The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyazaathiradarani, 2022-07-29 11:32:55

MINIT MESYUARAT AJK KALI KE 1

MINIT MESYUARAT AJK KALI 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI,
JALAN CENDERAI, BANGSAR,
59100 KUALA LUMPUR.
No. Telefon : 03-2095 1312 / No. Fax : 03-2092 1237

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI KE-1
BIL.1 2022/2023

Tarikh : 2 Julai 2022
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKBP
Kehadiran : 18

BIL NAMA
1 EN. SHAHARUDDIN BIN EUSOP
2 EN. IR FADLY BIN ASMAAI
3 DATIN LINDA FRAULEIN
4 CIK. NUR SYAZA ATHIRA BINTI DARANI
5 PN. NUR DIYANA BINTI ABD MALEK
6 EN. MUHAMMAD SYUKRI BIN JAMIL
7 CIK. NUR IZZATI BINTI SEMPERNA
8 PN. FATIN NABILAH BINTI UZMI
9 PN. SITI HASMAH BINTI RAMLI
10 PN. KHADIJAH BINTI ABD MUBIN
11 PN. NURUL SHAZIRA BINTI ZAINUDIN
12 PN FAZIERA BINTI MOHD RAZALI
13 PN. SUZANNA BINTI HAJI ABDUL RAHMAN SI
14 EN. IRWAN SHAFARI BIN WAHAB
15 EN. AHMAD SHAPUDIN BIN ISMAIL
16 EN. ABD MOHD FADIL BIN DIN

Turut Hadir : YM. RAJA IDZHAR BIN RAJA MUSA
17 EN. MOHAMAD SUPANDI BIN AMAN
18

1 UCAPAN ALU – ALUAN PENASIHAT PIBG, TUAN GURU BESAR SK BUKIT
PANTAI, EN. SHAHARUDDIN BIN EUSOP
1.0 Tuan guru besar mengalu-alukan kehadiran semua AJK PIBG yang hadir pada
mesyuarat hari ini.
1.1 Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak PIBG diatas sokongan
yang diberikan kepada sekolah dan juga kepada beliau sendiri sepanjang
ketiadaannya di sekolah beberapa bulan kerana faktor kesihatan.
1.2 Beliau memberitahu bahawa pihak sekolah telah menerima kehadiran Penolong
Kanan Kokurikulum yang baru iaitu Pn. Azidah bagi menggantikan En. Amir yang
bertukar sekolah.
1.3 Tuan guru besar memaklumkan, pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
ingin melihat setiap kejayaan dan pencapaian sekolah sekolah untuk
didokumentasikan di peringkat jabatan.
1.4 Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada YDP PIBG dan NYDP PIBG kerana
aktif membantu dan menyokong setiap aktiviti sekolah dan pantas bertindak bagi
menyelesaikan segala permasalahan yang timbul dan usulkan.
1.5 Beliau berpandangan program-program sekolah amat memerlukan sokongan
daripada pihak pibg. Pihak pibg dan warga sekolah perlu bekerjasama dan
bersama-sama berganding bahu bagi memastikan keselesaan murid untuk belajar
di sekolah. Perasaan hormat menghormati antara ibu bapa dan guru akan
memupuk hubungan dan suasana yang harmoni.
1.6 Harapan beliau adalah setiap apa aktiviti dan program yang dirancang pada sesi
ini dapat dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama semua pihak.

2 UCAPAN PENGERUSI, YDP PIBG EN. Ir MOHD FADLY BIN ASMAAI
2.1 Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ajk yang hadir pada
mesyuarat hari ini walaupun masing masing sibuk dengan komitmen dan tugas
masing-masing.
2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua ajk yang telah dilantik dan jugak
ajk yang kekal pada sesi tahun ini.
2.3 Beliau juga meminta semua ahli memperkenalkan diri masing-masing untuk sesi
suai kenal.
2.4 Harapan beliau adalah bagi sesi kali ini, setiap ahli bersama-sama bersatu hati
sebagai satu pasukan dengan semangat kekeluargaan demi kebaikan sekolah dan
anak-anak murid SK Bukit Pantai.
2.5 Beliau menginginkan pibg sesi ini bergerak dengan lebih berstruktur dan efisien
dalam menyelesaikan setiap isu dan permasalahan yang timbul.

