The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku program Iftar Jamaie SMKA Tun Perak 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haniszuraidi, 2023-04-16 21:19:40

Iftar Jamaie SMKA Tun Perak 2023

Buku program Iftar Jamaie SMKA Tun Perak 2023

Ihya Ramadhan Iftar Jamaie 17 April 2023 26 Ramadhan 1444H Asrama SMKA Tun Perak, Jasin | 6:00pm


PENGENALAN Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah terutamanya semasa berada di asrama. MATLAMAT Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.


Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. OBJEKTIF 1. 2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi. 3. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik. 4. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan. 5. Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan warden asrama, pentadbir dan guru guru sekolah, PIBG serta para ibu bapa murid.


JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Ust Muhd Rezel Bin Masah (Pengetua) Naib Pengerusi I : Pn Sharimah Bte Othman (PK HEM) Naib Pengerusi II : Tuan Hj Sahari Bin Md Derus(PK Pentadbiran) : Tuan Hj Khairiel Bin Mohktar (PK Kokurikulum) Penyelaras : En. Ramzi Bin Hj Naaim (Ketua Warden) Setiausaha : Cik Nurul Hanis Hanani Bte Muhamad Zuraidi Bendahari : Cik Nur Sakinah Bte Hj Abd Aziz En Mohd Halid Bin Mohd Hanafiah JAWATANKUASA PELAKSANA Buku Program : Cik Nurul Hanis Hanani Bte Mohd Zuraidi AJK Siaraya : En. AmirulFaizan Bin Ahmad AJK Persiapan Tempat : En Ramzi Bin Hj Naaim AJK Kawalan Disiplin : Ustaz Shahrul Nizam Bin Hadiau AJK Dokumentasi : En Mohd Arif bin Mohd Jamil AJK Persiapan Makanan ( Pelajar): Pn Era Natilia Bte Amernuddin Pn Nur Syafini Bte Yaacob AJK Persiapan Makanan ( Guru) : Cik Nur Sakinah Bte Abd aziz Pn Salwa Bte Hj Adnan AJK Asrama Pelajar : Pelajar Tingkatan 5


TENTATIF PROGRAM 5.30ptg - Guru-guru dan pelajar hadir untuk persiapan majlis 6.00ptg - Tetamu jemputan hadir dan mengambil tempat 6.15ptg - Ucapan Pengacara Majlis Persembahan pelajar Ucapan Aluan – Pengetua SMKA Tun Perak Ucapan Perasmian Ifftar Jamaei – Tetamu Kehormat Persembahan pelajar Qasidah Bacaan Al Maathurat dan Tahlil Ringkas Bacaan doa berbuka puasa 7.17ptg - Jamuan Iftar Jamaei (Dewan Makan Aspuri) Solat Maghrib /Tazkirah Akhir Ramadhan dan Ambang Syawal 8.20mlm - Solat Isyak dan Terawih / Witir berjemaah 10.00mlm - Moreh dan Bersurai ِبِه ا َواْحِتَساًبا ُغِفَر َلُه َما َتَقَّدَم ِمْن َذ ْن يَماًن َمْن َصاَم َرَمَضاَن ِإ Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah جل جلاله ,maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Riwayat Al-Bukhari (38)


Click to View FlipBook Version