The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezrea759, 2022-12-05 08:39:02

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE-4

TAHUN 2022/2023

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG

MESYUARAT GURU KALI KE-4 SESI AKADEMIK 2022 / 2023

TARIKH : 4 OGOS 2022 ( KHAMIS )
MASA : 1.15 HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PENDITA
KEHADIRAN : Rujuk lampiran

AGENDA MESYUARAT
1 UCAPAN ALUAN

1.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Encik Mohamed Salim mengalu-alukan kehadiran guru
besar, penolong kanan-penolong kanan dan semua guru pada mesyuarat guru kali keempat
bagi sesi akademik 2022/2023.

1.2 Beliau meminta guru-guru merujuk minit mesyuarat lepas dan mengesah serta menyokong
minit mesyuarat tersebut.

1.3 Cikgu Zitto Zulkarnaen mencadang minit mesyuarat disakan. Semua yang hadir sebulat suara
mengesahkan minit mesyuarat guru kali ke-3.
Tindakan: Makluman

2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
2.1 KAD PERAKAM (PUNCH CARD)
2.1.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) meminta guru-guru meletakkan kad perakam
waktu masing-masing mengikut tempat yang betul iaitu punch in pada petak no 2 dan

1

punch diletakkan semula di petak no 1 iai bagi memudahkan beliau untuk mengenal
pasti kehadiran guru.
2.1.2 Guru-guru diharap tidak lupa untuk mengetip kad perakam waktu sekiranya datang
bertugas menyebabkan PKP terpaksa telefon untuk memastikan kehadiran guru. Ia
untuk mengelak sebarang kesulitan sekiranya ada pelawat datang ke sekolah.
2.1.2 Pastikan masa punch in adalah sebelum 7.40 pagi waktu masuk dan punch out selepas
1.20 petang

Tindakan: Semua guru
2.2 KEMASKINI CUTI

2.2.1 PKP mengucapkan tahniah atas kerjasama semua guru yang sentiasa mengemaskini
cuti masing-masing. Beliau sekali lagi mengingatkan guru-guru supaya sentiasa
mengemaskini cuti setiap kali mengambil cuti seperti cuti sakit, cuti kuarantin dan
cuti rehat khas di dalam HRMIS.

2.3.2 Guru juga dikehendaki mengisi borang cuti yang boleh didapati di pejabat dan
menghantar dengan kadar segera kepada kerani atau PKP. Beliau turut memaklumkan
bahawa ada cuti yang perlu dihantar borang ke PPD seperti cuti kuarantin.

Tindakan: Semua guru
3 TAKLIMAT GURU BESAR (GB)

3.1 KATA-KATA ALUAN
3.1.1 Puan GB mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru. Beliau mengakui
masih belum mengenali guru-guru dengan sepenuhnya kerana belum lagi melakukan
aktiviti bersama semua guru.
3.1.2 Beliau memohon maaf di atas perubahan tarikh dan masa mesyuarat kerana sebab
tertentu seperti ketiadaan guru dan beberapa masalah di pihak pengurusan.
Tindakan: Makluman

3.2 PENGURUSAN BILIK DARJAH
3.2.1 Puan GB mendapati ada meja dan kerusi yang lebih di dalam bilik darjah. Beliau
meminta supaya guru kelas dengan bantuan murid mengeluarkan kerusi meja yang
berlebihan dan meletakkan di belakang dewan.

2

3.2.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada kelas yang telah melengkapkan papan
kenyataan dengan info pelajaran, sekolah dan kelas. Walau bagaimana pun masih
terdapat papan kenyataan panitia yang tidak lengkap. Beliau meminta mana-mana
papan kenyataan yang masih tidak lengkap supaya dilengkapkan dengan bahan yang
menarik perhatian murid-murid untuk membaca seperti mengadakan kuiz.

3.2.3 Kebersihan kelas pada tahap yang baik. Puan GB meminta guru kelas memastikan
ada murid yang bertugas (jadual bertugas). Beliau telah meminta pekerja
pembersihan meletakkan plastik kecil di dalam tong sampah (di dalam kelas ) supaya
sampah tidak terkeluar dari tong sampah.

3.2.4 Puan GB meminta murid membuang sampah di dalam tong sampah besar (hijau) dan
tidak dibiarkan di dalam kelas. Tong sampah akan diletakkan di belakang makmal
sains atau bilik RBT.

3.2.5 Peralatan PPSMI, buku-buku dan carta di dalam kelas yang tidak digunakan perlu
dikeluarkan dari dalam kelas dan sebahagian telah dibersihkan semasa cuti. Bantuan
guru-guru lelaki amat diperlukan untuk mengeluarkan peralatan-peralatan tersebut.

