The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-12-28 03:15:11

GLOBALISASI

GLOBALISASI

GLOBALISASI

MPU 23012
JABATAN PERDAGANGAN

SESI 1 2021 / 2022

PENSYARAH :
USTAZ MOHD ZAID BIN ISMAIL

NUR ALYA NABIHAH BINTI NOOR AZLAN 15DPM20F2003
WAN NUR IRDINA BINTI WAN MOHD NOR 15DPM20F2034
15DPM20F2007
NUR HIDAYAH BINTI AHMAD 15DPM20F2018
AIN FATIHAH BINTI MOHD AZRI 15DPM20F2039
MUHAMMAD AL-HAZIQ IFWAT BIN AZIZAN

ISI KANDUNGAN
PENGENALAN .......................................................................................................................4
1 DEFINISI ..........................................................................................................................5

1.1 DEFINISI GLOBALISASI MENURUT PEMIKIRAN PROF. DR. YUSUF AL-QARDAWI .................... 5
1.2 GLOBALISASI MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM ........................................................ 5

1.2.1 Dr. Muhammad Abid Al-Jabiri......................................................................................... 5
1.2.2 Dr. Taha Jabir Al-Alwani .................................................................................................. 5
1.2.3 Prof. Chandra Muzaffar................................................................................................... 6
1.3 CIRI - CIRI GLOBALISASI ........................................................................................................... 7
2 PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM .....................8
2.1.1 PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP BUDAYA DAN EKONOMI ..................................... 8

2.1.1.1 BUDAYA:...................................................................................................................... 8
2.1.1.2 EKONOMI .................................................................................................................... 8
2.2 ANTARA CABARAN-CABARAN YANG DI HADAPI OLEH PELAJAR ISLAM: ................................ 9
2.3 KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF GLOBALISASI..............................................................10
2.3.1 KESAN POSITIF...............................................................................................................10
2.3.1.1 Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat.......................................................10
2.3.1.2 Sosial .........................................................................................................................10
2.3.2 KESAN NEGATIF.............................................................................................................10
2.3.2.1 Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya .......................................................10
2.3.2.2 Teknologi...................................................................................................................10
2.4 PERANAN UMAT ISLAM DALAM MENANGANI PENGARUH GLOBALISASI:...........................11
2.4.1 Memantapkan Akidah...................................................................................................11
2.4.2 Menguasai Aspek Ekonomi ...........................................................................................12
2.4.3 Menguasai Ilmu Pengetahuan ......................................................................................12
3 ISU DAKWAH DAN KEMANUSIAAN DALAM ERA GLOBALISASI ................14
3.1 DAKWAH ...............................................................................................................................14
3.2 ISU : MASALAH KEMANUSIAAN YANG PERLU MENDAPAT PERHATIAN ...............................15
3.3 STRATEGI DAKWAH TERHADAP SAUDARA BARU .................................................................16
3.4 KAEDAH DAKWAH YANG BOLEH DIGUNAKAN......................................................................16
3.5 GLOBALISASI DAN CABARAN KE ATAS UMAT ISLAM ............................................................17
3.5.1 TAMADUN ZIONIS-YAHUDI ...........................................................................................17
3.5.2 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN ..............................................................................18
3.5.2.1 Menggunakan peluang..............................................................................................18
3.5.2.2 Mengelakkan konfrontasi .........................................................................................18
3.5.2.3 Memperhebat dialog antara agama .........................................................................18

2

3.5.2.4 Memperkasa martabat ulama dan sarjana...............................................................18
4 PENUTUP .......................................................................................................................19
5 SUMBER RUJUKAN ....................................................................................................20
6 LAMPIRAN 1 .................................................................................................................21
7 LAMPIRAN 2 .................................................................................................................22
8 LAMPIRAN 3 .................................................................................................................23
9 LAMPIRAN 4 .................................................................................................................24

