The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HASBOLLAH MOHD DAHALAN, 2023-03-19 11:06:10

Coretan Ringkas Buat Teman.....

Coretan Ringkas Buat Teman.....

Coretan Ringkas Buat Teman.....


ِن َّ ٱلر ِح ِيم ٰ ِ َّ ٱلر ْح َم ِ ْ سِ م َّ ٱ ٰ ب ِ الله َ وَب َر َكاتُهُ ُم َ عَل ْي ُكْم َ و َر ْح َمةُ َّ السلاَ Yang Berusaha Tuan Haji Mashanizat Bin Ngasri, Pengetua SAM Hulu Langat Yang Berusaha Tuan Hj Ismail Bin Mohd Ali, Pen. Kanan Pentadbiran SAM Hulu Langat Yang Berusaha Puan Mahani Bt Othman,Pen. Kanan Ko-Kurikulum SAM Hulu Langat Yang Berusaha Guru-guru Kanan Matapelajaran : Pn Haslina binti Abd Rahman Pn (Guru Kanan Bahasa ) Pn Doren Dazila binti Abdol (Guru Kanan Sains dan Matematik) Pn Farhana binti Saadun (Guru Kanan Teknik dan Vokasional ) Pn Nor Mazenah binti Rahmat ( Guru Kanan Kemanusiaan ) dan Pn Mastura binti Ismail (Guru Kanan Pendidikan Islam) Yang dihormati para kaunselor SAM Hulu Langat Yang dihormati guru-guru SAM Hulu Langat Yang dihormati para kakitangan/staff sokongan sekolah. Didoakan semoga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia/akhirat serta sentiasa mendapat keberkatan, kerahmatan dan keredhaan Allah SWT. Mana-mana ahli group kita yang sakit atau ahli keluarga mereka sakit atau menerima musibah, kita sama-sama doakan semoga mereka cepat sembuh segala seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya telah diberikan kesihatan dan kekuatan serta kemakmuran kepada kita semua penduduk Malaysia yang tercinta khususnya kepada ahli di dalam group telegram ini. Marilah kita sama-sama merendahkan diri kepada kekuasaan dan keagungan Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Besar Muahmmad SAW. Seterusnya kita berdoa kepada muslimin dan muslimat telah kembali ke rahmatullah semoga roh mereka di tempatkan pada sisi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Juga kita doakan semoga umat Islam yang masih hidup baik di kampung, negeri dan negara Malaysia hidup dalam keadaan sejahtera, aman dan damai. Marilah kita sama-sama mendoakan juga keselamatan dan turut bersimpati dengan penderitaan hidup umat Islam di negara Turki, Syria , Palestin dan negara islam yang lain yang dilanda gempa bumi/malapetaka dan bergolak perang saudara yang kita dan dunia pun tidak tahu sampai bila akan berakhir. Kita harus bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih banyak kepada kerajaan yang ada pada hari ini kerana dapat mengawal negara kita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak dingini. Pada hari ini tanggal 19 Mac 2023 (Ahad) merupakan hari paling nostalgiatik dalam lipatan sejarah hidup saya. Pada hari ini saya mula bersara dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kaki tangan perkhidmatan awam ( guru ) selepas menyandang jawatan ini selama lebih kurang 33 tahun. Pernah jadi guru ganti (Sept – Okt 1989 ) di SK Sg Lui, Guru Sandaran C4 (Dis 89 - Mei 90) di SK Sg Lui, Guru Kontrak JAIS (Mei 91 – Jun 93) di SAM Hulu Langat, Diploma Pendidikan di UKM (Julai 93 – Julai 94) opsyen Biologi dan Sains sebab saya pemegang Bacelor Sains Kepujian (Perikanan) UPM , Guru Praktikal di SMK Telok Datuk Banting ( pertengahan tahun 1994) dan Guru Tetap dan Berpencen (15 Ogos 1994 -18 Mac 2023) di SAM Hulu Langat. Pada tahun 1994 saya masuk semula ke SAM Hulu Langat selepas menamatkan Diploma Pendidikan, tiada guru yang rela mengajar subjek Matematik Tambahan. Saya dicadangkan oleh pihak pengetua ketika itu (Ust Bustaman Latif) supaya mengajar subjek tersebut, saya tiada piihan untuk menolak hingga tarikh akhir saya bersara/kini. Sebenarnya saya telah ditawarkan penempatan ke SAM Hulu Langat oleh pihak JAIS dan telah ditawarkan juga penempatan ke Sandakan Sabah oleh pihak KPM. Saya memilih penempatan yang ditawarkan oleh pihak JAIS sebab saya anak