3.2.6 Sekiranya cuti panjang menyusul, Puan GB meminta guru masa terakhir supaya
menyuruh murid-murid meletakkan kerusi di atas meja dan memastikan kelas dalam
keadaan bersih dan ceria. Ini kerana beliau akan meminta pekerja kebersihan
mencuci setiap kelas.

3.2.7 Tandas sekolah dalam keadaan yang perlukan perhatian kerana kurang bersih dan
terdapat banyak kerosakan terutama pada pintu dan mangkuk tandas. Sekolah akan
mengambil inisiatif untuk membaiki terlebih dahulu tandas-tandas yang rosak kerana
dana PIBG masih belum dapat dikeluarkan sebab perubahan jawatankuasa yang
baru. Puan GB meminta admin facebook sekolah dan guru kelas supaya dapat
mempromosikan tandas untuk mendapatkan sumbangan dari ibu bapa. Guru besar
akan menguruskan surat sumbangan untuk memohon sumbangan daripada pihak-
pihak tertentu.
Tindakan: Semua guru

3.3 KEHADIRAN MURID
3.3.1 Puan GB menyatakan bahawa beliau perlu mengetahui kehadiran murid setiap hari
untuk diambil tindakan susulan. Menurut beliau ketidak hadiran murid bagi tempoh 3,

3

7 atau 10 hari sudah tidak relevan ketika pandemik Covid-19. Murid-murid tidak boleh
diberhenti sekiranya tidak hadir 3 atau 4 bulan.
3.3.2 Beliau meminta guru kelas mengenal pasti murid yang telah lama tidak hadir ke
sekolah dan menyerahkan nama kepada guru Bimbingan dan Kaunseling (BNK). Unit
BNK diminta untuk melaksanakan satu program khas bagi mengatasi masalah ketidak
hadiran murid-murid ke sekolah.
3.3.3 Program yang telah dilaksanakan adalah seperti Ziarah Cakna ke rumah murid-murid
tersebut. Namun ia ada risikonya seperti keselamatan guru, kes polis, kongsi gelap
atau ketidakselesaan ibu bapa. Namun laporan perlu dibuat untuk dihantar ke PPD.
3.3.4 Puan GB juga meminta guru-guru mengenal pasti murid cicir. Setiap guru diminta
untuk membuat catatan setiap tindakan dan masalah disiplin di kalangan murid supaya
ibu bapa dapat lihat apa yang telah anak lakukan sama ada sebelum, semasa atau
selepas.

Tindakan: Unit Bimbingan dan Kaunseling dan guru kelas

3.4 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI (PJ)
3.4.1 Murid-murid tidak perlu menukar pakaian PJ kepada pakaian seragam sekolah selepas
kelas PJ. Murid dibenarkan memakai pakaian PJ sepanjang waktu persekolahan.
3.4.2 Puan GB memberi teguran kepada tatacara pemakaian pakaian PJ di kalangan guru-
guru di mana guru lelaki tidak memasukkan baju ke dalam seluar ( tuck in ) manakala
guru perempuan hendaklah memakai baju dan seluar sukan yang betul dan mengikut
etika keguruan.
Tindakan: Semua guru PJ

3.5 PENETAPAN PERHIMPUNAN SEKOLAH
3.5.1 Puan GB memaklumkan bahawa setelah berbincang dengn Penolong Kanan
Pentadbiran, perhimpunan rasmi hanya akan diadakan sekali sebulan iaitu hari Isnin
minggu pertama sahaja. Pastikan persedian dilakukan supaya tiada kesilapan.
Sekiranya minggu pertama cuti atau ada peperiksaan perhimpunan akan
ditangguhkan.

4

3.5.2 Guru-guru diminta untuk menyediakan baju putih, seluar atau skirt warna hitam,
tudung warna merah bagi yang bertudung, tali leher merah bagi guru lelaki, blazer
hitam dan kasut bertutup.

3.5.3 Bagi minggu yang tiada perhimpunan rasmi guru-guru masih perlu berada di dewan.
Pengisian bagi minggu yang tiada perhimpunan rasmi adalah seperti kebersihan,
disiplin ( cara berpakaian, potongan rambut dan kuku ) dan mana-mana panitia yang
hendak membuat program panitia.

3.5.4 Puan GB meminta unit disiplin menentukan potongan dan gaya yang sesuai dengan
menentukan potongan rambut murid-murid lelaki dan gaya rambut (bersanggul) murid
perempuan. Manakala bagi kebersihan diri dan pemakaian baju uniform murid,
pastikan murid memakai kasut dan berstokin, baju kemas dimasukkan di dalam seluar
(tuck in) bagi murid lelaki, guru-guru hendaklah sentiasa memberi teguran terutama
tentang kebersihan dan kekemasan walaupun perlu diingatkan berulang kali tanpa
perlu dimarahi. Semua pembaharuan perlu dilakukan secara berperingkat sama ada
bermula di pra sekolah dan seterusnya.