3

PENGENALAN
Kebanyakkan perbincangan yang sering dibincangkan berkaitan dengan globalisasi
tertumpu pada isu – isu ekonomi seolah-olah dimensi yang lain seperti globalisasi kebudayaan
dan globalisasi ilmu pengetahuan dan maklumat tidak penting . Apa yang dimaksudkan
dengan globalisasi ? Globalisasi ialah proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi,
kebudayaan dan sebagainya ) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke
seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka
dan lain – lain . Dalam era sekarang ini, kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar .
Antara kesannya ialah , perkembangan pesat pasaran kewangan dunia , mengglobalisasikan
menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan sebagainya ) ke
peringkat global, matlamat seterusnya adalah untuk mengembangkan perniagaannya ke
tahap antarabangsa , komitmen yang padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan bahasa
dan budaya Melayu pada tahap yang sewajarnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat) . Pada hari
ini , kami akan membincangkan tentang pengaruh globalisasi terhadap masyarakat islam dan
isu dakwah dan kemanusiaan dalam era globalisasi .

4

1 DEFINISI
1.1 DEFINISI GLOBALISASI MENURUT PEMIKIRAN PROF. DR. YUSUF AL-

QARDAWI

Definisi Globalisasi :
Dari segi Bahasa globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dan

keseluruhan ( Kamus Dewan 1995:548 ( atau sejagat dan menyeluruh .

1.2 GLOBALISASI MENURUT PANDANGAN SARJANA ISLAM

1.2.1 Dr. Muhammad Abid Al-Jabiri
Dr. Muhammad Abid Al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari Bahasa Perancis

iaitu monodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat . Ia bererti menjadikan
sesuatu berskala internasional , iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepada
sesuatu yang tidak terbatas . Jadi , globalisasi mencakup erti penghapusan batas – batas
wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi ( kewangan dan perdagangan ) dan
membiarkan semua permasalahan bergerak bebas diseluruh dunia . Dari pemahaman ini ,
maka batas negara , nasionalisme , atau umat harus dilenyapkan . Seterusnya menurut Dr.
Muhammad Abid lagi , kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jika
dilaungkan oleh suatu negara atau kelompok , ia bererti generalisasi pola hidup yang
tradisinya ( sebelumnya ) menjadi karekter khas negara atau kelompok , menjadikannya
menembus batas dunia seluruhnya . Bagi Dr. Muhammad Abid , globalisasi bolehlah dianggap
sebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika .

1.2.2 Dr. Taha Jabir Al-Alwani
Dr. Taha Jabir Al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang

mempunyai kuasa dan pengaruh ( global power ) untuk mewujudkan centralization iaitu
memaksa agenda ekonomi , politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah . Superpower
tersebut akan memimpin dan memandu negara – negara lain dalam acuan yang telah
disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran .

5

1.2.3 Prof. Chandra Muzaffar
Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara , modal , perkhidmatan , sebahagian

pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat
nasional .

6

1.3 CIRI - CIRI GLOBALISASI
Globalisasi memiliki ciri-ciri sebagai berikut:

Terjadinya kemajuan dan perkembangan teknologi dalam berbagai aspek, contohnya saja
dengan kehadiran internet yang memudahkan komunikasi antar satu sama lain menjadi lebih
efisien .

Terjadinya kerjasama ekonomi antar negara di dunia yang menyebabkan adanya
ketergantungan antara pasar dan produksi ekonomi negara. Kesepakatan kerjasama inilah
yang membuat proses globalisasi terus berjalan tanpa henti.

Munculnya berbagai macam masalah bersama yang harus diselesaikan, contohnya
seperti pencemaran lingkungan, krisis multinasional, dan lain sebagainya.

