The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by wmaziah76, 2022-03-05 01:41:12

BAHAN BACAAN DIGITAL PENJODOH BILANGAN SIRI 2

BAHAN BACAAN DIGITAL PB SIRI 2

Jom Membaca… SIRI 2
PENJODOH
BILANGAN

carik

Digunakan untuk benda yang dikoyak
kecil-kecil dan memanjang

Daniel menggunakan beberapa carik perca kain
untuk ditampal pada lukisannya.

cebis

Digunakan untuk benda yang sudah
dipotong atau dikoyak kecil-kecil

Emak menampal seluar adik yang koyak dengan
menggunakan secebis kain.

cekak

Digunakan untuk benda yang dipegang
secara mencekak

Nenek mengambil secekak serai untuk memasak
rendang daging.

cubit

Digunakan untuk benda yang diambil
sedikit sahaja

Ibu memasukkan secubit garam ke dalam sup ayam
itu.

cucuk

Digunakan untuk benda yang dicucuk
dengan lidi

Di dalam pinggan itu ada tiga puluh cucuk sate ayam
dan sepuluh cucuk sate lembu.

das

Digunakan untuk bunyi letupan atau
tembakan senjata api

Kami terdengar tiga das tembakan dari arah bukit itu.

deret

Digunakan untuk bangunan dan
kenderaan yang berderet-deret

Datuk saya mempunyai sederet rumah sewa di Jerteh.

ekar

Digunakan untuk kawasan yang luas

Pak cik Hambali menjual beberapa ekar tanah
sawahnya untuk membiayai pelajaran anaknya.

ekor

Digunakan untuk semua jenis haiwan

Di dalam reban itu ada lima ekor ayam jantan.

gelas

Digunakan untuk cecair yang diisikan ke
dalam gelas

Farah menghidangkan tiga gelas air tebu di atas meja.

gelung

Digunakan untuk benda yang panjang
dan bergelung

Aliff menggunakan dua gelung dawai untuk membuat
pagar.

gemal

Digunakan untuk benda yang
dikumpulkan dan diikat

Haikal membawa empat gemal rumput di belakang
motosikalnya.

genggam

Digunakan untuk benda yang boleh
digenggam

Nenek memasak tiga genggam pulut pagi tadi.

gerombolan

Digunakan untuk kumpulan orang

Segerombolan polis telah dikejarkan ke tempat
rusuhan itu.

gugus

Digunakan untuk kumpulan benda yang
berkelompok dan buah-buahan dalam

setangkai

Amalina membeli tiga gugus langsat di gerai itu.

gulung

Digunakan untuk membilang benda
yang panjang dan bergulung

Damia menjemur tiga gulung permaidani di pagar
rumahnya.

gumpal

Digunakan untuk benda yang
bergumpal

Mak Kiah menyumbat beberapa gumpal kapas ke
dalam bantal kecil itu.


Click to View FlipBook Version