3.5.5 Puan GB meminta Panitia Muzik melatih murid-murid menyanyikan lagu Negaraku,
lagu Sekolah, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu Sekolahku Sejahtera bagi membentuk
pasukan koir sekolah. Pasukan koir sekolah ini akan menyanyi dengan sempurna
berbanding murid-murid lain ketiga-ketiga lagu tersebut. Beliau turut meminta
kumpulan murid memimpin nyanyian di atas pentas atau berada di mana-mana sudut
yang ditentukan.
Tindakan: Semua guru

3.6 ISU BEG BERAT
3.6.1 Masih terdapat murid yang membawa buku tidak mengikut jadual. Bagi mengatasi
masalah ini, Unit HEM akan mengambil slot perhimpunan pagi Isnin untuk
mengelolakan isu beg berat. Murid-murid akan dilatih untuk mengurus beg sekolah
dengan jumlah buku mengikut jadual waktu.
3.6.2 Guru-guru boleh menetapkan buku yang akan diguna oleh murid-murid sama
mengikut hari atau minggu supaya murid tahu buku yang akan digunakan dan dibawa
ke sekolah.

5

3.6.3 Sekiranya nazir atau pegawai prosa melawat sekolah, mereka akan terus pergi ke kelas
dan memeriksa beg murid. Sekiranya mereka mendapati isu beg berat masih belum
ditangani, sekolah akan jadi tumpuan dan perlu lakukan sesuatu.
Tindakan: Unit HEM

3.7 KANTIN SEKOLAH
3.7.1 Kebersihan kantin amat memuaskan. Guru-guru dikehendaki memantau harga jualan
makanan di kantin supaya tidak membebankan murid-murid.
3.7.2 Murid-murid perlu diingatkan selalu supaya sentiasa meminta baki wang dari pekerja-
pekerja kantin walaupun perlu menunggu dan mereka juga perlu tahu harga makanan
dan minuman yang dibeli.
3.7.3 Guru-guru juga harus membantu pihak kantin dengan membeli makanan di kantin.
Sekiranya perlukan penambahbaikan guru-guru perlu memaklumkan kepada pihak
kantin atau ajk kantin. Ini kerana keuntungan pihak kantin adalah amat terhad kerana
harga barang-barang mentah yang semakin naik pada masa sekarang.
Tindakan: Semua guru

3.8 GURU BERTUGAS DI PINTU PAGAR A DAN C
3.8.1 Jika mengikut jadual bertugas nama guru yang bertugas di pintu pagar A adalah dua
orang. Namun selalu yang bertugas adalah seorang sahaja. Puan GB bertanya adakah
perlu untuk guru bertugas menjaga pintu pagar A memandangkan sudah ada pengawal
keselamatan ditempatkan di situ. Puan Gb meminta guru-guru memaklumkan kepada
beliau sekiranya perlu untuk guru bertugas di pintu pagar A.
3.8.2 Puan GB memaklumkan bahawa beliau tidak membenarkan ibu bapa untuk
menghantar anak-anak menggunakan pintu pagar A dari pukul 7.00 hingga 7.30 pagi
memandangkan kereta guru-guru akan masuk pada masa tersebut. Ia akan
menyebabkan kesesakan di hadapan pintu pagar sekolah di samping untuk mengelak
sebarang kemalangan yang tidak diingini.
3.8.3 Bagi guru yang bertugas di pintu pagar C, puan GB meminta guru-guru supaya berdiri
di luar untuk menyambut kehadiran murid. Guru-guru boleh tolong buka pintu kereta
dan meminta murid supaya keluar dengan cepat untuk mengelak kesesakan di pintu
pagar tersebut. Selain itu, pesan kepada murid supaya bersalam dengan ibu bapa di
rumah dan sampai terus masuk ke sekolah tanpa membuang masa.

6

3.8.4 Guru-guru juga hendaklah sentiasa memaklumkan kepada murid di dalam kelas
supaya turun dan berjalan mengikut laluan kon yang disediakan supaya keselamatan
murid-murid sentiasa terjamin. Usaha akan dilakukan untuk mengambil gambar cara
yang betul menggunakan lorong atau laluan kon supaya murid dapat mematuhi dengan
betul walaupun perlukan masa untuk mendisiplin murid-murid dan ibu bapa mereka.

3.8.5 Sikap pengawal keselamatan En Aru yang sanggup menggadaikan nyawa berkawal di
tengah jalan untuk memastikan murid-murid melintas dan turun dari kenderaan
dengan selamat adalah sangat terpuji. Ibu bapa turut melahirkan penghargaan mereka
terhadap beliau dengan belanja kuih-muih dan minuman. Oleh itu, Puan GB mahukan
guru-guru bekerjasama dengan En Aru supaya keadaan di pintu pagar C setiap hari
terkawal dengan baik dan sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri serta keras
kepala dapat ditangani.

