SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG
MINIT MESYUARAT GURU KALI KELIMA 2021
TARIKH : 30 DISEMBER 2021 ( KHAMIS )
MASA : 3.00 PETANG
APLIKASI : GOOGLE MEET
KEHADIRAN : (SILA RUJUK LAMPIRAN KEHADIRAN GURU)
AGENDA MESYUARAT
1 KATA ALU-ALUAN
1.1 Encik Moahamed Salim meraikan kehadiran guru besar, semua guru penolong
kanan dan guru SKBL serta guru-guru baharu, iaitu Cikgu Ng Shi Hui dan Cikgu
Kalidass ke mesyuarat guru kali kelima.
Tindakan: Makluman
2 UCAPAN GURU BESAR
2.1 Tujuan Mesyuarat
2.1.1 Encik Fazlee mengalu-alukan kehadiran semua guru kerana dapat hadir ke
mesyuarat kali terakhir bagi tahun 2021 walaupun sesi persekolahan akan
bersambung selama 2 bulan pada tahun 2022
2.1.2 Beliau menyatakan tujuan mesyuarat diadakan ialah untuk meraikan
guru-guru yang dapat bertukar dan menyambut guru-guru baharu ke
SKBL.
2.1.3 Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas jasa bakti kepada
guru-guru yang dapat bertukar ke sekolah antara daerah dan negeri.
1
Mereka ialah Puan Nur Amira Aiza, Puam Aznita Johan, Puan
Noorasyikin Yahya ( setiausaha mesyuarat), Ustazah Noor Zilawaty, Puan
Nureen Tasnim, Puan Ratna Izatee, Ustazah Rosyidatun Husna dan Puan
Hasnah Hussain.
2.1.4 Beliau juga mengalu-alukan kedatangan Cikgu Ng Shi Hui dan Cikgu
Kalidass ke SKBL.
2.2 HLP
2.2.1 Encik Fazlee memaklumkan bahawa telah menerima surat penajaan
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi melanjutkan pelajaran di
peringkat sarjana dan doktor falsafah serta HLP separuh masa (HLPS).
Guru-guru dan pegawai pendidikan yang layak boleh memohon dalam
tempoh masa 24 Dis 2021 – 31 Januari 2022.
2.2.2 Guru-guru yang berminat untuk menyambung pelajaran, boleh memohon
untuk disokong oleh guru besar dan guru penolong kanan pentadbiran
(PKP).
Tindakan: Makluman
2.3 Cuti Peristiwa bagi Tahun 2022
2.3.1 Pihak PPD dan JPN telah meluluskan permohonan cuti peristiwa SKBL
sebanyak 3 hari.
2.3.2 Tiga (3) hari cuti peristiwa tersebut ialah pada 17hb Januari, (Isnin)
sempena perayaan Thaipusam (18hb Januari). Seterusnya, pada 4hb
Februari ( Jumaat) sempena Tahun Baharu Cina dan 14hb Februari, hari
Isnin berikutan SKBL mengadakan Program Merentas Desa yang
dilaksanakan pada hari Sabtu, 12hb Februari 2022.
2
2.4 CRK & MC
2.4.1 Beliau mendapati bahawa pada 3 minggu terakhir penggal kedua terdapat
banyak pengambilan CRK yang menjadi bebanan kepada PKP untuk
membuat jadual ganti.
2.4.2 Satu inisiatif yang akan dilakukan pada tahun hadapan ialah guru-guru
perlu berbincang dengan guru besar atau PKP untuk mengenal pasti
tujuan mengambil CRK.
2.4.3 Jika berlaku kecemasan, guru-guru perlu terus menelefon mereka.
2.4.4 Segala urusan permohonan CRK melalui mesej tidak akan dilayan.
Tindakan : Semua guru
3 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS
3.1 Puan Maizatul Asfarini mencadangkan agar minit mesyuarat keempat disahkan
dan disokong oleh Encik Sangara Nanda.
4 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Pembukaan Sekolah
4.1.1 Encik Mohamed Salim memaklumkan bahawa persekolahan penggal
ketiga akan bermula pada 10hb Januari 2022 seperti mana pengumuman
terkini oleh pihak KPM berdasarkan situasi yang melanda negara.
4.2 Jadual Waktu
4.2.1 Beliau menyatakan bahawa jadual waktu bagi penggal ketiga sedang
dalam proses.
4.2.2 Jadual waktu tersebut akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada hari
Khamis, minggu hadapan. Sekolah sedang menunggu beberapa orang lagi
guru yang masuk untuk menentukan agihan waktu serta padanan opsyen
masing-masing.
3
4.3 Penggiliran Kehadiran Murid
4.3.1 Beliau juga menegaskan bahawa maklumat terkini tentang penggiliran
murid juga belum pasti. Oleh itu, pihak sekolah perlu menunggu arahan
rasmi sama ada penggiliran atau sepenuhnya daripada KPM. Surat
berkaitan akan dikeluarkan kepada ibu bapa.
