The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezrea759, 2023-03-10 23:08:33

MINIT MESYUARAT GURU

KALI KE 5 22/23

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG LORONG BATU LANCHANG 11600 PULAU PINANG MESYUARAT GURU KALI KE-5 SESI AKADEMIK 2022 / 2023 TARIKH : 08 DISEMBER 2022 ( KHAMIS ) MASA : 12.50 TENGAHARI HINGGA 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT PENDITA KEHADIRAN : Rujuk lampiran AGENDA MESYUARAT 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Puan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali ini. 1.2 Puan pengerusi mengingatkan tentang perlu ada pelapis baru untuk mengendalikan sistem siaraya selain daripada Ustaz Wan Mohd Iqbal.Ini bertujuan supaya mesyuarat dapat di jalankan dengan lancar dan maklumat disampaikan dengan jelas. 1.3 Semua guru diingatkan supaya hadir mesyuarat lebih awal dari guru besar. Tindakan:Makluman 2.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2.1 Semua guru diingatkan supaya sentiasa rujuk maklumat rasmi yang disampaikan melalui telegram sekolah. 2.2 Puan pengerusi mohon kerjasama dari guru-guru supaya menulis minit mesyuarat dengan penggunaan bahasa yang sesuai, tepat dan format yang betul. Tindakan:Makluman 3.0 TAKLIMAT GURU BESAR 3.1 PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR DAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2022/2023 3.1.1 Puan pengerusi memaklumkan UASA akan dilaksanakan menerusi ujian bertulis sepenuhnya. Murid yang terlibat dalam UASA adalah Tahap 2 manakala murid Tahap 1 akan menduduki Pentaksiran Sumatif Akhir.


3.1.2 Soalan peperiksaan UASA akan disediakan oleh pihak KPM. Pihak sekolah akan mencetak kertas soalan dan guru tidak dibenarkan melihat kertas soalan bagi mengelak berlakunya kebocoran soalan. 3.1.3 Puan pengerusi menjelaskan guru tidak boleh menilai tahap penguasaan murid TP1 dan TP2 dengan alasan masalah ketidakhadiran ke sekolah. Murid perlu di nilai secara berterusan sepanjang pdpc dan melihat perkembangan kemajuan murid secara menyeluruh. 3.1.4 Sekiranya murid ada masalah ketidakhadiran dan masalah pembelajaran, murid perlu di nilai pada waktu lain dan perlu ada peningkatan dari TP1 dan TP2. Guru perlu bimbing murid hingga menguasai dan kurangkan TP1 dan TP2. Tindakan: Semua guru 3.2 PERSEDIAAN CUTI SEKOLAH PENGGAL 3 SESI 2022/2023 3.2.1 Guru kelas diminta memastikan semua fail peribadi murid telah lengkap dan diletakkan di bilik mesyuarat.Ini sebagai persediaan untuk murid yang berpindah sekolah pada waktu cuti. 3.2.2 Pastikan tiada buku teks yang tertinggal di dalam kelas dan murid perlu bawa balik semua buku teks dan buku aktiviti. Murid yang tidak hadir, buku aktiviti perlu disusun dengan kemas di dalam kelas. 3.2.3 Hasil kerja dan evidens murid perlu disimpan di dalam kelas. 3.2.4 Kerusi murid perlu diletakkan di atas meja bagi memudahkan urusan pekerja pembersihan sekolah pada waktu cuti. 3.2.5 Guru mata pelajaran diminta merancang kerja untuk murid semasa cuti sekolah. Segala maklumat kerja semasa cuti sekolah boleh dimaklumkan melalui WhatsApp Group kelas masing-masing. 3.2.6 Guru-guru yang memegang bilik khas perlu pastikan semuanya dalam keadaan teratur, kemas dan bersih. Pastikan kunci diserahkan ke pejabat. 3.2.7 Bahan dan alatan di dalam stor perlu disusun dengan kemas dan teratur terutamanya stor sukan. Ketua panitia PJ diminta mengambil tindakan. 3.2.8 Mohon kerjasama guru-guru supaya membersihkan bilik guru sebelum cuti. Barang yang tidak diperlukan diletak di luar bilik guru,tong sampah di kosongkan, jangan tinggalkan sebarang makanan di dalam bilik guru dan peti ais perlu di kosongkan. Tindakan : Semua guru


