The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CAROLINE BADA, 2020-12-13 06:42:15

Peraturan Disiplin Sekolah

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH

1. Kehadiran Murid.

1.1. Waktu persekolahan bermula pada pukul 7.00 am. Murid-murid dikehendaki
berada dalam kelas masing-masing pada atau sebelum jam 7.00 am.

1.2. Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang
ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin. (Pek. Ikt. Bil. 6/95)

1.3. Kehadiran diambil pada waktu pertama oleh guru kelas dan juga pada setiap
waktu pengajaran oleh guru-guru subjek.

1.4. Murid-murid yang tidak dapat hadir oleh sebab-sebab

tertentu hendaklah memberitahu pihak sekolah melalui surat ibubapa/penjaga atau

Surat Akaun Doktor/pegawai kesihatan.

1.5. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti latihan jasmani atau sukan hendaklah
membuktikan dengan mengemukakan Surat Akaun Doktor atau Surat Ibubapa/Penjaga.

1.6. Kelas-kelas Tambahan/Gantian adalah dianggap sebagai waktu persekolahan
biasa dan wajib dihadiri.

1.7. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa waktu
persekolahan. Mereka yang hendak keluar dari kawasan sekolah hendaklah mendapat
kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah diberi kuasa oleh Guru
Besar.

1.8. Murid-murid yang hendak ke klinik hendaklah mendapat kebenaran keluar
daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa untuk memberi
kebenaran. Murid-murid berkenaan hendaklah pulang segera ke sekolah/rumah
masing-masing setelah mendapat rawatan dan menunjukkan kad/surat yang telah
ditandatangani oleh pegawai perubatan apabila balik ke sekolah.

1.9. Murid yang memerlukan rawatan perubatan harus mendapat kebenaran
bertulis/surat pengesahan daripada Guru Besar atau pegawai-pegawai yang telah diberi
kuasa sebelum keluar dari kawasan sekolah.

1.10. Selepas mendapat kebenaran, murid dikehendaki mencatat nama dan butir-
butir yang diperlukan di dalam buku pergerakan murid yang disimpan di pejabat
sekolah. Sebelum keluar dari kawasan sekolah, murid hendaklah memberitahu guru
kelas/guru subjek.

1.11. Murid yang hendak keluar ke tandas atau ke lain tempat hendaklah
mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar pada masa itu dan memakai Vest
kebenaran keluar.

1.12. Murid yang sakit dan ingin balik ke rumah hendaklah memohon
kebenaran daripada Guru Besar atau mana-mana pegawai yang telah diberi kuasa
untuk memberi kebenaran. Murid hanya dibenarkan balik sekiranya ibu bapa atau
penjaga datang untuk mengambilnya dari sekolah.
1.14. Semua murid hendaklah terlibat aktif dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani
dan kesihatan, kecuali terdapat laporan kesihatan daripada doktor yang mengesahkan
dia tidak boleh terlibat.
1.15. Murid yang mendaftar untuk mana-mana kegiatan kokurikulum dan menjadi ahli
kegiataan tersebut hendaklah hadir semasa aktiviti tersebut diadakan.

2. Pakaian Seragam.
2.1. Pakaian seragam Murid Lelaki:

a. Seluar panjang/pendek warna biru gelap.
b. Baju putih lengan pendek/panjang.dan bertali leher
c. Kasut kanvas putih. (Pek. Ikt. Bil. 8/85) dan stoking putih
d. Kasut hitam dan stoking hitam (Wajib mulai 2021)

2.2. Pengawas:
a. Pengawas lelaki memakai pakaian seragam pengawas dan bertali leher.
b. Pengawas perempuan memakai pakaian seragam biasa/pengawas dan
bertali leher
c. Berkasut hitam dan stoking hitam

2.3. Pakaian seragam murid perempuan
a. Pinafore dan bertali leher

b. Kasut putih.dan stoking putih
c. Kasut hitam dan stoking hitam(Wajib 2021)

2.4 Pakaian seragam murid-murid perempuan Islam.
a. Baju kurung potongan tradisional, leher teluk belanga, warna putih.
b. Memakai kain sarung.
c. Memakai kain tudung kepala dengan syarat kain tudung itu berwarna putih,
berbentuk tiga segi dua sama dan berukuran sesuai dengan murid yang
memakainya.
d. Memakai kain tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih.

2.5 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan untuk semua
murid. Lencana dan nama hendaklah dipakai di sudut kiri bahagian atas dada atau di
atas saku baju.
2.6 Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang; warna hitam atau coklat, lebar
di antara 2.5 cm/ 3 cm, kepala sama besar dengan tali pinggang, tanpa hiasan.
2.7 Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek dan barang-barang
kemas atau perhiasan tiruan.
2.8 Pakaian seragam hendaklah dipakai semasa hari persekolahan, waktu
menghadiri kelas atau aktiviti sekolah atau mengikuti rombongan kecuali dibenarkan
oleh Guru Besar. Pakaian seragam wajib dipakai semasa peperiksaan.
2.9 Murid-murid dilarang memakai selipar ke sekolah, walaupun hari hujan.
2.10 Murid-murid hendaklah “Take-in” sepanjang masa.

3. Pakaian Pendidikan Jasmani (Bil. 12/78)

3.1. Murid-murid lelaki dan perempuan dikehendaki memakai baju T sekolah dan
seluar sukan sekolah / pakaian yang sesuai yang lain daripada pakaian seragam
sekolah ketika matapelajaran Pendidikan Jasmani atau menyertai kegiataan
kumpulan: pakaian hendaklah sesuai bagi membolehkan murid-murid bergerak
dengan bebas dan selesa dan yang dapat meresap peluh.

3.2. Murid-murid perempuan dibenarkan memakai seluar panjang waktu bermain
atau menjalankan Pendidikan Jasmani.

3.3 Murid-murid hendaklah “Take-in” sepanjang masa sewaktu menggunakan baju T
Sekolah.

3.3. Murid-murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna
gelap atau berbentuk luar biasa.

4. Potongan Rambut. (Bil. 2/76)

4.1. Murid-murid lelaki tidak boleh berambut panjang.

Istilah rambut panjang adalah seperti berikut:

4.1.1. Di belakang: rambut jatuh melebih garisan di bawah cuping telinga.

4.1.2. Di depan: rambut menutup garisan tengah dahi.

4.1.3. Di sebelah: rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya
dan sideburn melebihi garisan tengah hidung.

4.1.4. Di atas: rambut lebih daripada 2 inci panjang.

4.1.5. Potongan rambut murid hendaklah mengikut stail yang dibenarkan dan bukan
mengikut fesyen semasa atau Skin Head,Trojan dan Mohican (rujuk Lampiran 1 dan 2)

4.1.6. Murid-murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut. Murid yang mewarnakan
rambut akan diarahkan mewarnakannya semula seperti warna asli.