3.8.6 Beberapa orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ditugaskan untuk membantu guru
sekiranya guru terlewat. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kemenjadian murid
(murid jaga murid).

3.8.7 Puan GB hendak melihat fungsi atau tugas setiap Pengawas, PRS, Skuad Denggi,
Pengawas PSS dan Warden Rehat yang sebenarnya. Ini kerana setiap badan tersebut
mempunyai fungsi, tugas dan peranan yang berbeza. Setiap badan ini hendaklah
menjalankan tugas mengikut fungsi yang sebenar. Di dapati ada pengawas yang gagal
menjalankan tugas mengikut fungsi masing-masing. Beliau berharap pada masa akan
datang setiap badan akan menjalan tugas mengikut peranan masing-masing dengan
efisien.
Tindakan: Semua guru & Unit Disiplin

3.9 BILIK-BILIK KHAS & LABEL NAMA
3.9.1 Guru-guru hendaklah memastikan bilik-bilik khas digunakan selalu.
3.9.2 Terdapat bilik yang masih menggunakan label yang lama dan tidak ditanggalkan. Puan
GB meminta PK Hem untuk menyelesaikan masalah label kelas-kelas atau bilik khas
dengan segera.
Tindakan: Semua guru

7

3.10 KESELAMATAN MURID-MURID
3.10.1 Meminta guru-guru memastikan murid-murid tidak memijak besi penutup longkang
kerana ia tidak berkualiti dan lama. Terdapat juga pekerja pembersihan yang
meninggalkan peralatan sepeti cangkul dalam keadaan yang merbahaya
3.10.2 Memastikan juga murid-murid tidak membuka bilik elektrik yang terdapat di dalam
kelas atau mana-mana bilik elektrik yang terdapat di blok-blok tertentu.
3.10.3 Sekiranya guru-guru mendapati ada lantai atau koridor yang basah minta pekerja
kebersihan untuk mengemop bagi mengelakkan murid terjatuh apabila terpijak air.
Beberapa kawasan longkang telah dibersihkan dengan water jet untuk membersihkan
tempat persembunyian ular jika ada. Namun ada tempat-tempat tertentu yang masih
belum dicuci.
3.10.4 Berpesan kepada guru-guru kelas supaya memeriksa semula di dalam kelas sekiranya
terdapat peralatan yang merbahaya, tombol pintu, cermin tingkap, kipas atau syiling
yang rosak supaya memaklumkan kepada beliau untuk dibaiki.
Tindakan: Semua guru

3.11 DIALOG PRESTASI
3.11.1 Puan GB telah menerima dialog prestasi yang diadakan September tahun lepas
berdasarkan pentaksiran pertengahan tahun. Penyelaras PBD juga telah membuat satu
analisis menggunakan TOV akhir tahun. Beliau memaklumkan bahawa data yang
diperolehi adalah tidak sama walaupun beliau telah membuat banyak pengiraan.
3.11.2 Puan GB membuat keputusan bahawa semua guru subjek tahun 4, 5 dan 6 serta guru
kelas hendaklah menyimpan gred ujian terkini dan menggunakan TOV tahun 2021.
Manakala bagi ETR (target) guru-guru menambah 5 markah. Bagi guru-guru tahap 1,
boleh bersedia dengan TOV atau bahan sendiri untuk membuktikan pencapaian
murid-murid.
3.11.3 Guru-guru hendaklah memastikan pentaksiran dilakukan sepanjang masa sama ada
secara pemerhatian, latihan kerja atau tingkah laku murid.
3.11.4 Puan GB hendakkan kepastian bagi murid TP 2 apakah subjek yang dia tidak kuasai.
Jika tidak kuasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, adakah murid tersebut
menguasai subjek Matematik dan Sains? Jika murid tersebut menguasai subjek
Matematik dan Sains bermakna murid tersebut boleh dibantu untuk menguasai. Beliau
meminta guru-guru terlibat supaya mengenalpasti masalah dan tindakan yang perlu

8

untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya murid tersebut tidak dapat menguasai
setelah tindakan diambil, murid tersebut akan dimasukkan ke kelas pemulihan. Guru
pemulihan akan membuat saringan dan meminta ibu bapa murid membawa berjumpa
doktor untuk pergi ke sekolah yang sesuai.
3.11.5 KPI bagi PBD SK Batu Lanchang adalah 85%. Sasaran puan GB pula 88% untuk
semua aktiviti yang berkaitan dalam PBD bagi semua panitia teras dan elektif.
Pastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan naik 3% dari yang sebelumnya.
3.11.6 Pencapaian Tahap Minimum (PTM) bagi murid tahun 6, di mana semua murid telah
menguasai sebelum naik ke Tingkatan 1. Sekiranya ada pastikan beri laporan yang
betul. Usaha akan dilakukan untuk membantu murid-murid tersebut sebelum habis
Tahun 6.