3.3 PERMOHONAN CUTI 3.3.1 Puan pengerusi mengingatkan semua guru supaya permohonan cuti rehat khas (CRK) perlu dibuat awal. CRK adalah untuk tujuan tertentu sahaja dan tertakluk kepada kelulusan guru besar. 3.3.2 Permohonan cuti tanpa gaji (CTG) digalakkan mohon selama 2 tahun berbanding CTG yang di pohon secara runcit. 3.3.3 Cuti kuarantin dibenarkan sekiranya guru dijangkiti penyakit berjangkit atau perlu menjaga ahli keluarga yang dijangkiti. 3.3.4 Guru yang cuti sakit diingatkan supaya mengambil gambar sijil cuti sakit dan terus dimasukkan di dalam Telegram bagi mengelakkan kehilangan maklumat. 3.3.5 Permohonan ke luar negara atas urusan persendirian atau mengerjakan umrah perlu dibuat selewat-lewatnya 21 hari sebelum tarikh berlepas. 3.3.6 Semua guru diminta supaya mengemaskini permohonan cuti di HRMIS. Puan pengerusi maklumkan sebarang permohonan cuti yang telah dibuat akan menggangu semasa pemberian pencen. 3.3.7 Guru-guru diingatkan supaya menjaga kesihatan diri supaya dapat bekerja dengan baik. Tindakan : Semua guru 3.4 POST MORTEM HARI SUKAN SEKOLAH 3.4.1 Puan pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah bekerjasama dalam menjayakan Hari Sukan Sekolah. 3.4.2 Semasa majlis, lagu negeri hanya dimainkan sebahagian sahaja. Sekiranya berlaku perkara ini, lagu negeri perlu dimainkan semula. 3.4.3 Puan pengerusi menjelaskan sebahagian acara larian perlu dibuat lebih awal. Acara kemuncak olahraga pada Hari Sukan hanya untuk acara tertentu sahaja, fokus kepada acara sukaneka dan tidak perlu banyak aktiviti. Tindakan : Semua guru 4.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP)


4.1 KELAS GANTI ( RELIEF ) 4.1.1 PKP mengucapkan ribuan penghargaan kepada guru-guru yang telah menggantikan kelas bagi rakan guru yang tidak hadir sekolah sama ada atas urusan rasmi atau peribadi. 4.1.2 Terdapat juga guru yang terlupa masuk ganti kelas. PKP meminta guru-guru sentiasa peka dengan jadula ganti untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini semasa ketiadaan guru di dalam kelas. 4.13 PKP memohon kerjasama guru supaya mengisi buku pemantauan kerana didapati ada guru yang tidak mengisi buku pemantauan. Tindakan & Makluman: Semua guru 4.2 e-RPH 4.2.1 PKP meminta guru-guru menghantar e-RPH pada masa yang telah ditetapkan menggunakan pautan (link) yang dikongsikan dalam telegram sekolah. Tindakan : Semua guru 4.3 e-OPERASI & SKPMG2 4.3.1 PKP meminta guru mengemaskini data dalam e-Operasi dan memaklumkan kepada beliau sekiranya ada kesilapan data dengan menghantar salinan cetakan yang telah diperbetulkan dengan pen merah. 4.3.3 SKPMG2 PKP memaklumkan bahawa Cikgu Fatin Hanani telah membuat hebahan di dalam telegram supaya guru-guru yang berkenaan mengisi dalam pautan yang disediakan sebelum tarikh yang ditetapkan iaitu 24 Disember 2022. Tindakan : Semua guru 4.4 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 4.4.1 Semua guru diminta untuk menyelesaikan PBD pagi pentaksiran akhir tahun. Format pentaksiran belum dimaklumkan lagi. 4.4.2 Taklimat berkenaan PBD akan diadakan pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. Tindakan: Semua guru 4.5 UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK & PENTASKIRAN SUMATIF