Terjadinya interaksi yang mengakibatkan adanya pertukaran budaya atau akulturasi
tanpa disadari. Seiring berkembangnya zaman dan perkembangan teknologi, pertukaran
budaya semakin mudah terjadi dan cepat mempengaruhi satu sama lain. Misalnya saja
budaya K-Pop yang tengah ramai bukan hanya di Indonesia, namun juga di dunia

7

2 PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
2.1.1 PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP BUDAYA DAN EKONOMI

2.1.1.1 BUDAYA:
Dalam aspek budaya umpamanya, globalisasi telah memaksakan budaya hidup

masyarakat Barat ke atas masyarakat Timur. Dalam konteks masyarakat Malaysia
umpamanya, jika dahulu masyarakat Melayu-Islam di Malaysia mempunyai adat budaya yang
tersendiri. Namun oleh kerana pengaruh globalisasi yang membolehkan cara hidup dan
berfikir masyarakat Barat ditonjolkan dengan berleluasa, maka hari ini kita dapati budaya
hidup dan cara berfikir masyarakat Barat telah mengatasi cara hidup dan berfikir masyarakat
Melayu-Islam di Malaysia.

2.1.1.2 EKONOMI
Pengaruh globalisasi dalam bidang ekonomi dan politik telah membawa sistem politik dan

ekonomi Barat menggantikan sistem politik dan ekonomi tradisional masyarakat lain. Barat yang lebih
kuat dari segi ekonomi, politik, ketenteraan dan sains telah memaksa semua negara di dunia untuk
mengamalkan sistem liberal demokrasi seperti yang diamalkan di Eropah dan Amerika. Mana-mana
masyarakat yang tidak menerima sistem liberal demokrasi Barat akan dianggap sebagai masyarakat
yang kejam, zalim dan tidak bertamadun. Dengan tekanan dan pengaruh globalisasi ini, akhirnya
masyarakat dunia akan menjadi masyarakat unipolar yang berkiblatkan kepada Eropah dan Amerika.
Semua yang datang dan berasal dari Eropah dan Amerika dianggap baik, maju dan bertamadun,
manakala semua yang berasal dari Timur dianggap kejam, zalim dan mundur.

8

2.2 ANTARA CABARAN-CABARAN YANG DI HADAPI OLEH PELAJAR
ISLAM:

Pertama, isu penguasaan pelbagai bahasa. Walaupun Bahasa Kebangsaan diajar didalam
kebanyakan matapelajaran di sekolah. Kita perlu sedar bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa
teknologi global buat masa ini. Untuk itu, dalam menghadapi era globalisasi ini mereka perlu
menyediakan diri dengan keupayaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang baik.

Dalam perkembangan pendidikan di Malaysia terkini khususnya pelaksanaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa dominan dalam sains dan teknologi, kerelevanan dan kelestarian bahasa Melayu
sebagai wadah pengungkapan ilmu mestilah dilihat di dalam perspektif yang baru. Penggunaan bahasa
Inggeris juga tidak boleh diabaikan bagi menyediakan diri ke arah persaingan global.

Namun pelajar juga tidak harus lupa sumber ilmu yang sebenarnya adalah di dalam bahasa
Arab. Terdapat pelbagai ilmu yang masih belum diteroka sepenuhnya oleh orang Islam semata-mata
kerana mereka tidak fasih berbahasa Arab.

Kedua, sebagai sebuah sekolah cemerlang dan sentiasa terkehadapan melangkau zamannya,
amatlah penting aspek kualiti diutamakan. Seharusnya tidak ada tolak ansur yang membabitkan
kualiti.

Ketiga, budaya belajar yang menitikberatkan kecemerlangan. Kesederhanaan yang dianjurkan
Islam adalah pada cara hidup yang bersandarkan ilmu dan adab yang menghasilkan sikap saling
hormat menghormati dan toleransi tetapi bukan kesederhanaan dalam cara dan prestasi
pembelanjaran.

9

2.3 KESAN POSITIF DAN KESAN NEGATIF GLOBALISASI
2.3.1 KESAN POSITIF
2.3.1.1 Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat

Pertama , sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan
interaksi . Selain itu ,pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak
dengan bebas . Seterusnya ,menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham . Akhir
sekali , peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta dan
membolehkan bantuan diberikan dengan segera

2.3.1.2 Sosial
Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan

jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri.
Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. Ilmu-ilmu ini
menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas.Pendedahan pelbagai maklumat
kepada umat islam contoh: bidang perubatan- makanan berkhasiat, dakwah .