4.2. Murid-murid tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut atau jambang.

4.3. Bagi murid-murid perempuan, rambut hendaklah jangan jatuh ke bahu. Tetapi
jika ada murid perempuan berambut panjang mereka hendaklah mengikat
rambut mereka sebagai sanggul dengan penutup sanggul berwarna hitam.

Lampiran 1

Contoh Potongan Rambut Murid Lelaki

Hadapan Murid Lelaki A Belakang

Sisi

Hadapan Murid Lelaki B Belakang

Sisi

Lampiran 2

Contoh Potongan Rambut Murid Perempuan

Hadapan Murid Perempuan A Belakang

Sisi

Hadapan Murid Perempuan B Belakang

Sisi

5. Yuran Dan Harta Benda Sekolah.

5.1. Setiap murid wajib menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah
dalam tempoh yang ditetapkan.

5.2. Hartabenda sekolah ialah segala benda kepunyaan sekolah. Jika
sesuatu harta benda dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja, murid yang terlibat
akan diwajibkan membuat ganti rugi.

5.3. Buku-buku teks dan Buku-buku Latihan.

5.3.1. Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pendidikan dan dipimjamkan kepada
murid-murid.

5.3.2. Adalah menjadi tanggungjawab murid-murid menjaga kebersihan dan
keselamatan buku tersebut.

5.3.3. Murid-murid diwajibkan membalut buku-buku tersebut.

5.3.4. Murid-murid dilarang menconteng atau mengotorkan buku-buku teks. Murid-
murid dilarang merosakkan buku itu seperti mengunting gambar-gambar atau mana-
mana bahagian dalam buku tersebut.

5.3.5. Murid-murid dilarang meninggalkan buku tersebut di dalam bilik darjah atau
mana-mana tempat setelah tamat tempoh waktu belajar pada hari itu.

5.3.6. Murid-murid dilarang melekatkan gambar atau poster yang tidak sesuai pada
bahagian muka depan, belakang atau mana-mana bahagian pada buku teks dan buku
latihan.

5.3.7. Jika didapati murid-murid merosak, mengotor atau mengabaikan keselamatan
buku tersebut maka pihak sekolah berhak merampas atau meminta ganti sama ada
mengantinya dengan buku atau membayar harga buku tersebut.

5.3.8. Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku teks yang telah
dipinjamkan itu apabila diarahkan berbuat demikian oleh Guru Besar.

5.3.9. Murid-murid yang gagal menyerahkan buku teks pada masa yang telah
ditetapkan pihak sekolah berhak mengambil tindakan ke atas murid tersebut.

5.3.10.Murid-murid diwajibkan menggunakan buku-buku latihan yang dijual oleh pihak
sekolah. Buku-buku latihan selain daripada itu adalah tidak dibenarkan dan boleh
dirampas.

6. Tatatertib.

6.1. Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa
pengajaran/pembelajaran.

6.1.1. Murid-murid hendaklah mempunyai sikap positif semasa sesi pengajaran dan
tidak membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah dalam kelas.

6.1.2. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama
ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.

6.1.3. Murid-murid dilarang berkeliaran di luar kelas semasa kelas dan

semasa berlaku pertukaran subjek.

6.1.4. Murid tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat di kawasan
sekolah atau dalam bilik darjah. Sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah.

6.1.5. Murid yang bertukar kelas untuk ke makmal, padang permainan,
perpustakaan dan lain-lain hendaklah keluar ke tempat tersebut dengan
teratur mengikut barisan masing-masing.

6.1.6. Murid yang bertukar kelas atau meninggalkan kelas selepas waktu
persekolahan mesti menutup semua suis lampu, kipas dan lain-lain peralatan elektrik.

6.1.7. Kebersihan dan kecerian kelas hendaklah dijaga pada setiap masa.

6.1.8. Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua
kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.

6.1.9. Setiap murid hendaklah mempunyai nota yang lengkap, kemas dan terkini.

6.1.10. Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut
masa yang telah ditetapkan.

6.1.11. Semua murid hendaklah berada di luar bilik darjah pada waktu
rehat (kecuali pada waktu hujan).

6.1.12. Murid dilarang pergi ke kantin/makan di kantin semasa waktu persekolahan.

6.1.13. Murid dilarang berlari-lari dikawasan sekolah kecuali masa pendidikan jasmani
atau laihan sukan.

6.2. Perhimpunan sekolah

6.2.1. Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari ISNIN, kecuali diberitahu
ada perubahan. Kehadiran guru dan murid adalah wajib. Perhimpunan juga boleh
diadakan pada bila-bila masa Guru Besar rasa ianya diperlukan.

6.2.2. Di hari perhimpunan murid-murid hendaklah berhimpun di tempat yang
ditetapkan lebih awal daripada masa perhimpunan sebenarnya.

6.2.3. Semasa perhimpunan murid-murid tidak dibenarkan membuat bising atau
menggangu majlis tersebut.
6.2.4 Semasa perhimpunan murid diwajibkan membawa buku “My Diary” dan
membuat catatan perkara-perkara penting yang di umumkan.

6.3. Kawasan larangan

6.3.1 Semasa waktu rehat murid-murid dilarang berada di dalam kelas atau kawasan-
kawasan yang dilarang. Murid-murid dilarang keluar dari pagar sekolah/ ke rumah
tanpa kebenaran daripada Guru Besar.

7. Peraturan Khusus.

Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus untuk:

7.1. Bilik makmal sains

7.2. Bilik Muzik

7.3. Perpustakaan / Pusat Sumber /

7.4. Kantin.

7.5. Bilik Komputer.

7.6. Bilik Mesyuarat

7.7 Lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah.

8. Amalan Ibadat.

8.1. Pentadbiran sekolah mengalakkan murid-murid melakukan amalan ibadat pada
masa dan tempat yang sesuai.

8.2. Murid-murid dilarang sama sekali menghina/mencemar amalan/kesucian mana-
mana agama.

9. Ujian/Peperiksaan.

9.1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib.