jati Negeri Selangor dan Daerah Hulu Langat serta pemegang biasiswa tajaan JAIS semasa mengikuti kursus diploma pendidikan. Dalam tempoh perkhidmatan di SAM Hulu Langat saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah SWT kerana dapat mendidik anak bangsa seratus peratus orang Melayu dan beragama islam walaupun mereka datang dari latar belakang sosio-ekonomi yang berbeza. Nasihat/bimbing/tegur/sapa/bergaullah dengan mereka kerana Allah, kerana merekalah yang membentuk/mencorak masa depan generasi yang akan datang dan mendoakan kita. InsyaAllah kita adalah jutaan akhirat. IMBASAN RINGKAS PENGALAMAN DI SAM HULU LANGAT: Pada tarikh 01 Mei 1991(Cuti Umum- Hari Pekerja) dilantik sebagai Guru Kontrak JAIS tapi mendaftar pada 02 Mei 1991 hari berikutnya berjumpa pengetua Al-fadil Ustaz Ismail Ibrahim. Bangunan sekolah ketika itu baru digunakan dua bulan, sebelum ini murid-murid menumpang di bangunan SRA Batu 9 dan SRA Batu 10. Pada awal tahun 1992 Batch pertama tingakatan lima SAM Hulu Langat yang mendiami asrama ialah Ahmad Kamal Fauzi bin Muhammad, Aznan Baharuddin, Fathur Rahman Shahibon, Asyraf Othman, Shaari Johari, Abdul Hadi Idris, Mukhrim, Hazamuddin Zakaria, Sharul Nizam Naim, Syamsul Kamar (mai-arwah) , Azli Lazim, Suhairi Kadim, Hazlan Omar dan lain-lain. Awal penghunian asrama, murid aspuri diserang histeria hingga merebak ke sekolah keesokan harinya mengejar/menyerang beberapa orang guru. Kelam kabut dibuatnya. Alhamdulillah bapa kepada Emha ( batch Fadhlina Sidek), Ustaz Kamaruddin, Imam Masjid UKM Bangi juga merupakan Orang Kanan Ustaz Harun Din dan kumpulannya telah meruqyah kawasan asrama dan sekolah , keadaan menjadi reda/pulih. Pada awal pembukaan asrama hanya 4 orang warden yang dilantik oleh pihak JAIS (Ust Hasmuri Hasbollah, Ust Arsad Saremon, Cikgu Zailani Riduan dan saya). Kami tiada pengalaman dan sungguh mencabar. Bekalan elektrik di asrama/sekolah selalu terputus di awal penghuniannya hingga sekitar tahun 2010. Kerapkali saya, Ust Arsad atau En Dzulkifli (penyelia asrama) naikkan suis utama di pencawang berhampiran dengan rumah Pn Maizaroh Talib, sekarang didiami oleh Pn Nur Farhana Bt Abd Rahim tidak kira waktu. Naikkan suis utama sekitar jam 2/3/4 pagi adalah perkara biasa. Kami memberanikan diri naikkan suis tersebut walaupun berisiko tinggi, hanya “chargeman” sahaja diberi kuasa . Alhamdullilah bila pendawaian semula diluluskan oleh JAIS selepas kerapkali laporan kerosakan dikemuka kepada pihak berkenaan. “Blackout” selalu berlaku disebabkan kecelaruan litar letrik yang dipasang oleh pihak kontraktor pada masa pembinaan bangunan sekolah dan asrama. Untuk pengetahuan semua , bangunan sekolah ini mula dibina tidak silap saya pada tahun 1986, terhenti sekita disebabkan kontraktor tidak mampu dari segi kewangan , kemudian disambung semula oleh kontarktor lain iaitu menyambung kerja oleh kontraktor sebelumnya tanpa mengetahui status kerja yang telah dibuat oleh kontraktor pertama. Siap sekitar tahun 1989, dibiarkan kosong hingga bulan mac 1991 barulah digunakan. Banyaklah makhluk ciptaan Allah swt mendiaminya sebelum murid SAMTEN masuk. Bila sistem litar elekrik terganggu, pam di tangki utama terganggu menyebabkan bekalan air ke tangki utama tidak dapat dibekalkan. Kesannya bekalan air ke sekolah dan asrama tidak dapat disalurkan dengan lancar. Tambahan pula kedudukan bangunan sekolah berada di kawasan tinggi sedangkan batang paip utama yang membekal air berada di paras rendah beserta tekanan air kerap