2.3.2 KESAN NEGATIF
2.3.2.1 Globalisasi menyebabkan pencemaran budaya

Budaya liar dari Barat dapat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit . Budaya
liar ini langsung tidak ditapis . Anak tempatan hilang identiti diri dan runtuh akhlaknya .
Generasi muda terikut-ikut dan akan mengakibatkan rosak akidah seseorang.
2.3.2.2 Teknologi

Penyalahgunaan teknologi seperti menyebarkan berita palsu yang akan menimbulkan
fitnah . Teknologi pembuatan senjata-senjata moden telah banyak memusnahkan kehidupan
manusia .

10

2.4 PERANAN UMAT ISLAM DALAM MENANGANI PENGARUH
GLOBALISASI:

Menurut al-Qardawi langkah pertama yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam
ialah menyedari bahawa umat Islam masih hidup dan bukannya mati. Tetapi mereka sedang
tidur atau ditidurkan. Justeru kita perlu membangunkan mereka daripada lenanya dan
mengejutkannya daripada kelalaiannya. Kita perlu mengembalikan kesedarannya tentang
identiti dan mesejnya serta peranan yang perlu dimainkan untuk dirinya dan orang lain. Umat
ini adalah umat universal. Ia adalah umat yang tidak keluar sendiri akan tetapi dikeluarkan
untuk manusia supaya dapat memberi manfaat kepada mereka, menyampaikan hidayah dan
kebaikan. Umat kita tidak akan mampu menyumbang kebaikan kepada orang lain sebelum
disumbangkan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. Sesungguhnya pembaikan dalaman itu
diperlukan sebelum pembaikan luaran.

2.4.1 Memantapkan Akidah
Seterusnya peranan utama masyarakat Islam hari ini ialah memelihara, menjaga dan

menegakkan akidah serta memancarkan cahayanya ke seluruh alam ini. Justeru, dalam
menghadapi gelombang globalisasi hari ini umat Islam tidak seharusnya leka dan alpa kerana
ia akan meruntuhkan umat Islam sendiri. Oleh itu umat Islam seharusnya saling ingat
mengingati antara satu sama lain dan menyedarkan saudara seagama betapa pentingnya
mempertahankan akidah, pemikiran dan budaya Islam agar tidak terpesong dan terpedaya
dengan arus globalisasi yang boleh menghilangkan keistimewaan dan jati diri setiap individu
Muslim. Rentetan daripada itu, sikap yang paling tepat dalam menangani arus globalisasi ini
ialah dengan bersikap sederhana. Contohnya berusaha mengambil elemen-elemen yang
positif daripada perkembangan globalisasi dan sekaligus berusaha menjauhi segala elemen
negatif sama ada dari segi material mahupun spiritual dan menjadikan iman sebagai benteng
utama.

11

2.4.2 Menguasai Aspek Ekonomi
Ekonomi merupakan aspek yang sangat penting apabila kita berhadapan dengan arus

globalisasi . Apabila kita memperkatakan tentang ekonomi, kita sebenarnya tidak dapat lari
dari dunia perniagaan dan kewangan. Perkembangan teknologi sepatutnya disedari oleh
seluruh umat Islam. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu adalah bergantung
kepada kekuatan, kestabilan dan kemantapan ekonominya. Oleh itu, umat Islam perlu
berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ekonomi,
contohnya istilah-istilah serta sistem ekonomi dengan syarat ia tidak bertentangan dengan
syariat Islam. Pada masa yang sama ia mestilah bermatlamat untuk membangunkan ekonomi
Islam. Menurut al-Qardawi , apabila kita dapat menguasai ekonomi secara tidak langsung ia
akan dapat membina jati diri umat Islam, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan arus
globalisasi ini. Seterusnya, tanpa adanya jati diri, umat Islam tidak akan mampu untuk
menepis segala unsur negatif yang datang dari Barat. Al-Qardawi juga turut menekankan
bahawa sudah tiba masanya umat Islam membuka mata dan pemikiran agar tidak perlu lagi
bergantung dengan segala yang datang dari Barat contohnya dalam bidang industri, pakar-
pakar asing dan ubat-ubatan. Selain itu, dengan penguasaan ekonomi dan kemahiran kita
mampu untuk menyampaikan kalimah-kalimah dakwah melalui berbagai-bagai media sama
ada cetak, radio,televisyen dan internet yang amat meluas penggunaannya kini di kalangan
masyarakat global.radio,televisyen dan internet yang amat meluas penggunaannya kini di
kalangan masyarakat global.