9.2. Murid-murid hendaklah menjawab semua soalan peperiksaan dengan serius
dan tekun.

9.3. Murid-murid tidak dibenarkan bising, meminjam alat-alat daripada kawan atau
tidur semasa peperiksaan.

9.4. Murid-murid yang mempersendakan peperiksaan dalam apa bentuk
sekalipun akan dikenakan tindakan disiplin.

9.5. Murid-murid hendak menjauhkan diri daripada sebarang penyelewengan atau
ketidakjujuran dalam peperiksaan.

9.6. Untuk peperiksaan PPSR murid-murid hendaklah mematuhi arahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

9.7. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad/Buku Kemajuan Sekolah
adalah kesalahan serius.

9.8. Buku Rekod Kemajuan Murid harus disemak dan ditandatanggani oleh ibu bapa
atau penjaga.

10. Kegiatan Kokurikulum.

10.1. Yang dimaksudkan dengan kegiatan kokurikulum adalah gerakkerja yang
dijalankan oleh sekolah di luar masa belajar seperti:

10.1.1. Kegiatan sukan.

10.1.2. Kegiatan persatuan

10.1.3. Kegiatan Persatuan pakaian seragam.

10.1.4. Kegiataan keagamaan.

10.2. Murid-murid diwajibkan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu
kegiatan Pasukan Pakaian Seragam dan satu kegiatan Kelab / Persatuan.

10.3. Murid-murid yang telah mendaftarkan diri untuk mana-mana aktiviti wajib hadir
untuk setiap kegiatan yang dijalankan.

10.4. Murid-murid yang tidak hadir mana-mana kegiatan kokurikulum yang dia telah
mendaftar sebagai ahli akan dikenakan tindakan disiplin.

10.5. Untuk kegiatan Persatuan Pakaian Seragam, murid-murid diwajibkan memiliki
pakaian seragam yang sesuai.

10.6. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam mengikut persatuan masing-
masing pada setiap hari Rabu.

11. Kesalahan-Kesalahan Berat. (Bil. 9/75)

11.1. Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.

11.2. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.

11.3. Memukul guru-guru.

11.4. Mengancam guru-guru atau Guru Besar

11.5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh
sekolah dan Jabatan Pendidikan.

11.6. Menulis kepada surat khabar/facebook/Instagram/twitter atau lain-lain tanpa
kebenaran pihak yang berkuasa sekolah.

11.7. Sengaja merosakkan harta benda sekolah.

11.8. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.

11.9. Mencuri
11.10. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan berbahaya.

11.11. Merokok dan mengambil dadah.

11.12. Berjudi

11.13. Meminum minuman keras atau yang memabukkan.

11.14. Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.

11.15. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru/Guru Besar.

11.16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan
menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

11.17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau perbuatan yang menurut
budibicara Guru Besar sebagai pelanggaran tatatertib yang berat.

11.18. Membawa, menyimpan, mengedar dan bermain mercun serta bunga api.

12. Larangan-Larangan. (Education Ordinance 1957) Peraturan-Peraturan Murid
(Disiplin Sekolah) 1959)

Peraturan 4.

Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disipilin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-guru dan murid-murid sekolah
itu.

Peraturan 6.

Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa tertakluk kepada apa-apa
syarat dan hal yang difikirnya patut, mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa
menjalankan hukum kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid
yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu; tetapi kecuali yang disebut di atas tidak
seorangpun, guru atau murid, boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan
tertentu: Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh
diwakilkan kepada mana-mana orang selain daripada guru berdaftar.

Peraturan 7.

12.1. Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam
aktiviti politik.

12.2. Berkempen untuk mendapat undi bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi
atau sebarang calon di mana-mana tempat pengundian.

12.3. Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi
atau pencalonan sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian,
berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh
undang-undang.

12.4. Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen
atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi
atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.

12.5. Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang
ramai dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.

12.6. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan atau
diadakan dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik
atau sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian. Dalam
“pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang
Majlis Tempatan.

Peraturan 8.

Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah
sekolah:

a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau
kententeraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung
persekolahannya atau dibuang sekolah; atau

b. yang seseorang murid telah melanggar peruntukan-peruntukan peraturan 7,
ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu
tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah.

Peraturan 11.

Sijil berhenti sekolah murid yang dibuang di bawah peruntukan 8 & 9 hendaklah
dicatatkan oleh Guru Besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang
sekolah di bawah peruntukan-peruntukan peraturan-peraturan ini.

Peraturan 12.

Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah
peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu
dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatkannya.

A. masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau

B. diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa
kebenaran Pendaftar /Guru Besar.

12.7. Surat menyurat.

12.7.1. Murid-murid dilarang menulis kepada kedutaan atau badan yang diiktiraf
sebagai blok komunis di dalam atau di luar negeri.

12.7.2. Murid-murid yang hendak menulis surat kepada badan-badan, sama ada di luar
atau di dalam negeri yang bukan blok komunis hendaklah membuat demikian melalui
Guru Besar.

12.8. Murid-murid yang ingin menjadi ahli atau menyertai aktiviti badan luaran
hendaklah mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

12.10. Murid-murid tidak dibenarkan berada/berkeliaran di kawasan-kawasan berikut
tanpa kebenaran:- persekitaran Bilik Guru, Pejabat, Bilik Makmal Sains, Stor-Stor
sekolah.

12.11. Membeli atau menganjur loteri iaitu permainan untung-untungan atau sesuatu
pengagihan wang atau hadiah-hadiah dengan cara bradu nasib. (bil. 9/77)

12.12. Ragging bertopengkan suaikenal. (bil 4/78)

12.13. Lain-lain yang tidak disebut dia atas yang menjadi kesalahan dalam undang-
undang awam.

13. Lawatan Dan Pelawat-Pelawat.

13.1. Sesuatu lawatan keluar kawasan sekolah yang mengandungi lebih daripada lima
orang dianggap sebagai satu rombongan. Semua rombongan sekolah hendaklah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar. (peraturan-peraturan sekolah, lawatan-
lawatan 1957)

13.2. Pelawat atau orang luar tidak dibenarkan berjumpa dengan murid kecuali setelah
mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau guru-guru yang telah dipertugaskan.

13.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa orang luar ke kawasan bilik darjah atau
ke dalam bilik darjah.

13.4. Jika pelawat atau ibubapa/penjaga yang datang berhajat membawa
keluar murid berkenaan kerana sesuatu sebab daurarat, maka kebenaran daripada
Guru Besar hendaklah didapati dahulu.