Tindakan: Semua guru
4.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP)

4.1 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
4.1.1 PKP menyatakan bahawa PBD mesti dilaksanakan secara menyeluruh berdasarkan
pertimbangan professional dan direkod semasa pdpc di dalam borang transit PBD.
4.1.2 Evidens juga mesti disediakan dalam bentuk gambar, video dan lain-lain sebagainya
bukti tahap penguasaan setiap murid.
4.1.3 PBD penggal 1 hendaklah dilengkapkan oleh semua guru sebelum atau pada 18 Ogos
2022.
Tindakan: Semua guru

4.2 HAL-HAL LAIN
4.2.1 PKP menyatakan semua guru perlu mengemaskini cuti yang telah diambil di dalam
sistem HRMIS.
4.2.2 Guru masa terakhir hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan tertatur
sebelum murid pulang.
4.2.3 Perhimpunan rasmi akan diadakan sekali dalam sebulan dan semua guru wajib
memakai pakaian yang telah ditetapkan oleh Tuan Guru Besar.
Tindakan: Semua guru

9

5.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN HEM
5.1 PROGRAM & AKTIVITI UNIT HEM
5.1.1 PK HEM memaklumkan sebarang salah laku murid perlulah dicatat pada buku
pemantauan sebagai bukti atau bahan sokongan kepada guru jika terdapat masalah
pada masa hadapan.
5.1.2 PK HEM memaklumkan bilik kesihatan telah dinaik taraf. Bilik tersebut beroperasi
dari pukul 7.40 pagi hingga 12.00 tengahari. Murid yang tidak sihat ditempatkan
sementara sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa atau penjaga. Guru-guru diminta
memaklumkan kondisi kesihatan murid untuk dibawa pulang kemudian mengisikan
penggunaan bilik itu pada buku log bilik kesihatan.
5.1.3 PK HEM juga memberitahu bahawa program Skuad Makanan yang diketuai oleh Pn.
Aida Fariza akan dilaksanakan tidak lama lagi.
5.1.4 PK HEM memberitahu Skuad Denggi akan ditubuhkan pada tahun ini.
5.1.5 PK HEM memberitahu bahawa kompaun mungkin akan dikenakan ke atas sekolah
berikutan penemuan jentik-jentik semasa lawatan pihak kesihatan. Jika didapati jentik-
jentik tersebut adalah nyamuk aedes, pihak pembersihan perlu membayar kompaun
tersebut.
5.1.6 PK HEM juga memberitahu Anugerah Personaliti SKBL ditangguhkan buat sementara
waktu kerana data pengisian sebelum ini telah hilang. Tahun ini, beliau
menganggarkan pengisian SSDM sebanyak 98%.
5.1.7 PK HEM memaklumkan program Hadir & Menang akan dinilai berdasarkan
kehadiran murid dari bulan Mac hingga September. Cik Fatin Hanani akan
menyediakan Google Form untuk pengisian nama murid yang hadir 100%. Hadiah
isitimewa akan diberikan kepada murid-murid tersebut.
5.1.8 PK HEM juga memaklumkan latihan kebakaran akan diadakan pada minggu hadapan.
Pelan kebakaran tersebut akan disediakan dan disiarkan dalam kumpulan Telegram
oleh Encik Mohd Ferdaus bin Ahmad. Latihan kebakaran ini dibuat secara dalaman
tanpa melibatkan pihak bomba dan penyelamat. Masa yang diperuntukkan adalah tiga
minit sahaja, jadi guru-guru dan murid-murid diminta bersedia.
Tindakan:Makluman kepada semua guru.

10

5.2 ISU KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH
5.2.1 PK HEM meminta jasa baik guru kelas atau guru pembantu untuk mengenal pasti dan
memaklumkan murid yang tidak hadir ke sekolah dalam tempoh yang lama.
5.2.2 PK HEM memaklumkan pola prestasi kehadiran murid SKBL adalah sama dengan
sekolah-sekolah yang lain.
5.2.3 PK HEM memaklumkan purata kehadiran murid dari bulan Mac hingga Julai ialah
83.22%. Pertus paling tinggi dalam satu bulan ialah 97.01% iaitu kelas 5 Bahagia.
Manakala peratus paling rendah dalam satu bulan ialah 56.02% dari kelas 5 Makmur.
5.2.4 PK HEM memberitahu kelas 4 Harmoni mendapat peratus kehadiran yang paling
tinggi dari bulan Mac hingga Julai iaitu 90.02%. Kelas 5 Makmur pula mendapat
peratus kehadiran yang paling rendah dari bulan Mac hingga Julai iaitu 72.55%.
5.2.5 PK HEM memaklumkan bilangan murid tidak hadir tanpa sebab melebihi 20 hari ialah
sebanyak 20 orang.
Tindakan : Makluman semua guru.

