dan lembut.
Mangsa perlu dihantar segera ke pusat
rawatan.
f) KERACUNAN
Jika mengalami keracunan di dalam mulut,
ludahkan segera dan berkumur dengan air
sebanyak mungkin.
Jika tertelan benda beracun, pastikan jenis
racun yang tertelan dan minta bantuan
pegawai bertauliah.
Jika mangsa sedar, berikan air atau susu
serta merta. Pastikan mangsa cuba
memuntahkan semula racun yang ditelan.
Sekiranya berlaku keracunan melalui
penyerapan kulit secara sentuhan, pastikan
PANDUAN PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL SAINS KMPk 50