14. Kebersihan.

14.1. Pakaian yang bersih serta yang kemas dan kebersihan diri mencerminkan
peribadi atau personaliti seseorang murid. (Pek. Ikt. Bil. 1/96, 2/96) Oleh itu murid-
murid mestilah:

14.1.1. Selalu menjaga kebersihan pakaian.

14.1.2. Selalu menjaga kebersihan diri, terutamanya rambut, kuku, gigi dan
keseluruhan badan.

14.2. Semua murid dikehendaki mengamalkan semangat bertanggungjawab terhadap
kebersihan bilik darjah, bangunan dan kawasan sekolah. (Pek. Ikt. Bil. 6/97)

15. Merokok.

15.1. Sekolah adalah kawasan larangan merokok. Semua guru, ibu bapa, pekerja,
murid dan mana-mana individu yang berada atau berurusan dengan sekolah tidak
dibenarkan merokok di kawasan sekolah. (Pek. Iktisas Bil. 4/97) (Peraturan-peraturan
Kawalan Hasil Tembakau, 1993)

15.2. Larangan merokok meliputi semua premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka,
mahupun di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang terselindung. (Pek. Ikt. Bil 1/83)

15.3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa, membeli atau mengedar rokok.

15.4. Murid-murid ditegah sama sekali merokok di kawasan sekolah atau berdekatan
dengan pintu/ pagar sekolah.

15.5. Murid-murid yang ditangkap 5 kali merokok akan dibuang sekolah. (Pek. Iktisas
Bil. 4/97)

16. Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok. (Pek. Ikt. Bil 3/95)

16.1. Setiap murid diwajibkan menyumbang kepada Skim Takaful berjumlah RM. 1.50

setahun.
16.2. Murid-murid yang telah menyumbang kepada skim tersebut akan diberi
perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh dunia.
16.3. Tempoh perlindungan bermula pada hari pertama persekolahan pada tempoh
setahun dan tamat pada hujung tahun.

17. Usaha Menyemai Semangat Patriotisme (Pek. Ikt. Bil 6/94)
17.1. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu “NegaraKu”, dan
melafas ikrar Rukun Negara pada tiap-tiap pagi sebelum waktu persekolahan bermula.
17.2. Semua murid diwajibkan berdiri tegak dan menyanyi lagu NegaraKu ,Ibu Pertiwiku
dan lagu sekolah semasa perhimpunan sekolah.
17.3. Murid-murid tidak dibenarkan bercakap, bermain-main atau melakukan apa
sahaja apabila lagu kebangsaan atau lagu negeriatau lagu sekolah dinyanyikan.

18. Tatatertib Di Luar Kawasan Sekolah.
18.1. Murid-murid dikehendaki sentiasa mengamal nilai-nilai baik dan sentiasa menjaga
nama baik sekolah.
18.2. Murid tidak dibenarkan merokok di luar pagar sekolah.
18.3. Murid harus menghormati dirinya sebagai murid dan tidak membuat apa sahaja
kesalahan semasa memakai pakaian seragam sekolah.

19. Peraturan Bilik Darjah.
19.1. Semua murid mesti berada dalam kelas masing-masing pada pukul 6.40 pagi
waktu hari persekolahan.
19.2. Murid yang membersihkan kelas dan berkerja memungut sampah hendaklah
datang ke sekolah lebih awal untuk menjalankan tugas masing-masing.
19.3. Tugas membersihkan kelas, kawasan kelas dan kawasan-kawasan yang
ditetapkan adalah wajib dijalankan sebelum kelas bermula pada tiap-tiap pagi.

19.4. Ketua kelas diberi kuasa untuk mengarah murid lain menjalankan tugas mereka
dan melaporkan nama mereka kepada Guru Besar atau Penolong Kanan atau guru
kelas sekiranya mereka tidak berbuat demikian.

19.5. Ponteng kelas/sekolah:

19.5.1. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah/kelas tanpa kebenaran dan alasan
yang munasabah dianggap ponteng.

19.5.2. Murid tidak dibenarkan ponteng kelas atau ponteng sekolah.

19.5.3. Murid yang ponteng kelas/sekolah akan dikenakan tindakan disiplin.

19.5.4. Sekiranya murid ponteng sekolah selama 3 hari berturut-turut guru tingkatan,
melalui Guru Besar akan menghantar surat amaran pertama kepada ibubapanya.

19.5.5. Sekiranya murid tersebut masih ponteng selama 7 hari, maka surat kedua akan
dihantar kepada ibubapanya.

19.5.6. Setelah murid yang sama ponteng selama 2 minggu berturut-turut, surat ketiga,
iaitu surat tunjuk sebab kenapa dia tidak diberhentikan daripada sekolah akan dihantar
kepada ibubapa.

19.5.7. Ibubapa diberi masa 14 hari untuk menjawab surat tersebut dan sekiranya
gagal berbuat demikian, guru tingkatan akan membatalkan nama murid tersebut
daripada buku kedatangan murid dan pihak sekolah akan mencatatkan namanya
dalam pulangan bulanan sekolah.

19.5.8. Semua murid dikehendaki bangun dan memberi hormat serta salam apabila
Guru Besar, guru, P.Kanan dan pelawat-pelawat memasuki kelas, dan mengucapkan
terima kasih apabila mereka keluar dari kelas.

19.5.9. Kebersihan dan ketenteraman kelas adalah tanggungjawab kelas itu
sendiri. Sekiranya kedapatan murid tidak berkerjasama membersihkan kelas,
merosakan harta benda dalam kelas atau melawan ketua/penolong ketua kelas,
tindakan disiplin akan dikenakan ke atas mereka.

19.5.10. Sewaktu guru tidak ada dalam kelas, ketua kelas dan penolongnya

bertanggungjawab untuk menjaga ketenteraman kelasnya. Sekiranya guru

subjek lewat memasuki kelas, ketua kelas/penolong ketua kelas bertanggungjawab

memberitahu Guru Besar /P. Kanan dan selepas itu mencari guru tersebut.

19.5.11. Setiap bilik darjah harus dibersihkan dan dihias supaya suasana kelas

lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran.

19.5.12. Murid-murid dilarang melakukan perbuatan berikut:

19.5.12.1. Menulis di papan hitam/tulis kelas tanpa kebenaran daripada guru

19.5.12.2. Meninggalkan buku di atas meja selepas kelas.

19.5.12.3. Membuang sampah merata-rata dalam atau di luar kelas atau simpan
sampah dalam laci meja.

19.5.12.4. Menggunakan meja dan kerusi guru.

19.5.12.5. Memindahkan meja dan kerusi dari kelas tanpa kebenaran Guru Besar.

19.5.12.6. Menggunakan meja atau kerusi secara tidak cermat yang boleh
merosakkannya.

19.5.12.7. Merosakkan Kipas, lampu dan alat-alat eletronik lain dalam kelas.

19.5.12.8. Menconteng dinding, meja, kerusi atau gambar-gambar yang

dipamerkan.