2.4.3 Menguasai Ilmu Pengetahuan
Menurut al-Qardawi , dalam menangani persoalan globalisasi ini, sikap yang patut

kita ambil ialah sikap bersederhana. Maksudnya ialah menjadi orang yang berusaha keras
mengaut faedah segala yang positif daripada globalisasi dan keterbukaannya dan sekaligus
berusaha sekuat mungkin untuk menjauhi hal-hal negatifnya, baik berupa material mahu pun
spritual. Caranya ialah percaya kepada diri sendiri, bekerja sekuat tenaga untuk memajukan
kemampuan dan memperbaiki potensi yang ada pada diri kita, agar hari ini lebih baik daripada
hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ini bererti menurut al-Qardawi , kita
hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan menguasainya sesuai dengan tuntutan zaman.
Dengan itu kita dapat menguasai sumber pendapatan, sektor pertanian, sektor industeri,
pentadbiran dan pengurusan kita. Tetapi sebelum itu semua, kita hendaklah terlebih dahulu
memajukan keinsanan kita, kerana keinsanan itulah jalan dan matlamat untuk pembangunan
dan kemajuan. Untuk tujuan tersebut, kita mestilah berusaha merealisasikannya sama ada
secara bersendirian atau secara kolektif. Usaha ini hendaklah terus menerus dijalankan

12

sehinggalah kita semua telah memainkan peranan masing-masing di dunia ini lalu kita tidak
lagi menjadi beban kepada orang lain.

13

3 ISU DAKWAH DAN KEMANUSIAAN DALAM ERA GLOBALISASI
3.1 DAKWAH

Pada masa kini dapat diterjemahkan sebagai usaha memperkenalkan Islam kepada
umat manusia , agar mereka dengan jelas memahaminya dan dapat memberi respon yang
positif tanpa ada kecurigaan dan keraguan . Nilai – nilai Islam yang banyak mengandungi
konsep kemanusiaan dan pembangunan jati diri telah mendapat sambutan ramai dikalangan
masyarakat moden . Walau bagaimanapun kajian dan penyelidikan mengenainya masih
terhad dan terbuka luas untuk diperkenalkan melalui media yang sedia ada .

Buku yang bertajuk ‘ Isu Dakwah dan Kemanusiaan dalam Era Globalisasi ‘ adalah
kumpulan sepuluh artikel pilihan yang ditulis oleh pensyarah Kolej Universiti Islam Malaysia (
KUIM ) . Perkara dan isu yang dibincangkan adalah masalah kemanusiaan yang perlu
mendapat perhatian , kerana ia berkaitan dengan masyarakat moden di era globalisasi kini .

14

3.2 ISU : MASALAH KEMANUSIAAN YANG PERLU MENDAPAT PERHATIAN
Masalah kemanusiaan yang perlu mendapat perhatian, kerana ia berkaitan dengan

masyarakat moden di era globalisasi kini. Masyarakat kini terdedah kepada rayuan dan tipu
helah dakyah globalisasi.

Isu keselamatan sejagat segala aspek kehidupan manusia kini, baik
sosial,ekonomi,politik dan agama semua terlibat dalam globalisasi.Islam amat mementingkan
keselamatan sejagat tanpa mengira bangsa budaya dan keyakinan agama. Islam tidak
memaksakan satu-satu budaya dan tamadun.