2.6 Beliau mengalu-alukan pandangan, maklum balas dan idea-idea dari setiap ahli.
Beliau juga terbuka untuk meraikan perbezaan pendapat demi menghasilkan idea
yang terbaik untuk aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan.

2.7 Beliau juga membuat post-mortem tentang pelaksanaan Mesyuarat Agung
Tahunan PIBG kali ke 38 yang lalu. Beliau ini semua hali mengambil ikhtibar dan
membuat penambahbaikan untuk masa akan datang.

2.8 Antara isu yang dibincangkan ialah tiada struktur organisasi dan PIBG tidak
berjalan secara efektif sebagai satu pasukan yang kukuh.

2.9 Selain itu, perlu diakui kelemahan mesyuarat agung tersebut dilakukan tanpa
persediaan yang sempurna dari segi kualiti bahan pembentangan, siaran langsung
dan komunikasi efektif dengan ibu bapa.

2.10 Tiada perkongsian gambar-gambar aktiviti sepanjang tahun seperti penyerahan
gerobok rezeki, khairat kematian, telefon pintar, pemeriksaan sekolah dan lain-lain
menyebabkan pandangan ibu bapa sekolah dan PIBG tidak aktif.

2.11 Selain itu, isu berulang seperti masalah trafik, tandas, kebersihan adalah
disebabkan tiada saluran untuk ibu bapa dan pelajar mengutarakan permasalahan
sehingga mesyuarat agung tahunan digunakan sebagai platform utk mengutarakan
masalah tersebut.

2.12 Harapan beliau adalah semua ajk dapat mengambil iktibar dari pengajaran ini dan
berusaha bersama-sama untuk mengembalikan pengurusan PIBG kelandasan
yang betul.

2.13 Oleh itu, mesyuarat pada hari ini mempunyai agenda penting untuk meneliti,
memperhalusi dan mengambil keputusan untuk langkah seterusnya.

2.14 Di akhir ucapan, sekali lagu beliau mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi di
atas kehadiran semua. Beliau berharap mesyuarat hari ini berjalan lancar dan
mencapai objektif yang diharapkan.
Makluman

3 KELULUSAN CARTA ORGANISASI PIBG
3.1 YDP mewujudkan carta organisasi PIBG yang merangkumi pelbagai aspek agar
organisasi PIBG dapat bergerak dengan lebih efisien dan berstruktur.
3.2 Biro-biro setiap bahagian diwujukan dan ketua biro dilantik bagi mengetuai dan
memastikan aktiviti berjalan dengan baik.
3.3 Antara biro yang diwujudkan ialah:
i) Bahagian Kesetiausahaan & Penganjuran
ii) Bahagian Kewangan
iii) Bahagian Audit Dalaman

iv) Bahagian Multimedia & Berita
v) Bahagian Keselamatan & Pengurusan Trafik
vi) Bahagian Teknikal & Penyelenggaraan
vii) Bahagian Kebajikan & Pembangunan Insaniah
viii) Bahagian Tugas-Tugas Khas
ix) Bahagian Kecerian, Kebersihan & Kesihatan
x) Bahagian Kecemerlangan Murid (Kurikulum/Kokurikulum)
3.4 Bahagian kesetiausahaan & penganjuran berfungsi dalam:
 kerja-kerja kesetiausahaan dan penganjuran progam bersemuka
 Biro ini dibawah bidang tugas setiausaha pibg iaitu Cik Nur Syaza Athira

binti Darani.
3.5 Bahagian kewangan berfungsi dalam:

 pengurusan kewangan
 Biro ini dibawah bidang tugas bendahari kehormat Pn Nur Diyana binti

Abd Malek dan naib bendahari kehormat iaitu En. Muhammad Syukri bin
Jamil
3.6 Bahagian audit dalaman berfungsi dalam:
 pengurusan audit dalaman.
 Biro ini dibawah bidang tugas audit dalaman iaitu Pn Faziera binti Mohd
Razali.
3.7 Bahagian multimedia & berita pula berfungsi dalam:
 menyediakan saluran menyampaikan informasi kepada warga SKBP
 menyediakan medium laporan kerosakan dan komplen sepanjang tahun
 penganjuran program secara atas talian
 membuat poster program/aktiviti
 mengendalikan saluran telegram dan pautan google form untuk aduan.
 Biro ini diketuai oleh Cik Nur Izzati binri Semperna dan Pn Faziera binti
Mohd Razali
3.8 Bahagian Keselamatan & Pengurusan Trafik berfungsi dalam:
 Pengurusan keselamatan sekolah
 Pengurusan traffik waktu puncak
 Biro ini diketuai oleh En. Abd Mohd Fadil bin Din
3.9 Bahagian Teknikal & Penyelenggaraan pula berfungsi dalam:
 Program penyelengaraan infrakstruktur
 Pembaikan dan penaiktarafan insfrastruktur
 Kerja-kerja teknikal