19.5.12.9. Menconteng atau menanda buku teks.

19.5.12.10. Melawan percakapan, arahan atau ingkar guru.

19.6. Murid hendaklah sentiasa menyalin dan mengemaskini nota serta membuat
latihan, kerja rumah dan kerja kursus yang diberi oleh guru.

20. Gantung Sekolah.

20.1. Murid-murid yang telah digantung sekolah tidak dibenarkan berada di kawasan
sekolah atau menghadiri mana-mana kelas.

20.2. Mana-mana murid yang berada di kawasan tersebut dianggap telah mencerobohi
kawasan tersebut dan tindakan disiplin akan dikenakan ke atasnya.

21. Minum Dan Membawa Minuman Keras.

21.1. Murid tidak boleh memiliki, membawa atau minum minuman keras di kawasan
sekolah.

21.2. Murid tidak dibenarkan berada dalam kawasan sekolah dalam keadaan
mabuk/khayal.

22. Hubungan Lelaki Dan Perempuan.

22.1. Murid-murid dilarang keras mengadakan perjumpaan antara lelaki dan perempuan
yang boleh menimbulkan keraguan di dalam atau di luar sekolah.

22.2. Murid-murid dilarang menulis surat cinta kepada rakan lain.

22.3. Murid-murid tidak dibenarkan melepak di kawasan-kawasan taman, bilik darjah
dan kawasan-kawasan lain di sekolah.

23. Penglibatan/Mengambil Bahagian Dalam Sukan Anjuran Pihak Luar.

23.1. Murid-murid yang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sukan yang
dianjurkan oleh pihak luar tanpa kebenaran daripada Guru Besar, menanggung semua
risiko yang bakal dihadapi.

23.2. Murid tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti secara berkumpulan di
kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada Guru Besar.

24. Lembaga Pengawas.

24.1. Lembaga pengwas diwujudkan untuk membantu sekolah menyelia dan menjaga
disiplin murid.

24.2. Pengawas-pengawas hendaklah menjalankan tugas mereka seperti mana yang
telah diarahkan.

24.3. Pengawas-pengawas hendaklah memakai lencana pengawas dan pakaian
pengawas seperti mana yang telah ditetapkan.

24.4. Menjalankan tugas-tugas yang diberi dari semasa ke semasa.

24.5. Pengawas mesti berdisiplin baik pada setiap masa.

25. Larangan-Larangan

25.1. Seluar ketat, berconteng, koyak, berkaki besar dan baju-T yang kotor dan
mempunyai tulisan yang tidak senonoh tidak dibenarkan dipakai di sekolah.

25.2. Murid tidak dibenarkan keluar dari kelas tanpa kebenaran atau berkeliaran di
koridor apabila loceng pertukaran masa berbunyi.

25.3. Murid ditegah berkeliaran di koridor/luar apabila loceng mula persekolaan telah
dibunyikan.

25.4. Pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau gajet elektronik kecuali
dengan kebenaran.

25.5. Murid tidak dibenarkan membawa atau menggunakan telefon bimbit dalam bilik
darjah. Murid yang membawa telefon bimbit ke sekolah mesti menyimpankannya
dengan Guru Besar atau penolong kanan pada masa persekolahan dan hanya boleh
ambilnya apabila masa persekolahan tamat.

25.6. Murid tidak dibenarkan memakai topi dalam bilik darjah.

25.7. Murid dilarang mengondolkan rambut mereka atau memakai fesyen rambut
yang tidak dibenarkan di sekolah.

25.8. Murid tidak dibenarkan mewarnakan rambut.

25.9. Murid dilarang berludah sesuka hati di merata-rata tempat kerana amalan ini
adalah tidak sihat.

25.10. Murid perempuan tidak dibenarkan menggunakan alat-alat solek dan barang-
barang kemas.

25.11. Murid tidak dibenarkan membawa dan menggunakan pemadam cecair/liquid
paper di sekolah.

.25.14. Murid dilarang menjerit sesuka hati, atau memanggil secara tidak sopan
nama-nama guru atau pekerja sekolah.

25.15. Pelajar dilarang bergaduh/bertumbuk di kawasan sekolah dan di kawasan luar
berdekatan dengan sekolah.

25.16. Murid dilarang menyebar khabar angin/berita yang boleh menyebabkan
pergaduhan.

25.17. Murid hendaklah sentiasa mematuhi arahan Guru Besar, penolong kanan-
penolong kanan, penyelia petang dan guru-guru.

25.18. Murid dilarang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang negara.

25.19. Murid-murid dari sekolah lain dilarang memasuki dan berada di dalam
kawasan sekolah tanpa kebenaran.

Jenis-Jenis Salahlaku Dan Tindakan-Tindakan Yang Boleh Dikenakan

Bil Tema Kesalahan/ Pekililing rujukan Tindakan sekolah
perlakuan

1. Tingkahlaku Salahguna dadah Pek. Iktisas Bil. 7/75 1. Melaporkan kepada Pengarah

jenayah Pendidikan.

2. Menghubungi pegawai kebajikan
masyarakat.

3. Merujuk kepada doktor – melalui
pegawai kebajikan masyarakat untuk
pengesanan.

4. Rawatan doktor.

5. Pemulihan dan tindakan ekoran
oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Tindakan Guru Besar.

1. Nasihat/amaran – Surat panggilan
kepada ibubapa.

2. Melaporkan kepada polis

3. Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa.

4. Gantung sekolah

2. Mengedar dadah 1. Rujuk kepada Pendaftar Sekolah-
Sekolah (Pengarah Pendidikan)

2. Melaporkan kepada polis

3. Memanggil ibubapa

3. Mencuri Pek. Iktisas Bil. 9/75 Murid boleh digantung persekolahan

atau dibuang sekolah.

Tindakan Guru Besar:

1. Memulangkan balik barang yang
dicuri atau mengikut nilai.

2. Meminta maaf pada empunya

barang dengan disaksi oleh Pengetua.
3. Amaran
4. Hukuman rotan
5. Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa untuk berkelakuan baik.
6. Memanggil ibubapa

4. Memeras ugut Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Memulang balik barang
diambil/nilainya.
2. Diberi amaran keras – akhir.
3. Hukuman rotan/gantung sekolah
4. Akaun bertulis ibubapa dan murid.
5. Memanggil ibubapa
6. Hukuman kerja amal

Jika melibatkan senjata.
7. Penggantungan sekolah
8. Laporan kepada polis.