rendah/tidak kuat , menyulitkan lagi keadaan. Kerapkali aduan dibuat kepada Syabas namun masih lagi tiada penyelesaian. Pada hujung tahun 2021, En Mohd Nor Azizi Bin Azid telah menghubungi bahagian teknikal Syabas . Satu perjumpaan/perbincangan telah dibuat dan telah mengambil kata putus iaitu menutup/mengunci paip air utama dari bawah berhampiran pintu pagar utama dan membuat satu saluran paip pintas dari taman sebelah. Alhamdulillah gangguan bekaln air ke sekolah/asrama dan kuarters dapat dikurangkan. Untuk pengetahuan semua, SAM Hulu Langat telah ditimpa bencana kebakaran sebanyak dua kali, yang pertama pada masa pengetuanya Pn Jamaah Shabuddin , di mana Dorm LB4 telah terbakar kemungkinan besar kebakaran disebabkan murid tertinggal/biarkan penggosok baju dalam keadaan “on” di atas tilam. Alhamdulillah semua murid aspura selamat kerana mereka tiada di asrama kerana bercuti sempena Thaipusam. Pengawal terlepas pandang kerana pada zaman dibawah kelolaan JAIS hanya seorang sahaja pengawal yang mengawal keseluruhan kawasan sekolah dan asrama. Penampakan kebakaran dikesan oleh penduduk taman sekitar dan melaporkan kepada ustaz di kuarters (lupa ustaznya samada arwah ustaz Hasmuri atau arwah Ust Arsad ) sedangkan Ustaz Sharulnuddin Ramli yang berada di bilik warden Blok A tidak perasan. Saya duduk di Blok B


aspura, bercuti balik kampong (Sg Lui Hulu Langat). Kebakaran dapat dipadam oleh pihak bomba. Sampai sekarang laporan dari bomba tidak diperolehi oleh sekolah punca sebenar kebakaran tersebut. Pihak JAIS telah membaiki semua kerosakan. Kejadian kebakaran kedua pula berlaku pada masa pengetuanya arwah Cikgu Samsori Yosok, kebetulan sekolah kita menjadi tuan rumah Amal Islami Peringkat Negeri Selangor dan baru diterima masuk SABK. Kebakaran disyakki berpunca daripada perbuatan khianat individu berdasarkan kesan bahan yang dibakar di dorm PB7, namun pihak sekolah tidak menerima laporan lengkap daripada bomba sehingga kini sebagaimana kebakaran yang pertama. Pihak BPI KPM dan JAIS telah memberi bantuan yang sepatutnya kepada pihak sekolah. Tiada mangsa yang terlibat kerana semua murid asrama dibenarkan pulang untuk memberi laluan kepada program amal islami tersebut . Kejadian kebakaran berlaku sehari sebelum Program Amal Islami Peringkat Negeri bermula. Lawatan mengejut oleh YB Dato’ Noh Omar pada ketika itu beliau sebagai Timbalan Menteri Pendidikan untuk memantau kejadian tersebut. Pihak sekolah kena buat laporan 1 : 3 : 7 (PK HEM perlu tahu prosedur berkenaan). Akibat kejadian tersebut pihak asrama, ketika itu penyelianya En Dzulkifli Ismail telah mematikan semua plug dengan mengupah En Wan Zul, juga mengelak murid asrama mengcas alatan elektrik ( Hp dsbnya) Pada tahun 1992, 2 orang murid samten meninggal dunia Kes 1: Murid asrama tingkatan 3 bernama Mohd Asri telah meninggal dunia ketika sedang bermain bola tampar di gelanggang berhadapan Blok A Aspura. Semasa kejadian beliau jatuh pengsan dan mulut berbuih. Beliau dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya . Punca kematian disebabkan pendarahan dalam kepala. Berdasarkan maklumat daripada keluarga terdekat arwah, sebelum masuk asrama beliau seringkali mengalami kemalangan motorsikal dan kepala beliau sering terhentak, bila sakit kepala beliau hanya meredakan kesakiatan dengan menelan penadol sahaja. Dikebumikan di Kg Sungai Tekali tempat kelahiran beliau. Kes 2 : Murid luar tingkatan 5 bernama Nazrul Yusof (nama tepat kelalen) talah meninggal dunia disebabkan lemas di Empangan Semenyih selepas tamat SPM 1992, bergembira mandi bersama berapa orang rakan beliau (budak samten). Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Sg Lui Hulu Langat. Pada tahun 1993, tiga kejadian yang ngeri dan mengelikan sebagai nostalgia. Pertama : Kejadian berlaku kejar mengejar selepas prep malam, murid tingkatan 3 bernama Fairus Sabri secara bergurau telah mengejar kawannya bernama RR(nama dirahsiakan). RR telah memanjat salah satu tiang bola tampar , secara tiba-tiba anunya tersangkut pada besi pengikat tali jaring bola tampar tersebut menyebabkan kecederaan yang agak perit, beliau dikejarkan ke Hospital Kajang pada malam itu juga. Doktor perempuan yang merawat RR merasa bersyukur setelah dix-ray, buah anu RR tidak tertusuk besi, hanya lalu di tengahtengah antara keduanya. Sekarang RR telah berkahwin dan mempunyai lebih seorang anak. Alhamdulillah. Kedua : Kejadian berlaku ketika tidur di Dorm LB2. Seorang murid tingkatan 3 yang bernama AFD (nama dirahsiakan) telah menindih anak-anak kucing semasa tidur tanpa disedarinya. Bila bangun pagi, tilam dan selimutnya berlumuran darah. Lebih daripada seekor anak kucing telah mati ditindihnya. Beliau sekarang telah bekerja di SUK Shah Alam dan telah berkahwin serta mempunyai beberapa orang anak yang comel. Ketiga : Kejadian berlaku ke atas seorang murid tingkatan 3 bernama SN(nama dirahsiakan), emosi beliau terganggu dan menjerit-jerit, kehulu kehilir , berbaring di lantai kantin sambil mengucap dan selawat, paling tragis berbaring di tengah jalan raya depan pintu pagar utama sekolah dan sempat diselamatkan oleh rakan-rakannya. Difahamkan beliau ini suka membaca buku cerita seram karangan Tamar Jalis iaitu Siri Bercakap Dengan Jin. Saya bersama Ust Hasmuri dan Cikgu Zailani telah menghantar murid tersebut ke rumahnya di Bangi. Alhamdulillah beliau telah pulih sepenuhnya setelah berubat di Darul Syifa’. Beliau sekarang lulusan ijazah sarjana muda dari Timur Tengah, telah berkahwin dan mempunyai anak serta memegang jawatan penting di syarikat swasta. Untuk rakan-rakan guru terutama sekali warden, walaupun kita berada di sekolah AGAMA namun anak didik kita adalah dari latar belakang sosio-ekonomi dan sosio-budaya yang sangat berbeza. Daripada anak buruh/pengawal/petani hingga ke anak Ceo sebuah syarikat, Ketua Pengarah, TKSU sebuah Kementerian dll. Anak murid kita ada yang berstatus anak angkat, anak pungut, anak tidak sah taraf, pernah ada nak dari kebajikan masyarakat dan juga anak orang asli. Pelbagai kes disiplin sama ada murid luar atau murid asrama sama


sahaja potensinya. Pernah berlaku kes di sekolah ini (tidak sebut nama muridnya dan tahun berlaku) , alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik, sebagai contoh (kes yang pernah berlaku) : bertumbuk, buli, ugut , merokok, hisap vape,keluar asrama tanpa kebenaran(fly), laki/bini(penjaga) rebut anak (proses penceraian), murid mental bermasalah (Schizophrenia), OKU dan lain-lain lagi. Alhamdulillah dapat ditempoh dengan sabar dan berkesan dengan kerjasama yang baik antara warden-warden, pentadbir, guru disiplin, kaunselor, PIBG, dan PPD serta ibu/bapa/penjaga yang terlibat ketika itu. Pesanan saya atas pengalaman yang telah dilalui, selalulah berinteraksi/bergurau/menyakat anak didik kita dan menyapa ibu/bapa/ penjaga mereka di mana jua berada terutama murid-murid di asrama, puji mereka bila mendapat kejayaan dan pujuk/belai mereka bila gagal, marah / tegur / nasihatlah mereka dengan ikhlas bila buat kesalahan. Kita akan dapat menyelami masalah mereka dan impati terhadapnya, Insya Allah akan jaga/ lindungi kita. Pada tahun 2015, sekolah kita diiktirafkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh KPM. Penganugerahan ini di sebabkan prestasi memberangsang dalam semua