The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yusila.ishak77, 2022-04-03 06:17:46

contohi puasa Nabimu

alFauzani

Keywords: education

Dari kami: ‫رمضان مبارك‬ Yusila Ishak @ Yusoff
Usrah AlFauzani

1. Rasulullah S.A.W Bersahur

Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang
hari dimulakan.
Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur?
Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat
hampir dengan waktu solat subuh.
Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan waktu siang kita dengan berpuasa.
Dari Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.(HR: al-Bukhari)
Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-
ciri bersahur orang Islam.
Sabdanya: bermaksud:
Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)

Yusila Ishak @ Yusoff

2. Rasulullah Menyegerakan Berbuka Yusila Ishak @ Yusoff

Tidak melengahkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah.
Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari
makan dan minum.
Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka
puasa.

(al-Bukhari & Muslim)
Perbuatan melambat-lambatkan berbuka puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh
Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Persiapan
seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat
diamalkan sebaiknya.
Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah
yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h yang bermaksud:
Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini
kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.

3. Berbuka puasa dengan beberapa biji kurma Yusila Ishak @ Yusoff

Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma
basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu
kenyang.
Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi
yang bermaksud:
Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah
sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering,
baginda berbuka dengan beberapa teguk air.
Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka
menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat
maghrib.
Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar,
Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.

4 .Tidur Qailulah Yusila Ishak @ Yusoff

Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat
melakukan amal ibadat di malamnya.

Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor,
perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam
mengerjakan amal ibadat.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda;

Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum
Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.

Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan
perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya
dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur
kerana keletihan.

Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipat
gandakan.

5. Menjaga Lidah Yusila Ishak @ Yusoff

Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikit pahala dari amalan tersebut.
Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut
adalah kerana tidak menjaga lidah.

Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap,
berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa. Umumnya perbuatan ini
adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang diriwayat oleh Ahmad dan al-Tabarani yang
bermaksud:
Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang
berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)

Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari yang
bermaksud:
Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan
mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata
“Saya berpuasa”.

6. Memberi Makan Orang Yang Berpuasa Yusila Ishak @ Yusoff

Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat
neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan
juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa.

Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah:

Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa),
dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa
itu tanpa dikurangkan sedikit pun daripadanya

(Tirmidzi dan Ibn Majah)

Adalah sunnah untuk mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang
yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa.

7. Doa Ketika Berbuka Puasa

Berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab. Kita digalakkan untuk berdoa apa sahaja yang
kita ingini ketika menunggu waktu tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda:
Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa
sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi.

( Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang
baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-
Darulqutni menilai sanad hadis ini ‫ن‬sْ e‫ر ِإ‬bُ ‫ج‬aْ ‫أ‬gَ ‫ل‬a‫ا‬i‫َت‬h‫ب‬aَ ‫َث‬s‫َو‬a‫ق‬nُ ‫و‬.ْ ‫ر‬Dُ ‫ُع‬o‫ْل‬a‫ا‬ tersebut adalah:

‫َشا َء الله تعالى‬ ‫َذ َه َب ال َّظ َما ُء َوا ْب َت َّل ِت‬

Bermaksud: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-
pahala insyaAllah.

Yusila Ishak @ Yusoff

QIYAM (Solat Malam / Tarawih)

Hadis Abu Hurairah‫ِبه‬R‫ذ ْن‬ad‫ِم ْن‬h‫م‬iَy‫د‬aَّ ‫ق‬lَ l‫ت‬aَ ‫ا‬h‫ َم‬u‫ ُه‬a‫ر َل‬nَ ‫ف‬hِ ‫غ‬uُ :‫َم ْن َقا َم َر َم َضا َن ِا ْي َما َنا َوا ْح ِت َسا ًبا‬

Barang siapa melakukan qiyam (lail) pada bulan Ramadhan, kerana iman dan
mencari pahala, maka diampuni untuknya apa yang telah lalu dari dosanya

(HR Abu Daud)

Hadis Abu Dzar Radhiy‫ة‬a‫ل‬lَ ‫ي‬lْ a‫ َل‬h‫ا ُم‬u‫ِق َي‬a‫ه‬nُ ‫َل‬h‫ب‬uَ :‫َم ْن َقا َم َم َع ْال ِإ َما ِم َح َّتى َي ْن َص ِر َف ُك ِت‬

Barang siapa qiyamul lail bersama imam sampai ia selesai, maka ditulis untuknya

(pahala) qiyam satu malam (penuh). (HR Ahmad)

Kelebihan malam Lailatul Qadr ( 10 akhir Ramadhan).

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang beribadah pada lailatul qadar atas dasar iman dan mengharap Allah, diampuni dosa-dosanya
yang telah lalu. Dan barang siapa yang berpuasa pada bulan ramadhan atas dasar iman dan mengharap Allah,

diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR Al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"Carilah lailatul qadar pada sepuh malam terakhir di bulan ramadhan di hari tinggal sembilan, atau

tinggal tujuh, atau tinggal lima, (yaitu tanggal 21, 23, dan 25 ramadhan)." (HR Al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda:
"cintailah malam qadar pada malam-malam ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan
ramadhan." (HR Al-Bukhari dan muslim)

‫ال َّل ُه َّم ِإ َّن َك َع ُف ٌّو ُت ِح ُّب ا ْل َع ْف َو َفا ْع ُف َع ِِّنى‬

Allahumma Innaka Afuwwun Tuhibbul Afwa Fa’fu Anni.
Artinya: “Ya Allah, Engkau Maha Pengampun, menyukai orang yang minta

ampunan, ampunilah aku.”


Click to View FlipBook Version