4.5.1 Pentaksiran Sumatif adalah untuk tahap 1 yang melibat mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Ia akan dijalankan selama 1 jam 15 bagi setiap mata pelajaran. 4.5.2 Bagi tahap 2, peperiksaan akan menggunakan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Manakala bagi subjek elektif, ketua panitia dimaklukan bahawa peperiksaan akan dijalankan mengikut masa sendiri di dalam jadual waktu. Tiada tetapan jadual yang khusus seperti UASA. 4.5.3 Semua subjek perlu mengisi markah murid di dalam sistem idme dalam bentuk markah dengan unjuran markah per 50. Lembaga Peperiksaan Malaysia akan menentukan sendiri Tahap Penguasaan (TP) murid berdasarkan markah yang telah dimasukkan di dalam sistem. Tindakan: Semua guru 4.6 PEMILIHAN BUKU KERJA 4.6.1 PKP meminta ketua panitia mengambil naskhah contoh daripada beliau untuk membuat pemilihan buku kerja bagi sesi akademik 2023/2024. Sekiranya telah selesai membuat pemilihan boleh hantar naskhah tersebut kepada beliau. Boleh berbincang sesama guru yang mengajar untuk melihat kesesuaian buku kerja tersebut. Tindakan: Semua Ketua Panitia 4.7 KEMASKINI FOLDER PANITIA 4.7.1 Semua ketua panitia hendaklah mengemaskini folder di dalam e-kurikulum sebelum berakhir sesi akademik 2023/2024. Salinan laporan hendaklah diserahkan kepada PKP sebelum 14 Februari 2023. Tindakan: Semua Ketua Panitia 4.8 HARI ANUGERAH CEMERLANG 4.8.1 Hari Anugerah Cemerlang akan diadakan pada 16 Februari 2023 iaitu hari Khamis. Majlis diadakan secara dalaman sahaja iaitu tidak melibatkan ibu bapa murid-murid.


4.8.2 Markah dalam UASA bagi tahap 2 dan pentaksiran sumatif bagi tahap 1 akan digunakan untuk menentukan setiap anugerah atau kedudukan murid di dalam kelas. Tindakan dan Makluman: Semua guru 5.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN HEM 5.1 PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 5.1.1 PK HEM meminta kerjasama guru kelas untuk memasukkan Borang Permohonan Bantuan Persekolahan (PB1) dan Borang Pengesahan Pendapatan (PB 2) ke dalam fail murid. Tindakan: Semua guru kelas 5.2 APDM 5.2.1 PK HEM memaklumkan terdapat data murid yang dipertikai oleh pihak KPM kerana jumlah murid yang berkurang. Guru-guru dikehendaki mengemaskini jumlah murid pada laman APDM. 5.2.2 PK HEM memaklumkan kepada guru kelas untuk mengemaskini maklumat murid dan pendapatan ibu bapa dalam laman APDM. 5.2.3 PK HEM memaklumkan laman APDM mengalami gangguan pada minggu ini. 5.2.4 PK HEM memohon guru kelas untuk kemaskini kedatangan dan data murid dengan segera jika laman tersebut sudah aktif. 5.2.5 PK HEM meminta guru utuk menyemak dan menyerahkan salinan kehadiran murid pada AJK APDM setiap bulan. Tindakan: Semua guru kelas 5.3 PROGRAM HADIR & MENANG 5.3.1 PK HEM memohon guru kelas untuk menyerahkan nama murid yang hadir penuh mulai bulan Mac 2022 hingga Februari 2023 serta September 2023 hingga Februari 2023 kepada Cik Fatin Hanani. Tindakan: Semua guru kelas 5.4 PELANTIKAN PENGAWAS 5.4.1 PK HEM memaklumkan murid-murid yang dipilih masih dalam percubaan. 5.4.2 PK HEM memaklumkan bahawa sebarang rayuan tidak akan diterima sekiranya murid tersebut gagal dalam tempoh percubaan. Tindakan & Makluman: Semua guru


6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Puan GB memaklumkan bahawa semasa cuti akan dijalankan pemasangan papan putih di dalam kelas yang mengalami kerosakan papan putih. Beliau meminta guru-guru kelas supaya memberi semula senarai nama kelas yang memerlukan papan putih yang baru. 6.2 Encik Ahmad Sufi memaklumkan tarikh akhir pengisian data PAJSK ialah pada 9/12/2002. Mohon kerjasama guru-guru mengambil tindakan segera. 6.3 Puan Mazli memaklumkan terdapat satu lagi kelas yang masih belum menjalani ujian psikometrik. Ujian akan dijalankan pada hari Jumaat (9/12/2022). 6.4 Sesi fotografi guru-guru tahun 6 bersama murid akan dijalankan pada hari Jumaat, 9/12/2022. Diminta guru yang terlibat memakai pakaian batik untuk sesi bergambar. Guru lain dibenarkan memakai baju sukan. 6.5 Puan Shazana memaklumkan Majlis Jamuan Akhir Tahun bagi murid tahun 6 akan diadakan pada 28 Januari 2023 di Hotel Berjaya bermula 12 tengahari hingga 3.00 petang. Guru-guru yang hendak menyertai masih boleh berbuat demikian sebelum 15 Januari 2023 dengan bayaran RM60. Tema adalah hitam bagi lelaki dan merah jambu bagi perempuan. Tindakan & Makluman: Semua guru 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Sebagai mengakhir mesyuarat, puan GB mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama guru-guru. Beliau meminta semua guru menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang Disediakan oleh, zubaidah .......................................................... (ZUBAIDAH BINTI OTHMAN) Pencatat Minit Mesyuarat, Pengurusan Minit Mesyuarat Guru 2022, SK Batu Lanchang.


