The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyazaathiradarani, 2022-06-22 00:49:44

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 TAHUN 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI
Persatuan Ibu Bapa - Guru (PIBG)

MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI KE - 38

Dirasmikan oleh :
EN IR MOHD FADLY BIN ASMAAI
Yang Dipertua PIBG SK Bukit Pantai

Khamis, 2.00 pm
23/06/2022 | Dewan SKBP

KANDUNGAN 3-4
5
SEKAPUR SIREH YDP PIBG 6
SEKAPUR SIREH GURU BESAR 7
ATUR CARA MAJLIS
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 SESI 2022/2023 8-9
SENARAI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE 38 TAHUN 2022 10
SENARAI AJK PIBG 2021 11
SENARAI KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT JAWATANKUASA
PIBG TAHUN 2021 12
SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK BUKIT PANTAI
2022 13
ENROLMEN BILANGAN MURID SK BUKIT PANTAI MENGIKUT
KELAS, KAUM DAN JANTINA PADA BULAN JUNI 2022 14
PROGRAM/AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2021 15
SENARAI JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2022/2023 16-24
MAJLIS PERASMIAN & MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KE 37
TAHUN 2021 25
BAHAN-BAHAN PEMBENTANGAN KEWANGAN PIBG.
26-29
 PENYATA PENDAPATAN & PERBELANJAAN BAGI TAHUN 30
BERAKHIR JUN 2022 31

 PENYATA KEWANGAN BERAKHIR JUN 2022
 PENYATA PENDAPATAN PIBG JUN 2022
PENYATAAN USUL DAN CADANGAN PIBG TAHUN 2022
BINGKISAN KEJAYAAN
SEKALUNG PENGHARGAAN

2

SEKAPUR SIREH

YANG DIPERTUA
YDP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabdikan kata alu-aluan di dalam buku program
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai kali ke-38.

Menguruskan organisasi seperti PIBG semasa kemuncak penularan jangkitan virus Covid-19 adalah
sesuatu yang amat mencabar. Mengimbau kembali sejurus selepas mengambil alih tampuk pimpinan
PIBG pada April 2021, kita telah melihat semula ruang-ruang penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Bagi tujuan itu, satu perancangan pembangunan secara menyeluruh membabitkan pelan perancangan
jangka pendek (pelaksanaan kurang 12 bulan), sederhana (pelaksanaan sekitar 2-3 tahun) dan panjang
(pelaksanaan dalam jangka masa 5 tahun) telah dirangka dengan matlamat utama untuk menjamin
kesejahteraan dan kecermelangan warga SKBP sejajar dengan status T25 sekolah kita. Bagi
merealisasikan perancangan kita, ia dibahagikan kepada dua (2) elemen utama iaitu:

 Hard Part merangkumi menaiktaraf kemudahan sekolah (hard part) untuk kesejahteraan
warga SKBP iaitu menjamin keselesaan, keselamatan dan keseronokan belajar.

 Soft Part membabitkan pembangunan insaniah dari segi sahsiah budi pekerti, daya saing dan
kekentalan jika untuk melahirkan pelajar yang bukan kecemerlangan dari segi pelajaran dan
ko-kurikulum tetapi bersahsiah tinggi untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

Sebagaiman yang semua sedia maklum, hampir semua perancangan tersebut memerlukan dana untuk
dijalankan. Setelah mempertimbangkan situasi ketika itu, di mana satu dunia teruk terjejas akibat
pandemik Covid-19, kita mengambil keputusan agar kutipan sumbangan PIBG ditangguhkan sekali lagi
pada sesi 2021/2022 kerana kita memahami ramai dalam kalangan ibu bapa yang terjejas
pendapatannya semasa pandemik ini. Bukan saja terjejas, ada yang kehilangan pendapatan secara total
malahan yang lebih teruk kehilangan ahli keluarga tercinta. Maka untuk itu, usaha pencarian dana
tertumpu kepada dana dari luar melalui permohonan kepada orang perseorangan, badan kebajikan
dan badan korporat. Walaubagaimana pun, usaha tersebut kurang menampakkan hasil kerana
kebanyakkan perusahaan dan perniagaan terjejas teruk akibat dari Covid-19 dan siri PKP yang
dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi membendung jangkitan Covid-19. Kebanyakan syarikat bukan
sahaja mengalami penyusutan keuntungan atau kerugian malahan lebih teruk terpaksa gulung tikar.
Kebanyakan yang mampu membuat sumbangan pula lebih menumpukan sumbangan khidmat
masyarakat yang berkaitan dengan usaha menangani jangkitan dan mengurangkan kesan jangkitan
Covid-19. Sumbangan dana untuk tujuan pembangunan sekolah tidak lagi menjadi keutamaan
memandangkan sekolah juga melalui tempoh penutupan yang agak panjang menyebabkan justifikasi
pemohonan tidak lagi kukuh.

3

SEKAPUR SIREH

YANG DIPERTUA
YDP

Walaupun pelbagai kekangan yang kita hadapi termasuk dana yang terhad, pihak PIBG tetap
berusaha untuk menjalankan beberapa program dengan kerjasama sekolah selain terus menjalankan
kewajipan asas di dalam membantu pihak sekolah seperti:

 Menyediakan dana untuk tujuan pembaikan dan penyelanggaraan berskala kecil (pembelian
alatan sanitasi, aktiviti sanitasi sekolah, pengantian ratusan cermin tingkap nako yang pecah,
pengantian kipas dan penghawa dingin yang bukan saja uzur malah tidak lagi berfungsi)

 Mengambil alih sepenuhnya penyelengaraan stesyen air minimum Coway, mesin photostat dan
lain lain lagi.

 Pihak PIBG juga telah memainkan peranan secara aktif menyuarakan permasalahan serta
mengambil tindakan susulan dgn pihak berwajib seperti PPD, JPN, JKR dan lain lain pihak
berwajib bagi kes-kes kritikal seperti kerosakan teruk struktur bangunan akibat serangan anai-
anai dan lain lain lagi.

 Selain itu, PIBG aktif menjalankan aktiviti bersama pihak sekolah seperti penyampaian
sumbangan gerobok rezeki, bantuan khairat kematian, penyampaian sumbangan peranti utk
PDPR, program Bacaan Yassin, pelancaran Taman T25, penganjuran Program 3K sekolah,
program Pembangunan Karakter dan dan lain-lain lagi.

Kerjasama erat pasukan pentadbiran dan pasukan PIBG telah sedikit sebanyak membantu menyelesai
sebahagian dari permasalahan. Saya harap kerjasama erat dalam suasana kekeluargaan dapat terus
dipereratkan dan disuburkan di masa hadapan demi kebaikan warga SKBP.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
kepada barisan AJK PIBG sesi 2021/2022, barisan pentadbir SKBP dan guru, rakan-rakan ibu bapa dan
anak-anak putera puteri SKBP atas kepercayaan, bantuan dan doa kalian.

Saya juga bagi pihak AJK PIBG sesi 2021/2022 ingin memohon setulus kemaafan di atas kekhilafan dan
kekurangan kami selama kami menguruskan PIBG bagi sesi 2021/2022. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Allah jua, segala kelemahan dan kekurangan datang diri kami sendiri.