bidang iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum dalam tempoh 5-10 tahun lalu yang telah dicapai oleh pihak sekolah (SABK) iaitu di bawah pentadbiran Tn Hj Samsori Yosok, Pn Serifah Mahaya Syed Dakian dan Pn Zubaidah Ahmad. Sekumpulan nazir dari KPM telah datang membuat pemantauan dan penilaian pada awal Oktober 1994, mereka berpuashati dan mencadangkan sekolah kita untuk anugerah tersebut. Alhamdulillah kita dianugerah kecemerlangan tersebut pada tahun 2015 bersama dengan SAMT Hishamuddin Kampong Jawa Kelang. Untuk pengetahuan semua pihak sekolah telah menerima surat pemantauan / penilaian dari KPM awal tahun 1994. Pihak sekolah perlu menyedia dan melengkapkan dokumen sebaik mungkin sebelum mereka datang . Kebetulan pula pada tarikh 24 Julai 2014, Pn Zubaidah Ahmad selaku pengetua ketika itu bersara wajib dan dikuti oleh Pn Atifah Salleh selaku Penolong Kanan Pentadabiran bersara pilihan pada 01 Ogos 2014 sedangkan pemantau akan datang pada awal Oktober 2014. Adalah satu cabaran dan dugaan bagi saya sebagai PK HEM ketika itu untuk memastikan anugerah tersebut tidak terlepas dari genggaman kita. Alhamdulillah dengan kerjasama erat dan kerja kuat/komitmen yang tinggi dari Guru Kanan MP (Noor Ashikin Bt Ghazali, Noor Haniah Bt Wan Muhammad, Hasnah Bt Adam, Nor Aini Bt Mohd Aziz dan Norfizah Bt Abu Hasan), semua guru, akp dan seluruh warga SAM Hulu Langat, pihak sekolah dapat menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dengan jayanya. Saya merasa teruja kerana pembentangan dokumen-dokumen tersebut akan dilakukan oleh saya di hadapan pemantau/penilaian tersebut pada awal Oktober 2014 nanti. Syukur kepada Allah SWT, pada 01 Oktober 2014 , sekolah dapat pengetua baru iaitu Ustaz Mohamad Rahman Bin Sulaiman. Pembentangan tersebut diambil alih oleh beliau. Saya memahami apa yang sedang dilalui oleh Tn Hj Ismail Mohamed Ali (PKP) sekarang kerana beliau perlu menanggung tugas walid yang tidak sihat (Didoakan semoga sembuh segera seperti sediakala), bersaranya saya dan perpindahan Pn Mahani Othman (PKKO) sebagai pengetua. Saya pohon kepada semua warga SAM Hulu Langat supaya memberi komitmen dan sokongan padu kepada beliau bagi mentadbir sekolah yang tercinta ini bagi mengekal atau melonjakkan lagi prestasi yang sedia ada disamping melahirkan murid-murid berinsan kamil. Semenjak menyertai sekolah arus perdana (SABK-2006), Sekolah Agama Menengah Hulu Langat merupakan salah sebuah sekolah di Daerah Hulu Langat mencatat peratus kehadiran tahunan murid terbaik iaitu melepasi 95 peratus dan menepati sasaran pihak Jabatan Pendidikan Selangor. Seringkali mendapat sijil penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan menjadi antara sekolah di Negeri Selangor mempunyai peratus kehadiran murid yang membanggakan. Ini merupakan satu kelebihan, mohon para guru mengambil kesempatan yang ada ini supaya dapat memfokus sebarang aktiviti berguna kepada murid khususnya dalam bidang akademik, hal ehwal murid, kokurikulum dan sebagainya. Pada tahun 2014, SAM Hulu Langat telah mendapat Naib Johan Peringkat Kebangsaan pelaksanaan SUMUR, dan sungguh membanggakan pada tahun 2015 dan 2022 telah menjadi johan. Tahniah kepada semua guru kerana komitmen yang padu bagi menjayakan pelaksanaan SUMUR tersebut terutama sekali kepada JK SUMUR yang diterajui oleh Pn Azrina Karim, Pn Munyrah dll. Petunjuk kepada kejayaan ini menunjukkan bahawa anak didik kita ini mudah dilentur dan mendengar nasihat guru serta jarang sekali melawan. Kesempatan ini perbanyyakkanlah nasihat, teguran dan bimbing mereka supaya menjadi ihsan bertaqwa dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.