5. Berjudi -sda- 1. Nasihat

2. amaran keras

3. Hukuman rotan.

4. Pengakuan bertulis murid dan
ibubapa.

5. Kerja amal

6. Digantung persekolahan

7. Laporan kepada polis

6. Memukul, bergaduh -sda- 1. Hukuman rotan

dan mencedera 2. Dipaksa berdamai dan meminta
maaf.
3. Digantung persekolahan.
4. Kerja amal
5. Memanggil ibubapa
6. Pengakuan bertulis

7. Membawa senjata -sda- 1. Senjata dirampas

dan berniat jahat

2. Memanggil ibubapa

3. Hukuman rotan.

4. Digantung persekolahan.

5. Amaran dan dilaporkan kepada
polis.

8. Merosak harta -sda- 1. Membayar ganti rugi.

benda

2. Hukuman rotan

3. Panggil ibubapa

5. Digantung persekolahan.

6. Pengakuan bertulis.

9. Ahli kumpulan -sda- Rujuk kepada Pek. Iktisas 9/75

haram

Fitnah - ibubapa dihubungi
- kaunseling
-sda- - amaran/ digantung sekolah

10. Tingkahlaku Membaca, -sda- 1. Dirampas dan disimpan dengan
berlakri sebagai bukti.
lucah menunjuk dan
2. Rotan dan rujuk kepada guru
menyebar bahan- kaunseling

bahan dan gambar

lucah.

3. Kerja amal

11. Mengintai murid- -sda- 1. Rotan dan rujuk kepada guru

murid perempuan kaunseling

2. Kerja amal

12. Menulis surat cinta -sda- 1. Amaran dan nasihat

2. Rujuk kepada guru bimbingan

3. Kerja amal

13. Bercumbu/berdua- -sda- 1. Amaran dan nasihat

duan dan bercinta 2. Gantung persekolahan
dalam kawasan

sekolah 3. Panggil ibubapa

4. Buang sekolah

14. Ditangkap kerana -sda- Rujuk kepada Pengarah Pendidikan.

berkhalwat dan -panggil ibubapa
didenda di

mahkamah

15. Menggunakan kata- -sda- 1. Hukuman rotan

kata lucah

2. Kerja amal

3. Rujuk kepada guru kaunseling.

16. Menulis dan melukis -sda- 1. hukuman rotan

kata-kata lucah

2. kerja amal

3. rujuk kepada guru kaunseling

17. Meraba dan/ -sda- 1. Rotan

memeluk murid 2. Kerja amal
perempuan

3. Rujuk kepada guru kaunseling

4. Panggil ibubapa
5. Gantung persekolahan
6. Laporan kepada polis

18. Menganggu murid -sda- 1. Rotan

perempuan

2. Kerja amal

3. Rujuk kepada guru kaunseling

19. Pelacuran/Zina/ 1.Panggil ibubapa
hamil/homo/ 2.Rujuk kepada Pengarah Pendidikan

lesbian/kahwin/
nikah gantung

20. Tingkahlaku Sengaja mengotori Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Kelas tahanan

anti sosial sekolah atau kelas
School (Gen. Reg. 2. Hukuman rotan

1951

3. Bayar gantirugi

4. Kerja amal

5.

21. Sengaja Pek. Iktisas Bil. 9/75 1. Hukuman rotan

menganggu 2. Kerja amal
ketenteraman

sekolah/kelas 3. Rujuk kepada guru kaunseling

22. Bergaduh dengan 1. Panggil ibubapa
murid lain 2. Rotan
3. Nasihat dan amaran
4. Diarah berdamai dan minta maaf
5. Digantung sekolah

23. Berkelakuan biadab -sda- 1. Hukuman rotan

dan angkuh

2. Rujuk kepada guru kaunseling

3. Amaran dan nasihat

4. Kerja amal

5. Panggil ibu bapa
6. Digantung sekolah

24. Conteng Pek. Ikt. 9/75 1. kelas tahanan

menconteng

2. hukuman rotan

3. bayar ganti rugi

25. Benci dan tidak -sda 1. diberi nasihat

menghormati 2. rotan
peraturan sekolah

dan undang-undang 3. kerja amal
negara

4. Panggil ibu bapa

5. Digantung sekolah

6. dilapor kepada polis

26. Makan dalam kelas -sda- 1. nasihat

2. membersihkan kelas

27. Tidak menghormati -sda- 1. nasihat

NegaraKu, lagu 2. rotan
Negeri

3. amaran

4. Digantung sekolah

28. Ponteng -sda- 1. amaran

perhimpunan/ majlis 2. nasihat
rasmi

3. kerja amal

4. hukuman rotan

5. Panggil ibu bapa

29. Sengaja membuat -sda- 1. nasihat/amaran

sesuatu yang boleh 2. hukuman rotan
memalukan sekolah

3. kerja amal

4. digantung sekolah

30. Tingkahlaku PONTENG KP(BS)8458/12/(17) 1. Surat pemberitahuan kepada

tidak jujur SEKOLAH ibubapa, amaran, rotan, nasihat

(termasuk murid Borang OM 9.2.77

yang berada di 2. Panggil ibu bapa.

sekolah 3. Kerja amal
tetapi tidak

melapor kepada 4. digantung sekolah
guru tingkatan dan

masuk ke kelas) 5. Jika murid ponteng sekolah 31 hari

berturut-turut, Sijil Berhenti Sekolah

akan dikeluarkan

6. Jika murid ponteng sekolah 60
hari secara selang seli, Sijil Berhenti
Sekolah akan dikeluarkan

31. Ponteng -sda- 1. nasihat

kelas(meninggalkan 2. kerja amal
satu sesi

penggajaran dan 3. hukuman rotan
tidak kembali)

4. digantung sekolah

5. panggil ibubapa

6.

32. Keluar dari kelas -sda- 1. diberi amaran

tanpa kebenaran 2. kerja amal
daripada guru

3. kaunseling

4. hukuman rotan

33. Meniru dalam -sda- 1. markah peperiksaan dibatalkan

peperiksaan

2. nasihat

3. kerja amal

4. hukuman rotan

5. memaklumkan kepada ibu bapa

34. Membohong -sda- 1. nasihat

2. rujuk kepada guru kaunseling

3. amaran keras

4. hukuman rotan untuk kesalahan
seterusnya

35. Tingkahlaku Berkelakuan dan Per. Ikt. Bil 9/75 1. memohon maaf

tidak sopan berbahasa kasar, 2. nasihat
memaki dan

mencarut 3. hukuman rotan
guru/murid

4. amaran

5. kerja amal

6. kaunseling

7. panggil ibu bapa

36. Tidak menghormati/ -sda- 1. amaran

memcabar arahan 2. hukuman rotan
pengawas

3. kaunseling

37. Tingkahlaku Tidak berpakaian Pek. Ikt. Bil. 1. teguran/amaran

tabiat kemas (tidak masuk 3/71,2/72, 4/76.