Sekian, Terima Kasih

En Ir Mohd Fadly Bin Asmaai
YDP PIBG 2021/2022
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

4

SEKAPUR SIREH
GURU BESAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kali ke 38 Tahun 2022. Terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG
dan seluruh kepimpinan atas segala kerjasama dan komitmen yang dicurahkan untuk melaksanakan
tanggungjawab bagi memastikan PIBG terus relevan dalam peranannya membantu sekolah.
PIBG merupakan rakan sinergi juga strategik sekolah yang menghubungkan ibubapa dan penjaga
dengan warga sekolah. Justeru peranan yang dimainkan bukanlah mudah dan kecil bagi mewujudkan
situasi menang menang kepada semua pihak. Adalah menjadi harapan saya, muafakat ini akan terus
terjalin malah akan lebih erat lagi pada masa akan datang. Jalinan yang bermakna ini pastinya akan
memberikan manfaat yang besar kepada kita semua khususnya anak anak SK Bukit Pantai ini.
Dalam kita menjalankan tugas yang besar ini sudah pasti akan berhadapan dengan cabaran cabaran
yang mendatang namun saya amat yakin semuanya mampu kita harungi. Pihak sekolah amat
mengalukan pandangan dan idea yang bernas serta membina sebagai sokongan dalam memastikan
anak anak dapat menerima mutu pendidikan di tahap yang tebaik.
Akhir kata, marilah kita berganding bahu, melangkah sederap dan seterusnya merealisasikan hasrat
dan aspirasi pendidikan negara melahirkan modal insan yang boleh menyumbangkan kembali kepada
negara yang kita cintai ini.
Sekian, terima kasih.

En Shaharuddin Bin Eusop
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

5

ATUR CARA MAJLIS

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-38

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI

2.00 :  PENDAFTARAN

TENGAHARI  KETIBAAN TETAMU

2.15 :  BACAAN DOA OLEH USTAZ AHMAD NURUDDIN

TENGAHARI  UCAPAN ALU-ALUAN OLEH GURU BESAR

 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2021/2022

 UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
OLEH YANG DIPERTUA PIBG 2021/2022

 MESYUARAT AGUNG KALI KE-38 BERMULA

 PENYAMPAIAN CENDERAHATI

 JAMUAN/KUDAPAN

 BERSURAI

6

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 SESI
2022/2023

1. Ucapan Tuan pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke 37
3. Membentang dan mengesahkan Laporan Tahunan dan

Aktiviti 2021
4. Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan berakhir

Jun 2022
5. Pembubaran AJK PIBG 2021/2022 (TIDAK DIJALANKAN)
6. Pemilihan AJK PIBG bagi sesi 2022/2023 (KEKAL)
7. Memutuskan jumlah sumbangan PIBG bagi tahun 2022
8. Ucapan penangguhan

7

JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE 38 SESI 2022/2023

PENASIHAT
EN. SHAHARUDDIN BIN EUSOP

(GURU BESAR)

PENGERUSI
EN. IR MOHD FADLY BIN ASMAAI

(YDP PIBG)

NAIB PENGERUSI
DATIN LINDA FRAULEIN

(NYDP PIBG)

YANG DIPERTUA PIBG
EN. IR MOHD FADLY BIN ASMAAI

SETIAUSAHA
CIK NUR SYAZA ATHIRA BINTI DARANI

NAIB SETIAUSAHA
PN. NURUL AMEERA BINTI AHMAD SHAFIR

BENDAHARI
PN. NUR DIYANA BINTI ABD MALEK

NAIB BENDAHARI
EN. MUHAMMAD SYUKRI BIN JAMIL

AHLI JAWATANKUASA

PENGACARA : PN. HASLINA BINTI ALIAS

MAJLIS

BACAAN DOA : EN. AHMAD NURUDDIN BIN MAT YUNOH

BUKU PROGRAM : CIK NUR SYAZA ATHIRA BT DARANI (K)

PN. NURUL AMEERA BT AHMAD SHAFIR

CIK TEO KE XIN

AJK PERALATAN : EN. AHMAD NURUDDIN BIN MAT YUNOH (K)

& PERSIAPAN PN. NORUL ASHIKIN BT CHE SAARI

TEMPAT PN. NORSHALIZA BT CHE RAHIM

AJK FOTO : PN MAZRIATI KAMARIAH BT MURAD (K)

PN NISHA A/P SASIDHARAN

8

AJK MEDIA & : EN. ABDUL RAHIM BIN JABAR (K)

DOKUMENTASI PN. GOMATHI A/P MUNUSAMY

CIK IMANNIAH BT ISHAK

AJK BANNER : EN. AHMAD ZAFIRULLAH BIN SHUKRI (K)

EN. IBRAHIM SABIQ BIN KAMARUDDIN

EN. MOHAMMAD SYUKRI BIN JAMIL

AJK : CIK. NUR IZZATI BINTI SEMPERNA (K)

PENDAFTARAN PN. NURUL AMEERA BINTI AHMAD SHAFIR

& BORANG USUL PN. FATIN NABILAH BINTI UZMI

AJK PENGIRA & : PN. SITI SALWA BINTI DERAMAN (K)

PENCATAT UNDI PN. NOORAZIEMAH BINTI MOHAMED

PN. MASDINY BINTI SALAMAT

PENCATAT MINIT : PN. NOOR HAFIZAH BINTI ZUL (K)

PN. NURUL SHAZIRA BINTI ZAINUDDIN

PN. FAZIERA BINTI MOHD RAZALI

EN. MOHD FAISAL BIN ZAINAL ABIDIN

EN. HAFIZ BIN ABD LATIFF

AJK MAKANAN : PN. SITI HASMAH BINTI RAMLI (K)

PN. MASNANI BINTI NAWAWI

PN. NOR AZLINA BINTI BAHARI

AJK HADIAH & : PN. SHALINA BT ABDUL GHAFAR (K)

CENDERAHATI PN. KHADIJAH BT ABD MUBIN

PN. ASEELAWATI BT MD SHAH

AJK SIJIL : PN. ZURAINI RAHAYU BT YUSOF (K)

PN. NIK NOR SAFRIZA BT NIK HASSAN

PN. NOOR RIZAN BT YUSOFF

9

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2021

JAWATAN NAMA

YANG DI-PETUA EN. Ir MOHD FADLY BIN ASMAAI

NAIB YANG DI-PETUA DATIN LINDA FRAULEIN

SETIAUSAHA KEHORMAT PN. NURUL AMEERA BT AHMAD SHAFIR

NAIB SETIAUSAHA CIK TEO KE XIN

KEHORMAT

BENDAHARI KEHORMAT EN. MOHAMMAD SYUKRI BIN JAMIL

NAIB BENDAHARI KEHORMAT PN. FAIRUS IZYANA BT AZMI

AJK IBU BAPA PN SUZANNA BT HAJI ABDUL RAHMAN SI

AJK IBU BAPA EN. IRWAN SYAFARI BIN WAHAB

AJK IBU BAPA EN. AHMAD SHAPUDIN BIN ISMAIL

AJK IBU BAPA EN. ABD MOHD FADIL BIN DIN

AJK IBU BAPA PN NORIZATUL DAHLIA

AJK GURU PN. NORAIDA BT OTHMAN

AJK GURU PN NUR DIANA BT ABD MALEK

AJK GURU EN. MOHD HAFIZ BIN LATIF

AJK GURU PN. SHALINA BT ABD GHAFAR

AJK GURU EN. ROSLI BT YUSUFF

JURU AUDIT DALAMAN (IBU PN. NUR DIANA BT OTHMAN

BAPA)

JURU AUDIT DALAMAN PN NUR DIYANA BT ABD MALEK

(GURU)

10

SENARAI KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT
JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2021

SENARAI KEHADIRAN AJK KE
MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG TAHUN 2021