 Lanskap sekolah
 Biro ini diketuai oleh En. Ahmad Shapudin bin Ismail dan dibantu oleh AJK

Guru iaitu En. Shahrolrizzal bin Shaharuddin.
3.10 Bahagian Kebajikan & Pembangunan Insaniah berfungsi dalam:

 Program kebajikan
 Gerobok rezeki
 Program pembangunan karakter
 Program peningkatan sahsiah jati diri
 Biro ini diketuai oleh En. Irwan Syafari bin Wahab dan Pn. Fatin Nabila

binti Uzmi
3.11 Bahagian Tugas-Tugas Khas berfungsi dalam:

 Aktiviti anak anak non muslim/bumi
 Pencarian dana
 Penjenamaan sekolah
 Perancangan Program PIBG
 Biro ini diketuai oleh NYDP, Datin Linda Fraulein.
3.12 Bahagian Kecerian, Kebersihan & Kesihatan pula berfungsi dalam:
 Program 3K Kelas
 Program Kebersihan Tandas
 Program Makanan Sihat
 Biro ini diketuai oleh Pn Suzanna binti Haji Abdul Rahman Si
3.13 Bahagian Kecemerlangan Murid (Kurikulum/Kokurikulum) berfungsi dalam:
 Program kecemerlangan pendidikan
 Program kecemerlangan kokurikulum
 Lawatan sambil belajar
 Biro ini diketuai oleh YDP, En. Ir Mohd Fadly bin Asmaai.

Tindakan: Semua AJK
4 STATUS KELULUSAN KUTIPAN SUMBANGAN PIBG

4.1 Setiausaha, Cik Nur Syaza Athira memaklumkan status kutipan sumbangan PIBG
masih dalam proses untuk diluluskan.
Tindakan: Setiausaha Kehormat

5 PERBINCANGAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2022/2023
5.1 Perancangan aktiviti bagi tahun 2022/2023 dibahagikan kepada 4 bahagian utama
iaitu:
1) Program Mencari Dana Untuk Pembangunan Kemudahan Dan Penganjuran

Aktiviti Sekolah
2) Penambahbaikan Kemudahan, Keselesaan Dan Kesihatan Sekolah

(Hardware)
3) Pembinaan & Pemantapan Modal Insan Dan Penambahbaikanprestasi

Akademik Dan Bukan Akademik (Software)
4) Penambahbaikan Sistem Keselamatan & Kesiapsiagaan Kecemasan

Sekolah (Hardware)
5.2 Aktiviti yang akan diteruskan bagi tahun 2022/2023 ialah pencarian dana dan

program kerjasama khas dengan pihak sekolah iaitu Gerobok Rezeki.
5.3 Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima 21 buah

komputer sewa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.4 Jumlah komputer sedia ada yang boleh digunakan ada 6 buah. Jumlah total

komputer adalah 27 buah.
5.5 Guru besar memohon tambahan 10 komputer agar semua murid dapat

menggunakan komputer pada satu masa.
5.6 Bagi kemudahan internet sekolah pula, rangkaian internet yang digunakan

sekarang ialah Unifi.
5.7 Guru besar memaklumkan sebelum ni rangkaian yang digunakan adalah Yes

daripada YTL. Namun, ia diberhentikan apabila kontraknya habis.
5.8 YDP meminta agar latar belakang pemasangan internet YTL dikaji balik dan perlu

mendapatkan informasi pemasangan yang lepas.
5.9 YDP meminta untuk mendapatkan orang yang tepat untuk berbincang agar pihak