5.3 DISIPLIN
5.3.1 PK HEM memaklumkan terdapat satu kes bahawa murid lelaki menyentuh murid
perempuan kerana meniru aksi daripada drama yang ditonton.
5.3.2 Murid tersebut telah diberi kaunseling.
Tindakan : Makluman semua guru.

5.4 HAL-HAL LAIN
5.4.1 PK HEM meminta guru-guru bertugas menghantar laporan mingguan kepadanya atau
Puan Fatin binti Hanapi. Laporan tersebut adalah bahan bukti aktiviti yang
berlangsung sepanjang minggu.
5.4.2 PK HEM meminta guru-guru yang bertugas di perhimpunan untuk mengingatkan
murid-murid untuk menjaga disiplin, keselamatan dan kesihatan (denggi).

Tindakan : Makluman Semua Guru

11

6.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM (PKKO)
6.1 BAKAT DAN PENCAPAIAN MURID
6.1.1 Ramai murid SK Batu Lanchang telah mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum
sehingga ke peringkat negeri.
6.1.2 Unit kokurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang
telah melatih dan membimbing murid dalam bidang masing-masing.
6.1.3 Satu majlis penghargaan akan diadakan di hotel bagi meraikan kejayaan dan
pencapaian mereka dalam bidang ko-akademik, kokurikulum & kurikulum bagi tahun
2022.
Tindakan: Makluman Semua Guru

6.2 AKTIVITI KOKURIKULUM 2022
6.2.1 Pn. Azizah memaklumkan bahawa guru-guru pembimbing sukan permainan, unit
uniform dan kelab persatuan perlu berbincang dengan unit masing-masing bagi
memastikan aktiviti kokurikulum bagi tahun 2022 dapat berjalan dengan lancar.
6.2.2 Semua aktiviti kokurikulum telah diselaraskan mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.Semua guru pembimbing boleh merujuk maklumat aktiviti berpandukan
takwim kokurikulum yang telah diedarkan sebelum ini.
6.2.3 Pn. Azizah menyatakan KPI JPN bagi tahun 2022 ialah 70%, manakala KPI PPD
ialah 30% murid-murid menyertai aktiviti di peringkat daerah.
Tindakan: Makluman Semua Guru

6.3 PROGRAM INTERAKTIF KEMAHIRAN BAHASA MELAYU (PIKeBM)
6.3.1 Guru-guru perlu sisipkan 30 modul berkaitan PIKeBM dalam setiap perjumpaan
kokurikulum. Walaupun taklimat berkaitan PIKeBM diterima lewat, tetapi guru-guru
telah memberi pendedahan mengenai PIKeBM sejak bulan Julai yang lalu.
Tindakan: Makluman Semua Guru

12

7.0 TAKLIMAT GURU PEMULIHAN
7.1 Ujian Pelepasan Murid Pemulihan
7.1.1 Puan Nur Saiyidah, guru pemulihan memaklumkan bahawa Ujian pelepasan kali
kedua sedang diadakan pada 1-31 Ogos 2022. Ia melibatkan murid tahap 1 dan tahap
dua seramai 31 orang. Keputusan akan dimaklumkan setelah selesai ujian diadakan.
Tindakan: Makluman semua guru

8.0 TAKLIMAT PENYELARAS PBD
8.1 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
8.1.1 Cikgu Ng Pei Lin menerangkan tentang pengisian PBD bagi pertengahan tahun.
Beliau menyatakan bahawa templet pelaporan adalah untuk Tahun 1-Tahun 5.
Manakala bagi Tahun 6 templet pelaporan yang akan digunakan masih belum
diterima.
8.1.2 Beliau memaklumkan bahawa templet pelaporan telah disediakan. Ia dilengkapi
dengan nama murid dan no My Kid murid-murid seperti di dalam Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM). Guru-guru akan diberi pautan (link) untuk mengisi pelaporan
bagi pertengahan tahun.
8.1.3 Guru kelas diminta untuk membuat semakan nama penuh murid, no My Kid, jantina,
guru subjek bagi setiap mata pelajaran, dan nama ringkas pada bahagian (column)
Rekod Prestasi Murid sebelum atau pada 8 Ogos 2022.
8.1.4 Guru subjek pula dikehendaki untuk mengisi templet pada bahagian subjek masing-
masing mengikut tema atau topik yang telah diajar atau telah ditaksir dan meletakkan
juga Tahap Penguasaan (TP) keseluruhan bermula 10 Ogos hingga 18 Ogos 2022.
Tindakan: Semua Guru

9.0 TAKLIMAT PENGERUSI KELAB GURU DAN STAF ( KGS )
9.1 TEMPAHAN BAJU BATIK RASMI SEKOLAH.
9.1.1 Pihak pembekal telah memaklumkan bahawa kain telah dipos dan kemungkinan kain
akan sampai pada hari Isnin. Guru-guru yang masih belum membuat bayaran boleh
membuat bayaran kepada Cikgu Fatin Hanani.
Tindakan: Semua Guru