NAMA JAWATAN 29/5/2021 7/12/2021 19/5/2022 31/5/2022

EN. SHAHARUDDIN BIN EUSOP GURU BESAR / / - -

PENASIHAT

EN. IR MOHD FADLY BIN YANG DI-PETUA / / / /

ASMAAI

DATIN LINDA FRAULEIN NAIB YANG /- / /
DIPETUA

PN. NURUL AMEERA BT SETIAUSAHA / //

AHMAD SHAFIR KEHORMAT

CIK TEO KE XIN NAIB SETIAUSAHA / / / /

KEHORMAT

EN. MOHAMMAD SYUKRI BIN BENDAHARI // / /
// / /
JAMIL KEHORMAT
// / /
PN. FAIRUS IZYANA BT AZMI NAIB // / -
BENDAHARI
KEHORMAT

PN. NUR DIYANA BINTI ABD AJK GURU
MALEK AJK GURU
EN. MOHD HAFIZ BIN LATIF

PN. SHALINA BT ABD GHAFAR AJK GURU // - -

EN. ROSLI BT YUSUFF AJK GURU // / -

EN. IRWAN SHAFARI AJK IBU BAPA // / /

BIN

WAHAB

EN AHMAD SHAPUDIN AJK IBU BAPA // / /

BIN

ISMAIL

PN. SUZANNA BINTI HJ ABDUL AJK IBU BAPA / / / /

RAHMAN

11

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN SK BUKIT
PANTAI 2022

BIL NAMA GURU BIL NAMA GURU

1. En. Shaharuddin Bin Eusop 36. Pn. Norshaliza Binti Che Rahim

2. YM Raja Idzhar Bin Raja Musa 37. Pn. Norul Ashikin Binti Che Saari

3. En. Mohamad Supandi Bin Aman 38. Pn. Nur Diyana Binti Abd Malek

4. En. Ahmad Nuruddin Bin Mat 39. Pn. Nur Fairus Izyana Binti Azmi
Yunoh 40. Cik. Nur Izzati Binti Semperna
41. Cik. Nur Syaza Athira Binti Darani
5. En. Ahmad Zafirullah Shukri Bin
Zulkipli

6. Pn. Aniza Binti Hamdan

7. Pn. Aseelawati Binti Md. Shah 42. Pn. Nurul Ameera Binti Ahmad Shafir

8. Pn. Asmak Binti Abdullah 43. Pn. Raja Siti Salwa Binti Raja Salleh

9. En. Azlan Bin Abu Hassan 44. En. Rosli Bin Yusoff

10. Pn. Fatin Nabilah Binti Ahmad Uzmi 45. En. Shahrolrizzal Bin Shaharuddin

11. Pn. Gomathi A/P Munusamy 46. Pn. Shalina Binti Abdul Ghafar

12. Pn. Hamidah Binti Jaafar 47. Pn. Sheila Mary Bernardine

13. Pn. Haslina Binti Alias 48. Pn. Siti Hasmah Binti Ramli

14. Pn. Ibrahim Sabiq Bin Kamaruddin 49. Pn. Siti Salwa Binti Deraman

15. Cik. Imanniah Binti Ishak 50. Cik. Teo Ke Xin

16. Cik. Izzah Nadhirah Binti Mohamad 51. Vivi Narita A/P Sembunyi

Salleh

17. Pn. Khadijah Binti Abdul Mubin 52. Pn. Zuraini Rahayu Binti Yusof

18. Pn. Masdiny Binti Salamat 53. Pn. Nurul Shazira Binti Zainuddin

19. Pn. Masnani Binti Nawawi 54. Pn. Nor Faziera Binti Mohd Razali

20. Pn. Mazriati Kamariah Binti Murad

21. En. Mohd Azmin Bin Hamid

22. En. Mohd Faisal Bin Zainal Abiddin

23. En. Mohd Hafiz Bin Abdul Latif

24. En. Mohd Hazzman Bin Omar

25. En. Muhamad Azri Bin Marsoha

26. Muhammad Syukri Bin Jamil

27. Pn. Nafisah Noorlein Binti Ishak

28. Pn. Nik Nor Safriza Binti Nik BIL KAKITANGAN BUKAN GURU
Hassan

29. Pn. Nisha A/P Sasidharan

30. Pn. Noor Rizan Binti Yusoff 1. Pn. Noraini Binti Ismail

31. Pn. Nooraziemah Binti Mohamed 2. Pn. Siti Aminah Binti Samsudin

32. Pn. Noorkritini Binti Ismail 3. Pn. Siti Suhaila Binti Muhamad

33. Pn. Nor Azlina Binti Bahari 4. Pn. Rohana Binti Mohd Milin
34. Pn. Nor Hafizah Binti Zul 5. En. Mohd Nor Amin Bin Mohd Noora’aie

35. Cik. Noraina Binti Norazam 6. En.Ghanthan A/L Nokiah

12

ENROLMEN MURID SK BUKIT PANTAI 2022

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH SAINS &
MATEMATIK
TAHUN L P LPL P L P L P J
BM / BI / DWI
1 ZAMRUD 11 14 11 14 25 BM
1 NILAM 28 BM
1 DELIMA 14 14 14 14 27 BM
1 BELIAN 28 BM
1 INTAN 11 16 11 16 24 BM
132
JUMLAH 13 15 13 15 34 BM
2 ZAMRUD 35 BM
2 NILAM 11 11 1 1 12 12 37 BM
2 DELIMA 35 BM
2 BELIAN 77 72 1 0 0 0 0 1 61 71 35 BM
2 INTAN 176
19 15 19 15 36 BM
JUMLAH 36 BM
3 ZAMRUD 22 13 22 13 35 BM
3 NILAM 35 BM
3 DELIMA 22 15 22 15 142
3 INTAN 37 BM
17 18 17 18 37 BM
JUMLAH 36 BM
4 ZAMRUD 18 15 2 19 16 36 BM
4 NILAM 146
4 DELIMA 80 59 0 0 2 0 0 0 99 77 38 BM
4 INTAN 37 BM
17 19 17 19 39 BM
JUMLAH 38 BM
5 ZAMRUD 18 18 18 18 152
5 NILAM 35 BM
5 DELIMA 20 15 20 15 34 BM
5 INTAN 34 BM
18 15 11 19 16 28 BM
JUMLAH 131
78 63 0 0 0 1 1 0 74 68
6 ZAMRUD 879
6 NILAM 26 11 26 11
6 DELIMA
6 INTAN 20 17 20 17

JUMLAH 19 17 19 17

15 16 1 1 2 1 18 18

80 61 0 0 1 1 2 1 83 63

18 17 11 1 19 19

19 18 19 18

23 16 23 16

18 20 18 20

78 71 0 1 1 1 2 1 79 73

12 21 2 14 21

15 18 1 16 18

20 14 20 14

15 10 2 1 18 10

62 63 0 0 0 0 3 0 68 63

JUMLAH 451 415 1 1 5 3 8 3 464 418
BESAR

PRA 16 9 16 9 25
SEKOLAH 16 9 16 9 25

JUMLAH

13

PROGRAM/AKTIVITI PIBG SEPANJANG TAHUN 2021

PROGRAM MENCARI DANA UNTUK PEMBANGUNAN KEMUDAHAN
DAN PENGANJURAN AKTIVITI SEKOLAH
 PENCARIAN DANA PIBG

 PROGRAM KERJASAMA KHAS DENGAN PIHAK SEKOLAH
– GEROBOK REZEKI-

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN, KESELESAAN DAN KESIHATAN
SEKOLAH (HARDWARE)

