The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezrea759, 2022-07-29 09:45:43

MINIT MESYUARAT GURU KALI KE3

MINIT MESYUARAT GURU KALI 3 2022

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LANCHANG
LORONG BATU LANCHANG
11600 PULAU PINANG

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH TANPA PENGGILIRAN

TARIKH : 2 JUN 2022 ( KHAMIS )
MASA : 3.00 PETANG
APLIKASI : GOOGLE MEET
KEHADIRAN : Rujuk lampiran

AGENDA MESYUARAT
1 UCAPAN ALUAN

1.1 Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Encik Mohamed Salim mengalu-alukan kehadiran
semua guru pada mesyuarat guru kali ketiga bagi sesi akademik 2022/2023.

1.2 Beliau juga memohon maaf kerana mesyuarat terpaksa diadakan dengan notis yang singkat.
Tindakan: Makluman

2 TAKLIMAT PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
2.1 PUNCH CARD
2.1.1 Guru-guru diminta untuk mengetip kad perakam waktu ketika masuk bertugas atau
datang ke sekolah dan masa balik di pejabat.
2.1.2 Pastikan masa punch in adalah sebelum 7.40 pagi waktu masuk dan punch out
selepas 1.20 petang
Tindakan: Semua guru

1

2.2 KELUAR WAKTU PEJABAT
2.2.1 Guru-guru diingatkan supaya mengisi borang keluar jika hendak menghadiri
mesyuarat atau ada hal-hal kecemasan. Ia demi untuk menjaga keselamatan guru-
guru.
Tindakan: Semua guru

2.3 KEMASKINI CUTI

2.3.1 Guru-guru perlu mengemaskini cuti setiap kali mengambil cuti seperti cuti sakit,
cuti kuarantin dan cuti rehat khas di dalam HRMIS.

2.3.2 Guru juga dikehendaki mengisi borang cuti yang boleh didapati di pejabat dan
menghantar dengan kadar segera kepada kerani atau PK1.

Tindakan: Semua guru
2.4 e-RPH

2.4.1 Mengemaskini dari semasa ke semasa maklumat-maklumat di dalam setiap fail
(folder) di dalam e-RPH.

2.4.2 Membuat RPH setiap hari dan menghantar menggunakan pautan (link) yang dikongsi
oleh Encik Sanggara dan PK 1 di dalam kumpulan whatsapps dan bukannya pautan
di dalam e-RPH. Pautan tersebut mengalami masalah teknikal

2.4.3 RPH dihantar sebelum pukul 12 tengah malam hari Jumaat.
Tindakan: Semua guru

2.5 PENCERAPAN & PENILAIAN PBPPP
2.5.1 Guru-guru yang belum dicerap oleh penilai masing-masing boleh memberi tarikh
pencerapan kepada penilai. Semasa pencerapan perlu menyerahkan kepada penilai
RPH yang dicetak.
2.5.2 Serahkan 10 buah buku latihan mengikut aras murid kepada penilai untuk disemak.
2.5.3 Pegawai penilai akan membuat penilaian pertama sebelum atau pada 10 Jun 2022.
Tindakan: Semua guru

2

2.6 PENGURUSAN BILIK DARJAH
2.6.1 Mendapati sesetengah bilik kelas masih belum ceria dan dalam keadaan yang kurang
memuaskan tahap kebersihannya.
2.6.2 Meminta guru masa terakhir pada hari jumaat sebelum cuti bersama dengan murid
mengemas bilik kelas dan memastikan kerusi meja dalam keadaan teratur serta
sampah sarap telah dibuang.
Tindakan: Semua guru

2.7 AMANAT DARI PPD
2.7.1 Portal EMIS
2.7.1.1 Guru data perlu mengesahkan setiap bulan, mengemaskini bil-bil utiliti, data
infrastruktur dan melaporkan setiap kerosakan. Laporan dicetak satu salinan
dan dihantar ke Unit Infra PPD. Setiap projek pembangunan perlu mendapat
kelulusan sebelum dilaksanakan.
2.7.1.2 Tuan PPD berpesan supaya menjimatkan bil-bil utiliti atau penggunaan
elektrik. Sebelum keluar dari bilik kelas atau bilik-bilik khas pastikan semua
suis telah ditutup.
Tindakan: Semua guru

2.8.1 Penggunaan Media Sosial
2.8.1.1 Penjawat awam hendaklah mematuhi pekeliling yang menghadkan
penggunaan media sosial untuk tujuan-tujuan tertentu yang dibenarkan sahaja.
2.8.1.2 Penggunaan media sosial seperti aplikasi Tik Tok adalah dilarang sama sekali
semasa PdPc. Semua penjawat awam hendaklah akur dan sentiasa berhati-hati.
Selain itu, tidak memberi komen terhadap isu-isu yang sensitif di media sosial.