4.4 PBD
4.4.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana telah
menyiapkan pelaporan PBD kepada murid serta penghargaan kepada
Ustazah Noor Zilawaty dan Encik Sangara Nanda atas inisiatif untuk
pengedaran slip pelaporan PBD secara dalam talian yang telah
memudahkan semua pihak.
4.4.2 Semua guru perlu menyediakan Catch Up Plan bagi setiap kelas dan mata
pelajaran yang diajar bagi tahun 2021.
4.5 Kursus Semakan Tahun 6 2021
4.5.1 PKP memaklumkan bahawa kursus semakan tersebut bagi Bahasa
Inggeris belum diselesaikan.
4.6 PAJSK
4.6.1 Sistem PAJSK masih boleh dikemaskini oleh guru-guru penasihat
sehingga 31 Januari 2022 seperti yang dimaklumkan oleh Puan Azizah.
5 KURIKULUM
5.1 E-rph
5.1.1 Tapak e-rph untuk 6 minggu sedang dimurnikan oleh Encik Sangara
Nanda. Tapak tersebut akan dimaklumkan pada minggu hadapan.
5.1.2 Tapak ini tidak sama seperti tapak e-rph sebelum ini.
5.2 Catch Up Plan (CUP)
5.2.1 Encik Mohamed Salim meminta guru-guru menyiapkan tapak CUP
selewat-lewatnya pada hari Rabu minggu hadapan terutamanya guru-
4
5.2.2 guru yang bertukar.
Ucapan terima kasih diberikan kepada guru-guru yang telah menyiapkan
tugasan tersebut.
Tindakan : Semua guru
5.3 Ujian Sumatif
5.3.1 Beliau menyatakan bahawa ujian sumatif dijalankan berpandukan
kelas masing-masing. Tiada pelarasan jadual waktu khusus untuk
tujuan tersebut.
5.3.2 Ujian sumatif dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan murid
bagi kemahiran-kemahiran tertentu.
5.3.3 Markah yang diperolehi melalui ujian sumatif tersebut perlu direkodkan
untuk maklumat bagi tahun hadapan.
5.3.4 Satu tapak akan disediakan untuk mengisi markah murid-murid tersebut
mengikut mata pelajaran berdasarkan kemahiran yang telah ditafsir.
5.3.5 Beliau akan berbincang bersama Encik Sangara, Cik Ng dan Encik Izmi
tentang tujuan tersebut.
.
Tindakan : Semua guru
5.4 Ahli Jawatankuasa Baharu
5.4.1 Encik Mohamed Salim mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa yang
baharu bagi menggantikan guru-guru yang bertukar.
5.4.2 Lantikan baharu adalah seperti berikut:
i. Puan Ismawiza - Ketua Panitia Bahasa Melayu
ii. Penyelaras MPDCA – Encik Muhammad Sholhi
iii. Penyelaras PBD – Puan Siti Nazariah & Cik Ng Pei Lin
iv. Pencatat Minit Mesyuarat Guru – Puan Maizatul Asfarini
Tindakan: Makluman
5
6 HAL EHWAL MURID
6.1 SSDM
6.1.1 Encik Arif mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada guru
yang telah berjaya melengkapkan sasaran SSDM kerana telah mencapai
lebih daripada 90%.
6.1.2 Beliau bercadang untuk mengadakan satu program berkaitan SSDM
pada tahun hadapan.
Tindakan : Semua Guru
6.2 Tempahan Makanan Kantin
6.2.1 Beliau memaklumkan bahawa tempahan makanan daripada kantin akan
dibuka pada minggu hadapan cuma bergantung kepada kaedah
pengoperasian sekolah kelak.
6.2.2 Maklumat terkini yang diperolehi ialah murid-murid RMT perlu hadir ke
sekolah pada setiap hari.tanpa penggiliran bagi penggal ketiga. Oleh itu,
murid RMT tidak terlibat dengan penggiliran ke sekolah. Hal ini
berikutan, RMT disediakan pada setiap hari serta Program Susu Sekolah
akan dijalankan.
Tindakan : Semua Guru
6.3 Ujian Saringan Kendiri Covid-19
6.3.1 Program ini akan diteruskan bagi tahun hadapan pada setiap hari Rabu.
Unit Kesihatan akan kehilangan seorang AJK, iaitu Puan Noorasyikin
yang akan bertukar sekolah. Pihak sekolah akan mencari pengganti
beliau untuk menjayakan program tersebut.
6.3.2 Beliau mengesahkan bahawa 5 orang guru akan dipilih untuk menjalani
ujian kendiri tersebut pada setiap minggu bagi sepanjang persekolahan
penggal ketiga setelah maklumat tersebut disoal oleh PK Pentadbiran.
6
6.4 Kebajikan
6.6.1 Encik Arif meminta guru-guru untuk memaklumkan kepada beliau jika
terdapat murid-murid yang menghadapi masalah pakaian seragam
sekolah.
6.6.2 SKBL telah menerima 20 baucar tunai pakaian seragam daripada
pejabat ADUN serta bantuan pakaian seragam bagi 100 orang murid
daripada Zakat Pulau Pinang.