Lampiran KEHADIRAN GURU BIL NAMA GURU JAWATAN 1 NOOR AZIAN BINTI AHMAT GURU BESAR 2 MOHAMED SALIM BIN SULAIMAN PK PENTADBIRAN 3 ARIFF MAZDI BIN MAT PK HEM 4 NORHAZANA BINTI YUSOFF KP BAHASA MELAYU 5 SHAZANA BINTI MAIDIN KP BAHASA INGGERIS 6 RAIS BIN ABDUL AZIZ KP SAINS 7 KALIDASS A/L PRAMKUMAR KP PENDIDIKAN MORAL 8 AHMAD SUFI BIN AHMAD SOED KP PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 9 MUHAMMAD NAZMI IZZUDDIN BIN MUHAMAD ZUBAIRI KP BAHASA CINA 10 CHOO LEE YEN KP PENDIDIKAN SENI VISUAL 11 JAMILAH BINTI BASRI KP RBT 12 NOOR SYUHADA BT JUMALE KP BAHASA ARAB 13 NORDIANA BINTI HARON KP PENDIDIKAN MUZIK 14 SHANTINI THEVISRI A/P DHANABALAN KP SEJARAH 15 AIDA FARIZA BT ABDUL RAHMAN 16 ALLAGASWARI A/P MUNIANDY 17 AZMAZURA BINTI ABDUL RAHMAN 18 CHUAH TZE HUEY 19 DHEVENTHIRAN DASS RAMADASS 20 FARIDAH BINTI ZAINUN 21 FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR 22 GENGESVARY A/P SUBRAMANIAM 23 HALIS BIN MOHD ISA 24 ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH 25 KHAIRIL FIKRI BIN MOHD. DIN 26 LINDA YEAP 27 MAIZATUL ASFARINI BINTI KASRI 28 MARAYU BINTI AYOP 29 MAZLI BINTI MOHD. YUSOF 30 MOHAMAD ABU BAKAR BIN ABU SEMAN 31 MOHAMAD FIRDAUS BIN AB RAHMAN 32 ZUBAIDAH BINTI OTHMAN


33 MOHD FERDAUS BIN AHMAD 34 MOHD IZMI BIN MOHAMED IZOHAN 35 MOHD TARMIZY B.NOORDIN 36 MUHAMMAD SHOLHI BIN AZMI 37 NABILA SAADA BINTI ABDUL AZIZ 38 NABILAH BINTI ABDULLAH 39 NAVIN A/L BASKARAN 40 NG PEI LIN 41 NG SHI HUI 42 NOORAZUWA BINTI MD.YASIN 43 NORLIZA BINTI GHAZALI 44 NORSAKINAH BINTI ABDULLAH 45 NUR ZAIDATUL AKMAM BT MOHD ROZI 46 NURSAIYIDAH BINTI ABDUL RASID 47 NURUL AKASYAH BINTI KAMARUDIN 48 RENUKHA A/P NALLASAMY 49 ROHAZILA BINTI ABDUL RAHMAN 50 ROZITA BINTI RAMLI 51 SATWANT KOUR A/P BADAN SINGH 52 SITI HAJAR BINTI AHMAD 53 SITI NOOR BT IBRAHIM 54 SIVAPRAKASH A/L PATHMANATHAN 55 SUTHA A/P MOORTHY 56 SYAKIROH BINTI RAMLI 57 SYARIFAH NADIA BINTI SYED MANSHOR 58 UMAVATHY A/P SUBRAMANIAM 59 ZITTO ZULKARNAEN BIN ABDULLAH TIDAK HADIR BERSEBAB 1 AZIZAH BINTI MAINDAD TAKLIMAT KO-KURIKULUM 2 IMRAN BIN AHMAD MARZUKI MAJLIS APRESIASI PERTANDINGAN ADNI PERINGKAT PPD TIMUR LAUT TAHUN 2022 3 WAN MOHD IQBAL BIN WAN MUSTAFA MAJLIS APRESIASI PERTANDINGAN ADNI PERINGKAT PPD TIMUR LAUT TAHUN 2022 4 SANGARA NANDA A/L KARRUPIAH CRK 5 UMADEVI A/P PARAMASIVAN CRK 6 SITI KHATIJAH BT ABDUL KADIR CUTI SAKIT


Click to View FlipBook Version