Tindakan: Semua guru

2.9.1 Ikrar ‘Aku Janji”
2.9.1.1 Meminta semua guru menyimpan satu salinan ikrar Aku Janji di dalam fail
peribadi. Sebarang pelanggaran perkara-perkara di dalam Aku Janji boleh
menyebabkan tindakan tatatertib diambil.
Tindakan: Semua guru

3

2.10.1 Kehadiran Murid
2.10.1.1 Pihak sekolah hendaklah memastikan murid hadir dan melaksanakan
program bagi murid yang bermasalah hadir ke sekolah. PK HEM dan guru
bimbingan dan kaunseling boleh berbincang untuk mengatasi masalah murid
yang selalu tidak hadir dan lewat ke sekolah.

Tindakan: Semua guru, PK Hem dan GBK

2.11.1 Kebenaran Khas Pakaian Semasa Pendidikan Jasmani (PJ)
2.11.1.1 Guru-guru PJ dan murid-murid dibenarkan memakai baju sukan semasa PJ.
Guru memakai baju t-shirt berkolar, seluar sukan dan berkasut. Murid-murid
tidak perlu menukar pakaian kepada baju seragam sekolah selepas aktiviti PJ.
2.11.1.2 Memaklumkan bahawa negeri Pulau Pinang akan dilawati oleh Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia pada 24 Jun 2022. Lawatan beliau akan
berfokus kepada kebersihan, pelupusan aset dan Sekolahku Sejahtera.

Tindakan: Semua guru PJ

2.12.1 Perhimpunan Sekolah
2.12.1.1 Semasa perhimpunan sekolah pada hari Isnin akan dinyanyikan lagu
Sekolahku Sejahtera. Guru Pendidikan Muzik diminta untuk mencetak,
mengedarkan lirik lagu kepada semua murid.

Tindakan: Semua guru Pendidikan Muzik

2.13.1 Isu Beg Berat
2.13.1.1 Sekolah telah mengambil tindakan dengan mengubah jadual waktu seperti
yang dikehendaki oleh pihak kementerian. Guru-guru boleh mengingatkan
murid supaya membawa buku mengikut jadual.

Tindakan: Makluman

4

3.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN HEM
3.1 KANTIN
3.1.1 Tiada lagi tempahan makanan secara online bagi murid Tahun 1. Murid Tahun 1 akan
makan di kantin. Pada minggu pertama selepas cuti sekolah, guru subjek sebelum rehat
akan membawa murid keluar 10 minit awal dan membantu murid untuk membeli
makanan.
Tindakan: Semua guru Tahun 1

3.2 PERHIMPUNAN PAGI
3.2.1 Bagi mengatasi isu kelewatan murid masuk kelas bagi masa pertama beberapa
tindakan akan diambil apabila buka sekolah selepas cuti. Murid tahun 1, tahun 5 dan
tahun 6 akan berkumpul di dewan Cendikia. Manakala bagi murid tahun 2, tahun 3
dan tahun 4 akan berkumpul di tapak perhimpunan kantin. Sekiranya hari hujan murid
hanya perlu berada di dalam kelas sahaja.
3.2.2 Dua orang guru yang bertugas di pintu pagar A dan C akan mengendalikan
perhimpunan tersebut.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

3.3 BUKU REKOD PEMANTAUAN
3.3.1 Buku Rekod Pemantauan akan diguna pakai semula di dalam kelas. Guru masa
pertama akan mengambil buku tersebut manakala guru masa terakhir akan
mengembalikan semula ke pejabat.
3.3.2 Penyelaras Buku Pemantauan adalah Puan Umavathy.
3.3.3 Kes-kes disiplin di dalam kelas boleh catat di dalam buku tersebut sebagai rekod atau
bukti masalah murid-murid.
Tindakan: Semua guru

3.4 BUKU LAPORAN MINGGUAN
3.4.1 Guru bertugas yang menulis laporan akan menggunakan buku laporan untuk
mencatat laporan mingguan kumpulan bertugas terutamanya ucapan guru besar dan
guru-guru lain. Ia boleh dijadikan eviden sekiranya diperlukan.
Tindakan: Guru Bertugas Mingguan

5

3.5 PAUTAN MURID TIDAK HADIR KE SEKOLAH
3.5.1 Guru kelas diminta untuk mengisi pautan Google Form murid yang tidak hadir
mengikut jumlah hari yang ditetapkan seperti 3 dan 7 hari berturut-turut atau secara
berselang.
3.5.2 Mulai 13 Jun 2022 murid yang tidak hadir ke sekolah selama 3, 7 hari berturut-turut
tanpa sebab atau makluman akan diberi surat amaran.
Tindakan: Semua Guru Kelas