YTL dapat memanjangkan servis internet mereka kepada pihak sekolah.
5.10 Aktiviti yang seterusnya dibincangkan ialah payment digitalization. Program ini

akan disemak dan dikaji semula pelaksanaannya sama ada bersesuaian atau tidak
dengan situasi dan keadaan murid.
5.11 Perancangan aktiviti yang seterusnya ialah pembinaan gelanggang multipurpose.
Pembinaan gelanggang terbuka adalah dalam tempoh 2-3 tahun manakala
pembinaan grand stand adalah dalam tempoh 5 tahun.
5.12 Gelanggang terbuka ini boleh digunakan untuk permainan badminton, takraw dan
bola tampar.
5.13 Seterusnya adalah penambaikan stesen penapis air. Menurut YDP, sekarang
pihak pibg telah mengambil alih sepenuhnya dua stesen penapis air.
5.14 Pada fasa 2, ada cadangan untuk menambah lagi dua unit penapis air di bangunan
yang lain.
5.15 Seterusnya ialah pemeriksaan berkala sistem air dan elektrik. Guru besar

memberitahu keadaan air dan elektrik di sekolah dalam keadaan yang baik dan
tiada masalah. YDP mencadangkan pemeriksaan secara berkala 6 bulan sekali
terhadap sistem air dan bekalan elektrik.
5.16 Aktiviti seterusnya ialah pemeriksaan berkala sistem melawan kebakaran sekolah.
5.17 Latihan kebakaran seharusnya dilakukan secara berkala sekurangnya enam bulan
sekali secara penuh termasuklah pelan kebakaran, penggera keselamatan,
bersama pasukan bomba dan sebagainya.
5.18 YM Raja Idzhar bin Raja Musa memaklumkan beberapa panel pemadam api dan
penggera kebakaran telah rosak.
5.19 YDP meminta pihak sekolah menyenaraikan alatan yang rosak dan perlu ditukar
ganti.
5.20 Beliau juga meminta pemeriksaan dan penyelenggaraan dilakukan sebelum latihan
kebakaran dijalankan.
5.21 Beliau juga meminta surat dihantar dengan segera kepada pihak bomba untuk
pemeriksaan peralatan kebakaran sekolah.
5.22 Aktiviti seterusnya ialah fogging. Guru besar memaklumkan kerja kerja dikawasan
pembinaan defogging oleh kontraktor yang terlibat.
5.23 Di kawasan sekolah terdapat aduan kelas kelas yang mempunyai banyak nyamuk.
5.24 Beliau meminta surat dihantar kepada jabatan berkaitan seperti DBKL atau KKM
bagi memohon semburan fogging dilaksanakan di sekolah.
5.25 Seterusnya ialah penambahbaikan baju jersi sukan. YDP berpendapat pasukan
sukan sekolah tidak mempunyai saiz yang sesuai dengan ukuran badan murid.
5.26 Jersi yang sedia ada agak besar sehingga ada murid yang pakai hingga ke paras
lutut.
5.27 Beliau berpendapat, pakaian sukan juga memainkan peranan dan menyumbang
kepada keyakinan diri murid untuk bertanding.
5.28 Oleh itu, pihak pibg bercadang untuk menambahbaik corak dan saiz jersi pasukan
sekolah agar lebih cantik dan sesuai dengan saiz murid.
5.29 Aktiviti seterusnya ialah Pertandingan Kebersihan Kelas (3K). program ini akan
bermula pada bulan Julai.
5.30 Ia merupakan aktiviti bulanan. Kelas yang memenangi pertandingan kebersihan
kelas akan mendapat trofi dan wang tunai sebanyak RM 150 sumbangan pibg.
Pemenang dipilih daripada satu kelas tahap 1 dan satu kelas dari tahap 2.
5.31 Penolong kanan hal ehwal murid, Encik Supandi mencadangkan agar hadiah
dikembangkan kepada tempat kedua dan tempat ketiga bagi setiap tahap bagi
membuka peluang lebih ramai kelas untuk menang. Cadangan tersebut akan dikaji

pada masa akan datang.
5.32 Seterusnya ialah berkaitan menambahbaik sistem keselamatan sekolah, CCTV,

bilik sekuriti dan sebagainya.
5.33 Guru besar memaklumkan sekolah telah mempunyai cctv. Namun begitu, tv sudah

tiada kerana telah diambil balik oleh tender lama.
5.34 Oleh itu, guru besar memohon sekiranya pihak pibg boleh menyumbangkan tv.
5.35 YDP meminta agar point-point cctv dikenalpasti dan memeriksa keadaan fungsi