Alhamdulillah dengan berkat usaha gigih dan ikhlas para guru SAMTEN memberi ilmu dan mendidik, juga akp yang membantu urus tadbir berkaitan akademik murid, para pengawal yang memastikan keselamatan murid terjamin, para “cleaner” yang sentiasa menjaga kebersihan bagi mewujud suasana tenteram/sejahtera, PIBG yang banyak membantu dari segi kewangan dan kemudahan serta semua warga SAMTEN yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi melahirkan murid yang hebat lepasan SAMTEN. Ada kalangan mereka ini, lepas tamat pengajian kembali semula ke SAMTEN untuk menabur bakti kepada adik-adik/anak-anak SAMTEN iaitu Pn Azarina Karim, Ustaz Mohd Nor Shafiq Arsad, Siti Munyra Alhaj Bt. Md. Zyadi dan Siti Liyana Bt Yahaya . Selain mereka antaranya ialah 1. Fadhlina Sidek, Menteri Pendidkan Malaysia 2. Professor Dr Muhammad Ridhwan Bin Ab. Aziz Pensyarah (Perbankan Islam) USIM 3. Profesor Madya Dr. Azlan Shaiful Baharum Pensyarah Bahasa Arab USIM 4. (Dr.)Khairulmizam Bin Samsudin, Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Sistem Komputer Dan Komunikasi UPM 5. Dr. Zulkhairi Azizi Bin Zainal Abidin Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar UPM 6. Dr. Mohammad Imran Bin Ahmad Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) KUIS 7. Dr Kamarul Zaman Bin Zarkasi Pensyarah Pusat Kajian Sains Kajihayat USM 8. Dr. Dato’ Sri Muhammad Ali Bin Yahya Chairman Siti Healthcare Sdn Bhd and Siti Group of Campanies 9. Dr Dzulfadly Bin Abul Hassan Ashaari, Pensyarah Kanan Bahasa Arab UKM 10. Dr Saleha Binti Idris, Kaunseling 11. Dr Ali Tayyib Bin Azizan 12. Dr Omar Tayyib Bin Azizan 13. Dr Abu Baker Tayyib Bin Azizan 14. Dr Farah Najneen Binti M. Jais 15. Dr Ihsan Bin Abu Bakar 16 Akmal Basar (PTD) 17. Mohd Hadidin Hashim(PTD) 18. Mohd Syawal Zulkifly (PTD) 19. Mohd Hairul Abu Bakar (Jurutera) 20. Dr. Nurul Raihan Binti Mohd Suib (Lecturer UITM Dengkil) Physics Course Coordinator Expertise: Advanced Material and Superconductor 21. Norizah Bt Mohamed Daud (Lecturer UITM Melaka)N 22.2 Farah Haseenah Binti M. Jais (Arkitek) 23. Encik Sharudin Bin Sahrani ,Ketua Bahagian Jabatan Canseler UPM 24. Muhammad Farhan Bin Wijaya , Imam Besar Masjid Negeri Selangor 25. Ahmad Mukarrami Ab Mumin, Pakar Kewangan Islam 26. Rozalin Bokari, Usahawan Katering 27. Dr. Hafizah Mohamad Hsbollah, Head of Accounting Information Systems Unit (UUM) 28. Norashikin M. Thamrin (Assoc. Prof. Ir. Dr.) - UITM Ph.D in Electrical Engineering (Automation & Robotics), 2018 29. Mazlina Bt Che Malek -Pensyarah Universiti Islam Selangor 30. Suhana Fiza Maskuri : Lecturer Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah 31. Dr Masyitah Bt Jamaluddin 32. Muhammad Sabri in Mastori ( Azhar-Mesir) -Mudir Madrasah Tahfiz Saidiana Ali 33. Dr Yazid Bin Hazimi 34. Hafizuddin Subhi (Pilot) 35. Syed Mukhriz Bin Syed Salim (Ijazah Kejuruteraan Mekanikal – UTM Sekudai) Agency Manager - Prudential 36. Dato’ Mohamaed Edzuan Bin supario (Usahawan berjaya) 37. Dr Abd Aziz Bin Harith 38. Asst Prof Dr Muhammad Ateeq Bin Md Jalil (Clinical Lacturer- UIA Kuantan) 39. Muhammad Syamim Bin Rosli ( Process Petroleum Engineer) 40. Yusnizam Bin mohamad Yusoff ( Ijazah Teknologi Maklumat- UM ) - Pelabur Saham Bursa Malaysia 41. Mohd Naim Bin Ahmad Khan (Pilot) 42. Ahmad Fuad Bin Mohamad Mokhtar SPM 2012 (Selebriti TV3- Dae’)