3.6 KES-KES DISIPLIN
3.6.1 Kerjasama guru-guru diminta untuk memaklumkan dengan kadar segera supaya
tidak menjadi isu di luar sekolah.
Tindakan: Semua guru

4.0 TAKLIMAT GURU PEMULIHAN
4.1 Seorang murid pemulihan dari kelas 3 Makmur iaitu Mohd Zikry bin Mohd. Azmeer telah
dibawa menghadari Program Pre Outreach yang bertujuan untuk mengesan Murid
Berkeperluan Khas (MBK) di SJKT Jalan Sungai pada 1 Jun 2022.
4.2 Murid ini akan mengikuti program yang sama sekali lagi di Jabatan Pendidikan Negeri pada
2 Julai 2022. Guru subjek diminta untuk mengumpul hasil kerja Mohd Zikry dan diserahkan
kepada Cikgu Saiyidah untuk ditunjukkan kepada pakar-pakar MBK. Sekiranya guru subjek
mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan hasil kerja murid tersebut boleh berhubung terus
dengan beliau.
Tindakan: Makluman

5.0 TAKLIMAT PENYELARAS PBD

5.1 Beliau telah menghadiri taklimat penyelarasan pengisian tahap penguasaan murid tahap 1
bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik sesi persekolahan 2021
bersama guru data dan PKP.

5.2 Guru yang terlibat untuk mengisi data tersebut ialah guru yang mengajar Tahun 2, Tahun 3
dan Tahun 4, bagi tahun 2022 namun data yang diperlukan adalah data tahun 2021.

6

5.3 Data-data tersebut akan diisi menggunakan pautan google form yang akan dikongsi
mengikut kelas masing-masing. Ia melibatkan semua TP iaitu dari TP 1 hingga TP 6 dan
tahap penguasaan keseluruhan bagi tahun 2021 untuk semua murid termasuk murid yang
telah pindah.

5.4 Guru data akan mengisi borang dalam sistem setelah data disah oleh guru besar.
Tindakan: Guru BM,BI dan MT Tahun 2,3 & 4

6.0 TAKLIMAT PENGERUSI KELAB GURU
6.1 Majlis Perpisahan Encik Fazlee yang dirancang pada 3 Jun 2022 (Jumaat) akan ditunda ke
tarikh lain iaitu 14 Jun 2022 ( Selasa ). Majlis akan diadakan di Dewan Cendikia.
6.2 Kutipan sebanyak RM 20 bagi setiap guru untuk tujuan membeli hadiah, perhiasan dewan,
banner, dan bunga manggar. Hadiah yang akan diberikan ialah jam tangan. Sumbangan
boleh diserahkan kepada bendahari kelab
6.3 Jamuan perpisahan bersama guru besar atas permintaan guru besar yang hendak berjumpa
dengan semua guru pada 15 Jun 2022 (Rabu) di Hotel Jen pada pukul 12.40 tengahari. Guru
yang berminat boleh memberi nama dan bayaran rm50 kepada presiden, setiausaha dan
bendahari kelab. Seberang pertanyaan boleh berhubung dengan presiden.
Tindakan: Makluman

7.0 HAL-HAL LAIN
7.1 Pelancaran Program Anti Buli dalam kalangan murid-murid peringkat PPD telah diadakan.
PKP memaklumkan pelancaran juga akan dibuat di peringkat sekolah.
7.2 Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan pada 25 Jun 2022 ( Sabtu ). Semua guru diwajibkan
hadir.
7.3 Pertukaran guru besar Encik Fazlee bin Yahya ke SK Bukit Gelugor yang berkuatkuasa
bermula 1 Jun 2022. Namun guru besar akan berada di sekolah sehingga 14 Jun 2022.
Semua urusan atau kerja guru yang belum diselesaikan di harap dapat diselesaikan sebelum
guru besar berpindah. Guru besar akan digantikan oleh guru besar dari SK Convent Green
Lane iaitu Puan Noor Azian binti Ahmat.

7

7.4 Cuti kuarantin untuk menjaga anak yang dikuarantin telah ditambah baik. Semua guru
adalah layak namun perlu dapatkan surat pengesahan daripada doktor kerajaan atau doktor
swasta dan maklumkan kepada pihak pentadbir.

7.5 Taklimat oleh pegawai SPRM tentang rasuah. PKP berharap semua guru supaya menjauhi
rasuah dan mengelak daripada terlibat dengan sebarang perbuatan rasuah terutama sumber
kewangan.

7.6 Semua buku latihan dan buku kerja murid disemak dan diserahkan semula kepada murid-
murid sebelum cuti. Guru-guru juga diminta untuk memberikan kerja rumah kepada murid-
murid semasa cuti.