13

9.2 HARI PERSARAAN ENCIK RAMLAN
9.2.1 KGS akan membuat persedian yang terbaik untuk majlis tersebut memandang Encik
Ramlan merupakan kaki tangan yang telah lama berkhidmat di SK Batu Lanchang.
Tindakan: Semua Guru

9.3 LAWATAN KE BALING DAN CAMEROON HIGHLAND.
9.3.1 Tarikh masih belum ditentukan lagi. Rombongan lawatan adalah dilindungi insuran
untuk pelindungan guru-guru sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diduga.
9.3.2 Kertas kerja telah disiapkan dan dihantar kepada puan GB. Kertas kerja perlu dihantar
tiga minggu sebelum tarikh lawatan.
9.3.3 Lawatan ke Cameron Highland juga akan diadakan mengikut perancangan awal.
Tindakan: Semua Guru

9.4 KEBAJIKAN
9.4.1 Duit sumbangan dan hasil jualan seperti jualan kurma telah disalurkan kepada guru-
guru yang terlibat dengan kemalangan ataupun yang sakit sebagai tanda keprihatinan
warga SKBL.
Tindakan: Makluman

9.5 YURAN KELAB GURU
9.5.1 Memohon guru-guru yang belum membayar yuran diharap dapat membayar secepat
mungkin. Bagi guru kemasukan Jun yuran hanya perlu dibayar separuh sahaja.
Tindakan: Semua Guru

10.0 HAL-HAL LAIN
10.1 Puan GB mengulas tentang kriteria pemberian sumbangan untuk kebajikan guru
seperti guru-guru yang terlibat dengan kemalangan. Menurut beliau sepatutnya duit KGS
hendaklah memberi manfaat kepada semua ahli dan bukannya ahli-ahli tertentu sahaja.
Sekiranya perlu bagi tujuan sumbangan kemalangan, atau kelahiran KGS boleh membuat
kutipan.
10.2 Beliau meminta KGS menyediakan perlembagaan supaya lebih jelas hala tuju peraturan yang
perlu diikuti. Boleh rujuk perlembagaan sekolah lain. Beliau meminta pengerusi
menngadakan mesyuarat untuk berbincang tentang perlembagaan.

14

10.3 Pihak sekolah akan usahakan papan putih dengan harga yang murah. PK Hem akan mencari
penyumbang untuk tujuan tersebut. LCD juga telah ada untuk kegunaan program atau aktiviti
sekolah.

10.4 Bilik multi media untuk kegunaan murid-murid akan diwujudkan supaya guru-guru boleh
membawa murid-murid untuk berlakon menggunakan bahasa komunikasi dan akan diupload
ke you tube.

10.5 Puan GB meminta guru-guru membuat laporan menggunakan One Page Project Report
(OPPR) setiap kali membuat laporan setelah selesai sesuatu program. Beliau akan
memberikan contoh OPPR tersebut. OPPR penting sebagai evidens program atau aktiviti yang
telah dijalankan sekiranya ada pemantau yang melawat sekolah. Bagi majalah sekolah
sekiranya semua setuju ia akan diteruskan.
Tindakan: Makluman

10.6 Puan Shazana memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat rakan di Cameron cuaca sangat
tidak mengizinkan akibat musim hujan. Jadi lawatan dalam masa terdekat perlu ditangguh ke
tarikh yang lain.
Tindakan: Makluman

10.7 Puan GB memaklumkan sekiranya lawatan tidak dapat dilakukan beliau mencadang agar
dijalankan aktiviti “team building” sebagai salah satu cara beliau untuk berkenalan dengan
guru-guru memandangkan beliau masih belum mengenali guru-guru sepenuhnya. Hanya
beberapa orang guru sahaja yang beliau kenal. Tempat adalah di sekitar Pulau Pinang seperti
White Resort Camp dan tidak bermalam kerana musim penyakit. Namun semua guru wajib
hadir. Guru yang tidak dapat hadir harus ambil CRK atau surat sakit. Bayaran adalah sebanyak
RM50 seorang guru. Lawatan ke Baling dan Cameroon Highland akan ditangguh.
Tindakan: Makluman

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN
11.1 Puan GB memaklumkan bahawa Unit Kokurikulum akan mengadakan Majlis Penghargaan
Pembangunan Sukan dan Ko-akademik bagi Tahun 2022/2023. Perancangan awal adalah
pada bulan Ogos namun terpaksa ditangguhkan ke bulan Oktober. Majlis akan diadakan di
Berjaya Hotel. Bayaran adalah RM 60 bagi setiap murid dan guru. Semua yang ingin

15

mengikuti adalah dialu-alukan tetapi perlu membayar sendiri. Guru tahun 6 perlu merancang
majlis meraikan murid-murid tahun 6

Tindakan: Semua Guru
11.2 Sebagai mengakhir mesyuarat, puan GB mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan

kerjasama guru-guru. Beliau meminta semua guru menjaga keselamatan dan kesihatan
masing-masing.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4 petang

Disediakan oleh,

..........................................................
(ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH)
Setiausaha,
Pengurusan Minit Mesyuarat Guru 2022,
SK Batu Lanchang.