43. Azli Bin Lazim SPM 1992 - Lecturer Di Open University Malaysia Dan Professional Technologist Di Malaysia Board Of Technologists 44. Mohd Fazri Bin Ismail (Azhar-Mesir, Imam 1 Masjid Kajang ) 45. Fazrul Azman Bin Haji Khairuddin ( Pegawai BPI KPM ) 46. Shahrun Nizal Mohd Nor SPM 1994 - Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) - UKM-Pegawai DBP 47. Hasif Bin Idris (Bachelor in Communication Journalism-USIM)- Wartawan Utusan Dan ramai lagi lepasan SAMTEN yang hebat-hebat, tidak sempat/mampu hendak senaraikan/tulis, maaf dipinta..... mana-mana nama yang tertinggal. Saya mencadangkan supaya alumni SAMTEN diaktifkan semula. Berdasarkan biodata mereka yang tersenarai di atas boleh membentuk satu organisasi yang mantap. Sebenarnya banyak hendak dicoretkan peristiwa pahit/manis di SAMTEN, namun kesuntukkan masa, kalau ada masa terluang nanti, in sya Allah akan diteruskan. Di kesempatan ini ,saya ingin memohon maaf ke atas pentadbir, guru-guru, akp, “cleaner”, pengawal keselamatan dan pekerja kantin/dewan makan atas segala kekasaran/perdebatan bahasa yang menyinggung perasaan, kebiadapan(provokasi) tingkah laku yang menyebabkan amarah dan termakan/terminum minta dihalalkan. Bila bercakap selalu nada yang tinggi dan tabiat suka menyakat dan terlampau peramah terutama kepada guru/staf yang baru mendaftar diri. Dengan kemaafan/keredhaan sahabat semua saya doakan semoga Allah swt memberkati, merahmati dan meredhai anda semua dunia/akhirat. Sudah adat bertemu, Tentu ada perpisahannya Sudah adat berjumpa, Tentu ada nokhtah perhentiannya Kalau diturutkan hati Tentu tak mahu melepaskan diri ini untuk pergi Tapi apakan daya….. Sudah tersurat dari ilahi Pertemuan kita hanya setakat ini… Oleh itu janganlah ianya diratapi…. Apa yang lebih penting… Hubungan persahabatan/ukhwah akan terus kekal abadi Dari mana hendak kemana Tinggi rumput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi Hari ini menanam jagung Hari esok menanam serai Hari ini kita berkampung Hari esok kita bersurai


Malam ini menanam jagung Malam esok menanam serai Malam ini kita berkampung Malam esok kita bercerai Hari ini menugal jagung Hari esok menugal jelai Hari ini kita berkampung Hari esok kita bercerai Batang selasih permainan budak Berdaun sehelai dimakan kuda Bercerai kasih bertalak tidak Seribu tahun kembali juga Orang Aceh sedang sembahyang Hari Jumaat tengah hari Pergilah kasih pergilah sayang Pandai-pandailah menjaga diri Mana Manggung, mana Periaman Mana batu kiliran taji Tinggal kampung tinggal halaman Tinggal tepian tempat mandi Bintang Barat terbit petang Bintang Timur terbit pagi Jika tidak melarat panjang Ada umur ketemu lagi Dari mana hendak ke mana Tinggi ruput dari padi Tahun mana bulan mana Dapat kita berjumpa lagi? Dian tiga lilin pun tiga Tanglung tergantung rumah laksamana Diam juga sabar pun juga Ada umur tidak ke mana Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi Sekian coretan ringkas saya. ِ الله َوَب َر َكاتُهُ ُم َ و َر ْح َمةُ َو َعَل ْي ُكْم َّ السلاَ


Click to View FlipBook Version