7.7 Sidang media Menteri Pendidikan sedang berlangsung. Inti pati sidang media akan dikongsi
bersama.
Tindakan: Makluman

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN
4.1 PKP berharap semua guru menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang bercuti. Berdoa agar
semua guru dilindungi selalu dan dapat meneruskan komitmen sebagai guru dengan lebih
berkesan
4.2 Beliau memohon maaf andai ada sebarang kesilapan tutur kata serta perbuatan sepanjang
tempoh persekolahan yang telah dilalui.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4 petang

Disediakan oleh,

..........................................................
(ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH)
Setiausaha,
Pengurusan Minit Mesyuarat Guru 2022,
SK Batu Lanchang.

8

KEHADIRAN GURU Lampiran

BIL NAMA GURU JAWATAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
1 MOHAMED SALIM BIN SULAIMAN PENOLONG KANAN HEM
2 ARIFF MAZDI BIN MAT
3 NORHAZANA BINTI YUSOFF
4 SHAZANA BINTI MAIDIN
5 SANGARA NANDA A/L KARRUPIAH
6 RAIS BIN ABDUL AZIZ
7 WAN MOHD IQBAL BIN WAN MUSTAFA
8 KALIDASS A/L PRAMKUMAR
9 AHMAD SUFI BIN AHMAD SOED

10 UMADEVI A/P PARAMASIVAN
11 MUHAMMAD NAZMI IZZUDDIN BIN MUHAMAD ZUBAIRI
12 CHOO LEE YEN
13 JAMILAH BINTI BASRI
14 NOOR SYUHADA BT JUMALE
15 NORDIANA BINTI HARON
16 IMRAN BIN AHMAD MARZUKI
17 AIDA FARIZA BT ABDUL RAHMAN
18 NABILA SAADA BINTI ABDUL AZIZ
19 NORSAKINAH BINTI ABDULLAH
20 ALLAGASWARI A/P MUNIANDY
21 CHUAH TZE HUEY
22 FARHANA BINTI MOHD SHUKRI
23 FARIDAH BINTI ZAINUN
24 FATIN BINTI HANAPI
25 GENGESVARY A/P SUBRAMANIAM
26 ZITTO ZULKARNAEN BIN ABDULLAH
27 ISMAWIZA BINTI ABANG ABDULLAH
28 LINDA YEAP
29 MAIZATUL ASFARINI BINTI KASRI
30 MOHAMAD FIRDAUS BIN AB RAHMAN

9

31 MARAYU BINTI AYOP
32 MOHD FERDAUS BIN AHMAD
33 MOHD IZMI BIN MOHAMED IZOHAN
34 MOHD TARMIZY B.NOORDIN
35 MUHAMMAD SHOLHI BIN AZMI
37 NG PEI LIN
38 SYAKIROH RAMLI
39 NOORAZUWA BINTI MD.YASIN
40 SUTHA A/P MOORTHY
41 NUR ZAIDATUL AKMAM BT MOHD ROZI
42 SITI NOOR BT IBRAHIM
43 NURSAIYIDAH BINTI ABDUL RASID
44 ROZITA BINTI RAMLI
45 SITI KHATIJAH BT ABDUL KADIR
46 SATWANT KOUR A/P BADAN SINGH
47 SITI NAZARIAH BT SAMSUDIN
48 SITI HAJAR BINTI AHMAD
49 NAVIN A/L BASKARAN
50 NURUL AKASYAH BINTI KAMARUDIN
51 SYARIFAH NADIA BINTI SYED MANSHOR
52 NG SHI HUI
53 MOHAMAD ABU BAKAR BIN ABU SEMAN
54 NABILAH BINTI ABDULLAH
55 HALIS BIN MOHD ISA
56 UMAVATHY A/P SUBRAMANIAM
57 DHEVENTHIRAN DASS RAMADASS
58 MOHAMMAD MUSTHAQIN BIN ABDUL AZIZ
59 MAZLI BINTI MOHD. YUSOF
60

10

TIDAK HADIR BERSEBAB GURU BESAR
PENOLONG KO-KURIKULUM
1 FAZLEE BIN YAHYA
2 AZIZAH BINTI MAINDAD
3 FATIN HANANI BT MOHAMAD AKHIR
4 ROHAZILA BINTI ABDUL RAHMAN
5 SIVAPRAKASH A/L PATHMANATHAN
6 SHALINI BT MOHD HASHIM
7 AZMAZURA BINTI ABDUL RAHMAN
8 HAFIZAH BINTI MOHAMAD SOFIAN
9 SHANTHINI THEVISRI A/P DHANABALAN

11


Click to View FlipBook Version