 MENAMBAHBAIK KEDAI BUKU SEKOLAH
 PEMERIKSAAN BERKALA SISTEM BEKALAN ELEKTRIK & AIR

SEKOLAH (JKR)
 PEMERIKSAAN BERKALA SISTEM MELAWAN KEBAKARAN

SEKOLAH (BOMBA)
 SEMBURAN FOGGING BERKALA (JKM)
 MOHON SUMBANGAN PERANTI/TABLET BUDI UNTUK PELAJAR

B40

14

SENARAI JAWATANKUASA PIBG BAGI TAHUN 2022/2023

PENASIHAT
EN. SHAHARUDDIN BIN EUSOP

(GURU BESAR)
YANG DIPERTUA PIBG
EN. IR MOHD FADLY BIN ASMAAI
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
DATIN LINDA FRAULEIN

SETIAUSAHA
CIK NUR SYAZA ATHIRA BINTI DARANI

NAIB SETIAUSAHA
PN. NURUL AMEERA BINTI AHMAD SHAFIR

BENDAHARI
PN. NUR DIYANA BINTI ABD MALEK

NAIB BENDAHARI
EN. MUHAMMAD SYUKRI BIN JAMIL

AHLI JAWATANKUASA
CIK NUR IZZATI BT SEMPERNA

PN. FATIN NABILAH BT UZMI
PN. NOOR HAFIZAH BT ZUL
PN. SITI HASMAH BINTI RAMLI
PN. KHADIJAH BINTI ABD MUBIN
PN. NURUL SHAZIRA BINTI ZAINUDIN

JURUAUDIT (GURU)
PN. FAZIERA BINTI MOHD RAZALI

15

MAJLIS PERASMIAN & MINIT MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN PIBG KALI KE -37 TAHUN 2021

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37
SESI 2021 / 2022

TARIKH : 10 APRIL 2021 (SABTU)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK GERAKAN / KEDIAMAN MASING-MASING
MEDIUM : GOOGLE MEET ( secara virtual )

1.0 UCAPAN ALU – ALUAN OLEH TUAN GURU BESAR SK BUKIT PANTAI, EN
SHAHARUDDIN BIN EUSOP
1.1 Tuan guru besar mengalu-alukan kehadiran semua secara virual.
1.2 Berikutan kes covid yang berlaku di sekolah SK Bukit Pantai, Tuan guru besar
meminta kerjasama ibubapa untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya
tidak sihat ataupun mempunyai kontak rapat. Sekiranya bergejala, segera
mendapatkan rawatan.
1.3 Beliau menjelaskan lagi, walaupun berdepan dengan cabaran covid, program dan
aktiviti sekolah yang dirancang tetap harus dilaksanakan. Hal ini demikian kerana,
PPD tidak mahu covid dijadikan sebagai alasan untuk tidak menjalankan program
yang dirancang di dalam takwim sekolah.
1.4 Encik Shaharuddin juga menjelaskan, pada tahun 2019, SK Bukit Pantai merupakan
sekolah TS25 Kohort 4. Mankala pada tahun 2020, SK Bukit Pantai merupakan
program sekolah KBAT (Keluasan Berfikir Aras Tinggi). Kedua-duanya mempunyai
perkaitan. Oleh itu, PdPc sekolah menekankan pembelajaran Abad-21 iaitu fokus
kepada kemenjadian murid. Murid main peranan di dalam bilik darjah manakala guru
sebagai pemudah cara.
1.5 Beliau memaklumkan penilaian murid dibuat melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Penilaian ini bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi juga sahsiah serta penilaian
dibuat dari semasa ke semasa. SK Bukit Pantai telah melepasi TP 1 dan 2. Kejayaan
murid-murid SKBP masuk ke sekolah berasrama penuh dan MRSM juga bertambah.
Tuan guru besar mengucapkan tahniah kepada semua pihak. Target sekolah ialah TP
4 hingga TP 6. Harapannya ialah ibu bapa membantu dalam pembelajaran dan
memberi sokongan kepada anak-anak.
1.6 Beliau juga mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada YDP Encik Hayat dan
AJK PIBG sesi 2020/2021 kerana turut serta membantu pihak sekolah dalam pelbagai
aspek antaranya sokongan, sumbangan dan idea serta menaikkan nama sekolah.
Harapannya ialah untuk AJK PIBG sesi baru dapat menyambung legasi dan kejayaan
sesi sebelumnya serta memberi sokongan yang padu kepada pihak sekolah dalam
setiap program dan aktiviti yang dirancang oleh sekolah.

16

2.0 UCAPAN KHAS SERTA PERASMIAN MAJLIS OLEH YANG DIPERTUA PIBG SESI
2020, EN. NOR HAYAT BIN KASSIM.
2.1 En. Nor Hayat Bin Kassim mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis dan
mengucapkan selamat datang kepada guru-guru, ibu bapa, penjaga dan hadirin yang
dapat menyertai Mesyuarat Agong secara maya untuk kali ini.
2.2 Beliau mengucapkan rasa bersyukur kerana dengan izin-Nya, dapat bersua sekali lagi
pada majlis ini walaupun secara maya atas talian, Mesyuarat Agung PIBG masih dapat
dilaksanakan. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih
kepada AJK PIBG sesi 2020/2021 yang bersama-sama berusaha dalam membantu
pihak sekolah melaksanakan program-program bagi memacu kecemerlangan pelajar.
2.3 En. Nor Hayat turut menyuarakan apa sahaja kemahuan ibu bapa akan sedaya upaya
cuba untuk dipenuhi terutama untuk kemajuan anak-anak SK Bukit Pantai khususnya.
Beliau turut menjelaskan kepada ibu bapa bahawa sumbangan PIBG telah digunakan
sebaik-baiknya dan disalurkan kepada program-program dan aktiviti-aktiviti sekolah.
Beliau menyeru kepada ibu bapa yang dermawan atau mempunyai kemahiran-
kemahiran yang tertentu tampil untuk memberi sumbangan dari segi kewangan atau
tenaga untuk membantu pihak sekolah dan murid-murid untuk menjadi lebih
cemerlang.
2.4 YDP PIBG turut memaklumkan pada tahun 2020, PIBG tidak mengutip yuran atau
sumbangan PIBG hanya bertahan dengan dana yang sedia ada bagi meneruskan
aktiviti-aktiviti sekolah.
2.5 En. Nor Hayat turut memaklumkan penyelenggaran dan bayaran bulanan
perkhidmatan mesin penapis air Coway turut diteruskan bagi kemudahan murid-murid
dan warga SKBP.
2.6 YDP PIBG juga berharap semoga sumbangan ikhlas terutama daripada semua pihak
terutama ibu bapa dapat diteruskan bagi bagi kelangsungan pembelajaran anak-anak
di sekolah.
2.7 Beliau turut menekankan bahawa para guru perlu memberi teladan dan bimbingan
yang baik untuk kelangsungan pendidikan ke arah pembangunan sahsiah anak-anak
serta mempunyai pegangan dan panduan dalam meneruskan kehidupan dalam era
yang penuh cabaran ini.
2.8 En. Nor Hayat juga amat menyokong dengan pelaksanaan TS25 dan KBAT oleh pihak
sekolah ke arah kemenjadian murid yang lebih cemerlang. Beliau turut mengucapkan
ribuan terima kasih kepada para pentadbir dan guru-guru yang memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada anak-anak SKBP yang telah berjaya memasuki asrama penuh,
walaupun peperiksaan UPSR ditangguhkan. Guru-guru berjaya membuat pentaksiran
yang baik melalui PBD.
2.9 YDP PIBG turut berterima kasih kepada pihak HEM SK Bukit pantai yang menerajui
program Gerobok Rezeki, yang dapat mencari sumbangan dan menyalurkan kepada
ibu bapa yang memerlukan malah dapat meringankan bebanan kewangan yang
dihadapi. Program ini masih berlangsung dan diteruskan sehingga ke hari ini bagi
membantu keluarga-keluarga yang memerlukan. Di samping itu, pihak HEM juga turut
turun padang bagi murid tidak hadir ke sekolah bagi mengenalpasti masalah
ketidakhadiran mereka ke sekolah.