cctv sedia ada.
5.36 Guru besar memaklumkan cctv sangat penting untuk sekolah jadikan sebagai bukti

bagi menyelesaikan kes kes yang timbul.
Tindakan: Semua AJK

6 SALURAN TELEGRAM PIBG
6.1 YDP mencadangkan agar pibg mewujudkan satu saluran yang dapat
menyampaikan maklumat berkaitan segala program dan aktiviti pibg kepada ibu
bapa.
6.2 Medium yang dicadangkan adalah telegram.
6.3 Segala aktiviti dan program pibg hendaklah dimasukkan ke dalam telegram supaya
pihak ibu bapa tahu dan cakna tentang aktiviti yang dirancang dan telah
dilaksanakan oleh pibg sekolah. Ini mengelakkan daripada segelintir ibu bapa yang
bercakap bahawa pihak pibg tidak membuat kerja bagi membantu dan menyokong
sekolah.
6.4 Adab-adab dan peraturan di dalam saluran telegram juga akan ditetapkan dan
dititikberatkan bagi memastikan keharmonian saluran tersebut.
6.5 Ahli mesyuarat bersepakat 13 Julai 2022 akan dilancarkan saluran Telegram PIBG
Tindakan: Biro Multimedia & Berita

7 SALURAN MAKLUM BALAS DAN ADUAN PIBG
7.1 Saluran maklum balas dan aduan PIBG akan dilaksanakan melalui google form.
7.2 Google form tersebut akan disebarkan dan diuar-uarkan dalam saluran telegram
pibg.
7.3 Ibu bapa boleh mengisi sebarang aduan pada google form tersebut.
7.4 Setiap minggu, setiap aduan daripada ibu bapa akan disemak dan dinilai untuk
diambil tindakan lanjut.
7.5 Ini bertujuan supaya setiap masalah atau isu yang timbul dapat diambil tindakan
dan diselesaikan dengan segera tanpa perlu menunggu mesyuarat agung tahunan
pibg.
Tindakan: Semua AJK

8 KELULUSAN BAJET TVPSS
8.1 YDP membentangkan kertas kerja TV PSS untuk makluman semua ajk.
8.2 TV PSS adalah satu projek khas inovasi pusat sumber sekolah di dalam
menyokong PdPc Abad ke-21.
8.3 Melalui program ini murid akan dilatih untuk:
i) mengendalikan sebuah saluran televisyen, membuat liputan di dalam dan
luar sekolah sebagai aktiviti pembelajaran
ii) diberikan peranan menjadi pengacara, wartawan, penulis skrip, pengarah
dan krew penerbitan
iii) diberikan peluang untuk menghadiri Latihan, kursus dan bengkel untuk
memantapkan kemahiran mereka termasuk kemahiran di dalam proses
penerbitan video
iv) diberikan pendedahan bagi meningkatkan kemahiran komunikasi, kreativiti,
kolaboratif dan pemikiran kritif yang amat berguna untuk digunakan dalam
pembelajaran mereka disekolah dan juga membantu mereka apabila
memasuki alam pekerjaan.
8.4 Anggaran belanjawan yang diperlukan oleh pihak sekolah untuk menyediakan
sebuah studio TV PSS yang lengkap ialah sebanyak RM4920.
8.5 YDP meminta pihak sekolah dan Pn Suzanna untuk mendapatkan beberapa
quotation daripada beberapa pembekal bagi mewujudkan studio TV PSS.
8.6 Guru besar mencadangkan untuk mengubah fungsi bilik pibg lama menjadi studio
TV PSS kerana bilik pibg itu tidak digunakan.
8.7 Hasil daripada pembentangan dan perbincangan tentang TV PSS, semua ajk telah
sebulat suara bersetuju untuk menerima kertas kerja TV PSS dan mewujudkan
studio TV PSS.
Tindakan: Semua AJK