6.5 BAP
6.5.1 Encik Arif menyatakan bahawa semua guru kelas perlu menyerahkan
PB1 & PB2 apabila diminta pada tahun hadapan.
6.5.2 Guru kelas perlu membuat semakan maklumat-maklumat pada borang
tersebut dengan maklumat dalam APDM.
6.5.3 Bantuan RM150 akan diberikan kepada murid yang benar-benar layak,
iaitu ibu bapa yang berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 3000 ke
bawah.
Tindakan : Guru Kelas
6.6 APDM
6.6.1 Encik Arif meminta semua guru kelas menyemak maklumat-maklumat
murid kerana terdapat beberapa maklumat yang meragukan.
6.6.2 Antara maklumat yang meragukan ialah alamat rumah berlainan negeri
serta tiada pendapatan walaupun waris bekerja.
Tindakan : Guru Kelas
7
7 KOKURIKULUM
7.1 PAJSK
7.1.1 Puan Azizah menegaskan dua perkara bagi mesyuarat kali ini. Semua
guru penasihat masih boleh mengemaskini maklumat penglibatan
murid yang terkini di dalam PAJSK. dari semasa ke semasa kerana
hanya mencapai sasaran 70% oleh pihak PPD. Beliau berharap agar
sekolah mendapat sasaran yang melebihi 80%.
7.1.2 Aplikasi PAJSK akan ditutupkan pada 31 Januari 2022 kelak.
Tindakan : Semua guru
7.2 e-Penyertaan & Pencapaian
7.2.1 Guru kelas diminta untuk terus mengisi data murid-murid sama ada
di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
7.2.2 Maklumat tersebut masih boleh dikemaskini kerana terdapat banyak
sijil yang diperolehi sepanjang November dan Disember.
7.2.3 Data-data yang telah dikemaskini akan dinilai oleh Encik Sangara dari
semasa ke semasa.
Tindakan : Semua guru
8 PEMULIHAN
8.1 Data Saringan
8.1.1 Puan Nur Saiyidah menngucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik tahun 1 atas kerjasama pengumpulan
data murid untuk menduduki Saringan Literasi dan Numerasi.
8.1.2 Beliau menyatakan bahawa seramai 31 orang murid akan menduduki
Saringan Literasi dan 23 orang murid untuk Saringan Numerasi.
8.1.3 Maklumat-maklumat ini adalah berdasarkan PBD akhir tahun 2021.
8
8.2 Saringan Literasi dan Numerasi
8.2.1 Saringan akan diadakan bermula pada 10hb Januari 2022 secara
berperingkat.
8.2.2 Murid pemulihan tahun 2, 3 dan 4 yang sedia ada juga akan menduduki
saringan terebut sepanjang 6 minggu persekolahan 2021/2022.
8.2.3 Murid-murid yang berjaya dalam saringan terebut akan kembali ke kelas
Perdana. Murid-murid tidak berjaya akan teruskan program pemulihan
Bahasa Melayu dan Matematik seperti biasa.
8.2.4 Tarikh pengisian dan kemas kini maklumat murid pemulihan modul
pemulihan dalam APDM bagi persekolahan penggal ketiga ialah 14hb
Februari – 25hb Februari 2022. Nama murid-murid yang lulus akan
dikeluarkan dari sistem bagi tujuan phak PPD untuk mendapatkan pada
setiap tahun.
Tindakan: Makluman
9 HAL-HAL LAIN
9.1 Ucapan Perpisahan & Pengenalan
9.1.1 Encik Mohamed Salim meminta guru-guru yang bertukar untuk
menyampaikan ucapan perpisahan serta ucapan pengenalan oleh 2
orang guru baru.
9.1.2 Semua guru penolong kanan menyampaikan maaf dan ucapan tahniah
dan terima kasih kepada semua guru yang bertukar atas perkhidmatan
yang telah diberikan selama ini. Perkhidmatan yang diberikan telah
banyak membantu program- program yang dijalankan. Mereka berharap
guru-guru yang bertukar akan lebih baik dan bersemangat di sekolah
baharu.
9.1.3 Encik Mohamed Salim juga berharap guru-guru baharu dapat menjalankan
tugas di SKBL dengan cemerlang.
9
10 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Encik Fazlee berharap guru-guru bersedia menerima tugas baharu berikutan ramai
guru yang bertukar. Beliau memberikan satu kata-kata untuk renungan semua
guru.
Forgive your younger self
Believe in your current self
Create your future self’ .
10.2 Encik Mohamed Salim berharap semua guru dapat muhasabah diri sempena
menutup tirai tahun 2021 agar dapat memperbaiki tahap pengajaran, tugasan agar
tahun 2022 lebih berjaya demi masa depan anak didik SKBL
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.05 petang.
Disediakan oleh,
NOORASYIKIN BINTI YAHYA
Setiausaha,
Pengurusan Minit Mesyuarat Guru 2021,
SK Batu Lanchang.
31 Disember 2021
10