2.10 En. Nor Hayat juga memaklumkan bahawa bilik operasi PIBG diwujudkan yang terletak
bersebelahan dengan bilik operasi buku teks. Kos penyelenggaraaan bilik operasi
PIBG ini disumbangkan sendiri oleh YDB PIBG tanpa melibatkan duit sumbangan

17

PIBG. Bilik operasi ini diwujudkan bagi memudahkan dokumentasi dan pengurusan
PIBG supaya dapat dibuat dengan lebih sistematik.
2.11 YDP PIBG turut menyarankan supaya ibu bapa dapat sampaikan serta salurkan
sebarang aduan dan cadangan kepada pihak sekolah supaya pihak sekolah dapat
mengambil tindakan selanjutnya jika berlaku sebarang permasalah.
2.12 En. Nor Hayat mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK PIBG 2020/2021 di
atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan selama ini. Beliau turut berharap
guru besar dan barisan pentadbir SK Bukit Pantai terus mantap dalam menerajui
kecemerlangan sekolah dalam mengharungi segala gelombang dan cabaran yang
akan datang. Beliau akhiri ucapan dengan menyatakan harapan supaya AJK PIBG
yang baru dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih lagi untuk meningkatkan
kecemerlangan pelajar-pelajar.

PENUTUP:
Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 pada tahun 2021 telah dapat

dijalankan dengan jayanya seperti yang dirancang. Mesyuarat bermula dengan mengikut masa
seperti jadual aturcara yang ditetapkan. Kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap
ahli jawatankuasa sama ada guru atau ibu bapa telah meningkatkan kelancaran majlis bermula
daripada persediaan beberapa hari sebelum majlis, persediaan beberapa hari sebelum majlis,
persiapan tempat sehari sebelum majlis, perjalanan majlis pada hari sebenar dan proses
mengemas semula selepas selesai majlis.

Harapan yang tinggi agar komitmen dan muafakat yang ditunjukkan tidak akan terhenti
setakat ini dan akan berterusan pada setiap majlis yang diadakan di SK Bukit Pantai. Setinggi-
tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan guru, kakitangan
dan murid-murid SK Bukit Pantai dan semua pihak yang telah atau tidak dalam menjayakan
majlis ini. Semoga majlis sama yang akan diadakan pada tahun hadapan akan berlangsung
lebih jayanya.

Disediakan Oleh,
(NURUL AMEERA BINTI AHMAD SHAFIR)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sesi 2019/2022,
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

18

TARIKH MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37
MASA SESI 2021 / 2022
TEMPAT
MEDIUM : 10 APRIL 2021 (SABTU)
: 8.30 PAGI
: BILIK GERAKAN / KEDIAMAN MASING-MASING
: GOOGLE MEET ( secara virtual )

1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 YDP, En. Nor Hayat Bin Kassim, mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada
semua ibu bapa dan guru yang merupakan ahli PIBG SK Bukit Pantai kerana dapat
meluangkan masa di dalam Mesyuarat Agung kali ke 37 kali ini. Beliau berharap agar
mesyuarat kali ini dapat berjalan dengan lancar. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada semua atas komitmen yang diberikan untuk sekolah dan kecemerlangan
murid-murid SK Bukit Pantai.

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-36 SESI
2020/2021
2.1 En. Nor Hayat meminta semua ahli mesyuarat merujuk kepada Minit Mesyuarat Agung
PIBG kali ke 36 bagi tahun 2020 yang telah diadakan pada 28 Februari 2020 dan
seterusnya membentangkan minit mesyuarat tersebut.

Minit mesyuarat disahkan oleh : En.Mohd Fadly bin Asmaai

Disokong oleh : Sebulat suara

3.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SESI 2019/2020
3.1 En. Nor Hayat bin Kassim selaku YDP sesi 2019/2020 menerangkan sekali lagi
peranan dan tugas persatuan ini. Beliau menegaskan bahawa tugas AJK
PIBG adalah satu tugas tambahan tanpa bayaran yang perlu dilaksanakan
secara ikhlas hati dan memerlukan pengorbanan masa untuk menghadiri
mesyuarat dan aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah. Diharap semua dapat
memberikan kerjasama yang terbaik demi Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai dan
murid-murid disini. Beliau juga mengharapkan semua bekerjasama untuk merangka
dan melaksanakan aktiviti yang terbaik untuk murid-murid.

3.2 Pengurusa n PIBG
i) Kaedah yang digunakan untuk menguruskan perjalanan dan dana PIBG
dicapai melalui keputusan mesyuarat. Mesyuarat PIBG pada sesi lepas telah
dijalankan sebanyak 3 kali akibat kekangan masa dan pandemik covid 19 yang
menyebabkan sekolah ditutup. Banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan akibat pandemik

19

Covid 19 ini. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan isu-isu yang
dibangkitkan seperti disiplin pelajar, keselamatan sekolah, perkembangan pelajar,
kebajikan pelajar, perlaksanaan aktiviti, membincangkan dan meluluskan
permohonan sumbangan yang dipohon oleh pihak sekolah.
ii) Beliau juga ada menjelaskan tentang pembayaran bulanan mesin penapis air Coway
yang dibayar oleh PIBG adalah untuk kegunaan murid-murid dan warga SK Bukit
Pantai.
iii) Bilik khas/operasi untuk kegunaan AJK PIBG dan barang-barang berkaitan PIBG juga
turut disediakan untuk kemudahan semua. Diharapkan semua berjalan lancar dan
dapat digunakan dengan baik.

3.3 SENARAI PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH SEPANJANG 2020
 Pendaftaran murid Tahun 1 dan Prasekolah
 Program Transisi murid-murid tahun 1 (Orientasi)
 Penutup Program Transisi Tahun 1
 Program Orientasi Tahun 4
 Solat Hajat Perdana
 Perasmian unit Ko-kurikulum
 Gotong –royong keceriaan kelas dan kawasan sekolah
 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36
 Kem Cemerlang Jawi
 Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2020
 Pertandingan Mewarna anjuran MOSTI (peringkat kebangsaan)
 Pertandingan Cabaran Kreatif STEAM 2020 (peringkat kebangsaan)
 Perjumpaan mingguan unit Kokurikulum
 Program Gerobok Rezeki Unit HEM

3.3.1 Walaupun terdapat kekangan bagi menjalankan aktiviti/program sekolah akibat
pandemik Covid 19, namun pihak sekolah tetap berjaya melaksanakan dengan baik
3.3.2 contohnya Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2020 yang dijalankan secara
3.3.3 maya atas talian. Oleh itu kerjasama antara semua pihak bukan sahaja kalangan
3.3.4 guru malah PIBG amat penting dalam memastikan kejayaan ini tercapai dan menjadi
kenyataan ke arah kemenjadian murid khasnya.
Ibu bapa diseru untuk memberi sumbangan dari segi wang, tenaga dan juga
kemahiran. Hal ini dapat membantu para guru dan juga murid- murid disekolah.
Sebagai contoh, bersama-sama mengemas kelas anak-anak masing-masing.
YDP, En. Nor Hayat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir
SKBP, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid atas kerjasama yang diberikan kepada
pihak PIBG sepanjang sesi 2020/2021. Beliau selaku AJK PIBG memohon maaf
sekiranya terdapat kesalahan ketika menerangkan dan membincangkan isu-isu yang
dibangkitkan.
YDP berharap AJK PIBG yang akan dilantik bagi sesi 2021/2022 akan dapat
meningkatkan lagi kejayaan khususnya bagi murid-murid SK Bukit Pantai.