16

KEHADIRAN GURU Lampiran

BIL NAMA GURU JAWATAN
1 GURU BESAR
2 NOOR AZIAN BINTI AHMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3 MOHAMED SALIM BIN SULAIMAN PENOLONG KANAN HEM
4 ARIFF MAZDI BIN MAT PENOLONG KO-KURIKULUM
5 AZIZAH BINTI MAINDAD KP BAHASA MELAYU
6 NORHAZANA BINTI YUSOFF KP BAHASA INGGERIS
7 SHAZANA BINTI MAIDIN KP MATEMATIK
8 SANGARA NANDA A/L KARRUPIAH KP SAINS
9 RAIS BIN ABDUL AZIZ KP PENDIDIKAN ISLAM
10 WAN MOHD IQBAL BIN WAN MUSTAFA KP PENDIDIKAN MORAL
11 KALIDASS A/L PRAMKUMAR KP PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
12 AHMAD SUFI BIN AHMAD SOED KP BAHASA TAMIL
13 UMADEVI A/P PARAMASIVAN KP BAHASA CINA
14 MUHAMMAD NAZMI IZZUDDIN BIN MUHAMAD ZUBAIRI KP PENDIDIKAN SENI VISUAL
15 CHOO LEE YEN KP RBT
16 JAMILAH BINTI BASRI KP BAHASA ARAB
17 NOOR SYUHADA BT JUMALE KP PENDIDIKAN MUZIK
18 NORDIANA BINTI HARON KP SEJARAH
19 SHANTINI THEVISRI A/P DHANABALAN
20 AIDA FARIZA BT ABDUL RAHMAN
21 NORSAKINAH BINTI ABDULLAH
22 ALLAGASWARI A/P MUNIANDY
23 CHUAH TZE HUEY
24 FARIDAH BINTI ZAINUN
25 FATIN BINTI HANAPI
26 GENGESVARY A/P SUBRAMANIAM
27 ZITTO ZULKARNAEN BIN ABDULLAH
28 ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH
29 LINDA YEAP
30 MAIZATUL ASFARINI BINTI KASRI
MOHAMAD FIRDAUS BIN AB RAHMAN

17

31 MARAYU BINTI AYOP
32 MOHD FERDAUS BIN AHMAD
33 MOHD TARMIZY B.NOORDIN
34 MUHAMMAD SHOLHI BIN AZMI
35 NG PEI LIN
36 SYAKIROH BINTI RAMLI
37 NOORAZUWA BINTI MD.YASIN
38 SUTHA A/P MOORTHY
39 NUR ZAIDATUL AKMAM BT MOHD ROZI
40 SITI NOOR BT IBRAHIM
41 NURSAIYIDAH BINTI ABDUL RASID
42 ROZITA BINTI RAMLI
43 SITI KHATIJAH BT ABDUL KADIR
44 SATWANT KOUR A/P BADAN SINGH
45 SITI NAZARIAH BT SAMSUDIN
46 SITI HAJAR BINTI AHMAD
47 SYARIFAH NADIA BINTI SYED MANSHOR
48 NG SHI HUI
49 MOHAMAD ABU BAKAR BIN ABU SEMAN
50 NABILAH BINTI ABDULLAH
51 HALIS BIN MOHD ISA
52 UMAVATHY A/P SUBRAMANIAM
53 UMADEVI A/P PARAMASIVAN
54 MAZLI BINTI MOHD. YUSOF
55 IMRAN BIN AHMAD MARZUKI
56 SIVAPRAKASH A/L PATHMANATHAN
57 NORLIZA BINTI GHAZALI
58 FATIN HANANI BINTI MOHAMAD AKHIR
59 ROHAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
60 AZMAZURA BINTI ABDUL RAHMAN

18

TIDAK HADIR BERSEBAB CUTI KUARANTIN
CUTI KUARANTIN
1 NABILA SAADA BINTI ABDUL AZIZ GURU PENGIRING BOLING MSSPP
2 NAVIN A/L BASKARAN CRK
3 NURUL AKASYAH BINTI KAMARUDIN TAKLIMAT PBD
4 MOHAMMAD MUSTHAQIN BIN ABDUL AZIZ CUTI SAKIT
5 DHEVENTHIRAN DASS RAMADASS
6 MOHD IZMI BIN MOHAMED IZOHAN

19


Click to View FlipBook Version