(Habitual) baju ke seluar, tidak 2. hukuman rotan

pakai kasut, tidak 3. kerja amal
menggunakan

tanda nama, 4. panggil ibu bapa
memakai subang,

gelang, rantai)

38. Berambut panjang Pek. Ikt. Bil 2/76 1. diberi amaran
2. rambut dipotong
3. hukuman rotan
4. digantung sekolah

39. Tidak menepati Pek. Ikt. Bil 9/75, 1. amaran dan nasihat

masa school (general)
regulation, 1951 2. kaunseling

3. hukuman rotan

4. kerja amal

5. digantung sekolah

panggil ibu bapa

40. Tidak membawa Peraturan Am 1. diberi nasihat/amaran

buku teks/buku sekolah 1951

latihan dan lain-lain 2. kaunseling

keperluan muridan 3. hukuman rotan

4. kerja amal

5. panggil ibu bapa

6. digantung sekolah

41. Tidak menyiapkan -sda- 1. amaran/nasihat

kerja kursus, latihan 2. kaunseling
dan kerja

rumah/tugasan 3. hukuman rotan

4. kerja amal

5. panggil ibu bapa

6. digantung sekolah

42. Membuat bising Pek. Ikt. Bil 9/75 1. diberi amaran

dalam kelas

2. kaunseling

3. hukuman rotan

43. Buang sampah Peraturan am sek. 1. diberi amaran/nasihat

merata-rata 1951

2. kaunseling

Pek. Ikt. Bil 9/75
3. diarah membersihkan kawasan

4. kerja amal

5. hukuman rotan

44. Enggan bayar yuran Peraturan Am 1. diberi nasihat

sekolah sekolah 1951
2. ibubapa dihubungi

3. sijil-sijil ditahan

45. Tidak -sda- 1. Membayar nilai buku tersebut

memulangkan/

2. Tidak layak diberi buku teks

hilang buku teks pada tahun seterusnya

46. Merokok Pek. Ikt.Bil 6A/75, 1. hukuman rotan

4/1997

2. nasihat/kaunseling

3. digantung sekolah

4. panggil ibu bapa

5. buang sekolah selepas 5 kali
ditangkap

47. Membawa barang 1. dirampas dan dituntut balik oleh
yang dilarang ke ibu/bapa.
sekolah (rujuk
kepada peraturan 2. dirampas dan disimpan dan diberi
sekolah kad Merit balik pada hujung tahun.
Demerit Kod D5)
3. Dirampas dan dimusnahkan.

48. Membawa/bermain 1. hukuman rotan
mercun di kawasan 2. kaunseling
sekolah 3. digantung sekolah
4. panggil ibu bapa
5. laporan kepada polis

Jenis-Jenis Salahlaku

Kod Salahlaku Jenayah - D1

D1.1 Berjudi

D1.2 Mencuri, memecah masuk kawasan larangan sekolah.

D1.3 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pentadbir,

murid, kakitangan sekolah, guru

D1.4 Melawan/mengancam/mencederakan pengawas

D1.5 memeras ugut

D1.6 membuli

D1.7 menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap

D1.8 menyalahgunakan dadah

D1.9 membawa senjata merbahaya

D1.10 mencabul kehormatan

D1.11 mengancam/memukul/mencederkan murid lain

D1.12 menceroboh bilik kelas, bilik khas/kedai kantin/koperasi/pejabat

sekolah.

D1.13 mengedar dadah

D1.14 menunjukan perasaan/berpiket/menganggu ketenteraman sekolah

D1.15 bertaruh secara besar-besaran

D1.16 membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah

D1.17 membakar

D1.18 memusnah/merosakkan dokumen rasmi

D1.19 bergaduh

D1.20 membawa/bermain mercun di sekolah

D1.21 minum minuman keras

D1.22 menghidu gam

D1.23 membawa bahan-bahan yang menghayalkan.

Tingkahlaku Lucah/Tidak Senonoh- D2

D2.1 Bercumbu-cumbuan

D2.2 Berkhalwat

D2.3 Berdua-duan dalam kelas

D2.4 Membawa bahan lucah ke sekolah.

D2.5 Mengintai murid perempuan/menyentuh murid perempuan dengan

niat serong

D2.6 Menggunakan kata-kata dan perkataan lucah

D2.7 Melukis gambar-gambar/ menulis kata-kata lucah

Tingkah Laku Kekemasan Diri -D3

D3.1 Berambut panjang untuk lelaki/feysen rambut keterlaluan/

bertentangan dengan peraturan sekolah.

D3.2 Berkuku panjang

D3.3 Bermisai dan berjanggut

D3.4 Memakai pakaian seragam yang tidak mengikut peraturan sekolah/

tiada lencana

D3.5 Skirt sekolah atas paras lutut.
D3.6 Baju kurung tidak dikancing.
D3.7 Seluar sekolah berfesyen.
D3.8 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai.
D3.9 Memakai selipar (tanpa kebenaran pihak sekolah)
D3.10 Memakai pakaian luar sekolah
D3.11 Memakai pakaian berwarna di dalam pakaian seragam sekolah
D3.12 Tidak memakai baju sukan semasa waktu PJ
D3.13 Tidak memasukkan kemeja ke dalam baju sekolah (seluar) `Tuck-In’
D3.14 Tidak memakai pakaian seragam yang sesuai

Memakai Barang Perhiasan/Menghiaskan Diri.-D4

D4.1 Memakai barang kemas ke sekolah

D4.2 Memakai lebih daripada sepasang subang

D4.3 Lelaki memakai subang.

D4.4 Mewarnakan kuku

D4.5 Mewarnakan rambut

D4.6 Membotakkan kepala

D4.7 Mencabut bulu kening

D4.8 Bersolek

Membawa Barang-Barang Yang Tidak Dibenarkan-D5

D5.1 Membawa semua jenis alatan tajam

D5.2 Pemotong kuku

D5.3 Membawa Radio/Walkman

D5.4 Gambar-gambar tidak sopan.

D5.5 Membawa liquid paper/marker pen

D5.6 Membawa/pakai pakaian luar sekolah

D5.7 Cermin mata hitam/teropong

D5.8 Kosmetik/cermin/minyak wangi

D5.9 Majalah hiburan/komik

D5.10 Pita video DVD/VCD/CD/kaset.