20

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI
TAHUN 2020
4.1 En. Mohammad Syukri Bin Jamil selaku Bendahari Kehormat PIBG sesi 2020/2021
telah menyediakan dan membentangkan laporan penyata kewangan
(MAC 2020 – FEB 2021).
4.2 Beliau menjelaskan baki semasa adalah sebanyak RM 38,741.26. RM 6,110.00 telah
ditambah menjadikan pendapatan kewangan PIBG RM 44,851.26. Kutipan terbanyak
adalah daripada TNB Berhad untuk tajaan peralatan Hoki SKBP.
4.3 Perbelanjaan yang telah dilakukan adalah sebanyak RM 20,566.78. Perbelanjaan
terbesar dilakukan dalam penyelenggaraan mesin fotostat, mesin cetak dan mesin
penapis air coway.
4.4 Baki kewangan PIBG ialah RM 24,303.66. Daripada jumlah tersebut, RM 7,781.56
ialah baki daripada sumbangan PIBG dan RM 16,522.10 ialah baki sumbangan untuk
kegunaan komputer.
4.5 Pihak PIBG dan sekolah telah merancang untuk membuat mini studio digital
menggunakan dana komputer. Projek Mini Studio Digital ini adalah mengikut
kesesuaian semasa dalam era pendidikan iaitu TS25 dan KBAT.
4.6 Sumbangan PIBG yang dikutip digunakan untuk membantu sekolah dan pelajar SKBP
seperti yang diterangkan dan kutipan yuran adalah kekal seperti tahun sebelumnya.
Kutipan sumbangan PIBG adalah sebanyak RM50 bagi setiap keluarga dan RM20
bagi setiap seorang murid untuk aktiviti sekolah.

Laporan Penyata Kewangan disahkan oleh : Noorkritini Binti Ismail.

Disokong : Sebulat suara.

5.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020
5.1 En. Nor Hayat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak. YDP PIBG sesi
2020/2021 membubarkan AJK PIBG sesi 2020/2021 pada 10 April 2021, 10.55 pagi.
5.2 En. Amir Bin Mashor dilantik sebagai pengerusi sementara untuk meneruskan agenda
perlantikan AJK baru sesi 2021/2022.
5.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada barisan AJK PIBG sesi 2020/2021.
Pengerusi meminta kerjasama penuh daripada pihak ibu bapa untuk menjayakan
aktiviti- aktiviti PIBG demi kepentingan murid- murid sekolah.

6.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

Pemilihan Yang Di- Pertua (YDP) PIBG

NAMA IBU BAPA BILANGAN UNDI PERATUS UNDI (%)
En. Ir. Mohd Fadly Bin Asmaai 171/222 77.0

Pemilihan Naib YDP PIBG

NAMA IBU BAPA BILANGAN UNDI PERATUS UNDI (%)
Datin Linda Fraulein 166/222 74.8

21

Pemilihan AJK dalam kalangan Ibu bapa BILANGAN UNDI PERATUS UNDI (%)
149/222 67.4
NAMA IBU BAPA 139/222 62.9
En. Irwan Shafari Bin Wahab 136/222 61.5
En. Ahmad Shapudin Bin Ismail 115/222 52.0
En. Abd Mohd Fadil Bin Din 110/222 49.8
Pn. Suzana Binti Haji Abdul Rahman
Pn. Norizatul Dahlia Binti Muhammad
Nasir

Keputusan Rasmi Pemilihan AJK dalam kalangan ibu bapa melalui GOOGLE FORM.

NAMA JAWATAN
En. Ir. Mohd Fadly Bin Asmaai YDP
Datin Linda Fraulein NYDP
En. Irwan Shafari Bin Wahab AJK
En. Ahmad Shapudin Bin Ismail AJK
En. Abd Mohd Fadil Bin Din AJK
Pn. Suzana Binti Haji Abdul Rahman AJK
Pn. Norizatul Dahlia Binti Muhammad Nasir AJK
Pn. Nur Diana Binti Othman
JURU AUDIT WAKIL
IBU BAPA

Pemilihan AJK PIBG dalam kalangan guru.

Pihak pentadbir telah menetapkan untuk mengekalkan barisan AJK dalam kalangan guru yang
terdiri daripada:

NAMA JAWATAN
Pn. Nurul Ameera Binti Ahmad Shafir SU KEHORMAT
Cik Teo Ke Xin NSU KEHORMAT
En. Mohammad Syukri Bin Jamil BENDAHARI KEHORMAT
Pn. Fairus Izyana Binti Azmi NAIB BENDAHARI KEHORMAT
Pn. Diyana Binti Abd Malek
En. Rosli Bin Yusoff AJK GURU
En. Mohd Hafiz Bin Latif AJK GURU
Pn. Shalina Binti Abd Ghafar AJK GURU
Pn. Diyana Binti Abd Malek AJK GURU
JURU AUDIT DALAMAN WAKIL

GURU

7.0 PERBINCANGAN USUL DAN CARA-CARA MENGATASI
7.1 En. Nor Hayat selaku YDP PIBG bagi tahun 2021 mengucapkan terima kasih atas
kepercayaan yang diberikan kepada beliau. Beliau juga berjanji untuk mencuba yang
terbaik untuk menjayakan program-program pada tahun ini dan untuk menyelesaikan

22

permasalahan yang sedia ada.
7.2 Beliau menegaskan bahawa hanya usul-usul yang diberi daripada ibu bapa yang hadir

sahaja akan dibahaskan dalam mesyuarat ini.
7.3 Usul pertama dari En Mohd Erwan Bin Abdulla bapa kepada Nur Zaheen Eryna – 1

Zamrud.
i) Usul beliau adalah berkaitan beg yang terlalu berat berisi buku yang membebankan