9 WEBINAR E-BRIGHT
9.1 YDP membentangkan kertas kerja Program Kerjasama Bersama E-Bright.
9.2 Atas keperhatinan, PIBG mengambil iniatif untuk membantu memberikan
pendedahan dan latihan diperingkat awal usia murid. Oleh itu, PIBG telah
mengadakan perbincangan bersama E-Bright Public Speaking Academy yang
telah diketahui umum mempunyai kelayakan, kemampuan dan reputasi untuk
membantu pihak sekolah.
9.3 Matlamat program dirangka adalah bertujuan untuk:
i) Penganjuran Webinar – Bertujuan memberikan pendedahkan dan
pengetahuan serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan kemahiran

insaniah – pengucapan awam kepada murid.
ii) Mengenalpasti ibu bapa yang berminat untuk membentuk kemahiran

pengucapan awam anak-anak meraka dan membantu berunding dengan
pihak E-Bright bagi pakej silibus dan komersial terbaik untuk murid.
9.4 Cadangan webinar ini akan dilaksanakan pada 23 Julai 2022.
9.5 Selain itu juga, PIBG berhasrat untuk mendapatkan bantuan kepakaran dan latihan
untuk pasukan pengucapan awam, penceritaan dan debat sekolah.
9.6 Program ini berfokuskan kepada bahasa Inggeris. Namun begitu konsep
pengucapan awam yang diterapkan adalah sama dan boleh juga digunapakan
dalam pertandingan yang bertutur menggunakan bahasa melayu, bahasa arab dan
sebagainya.
9.7 Melalui program ini, ia juga dapat mencungkil bakat murid dalam bidang
pengucapan awam seawall tahun 3, 4 dan 5.
9.8 NYDP, Datin Linda Fraulein dan Penolong Kanan Pentadbiran, YM Raja Idzhar bin
Raja Musa turut mencadangkan agar aktiviti pengucapan awam diterapkan di
dalam kelas ataupun perhimpunan dimana murid berucap apa sahaja topik atau
isu selama 5 minit di hadapan kelas atau di hadapan murid-murid lain.
9.9 Ia secara tidak langsung dapat memupuk sikap berani dan yakin diri pada murid-
murid selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
9.10 Hasil daripada pembentangan dan perbincangan tentang Program Kerjasama
bersama E-Bright, semua ajk telah sebulat suara bersetuju untuk menerima kertas
kerja tersebut dan meneruskan program ini.

Tindakan: Semua AJK
10 PEMANTAUAN KAWASAN SEKOLAH

10.1 Semua ajk pibg termasuk guru besar, penolong kanan pentadbiran dan penolong
kanan hal ehwal murid meronda kawasan sekolah untuk melihat infrastruktur
sekolah yang boleh diperbaikai dan ditambahbaik.

10.2 Selain itu, pemantauan bilik media dan bilik pibg lama juga dilakukan untuk melihat
bilik yang sesuai untuk dijadikan studio TVPSS.
Tindakan: Semua AJK

11 HAL HAL BERBANGKIT
11.1 Melakukan penambahbaikan bagi poster Webinar E-Bright. NYDP meminta agar
zoom link dimasukkan ke dalam poster.
11.2 Bahasa yang akan digunakan semasa webinar adalah dwibahasa iaitu bahasa
Inggeris dan bahasa melayu agar mudah difahami oleh murid-murid yang
majoritinya bertutur dalam bahasa melayu.

11.3 Dengan penganjuran Webinar E-Bright ini, diharapkan dapat memberi
pengetahuan dan kepentingan pengucapan awam kepada murid dan berupaya
melatih murid untuk lebih yakin berucap di khalayak ramai.

11.4 Murid-murid berupaya untuk mecapai TP 6 kerana murid-murid berani berucap dan
seterusnya membentuk kemenjadian murid.

11.5 Selain itu, pihak pibg ingin mewujudkan pakaian uniform yang seragam bagi ajk
pibg. Uniform ini dapat dipakai semasa aktiviti atau program anjuran pibg.

11.6 Di samping itu, pakaian seragam sukan juga akan diusahakan. Pakaian seragan
sukan akan dimulakan dahulu dengan pasukan bola sepak dan seterusnya pada
sukan-sukan yang lain.

11.7 YDP berharap akan setiap pertandingan yang disertai oleh murid diwar-warkan
kepada ibu bapa supaya ibu bapa yang berkelapangan dapat bersama-sama turun
padang memberikan sokongan kepada anak-anak.
Makluman

12 PENUTUP
12.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada ajk yang hadir pada hari ini.
12.2 Beliau berharap setiap apa yang telah dirancang dan dibincangkan dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.45 petang.

Disediakan oleh,
syazadarani

(NUR SYAZA ATHIRA BINTI DARANI)
Setiausaha PIBG,
SK Bukit Pantai,
Tarikh: 14 Julai 2022


Click to View FlipBook Version