D5.11 Kad poker/barang untuk berjudi.

D5.12 Tanda-tanda/lencana/label berunsur politik

D5.13 Membawa telefon bimbit ke sekolah tanpa kebenaran pihak sekolah.

Tingkah Laku Tidak Mementingkan Masa.-D6

D6.1 Berkeliaran/merayau di kawasan sekolah semasa waktu pengajaran

D6.2 Datang lewat ke sekolah

D6.3 Ponteng perhimpunan

D6.4 Lewat ke perhimpunan dan majlis yang diwajibkan sekolah.

D6.5 Makan di kantin di luar waktu rehat.

D6.6 Lewat masuk ke kelas.

D6.7 Keluar-masuk kelas semasa sesi P & P berjalan.

D6.8 Bermain dalam bilik darjah atau kaki lima

D6.9 Keluar kelas tanpa kebenaran.

D6.10 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
D6.11 Berada di kawasan larangan tanpa kebenaran.
D6.12 Masuk ke kawasan sekolah pada hujung minggu/cuti sekolah tanpa
kebenaran.
D6.13 Berada dalam tandas lebih 10 minit semasa P & P.
D6.14 Berada di kantin di luar kawasan sekolah waktu persekolahan.
D6.15 Tidak menjalankan tugas seperti yang ditetapkan dalam jadual bertugas

Tingkahlaku Kurang Sopan Dan Biadab-D7

D7.1 Berkelakuan kasar terhadap guru.

D7.2 Berkelakuan kasar terhadap pengawas.

D7.3 Berkelakuan kasar terhadap rakan

D7.4 Memasuki kawasan larangan/kebun/kuarters pekerja sekolah dan lain-

lain.

D7.5 Berbahasa kesat/kasar.

D7.6 Mengedar/menyimpan rokok.

D7.7 Menghisap rokok

D7.8 Menganggu proses pengajaran pembelajaran

D7.9 Tidak menghormati/ membantah arahan guru.

D7.10 Tidak menghormati/ membantah arahan pengawas.

D7.11 Simpan/edar minuman keras/ sebarang minuman yang memabukkan.

D7.12 Membunyikan kereta kuat-kuat di kawasan sekolah.

D7.13 Tidak menghormati lagu kebangsaan/negeri.

D7.14 Menyimpan pemetik api/ mancis.

D7.15 Melanggar peraturan lalu lintas.

D7.16 Meletakkan kenderaan di dalam kawasan sekolah tanpa kebenaran.

D7.17 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkankan nama baik sekolah.

D7.18 Tidak mematuhi peraturan persatuan dan kelab di sekolah

D7.19 Membuat bising dalam kelas ketika guru tidak ada

D7.20 Mengejek seseorang dengan menyebut nama bapa atau emak dengan

tujuan menghina

D7.21 Menggunakan/menjawab telefon dalam kelas semasa guru mengajar

Tingkahlaku Memusnah-D8

D8.1 Merosak harta benda sekolah

D8.2 Merosak harta benda Pengetua dan guru-guru

D8.3 Merosakkan harta benda kantin/kedai koperasi/ stor SPBT

D8.4 Membazir air dan eletrik

D8.5 Menyalahgunakan peralatan eletrik

D8.6 Mengotorkan bangunan/kawasan sekolah.

D8.7 Mengotorkan kelas.

D8.8 Conteng dinding/papan notis/papan hitam/sudut mata muridan.

D8.9 Menconteng buku teks/buku latihan.

D8.10 Conteng /tulis perkataan gambar lucah/kesat di atas buku teks/buku

latihan/ buku rekod akademik.

D8.11 Merosak harta murid lain.

Tingkahlaku Tidak Jujur/Menipu –D9

D9.1 Menghasut rakan untuk bergaduh.

D9.2 Menyebarkan maklumat/ berita yang boleh menyebabkan

pergaduhan.

D9.3 Menjalankan urusniaga yang tidak dibenarkan.

D9.4 Tidak memberi surat dari sekolah kepada ibu bapa.

D9.5 Tidak membawa ibu bapa jumpa pihak sekolah seperti yang diarah

D9.6 Penipuan melibatkan wang

D9.7 Menipu melibatkan kepercayaan/pecah amanah.

D9.8 Memalsukan keterangan/ rekod rasmi.

D9.9 Tidak memberi salam/ tidak berdiri semasa guru masuk/ keluar kelas

D9.10 Semua tingkahlaku yang dianggap serius oleh sekolah.

Tingkah Laku Melanggar Peraturan Peperiksaan-D10

D10.1 Bercakap semasa peperiksaan

D10.2 Membawa telefon bimbit ke bilis peperiksaan.

D10.3 Keluar awal dari bilik peperiksaan tanpa kebenaran

D10.4 Mencoteng kertas soalan/jawapan peperiksaan

D10.5 Menulis/menconteng percatan/ gambar lucah/ kesat di atas kertas

soalan/ jawapan peperiksaan/ kad laboran.

D10.6 Meniru semasa ujian/ peperiksaan

D10.7 Lambat masuk ke kelas semasa peperiksaan.

Tingkalaku Ponteng.-D11

D11.1 Ponteng kelas (Termasuk kelas di luar sidang).

D11.2 Ponteng sekolah

D11.3 Ponteng perhimpunan/majlis sekolah

D11.4 Ponteng aktiviti kokurikulum

D11.5 Ponteng Ujian bulanan

D11.6 Ponteng peperiksaan

D11.7 Ponteng kelas tambahan

D11.8 Ponteng kerja pembersihan

Tingkahlaku Memcemar Alam Sekitar-D12
D12.1 Membuang sampah merata-rata.
D12.2 Tidak kerja membersih kelas dan kawasan sekolah.
D12.3 Tidak mematuhi peraturan pihak kecerian sekolah.
D12.4 Membuang air besar dan kencing dan berkencing di kawasan yang tidak
ditetapkan oleh pihak sekolah.
D12.5 Lain-lain perkara yang ditentukan oleh Lembaga Disiplin Sekolah

Lampiran 1

Contoh Potongan Rambut Murid Lelaki

Hadapan Murid Lelaki A Belakang

Sisi

Hadapan Murid Lelaki B Belakang

Sisi

Lampiran 2

Contoh Potongan Rambut Murid Perempuan

Hadapan Murid Perempuan A Belakang

Sisi

Hadapan Murid Perempuan B Belakang

Sisi


Click to View FlipBook Version