murid-murid terutamanya murid-murid tahun 1. Beliau mencadangkan agar
disediakan ruang simpanan buku di sekolah (Locker) yang selamat untuk murid.
Menurut En Suhaini, AJK PIBG wakil ibu bapa, beliau telah berhubung dengan pihak
British International School (BIS) berkaitan hal ini. Pihak BIS mempunyai lebihan
locker lama yang tidak lagi digunakan tetapi masih elok. En Suhaini akan cuba untuk
mendapatkan locker tersebut untuk kegunaan sekolah.
7.4 Usul yang kedua adalah dari Pn Nurkhafeezah Binti Khalid ibu kepada Qayyum.
i) Usul beliau adalah sukar mendapatkan maklumat yang tepat dari pihak sekolah.
Beliau mencadangkan agar guru-guru dapat memberikan maklumat terkini prestasi
murid terutama tahap 1 melalui Whatsapp atau perjumpaan bersama guru dengan
lebih kerap. Guru besar memberi penjelasan tentang isu ini. Whatsapp
sememangnya sudah ada dan boleh menggunakan platform ini sebaik mungkin. Ibu
bapa boleh berjumpa guru-guru semasa Hari Terbuka Sekolah atau selepas sekolah.
7.5 Usul yang ketiga adalah dari Puan Aizam Binti Wahida ibu kepada Aina Syifa’- 6
Delima.
i) Usul yang pertama adalah berkaitan waktu persekolahan. Beliau mencadangkan
agar waktu persekolah dipendekkan 10 minit awal. Hal ini adalah kerana anak beliau
selalu tergesa-gesa untuk sekolah agama dan kadang-kadang tertinggal bas sekolah.
Guru besar menjelaskan hal ini dengan terperinci dimana hal tersebut tidak boleh
dilaksanakan kerana akan mengganggu banyak pihak.
ii) Usul yang kedua berkaitan pelepasan KOKO untuk tahun 6. Guru Penolong Kanan
Kokurikulum menjelaskan hal ini. Tahun 6 akan mendapat pelepasan dalam bulan 6
dan diganti dengan kelas ulangkaji. Namun beliau menjelaskan kepentingan KOKO
kepada murid-murid terutamanya untuk masuk ke sekolah menengah kelak.
iii) Usul yang ketiga adalah takwim aktiviti sekolah. Sukar untuk mendapatkan tarikh
aktiviti sekolah. Guru besarmenjelaskan bahawa takwim telah disediakan berbentuk
QR Code. Boleh mendapatkan dengan mengimbas menggunakan telefon pintar.
iv) Usul yang keempat ialah sediakan group Whatsapp bagi tahun 6. GPK1 menjelaskan
group tersebut telah diwujudkan sebelum ini. Penyelaras tahun 6 diminta untuk
masukkan dalam Group Whatsapp tahun 6.
7.6 Usul yang keempat adalah daripada En Mohd Latif Bin Mohd Aiman bapa kepada
murid 5 Intan.
i) Usul yang pertama adalah untuk wujudkan sekolah agama atau kelas kafa di SKBP.
GB menerangkan hal tersebut adalah mustahil kerana sekolah agama telah
disediakan dan bukan senang untuk mewujudkan sekolah agama.
ii) Usul yang kedua ialah pembaziran buku yang dibeli di kedai sekolah. Banyak buku
kerja yang dibeli tetapi tidak digunakan disekolah. Bukan satu sahaja matapelajaran
tetapi banyak. Membebankan ibu bapa dan murid-murid. GPK1 menjelaskan buku-
buku tersebut dijual di luar pengetahuan para guru dan pihak sekolah. Hal ini akan
dikawal oleh pihak sekolah dan tidak akan berulang lagi.
7.7 Usul yang kelima adalah daripada En Mohd Ridwan.
i) Usul pertama dari beliau ialah mengenai makluman maklumat dimaklumkan di dalam

23

saluran Whatsapp dan bukan sahaja melalui sebaran kertas.
7.8 Usul yang keenam adalah daripada En Shahrizal.
i) Usul pertama dari beliau adalah mengenai sukan bola sepak yang tidak aktif jika

dibandingkan dengan sekolah-sekolah lain. SKBP mempunyai kemahiran dan
kebolehan masing-masing. GPK KOKO akan bertindak mengenai hal ini dan jurulatih
juga akan diupah. Usul kedua ialah berkaitan traffik depan rumah untuk dijadikan
kepada satu laluan. Guru besar akan bincangkan hal ini.
7.9 Usul yang ketujuh adalah daripada En Ahmad Saifuddin.
i) Usul yang pertama adalah penyediaan bilik transit, bilik mandi atau bilik pakaian

untuk murid-murid meletakkan baju sekolah agama dan bersedia ke sekolah agama.
Guru besar akan berbincang mengenai hal tersebut.
ii) Usul yang kedua ialah penyediaan peti cadangan untuk mendapatkan cadangan atau
respons dari ibu bapa dengan segera. Peti cadangan tersebut telah disediakan dan
akan diguna pakai segera.
iii) Usul yang ketiga ialah penyediaan drop-off zone dan lintasan belang di hadapan
sekolah. Hal ini adalah untuk kepentingan semua. Perkara ini akan dibincangkan
bersama pihak sekolah, pihak polis dan pihak penduduk setempat.
7.8 Usul yang kelapan adalah daripada Puan Aida ibu kepada murid 1 Delima.
i) Usul yang pertama dari beliau mengenai kawalan harga makanan di kantin. Harga
yang dijual juga kadang-kadang tidak sama. Guru besar dan pihak AJK PIBG akan
sama-sama memantau.

8.0 HAL-HAL LAIN
8.1 Kutipan bayaran PIBG adalah kekal iaitu RM50 untuk satu keluarga. Manakala yuran
aktiviti adalah sebanyak RM10 dan yuran komputer adalah RM10.
8.2 Bagi kutipan bayaran tambahan murid bukan warganegara pula, Yuran MSSM
dikenakan sebanyak RM 2.00 manakala Insuran Takaful pula dikenakan sebanyak
RM1.60 seorang.

9.0 PENUTUP
9.1 En. Nor Hayat Bin Kassim selaku YDP PIBG sesi 2020/2021 mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi kerjasama di dalam mesyuarat
kali ini. Beliau memberi pesanan kepada semua bahawa PIBG adalah sebagai madah
untuk membantu sekolah dalam membentuk anak-anak untuk cemerlang dari setiap
sudut.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.15 petang.

Disediakan Oleh,
(NURUL AMEERA BINTI AHMAD SHAFIR)
Setiausaha,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru 2019/2022,
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

24

BAHAN PEMBENTANGAN

 Penyata Pendapatan & Perbelanjaan Bagi Tahun
Berakhir Jun 2022 (Lampiran 1)

 Penyata Kewangan Berakhir Jun 2022 (Lampiran 1)
 Penyata Pendapatan

25

PENYATAAN USUL DAN CADANGAN MESYUARAT PIBG 2022

BIL USUL DAN CADANGAN PENCADANG

En. Mohd Fadly bin

1 PIBG AsmaaiAnak:

Mohamad Aariz Syafiiy Bin Mohd Fadly

1. Diusulkan supaya kutipan sumbangan (3 NILAM)

PIBG dimulakan semula selepas 2 tahun

tiada kutipan, ini bagi membantu PIBG

menjalankan aktiviti yang telah lama

dirancang tetapi tergendala akibat bajet

serta membantu pihak pentadbir sekolah

melalui program usahasama.

2. Memandangkan COVID-19 masih difasa

peralihan endemik, dicadangkan supaya

AGM diadakan secara atas talian atau

separa atas talian (hybrid) seperti tahun

2021 untuk mengekang penyebaran

jangkitan serta mengurangkan

perbelanjaan PIBG untuk kos penganjuran

AGM yang boleh digunakan bagi tujuan

lain yang lebih penting.

3. Adalah diusulkan supaya saluran dibuka
untuk warga SKBP termasuk guru,
pentadbir, ibu bapa dan anak - anak untuk
membuat maklum balas atau cadangan
penambahbaikan. Saluran mungkin
dibuka mengunakan google form,
telegram atau cara lain yang difikirkan
sesuai bagi setiap tiga bulan sekali. Ini
adalah untuk mendapatkan maklumbalas
berkala untuk tindakan segera.
Mohd Herman bin Che Mok @

2 1. Pihak PIBG mesti memastikan bahawa AdnanAnak:
baki pada akhir tahun semasa tidak Asynur binti Mohd Herman (6 ZAMRUD)
melebihi RM500. Hal ini kerana, kita
bukannnya Bank Komersial yang
mahukan KEUNTUNGAN. Laburkan
sebanyak mungkin untuk Modal Insan
para warga SKBP.

2. Pihak PIBG ambil 3 minit dalam Slot
Perhimpunan Pagi SKBP sekurang-
kurangnya sebulan sekali untuk berkongsi
aktiviti dan sumbangan terkini PIBG
SKBP.