Makna dan fungsi salat sebagai pintu kebahagiaan umat islam cuba dikemukakan
melalui pandangan ulama dan tokoh tafsir terkemuka.Makna salat dalam al-quran meliputi 5
perkara iaitu salat wajib(lima waktu) berdoa(munajat) kepercayaan(iman) rendah diri dan
khushu serta selawat ,pujian dan penghormatan.Salat wajib adalah satu ibadah khusus yang
memiliki fungsi kawalan manusia supaya boleh hidup seimbang antara rohani dan jasmani,
material dan spiritual.

‘Kembalikan kepada al-quran’ adalah satu slogan yang cukup menarik sejak
diumumkannya kearah kebangkitan islam diawal kurun ke-15hijrah.Namun al-quran sebagai
panduan hidup tidak semudah apa yang diucapkan.

Konsep kepimpinan dalam pengurusan islam pengertian yang dikaji ialah kepimpinan
melalui pandangan ulama dan pakar serta dikukuhkan dalam ayat-ayat al-quran dan hadith
rasulullah,memberi keyakinan kepada umat islam bahawa konsep kepimpinan yang dimiliki
islam boleh bersaing dan mungkin dapat menjadi alternatif bagi menangani persoalan
kepimpinan dewasa ini.

Gejala sosial yang sering dipermasalahankan oleh masyarakat masa kini ternyata
memerlukan suatu alternatif penyelesaian.Artikel bertajuk ‘permasalahan social dan
penyelesaian mengikut perspektif islam’ memberi satu penekanan kepada pripentingnya
gejala sosial itu ditangani dengan bijaksana.

15

3.3 STRATEGI DAKWAH TERHADAP SAUDARA BARU
Strategi dakwah terhadap saudara baru yang pertama ialah memfokuskan aktiviti

dakwah untuk mengatasi kemiskinan umat. Selain itu ,menyiapkan pemimpin muslim yang
pandai dan yang terbaik untuk ditugaskan ke berbagai jalur kepimpinan bangsa sesuai
dengan bidang kepakaran masing-masing. Seterusnya ,membuat peta sosial umat sebagai
maklumat awal bagi pembangunan dakwah. Disamping itu , menyelarikan wawasan etika,
logik dan budaya dalam berbagai peraancangan dakwah. Akhir sekali ,mendirikan pusat-
pusat pengajian dan maklumat umat secara lebih professional dan berorientasi pada
kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi.
3.4 KAEDAH DAKWAH YANG BOLEH DIGUNAKAN

Memberi penerangan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan supaya tidak
berlaku kekeliruan serta tidak mendorong kearah kegagalan berdakwah dan terpesong jauh .
Melalui teladan seperti memberikan contoh yang baik- baik .

16

3.5 GLOBALISASI DAN CABARAN KE ATAS UMAT ISLAM
Dari sejarah manusia , kita telah lihat kebangkitan dan kejatuhan pelbagai bangsa dan

tamadunnya . Antaranya kita telah melihat kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir ,
Mesopotamia , Parsi , Yunani , Rom , Byzantin dan Islam .

Kemunculan Islam dengan kelahiran Ar-Rasul SAW pada abad ke-6 Masihi
berkembang dengan meluas ke seluruh dunia dari pemimpin ke pemimpin yang seterusnya
sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924 . Dari abad ke-6 hingga
ke-15 dunia berpaksikan umat Islam sebagai pemimpin terhadap halatuju sosio-ekonomi-
politik dunia tetapi telah muncul Tamadun Barat yang mendominasikan dunia dan menjadi
paksi perkembangan manusia akibat peperangan sesama sendiri yang merebut wilayah dan
keperibadian kepimpinan .

Tamadun Barat sampai kemuncaknya apabila Gerakan Zionis dengan kekuatan
ekonomi , media dan politik di Amerika Syarikat dan Eropah mengambil alih hegomoni dan
digantikan dengan Tamadun Yahudi-Zionis yang mencengkam dunia sehingga saat ini .