26

Norezan binti Mohd

3 KANTIN Yusof Anak:

Mohammad Faiz Muhaymin Bin Sharul

1. Mempelbagaikan menu makananan sihat Nizam (4 NILAM)

di kantinsekolah.

4 ISU BEG BERAT Mohd Fariwaswadi bin Che Abu
BakarAnak:
1. Sediakan bekas (box) untuk letak buku Muhammad Farhan (6 ZAMRUD)
sekolah anak. Halini bagi mengatasi
masalah beg sekolah yang masih berat.

1. Pihak sekolah menyediakan laci (drawer) Budiman bin
atau buat kutipan duit untuk beli drawer AsrizalAnak:
supaya anak - anak dapat simpan semua Muhammad Naufal Amsyar Bin
buku teks dalam kelas. Budiman(4 ZAMRUD)

Mohamad Mirza bin

5 KURIKULUM LahoriAnak:

Maisarah Nasuha binti Mohamad

1. Mengadakan kelas tambahan untuk murid Mirza(6 ZAMRUD)

tahun 6 bagi mengukuhkan kefahaman

mereka setelah lama tidak belajar secara

bersemuka.

Roskam Iddlie bin

6 KESESAKAN LALU LINTAS KamarudinAnak:

Iskandar Ramadhani bin Roskam

1. Laluan sehala di waktu pagi dihadapan Iddlie(5 ZAMRUD)

sekolah bagimengelak kesesakan lalu

lintas serta kemalangan.

Asdazairi Bin

7 1. Perlu ada kawalan di pintu masuk sekolah DaurAnak:

semasa waktu menghantar dan Iman Azalea (1 INTAN)

mengambil anak. Hal ini kerana terdapat

segelintir yang mementingkan diri parkir

kenderaan sesuka hati dan menggangu

kenderaan lain.

Nor Hayat Bin

8 1. Diharapkan pihak sekolah dapat KassimAnak:

menyelesaikan masalah trafik Dewi Arissa (2 NILAM)

terutamanya pada waktu puncak (drop

and pickup). Masalah ini perlu diperbaiki

agar trafik lancar.

27

Suriati
9 1. Jalan keluar masuk untuk menghantar dan SulaimanAnak:

mengambil anak dari sekolah. Saya Nurul Damia Arissa binti Mohd
cadangkan untuk menjadikan jalan Hairy(6 NILAM)
hadapan sekolah menjadi sehala
berjadual pada waktu masuk dan keluar
sekolah.

KEDAI BUKU

2. Larangan menjual benda yang tidak
sepatutnya di kedai buku sekolah seperti
playdoh dan memantau harga barangan yg
dijual.
Yusnita Binti

10 1. Susah untuk mendapatkan baju sukan & YaakubAnak:
baju T- shirt sekolah (biru) kerana stok Muhammad Izz Rayyan Bin Ruddydno
yang tiada terutama untuk anak yg bersaiz (4 ZAMRUD)
besar

Suzanna binti Abdul

11 TANDAS MURID MalikAnak:

Muhammad Solihin bin Mohd Zaid

1. Diharapkan agar pihak sekolah dapat (1 ZAMRUD)

membaiki tandas murid di "ground floor".

Anak saya selalu mengadu apabila nak

buang air kecil/besar, selalu ada najis yg

tidak di "flush" oleh murid lain kerana

"flush" jamban rosak. Perkara ini

menimbulkan ketidakselesaan kepada

anak saya. Tambahan pula, kebersihan

yang tidak dijaga akan mendatangkan

penyakit kepada anak-anak.

Nor Azlin Binti

12 HAL EHWAL MURID (SAHSIAH MURID) AhamadAnak:

Nur Afifah Binti Muhammad Hafiz

1. Mendidik murid berakhlak mulia dengan (1 DELIMA)

meletakkan slogan atau kata-kata tentang

adab dan akhlak. Selain itu,

menggalakkan ibu bapa dan guru

meminta murid menyebut kata – kata

positif di depan cermin dan setiap kali

perhimpunan ulang ayat yang sama.

Contoh, anak yang baik anak yang rajin

solat atau anak yang baik anak yang

mesra guru dan ibu bapa. Ulang 3 kali

pada setiap perhimpunan. Tujuannya

28

adalah untuk pasakkan dalam minda murid
apa itu anak baik. Perbuatan ini perlu
pengulangan sepanjang tahun.

13 HAL – HAL LAIN Noor
Suzieany

Anak:

1. Sekolah menyediakan kemudahan Amar Razzin bin Amrizuwan (5 DELIMA)

pengangkutan berbayar untuk murid- murid

area Bangsar iaitu Jalan Tandok untuk ke

sekolah agama.

29

BINGKISAN KEJAYAAN MURID

2020
Pertandingan Merentas Desa Negeri
Nik Hilman Rafif Bin Nik Azhan Safawi

Muhammad Al-Haikal Bin Zamri

Pertandingan Akuatik Peringkat Negeri
Zafri Mirwar Bin Zakaria

Musabaqah Al-Quran Rendah Peringkat Negeri
Maihawi Kamilia Binti Suhaimi

2021
International Digital Innovation And Invention Challenge 2021

Magic Hand Soap Dispenser
Amirul Danish Bin Amirul Iskandar

Daryl Howard Anak Raymond
Wan Humairah Binti Nor Hisham
Muhammad Syaqeel Bin Mohd Faizol
Nur Damia Humaira Binti Mohd Aswandi

Hand Soap - On The Go
Aina Syaheerah Binti Mohd Sany
Hana Zaara Camilia Binti Mohamad Abdul Halim

Khairul Abidin Bin Rosli
Alya Sofiya Binti Mohamad Khasiri

Nu’aim Zikry Bin Shamsul Arif

Pertandingan Melukis Dan Mewarna Komik Godaan Syaitan
Nur Damia Humaira Binti Mohd Aswandi
(Tempat Pertama)
Annadamia Binti Roshiedy
(Tempat Keempat)
Nu’aim Zikry Bin Shamsul Arif
(Tempat Kelima)
Ferriz Rizqin Bin Fandhi Fatullah
(Tempat Ketujuh)
Nur Qalesya Izzati Binti Mohd Azhar
(Tempat Kesembilan)

Nur Saffiyah Insyirah Binti Muhamad Asramiza
(Tempat Kesepuluh)

Penyertaan Kad Ucapan & Klip Video Ucapan ‘Terima Kasih Cikgu’ Peringkat Kebangsaan
Prasekolah Cenderai Bestari
Annadamia Binti Roshiedy

Muhammad Syaqeel Bin Mohd Faizol
Muhammadsyazwan Bin Mohd Faizol

Saashreek Ganesan
Nur Erysha Rania Binti Mohd Zamri
Nur Zaheen Eryna Binti Mohammad Erwan

Aina Syaheerah Binti Mohd Sany

Doodle Art Competition

Muhammad Syaqeel Bin Mohd Faizol
Muhammadsyazwan Bin Mohd Faizol

Nu’aim Zikry Bin Shamsul Arif

30

SEKALUNG PENGHARGAAN

Jawatankuasa Pengelola
Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-38

Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai,
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

EN. IR FADLY BIN ASMAAI
Yang Dipertua PIBG

Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai
DATIN LINDA FRAULEIN
Naib Yang Dipertua PIBG

Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai
EN. SHAHARUDDIN BIN EUSOP

Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

AJK PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai

Guru-guru
Ibu Bapa
Murid-murid
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.
Terima Kasih

31

32


Click to View FlipBook Version