3.5.1 TAMADUN ZIONIS-YAHUDI
Abad ke-21 mengalami krisis kemanusiaa yang parah akibat daripada hegemoni

Zionis-Yahudi yang menunggangi Amerika Syarikat untuk meneruskan agenda mencengkam
dunia . Sebelum kedatangan Islam , masyarakat Yahudi telah mengadu dombakan kaun Aus
dan Khazraj di Madinah . Mereka juga menfitnah umat Islam dan Kristian Barat dengan
pelbagai cara . Dengan penguasaan media cetak dan elektronik , mereka akan memastikan
agenda tersebut diteruskan disamping melemahkan generasi muda dengan budaya
hedonistic ( beersifat mementingkan keseronokan ) dan satanic ( berkaitan dengan syaitan /
kejahatan ) .

17

3.5.2 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN
3.5.2.1 Menggunakan peluang

Ruang terbaik untuk umat islam berkembang ialah apabila kesedaran beragama di
kalangan semua penganut agama di dunia semakin meningkat akibat dasar pembangunan
yang berasaskan faham sekularisme dan materialism yang semakin global . Umat Islam
semakin ramai yang cuba untuk menghayati Islam secara menyeluruh akibat dari kegagalan
system pemerintahan warisan penjajah . Teknologi yang semakin canggih memungkinkan
ajaran Islam dapat dicapai melalui internet dengan berkesan , global , dan cepat .

3.5.2.2 Mengelakkan konfrontasi
Islam mestilah mengelakkan dari bersemuka dengan Barat , disamping kita

memperhebatkan lagi usaha-usaha dakwah dan dialog antara agama. Islam berkembang
dengan positif selepas Perjanjian Hudaibiyyah . Selepas dua tahun perjanjian tersebut
puluhan ribunumat Islam telah memasuki Makkah dengan aman .

3.5.2.3 Memperhebat dialog antara agama
Melahirkan pakar-pakar dalam bidang perbandingan agama ketika semua agama

sedang mengalami kebangkitan masing – masing di seluruh dunia .

3.5.2.4 Memperkasa martabat ulama dan sarjana
Umat Islam mestilah memperkasa martabat ulama dengan memberi kebebasan dalam

membuat kajian , menulis dan menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggungjawab
.Tetapi , nasib ulama dan intelektual di dunia Islam amatlah memilukan dan sehingga menjadi
buruan pemerintah kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan keadilan .

18

4 PENUTUP
Pada akhir perbincangan ini , kita mengetahui bahawa manusia senang dipengaruhi
dengan pujuk rayu . Jadi kita sebagai umat Islam mestilah memantapkan akidah tambahan
pula pada era globalisasi yang kian pesat . Kita mestilah sentiasa berwaspada dengan
pengaruh-pengaruh yang kian tular didalam era ini supaya kita tidak terpesong dengan prinsip
Islam .
Oleh itu, aktiviti prongram dakwah yang telah dirancang dan disusun akan lebih
mantap melalui penyelarasan kerja dan bidang tugas yang telah diaturkan. Penyelarasan juga
dapat meminimumkan bahkan mengelakkan kemungkinan – kemungkinan buruk yang akan
timbul. Justeru, penyelarasan dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan disamping dapat
menghidupkan suasana bekerja dalam satu pasukan.

19

5 SUMBER RUJUKAN
https://m.facebook.com/pg/Pengajian-Islam-Isu-Dakwah-Kemanusiaan-Dalam-Era-Globalisasi-
100823721551100/posts/
https://www.sinarharian.com.my/article/27678/KOLUMNIS/Pelajar-Muslim-dalam-era-globalisasi
https://www.slideshare.net/sukimas/globalisasi-menurut-islam-dr1yusofal-qardawi
https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/kesan-baik-dan-kesan-buruk-globalisasi.html
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/1049/2/Isu%20Dakwah%20Dan%20Kemanusiaan%
20Dalam%20Era%20Globalisasi.pdf
Globalisasi - Pengertian, Jenis dan Contohnya | Tokopedia Kamus
https://www.academia.edu/30506538/Globalisasi_Dalam_Islam
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Globalisasi

20

6 LAMPIRAN 1
21

7 LAMPIRAN 2
22

8 LAMPIRAN 3
23

9 LAMPIRAN 4
24


Click to View FlipBook Version